Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

29 Jun 2012

Bun Kentang



Assalammualaikum ...selawat dan salam dihari Jumaat yang mulia buat semua. Banyak hari blog saya tak berupdate dan tak dpt nak bw di blog kawan-kawan sebab saya kurang sihat balik dari cuti masuk hutan ikut mr.hubby gi memancing hari tu  terus demam. Alhamdulillah demam dah baik...hari ni baru terasa kuat sikit nak ngadap lappy ni. Kalau tak lappy  tak terusik pun. Online fb pun tgk kalau ada msg masuk jer tu pun guna ipad dan iphone jer.


Oklah berbalik pada n3 ni tadi memang saya tersilap publish...tu pasal ada yg cakap nampak n3 roti ni tapi tak boleh tengok. Maaflah..saya tersilap tekan publish pulak masa tu...:P oklah sekarang  dah boleh tengok betul-betul dah. Masa tadi tak sempat nak masukkan gambar lagi. tu sebab saya cancel dan edit balik.


Bun kentang ni buat masa sebelum cuti hari tu lagi...dah abis lah yer. layan jer la gambar dan resepinya.  Resepinya ambil kat dapur Ros jintan manis yang pakar dalam bab meroti tu. Ramai dah yang pernah cuba  buat bun ni...saya pun pernah buat juga sebelum ni tapi tak pernah n3 lagi kat blog. So..kali ni saya sharekan lah kat sini untuk simpanan rujukan saya dan juga pada sesiapa saja yang memerlukan resepi untuk dicuba. Terima kasih pada Ros yang berkongsi resepi  dan izinkan saya berkongsi kat sini yer:D


Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)

kastard ni memang saya doublekan  masa piping atas bun.... tu sebab nampak tebal sebab tgk kastard tu mcm banyak ingat abiskan semua terusla.


sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula



caranya: ( sos kastard)

1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
kalau jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.




Caranya. ( roti)

1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.



2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 



3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, , gliss permukaan dengan baki telur dan kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba.


2 May 2012

FRUITED PULL APART BREAD (FPAB)


Assalammualaikum semua
Hari ni nak sharekan roti yang saya buat semalam ni jer. Menarik juga bila mencuba roti yang ada buah-buahan kering  ni. Paling suka kismis ...tu sebab saya lebihkan masa bubuh tu. Saya gunakan gula perang tu sebab nampak perang sikit warna roti ni. Sengaja saya garingkan bahagian permukaan atas roti tu sebab saya suka makan roti yang keras kat atas tu.

Kak Zana pun dah cuba buat roti ni ...kiranya mcm adik beradik dengan CPAB jugalah bila bubuh cinnamon powder tu cuma bezanya ada buah-buahan kering dan kacang.  Nak tau sedap ke tidak kenalah cuba sendiri..:D Oklah... terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan kak Zana yang telah sama-sama berkongsi resepi ni. Saya kongsikan disini pula ya.


FRUITED PULL APART BREAD
Yield   :    8-10 servings
(Link : WildYeast)
DOUGH
2.5 cups all purpose flour
2 Tablespoon sugar
2  tsp  instant yeast
4 tablespoons butter melted
1  tsp salt
1  cup warm milk

TOPPING
1/2 cup brown sugar
1/4 cup raisin/dates/cranberries
1/4 cup chopped almond/pecan
3 tablespoons butter melted + saya tambah 1/2 sudu teh Cinammon powder


METHOD
Combine butter, warm milk, sugar and salt in a small bowl.
Place flour and yeast in a mixing bowl.
Gradually add milk mixture to the flour, forms into soft dough.
Transfer onto floured board, knead by  hand or mixer  until smooth.
Transfer dough into oiled and covered bowl, let rise until doubled for 1-1.5 hours.
 Generously grease 8 in round pan, sprinkle a tablespoon of brown sugar in a greased pan.
Combine remaining brown sugar, dried fruit, melted butter and nuts into a large  bowl. 
Gently punch the dough down,  pinch the dough into 1.5 in  balls.
Drop the balls into brown sugar mixture, toss to combine. Arrange evenly in pan, sprinkle remaining nuts and fruit over top.
Cover and let sit in the pan  for 45 minutes. Towards the end of rising time, preheat oven @ 190C.
Bake for 15-20 minutes until golden b
rown.
Let sit in the pan for 10 minutes, loosen the edges before inverting onto a serving platter.
Serve warm.


25 Apr 2012

Chocolate Milky Bun


Assalammualaikum semua
N3 hari ni nak sharekan resepi yang memang selalu sangat saya buat bila nak meroti. Macam dah jatuh chenta pulak sama doh roti ni. Macam-macam jenis roti dan pizza pun saya dah cuba guna resepi ni. Memang lembut sangat walaupun disimpna sampai 3 hari. Dengan resepi ni juga saya sudah berkongsi ilmu dan pengalaman yang sedikit ni dengan kawan-kawan kat sini yang belajar meroti dengan saya. Mudah-mudahan ilmu yang saya kongsikan itu dapat dimanfaatkan bersama juga..InsyaAllah.

Terima kasih juga pada tuan empunya resepi asal dari doh roti Hokkaido Milky Loaf Angie's Recipes dan sumber yang terdekat saya dapatkan dari dapur  K.Nor @ SG yang berkongsi resepi ni dulu.

So ..kali ni saya buat versi bun pula. Gabungan coklat dan susu memang sedap. Boleh juga rujuk disini untuk melihat roti yang saya buat dulu tu. Hari ni saya agak bz sikit sebab nanti ada meeting kat ofis dgn persatuan ladies@Perwakilan. Terlupa yang minit meeting yang lepas saya belum siapkan lagi..nampaknya nak kena keluar awal sikitla nanti buat kat ofis mr.hubby. Tqvm pada semua yang sudi singgah sini..bila saya free nanti saya kunjung balas yer:D


Adaptasi dari resepi asal Hokkaido Milky Loaf
Source: Angie's Recipes & WendyK.Nor 

540 gm Bread flour 

60 gm Cake flour 

10 gm instant yeast 

30 gm Milk powder 

80 gm Sugar 

9 gm Salt 

1 large Egg 
250 gm Fresh milk 
150 gm Whipping cream
1tbs butter (resepi asal tak ada tapi nieza tambah)

doh yang sedang naik menanti masa utk dibakar....nampak mcm papan dam pula..

dah siap bakar...tak nampak dah perbezaan warna bun tu.



1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved. 
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.


Cara yang Nieza buat
*Nieza guna bm utk menguli doh ni. 
1. Kemudian barulah bahagikan doh kepada 2 bahagian.satu bahagian diletakkan dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
2. Doh yang siap diletakkan coklat dan warna asal tadi dibentuk bulat. Untuk dapatkan bulat yang sama saiz bolehlah di timbangkan dahulu sebeblum dibentuk. setelah siap ditimbang bolehlah dibentuk bulat dan letakkan didalam loyang. 
3. Biarkan doh naik sekali ganda kemudian bolehlah dibakar mengikut suhu yang ditetapkan.

13 Apr 2012

Roll Tuna Sandwich


Assalammualaikum dan salam di hari jumaat buat semua.
 Hari ni dan semalam memang hari yang agak membusykan saya...awal pagi semalam dah keluar ke rumah duta bersama ahli persatuan ladies kat sini. Lewat petang baru balik ke rumah. Kami bergotong-royong memasak 2 jenis muffin dan membuat karipap frozen untuk jamuan pada bengkel fotografi bersama photographer terkenal dari Malaysia iaitu Saiful Nang pada hari sabtu dan ahad ni. 

Memang agak sibuk sikitlah minggu ni sebab bengkel ni dibuat di embassy yang akan dihoskan oleh Perwakilan embassy of Malaysia bersama student komuniti disini. 

Oklah ceter pasal n3 ni pula, saya buat  roll tuna sandwich ni utk dibawa ke rumah duta. Dulu saya dah pernah buat dah roll tuna sandwich ni boleh tgk disini. Banyak kali juga saya buat ni memang sedapla. Tapi saya ada derhaka sikitla daripada resepi asal CMG bukan sengaja tapi bread improver dan softener tu memang tak ada jual kat sini..so saya cuba gantikan dengan water roux. Alhamdulillah hasilnya tetap lembut walaupun disimpan 2 hari. Roll tuna ni juga saya yang akan buat untuk bengkel hari sabtu nanti. Terima kasih pada CMG diatas resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: DTS @ CMG
Bahan-bahan
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor

1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver (nieza tak bubuh tapi gantikan dgn 1 besar w/roux)
1/4 camca teh bread softerner (ni pun nieza tak bubuh)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
Bahan inti tuna
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara membuatnya
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  3. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  4. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

6 Apr 2012

Monkey Bread


Assalammualaikum
Salam di hari Jumaat penghulu segala hari buat semua. Hari ni cuti public holiday kat Finland sempena cuti easter sampai hari isnin pula cuti tu so..mr.hubby pun cuti tapi nak jalan mana pun tak tau kedai pun semua tutup melepak umah jer la kot jawabnya.


Hari ni sarapan pagi layan roti monyet.  Bukanlah roti yang monyet makan tapi namanya saja gitu. 1st time dengar nama ni macam pelik ada, kelakar pun ada tapi hanya sekadar nama sajalah roti biasa jer makannya. Tengok Ika Bangkok (ARAH) dan Kak Nor @ SG buat roti ni terasa teringin pulak nak buat. Pagi ni nampak Ika tayang kat fb lagi..memang tabik betul la kat Ika yang rajin menguli roti guna tangan saja tu. Saya malas guna bibik jer la senang. So...mulalah bibik (BM)  tu menjalankan tugasnya semalam.:D


Boleh tahan sedap juga roti ni..dari segi bentuk tu saya ubah sikit coz malas nak buat bulat kecil-kecil sampai 30pcs tu jadi saya buat saiz bulat tu besar-besar dapat dalam 20pcs saja. So..mcm tu lah rupanya. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal Pook, Ika yang tolong translatekan resepi asal english ke bahasa melayu dan juga Kak Nor@SG yang berkongsi resepi membuat roti ni.


MONKEY BREAD


Terjemahan : ARAH

sumber : K.Nor

Ingredients :(Makes 1 (18cm tube pan) 
240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
60g Cake flour (60g Tepung Kek)

5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)

20g Granulated sugar (20g Gula)

4g Salt (4g Garam)

1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
175g Water (175g Air)
20g Butter (20g Mentega)
40g melted butter (40g Butter di cairkan)
40g Walnut (40g Kacang Walnut)
70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa)
1 Egg white (1 biji Telur putih) 



Method : Cara-cara

1. Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)

Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)

2. Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry). ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)

3. Take the dough out of the bowl and knead( Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
4. Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.(Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
5. Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny.(Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)

6. See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)

7. Preheat the oven to 150°C.( Pansakan oven dgn suhu 150c)

8. Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)

9. Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.(Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)

10. Preheat the oven to 180°C. (Panaskan Oven dgn suhu 180c)

11. Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)

12. Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)

13. Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis) (Nieza buat bulat besar dapat dlm 20 pcs)
14. Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. 
(Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)

15. Then place them in prepared pan.( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)

Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
16. When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack.(Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.(atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)

Nieza guna loyang SM bulat sebab senang nak tanggal dan tidak melekat walaupun dikeluarkan ketika roti masih panas.

15 Mar 2012

Cinnamon Choc Chip Swirl Bread (CCCSB)


Assalammualaikum
Bertemu lagi dengan n3 meroti...kalau dah start meroti ni memang nak meroti jer lah kejanya. Bila angin meroti dah datang ni macam-macam roti nk dibuatnya.

Oklah ceter pasal roti ni atau dikenali dgn CCCSB ni memang sedap bila mkn kena pada choc chip tu tapi betul la cakap Kak Nor dan kawan-kawan lain yang dah cuba buat rasanya tak sehebat mcm mkn roti CPAB dulu. Pada saya CPAB juga yang sedap kalau yang suka pada cinnamon la.. Saya ikut resepi olahan dari K.Nor@SecubitGaram tapi saya buat utk satu adunan saja. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan juga Kak Nor yang telah berkongsi resepi ni serta kawan-kawan blogger lain yang telah mencuba dan berkongsi resepi roti ni. Izinkan saya berkongsi disini pula ya.



CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
hasil olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Technicolor

Bahan:
180ml susu segar/fresh suam
1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
455gm tepung high protein (tepung roti)
85gm tepung gandum
3 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil garam
85gm  butter sejuk
½ cawan + 2 sudu besar air
3/4 cawan coklat chip

Bahan taburan (filling):
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
1 bj telur A ~ dikocok
~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
~ ketepikan.


Cara (dgn menggunakan breadmaker):
Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
Sedap dimakan suam2 panas.


13 Mar 2012

Demo Membuat Roti & Pizza

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
update n3 tertangguh jer ni...memang lately ni tak sempat nk update blog dan bw pun. Macam-macam aktiviti ada. Rindu nak bw tapi itulah masa agak terhad jer bila sibuk-sibuk ni. Bila dah blk rumah macam batery weak jer rasa bdn ni... InsyaAllah bila dah free nanti saya bw yer. Terima kasih pada yang sudi singgah ke sini. Bukanlah saya tak masak cuma tak sempat nak n3kan menu masak-masak lagi jer. Hari ni juga agak membusykan saya sebab ada tempahan makanan utk lunch kat embassy. 

Oklah n3 ni cuma nak cerita demo  membuat roti dan pizza bersama teman-teman dari  Indonesia embassy disini iaitu pada 11 mac lepas mereka datang ke rumah saya untuk belajar meroti dan pizza ni. Actually dah lama juga diorang bagi tau saya yang diorang sangat berminat untuk membuat roti sendiri dan minta saya tolong ajarkan. Selalu tanyakan saya bila saya free dan bila dah sibuk dengan aktiviti luar persatuan ladies saya terpaksalah tangguhkan dulu sehinggalah sampai hari ahad lepas baru saya berkesempatan utk ajarkan.  Tak sampai hati pula untuk saya menghampakan hajat teman-teman ni, lagipun kawan yang seorang lagi tu dah tak lama dah disini dan akan pulang terus ke Jakarta nanti. 

Pada mulanya saya segan juga untuk mengajar meroti ni kerana saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab meroti ni coz saya hanya belajar sendiri dan mencuba resepi yang dikongsikan oleh kawan-kawan blogger saja. Tapi tak menjadi masalah kalau yang berminat saya kongsikan bersama ilmu dan pengalaman selama saya mencuba membuat roti ni. Ilmu yang baik ni eloklah dikongsikan bersama kan so...apa yang saya katakan pada mereka saya sekadar berkongsi pengalaman saja. Semoga ilmu dan pengalaman yang saya kongsikan bersama ini dapatlah dimanfaatkan bersama juga. 

Resepi untuk membuat roti ni adalah sangat terbaik bagi saya kerana hasilnya sangatlah lembut dan gebu. Doh yang banyak ni juga saya gunakan untuk membuat pizza dan pelbagai roti lain. Dengan menggunakan doh yang sama tapi saya dapat hasil roti yang beraneka bentuk. resepi roti ni dah banyak kali juga saya cuba bolehlah rujuk disini dan disini

cara untuk membuat sosej blossom bun.  gambar ni agak blur sikit kerana diambil menggunakan camera hp jer.

 doh yang telah naik dan sedia utk dibakar



 siap ditopping dengan mayonis dan cili sos sebelum dibakar


 roti bentuk bunga tapi agak sememeh sikit disebabkan inti jem yang saya gunakan ini lembik. terlupa nak snap gambar step by step cara buat roti ni.
ni pula buat roti tocang..adunan yang siap diwarnakan dengan pink dan coklat
 ni lah hasilnya bila siap dibakar....fresh dari oven

 dengan menggunakan adunan doh yang sama juga saya buat pizza tuna pula.
pizza yang dah siap dibakar....
posing gambar  dulu sebelum mkn..
 minum petang dengan menu ringkas bihun goreng dan kuih bingka telur. Lupa pula saya nak snap pic.
Terima kasih pada Ibu Rahmi dan Citra yang sudi datang dan belajar membuat roti dan pizza ni. Semoga ilmu yang dipelajari ni dapat dimanfaatkan dengan baik. Terima kasih saya ucapkan pada semua teman-teman blogger yang sama-sama berkongsi resepi roti yang telah saya cuba buat selama ini dan izinkan saya panjangkan ilmu yang dikongsi bersama teman-teman lain pula. Jasa baik semua amatlah saya hargai.

11 Jan 2012

Garlic Rolls (without egg)


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Hari ni nak share roti garlic yang sedap sangat bagi citarasa saya bila dimakan bersama dengan mushroom soup. Layan roti ni memang tak nampak nasi dah. Adunan pun banyak juga boleh sambung utk bf pula. Memang fav saya roti garlic ni kalau dok Malaysia biasa kalau mkn kat pizza hut tu memang wajib la order garlic bread ngan mushroom soup ni tapi sejak dok sini memang lama dah tak mkn kat pizza hut. Tapi tak kisahla kalau dah boleh buat sendiri lagi puas hati mkn kan.


Oklah resepi ni ambil kat dapur kak Kak Madihaa masa memula lagi kak Madihaa sharekan dulu. Ramai dah yang mencuba buat roti ni.Terima kasih pada tuan empunya resepi Suhaina dan semua yang telah berkongsi resepi ni. Izinkan saya berkongsi disini pula:D


Garlic Rolls (without egg)

Recipe : Suhaina

Ingredients: (makes 8 rolls)

    * Plain Flour- 3 cups MaDiHaA guna tepong roti (next time boleh tambah dalam 2 ~ 3 sudu besar tepong lagi sebab doh agak lembik)

    * Warm Water- 1 cup*

    * Yeast- 1tbps #

    * Salt - 1tsp

    * Sugar- 2 tbps
    * Extra Virgin Olive Oil- 2-3 tbps

Method:
    * Mix everything together except oil with warm water and knead  until you get a smooth dough.
    * Add oil and knead until the dough springs back when you press with your finger.
    * Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
    * Make the garlic spread.
    * Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
    * Grease a baking pan or loaf tin with butter.
    * Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
    * The rolled out dough must be at least half inch thick.
    * Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
    * Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
    * Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
    * Repeat the same procedure for the remaining dough.
    * Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer.
    * Sprinkle sesame seeds (optional)
    * Allow to proof for another 20 minutes.
    * In the mean time preheat the oven to 180 degree C. (MaDiHaA guna suhu 170C)
    * Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread..
    * Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.

* The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
# I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too. 

Nota dr Kak MadiHaA
MaDiHaA uli menggunakan BM & gunakan sukatan seperti arahan & dapati doh sedikit lembik agak sukar untuk mencanai & menggulung. So next time.. akan tambah sedikit lagi tepong.


GARLIC SPREAD

Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.

Ingredients:

Salted Butter- 50grams

Garlic- 3 grated

Coriander leaves - 2 tablespoon (chopped)
Method:
Bring butter to room temperature.
Mix everything together.
Can be stored in the chill tray for up to one week.


Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers