Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

17 Jun 2011

Udang Lemak Merah Tempe & Kacang Panjang


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...semoga kita semua dirahmati Allah selalu hendaknya...sedar tak sedar dah sampai hujung minggu dah kita yer dan hampir ke setengah tahun juga ni....cepatnya masa berjalan sekarang ni. Zaman semakin berubah tapi adakah kita juga akan berubah?....mudah-mudahan kita akan  berubah ke arah yang lebih lagi nanti...InsyaAllah.


Oklah ceter pasal n3 hari ni pula...masak udang lemak merah ni resepi Kak Ummi Kuantan yang asalnya kak Ummi hanya bubuh kacang panjang jer tapi bila dah sampai dapur saya ni, saya lak menambah tempe. Actually malas nak msk lainla tempe tu....masukkan sekali tapi hasilnya memang sedap. Jangan marah yer kak Ummi saya derhaka skit tapi memang sedap resepi ni...lama tak mkn msk lemak mcm ni maunya bertambah nasi...:D. Terima kasih pada Kak Ummi yang berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula.




Source: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan-bahan:-
1/2 kg. udang - cuci bersih dan toskan.
4 tangkai cili padi merah *(nieza bubuh lebih)
2 tangkai cili merah *
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji buah pelaga *
1 cm kunyit hidup * (bahan * dikisar bersama dgn sedikit air)
2 batang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
6 urat kacang panjang - dipatahkan 2 inci
sedikit tempe dipotong ikut suka (nieza tambah)
2 keping kecil asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan tempe, kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.
  6. Hidangkan bersama nasi putih...

8 Jun 2011

Sotong Bersiram


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan lauk sotong jer..sotong bersiram lagi tu....sebelum beradu tu mari kita layan sotong bersiram dulu...:D Masak lauk simple jer lah hari ni...angin kat luar umah ni bertiup sepoi-sepoi bahasa ni buat mata rasa ngantuk pula malas betul nak masuk dapur time panas sekarang ni terasa mcm dok dlm oven pula. Kalau musim winter memang suka masuk dapur sebab cuaca sejuk suka dok tepi api tapi sekarang ni nak kena cari kipas angin jer mcm dok kat Malaysia dah rasanya..sabar jer la kan...apapun syukurlah atas nikmat yang diberikan.

Oklah ceter pasal n3 hari ni resepi asalnya daripada Sajionline tapi saya copy daripada Kak Nor @ SecubitGaram. Memang best sotong bersiram ni..suka sgt ratah gitu jer dengan harum daun limau purut lagi memang sedap lah......bagi peminat-peminat sotong tak rugi kalau nak mencuba...btw terima kasih yer pada kak Nor kerana berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula.




sumber resepi : SajiOnline
Bahan-bahan:
500 gm sotong saiz sederhana
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
6 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos cili Thai ~ K.Nor lebihkan 1 sudu lagi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai - dimayang
6 tangkai cili padi - dimayang
2 helai limau purut


Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak. Tuskan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga naik bau dan masukkan serai dan cili padi yang dimayang. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan sos cili Thai, sotong goreng, daun limau purut, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat.
Note: ** air sotong K.Nor tak buang, sebaliknya masukkan sedikit ke dalam tumisan supaya tumisan tu pecah minyak dan tak terlalu pekat.

11 Mar 2011

Tomyam Songkhla



Assalammualaikum dan salam jumaat buat semua....semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT hendaknya...walaupun ada bencana alam yang melanda Jepun sekarang ni didoakan juga semoga kawan-kawan kita disana semuanya selamat...insyaAllah.

Sekarang ni cuaca dunia semakin tak menentu ...disini pula ingat dah nak spring last week ais dh mula nak cair tapi semalam dan pagi ni ada snow turun lagi...apa nk buat sabar jer lah kan...dugaan....memang dgr seronok main salji ni tapi disebalik keseronokan tu ada juga part yg tak seronok...bila ais dh nak cair jln dah semakin licin...memang bahaya nak memandu dan berjalan kaki.Jatuh semasa berjalan tu la yang paling saya tak suka...tu sebab malas jer rasa nk keluar umah time sekarag ni.



Oklah berbalik pada n3 saya hari ni masa simple jer lah menu tomyam dan time sejuk-sejuk ni hirup kuah tomyam yang panas-panas ni memang best sangat...banyak kali ulang pun tak pe suker!..:D btw terima kasih yer pada mereka yang telah berkongsi resepi tomyam ni...izinkan saya berkongsi disini pula.

by : pulutsekaya.myresipi
source : hanamemories.blogspot.com

Copy: Kak Ayu

Bahan-bahan 
  • 5 ekor udang (lagi besar lagi sedap)
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 ulas bawang merah dimayang halus 
  • 1 ulas bawang putih dimayang halus 
  • 1 labu bawang besar merah/holland dibelah 4
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 2 helai daun limau purut dikoyak2
  • 4-5 biji cili api dipotong2/ketuk 
  • sedikit sayur kobis bunga, cendawan tiram & carrot-( nieza tak bubuh)
  • 1 cube ayam -(Ayu tambah) nieza pun ikut kak ayu bubuh juga
  • sedikit paste tomyam (nieza tambah)
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1-2 cawan air ikut suka
  • sos ikan/garam secukup rasa-(Ayu letak kedua2nya sekali) nieza letak sos ikan saja
  • sedikit daun bawang dihiris
Cara-cara 

  1. Didihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.
  2. Setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.
  3. Bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.
  4. Taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)
  5. Sedia dihidang

10 Feb 2011

Sotong Oriental


Assalammualaikum semua...menu hari ni masak simple jer lah layan lauk sotong pula....senang masak sotong ni coz tak perlu masak lama-lama. Cepat dimasak cepat dimakan...:D 
Oklah resepi ni saya intai drp DTS @ CMG. Yang menurut ceritanya CMG ambil drp dapur Kak Nor @ secubit garam dan Kak Nor pula ambil dr dapur Kak Madiha...gitulah sejarahnya. Rasanya dah banyak dapur dah resepi ni singgah tapi baru  hari ni nak sampai ke dapur Finland ni.....org jauh ni lambat sokmo...haha btw terima kasih yer pada mereka yang berkongsi  resepi yang sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula. 


Source : DTS @ CMG
Bahan-bahan:
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji green capsicum, dipotong
1/2 biji red capsicum, dipotong
5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Sos
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama "LIFE")
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air

Cara Membuatnya:
  1. Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

29 Nov 2010

Kupang Goreng Kunyit

masak simple jer ni....actually nak msk kupang goreng kunyit jer...pastu tgk ada plak kacang buncis .....nak senang punya pasal buat 2 in 1 jer....so kira kupang goreng kunyit dan kacang buncis pun goreng kunyit la juga....hihi...resepi main campak-campak jer...semuanya suka ati jer nak bubuh byk mana....yerla benda ni simple jer kan maybe semua org tau buat tapi rasa jer kot x sama....anyway saya masukkan lah juga resepi masakkan yang simple ni.

Bahan-bahan
300 gm isi kupang  dicuci bersih
1/2 biji labu bawang besar dicincang
1/2 biji labu bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah...hiriskan nipis
1 s/k lada sulah
garam secukup rasa
250gm kacang buncis
1s/k kunyit serbuk
minyak masak utk menumis


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dicincang halus
2. Masukkan kunyit serbuk,serbuk lada sulah kemudian....masukkan kupang dan kacau rata. Masakkan sebentar...jika kering masukkan sedikit air.
3. Kemudian, masukkan kacang buncis dan kacau rata....perlahankan api.
4. Masukkan garam,cili merah dan rasakan garam ...kacaukan sebentar dan lastly masukan bawang besar yg dipotong bulat tadi.
5. Angkat dan hidangkan

9 Nov 2010

Yong Tau Foo

Hari ni saya masak menu sihat...makanan rebus-rebus ni bagus utk mereka-mereka yg sedang berdiet...senang jer nak msk yong tau foo ni...cuma sediakan kuah jer yg rumit sikit tapi tak la susah sgt kalau semua bahan ada kira jadilah...saya buat kuah ni tak ada pula bijan..so tak nampaklah menarik sgt tapi mkn sedap juga..:D
ok asal sumber resepi boleh tgk kat sini ...menurutnya resepi ini disumbangkan oleh Fariza Restaurant Pak Amir...memang sedap...tqvm!

Bahan-bahan untuk kuah:
2 sudu besar cili paste atau cili boh.
4 sudu petis udang
½ cawan cili sos
3-4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kicap pekat
½ cawan air panas
1 cawan air bancuhan tepung jagung
1cawan air
1 sudu kecil garam
1 kiub ikan bilis
3-4 sudu air tauchu (ni saya tak bubuh kalau ada bolehla bubuh)

Caranya :
1. Bancuh petis udang dalam air panas hingga larut dan tunggu sejuk.
2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
3. Kacau kemudian jerangkan dengan api perlahan dan kacau hingga pekat
4. Taburkan bijan dan kacang sangrai yang sudah ditumbuk jika suka.

Kuah ini dihidang bersama dengan fish ball, sotong ball, ketam ball, kangkung dan lain-lain lagi yang telah dicelur dalam air panas.

13 Jul 2010

Sotong Hitam Manis

Hari ni masak lauk simple dan senang jer....sumber resepi masakan ni drp majalah wanita keluaran thn bila dah lupa dah....tak kisahlah kan apa yg penting resepi ni mudah dan senang nak sediakan...tambah pulak kalau msk sotong ni sekejap jer dah masak...oklah resepi seperti dibawah..:-
Bahan-bahan
10 ekor sotong sederhana besar dipotong bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili blender
5 ulas bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halis - dikisar
2 sudu kecil kerisik
Garam secukup rasa

Cara  memasak
1.Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan cili blender sehingga garing dan naik bau.
2.Masukkan sos tiram,kicap,kerisik,dan garam.
3. Gaul rata dan tumis lagi.
4. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan kuah mendidih sehingga pekat....kalau nak berkuah janganlah dimasak terlalu lama...lagipun msk seafood ni 8-10 minit dah masak dah....angkat dan hidangkan.

30 Jun 2010

Udang Goreng Mentega


Bahan
300 gm Udang sederhana besar - dibuang kulit dan di cuci bersih
2 biji Telur - dikacau hingga pecah
Daun Kari (1 tangkai)
1 sudu kecil rempah kari daging
5 biji Cili Padi - dihiris nipis
3 ulas Bawang Merah - dicincang halus
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1/4 cawan Stok Ayam
3 sudu mkn Mentega
Serbuk Lada Putih
Gula
Garam

Cara:
1. Goreng udang dalam minyak panas selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak dan masukkan mentega.
3. Setelah mentega cair, masukkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah, stok ayam, cili padi, daun kari, garam, serbuk lada putih, dan gula.
5. Apabila naik bau dan daun kari sedikit layu, masukkan udang
6. Gaul sebati dan hidang.

29 Jun 2010

Kupang Goreng Kunyit


Bahan
300 gm kupang dibersihkan
3 tangkai cili kecil
1 labu bawang besar dimayang halus
1 biji ubi kentang dipotong kecil dan nipis....gorengkan dahulu
2 biji buah tomato [belah 4]
1 biji limau kasturi [ambil jusnya]
kunyit
minyak
garam

Bahan hiris
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan kupang dan kunyit serta garam. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan jus limau kasturi  dan ubi kentang yg digoreng tadi.
5. Bila nampak kering air, masukan tomato Gaulkan rata.
6. Angkat dan bolehla dimakan.

11 Jun 2010

Ketam Goreng Bercili



Bahan-bahannya
5 ekor ketam
2 biji bawang besar (dibelah lapan)
5 cm kulit kayu manis
2 cawan air asam
2 biji cili merah (dihiris)
2 sudu besar sos tiram
150 gram cili kering (digiling /blend halus)
150 gram kacang goreng (ditumbuk)
telor 1 biji
2 biji tomato di potong 4
Garam secukup rasa
minyak utk menumis
Cara membuatnya:
1. Gaulkan ketam dengan sedikit garam dan kunyit kemudian goreng hingga garing.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta kulit kayu manis.
3. Masukkan bahan giling, cili merah, sos tiram,air asam dan garam masak hingga mendidih.
4. Masukkan telor yg dipukul... masukkan buah tomato,bawang besar yg dipotong gelang dan kacau rata-rata kemudian masukkan ketam tadi.
5.Kacau hingga ketam bersalut cili dan bolehlah diangkat.

18 Apr 2010

Sotong Goreng Tomyam

Bahan-bahan
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam secukup rasa
1 kiub perasa tomyam

Bahan tumbuk ataupun diblender
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air, kiub perasa tomyam dan kentang. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong . Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan cili yg dipotong.

Kari Ketam Tumis Darat

Masakkan  gulai atau kari tumis darat ni memang sinonim dgn org utara....apa yg bezanya ngan gulai tumis biasa ni apabila ianya siap dimasak aromanya lain coz kita tumis last sekali...dan bila mkn masih lagi bau aroma tumisan itu kalau nak compare dgn tumisan biasa so...kalau nak try bolehla try resepi spt dibawah.
Bahan-bahan :
6 ekor ketam dibelah dua
3 biji bwg merah, 3 biji bwg putih, 1 inci halia..ditumbuk lumat
Satu paket rempah kari
Air secukupnya
Santan pekat
sekeping asam gelugur
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit

Bahan2 utk ditumis garing :
Sedikit minyak masak utk menumis
2 biji bwg merah, dimayang
2 biji bwg putih, dimayang
5 tangkai cili kering, di potong dua
3 pelepah daun kari, dilurut
2 sudu besar rempah halba campur

Cara-cara :
1. Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan.
2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa.
3. Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis.
4. Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar.
5. Tutup kuali dan padamkan api.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers