Showing posts with label Homeschool. Show all posts
Showing posts with label Homeschool. Show all posts

Apr 16, 2012

Aktiviti bernombor.

Ain Fajar | 2:26 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
semalam saya buat aktiviti yang berasaskan kira2..si kakak nie lum kenal nombor lagi, baru 1-5..kena tekan lebih kepada nombor..memangla leh mengira sampai 12 tap tak kenal no yang mana satu..setakat 1-5 je boleh..fina pun macam tu juga..so saya akan lebihkan kepada nombor selepas nie..kakak macam tak suka pada nombor..so ibunya kena lebih kreatif tu yang pening nie..mana yang boleh buat saya buat dulu..layan dulu aktiviti bernombor nie..

sebelum susun nombor, warne dulu..bagi cantik ulat gonggok bernombor..
kemudian susun ikut nombor yang betul..




 c fina, bila suruh mewarna kurang minat dia..bila kakaknya mewarna dia conteng je kertas dia pastu main la ape2 yg dia suke..fina lebih suka membaca..so bila rehat2 saya ajar dia baca buku..smbl tengok tv ke baring2 ke..belajar cikit2 pun xper..kalau kakaknya nak sek tahun depan mesti dia nak ikut..so sekolah kan je lah..dah kenal huruf pun boleh la kan..
ni lah aquarium yang di susun ikan bergambar...
aktiviti bernombor akan ditambah dengan lebih banyak...

Alphabet J

Ain Fajar | 1:53 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
aktiviti home school di teruskan dengan huruf J..macam biasa lah, saya buat huruf J besar dan kecil kemuadian suruh kakak warnakan gunting dan tampal kat kertas..kemuadian saya print gambar jellyfish untuk J..saya suruh kakak warnak kan juga..dan satu lagi saya potong huruf J besar dan j kecil suruh kakak tampal mengikut kumpulan yang saya tetapkan..aktiviti dah lama berlalu..tapi tak sempat nk update..jom la layan gambar..saje la buat kenangan kakak dan adik masa akan datang..





masih belum ada aktiviti art..bahan-bahan yang di perlukan tak ade plak bila idea dah datang..lain kali lagi..

selain tu saya latih untuk kakak menulis huruf2 yang dia dah kenal..ada yang ikut dot dot, ada yang ikut garisan putus2 dan ada yang dia tulis sendiri ikut huruf yang dia boleh..selain tu dia belajar melukis ikut kad bord yang di sediakan..
nie lah white bord yang saya guna untuk melatih syuhada menulis dan melukis..nie hadiah dari aciknya sempena beday kakak 2/4 yang lepas..tapi saya lah yang mencarinya..sengaja saya pilih permainan yang lebih kepada pembelajaran..tak la nak main je kan..sambil bermain sambil belajar..memang bagus la mainan nie..melatih kanak-kanak menulis dan melukis...selain menulis hurug2 dan no..ada juga kira2..campur, tolak darab dan bahagi..boleh guna berulang kali sebab kertas tu boleh dipadam kalau kita guna pen yang disediakan..ada 5 warna dan pemadam..kalau ada sesiapa nak dapatka white bord nie boleh cari kat cosway..jadi ahli murah la sikit..missing pulak gambar yang saya amik masa kakak sedang menulis dan melukis..xpelah..nak buat macam mn kan..

Apr 4, 2012

Huruf H

Ain Fajar | 8:32 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..

pembelajaran di teruskan lagi dengan huruf H, masih belum buat untuk aktiviti craf bagi huruf G..tak pelah teruskan je dengan huruf seterusnya..di samping tu juga teruskan membaca iqra' dan mengira..ajar secara tak lansung je, tak formal..sambil baring dan duduk melipat kain suruh dorang mengira ape yang ada di sekeliling..

H is for House..

gambar gelap sebab cuaca hujan time ni..ni je lah yg saya ambil..xbest nak amik gambar dengan cuaca mcm nni..
 aktiviti mewarna, gambar hello kitty untuk huruf h...yang gambar yaya tu pulak saje2 je..dah nak sangat terpaksa juga la saya lukis gambar kat baju dorang..ada juga rupa watak yaya dalam kartun boboiboy


huruh H besar dan Huruf h kecil..tungang langgang  huruf h kecil tu..tinggal kejap pg jemur kain, balik2 tengok dah siap tapi terbalik huruf h kecilnye..janji melekat je..ni la kakak kalau dia belajar kita tak tengok..janji siap..dan kadang tu tak bergerak pun, pensil pun dah jadi patung main, alat tulis semua ada watak masing2..adoyai..kakak ooo kakak..banyak imaginasinya..

Huruf G

Ain Fajar | 8:03 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
lama tak buat n3 tetang pembelajaran anak2..saya teruskan aktiviti pembelajaran untuk huruf G..cuma memperkenalkan kakak macam mana bentuk huruf G..dan G untuk ape..tak buat aktiviti craf pun..ibunya dah kekeringan idea..nnt akan di ulang lagi huruf G ni dengan aktiviti craf..kakak pun kadang lupa bentuk huruf G besar dan kecil..c fina yang bagi tau itu huruf ape..kakak ni klu kita kenalkan mcm tu je mmg dia cpt lupa tapi bila kita sertakan dengan benda2 craf  insya allah la..sekarang ni saya masih ulang lagi huruf2 yang dah d pelajari tapi dengan cara menulis..dia malas cikit nak menulis, tak tau la kenapa risau gak..kn cari cara supaya dia suka menulis..layan je lah gamabar yg sempat saya snap..





2 3 hari juga buat aktiviti hirif G nie..
aktiviti menampal huruf h besar dan kecil..G untuk gajah





ini shj utk huruf G..akan bersambung untuk aktiviti craf nnt...idea...idea...idea..

Mar 31, 2012

Crayon....

Ain Fajar | 3:58 AM | 1Comments |
assalamualaikum..
n3 kali ni tak citer pasal masakan atau resepi..dah lama tak up date pasal home school ank2 ni..sejak amik tempahan masakan ni, masa untuk homeschool agak terhad. Tapi walau macam mn pun saya ambik masa juga tok lakukan aktiviti homeschool.. bukan ape c kakak ni kena sentiasa remind balik ape yang dia dah belajar..kalau tak dia akan lupa..dan terus lalai..tak macam adiknya c fina..dia tengok je ape yang kakaknya belajar, terus dia ingat..tak sangkan juga..bila saya tanye pada c kakak huruf ape, kakaknya tak tau nak jawab sebaliknya c fina pula yang bagi tau ape huruf tu..sekarang ni c fina dah kenal huruf2 A B C..ada 4 huruf je yang dia tak kenal lagi..tapi huruf besar je yang dia kenal..huruf kecil dia tak kenal lagi..ok lah juga tu..dalam usia 2 thn 4 bulan dah kenal huruf, huruf jawi baru sampai huruf KHA, c kakak pula baca iqra' da sampai huruf ZHO..

ok lah berbalik cerita pasal tajuk diatas 'CRAYON'.....
apesal, nak citer pasal crayon plak ni..hehehe
bukan ape, saya bekenan kat crayon ni rasa tak rugi saya membelinya..harganya murah, warnanya terang dan pelbagai warna..ada 64colour dlm satu box..memang berbaloi..
dan paling saya suka bila c kakak jadi rajin mewarna..biasanya kalau saya suruh dia warna guna pensil warna dan crayon biasa tu, macam2 alasan dia..penat la, bosan la, tak pandai la..tapi bila guna crayon ni nak juga dia menghabiskan kerja mewarnanya tu..c kakak ni lebih suka mewarna guna water colour..lebih mudah dan warnanya lebih terang..tapi kalau dah nak warna kat kertas yang nipis tak kan nak guna water colour pulak, koyak juga kertas tu...

ni yang sempat saya snep..balik dari kedai terus mengadap benda buku dan mewarna..yg adiknya dah kepenatan..ada juga warna selai..c kakak ni kononnya nak tunjuk hasil warnanya kat ayahnya tu yang warna 2 helai sekali..
ni yg fina warna..haru biru jadinya...jadilah kan..untuk permulaan..tapi fina ni tak suka sangat pada art..tak mcm kakaknya..suka lukisan dan warna..suka art creatif..dia suka tengok rancangan Art Zoo Ka, crayon MOO, reka cipta dan seangkatan dengannya..
ok crayon nie, saya beli kat coswey..kalau guna harga ahli memang murah dpt separuh harga..berbaloi..bayak lagi barang permainan dari coswey yang lebih kepada lesrning..sangat berguna untuk kana-kanak..selain tu cosway banyak  menjual barangan kegunaan harian yang kita guna hari2..tak rugi kita jadi ahli coswey..

bila dah siap, tampal la kat petia ais dengan bangganya..klu petia ais dah penuh tampal plak kat dinding..tak pelah budak baru nak belajar..
semoga kakak n adik rajin belajar dan jadi budaj yang pandai dan beriman..aminnn...

Mar 14, 2012

Aktiviti di Dapur.

Ain Fajar | 9:16 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
petang semalam saya lakukan aktiviti bersama dengan anak-anak di dapur..waktu pagi saya ada juga lamjutkan pembelajaran ke huruf seterusnya dan tengah hari mengaji iqra'..buat masa ni kakak baru mnecapai huruf G, nak ikutkan ada huruf yang dia dah kenal selepas huruf G, tapi saya tetap kenalkan huruf dan lakukan aktiviti ikut turutan huruf...manakala untuk iqra' pula, masih lagi iqra' 1 pada huruf sin dan shin..dia kenal perbezaan kedua huruf ni, tapi agak susah dia nak menyebutnya dengan betul..ok la tu nnt dah besar insya allah boleh sebut dengan betul dan tepat..bagi fina pula pembacaan iqra' baru samapi huruf Ta..alhamdulillah dalam diam dia mula kenal huruf2 al-quran..

ok berbalik pada aktiviti di dapur..sebenarnya dorg nampak bosan dengan aktiviti pembelajaran so saya pun ajak dorg join buat apam polkadot..dapat juga makan2 di waktu petang..lagi seronok dorg makan bila dorg sendiri yang buat..saya bagi tolong sikit2 je lah, kalau tak bertambah la kerja mengemasnya nnt..tang tu yang malas tu...hehehe

antara apam polkadot yang terhasil
comel la apam ni, budak-budak memang suka cute je nak makan pun senang.
saya masih guna resepi yang sama seperti sebelum ni cuma saya guna tepung kek, hasilnya memang lembut la sangat dan tahan berhari2.. yang bestnya tak keras dan kering pun..
nak resepi tengok kat sini.

selain tu juga, apam polkadot ni, kita boleh buat macam -macam corak, selain dot dot tu, leh juga wat corak kumbang ladybird, leh wat corak lebah boleh tulis2 lagi..ikut suka lah nak wat mcm mn pun memang menarik dan semestinya budak-budak suka..rasanya pun memang sedap...yang kat atas tu cprak srawberry, tapi macam tak berapa kemas, mungkin sebab kurang penuh saya isi..tak pe belajar dari kesilapan....

antara gambar yang sempat saya snep masa anak2 dara saya menolong..siap pakai topi bunga lagi..haha sebenarnya topi tu baru di hatar oleh pak cik posmen..so terus melekat kat kepala..benda baru memang dorang suka..

seronok dorg makan hasil air tangan sendiri, walau bukan sepenuhnya dorg buat tapi tetap bangga dorang menolong..khusuk sambil makan dan menonton..
c fina, tak lepas topi tu, lepas mandi terus pakai balik topi bunganya..
cantik topi ni, memang saya berkenan, lepas ni nak cari yang berkait pulak..
kalau pn. ida boleh kaitkan lagi bagus kan..

sekian..



Mar 2, 2012

Alphabet F

Ain Fajar | 8:44 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..

aktiviti di teruskan, syuhada dah mula bosan tapi kena teruskan juga..kadang-kadang saya pasang cd alif ba ta untuk hilangkan bosan..paling tidak dorg terbiasa dengan huruf jawi...untuk aktiviti huruf F..
 saya memperkenalkan huruf F dengan mewakili gambar yang bermula dr huruf F..
aktiviti memperkenalkan huruf F..ok juga kakak sudah kenal huruf F..dan macam biasa saya try memperkenalkan huruf F besar dan f kecil.
 ni la bisa yang fina selalu buat, kalau saya ajar kakaknya, dia pun main la dengan alat2 yang ada..masak2 la, susun2 n kira2..biasa kakaknya akan hilang tumpuan nak join adiknya main..
 walau mcm mn pun fina tetap buat kerja bila di suruh
ni hasilnya..saya juga buat huruf F dalam gambaran seperti musang..saya bagitau kakak tu adalah swiper simusang yang yang suke mencuri barang Dora..suka la dia..nnt bila tiba belajar huruf M boleh lukis gambar boot simonyet yang selalu teman Dora mengembara..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...