Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Apr 16, 2012

Sambal sotong

Ain Fajar | 3:12 AM | 7Comments |
Assalamualaikum..
Menu tengah hari sotong masak sambal je...untuk kakak n fina buatkan sup ayam dengan carrot dan cendawan..simple...

 sambal sotong nie buat macam sambal biasa je cuma saya tambah serai bagi wangi sikit...nak hilangkan hanyir sotong tu, dah basuh dengan air asam pun masih ada bau..bila dah letak serai hilang la bau sotong tu dan kuahnya rase lebih sedap..


jom layan resepi, manala tau ada adik2 yang baru nak belajar masak tu kan..dan juga untuk rujukan kakak dan fina masak akan datang nanti..

Sambal sotong

Bahan-bahan :)
300gm sotong
3ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
4sudu cili boh
gula dan garam secukupnya
1 sb sos tiram.
minyak untuk menumis

Cara-cara : )
  • tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia serta serai
  • tumis bahan yang di tumbuk hingga sedikit garing masukkan cili boh gaul rata
  • masukkan sos tiram, gula dan garam, goreng hingga cili masak
  • masukkan sotong, masak hingga sotong mengecut dan masak.
  • siap dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.
selamat mencuba  :)

Jan 17, 2012

Sotong Kunyit

Ain Fajar | 8:37 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam tengah hari...rase2 nak masak ape la agaknyer..no idea..nmpk sotong dlm frezer, tapi tinggal beberapa ekor je..urmm tak pelah cukup untuk makan 3 beranak..oleh kerana nak bagi c kakak n c adik yang makan saya buat sotong kunyit versi mak mertua saya..en.abg pun suka juga..sotong ni tak pedas tapi rasa sedikit rempah dan manis sotong...sedap juga laa..hehe saya tak berapa suka kunyit2 ni..so kureeeng sikit..nak masak tak leh ikut tekak sendiri, kena ikut tekak yang nak orang yang nak makan tu barulah seronok masak bila orang lain makan dengan selera...toi dok..

ok jomlah kita tengok resepinya senang jer..kejap je dah masak dalam 10 minit penyediaannya..

Bahan-bahannya : )
300gm sotong
1/4 sudu teh serbuk kunyit / kunyit hidup pun boleh
1/4 sudu teh jitan putih
1/4 sudu teh biji ketumbar
garam secukup
5 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih


cara-caranya : )
  • tumbuk semua bahan kecuali sotong.
  • tumis bahan yang yang ditumbuk, tumis hingga sedikit garing.
  • masukkan sotong gaul sebati dan masak hingga sotong masak. (bila sotong dah sedikit tergulung dan merengkok maknaya sotong dah pun masak)

p/s : jangan masak sotong terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong itu liat..
ok itu jerr..
selamat mencuba !!

Jun 18, 2011

Sotong Goreng tepung

Ain Fajar | 6:29 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari ni, sotong goreng tepung..nak menggoreng sotong ni banyak toi dugaan dan cabarannya...nak tau ape cabarannya? Hahaaa apa lah lagi kalau bukan meletup2 sotong dalam kuali tu..ada pernah terjadi, satu dapur berhujankan minyak..saya mmg lari jauh2 la, bila dah garing baru datang balik..tapi tak bestla kalau mcm ni..dah penat masak sibuk pula nak mengemom lantai dan lap segala khazanah kat dapur...haaaa kali ni saya goreng sotong ni tak meletop2 pun.sopan santun je bunyinya...mesti ada rahsianya...nak tau tak? kalau tak nak tau tak per, saya tetap nak bagi tau juga...bukan selalu nak konsi tips dari pengalaman sendiri nih!!maklum lah saya budak baru belajar lain la kalau yg sifu2 tu...
ok, untuk menggoreng sotong haruslah di buang dahulu kulitnya, keran kulitnya itu yang menjadi punca letupan minyak berlaku...caye tak? tak cayer, cuber buat sendiri..
yang kedua, kena letak baking powder, supaya sotong tu molek je duduk dalam tepung yang mengembung..rasanya lebih rangup dan lembut gitu..
jom tengok resepinya pulak. 

Bahan-bahannya :
500 gm sotong
5 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 st baking powder
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit jika suka.
Minyak 

Cara-caranya: )
  • Bansuh tepung seperti membuat cekodok.
  • Peram tepung selam 10 minit.
  • Gaulkan sotong dalam bancuhan tepung tadi.
  • Panaskan minyak, sudukan sotong satu persatu dan goreng hingga kuning keemasan..
Sebijik mcm yg kita makan kat kedai tu..
ce cube...ce cube...
selamat mencuba!!!!

May 9, 2011

Sotong Bakar

Ain Fajar | 6:22 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Menu semalam, tak sempat nak up date semalam coz line ternet slow jer..so dah satle..untuk sekadar rujukan boleh la kan..resepi ni saya rujuk dr koleksi buku chef Hanieliza mmg sedap dan senang untuk membuatnya..sesiapa pun boleh buat..kalau br nak belajar masak pun boleh comform menjadi lah!!

Ok jom kilta tengok resepinya..

Sumber : Chef Hanieliza.
Bahan-bahan : )

300 grm sotong sederhana besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
3 batang serai
15 tangkai cili kering
1 biji limau kasturi
Gula dan garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-caranya : )
  • Cuci sotong bersih dan potong 2 bhg.
  • Blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
  • Tumis bahan2 yg telah dia blend hingga naik minyak, perasakan dengan garam dangula.
  • Bungkus dengan aluminium foil sotong bersama sambal yg di tumis serta serai yg telah di ketuk, dan perahan air limau
  • Letak bungkusan dalam kuali dan tutup dengan penutup periuk. Masak selama 30 minit.
Siappp!!! sedia untuk di hidangkan bersama
Selamat mencuba !!
 selamat menjamu mata yerrrr!!

Mar 23, 2011

sotong bunga kantan

Ain Fajar | 7:56 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..


Menu hari ni, sotong bunga kantan..1st saya masak sotong mcm ni..mmmm sedap rasa mcm mkn asam pedas tapi ada lemak2 santan..mmg unik rasanya..saya ambik resepi dari majalah sedap..semua resepi yg terdapat dalam majalah sedap ni mmg menyelerakan dan alhamdulillah tidak menghampakan..sotong yg saya gunakan seekor je tapi bapok beso..panjangnya dari ujung kuku hingga ke siku tangan saya...bukan tangan kakak..mmg besar 1 ekor pun dah mencecah 400++gm..ini lah sotong yg paling kecil saya pilih..lauk kat trgn ni mmg besar2 lah..
Ok jom kita intai2 ape bahan2 yg saya letak dalam masakan kali ni..

Sumber ilham : majalah Sedap
Bahan-bahannya; )
400 gm sotong
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering
1 kuntum bunga kantan
1 biji limau nipis
½ inci halia
4 biji cili padi
150ml santan pekat
Sedikit daun kesum (saya letak sendiri)
Sedikit lada hitam
Gula dan garam ikut citarasa masing2.
Cara-caranya :
Basuh sotong bersih dan kelar-kelarkannya.
Blean baang putih, bawang merah, halia dan cili kering.
Tumis bahan2 yang telah di blean tadi hingga naik bau dan bunga kantan.
Masukkan gula, garam dan lada hitam
Masukkan santan serta cili padi. Tunggu hingga menggelegak dan kuah agak pekat.
Masukkan sotong dan daun kesum. kacau rata dan biar hingga sotong masak..
Senang je..sedap pulak tu..Selamat mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...