Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

May 8, 2012

Telur Bistik

Ain Fajar | 1:59 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
sebelum nie saya tak pernah pun jumpa telur bistik nie..tapi bila en.abg makan kat kedai dan oder telur bistik, dia kate sedap sangat..saya nie pun cakapla yang saya pun pandai buat telur bistik nie..huhuhu perasan pandai je..sejak dari tu en.abg tak oder lagi tapi suh saya buat yang katenye pandai sangat buat telur bistik...alama!! jumpa dan rasenya yang pun tak tau ape tah lagi membuatnya..macam mn yer..hahaha sumber maklumat sekarang di hujung jari je kan...dah ramai penyumbang resepi yang sangat bermurah hati memberi resepi secara percuma bagi mereka yang suke belajar dan mencuba masakan terbaru..apa lagi google je lah kat my resipi..
macam ni la rupanya telur bistik..telur dadar yang dicampur ayam cincang, kemudian siram kuah sweat sour...hhhhmmm sedap la, satu kelainan..telur dadar tu tak la kosong, bila makan ianya padat dan kaye dengan isi ayam..kuahnya pula membuatkan telur nampak meriah..jom skodeng2 ape resepinya..maaf yer tak ingat siapa penyumbangnya..saya tengok bahan-bahan yang digunakan sahaja, sukatan ikut agak2 saya je.



Telur Bistik
sumber myresipi
olehan : 'ain

Bahan-bahannya:
4 biji telur
30gm ayam cincang
2 biji bawang merah
1/4sk garam
3 sudu mayonies.

Bahan kuah:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 sudu sos tiram
5sudu sos cili
1/2 cawan air.
2 genggan sayur campur
bebola ikan.
gula dan garam secukupnya.

cara-caranya: 
  • telur dan bahan lain disatukan dan pukul guna garfu dan masak macam kita buat telur dadar.
  • pastikan api yang digunakan perlahan sekali untuk mengelak telur cepat hangus dan dalamnya tidak masak.
  • kuahnya pula, hiring bawang dan tumis
  • masukkan semua bahan dan tunggu kuah agak pekat.
  • siap dan tuang atas telur apabila ingin dihidangkan.

selamat mencuba!!


Dec 9, 2011

Telur pedas

Ain Fajar | 5:07 AM | 0Comments |

Assalamualaikum.
Telur pedas ni menu masa saya study dulu..senang dan jimat kos dan masa. Goreng telur, pastu potong2 dan campak itu ini dah siap..yang penting kenyang perut dan boleh study dengan hati yang tenang..ye lah perut dah kenyang ape yang nak di hafal senang je nak masuk..saje lah saya letak resepi ni, mana tau ada anak bujang yang tengah study, tak pun anak dara yang baru nak cuba pegang sudip dan kuali..leh la try..bagi yang dah pandai macam chef tu pejam mate je lah yer...tak pun macam saya ni, makan untuk anak tekak sendiri dan malas pula nak masak so masak je macam ni..jangan tak caye mesti tambah punye lah..hehehe...
 layan mcm mn nak buatnya.
Bahannya : )
2 biji telur
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu makan sos tiram
5 sudu sos cili
Air secukupnya.
Gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )

  • Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
  • Potong bawang putih, bawang merah, dan cili padi. Tumis bahan yang telah di potong.
  • Masukkan sos tiram dan sos cili.
  • Kacau dan masukkan air ikut kepekatan yang kita nak. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Siap~!!!
Selamat mencuba!!
Kalau kawan2 rasa, mesti dorang cakap pandai toi ko masak kan...hahaha lawak2..





Jan 24, 2011

Egg Green

Ain Fajar | 7:34 AM | 4Comments |
Assalamualaikum...
wahh!! nama omputih lagi, sedap ke? mestilahhh...sebenarnya tak tau nak letak nama ape. sukelah hihihihi...resepi lauk ni mmg sesuailah kalau dah tgh ujung2 bulan ni, tak pun bila kita dah tak cukup masa..sangat sesuai juga bagi yg bekerja..
Bahan-bahannya : )
2 biji telur
6 biji cili padi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sb ikan bilis
1 cawan air
sedikit air asam jawa
secubit garam
minyak untuk menumis

Cara-caranya : )
  • Tumbuk atau kisar kasar bawang putih, bawang merah, cili padi dan ikan bilis.
  • tumis bahan2 yg di kisar hingga sedikit garing, masukkan air dan air asam jawa tunggu hingga menggelegak.
  • masukkan garam mengikut citarasa sendiri.
  • pecahkan telur dan biarkan seketika..apabila putih telur dah keras atau masak boleh matikan api
  • sedia untuk dihidangkan.

mudah je...selamat mencuba ye!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...