CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

REZEKI HUJUNG TAHUN

ASSALAMUALAIKUM...

jumaat hri tu dok msg2 dgn suami mcm besa, tp rasa pelik je bila tetiba mcm2 soalan pelik ditanya suami. suami tanya aku ada tringin nak ke mana2 x, kalo mampu dia bawak. pastu bila aku mintak izin nak pi beli tilam bby, suami soh tunggu dia sbb dia nk belikan. bila ckp umi nak upah, novel. suami ckp mmg dh ada peruntukan utk novel umi. hasihhh pelik. apa aku sebut je semua dia kemain beriya kan.

rupa2nya mmg tidak syak lg, suami dpt rezeki hjg thn. rezeki baby katanya. haippp, rezeki baby je? umi? hehhh umi mesti mencelah jgk tahu! hahaha! syukur alhamdulillah, suami naik gaji lg, byk jgk. pastu dpt duit insentif lg. mmg rezeki. suami siap bentangkan bajet lg. yg best peruntukan utk umi paling banyak hahahahaha umi sukaaaaaaaa!

syukur alhamdulillah. sesungguhnya rezeki tu dtg dr Allah. kalo ada lebih, alhamdulillah. dan sebenarnya rezeki itu jgk merupakan satu ujian (istidraj). kdg2 Allah bg rezeki utk menilai sejauh mana kita mensyukuri nikmat itu. semoga kami tidak mudah lupa/lalai. dan sentiasa bersyukur dlm apa jua keadaan~

TRAGEDI 20.12.2012


ASSALAMUALAIKUM...

Haaaa nak sgt tarikh cantik kan? Nahhh aku dah catat sejarah pada 20.12.2012. baikkkk punya kenangan!
Pagi2 aku ke insurans utk hantar borang claim tu. Lps tu singgah pasar tani beli bubur lauk fevret tu kan. Sampai opis lbh krg 9.30 gitu. Tghri aku tidoq je sbb rsa letih sgt. Bangun tido kepala rasa berat sgt. Buat keja pon mereng2 je rsa. Lps tu ptg rsa mcm lapaq, tgk fana wassap gambaq coklat aku pon turun nak bli coklat jgk. B4 naik opis Nampak sandwich, mcm best je. So beli la sandic ayam. Masa mkn tu x de rasa apa yg pelik pon…


Pkl 6.30, gerak blk ke merbok ikut jalan yan. 15min drive, dah mula rasa mcm x sedap badan. Tp gagahkan jugak. 5min kemudian, rasa mcm makin parah. Tp gagahkan jugak. Nak tahan sampai merbok baru muntah.konon. dlm pada tu x henti berdoa spy Allah pinjamkan aku kekuatan, agar aku dpt bertahan. Tp 5min kemudian lg, aku rasa mmg dh blh tahan. Kebetulan ada Caltex kt tepi jln, aku singgah dgn harapan nk ke toilet. Tp malangnya stesen minyak kampong kan, mana la nk ada toilet bagai. So aku berhenti tepi jln area Caltex tu. Konon nak bukak pintu dan muntah dr dlm keta saja, sbb tau dah x sempat nk keluaq nak cari port muntah bagai. Tp elok ja aku tekan brek, free gear, terus tersemboq muntah kat situ jugak. Aku Cuma sempat beralih ke kanan. So muntah x kena stereng, kna bhgn tepi keta. Alahaiiiiiiii abesla anak ikan mak noksss!!! Lps tu capai plastic yg lapik tong sampah mini dlm keta tu, then sambung muntah dlm plastic tu. Muntah keluaq sisa sanwic. Banyakkkk!!! Aku dah xtau nak bt apa. Mmg panic. Sblm teruskan pjalanan sempat aku bersihkan sisa2 muntah tu sket, cuci takat mampu je. Baju & seluar ada tkena muntah sket. Tp apakan daya, terpaksa teruskan pjalanan.

Kalo nak soh suami dtg ambek pon, suami x sampai merbok lg. lgpon dah nak maghrib. Alang2 aku dh kotor, keta pon dh kotor, gagahkan aje la drive blk, buat apa nak nyusahkan suami ye dok. Sebolehnya xmau suami susah hati. Aku just msg suami spy jgn pi surau, tunggu sampai aku blk. Lps 10min teruskan pjlanan, aku mula pelik bila tiba2 terasa nak muntah lg. terus bg signal ke kiri, bhenti di tepi jln dan muntah lg dlm keta. Mujoq la aku ada plastic spare dlm keta. Muntah lagi…byk. Kali ni keluaq buih putih + sisa sanwic sket2. Then dah selesai still teruskan perjalanan. Xsabaq rasanya nak sampai umah. Sbb perut dah mula rasa ‘xbest’.

Bila drive dlm 10min, tetiba perut memulas dan rasa nak muntah lg. pelik! Cpt2 bg signal ke kiri lg, bhenti di tepi jln (dpn hospital yan) dan muntah lg. kali ni mau xmau tpaksa muntah dlm plastic yg berisi muntah td sbb stok plastic dh abes. Yuckkkkkkkkkssss! Kali ni muntah keluaq ayaq kuning mcm slalu, mungkin ayaq hempedu sbb pahit sgt. (selalunya lps kluaq ayaq kuning ni dh x muntah, sbb ni sisa last). Kebetulan suami call, Tanya ok ke x. kali ni aku dah x blh nak bselindung. Nak ckp pon suara tersekat2. Nak gagah drive, x brani ambek risiko sbb dh maghrib. Kalo aku gagah drive, kang nak muntah lg, kt mana aku nak bhenti? Jln ke dpn dah masuk jln2 sunyi. So aku decide nak tunggu suami dtg ambik kt hospital jela, sbb ramai org. xdela takut sgt nak tunggu. Suami plk masih odw dan blm sampai umah. Baru kt sp. Wuuuuuuu~

So aku masuk dlm perkarangan hospital yan, syukur dpt parking plg depan, plg dekat dgn pintu masuk & wad kecemasan. Hajat di hati Cuma nak tumpang parking dan tunggu suami dtg aja. Tetiba elok parking, terasa nak muntah lg!!! sambung muntah dlm plastic lg. perut pon memulas semacam! Lps muntah, terus kluaq dr keta dan berlari ke wad kecemasan. Jumpa atendan, Tanya toilet kat mana. Amboiii jauhnya toilet, kna kluaq ke blkng wad. Berlari aku ke toilet, semua org tgk aku dgn muka pelik. Bila pi toilet, terus buang air besar, then muntah lg. sumpah aku hairan kenapa aku muntah byk kali sgt. masa ni aku dah lembik. Rasanya seluruh tenaga aku dah lumpuh sbb semua benda aku dah buang. Aku berjalan pelan2 dan kembali ke wad kecemasan. Duduk di bahagian menunggu, konon2 nk tunggu suami dtg. Siap berhajat nak tgk cinta itu milikku episode akhir kt situ. Kemainnn! Padahal duduk x sampai seminit, tetiba sakit perut lg. kali ni aku dah cirit-birit. Lps tu muntah lg. sampai tercungap2 nafas. Mmg rasa penat sgt-sgt-sgt dan rasa nak pengsan. Aku berpaut kat counter top sinki utk bertahan. Kali ni baru terasa nak tgk muka sendiri kt cermin. Masyaallah, pucat lesi wajah aku! Badan aku pon panas amat!

Akhirnya aku gagahkan diri utk berjalan, sambil berfikir nk check ke doctor or just tunggu suami mai dan ambek aku blk. Tp bila dh start berjalan, aku tau aku tak berdaya dah. Jalan sambil pegang perut, sambil terhuyung-hayang, aku pi kaunter pendaftaran dan daftar di wad kecemasan. SENDIRI. Masa ni semua org pandang aku. Persyaitonkan mereka! Masa daftar t upon aku dh xmampu berdiri, kepala aku terjelopok atas kaunter. Haaa atendan t upon kelam-kabut la takut aku muntah kat kaunter dia kan! Cpt2 dia panggil kawan dia hulurkan plastic kat aku dan bawak aku terus masuk bilik kecemasan, zon kuning. Wahahaha tau takut! =p

Dh masuk bilik tu, aku mcm jakun ja. Ni kan my 1st tym, aku xtau nk bt apa. Tgk org dlm tu semua sakit2, dokter & nurse semua kalut2 belaka. Aku duduk kt kerusi, sambil megalami proses muntahan seterusnya. Kali ni keluaq sket ja, ayaq kuning lg. MA soh aku baring kt katil, dekat je dgn tmpat aku duduk. Tp aku langsung x blh nak bangun. 2-3x depa soh aku baring tp aku x berganjak. Rasa mcm nak ckp ja “sy xmampu berdiri niii mai la dukung sattttt!” bila dh rasa blh bangun, cpt2 aku stunt ke ats katil tu wahahaha! Masa baring ni aku mula rasa sakit perut yg amat sgt! MA & dokter mai kat aku Tanya apa masalah. Aku xtau nak habaq apa. Aku ckp muntah teruk, dan sakit teruk. Aku tunjuk bhgn mana kt perut yg aku sakit ni. Depa Tanya sakit perut bawah pusat tak, aku jawab x. aku yakin aku sakit kt satu bhgn ja. Sambil depa Tanya tu aku mintak dkter ambek plastic sbb aku rasa nk muntah lg. kali ni keluaq ayaq, tp kaler mcm koko2 sket. Aku syak darah. Sambil muntah sambil dkter tnya lg soalan samada ada pv bleeding or not, aku yakin xdak. Dan sambil tu jgk MA tu cucuk tangan aku rupanya. Sedaq2 tangan aku dah berjarum, darah meleleh2. Oh nooo! Tp masa ni mmg xrasa apa dh jarum tu, sakit perut aku lbh utama. Lps dh drip tu, depa tinggai aku sat. sbb byk lg pesakit lain mlm tu. Dan semuanya kes MENGANDUNG! (except sorang nenek yg sesak nafas)



Masa dokter tinggai aku tu, tetiba perut aku makin sakit. Kali ni punya sakit mmg aku xleh describe. Sakit sgt-sgt-sgt. Aku sampai menggelupoq, peluk besi tepi katil, golek2, mcm2 gaya la sbb xtahan sgt sakit tu. Ayaqmata dh meleleh masa ni, aku takut aku pengsan. Aku Cuma mampu baca ‘rabbi yassir wala tu’assir”, segala ayat lain semua aku x blh ingt dh. Ni ja mampu aku baca tu pon dlm hati ja. Lama2 aku rasa mata aku memberat, aku pejam mata. Gagahkn diri utk tido. Bila tido aku rasa legaaaa sgt, evn bkn lena sepenuhnya tp aku rasa lega dr kesakitan. Baru je gaya nak tido nyenyak sket, tetiba ada org mai tepuk paha. Haishhhh potong stim la pulak! Tgk2, suami aku dtg. Tanpa kata. Dia tenung je wajah aku. Aku pon xmampu nak kata apa masa ni. Ohhhh sahdu sgt masa ni. Aku x ingt dh apa yg kami bualkan masa ni. Dan aku xtau apa yg MA bualkn dgn suami. Yg aku tau aku nk tido. Tp bila dh terjaga tu, mula la sakit aku dtg blk. Memulas2 rasa perut aku. Mata still terpejam. Aku ‘terasa’ ada beberapa org memerhatikan aku. MA dgn suami/dkter, aku x pasti. Aku terdengar MA tu ckp “sakit sungguh ni…sy takut apendiks ja”. Lps tu aku xtau apa jd.

Kemudian MA tu mintak aku pi toilet utk ambek urine. Dia soh suami bawak aku ke toilet. Aku yg perasan gagah ni pon turun dr katil dan berjalan dgn suami utk ke toilet. Baru jln 3 langkah, baru sedaq yg aku ni lembik, rasa nk jatuh, xmampu jln, nak muntah. Yg lg best, suami pon xtau toilet kat manaaaaa! Baru dok kalut nak cri toilet! Ohhh masa ni aku rasa nk cekik suami! Kehkehkeh! Aku bersandaq kt pintu bilik apa ntah, suami dok jenguk2 cari toilet. Mujoq aku ternampak sinki, terus aku lari dan muntah kat sinki bilik apa ntah. Lantak laaaa janji aku x muntah kat lantai ye dok? Byk aku muntah, keluaq ayaq koko-kehijauan. Hairannn kenapa byk sgt muntah ni! Suami urut2 belakang dan terus ambek wilca (wheelchair) utk aku. Kemudian tolak aku ke arah toilet yg sebenar. Nahhh toilet kat utara tp td kmi pi ke selatan mmg x jumpa laaa~ Masa kencing utk urine test, aku cirit-birit lg.pelik betoi, apa kaitan muntah dan cirit (ehhh?). lps dh bg urine, nurse suruh aku baring je kat katil tepi toilet tu spya senang aku nak lari in case nak muntah or berry. Lps aku baring, suami selimutkan, dtgla makhluk Allah xtau apa jawatan, mintak suami tunggu kt luar. Sobbbsssss~ :(


tp masa ni aku rasa ok sket. Sakit perut memulas2 tu dtg skali-skala je. Bila baring tu aku gagahkan diri utk lena. Sbb bila lena baru aku xrasa sakit. Legaaaaa sgt bila dpt lena. Sesekali  aku terjaga bila sakit perut yg amat sgt. Pastu lena blk. Pastu jaga bila sakit, then lena balik. masa lena, ada MA mai kejut tanya nama aku. Fine baru nak perasan ke kehadiranku di sudut terpencil itewww? Bila dah lena lama, aku terjaga. Aku rasa mcm dh lama tdo so aku miscall suami, dia faham tu tanda aku nak jumpa dia. Stelah bjaya menyelinap masuk, aku mintak dia tanya dokter  “utk apa aku di sini lg”. amboi kemain ayat aku kannn x padan dgn sakit. No what I mean is, knpa aku perlu tidur/tunggu di sini lg, apa kedudukan aku skrg. Kalo nak masuk wad bagitau, kalo xdak apa2, bg blk. Aku Cuma nak tau kedudukan aku dgn lbh jelas. Suami ckp nti dia cuba tanya, sbb td dia dh kna marah dgn dokter cina tu sbb tnya kedaan aku. Sesumpah punya amoi! Aku soh suami tanya MA & dokter india yg rawat aku td, dokter cina tu bkn tau apa2 pasai aku! Grrrr~

suami jumpa dkter, then kembali kt aku. Rupanya aku kena tunggu kt situ sbb depa tgh tggu result ujian darah aku. Fine la kan mcm tu. At least aku tau apa matlamat aku termangu kt situ. Sekali lg suami ‘dihalau’ keluaq, sbb mmg xblh tunggu dlm wad kecemasan. Aku x kisah pon, aku paham prosedur. Lps suami keluaq, aku sambung tido. Tidurku terjaga tatkala ada org kejutkan aku. Ohhh rupanya dokter  cina yg kerek tu! Dy dtg bersama maklumat ttg aku. Rupanya ada jangkitan kuman dlm darah aku. Zassss gerunnya aku dengaq! Dia ckp kena masuk wad, tambah ayaq. Ok aku redha. Perkara plg aku takut, terjadi jua. Wuuuuuuuu~ beberapa saat kemudian suami mai kat aku, sambil tersenyum. Tenang je tgk senyuman suami sendiri. Suami masuk sbb nurse yg panggil, bagitau aku kena masuk wad. Yg aku pulak beriya ckp kt suami “b, tlg ckp kt dokter yg syg takmau masuk wad. Syg dah sihat la…dh muntah berak abes dah, blk umah tido ok la…xdak apa pon buat apa nak masuk wad”. Yela baru bangun tido dan rasa freh sket masa tu, mmg aku rasa sihat la. Elok je abes ayat tu, tetiba perut aku memulas balik. berkerut muka aku tahan sakit. Suami pon “haa tu la syg kena masuk wad jgk…kalo balik umah nanti syg sakit mcm ni b garu kepala xtau nak buat apa”. Malas nak layan ckp suami, sbb rasa nak muntah tiba2. Cpt2 ‘lari’ ke toilet, muntah dan cirit-birit lg. kali ni muntah kaler merah-koko, aku pasti itu darah!


Xlama kemudian dtg sorang nurse bawak wilca utk aku. Sah, aku akan dibawa ke wad.sobsss. kelakar sgt bila suami tolak aku nek wilca tu. Adoiii dah tua2 kena tolak mcm baby. Wuuu~ aku ditempatkan di wad bersalin, WAD MELOR 1. Mak aihhh seramnyaaa suasana wad tu. Maklumlah hospital yan ni kategori hospital desa, dokter pakar pon xdak. Dlm wad tu pon ada sorang jaaa patient dgn baby dia. Uwaaa serammm! Katil aku paling hujung, dkt dgn toilet. Wuuu seram lg! sesampai tu nurse terangkan prosedu/syarat ttg hospital, dan mintak aku sign. Sempat aku tnya agak2 brapa hari kena admitted (blm masuk wad dh tanya nak kluaq). Nurse plak jawab “selalunya x sampai seminggu”. Alahaiiii ingatkan x sampai sehari!!! Grrr~ Lps nurse pi, aku pinjam hp suami utk call mak. Hp aku btri flat trus, hp suami pon btri dok kelip2 dah. Aku serba-salah nk call mak, takut mak risau. Tp kalo x bgitau awl2 kang takut mak kcik hati pulak, xpon esok mak kelam-kabut pulak. So aku call jgk. Mmg nada suara mak x risau sbb aku ckp dlm nada ceria dan seolah2 takdak apa. Tp reaksi mak “sat g mak pi na? mak dok buat tapai ni, dlm pkl 12- 1 sat g baru blh pi”. Amboiii mak kemain malam2 buta nak mai sepital tgk aku kan! Dlm dok kata x risau tu… aku ckp elok2 kat mak spya jgn dtg…dah lewat malam, kalo mak mai kompom x blh masuk. Lagipon aku ckp yg aku sehat, saja dokter nk tambah ayaq ja…


Aku sempat sembang2 sat dgn suami sblm dia keluaq utk ambek brg2 aku. Dan aku order milo ais. Sbb bila dh sihat baru aku terasa tekak kering. Pahit mulut. Dahaga sgt! Mujoq laa aku ni mmg dlm pjalanan nk blk kampung, so brg2 aku mmg ada dlm keta. 15min kemudian nurse dtg bwk plastik berisi novel & charger hp. Ohh rupanya suami aku dh x blh masuk!!! Wuuuu sedih! X sempat nak laga2 pipi…sobbsss…lps tu aku pon tukar la uniform. Pink gitewww~ seksanyaaa nak tukaq baju sbb tangan berjarum. Lps tu aku minum milo ais sket, ohhh leganyaaa rasa! Tp tetiba nurse dtg bawak sebaldi ubat. Uwaaa  x sedap! Lebih parah, ada 2 jarum ubat yg perlu disuntik. Masyaallah, masa ubat tu dicucuk terasa sakitnya umpama jarum yg halus tajam sdg menjalar dlm salur darah. Berkerut2 muka aku, ketaq2 kepala tahan sakit. Lps mkn ubat aku baring. Tetiba ada nurse mai bgtau x blh cas hp. Amboiii kereknya kau! Setahu aku semua patient ada 1 plag, tp jgn kacau plag kuning. Aku buat2 x dgr, dia panggil aku lg. at last aku ckp “tlg cabut sat”, sambil aku baring mcm mak datin wakakakaka padan muka kau!


Pada mulanya aku risau sgt. Ni kan 1st tym aku kena warded, aku takut aku xblh tido. Yela dgn suasana seram, dah la aku dh tido masa kt wad kecemasan, takut mlm tu aku ssh tido, jenuh laaa. Tp sebaik aku letak je kapala, aku rasa mata aku berat. Ohhh ngantuk rupanya! Good! Senang la aku nak tido. Sempat msg2 dgn suami kjap je, lps tu tertido. Syukur blh lena, even kerap terjaga . aku terjaga pkl 1.30, 3.40 & 5.20 am. Masa trjaga yg last tu ingat nk cuba tido lg, tp terperasan yg ada nurse tgh ambek tekanan darah patient dpn, cpt2 aku bangun dan pegi ke tandas. Sbbnya takut nti xdak org aku takut plak nk ke tandas. Wahahaha kejinyaaa perangai! Elok aku kembali ke katil nurse ambek tekanan darah aku pulak dan dgr heartbeat baby. Syukur, baby umi masih bernyawa mcm biasa. Baby umi kan kuat! Pastu nurse suruh ambek urine. Mmg xla kan, aku kan baru je lps kencing. Lama lg la baru aku ambek urine tu. Lps tu aku dh xtido, aku baca novel dan ayat/surah amalan ketika mengandung. Masa ni aku dah lapaqqq sgt! Yela semalam langsung xmakan apa, dah tu buang segala isi perut. Mmg lapaq tahap gaban. Suami pulak comel je tlg galas henbeg aku semalam, pastu terus terbawak blk merbok. Tinggal la aku sehelai sepinggang!

­­­
Dlm pkl 7 nurse dtg bg sarapan. Roti sapu marjerin + milo. Roti tu kerasss sgt, x mcm gardenia ka massimo ka. Tp dek krn terlalu lapaq, aku makan seolah2 roti keras itu adalah pizza. Wuuuuu. Terlioq ja aku tgk patient dpn mkn biskut cicah milo. Sobbsss~ lps tu sambung baca novel, then dokter dtg. Aku buat muka habes ceria, dgn hrpn dokter percaya yg aku dh sihat. Dokter tanya samada masih muntah or cirit-birit. Dgn yakin aku ckp TAK! Last muntah/cirit adalah b4 masuk wad smalam. So good. Jd dokter kata kita tgk urine test mcmana. Then nurse dtg bwk ubat. Legaaa bila tgk xdak ubat berjarum! Lps tu aku baring2. Xtau nak buat apa. Sempat terlelap kejap. Pastu ada nurse mai nak ambek blood pressure & dgr heartbeat bby lg. pastu aku lelap lg, mai lg sorang nurse kejut aku. Rupa2nya nak cucuk ubat! Aiyakkk ingatkn dah xdak ubat jarum!!! Aku dh gelabahhh, xsuka sakit tu. Tp bila nurse nak cucuk, dy tgk tangan aku kt tmpt jarum tu dh bengkak. Bila dia pegang aku rasa sakit sgt. Dia kata kena tukar, sbb dh bengkak2. Mana la aku tau, aku ingt sakit tu biasala, aku kan x penah kena drip.


So dia cabut jarum tu, beberapa minit kemudian dtg kembali utk cucuk tangan belah kiri pulak. NICE sgt kan? 2-2 tangan kena cucuk! *tepuk tangan utk diri sendiri* lps cucuk masuk air tu, nurse cucuk ubat pulak. Aku ni konon dh ready fizikal mental la nk tahan sakit. Tp tetiba aku heran, sbb just rasa ubat masuk, tp x rasa sakit. Nurse byk kali tnya sakit x, aku ckp x. ohhh rupanya smalam aku sakit sgt sbb tangan aku dh bengkak. Hakikatnya cucuk ubat tu x sakit pon!!! Ohhh kesalnya aku krn terpaksa menanggung kesakitan yg x sepatutnya aku tanggung! Lps tu aku tanya nurse bila aku blh blk. Nurse tu gelak2. Baru masuk 24jam dh tnya bila nak kluaq. Slalunya lbh 24jam baru depa lepaskn. Hasihhh aku masuk dh 11pm, nak tggu 24jam means kena stay smalam lg laaaaa. NICE!

Patient dpn plak, pg tu dh blh kluaq. Oh BAGUS, maknanya tinggal aku sorang je la kan??? Bagussss sgt! Pkl 11, aku call mak. Gayut kjap dgn mak. Eh x kejap, lama jgk. Padahal pkl 7++ pg td mak dah call hahaha! Sembang punya sembang lps tu hang up. Tetiba nurse dtg bagitau yg urine test aku ok, so dia tanya nak blk x. gila kau x nak!!! Nurse gelak ja tgk gelagat aku. Trus aku call mak, bagitau dh blh blk. Tkjut mak. Sbb baru td je call mak ckp mungkin kna stay lg sbb x ckup 24jam, ttiba ckp nak blk. Aku dgaq nurse2 dok gelak kt aku sbb x sabaq nak balik =p



Pkl 11.40 mkanan tghri sampai. Sedap jgk lauk kt situ! Aku mkn 2-3 suap sbb xlalu, mkn pon sbb lapar. Tp ok la, alas perut. Sblm balik kena ambik urine dulu. Then aku tunggu emak dgn jayanya. Dlm pkl 1 mak sampai, abah pi sola jumaat kt masjid bhampiran. So mak la yg uruskan pengeluaran aku. Mak bawak baju utk pakai balik, sbb aku kan mai sehelai sepinggang. Mak bawak skirt HIJAU + baju MERAH + tudung OREN. Fashionable sgt!!! Sblm blk sempat salam2 dgn nurse. Alhamdulillah nurse2 semua baik2 dan ramah, except sorang yg kerek yg x bg cas fon tu, mmg dia sorang ja yg kurang senyuman. Bila abah sampai, kami singgah lunch dulu, sbb mak xsempat masak la dh mai mengejut kt aku. Aku mkn bhun sup, tp x luak pon. Mak yg abeskan.
Then odw blk singgah merbok. Nak jenguk mak metua. Kesian mak, aku yakin mak risau sgt2 psl aku. Elok nampak je aku mak ckp “haa tu blh senyum, legaaa”. Kesian mak, mesti risau ingt aku sakit apa la. Sembang2 kejap, minum2 kejap then blk sp pulak. Mak metua tkejut aku nk blk sp, sbb ingt aku nk tido merbok. Alahaiii kesian mak! Aku bkn xnak tido merbok, tp aku x sihat lg, dh la xmandi lg. otak pon pk mcm2 lg. suami x ikut blk sbb nak cuci keta, bekas aku muntah tu. Wahahahaha! Sampai umah aku sambung tido lg. sbb badan terasa melayang ja. Mlm tu aku x makan apa pon. Pkl 11 mlm baru suami sampai sp, bwk roti gardenia inti coklat tu. Aku mkn dgn rakusnya!


Sunday, December 30, 2012

STRESS~

ASSALAMUALAIKUM...

arghhh tension je rasa!
hari tu kena warded
pastu demam sampai lembik
pastu bt blood test, result x elok
kmarin ptt test lg
tp kemarin jgk baru nurse call
mana sempat hoi!!!
kepala ni asyik pk je ttg kesihatan
aku sendiri xtau aku ni sihat ke x
stresss! sgt stress!

Monday, December 17, 2012

6 BULAN~

ASSALAMUALAIKUM...

17 Jun 2012 - 17 Disember 2012


subhanallah, cepatnya masa berlalu! 
alhamdulillah, kami masih diberi peluang untuk menikmati kebahagiaan ini
terima kasih ya Allah atas kurniaMu yang tidak terhingga

6 bulan nikah, baru aku berpeluang tgk video masa suami lafaz akad. ok, now aku menangis teresak2 sorang2 di keheningan malam ini. ya Allah, syahdunya detik itu.....


tgk balik gambaq aku, pucat. gambaq suami, lagi laaa pucat. dan gambaq kawan2 yg turut serta, pon pucat! hanya Allah yg tahu apa dlm hati kami masa tu. menanti saat utk diijabkabulkan, terasa seluruh darahku berhenti mengalir, seluruh nafasku bagai terhenti. detik paling bermakna dlm hidup kami.

syukur krn Allah memanjangkan jodoh kami sehingga sah menjadi suami isteri. syukur krn telah menyempurnakan sebahagian dr agama kami. syukur krn berjaya membuat syaitan menangis melolong menangisi pembinaan masjid ini.

terima kasih ya Allah krn masih memanjangkan jodoh kami hingga kini. doaku, moga kemanisan rumahtangga ini akan berkekalan selamanya. semoga rumahtangga ini terpelihara dari perkara2 mungkar. semoga kami terus tabah utk melayarkan bahtera rumahtangga seiring dgn syariatMu...

dan terima kasih krn mengurniakan tanda cinta yg tidak ternilai ini. sesungguhnya ini adalah dariMu yg tidak ternilai, tidak tebanding dgn mana2 harta kekayaan di dunia. syukur krn sentiasa mempermudahkan urusan kami. syukur jua atas ujian kebahagiaan ini.


suami,
maafkan saya atas segala kekurangan saya sbg isteri
sesungguhnya saya masih berusaha utk menjadi isteri terbaik buat awak
sentiasa berusaha untuk menjadi ibu terbaik utk anak2 awak
cuma...
saya juga manusia biasa
ada kala saya lalai
ada ketika saya alpa
ada detik saya tergelincir dr batasan
maka...
saya pohon agar awak sentiasa membimbing saya
sentiasa berada di depan saya
untuk memandu saya dan anak2 kita 
ke jalan yang diredhaiNya
terima kasih...
kerana menjadi suami terbaik buat saya
kerana memilih saya yg tidak sempurna ini utk melengkapi hidup awak
semoga...
awak terus bersabar dalam menjadi pemimpin rumahtangga kita
jangan mudah mengalah untuk membentuk saya dan anak2
jangan pernah jemu mendidik saya dan anak2
jangan berputus asa dalam melentur saya dan anak2
suamiku,
saya tidak mungkin mampu menjanjikan bulan dan bintang
tetapi saya berjanji
akan berusaha yang terbaik untuk rumahtangga kita
berusaha yang terbaik untuk anak2 kita
dan berusaha menjadi isteri yang meringankan bebanan suaminya
menjadi isteri yang membantu membawa suaminya ke syurga~


Sunday, December 16, 2012

BETIS~

ASSALAMUALAIKUM...

slalu kalo preggy ni mmg sinonim dgn 'tarik mengkarung' kan? org kl aku xtau panggil apa, tp kt kedah gitu la panggilannya. sebelum ni aku mmg slalu dah jadi tp aku xtau, sbb aku ingt 'tarik mengkarung' tu cuma jd kat jari. rupanya kat betis pon ye jgk. aku slalu jd bila nak mengeliat. amboi kemain berangan nak mengeliat sedap2, skali nahhh keras betis! mmg sakit sgt2! slalu aku akan picit2 kt perut betis yg lemak berkrim tu, then ok la.

pg sabtu hr tu tido kt umah abg. lps subuh baring2 dgn suami, tilam plak single. sambil nak kejut suami sambil mengeliat konon, skali keras betis. aku ni dah kelupoq sambil tunjuk2 kt betis, suami blh plak dok terkebil2 tanya "kenapa?kenapa?" waaaaaa mmg rasa kaki ringan jerrrkkk =p
setelah tgk aku mcm nyawa2 ikan baru suami paham dan urut2 betis, so ok la. blh bangun berlari mcm besa.

slalunya mcm tu la, jadi pagi2, lps urut ok la. tp kemarin, bila aku berjalan stil terasa sakit. ptg, soh suami urut sket. tp bila mlm masih terasa sakit. suami x jemu2 urut (mekasih sgt2) tp aku ttp rsa sakit lg. pg td, bangun tido, aku dh rasa xleh jalan. i mean, jln mcm org senget je terhinjut2. so pg td pi keja lewat. bawak keta mmg sakit sgt, keta manual kannnn. tu pon mujoq mmg awal2 lg suami dh bg kad tng sbb minggu ni nk blk byk kali. ni la padahnya bila keta dkt umah aku semuanya manual (amboiiii byknya keta kat umah kau!) so xleh la nak tukaq dgn abah ka abg ka~

bila pi opis, aku rasa kaki makin sakit. jln mmg xkira apa dah, buruk sgt. ada ketika aku terpaksa pi bilik meeting dan urut2 betis. aku mmg sengaja xmo pi klinik sbb kalo pi pon doktor cuma bg mc ja. malas la nk mc sbb selasa ni nak cuti lg utk checkup baby. so gagah jela. esok je keja, pastu blk. selasa, mak metua dah deal nak bawak pi mengurut :)

Thursday, December 13, 2012

CUTI-CUTI CINTA~

ASSALAMUALAIKUM...

rezeki, bkn saja dlm bentuk wang/kekayaan.

oke itu mukadimah. aku nak bebel bab rezeki dlm soal vacation

sejak sebelum kawen, sjk blajaq kt pahang, aku dh ckp kat suami. kalo kami ada jodoh, lps kawen aku nak sgt bawak dia mai pahang, especially tc. sbb pahang & tc, tempat yg sgt cool, cantik & best bg aku! dan alhamdulillah, belum pon sempat kami merancang, Allah dh rancang lbh awal utk kami! tetiba kami sekeluarga mmg kena pi pahang utk kenduri kazen aku, nora. syukur, sambil pi kenduri sambil honeymoon. mmg x jangka! :))

pastu, aku ada la jgk pasang angan2 nk bwk suami pi langkawi. sbbnya seumur hdp laki aku ni xpenah pi langkawi, sedangkan aku ni dah muak ke sana. sekali lg Allah permudahkan. tetiba aku kena ke langkawi utk urusan submission. pelan yg nk disubmit plak mmg byk, sesuai sgt la angkut suami skali kann~

pastu nak pi cameron. konon tringin stroberi cokelat. konon tringin nak merasa tempat sejuk. tup-tup abg dan mak kabulkan impian aku. on the spot je planning, terus on.

dan skrg tgh teringin nak lepak2 tepi pantai dgn suami. x kesahla bbq ke makan2 ke or sja duduk2, tp nak pi pantai. cadangnya nak pi mnggu ni, tp aku rasa mcm bz lak. tup-tup zaidi post kt wall suami ajak lepak pantai. ohhhhh apakah ini???

syukur sgt2, setakat ni apa yg dihajati (x berharap sgt pon) mudah2 je Allah tunaikan. syukur dgn peluang yg diberi :)

SEMALAM YANG HANGAT (BUKAN LAGU WINGS)

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps isyak suami msg "hai yayang..."
lps tu sampai ke sudah x msg dah
aku call byk kali x angkat
mmg dh agak dy tido
dan mesti suami tak sihat
sbbnya suami akan tido terus bila dia letih sgt 
or sakit kepala or demam je
tp dah aku ni bosan/risau sgt-sgt-sgt
call jgk berkali2
mmg no answer la kan

aku pon target nak tido dlm pkl 12
tp tgh tggu download movie sampai abes
elok dah 99% downloading
tetiba duniaku gelap gulitaaaaa
waaaaa blackout!!!!
sakitnyaaaa hati!!!
blackout dr awl kan bagus

dah blackout, kompom la xleh lena
dgn nyamuknya dgn panasnya
setiap masa tangan aku mengipas guna fail kertas
takut sgt bila sorang2 dlm gelap
tp mujoq ada bby dok godek2
dlm gelap pon aku blh senyum sorang2

cuma aku x henti berdoa spya Allah lindungi aku dan baby
yela dlm gelap ni mcm2 blh jadi
dunia kejahatan pon suka akan kegelapan
(ayat novel ramlee awang murshid wahahaha)

sementara xleh tido tu aku men game kt hp
mujoq bteri full =p
yela nk msg suami tido, men game laaa
syukur, lps sejam duniaku kembali cerah
baru laaa blh tido dgn aman

Wednesday, December 12, 2012

INSURANS~

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin dulu suami msg, minta tlg aku pi pejabat kurnia
utk ambek dokumen, katanya insurans kami dah lulus
ya allah, leganya rasa!
tp memandangkan aku bz, so pg kemarin baru aku pi
bila tgk jumlah yg insurans cover, rasa syukur sgt!
konon nak buat seprais kat suami
padahal suami awal lg dh tnya jumlah
cehhhh!!!

aku bknnya apa b4 ni kami takut sgt insurans cover lbh rendah dr loan bank
maksudnya nanti dpt duit insurans pon still kena hutang bank lg
tp alhamdulillah...
jumlah yg kami dpt melebihi hutang bank
maknanya nanti akan ada baki lg dr duit tu
syukur...rezeki baby agaknya =))


***lega bila benda ni setel. serabut sgt selagi benda ni tergantung! 

SUBHANALLAH~

ASSALAMUALAIKUM...

selama ni kan mmg aku dah perasan 
kdg2 bila aku mengaji
or dengar cd ayat2 quran dlm keta
bby akan bg respon
tp respon 'sipi2' ja
kdg respon kdg x

tp ptg td, ada zikir kat radio
aku pon ikut la zikir sama
dah radio tu kuat aku pon sama naik je dgn radio tu
tiba2 kan, baby yg awalnya tgh diam tido
tetiba tendang2 perut aku
kuat pulak tu

subhanallah...
baby bg respon drastik sgt
syukur bby dah pandai dgr
dh pandai bg respon
rasa sebak pon ada T___T

selalu yg aku perasan sblm ni
bby akan bg respon dkt abi dia
maksudnya bila abi nk blk, dia akan tendang2
kdg2 bila abi nak tinggalkn dia, pon dy akan tendang
amboiiii kemain syg abi dia kan!
=)

KENYANG PERUT SUKA HATI~

ASSALAMUALAIKUM...

lupa nak cita, ahad lepas kannnn ada date dgn syakira & syaliza, sbb nak bg pavlova yg depa tempah. pagi tu sampai opis around pkl 11 pg, sbb p mpspk dulu. elok selesai urusan, baru gerak nak blk loqstaq, suami call bgtau kad bank aku tertinggal. dia soh tunggu sbb nak hantaq kad tu kat aku. tp aku dah grk so malas nak stop. lgpon rasa mcm cukup je rm50 dlm wallet utk seminggu. bajet sgt kau jusiza!


so spt yg dijanjikan, tym lunch aku keluaq. kak kira tunggu kt cimb bank. syaliza x jd join sbb ada kenduri. so aku lunch berdua aje la dgn kak kira. kami mkn dkt kedai kak ani tepi sungai. aku ambek nasi separuh, ayam grg, sayur & sambal belacan. perghhhh ayam grg dia siyes sedap!!! sayoq pon best, mmg fevret aku. sambal belacan mmg tiptop. mujoq la aku blh mkn, even x abes tp at least 'sedap' la perut. yg lg sedap, kak kira belanja. wahahaha tq acik kira, baby suka!!! then lps rht, baru syaliza singgah opis aku, ambek pavlova tu. heheh besaq perot dy, 38weeks @__@

ptg tu blk keja, singgah gemilang beli dabel plate. pastu rasa mcm best je nasi lemak daun pisang so ambek 1. konon habuan tgh malam. tp sampai2 je umah trus mkn dabel plate. pastu tetiba jaaaa rasa mcm nk mkn nasi lemak trus. rasa mcm tangki perut masih blh menerima muatan. akibatnya kekenyangan la mlm tu...

lps solat mandi semua, mcm besa baring2 tgk tv. bila malam mula dipagari bintang, aku dpt rasa yg bby tendang. dah masuk 21w, rasa makin jelas kesan tendangan tu. yg bestnya, baby tendang byk kali dan kerap. sampai ke tgh mlm, dh nak tido pon bby masih tendang. so aku buat kesimpulan yg bby tendang sbb dy kenyang sgt! mestila dy happy. yela selama ni umi xlalu makan, makan pon memain ja. tp hri tu mkn kemain, semua benda2 mengenyangkan. :)

***esoknya, kat opis tgh buat keja pon baby tendang2. wahhh bby dah aktif sgt! minggu ni mmg dy kerap tendang2. sampai umi rasa nak gelak sorang2! =)

Monday, December 10, 2012

RESTORAN OLD CASTLE~

ASSALAMUALAIKUM...

sambungan kisah tragik di bln ramadhan hari tu...nahhhhh dah berzaman. suka hati je kan nak hapdet bila? kahkahkah mari gelak kt aku sat!

oke sambung. lps solat kt masjid (masjid apa ntah nama, tp hala ke jitra la) trus call sani sbb nak tnya location kedai tu. sani ckp stret ja. so aku pon stret. lps sket ja dr istana anak bukit, senang nak cari :)


nahhh kemain kau siap ada tempat parking khas lg. yg ni mmg aku puji sgt la. sbb restoran ni btl2 tepi jalan, so mmg ptt ada parking khas. even x besaq mana parking tu at least ada usaha jgk kan? not bad!


masa kami sampai tu byk meja yg dh kosong. ni laaaa untungnya kalo bukak posa lps solat maghrib. mmg xpayah risau pasal seat. walaupon ada lg saki baki manusia tp xla se-jem tym berbuka. kwn aku pi tym berbuka mmg lambat katanya sbb ramai sgt org. so len kali kalo nak berbuka kat luaq sila solat dulu or pastikan tempah meja sesiap.


aku order mandhi ayam ja, same as suami. ayaq aku x ingt order ayaq apa, tp ayaq horlicks suami mmg sedap (tetiba rasa nk pi situ order horlicks! ohhh no!) then tapau kebab ayam utk abah. agak terkejut dgn harga kt sini. tgk restoran mcm mewah ja tp hrga standard ja, sama mcm restoran nasi arab yg lain. so sila jgn takut nak mai tempat2 mewah mcm ni yer~





sedap ke x? aku xtau nak habaq la...stended la rasa nasi arab, sama mcm nasi arab lain yg aku penah makan b4 ni. tp yg pasti mmg makan licin la. dah lapaq kannnnnn~ tp kebab tu, x brapa kena dgn selera aku kot. tp yg best kat sini, deco dia mmg cantik! kagummm~ toilet, agak berbau sket. wuuuuuuu~ masa aku pi basuh tangan kt belakang, nahhhh tkejut gila aku tgk pinggan2 yg org berbuka td, yg depa tgh basuh. baaaaaaaaanyak! kalah umah kenduri!



lps makan2 tu terus la blk. penat kot. yg xbestnya mak call. mak ingat kami nk berbuka kat umah. mak dah masak mcm2, smua special. wuuuuu kesian mak :(
mmglah nk berbuka kat umah, tp dh jd mcm ni, mana tahan nak tggu sampai sp baru mkn. wuuuuuuu


act kan, masa odw nak ke masjid tu kan, suami tetiba ckp "eh syg tgk tu, cantiknyaaaa bangunan tu". heran la aku ada ka bangunan cantik kt loqstaq ni? LOL. tp aku pon kalih la jgk ke arah yg ditunjukkan, demi nk jaga hati. tp apa yg aku nampak kedai keta ja, cantik ka?????? bila aku pusing ja, nahhhhhhhhh


ok, terharu! dlm kdaan mcm ni pon suami sempat belikan bunga. sobbbbsss. sgt2 suka. dan sgt tacing okeyyyy~

Ya Allah, peliharalah kemanisan rumahtangga ini selamanya~ =(

AKU, DIA & NOVEL~

ASSALAMUALAIKUM...

amboiii kemain depa dok hapdet pasai novel...aku pon xmo kalah la. hai dah nama pon blogger serba boleh, mestila org cita apa kita pon mampu cita. x gitew??? wahahaha~

hmmm...memandangkan koleksi novel aku semua masih dlm kotak (simpan sbb nak kenduri hari tu) so xblh la nak tayang gambaq koleksi novel aku mcm yg erin tayang koleksi novel dia yg ciput tuuuuuuuuu. jadi mari aku cita ttg kisah sadis aku dan novel. al-kisahnya terjadi pd thn lps, area february 2011 kalo x silap. haaa cukup basi dak? gambaq2 ni semua dok dlm draft dr thn lps, tp hari ni baru nak taip ohhhh kagumnya dgn diri sendiri!

tym tu kan aku x blk sp tau. kenapa aku x blk blh refer sini~ dah tu merajuk pulak kan. blk keja aku terus blk umah. tetiba syapit, kwn AR call ckp nak dtg umah bg something. haishhh aku dah berdebar dah. nak bg smthng mesti la dr AR, xkannya syapit yg nak bg aku smthng. pastu terpikir jgk, xkanla AR mai loqstaq x bgtau aku kan. xkan dy xmo jmpak aku dah mai jauh2. tp ego pnya pasal, x jugak msg AR. 


syapit mai umah sewa dan bg bungkusan ni. aku tgk, dlm kepala aku "ohhh nasi tomato". muahahaha. dlm kepala aku ingt AR suruh syapit hantarkan nasi tomato kat aku. sbb aku suka nasi tomato mak syapit buat. tp bila pegang, ehhhh bkn nasi la!!! kebetulan masa tu aku mmg dah siap2 nak keluaq ambik kak yan. so lps syapit blk aku pon keluaq. sementara tunggu kak yan abes keja, aku lepak kt ict sorang2. sambil tu buka la bungkusan hadiah yg misteri sgt tu. ohhhh alangkah terkejutnya aku!


masa tu msg AR, tnya dy kat mana. sah, dia mmg mai loqstaq sbb nak bg hadiah tu. aku jd geram gila dah mai loqstaq x roger aku kan. katanya, dah aku xmo ckp dgn dia, so dy xmola ganggu aku, takut aku x suka. cesssssssss! puiiii sgt tau! lps tu aku pon set ajak jumpa kejap. apesal laaaa cerdik sgt mai jauh2 xmau jumpa, semata2 nak bg hadiah. geram aku! b4 jumpa dy aku p makan dgn kak yan dulu sbb AR dh makan, dan ada hal dgn syapit kejap.


lps kami makan baru ke ict semula dan di sana jumpa la AR bertemankan syapit. terus hilang segala rajuk-mengada-nak M aku tu. puiii punya perangai kan! aku pon dah x ingt lps tu AR blk sp or tido umah syapit. apa pon agak terkejut dpt seprais mcm tu. motif dy bg novel tu sbb dy tau aku mmg tgh nak bli novel tu, cuma masa kmi pi survey sbelum tu novel tu xdak. so dah aku merajuk, terus dy pi cari. 


nahhh kau nampak siap beserta dgn surat cinta rasmi lagi. wahai jejaka di luar sana, kau mampu ke tulis surat cinta atas kertas koyak dari buku mcm ni? kau mampu???

apa pon, inilah karangan upsr saya yg bertajuk AKU, DIA & NOVEL. sekian


TABAH~

ASSALAMUALAIKUM...

dalam usaha nak melakukan kebaikan
atau lebih tepat utk berubah ke arah kebaikan
pasti banyak yg perlu dilalui
pasti byk yg dtg menduga
solusinya, bertabahlah
bersabarlah seagi kau mampu bersabar
menangislah jika perlu
tp jgn tunjukkan kelemahanmu
bertahanlah demi mereka yg dikasihi

MY FOREVER HERO~

ASSALAMUALAIKUM...

pg td dr sp, gerak ke opis. nek heway sbb dah lewat, dan mmg skrg ni aku prefer nek heway. memandangkan dah lewat, aku jadi berani pulak mencuba power anak ikan tu. kali ni bawak menten 120km/j. wahahaha~ so sampai opis pon cun ja.  tp xtaula nape rasa badan penat sgt. mungkin sbb smalam tido lewat. sampai opis ja terasa nak blk pulak mlm ni. sbb nak temankan suami tgk bola. wahahaha~

kol11.30 aku turun beli nasi sbb xtahan dh lapaq. so tym rht aku tidoq. best sgt sbb tido dgn amat nyenyak. lps lunch lipat drawing, sedaq2 dah dkt nak blk. ptg ni perut berkeroncong lbh awal dr biasa. so pkl 6 trus serbu gemilang beli dabel plate. oh ya, x jadi blk ke suami sbb badan mmg xlarat dan ada kja yg perlu dibereskn. 

blk umh, mati enjin dan keluarkn mkanan. then keluaq blk utk ambk brg. pastu dgn niat nk alih keta ke dpn sket. bila masuk je kunci dan nk start, tetiba padam semua benda. mcm short gitew. terpegun aku. nak try start lg langsung x blh dah. apa lampu pon x nyala. kesimpulannya, masuk makan dulu, lg stgh jam kita start len. aku lapaq tahap gaban, nak drive blk pon x larat. so malas pk psl keta. sambil mkn sambil msg suami. suami call tanya apa symptom2 yg jadi, aku cita blablabla. bila aku tanya suami "nak buat apa skrg?" dia ckp nanti dia nak pk dlu. aku pon malas nak desak2 suami kot dy tgh ada hal ke apa. so aku trus pi solat..

lps solat baring2 jap. letih sgt. tp mata xleh lena. lama baring. mula rsa malas sgt nk mandi, malas buat kja, malas tgk bola. xdak mood sgt. mmg spoil. tetiba terasa mcm baik solat dulu. nak kira mood sampai bila pon xdak mood. so keluaq la ambek beg brg kat dlm keta. elok nak msk umh nampak kelibat suami baru sampai, nek moto. sobbsss. rupanya suami dtg dgn bateri baru. tak tggu lama dah, trus suami start tukaq bateri. dan ternyata lps psg btri baru, keta pon blh start. syukur........
lps setel keja suami pon trus blk. xdak la nak pi dating2 dulu. sbb suami pon penat, nti kang nak sampai umah pkl brapa plk. dan aku pon mmg penat. lps suami blk aku pon trpaksa mandi, sbb bdan rasa berpeluh. 

dari dlu sampai skrg mmg mcm ni, apa2 jadi mesti aku roger suami dulu. sbb dr sblm kawen  sampai skrg, dialah hero aku...apa pon masalah aku akan cari dia, sbb aku tahu dia x akan ambik mudah, xakan biaq aku susah soranng2, xakan biaq aku pikir sorang2. yg pasti dia ada semua penyelesaian utk masalah aku. terima kasih suamiku, dan maaf sbb slalu susahkan awak...
selamanya, awak sentiasa hero saya!

Thursday, December 6, 2012

MAKAN BESAQ~

ASSALAMUALAIKUM...

8/9/12 - SABTU
hari ni cuti, semua lepak2 umah mak. yg bestnya semua ada. sukaaaaa sgt bila semua ahli keluarga berkumpul. memandangkan dah lama x bawak budak mengada tu keluaq, so tghri tu ajak suami bawak yong & najwa makan mcD (skrg aku dah boikot, insyaallah akan terus boikot). dah aku tym ni masih xlalu makan kannnn, so order happy meal utk yong (sbb nak mainan) dan dabel GCB utk najwa. motif order dabel? sbb aku nak rasa sekeping daging wahahaha~  pastu saja tambah eskerim sbb nak dpt gelas kahkahkahkah~ dah la dpt kaler hijau, lagi la kahkahkah!





geram dgn gelagat bdk byk akai ni. mengada sgt! yg bestnya dy xmkn pon beger, so dpt la kat ayah cik dy tu a.k.a suami aku. dia cuma mkn fries, kemain cicah dgn sos mcm org besaq. siap tambah sos lg! eskerim pon dy xmo! tu yg best dgn dy ni. pegi mcD nk fries aja, pegi kfc nak coleslaw & mashed potato aja =.=


kemain dy makan x hirau org dah. dah tu bt mcm2 gaya pulak. sampai aunty meja sebelah pon terpikat, siap tnya mcm2 pasal dia. yg best dy tanya "adik ka" hahaha nampak sgt aku masih menten muda! ni muka merajuk. kau paham x merajuk blh jd muka mcm ni? merajuk sbb? aku ambek mainan dlm happy meal dy hahahaha! coihh best pulak menatang tu, hello kitty ada lampu2~

~ sumpah rindu!!! ~
ni bila dah kenyang, kemain happy dia. lps tu kami jln2 kejap dlm cs tu. ya ampunnn kemain dy buas. at last bila aku dan maksu dy marah mula la merajuk. duduk kat lantai xmau bangun. hehhh ada aku K??? aku biaq ja dy kat situ. ayah cik dy la yg pujuk wahahaha~

~ view dr tempat duduk kami. kami kat atas, ni booth2 kat bawah ~
kami blk dah asaq. tym tu semua dah get ready nak ke tanjung dawai. upacara makan beramai2 sempena semua berkumpul. amboiii awalnya nak pegi! suami sampai2 terus ambek moto blk merbok. kami pulak solat & siap2, pkl 6dah gerak. singgah kt merbok pick up suami yg dah siap mandi-hensem-bergaya. lokasi kami, kedai yg slalu kami pegi. xtaula nama apa sbb kami slalu masuk ikut persisiran pantai so xtau kt singboard dpn tulih apa. tempat pilihan kami, dangau ala p ramlee, atas kayangan giteww~ waiter x bg dok situ katanya x muat, tp kami degil nak dok jgk!!! bahahaha~ order sesiap, pastu gilir2 laki pompuan pi solat. kedai ni ada surau tau, cuma tym kami pi ni tgh upgrade so agk x selesa la.



lps solat, tgk2 makanan dah terhidang atas meja. wowww cepatnya! wahahaha! antara menu kami :
tomyam campur utk 2org makan x 3 hidangan
sayoq kailan ikan masin utk 2org makan x 2 hidangan
teloq bungkus utk 2org makan x 3 hidangan
udang goreng tepung (timbang)
sotong goreng tepung (timbang)
kerang bakaq (timbang)
ikan (ikan apa aku xsure siakap ke apa) masak 3 rasa satu, bakaq satu (timbang)
bihun goreng utk cucu kenit 2 org tu
ayaq ntah brapa jag kami order hahaha
total : rm300++

~ ada lg makanan yg terpaksa letak tepi meja hahaha ~
mmg mcm mahal, tp makan mmg puas hati! yg pasti semua menu sedap. cumaaaaa aku kan xlalu, aku cuma mampu melihat mereka makan dgn rakusnyaaa wuuu~ aku sekadar hirup2 kuah tomyam jew sobbss. kami makan ni xdak sapa2 belanja, share sorang sket adik bradik. tp kan mak yg terlalu prihatin tu xbg aku bayaq, mak ckp aku dikecualikan (sbb aku kan x lalu makan). wahahaha tengsss mak sbb terlalu memahami! tp aku bayaq jgk, alaaa nak enjoy kan, lg pon ni mmg dh jadi xtvt wajib family kami.

~ tinggal sisa sekelip mata ja ~
mkn sampai licin semua! family aku mmg jns makan x tolak, apa pon makan. kami mmg champion bab ratah2 ni. sbb tu makanan sampai x celuih meja pon kami mampu abeskan. tersenyum girang laaa depa sbb pesaing sengit depa x lalu mkn tym tu. bangga laaaa depa meratah! fine! blk dah almost pkl 11 rasanya. tp kami drop kt merbok, dan depa trus ke sp. aku bungkuskan tomyam utk metua.

~ ehhh perut umi ke dpn sket ~
walopun aku xdpt makan, tp aku happy sgt dpt laksanakan xtvt mcm ni. bkn senang kami nak berkumpul ramai2 mcm ni. dgn anak menantu semua cukup, mmg payah. sbb si sabahan tu la wakaka. kalo depa blk baru blh plan mcm ni lg. mcm kmi pi cameron baru ni, kan dh terpaksa tinggal depa. boooooooo padan muka!


NAK KAWEN LAGI~

ASSALAMUALAIKUM...

sapa yg nak kawen lg ni???
muahahaha~
aku la nak kawen lg!
best tau x kawen tu!
best sgt jd pengantin
pakai baju lawa2, mekap lawa2, 
semua sebok nak ambek gambaq kita
kawan2 mai umah makan kenduri
sedara mara pakat mai umah
sgt-sgt-sgt best!

setiap kali tgk gambaq kawen sendiri
mesti rasa nak kawen lg!
kawen byk kali pon xpe
TAPI DGN ORG YG SAMA LA! =))

entry kawen aku xpenah buat pon kan
entry tunang pon xdak ending lg
entry nikah lg
kenduri kat merbok
kenduri kt sp
dah lps ni nak beranak plak
entry berpantang
entry ttg anak
nahhhh nampak gayanya berlambak laaaa entry basi nanti

~ gambaq curi kat fb asyraf, kawan suami ~
kenapa x hapdet cerita kawen?
sbb gambaq akad nikah still ada kt wani & zaidi
gambaq kenduri kt merbok pon still ada kt zaidi
gambaq kenduri kt sp byknya kt kwn2 ja
mmg xdak special foto-g
sbbnya tym kenduri aku fokus nak layan tetamu ja
mmg xdak byk gambaq, apatah lg outdoor
aku xmau kawan2 aku mai nanti aku xdak sbb pi outdoor
lgpon aku kan dh preknen tym tu
mmg xlarat sgt nak ke mana2
tym kenduri aku dok kt pelamin dan layan tetamu ja

dan aku ada 1 lg sesi fotosut yg berbaki
ntah bila nak shootnya xtau
perut dah la makin besaq! ntah muat lg ke x baju tu

yg pastinya kawen itu sgt best
best sgt-sgt-sgt jadi pengantin
b, nak kawen lg buleh????

UPSR DAN GANJARAN~

ASSALAMUALAIKUM...

beberapa minggu lalu kecoh dgn keluarnya result upsr kan?
family aku tak terkecuali mengecoh, sbb najwa kan ambk upsr thn ni
tp tym result kluaq najwa kat pahang dgn mak abah
so tau result melalui fon ja, call cekgu =p


alhamdulillah result najwa agak baik, 4A 1B (english B, wahahahaha)
kak long awal2 lg dh janji dgn najwa, 1A = RM50
nahhh now najwa dah dah ada rm200 dlm genggaman
aku plak? awal2 lg aku dah warning
dpt brapa puluh A pon aku xkan bg apa2 hadiah
sbb? mak abah xpernah bg apa2 kt kami adik bradik bila cemerlang dlm pelajaran

bkn depa kedekut, tp depa x ajar nak letak syarat "NAK TUTTT MESTI DPT TUTT"
cth mcm posa penuh, kami xpenah dpt duit mcm org lain
sehari posa = rm1 contohnya
kalo mak abah bg duit raya, jawapannya duit raya
bkn upah posa ke apa
sama la kalo berjaya dlm pelajaran
kalo mak abah beli apa 2 tu, trima sbg pemberian
bkn sbg hadiah sbb dpt sesuatu

ya kami mmg xpenah diajar utk mendapat ganjaran kalo berjaya dlm sesuatu
mak abah xpenah janjikan apa2 utk kami
sbb mak xmau nawaitu kami tu terpesong
kau belajar bersungguh2 sbb apa? nak hadiah?
sama la mcm posa...kenapa posa penuh?
sbb Allah or sbb nak upah?

satu lg yg korang kena tau
mak abah xpenah belikan handphone utk anak2
mak abah xpenah nak manjakan kami dgn kebendaan
walau hakikat hp tu penting, tp depa xpenah manjakan kami mcm tu
nak, beli sendiri, usaha sendiri
aku ni naseb laaa bangpit bagi hp =p
mcm najwa nak hp, anytym ja abah blh bg
aku pon blh bg, hp aku berlambak x guna
kak long pon offer hp dy kat najwa
tp aku yg xbagi, dan xmo bagi
aku xmo ajaq najwa kecik2 lg dah ber-hp
stakat ni xdak kepentingan lg, so x payah nak mengada!

sama jgk mcm keta/moto
kalo org len senang2 je mak ayah belikan moto/keta utk kesenangan anak mereka
mak abah aku plak tak mcm tu
kami kena usaha sendiri
stakat pinjam moto/keta abah tu blh la
tp nak tukaq nama, bt mcm harta sendiri tu mmg x la
mak abah xmo biasakan bg kesenangan mudah2 ja kat anak2
kalo nak, usaha dapatkan sendiri
so bila mak abah buat mcm tu xdak la isu
eh mak beli kat kau keta ni, kat aku keta ni ja
kau dpt hp ni, aku dpt hp ni ja
xdak-xdak-xdak
kau usaha, kau dapat

Tu cara mak abah aku la
kang ada plak yg kondem itu ini
korang cara korang la kan
ni aku cita cara kami  =)


Wednesday, December 5, 2012

JADUAL LAPAR~

ASSALAMUALAIKUM...

yaaa benar, jadual lapar. bukan jadual makan. miahahaha~
skrg ni kan aku dah blh detect jadual lapar aku
yaaa aku blh perasan sbb setiap hari aku akan lapar pada masa yg sama

pagi, pi opis tu kalo dlm pkl 10 aku x mkn mmg perut akan memerut
sbb tu skrg aku akan singgah beli apa yg ptt spt nasi lemak or bihun/mi
lantak la org nak kata makan sorang ka apa, janji anak aku kenyang
kau kesah? muahaha~
kalo x pon aku akan turun ke kedai bwh dan beli roti & air kotak
aku xmau dah dok tahan perut nak tunggu lunch
kesian kat baby
lagipon sementara aku mampu makan, aku nak mkn je apa pon
nanti perut masuk angin mula la apa pon xleh masuk

lps tu tghari aku mesti makan
x kira nasi ka laksa ka sizzling ka apa ka
mmg aku kenyang lg sbb dh mkn pg
tp semua tu dusta belaka
even aku mkn makanan berat tym pagi dan masih kenyang
tym lunch aku mesti makan
kalo tidak, pkl 2 ke atas aku akan mula lapar
(padahal dulu masa x preknen, kalo aku mkn pg tghri aku dh xmkn)

bila ptg plak, lps blk keja mesti terus pi beli makanan
sbbnya odw blk umah aku mesti lapar
x kira la aku makan byk ke kenyang ke apa
jgn terpedaya!!!
even tym nak blk tu rasa kenyang sgt
bila mula start keta dan gerak, tetiba perut akan berbunyi
jd sbg langkah keselamatan, blk keja mesti trs beli makanan
blk umh terus makan


ok sgt mcm tu sbb makan malam waktu tu, sempat la makanan hadam sblm tido nanti :)
bila mlm aku blh solat mandi rehat dgn aman tanpa pk psl makan
blh rht badan dan perut
dan aku sgt selesa dgn jadual pemakanan aku skrg
aku sedaya upaya x biar perut berasa lapaq
sbb skrg aku dah rasa bby bergerak
dah rasa dia kuis2, tendang2
jadi kalo aku xmkn, rasa mcm bby 'hilang'
tamo!tamo!tamo!
nak bby sentiasa dgn umi :)

ABI YANG MANJA~

ASSALAMUALAIKUM...

Kemarin dulu kan mcm besa la msj2 dgn suami
tetiba suami ckp dia dah ngantuk
aku dgn poyonya ckp  "alaaaa awal lg"
padahal sbnrnya aku pon tgh baring2 dah
msj2 lg, dah nak tido dah pon
tetiba suami ckp nak call
terkejut la aku! yela td kemain nak tido
elok aku nk tido dy nak call pehal
mesti ada urgent sbb suami aku slalunya xkan kaco aku nak tido

aku pon angkat la call
rupa2nya suami call sekadar nak bagitau yg dia sakit gusi
alolololo ciannnn dieeee (tampaq sedaih)
dok tanya mcmna pengalaman aku sakit gusi dulu
macamana rasa kena operate
aku ni dh ngantuk tahap gaban
tp dah kata isteri mithali kan, layannn je suami tu

agak hairan sebenarnya
kenapa suami beriya call tgh2 mlm
kenapa tak tunggu esk je
tak tahan sakit sgt ke or sekadar nak bermanja?
huhuhu...comel la abi mengada camni


apa pon diharap suami cpt sembuh
sakit gusi ni mmg azab
tp dia akan hilang, nanti mai blk =p


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...