ASSALAMUALAIKUM...
3/2/2014 - abi masih bercuti. Planning hari ni ke penang. Setelkan apa yg perlu disetelkan. Pertama sekali ke rumah mira, kawan abi di perda. Pegi hantaq hadiah sbb masa kenduri dia 1/2 hari tu x dak rezeki nak menghadirkan diri. Kmi mmg nak mai, tp keadaan mmg x mengizinkan. Buktinya, hadiah ni la hewhewhew.
Kebetulan dia plk xdak, keluaq dgn suami letewww auwww bestnyewww pengantin baru! (kau dah kenapa)
passing hadiah ke mak mira aje. Dan kami dpt goodies bag LOL bestnya! lps tu terus ke hospital seberang jaya nak melawat makcik haslina, mak si mummieh erin nu ha. Dulu tokcik haslina mai melawat umarfaiq masa baru lahir dulu, so kini umarfaiq pon ingin berbuat demikian. (sama la dgn mira, dia mai walimah kami di merbok sbb tu kami usaha nak mai walimah dia)
Sampai sepital, kami bergilir utk solat asar dulu. Lagipon anak tido, bg chance la sket. Usai solat terus mencari makcik haslina. Aku agak kaget melihat persekitaran HSJ ni. Aaaaa patutla bila baca bab pengalaman bersalin kt sini ada je review krg enak. Wad kat sini terlalu padat! aku pn rasa krg selesa, ditambah dgn bau2an yg ada.
Makcik haslina kelihatan sihat. (kenapa aku rasa ayat2 aku skema semacam je dari tadi???) dia ditahan sbb nak check itu nak check ini blablabla. Apa lg, beletiaq sakan la dia hahaha. Tadah telinga la dgr mAkcik haslina kompelin. Dah lbh 10 hari dia ditahan kt situ, maunya tak membebel. Selamberrr dia je sound mana2 nurse/doktor yg buat keja x best haha! Bravo!
masa kami sampai tu pakcik azizan ada. Lama kemudian baru mummieh sampai. Umarfaiq sukahati dia je meragas katil tokcik haslina. Mulut bising mcm selalu. Mujoqla sepital tu pon mmg bising. Kalo tdk mau kena hanbat dah LOL. lama jgk kami di situ. Sampai anak dh buat muka bosan. Alaaa anak ada agenda letewww!
agendanya nak menyinggah kat pantai bersih nu haaa. Dah lama umi janji nak bawak tp x bawak pon. Dah la waktu suntuk, dah nak dkt maghrib kami sampai tu. Anak umi ni, mmg campak je kat mana pon, x penah kata dia takut or x suka.
Dia nampak je pasir terusss kuis2 kaki. Dari kuis2 je sampai duduk main terus. Bila abi korek pasir dia pulak yg lbh2 tlg korek jgk. Tak padan dgn jari haluih! tp bila abi kambus (tanam) dia sepXWaruh badan dlm pasir, nanges kuat kemahen. Haaa tahu takut! :p
Lps tu abi saja bawak dia acah2 main air pantai plk. Kelupoq dia sbb suka. Selamberrr ja dia jalan2 dlm air tu sambil abi pimpin. Air dok mai kat dia pon dia tak takut langsung! bila abi angkat ke pasir semula, nanges. Sbb nak main air. Aduiii la anak! bkn abi pimpin dia, dia plk conduct abi nak jalan ke mana
memandangkan anak pandai main dkt pantai nanti umi belikan set mainan pantai tu ye. Nanti blh la kita bina mahligai cinta pasir kita bersama ye? Perghhh tinggi imaginasi!
memikmati suasana sunset di sana amatlah mengagumkan. Subhanallah sungguh indah alam ciptaanMu. View yg sgt jarang dpt lihat. Melihatkan telatah anak dan abi situ buat hati umi sebak. Sebak dlm bahagia.
Terima kasih atas bahagia ini Ya Allah. Syukur diberi peluang merasai semua ini. Terima kasih atas segala nikmat yg telah dipinjamkan. Sayu memikirkan andai satu hari nanti antara kami terpaksa berpisah. Wuuuu kau dah kenapa umi asal pergi pantai je mula laaa nak berfikiran jauh :(
baju anak habes basah dan kotor akibat pasir dan air pantai. Kami terpaksa menyepara bogelkan dia sbb nanti kotoq keta. Abi jirus2 bdan dia dgn air then balut dgn towel ja. Pastu mcm besala singgah umah maklong paklong dia utk solat dan mandikan dia.
Konon jela nak singgah sat. Sekali paklong dia bukak cita tamil sambil jamu satay & singapore pie. Tak ke mengkhayalkan tu? Ralit je abi layan. Rajnikhan oiii! at last pkl9++ baru bertolak balik. Itu pon dgn penuh rasa berat hati. Kalo ikut hati nak tido situ ja. Motor baju semua ada dh kalo abi nak p keja esok. Saja la xmau pulun sgt LOL.
lagipon kami nak singgah tesco. Sipi2 je sampai pon. Mujoq tesco tak rasa nak tutup lagi. Sempatla beli brg kejap.
Tengkiu abi layan umi & anak. Like always, masa kita bersama terlalu berharga. Moga kekal dlm ingatan moga kekalkan aktiviti mcm ni evem anak dh 7 nanti LOL!!!!!