CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 28, 2013

RINDU SUAMI~

ASSALAMUALAIKUM...


Mcm org meroyan plk aku ni. Uwaaaaa. 
Sepanjang dlm pantang ni mmg sentiasa rindukan suami
Padahal suami ada ja dpn mata
So now aku paham dh kenapa ramai wanita yg baru bersalin jd x tentu arah bila kna PJJ dgn suami
Aku yg suami dpn mata ni pon rindu, apatah lagi yg kna bpisah



Kenapa rindu?
sbb rutin bila ada anak ni dh xsama mcm dlu
Dh xdak masa nk mkn sama2, atau at least aku temankn suami mkn
Dh xdak masa nk tgk tv sama2
Plg sedih, dh xdak masa nk sembang2/merapu dgn suami
apatah lg laaaa nak dating2,mmg xla kan



Sbbnya jd mcm ni?
Jadual hdp aku skrg ni btrabur sket
Maklumlaaaa baru nk menyesuaikn diri jd umi kannn
Waktu tidur x menentu dh
Kdg2 suami blk kja aku dh tido
Aku berjaga suami tido
Uwaaaa masa mana laaa nk merapu sama2???
Hari minggu pn jgn hrp laaa ada masa nk sembang2
mesti ada ja kja nk dibuat msg2



B4 ni aku ada jgk ckp kt suami, sekali sekala blk la tido kt merbok jgk
Kesian kt mak metua kannn nt rindu anak manja dia ni haaaa
Wahhh mithali kan aku?
nahhh smalam suami blk merbok,tido sana, tau plk aku meroyan
Kehkehkeh
Baru smalam suami xdak dh rindu mcm apa ja
Tp tahan jela xkan nk soh suami blk kt aku plk kan


Tp xpela...
Anak kan sentiasa ada dgn umi :)
sbb tu umi slalu pesan kt abi, sibuk mcmana pn jgn lupa main dgn anak walopun skjp
Sbb xnak anak rasa beza umi dgn abi
Dan alhamdulillah abi pn sentiasa luangkn masa dgn anak walau sibuk mcmna pon :)


Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, April 26, 2013

RINDU BLOGGING~

ASSALAMUALAIKUM...

fuhhh...lama gilaaa x blogging
kalo dulu sehari 4-5 entry pon aku mampu
skrg niiiii haaaa hambek kau!
dah anak kan
rutin pon mak-mak sgt!
sepanjang 12 hari selepas melahirkan anak ni
ni la kali pertama aku on9 guna pc/lappy
b4 ni guna hp jew uolsss
mampu hapdet gambaq jaaaa
sobssss

sapa yg dh ada anak tau la kan camna rutin seorang ibu
ni pon aku curi masa skjp sbb anak tgh tido x hengat
smalam dia buat perangai buat pertama kalinya
dr pkl2 pg sampai pkl7 pg dia berjaga
b4 ni ok ja, smalam ja dia nak test umi kot
so siang ni dia tido sakan la


sempat laaaa blogwalking skjp td
nk bt entry baru pon yerjenguk2 takut anak jaga
so chow dulu lah
nak menyusu kejap
lps tu bertungku
gitewww~


Saturday, April 13, 2013

300 HARI MENYULAM CINTA~

ASSALAMUALAIKUM...

syukur alhamdulillah, mahligai cinta yg dibina masih kekal utuh hingga ke hari ni, 300 hari kami sah sbg suami isteri. dan hari ke-300 ni istimewa sbb kami akan menunggu kelahiran si kecil yg telah 9bln menghuni rahim aku. perasaan suami, kemain eksaited. tp aku, haaaa sampai skrg x dpt tido, takut & nebessss sgt! sbb nya aku kena serah diri kt spital, kena paksa bersalin. xpela paksa ke apa, janji baby keluaq dgn selamat.


utk hari ke-300 ni, aku nak dedikasikan entry ini khas buat sang suami yg telah byk bersusah-payah sepanjang perkahwinan kami, terutama ketika aku mengandung. sungguh, beliau adalah SUAMI TERHEBAT! hebat bkn sbb gagah & tampan, tp hebat krn peribadinya sbg seorang suami kpd isteri mengandung yg amat mengada hewhewhew~

sepanjang mengandung, hampir 50% tugas aku sbg isteri suami yg ambek alih. kdg2 bkn atas pmintaan aku, tp suami sendiri yg buat, dan telah menjadi kebiasaan sampai skrg. bab basuh baju, aku cuma perlu basuh baju, tp suami yg akan sidai dan kutip bila kering. kalo aku lambat lipat, suami yg akan lipatkan. sedangkan dia baru blk keja, dia pulak yg buat semua tu. kdg2 kalo hari jumaat aku x basuh baju lg, sabtu pasti suami akan tlg basuhkan =.=


hari2, setiap masa, kalo aku nak bangun dr tidur/duduk, suami lah yg akan bantu aku bangun. x kira lah samada 'tarik' tangan atau peluk bahu. nak dukung mmg xla kannn sbb aku lg berat dr suami. kalo aku ni kecik molek mcm nora danish kot la suami mampu dukung kannn hahaha!

kalo bab makanan, sebut jela apa pon, pasti suami beli. kdg2 x perlu mintak pon, jz sebut ja pasti suami dapatkan. sbb tu tym ngandung ni kena hati2 bila sebut pasal makanan. kalo tidak nanti suami susah-payah carikan. bayangkan lah hampir hari2 suami kena belikan makanan utk aku. jarang sgt2 aku mkn kt umah. dah jd rutin harian suami kena tanya aku nak makan apa atau melayan order dr aku. tgh hujan/panas pon suami akan dptkan. jauh mcmana pon mesti suami belikan. dan x kira masa, pg2 buta or tgh malam, pasti suami layan je aku nak makan apa. TAK PERNAH sekalipon suami menolak permintaan aku :l
dan kdg2 suami yg suapkan aku makan, mcm budak kecik~

~ yes, bcoz u'r mine! ~
suami juga sgt memahami kdaan aku yg mengandung. x pernah suami komplen bilik bersepah ke, bini dia selekeh bau minyak angin ke, malas masak ke, dll. malah siap pesan lg kalo x larat xpayah kemas umah, x payah masak. rehat je bebanyak, jgn risikokan diri & baby. sepanjang hamil ni mmg makan pakai suami akan terabai. terabai maksudnya ada ketika aku x sempat sediakan sarapan utk suami. kalo dulu suami nk pi keja / surau aku yg letakkan baju tp skrg smua suami ambek sendiri.

malam2 dh la suami letih bekerja, terpaksa pulak urut isteri dia yg kejap sakit itu kejap sakit ini. lagi aku x kata berhenti lg tu laaa dia mengurut. sampai aku kena stopkan dia. plg segan bila suami urutkan kaki. rasa segan pulak sbb rasa mcm 'krg sopan', tp suami yg offer kann. dan lbh segan bila suami yg tlg pakaikan sarung kaki kat aku sbb aku xlarat tunduk, berlaga perut bila nak pakai sarung kaki.

~ layan aja karenah umi, termasuk suka buat muka gegeh ~
hari2, setiap pg dan malam tugas suami adalah buatkan susu utk aku. mengada sgt! saja nak suami yg buatkan, ala2 manja gituuuu. kdg2 kalo aku bangun lambat dan x sempat kemaskan katil, suami yg akan kemaskan. kalo nak tido, suami yg siapkan tempat tido, sapu2 kibas2 habuk then baru bg aku tido. tak lupa jgk suami sentiasa temankan aku ke klinik/hospital kalo temujanji jatuh pd hari ahad. kdg2 aku kesian bila tgk cuti hujung minggu suami langsung x dpt rehat, sebaliknya sebok pi mai pi mai utk aku.

kalo nak cerita semua mmg x cukup ruang nak cerita. cukuplah sekadar serba sikit coretan ni utk membuktikan yg aku sebenarnya x pernah lupa apa yg suami dh buat utk aku. yg sebenarnya betapa aku menghargai setiap kebaikan suami buat aku. walaupon kdg2 bibir ni x terucap kata terima kasih, tp hakikatnya aku menghargai & mengingati setiap kebaikan suami. krn setiap perlakuan suami kt aku, buat aku sebak dan terharu. sbb tu kdg2 cuma mampu ucap terima kasih dlm hati je.

~ maafkan umi ~
utk b....
terima kasih krn menjadi suami terhebat utk syg. sayang yakin anak kita bangga mempunyai abi mcm b. syg nak anak kita tau yg walaupun umi yg mengandung, tp abi jugak punya peranan besar sepanjang umi mengandungkan dia...mcmna b nak anak kita hormatkan umi sbb telah susah-payah kandungkan dia, mcm tu jgk la syg nak anak kita hormatkan abi yg sentiasa berusaha yg terbaik utk kami. tanpa b mungkin syg x kuat utk melalui detik2 sukar yg dtg.....
maafkan segala kekurangan syg sepanjang menjadi isteri b...insyaallah, syg akan cuba perbaiki kelemahan syg di masa akan dtg, sbg isteri & umi dlm keluarga kita...


* nanges *
* maaf sbb buat b tertido kt ruang tamu sbb tunggu syg on9 =p *


MENU2 TERAKHIR~

ASSALAMUALAIKUM...


KHAMIS : 4/4/2013


Ptg tu aku tido, termimpikan nasi biryani. Gediksss sgt tido mimpi makanan! Cita kt suami, terus mlm tu lps maghrib kami pi hussin nasi kandar. Mujoq la suami blk awal, xdela aku menggelupoq kelaparan. Kali ni aku ambek biryani + ayam grg + sotong, harga RM9.70 ~ coihhhh ambek sotong lg murah dr teloq sotong rupanya. System apakah ini =.=
Minum, susu lembu. Perghhh sedap gila! Susu pon dah rasa mcm dadih. Sgt lemak. Sukaaa!

JUMAAT : 5/4/2013
Mulanya konon nak makan nasi ayam berempah kt area uptown. Tp tetiba terasa kenyang sbb sementara tunggu suami td dh makan biskut. Saja sebut nak try makan chicken chop sbb spnjg preknen kan aku langsung x lalu chicken chop. So suami bawak je. Kami pilih restoran mesra jaya, tempat fevret kami dulu huhu. Aku order chicken chop, suami mkn fries je. Ok laaa aku blh la ‘terima’ chicken chop kembali. Cuma mkn x abes sbb byk.

SABTU : 6/4/2013
Hari ni merengek kat mak nak makan nasi tomato buatan emak. So pepagi buta dah keluaq dgn suami pi beli ayam & bhn2 utk nasi tomato. Then blk hantaq brg kt mak. Relax2 jap keluar pulak ke CS sbb nak brekpes kt kfc. Tetiba jeee tgk iklan kfc punya set brekpes tu teringat pancake yg fana makan dulu, sedap. Almost 10am sampai kfc. Aku makan set pancake, suami makan set bubur.



Then blk umah. Perut dh kenyang so rehat2 la. Aku tido, suami men game. Suami tido, aku pulak berjaga huahuahua~ lunch dgn nasi tomato la. Perghhh sedap amat!!! Ptg sblm blk merbok singgah tesco kejap beli brg dapur utk emak. Mlm tu suami pi kuliah, aku dok umah je. Mlm xde merengek apa kt suami, melainkan teringin nak makan megi. Nak mkn megi rebus dgn telur je. Hohohoho~

AHAD : 7/4/2013
Act hari tu makan koteow grg yg kaki la bawak rasa ‘x puas’. Rasa nak lg, tp xkan nak request lg kan, malu laaa. So pagi ni konon nk grg sendiri. Bajet mcm terer je kan. Lps subuh terus aku bersilat kt dapoq. Bau dah sedap, tp rasa hampeh, tawaq hebiaq hahaha! Tp yg bestnya habes jgk sebungkus yg grg tu, even ada je nasi grg yg mak metua buat. Kira tawaq pon sedap la kan… =p

Tghri aku mkn nasi grg je. Ptg tu wajib la pi pasar mlm kt bujang tu. Target stroberi cekelat dan pulut sambal. Tp 2-2 benda yg aku nak tu xdak. Hoihhh xdak rezeki! So aku beli yong tau fu, hati grg tepung, cucoq udang. Bila kt pasar mlm tu rasa tringin mcm2, tp bila makan, x lalu sgt pon.
Mlm tu pkl4 pg aku kejutkan suami temankan aku ke bilik air. Bila dh bangun tu, mula la aku susah nak lena blk. Pusing kiri kanan pon xlena jgk. Akibatnya aku mula lapaq yg amat, perut berbunyik merdu jaaa. Euuuuwww~

ISNIN : 8/4/2013
Lps subuh blk sp, suami plk pi keja. Aku yg dh mmg lapaq ni terus ajak mak pi brekpes. Kali ni try tempat lain selain roti canai, sbbnya mmg lapaq nasi. Tp makan sket ja sbb rasa mcm x lalu. Then singgah umah cik nor kejap melawat anak Julia yg baru lahir. Lps tu blk umah tido~hohoho



Mlm, lps ke klinik singgah kedai mak cik. Sbb rasa mcm teringin nak makan sate. So order sate, nasi grg paprik + carrot susu. Suami pulak makan fries + ayaq bandung ja. Fuhhh mmg kenyang dan puas la mkn mlm tu.

SELASA : 9/4/2013



Pg ni ada check up kt klinik. But b4 tu, bawak mak brekpes kt kfc lg. hahaha! Mcm sedap sgt pancake tu kannn! Saja laaa nk bg mak try. Dan mujoq mak suka! Tghri mkn nasi lauk sardine, tp mkn x byk pon. So mlm mkn char ho fun kt gerai sri wang, tp makan separuh ja wuuu~

RABU : 10/4/2013
Makan char ho fun smalam x tahan lama. Pg tu dah lapaq gegila. Mintak suami belikan nasi lemak. So pagi2 lg dh pekena nasi lemak, lega. Ptg baru makan nasi. Lauk gulai daging cicah sambal belacan, rasa mabelles pulak! Jd bila malam terasa sikit kenyang. Suami ajak mkn koteow kerang mlm ni. Katanya takut aku teringin, nanti pantang dh x blh makan. Sobbbs terharunya.


Aku ckp nanti mlm aku bg keputusan. So lps isyak suami pi dgq ceramah dulu. Dah pkl11 baru aku msg suami ajak pi mkn. Kesian pulak bila suami yg beriya pikirkan keinginan kita kan (yela kauuu padahal kau yg nak kan). Dkt pkl12 baru sampai kt tmn ria, tgk2 kedai koteow tu x bukak. Sobbsss! Terus menuju ke kedai berger pak njang aje. Mcm besa la, beger daging cheeeseeeee~ tapau blk mkn kt umah. Mlm ni saja gatai2 tido kt ruang tamu, dan akux tido sampai la pkl5.30 pg~

KHAMIS : 11/4/2013
Sarapan nasi lemak lg. kali ni xmo lauk ayam dah, sbb mkn ayam mmg x abes. Ptg tu hujan lebat menggila, sampai ayaq hamper naik masuk dlm umah. Mujoq la suami ot, xdela aku risau dia blk dlm ujan. Guruh kilat semua ada. Tp best la, lepak kt ruang tamu dgn mak, ambek feeling ujan. Sejukkkk! Dh la blackout dr pkl6.45 – 9.15 mlm. Lama sgt blackout. Sblm maghrib sempat la jamah nasi sket. Lauk ketam nipah masak sambal. Sedappp! Puas la kopek kulit ketam tu dlm gelap!


Mlm suami Tanya nak tapau ke nak keluaq makan. Aku xtau nk bg keputusan sbb kesiankan suami yg ot sampai tgh malam. Aku x lapaq sgt pon, tp rasa nak makaaaaan je kejanya! Dh xtau nk order apa, order koteow grg. Dlm pkl12.30 baru suami sampai umah bersama segugus makanan di kedua2 tangan. Waaa banyaknya!

Rupa2nya suami beli kerang bakaq. Terus rasa nak nanges, terharu! Ni semua gara2 aku tunjuk gambaq kerang bakaq yg bonda Lina J uplod kt instagram. Saja laaa ckp mcm sedap je, mcm tringin la pulak. Sumpah xde niat pon nak makan sgt2, Cuma juz Nampak sedap je. X sangka suami ambek serius dan beli sampai stgh kilo kerang bakaq utk aku. Takut aku kempunan katanya, nanti dlm pantang aku dh xblh makan. Sobsss. Dan mujoq jgk kerang bakaq ni jns bakaq berempah, lbh krg je mcm lina makan :)


Then aku punya kotoew grg, bkn koteow grg biasa, tp koteow grg udang. Rupanya suami beli kt D’king, patutla kannn. Melimpah aku tgk koteow grg tu. Koteow dh la byk, udang berbelas2 ekoq!!! Haaa ambek kau tgh malam mkn mcm tu. Utk suami, masi putih & teloq dadar je. Sobbsss. Kesian suami, keja sampai lewat mlm baru blk. Dah tu bila blk sebok nak melayan karenah isteri :(

JUMAAT : 12/4/2013
Pagi, jz mintak mak tapau roti canai je. Tghri, mkn nasi lauk sambal ikan bilis. Sedappppnya la sambal mak hari ni! Mlm, xde rasa nak makan apa pon. Lgpon suami nk pi ceramah ustaz azhar idrus, so aku xmau kacau suami. Nanti mesti dia nak bawak aku makan dulu. So aku jz order berger pak njang je. Then suami blh pi dgaq ceramah UAI dgn aman . Cuma bila blk, aku mintak suami singgah belikan ice blended fevret KAMI kat uptown, tp x bukak pulak. so order teh ais. dan suami add on satay ikan~ :)

Friday, April 12, 2013

BABYSTUFFS ~ EVERYTHING FOR YOU!

ASSALAMUALAIKUM...

ok rasanya ni last entry psl brg baby. lps ni nak beranak dahhh ewahhh~ sepanjang shopping brg baby ni, ada 3x pegi shopping dgn suami. yg 3x tu shopping secara pukal la. yg aku shopping sendiri2 tu, mmg x terkira la brapa kali. asal nampak berkenan ja terus sambaq. shopping dgn abi, biasanya mmg kami dh sediakan list & bajet. yg aku shopping sendiri tu mmg main pejam mata je beli hihihi. slalunya suami akan ganti blk duit yg aku shopping brg baby sendiri2 tu :)
meh nak share antara barang2 PENTING yg aku beli ~

Blanket
memula beli yg kaler hijau kotak2 ni. sbb xtau jantina baby, dan sbb fanatik hijau, terus ambek yg ni. beli kt jusco, brand BeBe dgn harga RM24.90. kain ni jenis cotton lembut, tp bkn jenis lembut mcm bulu2 tu tau. eh nak habaq pon xtau mcmna huhhuhu~



ok nampak x 2 blanket yg bersebelahan tu? kedua2 ni jns kain yg lembut gebu tu. mmg geram je bila pegang. yg kiri tu brand disney. beli kt butik disney kt jusco. beli sbb nakkk jugak brand disney. mahal pon xpe asalkan disney. konon berkenan sgt laaa kepala mickey gedabak atas tu? yg kanan beli kt g-mart. beli sbb murah. walopon dh ada 2, beli jgk sbb murah sgt. kau tau x yg kiri tu harganya RM39.90, yg kanan tu harganya RM9.90??? kau nampak x brapa beza harganya??? sedangkan 2-2 ni sama ja jenis kain & saiz. plg sakit hati bila mak kata yg murah ni lg lembut kainnya. ohhhhh geram pulak dgn diri sendiri sbb ikut nafsu! huhhh!

Tuala
tuala baby beli yg kecik2 comel je. mak yg pesan mcm ni sbb mak yg nak mandikan baby nanti. yg besaq berserabut, menyusahkan je katanya. beli kat giant je. masa beli ni mintak advice dr salesgirl, dia yg soh ambek jenis ni, 100% cotton. mmg ada towel yg kain jenis gebu lembut tu, tp yg tu sebenarnya x serap ayaq pon. ok iollss setuju! ambek 2 helai sesiap. pastu terlupaaa pulak mak pesan jgn beli warna kuning. haishhh. aku ambek pon sbb malas dh nak cari2 kaler bagai, ambek yg ada dpn mata ja. harga RM8.99 sehelai.


Kain buai
act xperlu pon, dan xmasuk list pon. beli sbb tgh jalan2 pusing zon ria ternampak benda ni ada kaler hijau. dan ada zip jugak. terus ambek hahaha! padahal buainya ntah ke mana. adoiii laaaa! harga RM16.90~

Nappy liners
beli sbb kawan soh beli. wahahaha! katanya pakai ni jimat pampers. aku pon beli laaa. padahal nak guna pon xtau macamana. tgk bentuk dia pon aku dah pelik. terus wasap kwn2 yg dh beranak tanya mcmana nak guna. kata mereka benda ni guna utk lapik pampers. so kalo baby poo poo sket ja, juz buang nappy liners ni ja, pampers tu still blh guna. ok nanti kita cuba ye!
Harga : RM9.90


Napkin
beli sbb mak soh beli. blh gitu? hahaha. aku beli yg plain ja. xtaula kenapa aku rasa 'geli' yg jenis corak2 tu. sbb aku ingt napkin ni nanti gunanya mcm pampers so aku xdpt bayangkan kalo baby poo poo atas napkin bercorak ni, nampak makin kotoq pulak. padahal nanti baby guna pampers, napkin ni utk selimut / bedung ja. hahaha nasib la pakai yg plain pon. harga : RM25.90

Changing mat
ini adalah benda pertama yg kami sambaq masa shopping. sbbnya dari awal preggy lg suami dok teringin nk beli benda ni. dia xtau pon kegunaan benda ni, tp dia suka. adoiiii laaaa mcm2 suami aku ni kan! cari yg kaler hijau x jumpa, so ambek biru-oren, brand pureen. harga : RM17.20


Kelambu
yg ni benda wajib huhu. masa beli ni xtau jantina baby lg so x blh la nak ambek yg biru/pink. yg putih kosong mcm x cantik pulak. mujoq laaa jumpak yg putih bercorak ni, ok la sket. ambek brand pureen, besar jgk saiznya. kak ina (kazen suami) ada bg jugak 1 kelambu, kaler putih, mmg elok lg. yg tu brand anakku kalo x silap, tp saiz dia kecik dr yg aku beli ni. harga : RM24.90

Berus
berus utk cuci botol, beli brand pureen aja. harga RM5.99 sahaja. mmg la ada ja brand disney bagai, tp stakat benda mcm ni xperlu yg mahal2. sbb bg aku berus semua sama jaaa hahaha!

Grooming set
hehehe yg ni xtau la penting ke x. beli sbb comelllss sgt! brand anakku, ada 2 sikat, 1 pengepit kuku. yg bestnya ada hook utk gantung kat mana2, dan dijamin x hilang (insyaallah) hohoho. harga RM11.60 after less~


satu lg tu 'berus gigi' baby. haaaa bkn mcm berus gigi kita ok. ia berupa silikon yg dimasukkan ke dlm jari then kita 'gosok' la kt baby. silikon ni lembut, insyallah x melukakan. yg bestnya brand disney ni sbb ada bekas utk simpan hohoho. harga RM7.11 after less~

Pencuci
sabun pencuci pakaian baby aku pilih brand pureen. bg aku bau dia saaaangat best! sbb dia xla wangi mcm sabun kita, tp ada satu bau ala baby2, best sesangat! memula aku beli kt giant, yg 1liter harga RM17.90. lps tu bila rajin bok survey2 kt kedai2 brg baby, aku dapati laaagi murah. dkt love garden & manjaku, yg 2liter cuma RM19.90! so patutkah aku hentak kepala ke dinding? huwaaa~ disebabkn marah dgn diri sendiri maka aku beli pulak yg 2liter wuuuu~


liquid cleanser, jgk brand pureen digunakan utk mencuci botol / alatan baby. brand pureen ada 3jenis, natural, mint & orange. aku pi ambek mint. then baru terpikir kenapa laaa aku x ambek yg natural je kan. ambek yg ada perasa ni kang takut lekat bau pulak kt botol baby. hmmm... aku beli yg 750ml + 600ml refill dgn harga RM29.90. rata2 giant/tesco mmg harga ni, tp kalo kau pegi baby store, blh dpt rm26.90! huhhh skali lg marah dgn diri sendiri!

Pampers
first tym beli pampers, kat giant. masa tu mmg lost xtau nk beli jenama apa. memula aku ambek yg saiz S, brand pureen & cap giant. haaa jimat sgt kan aku ni??? pastu suami tanya akak yg tgh shoping kt situ (bawak anak) mcmna nak beli pampers utk baby newborn, ok x ambek saiz S. akak tu kata jgn ambek saiz s, sbb mmg description nampak sama, tp saiz & bentuk lain. yg newborn mmg btl2 utk newborn. terus suami soh aku letak blk yg aku ambek td. yg newborn punya cuma ada brand drypers & petpet ja. mahai la hoi, sbb tu aku x ambek. suami ckp "mahal xpaaa, janji betoi". ok fine! aku ambek dulu brand drypers dgn harga RM30.90 =.=


yg petpet kecik tu saja jaaa beli sbb jumpa pek comel kecik, terus ambek hahaha! 14pcs, rm5.90 sahaja. lgpon saja la try tgk baby suka yg mana nanti. tp bila suatu hari aku pi tesco tgk pampers ada sale, terus jd x tentu arah! drypers cuma RM27.88, terus aku ambek 2pek. oh tamak la pulakkk. kena bebel dgn mak. wuuuu~ yg Hey Baby tu pon beli sbb sale, RM24.90 sahaja di manjaku. dah ada 3pek yg newborn, maka ambek saiz M pulak. nahh bila nak pakai pon xtau hahaha.

Drypers gift set
sajaaa beli sbb comel! gift utk baby sendiri, bkn utk hadiahkn kt org huhu. pastu mula rasa rugi pulak, coihhh! tp bila aku guna beg ni utk letak brg baby kt spital nanti, terus rasa berbaloi (pujuk diri sendiri). dalam set ni ada set mandian, wet tissue & newborn pampers 14pcs. wet tissue & pampers ni aku guna utk bawak ke spital. senang, pek kecik kan.



set mandian ni ada shampoo, bath, head to toe & bedak. semua dlm pek 100g. set ni harga RM30.89  kt giant. ada dua saiz. kalo saiz yg besaq sket dlm RM40 gitu. tp kalo kt baby house blh dpt RM36.90, ohhh skali lg saket hati!

Sebamed
set sebamed ni aku beli atas cadangan sorang kawan yg katanya brand ni bagus. tp perhatian ya kawan2, kulit anak2 kita ni x sama. ada baby yg ok pakai brand tu, ada yg ok pakai brand ni. so dinasihatkan sebelum baby keluaq jgn la beli yg besaq2 lg. utk set mandian, aku beli brand sebamed, pureen & drypers tadi. semua pek kecik2 je. so nanti kita try tgk baby kita suka yg mana.


yg sebamed ni mmg aku suka pon sbb bau dia tu natural mcmana ntah. produk sebamed utk baby ni byk terdapat kt baby house, kalo kt supermarket tu payah sket nak ada yg kita nak. kalo kt guardian tu pulak ada pek promo yg besaq2 tu, lg murah. tp sabarkan hati supaya jgn beli lg. yela kalo xsesuai utk baby nanti kan rugi je beli byk2. dan aku pon xbrapa tau sgt ttg produk ni, so aku beli yg basic ja (tu pon puas gugel).
baby liquid cleanser : RM16.90
children's shampoo : RM13.90
baby lotion : RM13.99

Barut
barut & bedung mak metua iolls buat sendiri tau uollss! hahaha! barut ada 2 saiz, kecik & besaq. kain bedung x kira plk brapa helai. ni laaa untungnya mak metua pandai jahit ni huhuhu. ~


Keperluan lain
baby wipes, memula ambek pek kecik. pastu tgk kakcik guna mcm byk, beli pulak yg berbotol2 terus. 2-2 brand pureen, sbb murah. then utk ruam, beli vaseline instead of nappy cream yg lain. sbb slama ni guna vaseline kt bibir mmg ok sgt, so try tgk utk baby mcmna. minyak johnson baby saja beli, padahal dh ada lotion. beli sbg cukupkan syarat.


bedak aiken & agnesia mak yg soh beli. aku pon xtau apa function. saja beli 2 brand berlainan, tp yg kecik2 ja. best jgk bau beda berubat ni. haishhh brg baby mmg semua adorable kan? even baby wipes pon aku rasa wangi sgt! kapas aku beli 2jns, satu jns bebola satu lg jenis yg cuci mekap tu. aku pn xtau la apa fungsinya nanti hahahaha! cotton bud beli brand tollyjoy. beli yg kecik ja. kalo byk guna nanti soh abi beli lain la huhuhuhu

Baby's wear
baju2 baby utk dlm pantang mmg aku beli yg murah2 ja. kebanyakannya beli kt zon ria. bkn nak berkira, tp mmg aku target utk pakai dlm pantang sahaja. sbb tu aku beli semua saiz comel2 jaaa. nanti lps pantang umi bawak baby shopping baju cecantik pulak yer, utk kita pakai jalan2. baju2 yg aku beli kebanyakannya harga dlm RM2.90 - 7.90 sepasang. yg baju lubang2 tu sepasang RM1.90 pon ada, haaa percaya tak??? dan kualiti kain xjauh beza pon dgn jenama lain. alah membeli menang memakai gituuu~



baju lawa2 ada la dlm 2-3pasang, habuan ke klinik. kebanyakannya brand fiffy sbb murah dan cantik2 ja corak. yg rompers (najwa panggil baju mandi =.= ) tu aku beli kt FOS, 3helai RM30 shj. masa beli ni baru brapa bulan kandungan, tp dh xtahan sgt sbb comel beli jgk. masa ni pon xtau jantina baby lg, sbb tu kaler pon universal ja. hijau tu wajib ada la kannnn~ booties & mittens pon beli kat zon ria shj. harga dlm RM1.90 2.90 hahaha. ada la jgk beli yg mahal sket beberapa set. mahal sikiiiit jaa sbb benda ni bkn nak pakai lama pon~


Thursday, April 11, 2013

BABYSTUFF - BOTOL SUSU~

ASSALAMUALAIKUM...

Botol susu
mari bercerita pasal botol susu pulak. memula aku tak rasa pon yg botol susu ni penting. skali tgk kak cik beli byk bijik jgk, mula la rasa cuak. aku cuma ada sebijik je yg AVENT, tu pon free beli breastpump. wahahaha~ konon nak direct feeding kan, x teringat pulak ntah ada susu ke x, nanti nak keja lg. lupaaa sgt! mmg fana ada suggest soh beli avent, tp aku lbh berkenan tommee tippee. lagipon yg avent dh ada kan. aku ingt nk beli lain2 jenis, sbb kita xtau baby suka ke x botol tu. so uols jgn sesekali beli satu2 jenis botol tu byk2, takut bby x suka nnti rugi ja kena beli lain.


brand tommee tippee ni payah amat aku nk cari. pi sampai ke penang xdak. kt mom's care pon xdak. tp salesgirl tu kta kat mother care ada. x kuasa pulak nk pi gurney nun. sesetengah kedai brg baby yg aku pi mmg depa x ambek TT. at last tpaksa pi beli kt loqstaq jgk, tu pon sbb kak lin yg habaq dy pon beli TT kt sana. aku dok survey2 kt tenet,botol TT ni mmg la kaler putih, tp ada special edition kaler pink & blue. hmm...mcm x berminat. ingt nk ambek putih ja.


tp bila aku pi APPLE BABY HOUSE kt mergong tu, terkejut aku jumpa botol TT ni kaler hijau!!! x pk panjang, terus ambek. sumpah rasa happy gilaaa~ hhahahaha! memula nak ambek yg newborn, 5oz. tp rasa rugi pulak sbb harga sama je dgn yg 9oz punya. saiz puting pon sama cuma beza saiz botol ja. so better la ambek yg 9oz kan. harga RM56.90 utk 2 botol, sebelum less 20%. haaaa kira la sendiri murah ke x! pada sesapa yg dok area sp, hri tu aku tgk kat manjaku amanjaya mall ada juai botol TT ni. kenapa berkenan dgn TT ni, sbb bentuk dia yg saaaangat comel!!! dan puting yg b'konsep ala2 'close to nature' gituuu~

Storage bottles
dah beli botol susu, beli storage botol skali. beli 10biji ja, sbb xtau production susu mcmana lg kan. kalo x cukup nti kita soh la abi beli lg, bkn susah pon kan? pening jgk nak pilih storage botol ni pon, sbb ada mcm2 jenama. ada satu jenis tu comelll sgt, saiz utk 2oz! bayangkan la comel mana kan~ tp rasa rugi plk kalo beli sbb kecik sgt, hrp comel jela. maka last2 ambek yg jenis biasa jgk.



aku pilih brand autumz, 5oz punya. kenapaa pilih jenama ni, tu haaa tgk gambaq. rasa mcm penutup dia lbh kemas sbb ada benda tu. dah tu ada cop botol ni dpt anugerah pilihan pembaca kalo x silap. bedal ajela kan. bila bukak, rupanya dlm ni ada pulak free 5pcs plastic milk storage. plastic dia mmg tebal, bkn plastic besa dgn 2x seal. mmg best! harga RM39.90

Rak botol susu
then cari rak utk botol susu pulak. mengada kan padahal blh je letak kt rak pinggan mak tu. saja je nak mengada beli rak bagai. agak susah nak cari rak botol susu ni sebenarnya. kat apple baby house tu pon ada 1 jenis je, tu pon harga agak mahal. so aku beli kt tesco. yg ada cuma jenama FIFFY sahaja.



ambek jugak la. lagi pon menarik jgk brand ni, sbb ada cover mcm tutup kueh gituuuu. so blh la elak botol dr berhabuk ke, lalat ke pencemaran udara ke. ehhh~ dah tu ada pulak 'hanger2' utk gantung benda kecik2.. harga RM13.90, mmg murah! tp yg x best cuma ada 1 colour je sobbss~

Breastmilk storage bags
yg ni aku beli masa beli breastpump dkt mom's care. saja laaa teringin tgk plastic ni. mcm comel je rasa bila simpan susu dlm ni nanti. mtah pape la aku pikiaq, tp lantak la kan. harga RM12.90 je, x rugi pon kalo ambek. dan yg ni pon ada double seal jgk. ok sgt la!
.



ABI'S NEW BABY~

ASSALAMUALAIKUM...

eh eh eh abi ada baby??? no no no baby jgn majuk. baby baru abi ni pon, utk baby jugak.

kemainnn tau suami aku kannn, beli kamera semata2 nak ambek gambaq baby. aku cakap better beli dslr la kan dah alang2 nak beli kamera. dia kata xnak, sbb nak kamera yg mudah dibawa ke mana2 sahaja, yg sentiasa blh ada dgn dia. sbbnya kamera ni dia nak guna utk ambek gambaq anak dia nanti. nak rakam setiap mimik muka yg anak dia buat. bila nampak baby senyum, sebek, nanges, dll terusss nak snap! maksudnya dia nak kamera compact yg mudah dibawa, yg bila dia nak guna terus blh on then snap. aku kata dah kamera hp aku kan dah ada. abi ckp "xmauuuuuu", nak kamera jgk. kamera hp aku 5mp ja, x xantik. fine abi, fineeee~


baiklah abi, belilaaaa~ suka hati abi la kan. kataku~ kemainnn lg nak dpt baby sanggup beli kamera nak ambek gambaq baby. tym kawen dgn umi dulu xde pulak nak beli kamera sbb nak ambek gambaq bini. fineeee umi jeles sgt dgn baby!~ wuuuuuuu untunglaaa baby sobbbsss~ hahahaha. kemain tau abi punya eksaited sampai tahap tu!


aku dgn suami ni mmg la x pandai sgt bab2 kamera ni. mcm yg aku ckp td, suami nak camera compact je. tp kamera ni mmg not bad la. 5x optical zoom (dan tak pecah ok!), ringan sesangat, 16mp, auto focus. sblm beli ni suami dh sms semua detail ttg kamera ni kt zaidi, so kami yakin dgn produk ni! ewahh mcm yakin dgn kak ton pulak~ yela zaidi ni pakar la bab2 kamera ni. lgpon jenama nikon kan, mmg gambaq cantik. function pon byk. masa beli ni dpt la casing & memory card 8gb. cuma yg tak bestnya, xdak kaler hijau. uwaaaa! ada merah & pepel ja. dan aku x fhm kenapa abi ambek pepel. gurlishhhh sgt abi ni tauwwww~ =p

semalam masa dok testing2 guna kamera ni, abi ambek la gambaq umi byk2. lps tu slamber ja abi ckp "dah la buat apa ambek gambaq umi bebanyak. rugi bateri jaaa. nak jimat bateri nak ambek gambaq baby x lama je lg". fine abi, fineeee sgt!!!

lps tu ada jugak suami ckp "nanti blog umi blh la boh gambaq lawa2 dah, guna kamera ni". maka aku terpaksa menyombong dgn menjawab "elehhh sapa nk guna kamera b tu? selama ni pon blog umi pakai kamera hp ni ja, cantik srupa tu jugakkkk"   #libasrambut

so baby, untunglaaa kamu! belum lahir abi dah beli mcm2~ wuhuhuhu


BABYSTUFF ~ FLEXI-ARCH

ASSALAMUALAIKUM...

tadi kinah dtg umah, melawat aku. sebabnya nanti bila aku dah beranak laki dia xdak katanya. dia pon tgh preggy 6bln skrg ni. jd dia mai melawat aku sesiap. lgpon kenduri aku hr tu dia x dpt dtg. tghari td dah la blackout, gilaaa panas. kinah pulak blh sesat nak cari umah aku. lama jgk dia sesat! tp mujoqlaa beberapa minit sblm kinah sampai, letrik dah on semula. haihhh syukur~

~ alahaiiii mcmana laaa hati tak tertawan! ~
menyembang lama gila dgn kinah. yela dh brapa thn x jumpa, padahal ddk dkt je. aku kenal kinah masa sama2 praktikal dulu. dan kebetulan kinah ni sekelas dgn suami masa study dulu. so senang la nak ngam. masa kinah bertunang aku pi, dia kawen aku pi, dia beranak pon aku pi. semua tu pi dgn boifren (suami aku skrg) wahahaha~ yg buat aku nak jumpa kinah sesangat ni bkn apa, rindu sgt kat anak dia. percayalah yg anak dia super duper laaa comel! dah la comel suar halus plk tu! tp malangnya dia x mau dkt org luaq. sobbss~ td dia cuma baik dgn aku bila aku umpan dia ajak tgk kucing. gituuu~


yg bestnya tadi kinah bawak hadiah utk baby! ohhh golek2 baby kat dalam bila dpt tau ada hadiah utk dia. kebetulan, baru semalam aku dok usha2 benda ni. teringin nak beli tp rasa mcm mahal. nahhh tup2 Allah makbulkan permintaan, dpt free lg! syukur alhamdulillah. suami bila tgk benda ni, sgt teruja! siap ckp, baby usia seminggu dah nak bg guna. pastu tym kenduri nanti abi nak letak baby bawah benda ni. amboiiii kemain eksaited!


umi suka laaa sbb ada kaler hijau. lgpon aku ni krg gemar beli mainan (setakat ni la), slalu suami yg eksaited lbh bab mainan ni. tp bila org dh bg rasa syukur sgt! harap baby umi suka la ye. suami agak terkilan sbb x dpt jumpa lica, anak kinah yg kiut tu. so nanti dia akan usahakan jgk pi umah kinah, mungkin melawat kinah bersalin nanti pulak kan? mak aku pon kemain geram dgn lica. alahaiiii~ apapoon mekaseh kinah utk gift ni :)

***syukur alhamdulillah, rezeki baby~


Wednesday, April 10, 2013

MATERNITY WEAR~

ASSALAMUALAIKUM...

dah dkt2 nak beranak ni, baru kalut nak share psl mengandung kannn~ saja ja nak kongsi, utk ibu2 hamil di luar sana, yg masih baru dan masih tercari2 maternity wear. tp utk ibu hamil sekitar utara jela. hikhikhik

Maternity pants
atau bhasa melayunya, seluar mengandung. aku beli seluar ngandung ni pon sbb kena 'marah' dgn nurse sbb pakai jeans. coihhh padahal masa tu aku baru ngandung 3bln, perut 'xdak' lg pon. dan plg penting, aku pakai jeans di bawah pperut, so soal ketat kat perut tu mmg x timbul. tp xpela, jgn melawan. kita beli aje sbb benda tu mmg perlu. first seluaq yg akku beli kat butik peace. ok la selesa. kain lembut, harga RM49.90. then pergi scarlet, jumpa seluaq mengandung tp ala2 seluaq biasa yg cantik tu (bahasa apa ni?), terus ambek. mmg cantik bila pakai. tapi, x brapa selesa sebenarnya sbb cawat rendah. rasa mcm x function je adjust getah kt pinggang tu sbb at last seluaq ni akan 'terlondeh' ke bawah perut. harga agak mahal, RM59.90. kali ke-3 aku beli juga di scarlet. beli sbb murah, rm29.90 je. seluaq ala2 seluaq slack. opismet semua gelak bila aku pakai seluaq ni, depa kata mcm seluaq org laki. konon aku tertukaq seluaq dgn suami. cesss! selesa jgk seluaq ni, cuma x selesa bila aku silap ambek saiz, terlebih labuh. so dlm 3-3 ni, plg selesa yg aku beli di butik peace tu~

Maternity dress
aku beli 2 helai ja. sbb leceh bila pakai maxi ni kena pakai kain dalam, huhuhu. lg satu, kena hati2 bila beli maternity dress ni sbb kebanyakannya akan singkat. nak cari saiz pon payah. slalunya saiz dah elok, tp labuh tu kurang. dan aku x suka sbb kalo pi check perut, leceh la hoiii nak selak2 bagai!

Blouse
majority blouse pregnant aku beli kt butik peace. sbb byk choice, cantik2 dan murah! selesa pon selesa. sehelai ja aku beli kt 1st lady. harga semua blouse x lebih dr rm50 sehelai. kalo kt scarlet byk yg jenis kemeja, hrga dlm rm59. oh mahal, so reject! hahaha~ ada 2 helai blouse aku beli kt kedai biasa2 ja. act tu bkn blouse utk mengandung, tp memandangkn perut aku kecik, maka muat je baju apa pon =p

Nursing bra
jgn ingat aku nak melucah kat sini. ada org xtau psl ni tau! bila preggy ni, saiz badan kita akn berubah. jd pastikan apa yg kita pakai tu btl2 selesa. kalo tak nti mula laaa nak mengamuk x ketahuan hala! pilih bra yg selesa, jgn ketat sgt. aku memula beli 2 helai ja nursing bra. beli kt scarlet, jusco perda tuuu. konon2 nak guna tym kat spital je. kat umah nanti selak ikut suka jela konon. tp bila tgk pengalaman kakcik, mcm perlu jeee nursing bra tu. so ajak suami shoping lg, nak beli lg. kali ni beli lg 2, pon kat scarlet. kali ke-3 beli kt cs, sehelai ja. beli sbb serba salah dgn salesgirl tu sbb dia layan baik2 sgt, tpaksa beli jgk sehelai sobbbssss~
aku mmg rekemenkan uolls beli kt scarlet sbb nursing bra kt situ ada byk jenis dan byk choice. harga kebanyakannya RM19.90 sahaja!!! pd org lain aku xtau. tp pada aku, even nursing bra, aku rasa perlukan padding jgk. bkn padding yg tebal push up tu, memadai la padding nipis agar kita selesa. ada jgk yg ada besi. terpulang masing2 punya selera. tak mcm audrey, even aku penggemar audrey, tp nursing bra dia mmg out! langsung xde padding, nipis, design mcm hapa ja hrga kemain rm49. mmg x laaaaa~

Maternity panties
yg ni terpulang. aku x beli pon. kalo kt scarlet mmg byk, tp aku x belek sgt sbb tgk design mcm nenek2. lagipon aku rasa x perlu. aku cuma beli panties biasa, tp cari saiz gajah~ wahahaha~


BABYSTUFF ~ KEPERLUAN UMI

ASSALAMUALAIKUM...

eh, dah nama barang keperluan umi, kenapa ada babystuff pulak? yela, dah masuk dalam list & bajet tym shopping brg baby, kira aci la kan? weehewhewhew~
brg umi, x la sebanyak brg baby. tapi, sama penting dgn brg baby tahu!

Beg hospital
beg ni ofkos la part paling penting. beg utk ke spital. utk aku, saja beli jenis ni. act ni handbag yg jenis besaq tu, saja aku suka2 buat beg spital. stylo katanya kan. konon sgt! hahaha~ apa pon aku berkenan material beg ni. plg penting besaq. mmg muat elok dgn brg2 yg akan ku bawa ke spital. beg spital ni genap usia kandungan 7bln terus aku isi sesiap brg2. semangat x? huhu...bkn sbb semangat, tp kan ada kes yg bersalin pd usia 7bln. so aku cuma berjaga2. siap2 beg, tp x bubuh dlm keta lg. juz pesan kt suami je :)
harga : RM49.00 after less~


Stokin
kellasss stokin dlm pantang mcm stokin bola kannn. bkn mcm lg dah, aku rasa mmg stokin bola pon! ni akibat shoping waktu mlm, dah lemau xlarat nak pilih2 nak pusing2. men ambek je apa yg ada dpn mata. biaq la corak buruk, janji tebal. dah tu x belek harga betul2. ingat satu set ni 4-5ringgit je. blk tgk resit, mau nangesssss stokin buruk mcm ni pon mahal nak mampos! tetiba rasa marah sgt dgn diri sendiri sbb lalai ketika bershoping!!! waaaaa~
harga : RM14.99 utk 2 pasang


Cadar 
cadar ni utk tilam aku masa dlm pantang nanti. dalam pantang mmg ddk atas tilam je. xdak maknanya nk ddk dlm bilik. umah taman kan, gila panas dlm bilik. lgpon ddk atas tilam kt ruang tamu lg senang. apa2 senang mak nampak. org mai melawat pon senang. aku yg mengada ni, siap dabel-kan lg tilam. nak empuk sgt konon. cadar ni asalnya nak warna hijau, bg sedondon dgn baby kan. tp mak la kata, asyik hijauuu je! ambek pepel plk, bg sedondon dgn tilam baby satu lg. ok fine mak! saja aku ambek cadar murah ja, sbb nanti dlm pantang kan nk ganyang cukup2, dgn bau minyak angin lg. syg laaa nak beli yg mahal2 lawa2~
harga : RM12.90


Kain batik
ini keperluan plg penting masa dlm pantang nanti. xkan kau nak pakai legging ye dok??? muahaha~ aku yg mmg xpenah ada koleksi kain batik, yg selama ni jenis pau kain mak jew, terpaksa la add to list. huhu. yg 3helai kt atas tu, kain batik 3 serangkai yg elok sket. harga slalunya rm17-18, tp memandangkn mak aku tlg beli kt baling, setelah tawar-menawar dapatla aku dgn harga rm13 sehelai.
yg bawah tu, tiga serangkai tp jenis murah. mak kata itu kain siam. ntah aku xtahu. yg aku tau aku nak kain murah. sbb nak pakai dlm pantang, nak tonyoh2 minyak angin bagai kannn, rugi pakai kain mahal2/cantik2. gituuuu ideologi jusiza! so yg ni aku beli kt pendang je dgn harga rm6.90 sehelai~ hewhewhew


Maternity pad
ini pon pentinggg tau! perlu diisi dlm beg spital. aku ada risik2 ttg penggunaan maternity pad ni. ada org yg pakai 1 pek ni pon x habes, sbb darah x byk. depa jz pakai pad biasa je. tp ada org yg sehari 1 pek pon x cukup, sbb darah mengalir laju. hurmmm... so aku xtau aku ni jns mana. so aku beli 2 pek dulu. 1 jenama intimate, ambek yg extra long tau, 27cm. satu lg kotex loop. pon ambek yg panjang. saja nk try jenis lain2. dan sumpah aku xtau guano nak pakai menatang ni. depa kata don worry, nanti nurse pakaikan. ok.~


Termos
ini aku rasa x penting pon. tp mak laaa yg dok bising soh beli, penting masa dok spital nanti katanya. yela2 aku beli. dan aku mmg xpandai nk pilih benda ni. aku beli kt tesco je. geram tgk termos kecik ja pon hrga kemain mahal. dulu2 mak aku beli murah jaaa. sobbbs~ pilih2 punya pilih ternampak ada satu ja termos ni hrga rm10.90, ada plk kaler hijau, tak pk panjang dah, terus ambek. skali tym nak bayaq, heran knapa bil mahal sgt. bila tgk resit, nahhh termos ni harga RM27.90~ ternganga aku!!! disebabkan tak puas hati, bbrpa hari kmdn aku pi tesco lg. pi check blk harga yg terpamer kt situ. yaaa ternyata bukan salah aku. sebenarnya termos ni ada 2 jenis. jenama yg sama, tp satu yg biasa, satu yg double wall mcm aku ambek ni. harga rm10.90 yg terpamer tu utk termos biasa tp depa pi letak termos yg aku ambek ni. mmg melampau sgt! samada pekerja salah susun atau mmg sengaja, aku xtau. tp yg pasti mmg aku rasa tertipu. termos kecik utk 500ml je pon, mahal mcm tu! grrrrrr~



NASI ARAB STARGATE~

ASSALAMUALAIKUM...

6 Mac 2013 - ada rezeki lebih. share dgn kaknot nk belanja 1 opis mkn nasi arab. kebetulan, hri tu suami ada urusan rasmi kt loqstaq. weehuuu! pg tu mai opis suami yg hantarkan. ohh sukaaa!!! sampai opis pkl8.30, xdak sapa sampai lg, nice sgt! sbb tu laaa aku slalu mai opis lambat. kalo mai awal slalu kena tunggu kt bawah. amboiii alasannnnn sgt jusiza!

masa tunggu kt bawah tu aku dh rasa pening2. dgn cuaca yg agak panas, aku cuba bertahan. 20min kemudian baru kak ema sampai. yg bestnya, elok je masuk opis terus aku meloya dan berlari ke tandas. di situ aku muntahkan hampir sebaldi isi perut yg terdiri drp air yg aku sarapan td. seksa. sakit sgt. nak mc, nanti takut ada yg argue aku sngja mc sbb suami mai loqstaq, nak blk skali leteww~ maka aku tahankan aja ketidakselesaan badan ketika itu.


tym lunch, suami dtg ambek aku. kami menuju ke stargate arabic food. dah lama tringin nk try sini, akhirnya berjaya jugak. aku ambek mcm besa je, masi mendy ayam. dah spesis x mkn kambing, mai restoran arab pon bedal ayam jela kejanya. dan rasanya, perghhhhhhhhh mmg terbaek! pada aku, ni la nasi arab yg plg sedap antara nasi arab lain yg penah aku makan. siyes! nasi tu cukup rempah, ayam cukup rasa. sup, sambal, semua sedap. mmg menyelerakan! dan mmg berhajat sgt nak makan lg kt sini, tp masa x mengizinkan. sobbsss... harap lps pantang nti dpt la makan. sedappp!


tgh dok tunggu menu tu tetiba tokey kedai tu mai ambek gambaq kami. gambaq weolls masuk dlm page fb depa tau! wahahahaha jakun la kau jusiza! bkn apa, nak habaq yg kedai ni nampak besa ja, tp pengunjung dia, hmmm uols blh tgk sendiri dkt page tu. restoran ni terletak kt area tesco stargate tu. kedai hujung sekali. silalah try, mmg x rugi! harga pon berpatutan. kalo yg biasa rm9, set besaq rm13~ mmg berbaloi!

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...