CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 23, 2015

MY 12 AUGUST~

ASSALAMUALAIKUM...

12 Ogos 2015 - genaplah usia seorang umi 27tahun. erkkk tercekikkk je rasa bila sedaq dah tua T___T

seriously tahun ni memang umi takde expect apa2 hadiah/surprise dari abi mcm tahun2 sebelum ni sebab dah plan nak belanja family makan. umi yg nak belanja tapi abi yg bayar hewhewhew! see, tak malu tauuu nak jgk tu celebrate birthday sendiri. maka sebab tu la yakin yang abi tak bagi pape dah la.

selasa malam tu saja suruh abi bawak abang umar pi umah mak sebab kesian dia seharian tak keluaq rumah. umi dok umah ja dgn ubayy. umi dok umah pon mandom ja tak buat keja umah pon sebab adik tido kejap2 jaga. so umi lepak je dalam bilik dgn adik.


nak dijadikan cerita, umi kunci pintu bilik. ntah la tetiba malam ni rasa nak kunci pulak. dlm pukul 12 lebih gitu abang and abi balik. dengar la bunyi ketukan pintu dan suara abi 'ajar' anak panggil umi buka pintu. umi pon dukung la ubayy lalu buka pintu. maka terserlah la dua ketul lelaki kesayangan di muka pintu. yang kecik tengah pegang 'hamper' dgn penuh hati2 dan yang tua tengah 'ajar' yang kecik cakap "happy birthday umi"

Ya Allah! terkejut sungguh sampai umi terkaku seketika. nak pikir pon taktau nak pikir apa. riak muka umar comelll sangat, dgn senyum2 bangga dapat sua benda tu kat umi. kalau tau umi dah standby kamera tau! terus ajak lelaki2 itu pi ruang tamu sbb nak ambek gambaq. maka paksa anak berlakon mcm tadi. lebuh kurang la gaya dia, cuma kali ni galak lebih la bila umi dah tau seprais dia. 

adik tengok abang mcm tak puas hati je kannn hahaha! tq abi!!! tidoq dalam senyum laaa :-)
esoknya, rutin macam biasa. pagi sempat la buat bekal untuk abi. sebagai memperingati birthday sendiri maka request roti canai kat abi. ikut hati nakkk je ajak abi breakfast kat kedai. tapi anak 2, abaikan jela dulu haha!


lepas tu membelek 2 lelaki kesayangan tu. syukur ya Allah dapat peluang rasai semua nikmat ni. sempena birthday sendiri, umi masak nasi ayam hahaha. awal2 lagi dah sedia bahan sesiap. potong semua sesiap, perap ayam. pastu gi tido dgn anak2 kejap. then bangun tengahari baru masak.


macam biasa la bila masak mesti ada roadblock mcm2. sampai pukul 2 lebih umi tak boleh makan lagi. kak ila sampai dalam pukul 3 mcm tu. konon nak lunch sama2. tapi umi baru makan sekerat jala adik dah nanges2. at last makan bergilir dgn kak ila. petang lepas kak ila balik (tapaukan nasi ayam utk mak) kami tido kejap. tujuan supaya memastikan anak2 mendapat tido yg cukup utk malam ni hewhew.


abi balik time maghrib. even dah tau nak keluaq makan abi tetap makan nasi ayam sbb tak tahan godaan nampak sedap kannn kahkah! abi yang mandikan umar & ubayy sbb umi bila dah mandi taknak buat keja apa dah kehkeh. dlm pukul8.30 baru kami gerak. masing2 gerak tak sama, jumpa di kedai je lah. setakat ni 3biji keta diperlukam utk full of family kami.


mujoq umi dah order sesiap so sampai2 boleh terus makan. bangpit order satay 30cucuk, pastu kejap je abes. then abang tambah lagi 20cucuk. no cake, tapi kaklong bawak cheese tart dan kuih apa ntah yg bentuk aiskrim tu.


Alhamdulillah puas hati sangat tengok wajah kekenyangan insan2 tersayang. memang niat dah nak belanja mak utk birthday ni. yela pada tarikh ni mak yg bertarung nyawa nak lahirkan aku, so mak la yg selayaknya dapat reward. tapi kalau belanja mak abah takkan tak belanja kaklong skali sbb kami berkongsi birthday pada hari yg sama. dah belanja kaklong & abang takkan tak belanja bangpit pulak. kesimpulannya, belanja semua :-)

cuma yg spoil sikit sbb mak, najwa & bang ngah demam. so depa makan ala kadar je. tapi ok la, at least tercapai hajat nak makan2 semua family sebelum bangpit balik sabah. puas hati sangat birthday kali ni dapat raikan bersama seluruh ahli keluarga.


syukur dengan segala nikmat yg ada. di usia ini dikurniakan 2 cahaya mata pengiring ke syurga serta bahagia di samping suami tercinta cukup buat aku rasa sangat beruntung. moga bertambahnya usia diiringi dgn pertambahan iman dan amal.

terima kasih semua yg wish, moga Allah balas kebaikan berganda buat kalian. Aamiin :-)


last but not least terimalah seketul birthday gurlll sedang mengerjakan ketammm!


Wednesday, August 19, 2015

PUDING ROTI SOS KASTARD~

ASSALAMUALAIKUM...

ok aktiviti petang seterusnya, yg dah lama berlalu hewhewhew.

akibat tgk resepi kat fb, terusss rasa lapaq rasa nak buat tergedik2 haaa! ajak kak ila & haney mai buat sama2 since buat sorang tiadalah nikmat. lagipon buat desert ni renyah, tak koserrr nak buat sorang. buat ramai2 senang, pakat bahagi tugas.


haney bahagian kacau bahan nak rendam roti. pukul pakai tangan jew sampai sebati.


kak ila bahagian potong roti dan susun dlm loyang.


aku bahagian buat sos kastard.

masing2 buat sambil tgk resepi. gilir2 haaa passing tab sbb nak tgk resepi. lawak betoi. tapi berkesan cara ni sbb kerja jadi cepat dan mudah.


dah siap bakaq kat umah kak ila sbb oven dia besaq. berangkutla segala loyang segala sos kastard tu haaa.

jangan tanya resepi kat aku sbb malasss sgt nak taip. kalau rajin gugel la sendiri. kat fb aku ada share. tapi kami buat tak ikut resepi sgt. resepi kata 10keping reti tapi kami hentam 2 bungkus roti sbb nak dapat banyak LOL. Maka dapatlah 2 loyang besaq + 1 loyang kecik kehhh!


puding ni blh je makan panas2 or bila sejuk. tapi aku of course suka panas2. ya rabbi nikmat sungguh! family aku pon kemain suka, siap boleh tapau bagi kaklong sbb banyak.

nak buat lagi lepas ni, entah bila. sbb aku bukan suka benda renyah2 ni. hewhew~

selamat mencuba uols!


Monday, August 17, 2015

KEK BATIK~

ASSALAMUALAIKUM...

memang dah lama teringin nak buat kek batik ni sebenarnya. bahan2 dari dlm pantang lagi dah siap, tapi tak buat2. minggu lepas la time nak buat susu bagi abang umar tido, tetiba rasa nak buat kek batik tu datang berkobar2.

terus je capai kuali, campak bahan2 yg diperlukan, kacau, siap! buat sambil ditemani abang umar :-)

memang buat hentam ja tak ikut sukatan. main tuang agak2 segala bahan. tapi hasilnya, much more better. or i can say the best! sebab yg kali ni memang sedap sangat. sampai abi request nak bawak pi opis hewhew~

cakap kat abi, mungkin sedap sbb kali ni buat dlm keadaan tenang sambil SENTIASA berzikir. sebelum ni buat kalut2 sambil tengok resepi. tak feel :-)

kali ni buat banyak, tapau untuk mak dan mak metua sekali. mak metua memang suka kek batik ni. 1 tupperware habes kat mak sorang je :D

Sunday, August 16, 2015

BANANA CHOCOLATE MILKSHAKE~

ASSALAMUALAIKUM...

sekarang ni waktu ptg adalah waktu melayan umar kalau dia tak tidoq. dan kalau adik tidoq, blh la umi layan abang lebih. mcm minggu lepas, tetiba dia mintak milo. padahal baru je lepas minum susu. umi tau, dia boring sebenarnya tu yg mintak bukan2. tetiba umi ada idea. instead of bagi milo baik bagi something yg interesting dan healthy kan. gituhhhh

tetiba teringat pisang yg mak metua bagi ritu. anak memamg suka pisang. umi pulak failed la kalau suruh makan pisang begitu saja.dah byk kali try makan, mmg telan tak lepas. tapi goreng pisang/cucoq kodok umi makan pulak. so to be fair kan, lets do something!    

hentam ja tgk barang apa ada, then hentam ikut suka. tadaaaa umi namakan dia BANANA CHOCOLATE MILKSHAKE. bahan2, pisang, milo ( kalau ada serbuk cocoa lagi best kot?), susu tepung full cream (blh guna apa2 susu termasuk susu cair) dan susu pekat secukup rasa. cara, blend ja semua bahan. kalau nak sejuk tambah ais dan blend. siappp!



kemain suka anak umi haaa! siap request nak gelas mcm umi. simple but boleh buat anak gembira dan sihat. pisang ni byk khasiat.

act umi penah tgk sblm ni menu kat RESTORAN KAPITAN ada banana chocolate blended. bila order dia cakap takdak. fine umi order chocolate blended plk dia kata takdak, yg chocolate2 smua takdak. deyyy anneyyy dah tu tak payah letak dlm menu la grrr!

dan susu pisang, umi tak penah dengar sampaila mama fana yg perkenalkan. sedap hoiii dia bagi! dah la jauh nak dapat. pastu baru2 ni tgk kat dreamon butik kat seberang jaya ada, terus umi borong. but at last umi rasa benda2 mcm ni blh ja buat sendiri kan? asalkan kita kreatif, apa pon blh jadi :-)


p/s : umi habaq update blog guna tab bkn sbb nak habaq beli tab baru, tapi nak habaq kata takdannn nak buka laptop skrg ni. grrrrrrr tauuu :p


Saturday, August 1, 2015

CUBAAN KELUAR RUMAH~

ASSALAMUALAIKUM...

Berpantang 44hari pon terasa umpama di penjara waktu, ewahhh! tu pon mujoq ada jugak keluar2 pi klinik pi raya pi shopping. kalau org dulu2 lagi laaa tak tgk bulan matahari langsung! maklumla umi ni kan dah besa merayau2 dgn anak, so bila kena 'kurung' tu rasa terseksa amat. anak pon turut merasa begitu nampaknya.

patutnya sabtu dah plan nak beraya sakan. eksaitednya umi tu mcm nak sambut 1 syawal. biaq pi la kan nak syok sorang2. punya eksaited sampai nak pi beli baju baru kat adik. abg tak payah, baju raya abang banyakkk sgt dah!


decide nak pi cs. ajak kak ila teman, yelaaa mana berani nak handle 2 anak kat public area sorang2 wehhh. ni pon kira trial dulu la kan. sebelum keluaq pon dah kelam kabut. belum biasa lagi kena siapkan 2 anak utk keluaq. dah tu asyik pikir nak bawak apa lagi (keperluan anak) bila keluaq. mcm nak balik kampung je gayanya padahal nak kluaq pi cs 5min ja dari umah wuuu!

target keluaq pi beli brg terus balik, sbb umi dah ada target baju apa nak beli. sekali pi baju tu dah habes hahaha padan muka! :(


so nak pusing2 cari baju yg berkenan mmg lambat la. kesian kat kak ila la, jenuhhh dukung adik. berat wehhh! dah la abang mcm biasa la lari2 dlm cs tu serupa rumah dia. perghhh. last2 umi tak beli apa pon. just beli baju utk anak hanim je.

then kak ila ajak pi sahabat on9 shop plk. takde dlm plan umi pon, tapi memandangkan awal lagi umi on je. kat sana sempat la direct bf kat adik jap. masuk manjaku kat sebelah, pon takdak yg berkenan. memula ingat nak masuk c-mart, tapi pikir punya pikir tak jadi la. takmau ambek risiko balik lambat or anak tantrum/letih/mengantuk.


ingat nak singgah pekena coq udang makjah, tak buka plk. so singgah beli kuih tepi jalan ja. maklumla,umi kan sentiasa lapaq! hoho

sampai umah dlm pkl6 gitu. lepas kak ila balik, umi tidokan anak2, sejam kemudian baru umi ti do sbb main criminal case haha! dlm pkl8.30 mcm tu bangun kemas dapoq sikit. abi sampai dlm pkl9++ gitu sbb ot.

kami makan nasi sama2, pastu keluaq pi makan sate sbb umi teringin. abang pon kebetulan tak makan lagi so abi suap abang, umi makan satay sambil riba adik. tengah makan ternampak menu Roti bakaq, terus order. hewhew. jangan marah ye, cover balik time pregnant tak lalu makan dulu haha!


dlm pkl12++ baru sudah makan dan pi umah mak. iron baju apa semua sesiap. pkl1.30 baru balik umah kami. umi mcm biasa la, baru tido sejam terjaga. pastu berjaga la sampai sekarang dah pkl6 huwaaaa! mcmana la nak beraya sakan esok ni kalau takdak tenaga??? uwaaaaa :(

konon nak keluaq awai pagi sbb banyak umah kami nak serbu nih. moga semua berjalan lancar. moga perjalanan kami utk mengeratkan silaturrahim dirahmati. aamiin

*update blog sambil riba anak sekarang ni. mujoq ada tab, blh la cuci sawang sikit kat blog ni. phewww~



HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...