CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 29, 2013

MELANCONG KE PULAU PINANG~

ASSALAMUALAIKUM...

Cuti deepavali, kitorang merancang nak pegi penang. Kekonon nak pegi moms care. Umi dpt baucer hari jadi, nak pegi tebus la. Umi dh suruh abi je yg tlg tebus, tp abi beriya nak bawak umi pegi penang jgk. Ok laaa mari kita jalan2. Setelah dibelek jadual, minggu ni je free utk kami bertiga. So mmg dh eksaited nak p. tetiba baru abi ingt, “eh minggu ni deeapavali la, jem. Kita pegi lain kali la”. Umi pon terpikir benda yg sama sbb thn lps masa deepavali pn umi pegi penang dgn myteam, gilaaa jem! Tp dah sbb umi dah eksaited, umi x kira umi nk pegi jugak! Abi mcm “alaa nak pegi jgk ke…” haha. Tp abi pesan siap dh kalo jem nanti jgn nak bebai2 kehkehkeh.


Hr jumaat tu lps abi blk keja baru kami pi umah abg kt penaga. Pkl7 lbh jgk baru bertolak. Sampai sana makan nasi kt sana. Mlm tu kebetulan final super spontan yg buat kt sp tu, sakan laaa kami dok gelak. Anak pon kemain la pak long mak long melayan dia. Suka la dia main kat tempat baru.



 Mlm tu umi tido lewat, mcm besa la xblh tido. Suka jee tenung anak dan abi tido. Sambil tgk tv sambil tampaq nyamuk utk kesayangan2 umi. Pkl4 ++ baru umi tido. Pg tu anak bgn dulu dr umi. Siap babai paklong dia pi keja, umi dok terbungkang lg. kemain diaaa blh plk pi ronda lg kan.


Umi pon konon nak keluaq awal pg ke penang, last2 pkl12 lbh baru keluaq. Yelaaa dok ralit lyn tv dulu. Anak pon siap tertido semula, bgn awal kan td. Elok kami nak keluaq elok anak pon bangun. Alhamdulillah perjalanan nak ke penang melalui jambatan idok leee jem pon. Sampai queensbay mall tu terus ke moms care. Belek punya belek x rasa nak beli apa pon lg. so abi soh survey dulu, nti dtg beli lg. yeayyyy!



 Umi Cuma beli food container yg super comellls je. Pastu pegi daiso. Umi ni dah kemaruk sgt nk pegi daiso kahkah kesian! Xde beli apa sgt pon, just survey brg2 umah. Byk sgt brg umah yg comel2, tp x beli lg sbb nak masuk umah nti baru beli.


Then abi pi surau, umi tunggu kt luaq. Anak lena. Hai laaa anak. Pastu xtau nak pi mana dah. Alaaa qbay tu apa je yg adaaa. Utk shoping blh la. So berhenti camwhore jap sambil bincang nak mkn apa LOL. Umi rasa better makan kat kapitan. Setakat kedai dlm qbay tu kat mall2 sp pon ade. Kata mai penang kannn mesti la pekena nasik kandaq baq hang!



 Sebelum mai lg umi dah survey nasi kandaq line clear or beratur. Tp memandangkan umi dah lapaq sgt, dan nak mudah, better pi kapitan je. Pkl3 dah oi mestila lapaq. Sebelum keluaq dr qbay tu sempat beratoq panjang semata2 nak dapatkan belon dr clown. Bila ada yg mai sembang kami ckp ni haa anak x pdn dgn kecik nak belon. Padahal kami yg eksaited kahkah!


Mcm besa, claypot briyani chicken laaa pilihan kami. Hai dah mcm xde menu lain kan hahaha! Kemain dedua lapaq, tinggal anak dlm stroller sambil kami dedua makan xnak gili2 dah. Tp anak pon dengki kan xnak bg kerjasama, kejap je dok dlm stroller pastu nanges. So abi jaga anak umi terus makan dgn lahapnya. Tiba giliran abi makan, dia siap tambah2 lg. coihhh!


Pastu, ingatkan nak blk terus. Odw balik tu abi ckp dia nak tunjuk satu tempat best, dah lama dia teringin nak bawak umi. Umi pon xtau apa nama tempat ni tp layan jgk la, best! Duduk sembang tepi pantai tu mmg layan habes. Dpn tu mcm ada mall baru nak bukak. Tgk banner tulis maritim plaza. Xpe nanti dh launched kite dtg lg tgk tempat ni utk org kaya mcm paragon mall x haha.



Sebelum meneruskan perjalanan abi bawak pusing2 tgk design2 umah kat situ sambil sembang2. Kami laki bini mmg mcm ni, suka bersembang mcm2. Perjalanan diteruskan ke padang kota lama. Masa ni agak jem sikit mungkin sbb dh ptg kan.



Kat pdg kota alhamdulillah rezeki kami senang dpt parking even org ramai. Yg best xdak mangkok ayon yg mai dok mintak duit parking, sbb ada penguatkuasa dok jaga. Sementara abi pi surau umi suapkan anak makan kt tepi2 pantai tu. Layaaan! Abi beli milo ais pon lama gila, org ramai katanya. Yg lawaknya abi ckp kedai yg mr. arrogant berlakon tu penuhhhh manusia! Hahaha spesis terpengaruh dgn tv heeee. Umi pon mujoq org ramai ja, kalo tidak ntah serbu jgk kahkah!



 X blh nak lama2 kt pdg kota tu sbb nak blk awal takut jem dkt feri. Kami duduk santai2 je sambil tgk gelagat manusia. Padahal org ramai yg tgk gelagat anak kami. Dah la pakai baju rimau pastu dok buat happy terlebih dok jerit2. Org semua pakat tgk dia. Masa kami tolak dia dlm stroller pon org tgk dok senyum2, sampai abi malu. Coihhh


Masa naik feri kemainnn anak feeling2. Mcm besa la sebenarnya umi abi yg over eksaited. Anak rilek jeee menghayati keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah. Masa kt feri pon org dok tegur2 baby tigger ni, pandai dia buat muka bg org geram kt dia. jenuh umi abi bwk ‘lari’ takut org mintak nak dukung dia haha!


Alhamdulillah perjalanan kami hari tu dipermudahkan. masa berharga bersama kesayangan tak ternilai harganya. semoga Allah terus memelihara ikatan ini. semoga kita semua kekal berbahagia.



umi, mmg jenis x kesah dibawak berjalan ke mana pon. even sekadar lepak2 makan cendol, asalkan bersama kesayangan dah cukup bahagia buat umi. melihat senyuman anak gelak tawa anak, hilang segala masalah dunia.



dan entah kenapa umi suka penang. mungkin sebab dekat, dan byk tempat blh explore. yg penting ada pantai. blh hirup2 angin pantai. haaa gituuu. ni pon kami sekadar jalan saja2 je, blm explore penang betol2 lg. apa pon tq abi. even penat, sanggup korbankan hari cuti utk bawa anak jalan2.


Thursday, December 26, 2013

HECTIC MONTH~

ASSALAMUALAIKUM...

bulan ni sgt mencabar
semua serba kalut
unplanned
musim kenduri tu satu hal lah kan
musim cuti sekolah ni la pakat berebut nak kawen
setiap minggu dok atoq jadual pi kenduri
pi kenduri pon letih tau
bln ni la jugak bang pit & anak2 blk dr sabah
pastu pakat kena blk kampung ramai2
pastu tetiba nak buat kenduri
tetiba la plk abg2 ipaq pakat nak nikah
dan tetiba ayah nak buat kenduri bln ni jgk
ina & kak ila tetiba blk kali ni nak pi jalan2
bang pit tetiba bawak pi makan kat kuala perlis
anak pon kebetulan x sihat

haih la
rasa mcm robot
setiap detik berlalu rasa mcm feeling apa ntah
haha
penat bila pikir kena buat itu kena pi situ
harap disember cepat berlalu
agar dpt tutup buku secepat mungkin
agar kita dpt berehat dan bertenang sebelum 2013 melabuhkan tirai
atau mungkin kita 'sambut' 2014 dgn ketenangan

i need peace

and i love peoples around me

Tuesday, December 24, 2013

MELANCONG KE ALOR SETAR~

ASSALAMUALAIKUM...

4/10/2013 - blk merbok hari jumaat. Lps abi blk keja, lps maghrib trs gerak. Sampai sana, kakcik sekeluarga dah sampai. Stgh jam kemudian bangmet plk sampai. Wahhh meriahla! masa kami sampai depa tgh bbincang ttg xtvt nk meronda esoknya. Demmm! umi mana bwk baju nak jalan2!!! :(
masa sampai tu terus bg umarfaiq mkn. Kemainnn suka sgt dia sampai terjerit2! lastu baru tkr baju dia. Mlm tu umarfaiq tido lewat lg. Nak main dgn umi, nk sembang dgn umi. Ntah bila kami terlelap pn xtaula, tp yg pasti pkl2++

~ pemandangan MASJID BUKHARI ~
5/10/2013 - esok tu konon nK keluaq pkl10.30, at last pkl12++ baru keluaq dr umah. Umarfaiq pn x bawak baju jalan2, pakai jela seadanya. Sampai loqstaq, mkn kat tat nasi ayam. Dh lama x mkn kt sini,sjk dgr khabar angin psl kedai ni dulu. Pastu singgah solat kt masjid bukhari. 3thn lbh ddk loqstaq, x penah mai masjid ni huhu...kesian! dlm pkl3.30 jgk baru blh gerak ke muzium padi. 


Memandangkan masa dh suntuk, kami pusing2 kt tgkt atas je. Rugiii sgt byq tiket rm5 tp x pusing habes! dulu masa kmi mai tiket cuma rm2 ja, skrg dh mahal wuuuu. Pastu skrg ada khidmat photoG kt atas ni. Kalo nak ambek gmbaq byr rm10 dpt gambar & kalendar. memula photoG tanya kami nk ambek gmbaq ke x, kemain blagak ckp xnak. Dia tnya kt kakcik, pon ckp xnak. Tetiba bangteh yg nak! Katanya bkn senang kmi nk kluaq ramai2 mcm ni. 


PhotoG ni agak pro bg kami sbb dia pandai tarik perhatian umarfaiq bg senyum. Kami dia suruh menten senyum, biaq dy yg agah umarfaiq. Dan hasilnya mmg anak umi senyum sakan. Good job! dah tu dy bkn main print sebarangan ja, dia snap byk2 bg kami pilih, kalo x puas hati dy snap lg. Bila tgk gambaq tu cantik, kakcik plk tringin nk ada 1 letak kt umah dia. Pastu abi tengok umi dgn umarfaiq senyum cantek abi plk tringin nk letak kt umah kami. Hasilnyaaa, 3keping la kami beli!


Tapi syg laaa kmi x round abes pn muzium padi ni sbb masa dh suntuk nk ke pusat sains plk. Pusat sains ni masuk percuma ok. Yg ni pon umi dh besa mai hehehe. Umi mmg suka tempat2 mcm ni. Anak bg ke bgmet la bgteh la, umi abi gila dok melayan benda2 sains dlm tu. Kt sini pon xdan main habes sbb kmi rushing. Lgpon tutup pkl5, kmi masuk pn dh pkl4.30++ huhu.

~ testing kanta ok, bkn selfie depan cermin LOL ~
Lps tu singgah solat kt masjid sultanah. Umi pn xtau masjid tu katna,nama jaaa dok loqstaq 3thn lbh huhu. Ingatkan nak blk trs, tp pakteh ajak minum2 dulu. Org lain mkn kuih ATAU nasi lemak je, umi makan kuih DAN nasi lemak LOL! sampai umah pn dh maghrib. 

~ masuk adalah PERCUMA ~
Planning mlm tu nk keluaq makan ramai2, tp memandangkan mak sakit kaki & uwais pon demam so bgmet tapau jela mkn ramai2 kt umah wuuuu. Umarfaiq mlm tu acah2 je lena. Umi baru nk dating2 dgn abi, teman abi buat keja, dia pon jaga la. Haishhh! Last2, mcm besa tido lewat jgk!

~ simple OOTD ~
Alhamdulillah walaupon cuma pegi alor setar tapi tetap terasa nikmat sbb bkn senang nak kumpul ramai2 mcm ni. asalnya bangmet ajak ke cameron, tp aku rasa x baloi nak pegi sehari je. hazuan cadang ke perlis, tp aku rasa mcm jauh je. even mak pon rasa mcm x larat nak jln jejauh. at last suami cadang ke alor setar saja. jenis aku, mmg x kesah pegi muzium ke zoo ke hatta library sekalipon aku enjoy je asalkan masa tu dihabiskan bersama keluarga. masa yg sgt berharga bg aku! 

so, kau org KEDAH, dah pegi keeee tempat ni? =p


Wednesday, December 18, 2013

MUF - 8 BULAN

ASSALAMUALAIKUM...

15/12/13 - Genap la umur mujahid kami 8bulan. subhanallah cepatnya masa berlalu. x sedaq yg anak umi ni dh besaq. dah 8bln jgk umarfaiq minum susu umi. alhamdulillah masih diberi rezeki utk bg susu yg terbaik buat anak.


perkembangan anak, masih sama. blh merayap ke sana ke mari. meniarap kemain cepat. tp sampai skrg x blh merangkak lg. x blh duduk lg. xde gigi lg. its ok sayang. umi x kesah pon. umi terlalu sibuk melayan karenah comel awak, sibuk menikmati gelak tawa awak. sbb tu umi xde masa nak pikir kenapa awak masih x blh itu x blh ini.


buat apa la umi nak serabut pikir benda yg awak x blh buat sedangkan hakikatnya macam2 benda lain yg awak blh buat yg sgt2 membahagiakan umi. umi just enjoy apa yg awak 'bagi', x jemu menghabiskan masa dgn awak sbb setiap masa ada saja kelaku awak yg buat umi bahagia.


kalo ada mak-mak yg jenis suka banding2, kau persyaitonkan aja. eh anak kau x blh itu lg? anak aku dh pandai ini ini. pergi M je kalo ada mak-mak jns ni. kalo tnya sekadar bertanya x salah, tp x perlu nak banding2. sbb perkembangan anak ni berbeza. atau kalo perlu jawab je "lantak lerrr itu anak ngko. bkn aku yg kena jaga anak ngko hewhewhew"

~ cubaan memasukkan password ke netbook maksu ~
di usia ini, umarfaiq tersangatla aktif. penat umi dibuatnya. dia dh mula nak explore lebih2 haha. byk dah tempat yg jd fevret dia utk selongkaq. dan yg plg best dh pandai ligan umi. kalo umi bgn pegi dapoq, kejap je dia dh ligan separuh jln. sebabnya, dia punya speed merayap tu dh upgrade umi tgk, laju sgt. sama taraf dgn merangkak dah. pastu kdg2 kejap je tgk dia dh kt pintu umah. haishh! fasa ni, baju cepat sgt kotoq. wuuu~


dulu pandai belek2 je muka umi tp skrg dah explore muka umi habis2an. dia korek mata, tarik mulut umi, kdg2 jari halus tu sedap jeee masuk dlm lobang idong umi. amboiii! bila dia blh kelebek muka umi kemain teruja lg dia sampai terjerit2. sebenarnya semua org dia suka kelebek tp umi jeee rela diperlakukan demikian. abi pon xmau anak belek muka dia. penah suatu mlm abi terpaksa lari sbb anak ligan abi sambil jerit2 sbb nak belek muka abi haha

~ gedik ~
kalo dulu umarfaiq pandai geleng kepala saja2 je, tp skrg dia btl2 maksudkannya. cth kalo kita bg apa2 yg dia x mau, dia akan geleng laju2. kalo dia dah xmau makan pon akan geleng. or kalo dia tgh xde mood xmau kat sapa2, dia akan geleng kepala lelaju. omeyyy! pastu dah pandai 'mengadu' kat umi kalau ada org 'marah' dia. dah pandai 'rabat' umi, nak manja2. alahaiiii anak camno nak bg adik niiii ehhhh


semakin hari anak semakin aktif. semakin byk akai. semakin byk karenah. semakin kuat membebel. semakin manja. semakin menghiburkan. semakin membahagiakan. semoga Allah terus memelihara awak.

Monday, December 16, 2013

BABIES KBU

ASSALAMUALAIKUM...

berikut adalah senarai baby kbu mengikut umur berdasarkan pemerhatian umi

1. wildan hakimi
2. syabil iman
3. MUHAMMAD UMAR FAIQ (kenapa mesti capslock?)
4. fateh uwais
5. annur khalisa
6. aqil najmi


coming soon, baby of :

ezmaliza
tatia
syahada fouzi
fadil penyu


ada lg x yg tertinggal? betul x susunan tu? btw anak kak shida anwar umi x kira yeee sbb dh out of kategori BABY kehkehkeh! *larikkklelaju*

dan baru2 ni walimah naqiah umarfaiq sempat le bertemu dgn wildan hakimi & fateh uwais. hakimi dh jumpa beberapa kali b4 ni.


umi dr dulu lg gewwam sgt dgn hakimi ni sbb badan dia mmg bersemangat. sumpah rasa nak geget! bila kecik bulat kemain comel. skrg bila dh 'besar' sikit makin tampan plk umi tgk. sasa ala2 aaron aziz. makin putih plk tu. eeeee comel! paha & tangan dia berketul2. dh la hensem! tp yg x best nya bila dh besaq ni dh x mau kt org. hakak juicy nak dukung pn dia dh xmau skrg. amboiii dia eksyen nooo! yg best masa nak ambek gmbaq dgn umarfaiq, hakimi mcm takut2 je dgn anak umi ni. dia dok ushaaa je, kekonon "kau pehal?" haha. yela umarfaiq ni kan mcm umi dia agresif semacam je. sampai hakimi 'takut' dgn dia. so gambar mmg out hahahaha!


si fateh uwais ni umi tgk dlm gambaq mcm bulat debab je. tp bila jumpa depan2 x la 'sebesar' yg umi sangka. masih di porpotion yg btl huhu. cuma pipi dia mmg pau (ummi dia yg ckp), kena tambah inti je baru lazat nak geget2 hiiii. masa nk ambek gambaq sesama si fateh uwais ni ilekkk cool je, yg umarfaiq dh mula kelupoq sbb ngantuk. haishhh pon sama mcm hakimi, gambaq x berapa nk cantek, byk gegaq ja haha.
kesimpulannya, setakat ni baby kbu mmg majoriti besaq adalah boboi. blh geng ni hoi! hopefully dpt la jumpa semua babies ni nanti. syabil iman hakak juicy jumpa masa dlm perut jewww dulu!

Wednesday, December 11, 2013

B2B - EDISI SHOPPING

ASSALAMUALAIKUM

2 JUN 2012 – antara hari yg mendebarkan jugak. Debar jadahnya padahal nak pi shopping ja pon coihhh! Hahaha. Tapi kali ni nak pi shopping betul2, mcm2 nak kena beli, haaa gitu. Memula skali makan kat medan taman ria. Kmi keluaq pn dh lewat sbnrnya tu yg pi mkn dulu. Pastu pi fitting baju utk walimah belah laki. Rasanya semua ok, xdak apa dah nak ubah sbb baju tu pon mmg saiz kami. Dan jgk nak bayaq deposit. Hari tu booking harga murah bayaq rm50 sajo, kali ni mai bayaq rm200 plk.


Dlm pkl3 ++ pegi hasani cari Al-quran utk hantaran. Dah alang2 masuk kedai buku, kata ulat buku, sempat la pau abg tunang iteww beberapa buah novel hakhakhak. Apa aku pegang semua dia ckp ambek je. Last2 bayaq rm100 lebih wuuu.


Pastu dlm pkl4 pi WS Handicraft beli brg2 utk hantaran. Act brg2 utk hantaran ni 10x pegi pon x sudah2 jgk beli. Bila masuk kedai tu ada jeee yg nak dibelinya hoho. Pastu ke CS utk beli cincin. Kisah cincin nanti kalo rajin aku cerita. Utk kenangan masa hadapan la katakawww.



Masa jln2 kt cs u ternampak kedai langsir ni ada jual cadar murah! Kalo cadar yg mcm dlm gmbr ni mmg murah tp ada bunga seketoi plk atas tu so mcm x sesuai nak pakai tido hari2. Aku kalo blh cadar pengantin ni nk yg blh pakai hari2, xdela membazir beli semata2 nk nikah hekhekhek.



So aku plh cadar yg haraga RM188, TAPI ada free karpet bulu2 idaman aku tu dan free plk brg yg bernilai rm20. Ambekla brg apa pn asalkan rm20, so aku plh kotak yg blh buat kerusi tu. Satu rm10, so aku ambek 2, bg ke mak metua 1 hehehe. Karpet aku pilih kaler hijau. Mmg aku berkenan saaaangat sbb nampak mcm padang bola uols! Cadar aku pilih kaler maroon, tp sayangnya xde stok. So tpaksa mai ambek semula di lain hari. Dah alang2 di kedai tu so aku pilih plk langsir utk kenduri sebelah suami. Kan bakal mak itew dh suruh iteww beli langsir. Mak bg duit tp bakal menantu ni kan tgh semangat so bakal menantu belanje hewhewhew.


Lps tu ke bank utk keluarkan duit. Sambil2 tu singgah beli sarung kaki. Kemain nak nikah ni sarung kaki pon nak baru huhuhu. Lps tu kan dah lewat, singgah solat asar kt masjid taman patani jaya, masa tu asar pon dh di hujung2 waktu. Family aku semua xde sebenarnya, depa blk kampung. Entah dr mana kekuatan, kami buat keputusan DRASTIK utk blk kampung jgk. Maka abg tunang pon hantar laa itew blk kampung kt pendang nun. Jauh jgk la sbb masing2 dh penat so terasa la jgk perjalanan tu. Masa kami sampai tu semua tgh bersembang kt luaq tp abg tunang x join pn. Just kenal2 dgn sedara gitu2 ja, lps tu dia pi umah lan. Makan nasi kat sana. Teruja mak lan dpt tetamu malam2 siap request suruh masak sambal ikan bilis amboiii! Lps tu dia blk ke sp semula, kesiaaaaan sgt kt abg tunang itew tau! Mmg penat la hari tu. Dah la penat duit plk byk habes berganda2la penat tu hahaha! Aku plk, tido kt kampung dgn family.


So walaupon hari ni kekonon shopping gila2 tak bermakna semua dh setel tau. Sbb lps tu baru prasan itu xde ini xde. Bila nak kawen ni, shopping ni adalah AKTIVITI HARIAN tahu! Hari2 ada je benda kau kena beli. sobbbsss

Tuesday, December 10, 2013

MUF - KELUAQ RUMAH

ASSALAMUALAIKUM...

anak umi ni sangat suka keluaq rumah. maktok & maksu la ni dok ajaq huuu. masa umi pi keja dlu kalo pkl3 camtu anak bangun tido maktok akan dukung duduk kt luaq kt bwh pokok tu. kalo ptg2 dukung ronda2 or x pon lepak dpn umah. ambek angin katanya. so dh dr kecik terbiasa mcm tu, dgn umi pn anak merap benda yg sama. bila sampai 'waktu'dia akan nanges minta didukung ke luaq. bila bwk keluaq ok la dia.

mlm2 kalo maksu keluaq dia nanges2 nk ikut. dpt duduk luaq, ok la mood dia. ngantuk pn xpa asalkan dok luaq. kalo dia dok main2 kt ruang tamu, tetiba org lalu keluaq, mesti dia toleh lelaju pastu minta didukung. kdg2 kalo org x ambek mmg dia nanges. sampai umi larang org dlm umah ni lalu pi mai pi mai dlm umah dpn dia hahaha! lagi 1 dia suka org berdiri. kalo org berdiri, sua tgn nak ambek dia mmg dia kelupoq nak pi, sbb dia igt org nk bwk keluaq. kalo org duduk, mmg dia xkan mau, termasuk umi -.-

kalo x keluaq pon, dia suka tgk luaq. masa umur 4-5bln dulu kalo tym lepak2 tghari kt ruang tamu, ada ketika dia akan baring sambil tenung je ke luaq umah. mcm dok berkhayal pn ada hehehe. pastu dia suka sgt dok tepi tingkap dan perhati ke luaq. x dpt keluaq dpt tgk pn jd agaknya ye anak.

Sunday, December 8, 2013

MC UNTUK MAK-MAK

ASSALAMUALAIKUM...

kalau aku doktor kan...aku rasa aku akan bg mc utk mak-mak yg anak demam. hahaha! bkn apa, anak kalau demam mmg manja sgt. mmg nak perhatian kita. nak menempek dkt mak dia. nak berdakap berpeluk dgn mak. mak aku pon ckp, sepanjang mak aku mengasuh, mmg mak2 akan ambek cuti kalau anak depa demam.

so kalau aku doktor, mmg aku akan bg mc utk mak2. xtau la menyalahi undang2 ke x. aku just berangan je nih haha. berangan bg kebajikan mak2 hehe. kesian la dh la anak demam nk kena ambek cuti plk. itu kalo dpt bos yg paham. kalo bos x paham??? bg mc senang. adil. mak adalah 'nyawa'anak. anak sakit, bg la mc bg pihak kehkehkeh.

just saying! :)

MUSIM DEMAM

ASSALAMUALAIKUM...

hari tu anak demam. elok anak lega, umi plk yg demam. wuuuu. seksanya bila kita yg demam, sbb x larat nak layan anak huuu. khamis mlm tu tpaksa keluaq sbb nak jumpa lan. sblm tu singgah courts memot usha2 brg umah. pastu singgah mkn kt kedai pakdin, lan belanja. lps lunch siang tu anak langsung x tido. mlm keluaq plk. maka masa dlm keta dia blh lena sambil duduk sambil pegang bola atas riba lan!

mlm tu sblm tido abi belikan 100+ sbb umi blm rasa perlu mkn ubat. alhamdulillah mlm tu anak baik je dia. dia main2 semboq ayaqlioq sorang2 dia, x kacau umi pn. dia main sorang2 sampai letih, bg susu terus.lena. thank u anak! pg esoknya bangun, umi mmg lemah. x blh angkat kepala. anak jaga pn umi x blh buat apa2. maktok dgn abi yg gilir2 jaga. abi pn p keja lewat hari ni. memula abi bwk anak ikut pi beli  sarapan utk umi, sbb xnak bg anak kacau umi rehat. pastu abi basuh poo poo anak sesiap, tukaq pampers. pastu teman umi sarapan, mkn ubat. pkl9.30 baru abi sampai opis. to be honest, lps abi teman umi terus rasa better dr sebelum tu.

tp lps tu umi lbh byk baring. anak pon maksu yg tlg jaga, tlg masak bubur dan suap anak. umi x larat nak angkat kepala. mlm tu abi blk lewat plk. hmmm. tp abi bawak balik bakso utk umi yeayyy! dan baju baru utk anak serta jam spiderman dr uncle pali. yeayyy kuasa dua! thank you uncle yg nak kawen tuuu. mlm tu umi langsung xdpt tido so umi basuh baju 3 round. yelaa demam2 pn umi tetap kena buat keja. ptg tu sempat curi2 lipat baju. sbb kalo umi xbuat nt abi yg akan buat dulu. cuma pg tu lps subuh umi tido abi yg jemur baju, jaga anak. siap bg makan anak lg, cuma bubur maksu yg tlg buat. mmg umi blh tido dgn aman. pkl11.30 abi bwk anak masuk bilik sbb anak dh ngantuk sesangat. at last 3 beranak tido kahkah

pkl12.30 arini call ckp dia tggu dpn 7e. omaiiii umi x larat sesangat. tpaksa ckp x jd pegi. x sempat bgtau depa sbb tertido trus lps subuh. rasa bersalah sgt! kami janji nk roadtour pegi walimah sama2. sbb ada 3 kenduri smkab hr tu. umi x brani p sbb kenduri sampai ke baling nu haa, so umi takut umi flat nt abi xde. abi pn x 'lepas' umi p jauh2 kalo x sihat. hmmm... umi dh siap kek batik dlm bekas nk bg kt depa. sory guysss! :(

umi cuma pegi kenduri umah makngah. yela dh la sedara, lgpn dkt je so gagah jgk la pegi. mlm tu abi pegi kuliah ustaz harun din. umi mmg x larat mujoq la anak baik jee x kacau umi. pkl10.30 kami sama2 ttido dpn tv. pkl11 abi blk bwk makanan utk umi. dan umi request milo panas air tgn abi. hr ni plk abi blk merbok. umi plk pening2 ala2 pitam gitu. anak ok je tp batuk2. hmmm... xbestnyaaa abi xdak. kejap lg kalo larat nak lipat baju -.-

Friday, December 6, 2013

RESEPI KEK BATIK SEXY JUICY

ASSALAMUALAIKUM..

memandangkan umi x bekerja, so semangat nk tunjuk bakat kt ahli keluarga. contoh mcm buat kek ka aiskrim ka apa je. tringin nk buat apple crumble tp kena bakaq. umi xnak buat benda yg bakaq2 sbb malas nak keluarkan oven. so gugel2 la resepi apa2 yg tak perlu guna oven. nak yg simple2 ja. maka terjumpa lah resepi kek batik by cik epal. umi mmg berkenan laa resepi2 dr cik epal ni sbb kebanyakannya mudah dan simple jaaa.


so here we go, bahan2 nya spt di atas sajo. tp umi xdela ikut sukatan btl2. umi x guna buttercup, guna marjerin biasa sajo. so men agak2 je picit. milo pon umi letak lbh krg 1 cawan. susu umj terlajak sampai 1/2 tin lbh kahkahkah. biskut marie tu x la habes sepaket tu, ada lbh sikit2. umi tersilap beli biskut marie tu. yakinnnn je ambek yg original rupa2nya terambek yg perisa cappucino. haaa x mengalah kau!
caranya senang jeeee. kalo ikut cik epal dia gaulkan semua serentak. tp umi takut berketul so umi cairkan marjerin seri pelangi dulu pastu baru masukkan susu, kacau2 baru masuk milo. pastu kacau sampai buih meletop2 sket, masukkan biskut marie yg tlh dipatah2kan. kacau sampai semua roti bermandikan cokelat pastu padam api.


pastu masukkan dlm loyang then tekan2 sket. umi tgk mcm "ehh yeke ni kek batik? xde rupa kek ponnn". so umi ulang blk apa yg umi buat td. i mean, kacau marjerin, susu dan milo dlm kuali tp dlm kuantiti yg SEDIKIT sahaja pastu umi simbah atas loyang tadi bg rata. haaaa baru la nampak sexy sikit kahkahkah!


biarkan sejuk dulu pastu baru masukkan dlm peti. umi beriya buat sebenarnya sbb nak bg kat mak metua. isnin mlm tu abi nak blk merbok so umi bekalkan utk mak metua hampir separuh loyang huhu. konon tunjuk hebat la kan. padahal abi kata maneh gilaaa. umi plk makan sekali geget ja trus saket gigi sampai skrg haha. umi rasa even maneh skalipon still sedap gila sbb biskut marie td kan perasa cappucino so mcm balance plk rasa. apa pn kek batik umi ttp mendapat sambutan hangat. pasti akan buat lg!


B2B - EDISI HIV TEST

ASSALAMUALAIKUM...

antara benda PENTING utk bakal pengantin sekalian. aku mmg runsing betoi pasal ni. yela cuti aku kena jimat. cuti kerap nanti org bising. aku cuti sama dgn klinik cuti. so aku decide nk buat hiv test kt klinik di penang. aku x ingt aku p 2 ke 3x  ntah klinik mak mandin nun, tmpt kaklong aku keja. memula p sorang, org klinik ckp kna ambek borang dlu. pastu p plk dgn abg tunang iteww, pon x blh buat. rupa2nya kalo nk kawen kt kedah kena buat hiv test kat kedah jgk. JAHANAM! ini namanya silly mistake. mana aku tau sobbbsss. kesian abg tunang iteww siap ambek halfday lg.

so aku decide pegi klinik merbok sbb kwn bakal mak itew nurse kt sana, senang. dia ckp hiv test kna mai ptg. peringatan ye, pada aku better kau call dlu klinik yg kau nk p tu sbb xsmua klinik sama. mksd aku ada klinik yg blh buat hiv test tym PAGI shj, ada yg PETANG shj dan ada jgk klinik yg available ja bila2 pn. so utk selamat, call dulu. mcm aku, dh serik pi sampai penang 2-3x pdhal xblh buat pn so aku rela pi klinik merbok. even jauh, itu better dr pegi klinik dekat tp x sure bila timing utk hiv test.

30 APRIL 2012 - pagi tu aku pi MPSPK, pastu bahagian lanskap. pastu lunch sorang2 kt kfc. saja malas blk umah. lps waktu lunch p bomba plk. saja buat mcm tu spya x rasa bersalah sgt xmau blk opis kahkahkah. sapa soh tarik cuti aku tanpa alasan BIJAK, so aku tpaksa la membijakkan diri sendiri. lps settle urusan shoot p merbok. sblm tu singgah beli buah tgn utk bakal mak. best gilaaa mai sini sbb x ramai org, sat ja urusan. tp yg tak best sbb kantoi. rupanya kak kiah (bini abg bry) yg bertugas tym tu. kantoi laaa iteww nak tawen huhuhu. lps setel urusan singgah umah bakal mak kejap. yela mmg x elok mai umah tunang selagi x sah bernikah, tp lg x best rasanya kalo x singgah sdgkan bakal mak itew tau itew mai merbok. so singgah la kejap. lgpon kak ana balik so nice la blh melawat depa. tp aku mmg singgah kejap sgt2.nebes oi.

dan si suami plk, dia buat hiv test sampai ke klinik SIK nun. haaaa lg jauh! sbb kwn dia MA kat sana. dia cuti ahad so xde masalah nk buat bila pon. tp x sngka sampai ke sana dia p semata2 nk buat hiv test. alasan dia sama mcm aku, malas ambek risiko, malas nak call2 klinik bagai. pegi je tempat yg dia yakin!
aku ni kan tak penah dok cucuk2 bagai ni, masa nk buat tu dia punya debar tu kemain. overrr sgt sampai gigil2 puiii! pastu masa nurse nak cucuk kemain pejam mata. pd aku mcm sakit gilaaa hahaha. pastu buat jakun plk, "rasa mcm depa stapler tangan"


Thursday, December 5, 2013

ANAK SELSEMA~

ASSALAMUALAIKUM...

selasa, abi blk lewat sbb pali belanja makan nasi kandaq. umi baru nk tunjuk rajin nak buat nasi grg ke bihun grg ke. huhu..dah abi mkn kt luaq abi tapau utk umi skali. umi order benda simple2 murah2 ja spt mee grg ke apa. skali abi bwk blk nasi briyani kapitan daaa. meloncat la umi. umi kata lain kali bli yg murah2 simple2 ja. abi ckp "td pali tanya umarfaiq dh brapa bln, abi jwb 7bln. maknanya dh 7bln umarfaiq minum susu umi"

ok umi faham. tp umi x kesah pn sbnrnya. itu rezeki umarfaiq, umi tlg suap je huhu. apa pn tq abi sbb sentiasa sokong penyusuan susu ibu. sokong bkn hanya di mulut, tp dgn pelbagai cara. very good!
dan kelmarin sbnrnya anak mcm berhingus sket. cuaca plk hjn sepanjang hari. so mlm tu badan anak panas. ptt la anak keja tido je. kelmarin pkl2 ptg baru bgn tido, pastu pkl4 tido 2jam. pkl8 tido lg 2jam. mmg lama. rupanya anak x larat. main pn x bermaya je. asyik nak nanges mintak perhatian.


mai tgh mlm mula la panas btl2 badan dia. umi tau umarfaiq ni jns kalo demam mesti malam2 je panas. anak umi ni kuat, jaaaarang sgt nk demam ni (alhamdulillah) mgkn sbb minum susu umi jgk. memula umi check suhu 36.4 pastu pkl2 pg umi check naik 37.3 plk. haishh. umi decide nak berjaga spnjg mlm, standby kot2 anak perlukan umi. kesian sgt tgk anak mcm ssh nak tido. dia dh lena tp kejap2 jaga, mgkn sbb xselesa. kesian sgt2! abi pn main dgn dia sampai pkl3 baru tido. layan dia yg mintak perhatian lbh. lps umi tido mmg umi sentiasa ada di sisi dia. dia tido kejap je pastu nanges, umi bg susu tido blk. xsampai 15min nanges lg. tp lps pkl4 dia dh mula tido lama sket. ada la sesekali ja meragam. gitu la ragamnya kalo anak demam.

xpe nak, umi rela bersengkang mata utk awak. tiba2 umi rasa poyo jaa sbb dh resign haha.
pg esoknya umi buatkan kuah sardin utk dicicah dgn roti canai. mujoq sedap, blh la abi makan (abi xsuka sardin). lps abi p keja umi cuba tidokan anak dlm buaian tp dy merengek, x selesa nk tido. umi dh laaa ngantuk gila. at last umi dakap dia, sama2 terlena ats toto. pkl1.30 baru bgn tido kahkahkah.
pastu bg mkn mcm besa & mandi. umi kena layan dia lebih. dia xmau main, xmau ddk bawah. kena manjakan dia selalu. kesiannn sgt tgk muka anak. nampak letih dan x larat nak main. so umi tidokan dia dlm buaian, tp tangan umi kna sentiasa dodoi diA. kalo lps tgn dia nanges -.-


x pdn dgn demam, ttp nak meronda ptg dgn abi coihhh. mlm, kdaan anak still x berubah, masih demam. dia mmg x larat nak main mcm slalu. memula umi dakap dia sampai ttido ats toto. tp lps tu dia x tahan bising umi masukkan dlm buaian. lama gila dia lena, dr pkl8.30 - 11 mlm huhu. pkl12 umi abi sebok mkn fries dia pn mkn jgk snek dia, habes sebungkus. pastu umi abi layan hindusetan, dia main sorang2 dia. main dia tu maksudnya punggah bakul diA la sampai dh habes brg dia punggah baru dia nanges. gud la anak umi bg chance umi rehat.

pastu umi cuba tidokan dia. nampak dia mcm ssh nak lena sbb demam tu. mcm smalam jgk, dia tido kejap je pastu jaga. sampai pkl3 baru dia start tido btl2. alhamdulillah umi dpt la lelap kejap fuhhh! pg tu buat nasi grg utk abi, anak maktok bwk ambek angin. alhamdulillah pg tu nampak anak mcm dh sihat sket bbanding sblm ni. panas dh krg, hingus dh krg. cuma, umi plk yg tetiba demam. xpe, mgkn doa umi utk pindahkan sakit anak ke umi termakbul.

maktok kata umarfaiq ni demam nk blh akai. sbb tetiba dh pandai demand kt maktok. dh pandai buat sebek kt maktok. dah pandai nak bebai. nanges sungguh2 mcm sedih sgt. amboiii akai panjang no!

Wednesday, December 4, 2013

MUF - RONDA

ASSALAMUALAIKUM...

tabiat anak sejak dua tiga menjak ni, ronda ptg2 naik moto. dah jd habit ptg2 abi blk keja wajib bawak anak ronda dulu. kalo dulu umi kena pegang anak kt blakang, skrg kemainnn dh berlagak nak berdiri kt depan. padahal bkn kuat lg nak berdiri lama2, tp dia pulun tahan nak berdiri jgk. so abi pon tetap standby, pegang dia jgk. best sgt tgk reaksi anak bila ronda, kemainnn dia menjerit2 tanda suka.

bila nampak moto abi blk ptg2 dia tau dah mesti nak ronda. nampak abi dr jauh dia dah kelupoq. tp umi sebenarnya confuse, sapa yg nk meronda sebenarnya. sbb yg umi nampak, abi lg eksaited dr anak. hri2 mesti msg soh umarfaiq get ready nak pegi ronda. kdg2 umi ckp anak tido x blh ronda, abi yg sebek lbh haha. anak pon, bila nampak abi nak bawak ronda, rela x tido even ngantuk. at last ni hAaaa blh tertido ats moto! aduhhh anak umi punya perangai haha.

kalo anak bgn pagi awal, pon wajib pegi ronda. kn dh kata abi yg eksaited lbh. kdg2 bila abi p keja, anak nanges kuat sbb nk ikut. uwaaaaa

B2B - PERMOHONAN NIKAH

ASSALAMUALAIKUM...

Antara benda paling penting sebelum menikah, PERMOHONAN utk menikah yeee. Perlu dilakukan di pejabat agama. Antara kenangan paling gila penah aku buat, masa nak mendaftar nikah ni la. Cuti nak kena jimat sbb dah selalu apply cuti. Aku cuti jumaat, pejabat agama pon tutup jumaat. Sbb permohonan ni kena pi 2-2 org. sooo aku kena CURI MASA la kan nak buat semua ni. Tau apa aku buat?


22 MEI 2012 - Kebetulan hari tu aku kena pi langkawi utk submit drawing sahaja. So aku dh bajet yg aku perlu BALIK AWAL utk settlekan hal nikah ni. Seawal pkl6.30 pagi aku dah keluaq dr umah sewa sbb nak kejar bot pkl7.  Alhamdulillah aku sempat. Naik bot makan roti & ayaq kotak jeee utk alas perut. Sampai MPLBP dlm pkl9 camtu. Submit drawing & dokumen semua, dpt cop terima, ambek teksi, blk semula ke kuala kedah ambek tiket pukul10. Amazing dak? Masa submit tu x sampai 10min pon J

~dah kenapa muka tu syok sangat nak kawen???~
Masa nak naik bot tu brader yg jaga pintu bot tu siap tegoq lg “ehhhh, bukan ke pagi tadi baru mai??????” muka dia mmg berkerut 1000 mcm x percaya. Aku just senyum jela haha. Bila sampai kuala kedah pulak, nak bayaq parking, akak parking tu pulak terkejut “ehh, baru mai pkl7 tadi je kan???” hahaha. Akak tu dok garu kepala mcmana nak kira harga parking. At last dia ambek rm4 je, separuh harga. Alaa kesah apa aku murah ke mahal sbb nti akan claim jgk haha! Lps tu terusss je pecut ke SP utk urusan pejabat agama tu la. Balik ikut jalan yan. Alang2 tu singgah merbok. Sbb bakal mak metua suruh singgah uolls! Kau tau x mcmana perasaan tu? Allah, berdebarnyaaa! Sbb aku bkn pesen senang2 nak pi umah tunang, mak aku x bagi. Tp ni mak dia yg suruh mai xkan nak kata sorry auntie I can’t. lagipon mak dia bkn saja2 suruh mai. Mak dia nk tunjuk bakal bilik kami. Omakkkk lagi aku nebesss! Ohhh gediknyaaa fefeeling masa tu. Omey tau bakal mak kite ni siap nak tunjuk bilik bagai.

~ masa nak kawen, aku gemoks sobbbs ~
Yela mak harap aku x kisah dpt bilik tu. Bilik tu asalnya bilik arwah tok, xde sapa duduk bilik tu. So dh ada yg nak kawen ni bilik tu akan diwarisi oleh kami la kan. Dan yg sebenarnya lg mak nak tunjuk ukuran tingkap, sbb aku nak beli langsir LOL. Masa jejak kaki dlm bilik tu rasa debarrr sgt tau uols! Mmg mcm ni ke feeling org nk kawen? Gedikkk je manjang hahaha ok kesah apa aku. Oh ya sblm sampai umah bakal mak metua ni aku ada tapaukan lauk utk depa. Bajet mithali awal2 lg kannn.

~ kenangan dgn waja ~
Lps tu aku shoot blk sp. Makan, tukar baju terus pegi pejabat agama pulak. Mmg xdan nak rht apa dah. Aku x ingat mcmana aku blh p dgn abg tunang. Sungguh aku x ingt, yg aku ingt kami p sekali. Dan aku x ingt samada dia mmg cuti ka hari ni, atau ambek half day, atau apa saja. Mmg x ingt hahaha! 



Kami sampai pejabat agama dalam pkl4 lbh. Depa kata pejabat tutup pkl 4. Haiiii berangin pulak iteww mai penat2 senang2 ja depa ckp mcm tu. Aku bangkang la, bkn pejabat kjaan tutup pkl5 ka????? Depa kata mmg tutup pkl5, tp urusan nikah kawen ni sampai pkl4 ja. Ewahewah sukahati je kannn. Kami pujuk punya pujuk at last berjaya jgk. Yelaaa kalo x buat hari ni bila lg nak buat, nak nikah krg sebulan je lagi wawawa~

~muka serabut nak kawen kahkahkah~
Masa nak isi borang tu kan, abg tunang itewww ckp kan, tangan dia ketaq. Rasa berdebarrr. Haaa baru tau! Haha! Lps isi borang, kami dipanggil utk di-interview. Alhamdulillah xdela depa tanya apa sgt. Soalan simple2 ja. 

Dgn setelnya urusan di pejabat agama ni maka kami pon blh la menarik nafas lega sikit. Fuhhh. Yela selagi x selesai hal borang bagai ni selagi tu x blh nikah. Duit, hantaran semua tu blkng kira kahkahkah!

btw ni antara kenangan amazing jgk la sepanjang nak kawen ni. x penah2 nya dibuat pegi langkawi secepat itu. penangan nak kawen pnya pasal! aku tau aku sepatutnya blk ke opis sbb x sampai half day pon aku keluaq. tp aku pedulik apa. sapa soh bos tarik cuti aku tanpa alasan BIJAK. so aku pon terpaksa pentingkan diri. kesah apa aku?


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...