CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 31, 2012

SHOPPING @ WATSON

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps abes keja, mcm besala mood buat-apa-nak-balik-umah-sewa aku datang, mula la nak merayau. aku xtau apa yg aku nak. lps abes keja, singgah pekan rabu. jalan2 tgk2 baju. dah boring, dok pk nak p bazaar ke dak. sbbnya aku lapaq kfc sgt smalam. tp xdak geng nak mkn. akhirnya aku gamble. nak serbu kak yan di as  mall, ajak dia bukak kt kfc. nak msg takut dia xleh reply sbb tgh keja. so tukaq haluan ke as mall. sampai di simpang 4 kuala, tetiba rasa maaaalaaasss sgt nk ke sana! mula bt kptsn baru masa tunggu traffic light tukaq jd hijau. aku akan bbuka dgn kuih dulu, then lps solat maghrib baru pi kfc, sorang2. aku xmau tapau oke!


so terus singgah bazaar jln pegwai beli air & kuih. then blk umah sewa kjp around 6.20pm. sajala msg kakyan, ckp lapaq kfc. tiba2 dia balas "ang ni mcm tau2 ja, aku mmg nk buka kt kfc dgn kwn aku ni"
ohhhhhh inilah takdir org yg berpuasa! dia blh reply sbb hri ni dy cover kt ct plaza. cantek! so set berbuka kt kfc pekan rabu. aku lelap kejap then pkl 7 kuar g kfc. perghhh nikmatnya dpt mkn kfc!
mkn cpt2 then ikut kakyan pegi watson tmpat dia keja sbb aku nk beli brg, dan dia pon kena masuk keja...


yg kanan tu aku beli sbb harga dia sgt comel, di samping presentation dia pon sgt comel. korang teka brpa rm ni??? teka laaaaa~ ada watson cleansing wash + lotion 30ml, rm1! yaaa rm1 only! ptt benda ni jual kt kedai 1malaysia aja. LOL. (lps aku ambek benda ni, makcik pakcik abg kakak yg masuk watson tu semua ambek jgk!)
yg tengah pon sama, sbb murah+comel. losyen vaseline 25ml, cuma rm1.50~
yg kiri pon sama! beli sbb murah+comel. losyen enchanteur 100ml cuma rm1.80
so korang nampak x brapa losyen aku beli smalam?


haaaa yg ni korang blh agak kot aku beli kenapa? muahahahaha! sbbnya setiap pembelian brg rexona rm10 ke atas akan percuma deo spray tu! so aku yg suka benda2 percuma ni terus cari brg rexona. asalnya aku ni jenis pakai roll on. tp roll on harga semua takat rm9.90 je, jebon sgt! so tpaksa ambek deo spray bharga rm10.90, maka dptla free yg kanan tu muahaahaha!


dan yg ni...tentula utk suami. dan sejujurnya, niat aku nk p watson semalam sbb nk beli ni je. tp lain dh jadi. dasar wanita! wakakaka


blk aku singgah cawan cafe tapau makanan utk sahur, nasi putih+tomyam. coih dah naik harga di bln ramadhan! keji btl! slalu set tomyam rm6.50 je, skrg dh jd rm6.90! then aku singgah guardian plak, saja usha kot2 ada yg bkenan. at last xtau nak beli apa, sambat dove travel kit ni, sgt comel oke!!! harga rm5.88

so nampak x apa minat aku? yaaaa aku pantang tgk brg comel, such as travel kit, or trial stuff or apa2 jela yg kiut. dan yg pastinya murah! dan aku suka benda yg ada free gift comel2! muahahaha

4 OGOS

ASSALAMUALAIKUM...

4 OGOS 2012, aku xtaula kenapa raaaaaaaaamai sgt suka tarikh ni. pada tarikh ni, aku harus memilih 1 event dari 4event yg telah dijadual! gila! keempat2 tu sgt memorable kalo aku p! :((

antara event tersebut :

  • family aku akan balik kampung dan berbuka dgn family2 di sana. mmg setiap thn kmi akan blk buka posa ramai2 di kampung, kdg2 tido sana. sbb aku masih ada tok sebelah abah, tok wan sebelah mak.
  • family besaq wan ku ya akan dtg beramai2 buka posa kt merbok, iaitu umah mentua aku. perghhhh sumpah aku tringin nak join! dah la aku ahli baru, xpenah rasa buka posa ramai2 dgn family besaq ni :(
  • iftar kbu. dah lama aku x jumpa kbu ramai2, dan plg penting tringin nk jumpa muka baru. yg gerammmmnyaaaa melah, senah, joyah, peah semua kalut nak join. huh gedik betoi depa tu! dah la sejak nikah sekali pon aku x jumpa depa lg, tup-tup depa ramai2 nak join iftar. mmg gedikkkkkkk!!!!!
  • iftar SMKAB. yg ni lg x blh tahan. gila rindu kawan2 smkab kot! yg lagi geram, ramai pulak nak join! grrrrrrr! kami bdk2 smkab mmg susah nak jumpa sbb semua blajaq tinggi2 blaka, cuti x penah sama, dok obersi la apa la. so ni la peluangnya~

maka antara keempat2 ni, sbg wanita berkeluarga, haruslah aku utamakan keluarga ye dok? tp masalahnya dua2 family buat event hari tu! adoiiiiiiiiiiiiiiiii~
kalo ikut turn, mmg turn umah aku la. tp x sedap plk nti org ingt aku queen control plk. kalo aku blk umah mentua, nti mak kecik hati plak sbb patutnya minggu lps kami blk kampung, tp dh minggu lps turn merbok, mak tukaq ke minggu ni. haaa ambek, kan dh bertindih! (nak kutey suami!)

so, sbg penyelesaian, sbg lebih adil, aku ada satu inisiatif baru! yg membuatkan ayat padan-muka-semua-event-aku-tak-pi terkeluar.
sabtu ni, aku akan ke langkawi. ya, bersama suami. puas hati! biaq kami berbuka posa di tepi pantai bersaksikan pohon nyiur melambai, bertemankan bayu pantai yg bertiup ohhh romantisnyewwww!

bkn saja2 oke nk p langkawi. aku ada kerja kat sana. dan alang2 suami cuti, baik aku pi dgn suami dr usung bdk praktikal. lebih selamat gitewwww~
sambil2 tu blh borong perfume. sumpah x sabaq nak pi langkawi!  hari2 aku gugel jenama2 perfume yg mahai2 spya senang nak shoping nanti. ya, mmg aku sengaja mention mahai tu.

tu pon mujoqla iftar bff joyah dah tukaq ke minggu depan. ohhhh bijaknyaaaa joyah ni! bakat kepimpinan dia tu mmg mengagumkan! so joyah plis handle ya!

Monday, July 30, 2012

HARI AYAM~

ASSALAMUALAIKUM...

uolls penah dengar hari pahlawan? hari warga tua? pasaraya hari-hari? tp korang penah dengar dak hari ayam???bila dan bagaimanakah sambutannya?ya, itu masih menjadi misteri. sekian

act kemarin aku ada keja kt sp dan baling. mak yg temankn sbb suami ot. ohhh sedihhhnyaaa! ptg, bbuka kat umah abg. masa kt baling, sepanjang jalan tu penuh dgn ayam golek. tengahari dh start golek. harga pulak cuma rm15 ja! berbanding dgn sp, sekor ayam golek mau rm18-19~



so dah eksaited gila pi beli ayam golek! weehuuuuu masa dalam keta tu aku xtaula brapa byk pahala aku hilang sbb dok hidu bau ayam golek tu =_=
sampai umah, solat then lps asar pi umah abg. suami dtg dr opis (penang), dlm 6.30 sampai. bila sampai umah abg, tepuk dahi tgk menu : ayam golek, ayam masak kicap, ayam grilled =D



plus lempong greng pedas,mmg terbaek! abah pulak beli sup gearboq, gila meleleh! mmg berselera berbuka semalam~

lps berbuka, solat jemaah dgn suami then terus blk sp. aku bawak viva, suami nek moto, jap g abah blk dgn persona abg. sampai sp, suami tinggal moto kat umah aku, then hantaq aku ke alor star nek viva. then suami blk merbok dgn viva, esk pagi odw p kja baru hantaq viva kat abah then ambek moto p keja. hmmm buat masa skrg tpaksa la bersusah mcm tu sementara nak dpt keta len. mujoqla dpt family yg sgt memahami~

LUPA ANNIVERSARY!

ASSALAMUALAIKUM...

lps publish entry td, belek2 newborn blog aku ni. scroll sampai bawah baru terperasan!

~abaikan perkataan married~


hoi, apesal ada 5 hari kat blakang tu??? baru la teringat anniversary kami...ya allah...punya la sebok dgn keta hilang, dgn posa dgn kenduri. lupa terus anniversary sedangkn setiap thn aku la yg paling alert...

suami? coihhh dia xkan ingat punya benda2 mcm ni. tetiap thn aku la yg dok eksaited, bg hadiah~ tp kemarin aku hadiahkn kain pelikat utk suami. saja2 bagi.kira hadiah la tu ek. khamis suami hadiahkan bunga utk aku, pon x sengaja (bkn sbb anniversary). tp x kira! nak hadiah lg! alang2 dh lupa aku xmau ingatkn suami. skrg dia dh jd pembaca setia blog aku. so mesti nti dia akan baca post ni. nak buat derk je. biaq dia tau sendiri :p

cepatnya masa berlalu....rasa mcm baru semalam post entry ni....kepada peng-komen entry ni, terima kasih! akhirnya kami selamat menamatkan ikatan ini ke fasa yg lebih baik :))

sekejap ja dah 4 thn kenal...alhamdulillah ikatan 4 thn ni kami x sia2kan. perkahwinan kami adalah bukti betapa kami serius sejak mula2 kenal~

thank you, husband!

TRAGEDI RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM...

Mengenang tragedi hari tu... asalnya x plan pon nak blk merbok, tp dah tertinggal ic dan lesen, terpaksa la blk jgk. ptg itu, sebaik saja aku tekan 'publish post", terus aku shut down pc. berkobar-kobar la nak blk kononnya. aku turun dan jln mcm besa ke parking sambil pegang kunci keta. sampai kat kat parking jantung aku nak terkeluaq. aku nampak parking kosong. aku tau dah apa yg terjadi. tp aku cuba nafikan hakikat tu.

aku berjalan blk ke dpn opis semula then call suami, tanya dah bayar keta ke blm. suami jwb dah bayar sampai bln 7. trus aku khabarkan, "keta hilang". kesian suami...dia tgh buat keja, terbantut dgn berita tu. suami buntu xtau nk buat apa, dan minta aku call semula lps dia suruh.

aku naik ke opis dan bagitau opismet, semua terkejut. ya, mmg tragedi ni sgt unbelievable, sukar diterima akal. suami ckp dia akan mai kat aku bersama lesen. nti sama2 buat report. baru aku teringat yg suami bermotor, maka aku mintak tlg abg temankn suami, buat semangat. tp malangnya tym tu suami dh menghala ke sp. maka aku mintak tlg abah pinjamkn viva kat suami. 

aku blk umh sewa dgn menumpang bang mie, sementara tunggu suami sampai. around pukul 7 lebih, pak cik sampai dgn mak cik. depa mai utk tgk aku, bg semangat kt aku. awal tadi pak cik dah call kawan2 dia di unit peronda. aku tolak pelawaan mak cik pak cik utk buka posa sama2, sbb aku nk tunggu suami dtg. ya, i just need my husband!


sementara tunggu suami aku berbuka dgn mak ema dan kak ila dulu. mkn cepat2 dan terus solat maghrib. makan sikit je, sekadar ambek hati mak ema sbb aku xde selera makan dan cuma nk makan dgn suami! dalam pukul 8 suami sampai. aku tgk wajahnya...sgt tenang...masih sembang dan bergurau dgn aku spt biasa.

sampai  balai polis, buat report. then jumpa pegawai penyiasat. lewat malam jgk baru setel. lps tu baru dpt makan. kesian suami, lewatnya makan :(
kami  makan di restoran siam area simpang 4 ke kuala kedah. ajak shapit join. suami mkn nasi grg, aku koteow grg. sembang dgn shapit sampai 11 lebih sbb shapit ni dlu keja dgn pejabat insurans. byk nasihat dan info dr dia. lps tu baru gerak blk ke sp. asalnya nak blk merbok sbb suami nk siapkan drawing, tp disbbkan aku x larat, suami pn x larat kmi stay sp dlu. 
penat. ya, sgt penat!

esoknya kami ke bank utk setel hal loan. then blk merbok, nek motor. masa kat bank ujan lebat. terpaksa tunggu ujan berhenti baru blh jalan. masa tu rasa sayu sgt. rasa bersalah. kalo x sbb aku mungkin kami x susah mcm ni :(
hri tu kmi berdua x keja. EL. esoknya lagi, pagi2 kami ke pejabat insurans di alor setar utk setel hal insurans plk. masa ni pinjam viva ayah. lps setel, suami hantaq aku blk umah sewa. aku masuk kja half day, suami plk xsempat nak ke opis. maka cuti lg la~

Saturday, July 28, 2012

BERAKIT-RAKIT KE UTARA~

ASSALAMUALAIKUM...


hari tu konon kan aku berlagak gila suami nak ambek xmau. haaa tu la len kali apa yg suami cadang tu ikut aje ye~
alkisah khamis hri tu presentation boral abes almost 5pm. cepat2 aku soh tikah antaq aku ke pekan rabu, nek moto oke! punya la lama aku tunggu, seketol bas ke sp pon aku x jumpa. ramai lg yg bersama aku sdg menunggu bas ke sp. depa tunggu sjk 4.30 pm lg. sah! bas xdak la ni! 
dari 5.30, oke sabar mungkin bas pkl 6. bila 6.30, dah mula cuak. mustahil bas yg ada setiap setengah jam, sekali pon xmai dlm tempoh 2jam? pasti ada yg x kena. 6.30 lebih suami call, dia dh tanya stesen bas sp, org sana ckp bas ada je. bas last baru ja jln. fine! maybe disebabkn bas penuh, maka bas x lalu pekan rabu, terus straight ke sp. ya, tu aje yg aku blh pk. aku ada dua pilihan. first suruh suami ambek. second, soh kak yan ambek hen buka posa dgn dia then blk bas kol8.30mlm. kita tgk sapa yg cpt yer~


6.45, kak yan still x reply msg aku, while suami tanya "nak abg pi ambek ke?"
gila kau maunya aku lompat kat situ, tp aku sedih sbb terpaksa susahkn suami. 5.15ptg aku x naik bas lg suami dh tanya kenapa x naik bas lg, inikan pulak dh almost 7pm. mestila dia risau. pukul berapa aku mau sampai sp???


maka terpaksa la suami mai ambek aku. sedihnyaaaa kesian suami! :(
tepat pkul 7pm baru suami gerak ambek aku :(


"abg...nek heway taman sejati tau cpt sket. pecut dlm 110km/j insyaallah setengah jam sampai la. sory susahkn abg. jap g syg belanja ayam penyet yer. blk jap g syg drive"


aku berusaha apa yg daya utk tebus rasa bersalah sbb tpaksa susahkn suami, sedangkn suami plk rasa itu tanggungjawab dia =_=


sementara tunggu suami aku bungkus teh ais utk buka puasa. waaupon suami cuma sampai lewat 2-3min, ttp la kena berbuka dulu. malangnya teh ais tu, yuckkksss! dkt straw tu ada kesan hitam, mcm kesan taik idong/plaster. sumpah aku x lalu minum. tp disbbkan darurat nk berbuka, aku sedut kt hjung straw, pedo xmau bg kena kesan kotoq tu. cukup stakat rasa di lidah, terus aku ikat blk teh ais tu, straw aku buang.


bila suami sampai, kelam-kabut aku ambek beg, sampai terjatuh teh ais tu. xpala, bkn rezeki. terus aku masuk keta, salam-laga-pipi dgn suami dan terus cari masjid. dlm keta sempat mkn kurma sama2. mula2 rasa nk mkn ayam penyet. tp masa odw tu tetiba teringat restoran arab yg menjadi sebutan hangat masa kini. terus ajak suami pi situ alang2 masjid pon ke arah tu :)

Thursday, July 26, 2012

KEMBALI BER-BAS

ASSALAMUALAIKUM...


tgh dgr BORAL presentation.hoiiii ngantuk.hoiiiii dah almost 4.30,bila.nk abes???aku nk blk sp hoi!
jap g blk nek bas.nek kt pkn rabu.dah laaaama x nek bas.kali ni kna kmbali la biasakn diri.aku x kesah pn.bknnya aku x biasa.siap blh tidoq lg wahahaha.
Masalahnya suami sgt brt hati nk bg aku nek bas,tp bt masa skrg mmg kmi xdpt pk jln lain.suami nk dtg fetch kt a.star pn tkt x sempat. Ni pon suami dok pjuk nak ambek aku separuh jln.haishhhh aku x kesah pn...malah aku xnak susahkn suami :(

p/s : hasben,don wory la! ^__^
Published with Blogger-droid v2.0.6

BUKAN REZEKI DIA

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps blk keja trs pgi bazaar stadium darulaman. jalan2 pusing2,xtau nk beli apa. masa jln2 tu ternampak kebab.hmm mcm best je sbb ada ayam dan kentang je,means ayam tu byk la trus beli tanpa fikir panjang. elok jln sket je ternampak plk kebab ni,sebijik mcm kebab kt kuantan.arghhhh ruginyaaaaa!!! mmg nampak sedap la! tp dh beli td,maka aku pn berlalu dgn muka sebek.
tp tiba2 masa berjalan tu aku terpikir, 
"mungkin rezeki si A, bkn rezeki si B...kalo semua org nk beli kt satu tempat aje,mcmna peniaga lain...hmmm..ye,bukan rezeki dia..."

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 25, 2012

BERPISAH JUA~

ASSALAMUALAIKUM...

sejak 2 minggu lebih aku start berulang-alik hari2 dr lockstuck-sp/merbok.ya,hari2.rela berletih,berhabis duit asalkn dpt luangkn masa dan berpuasa dgn suami.
tp hari ni...terpaksa la stay alor setar.x suka! x suka! x suka! :(
rindu suami.rindu berbuka sama2.rindu teraweh sama2.rindu bersahur sama2. :((
hari ni kali pertama berpisah di bln ramadhan.wuuu nangesss! mlm ni kena tido sorang.kena tido atas bantal sendiri.wuuuuu
mujoqla mlm ni ada CHUCK!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 24, 2012

WAJA =(

ASSALAMUALAIKUM...


kereta suami saya hilang. saya yg drive. thats all. will update later.

:(

p/s : i love u husband! 

***sapa2 ternampak waja silver kehijauan, plat KBC 1122 sila inform saya yer. tq~

Monday, July 23, 2012

IC & LESEN!

ASSALAMUALAIKUM...


ptg kelmarin suami call, soh drive pelan2 tym blk.... motif??? sbb lesen & ic aku ada pada dia. kalo suami x call mmg aku pon x sedaq yg aku xdak ic & lesen.  terpikir jgk aku, apa kaitan ic & lesen dgn pandu perlahan????


"kalo bkn sbb xde ic & lesen pon hati2 la, bawak pelan sudah"


oke, baik abg!


dah elok2 blk jumpa suami, ada la peluang ambek blk ic dan lesen tu. skali pg td suami msg


" astaghfirullah syg....ic n lesen syg ada kt b lg...b dh masuk heway ni...mcmna :( "


"xpe...ptg ni syg blk merbok la :p "


hahahaha x pasal2 blk lg ptg ni. tp yg x bestnya rasa mcm pemandu haram :(

SALAM RAMADHAN...BARU NAK WISH?

ASSALAMUALAIKUM...


haaaa juicy baru nk wish? hahahaha~ xdelah
semalam kan lepak2 dgn suami b4 tido, suami keluarkn harta karun yg dia simpan sejak 4 thn dulu. harta apa? oh no bukan duet! kalo duet aku x mai keja dah hari ni~
harta berupa semua pemberian aku kt suami sejak kami mula kenal dulu. dr sekecik2 resit, sampai sebesaq2 kad, gambaq, notes, ets semua suami simpan!
mula2 baca seronok la...pastu bila baca lama2 mula rasa nak terjun dr bumbung! malu hoi bila baca part2 gaduh/majuk aku dulu. sumpah rasa annoying gila aku ni. bluekkk dgn diri sendiri!


dlm byk2 tu, aku plg tertarik dgn kad ni. handmade dr aku utk suami :p
gedik sgt kan dlu, suka bt bnda kretip2, konon nk tnjuk bakat, bajet sweet. bluerkkkk =D


so kpd anda semua, 


SALAM RAMADHAN dari jusiza dan suami :)

AGAIN,TERLELAP

ASSALAMUALAIKUM...


Tadi dtg opis dr merbok. Weyyyy ngantuk tahap terok wey! dr merbok lg aku nampak jalan kembang semacam je.mmg ngantuk gila.aku ambek wet tisu utk tekap kt mata bg fresh skit.aku berusaha keras utk bertahan memandu.tp bila dh dkt nk sampai simpang kuala kdh,aku fail!failll!
alkisah aku terlelap.sedaq2 hampir terlanggar iswara.
Kejadian lbh kurang sama mcm kt heway hr tu.cuma kali ni aku relax sket...tekan brek seadanya.
Mujoq xdak pape.fuhhhh!aku rasa kdaan aku makin parah.i need rest!!! :(

Published with Blogger-droid v2.0.6

APA ALASAN KITA?

ASSALAMUALAIKUM...


tadi pi teraweh di surau kg, bukit acheh...blk umh suami ler tewww~
masa aku sampai, ternampak dkt saf lelaki, tok su (tok sedara suami la lebih kurang) sdg solat sunat qabliah isyak. aku jadi insaf. kenapa?
yaaa.....tok su sdg solat di atas kerusi, solat duduk. aku x pasti berapa usia tok su, tp yg pasti sgt tua bbanding aku. siap buat teraweh lg.
pastu tym teraweh aku dok sebelah mak. kesian tgk emak nak solat pon mcm susah sbb faktor usia dan fizikal mak yg agak besar. tp emak mampu buat teraweh full setiap thn.
tiba2 aku malu dgn diri sendiri. mengapa aku yg muda belia sihat walafiat ni, nak buat solat sunat 2 rakaat pon terhegeh2? teraweh 20 rakaat pon rasa mcm lama sgt...
tak malukah aku pada mereka yg jauh lebih uzur, tp jauh lebih kuat dan bsemngat mengerjakan ibadat?

malu la kau jusiza!

***elehhh kau gelakkan aku? kau yg sdg baca tu, apa kurangnya?

renungan bersama~

Sunday, July 22, 2012

SEJUK HATI~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam blk teraweh dh 11pm. Sambung lipat kad kawen. Lps tu buat muka sebek kt suami, konon penat...dh la baju byk nk kena lipat. Tanpa segan-silunya trus suami ajak lipat baju.ingtkan nk temankn aku lipat baju,rupanya dia tlg lipatkn baju...walaupon cara lipat tu x ikut law,tp hasil tu sgt kemas.dan sgt laju! baju yg menimbun tu kjap je kmi lipat.
Dan baki ada 1 mesin lg yg perlu dikeringkn.pg td dgn brt ht tpksa.mntk tlg suami jemurkn :(
kesian suami...even suami sgt x kesah tp aku plk rasa bsalah.tghri td suami call,aku tanya la baju dh kering ke blm sbb dh tghri.

Him : dh kering dah *senyum*
Her : oh..alang2 b x blk merbok lg,tlg angkat baju kjp blh x?ltak je dlm bakul nti syg lipat *nada paling lembut*
Him : tak payah lipat?b dh angkat la...dh siap lipat dan susun...


Foineee aku rasa nk pengsan!

tq husband,love u! :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

IYE SANGAT!

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps teraweh lepak2 dgn suami...tunjuk gambaq ni kt suami~



her : b, dlm 3-3 ni, mana paling cantik?
him : tengah

her : betul ni?
him : iye

her : sure?
him : iye

her : x tipu?
him : iye

her : ikhlas?
him : iye


her : nak jaga hati syg?
him : iye

2 saat...

him : ehhhh? 
her : haaa kantoi!

him : grrrrrrrrrr mana aci macam tu!

=D

Saturday, July 21, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

RAMADHAN PERTAMA SEORANG ISTERI~

ASSALAMUALAIKUM...

salam ramadhan...

Hari pertama puasa. Pkul4.30 pagi dh bangun. Ketung-ketang kat dapoq,bt nasi goreng.ohsem.sgt ohsem!

seumur hidup 24thn,ni kali pertama bangun sahur dgn niat "nak masak utk sahur".selama ni bkn takat mak yg masak,tp mak siap tlg kejutkn lg.tp bila jd isteri ni,otomatik bangun sendiri utk masak.xdak sapa suruh,xdak sapa paksa.hebat naluri keibuan aku kan.ehhhhhhh

Mmg rasa penat dan ngantuk.tp bila lihat suami makan sampai bertambah2,terus hilang semua penat,berganti dgn rasa ohsem yg terlampau.rupanya inilah kepuasan yg dicari bg seorang isteri/ibu.....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, July 19, 2012

BERAT~

ASSALAMUALAIKUM...


2 hari lps masa blk merbok, saja.usik2 suami,bagi dia panas dgn memprovoke bahawa "eeeeee perut u boroi laaa.tak caya pi tanya mak"

suami yg masa tu tgh menikmati JUICY CRISPY CRUNCHY MUSHROOM tu trus pegi cari penimbang bila diprovoke secara kasar begitu.hahahaha

Dan hasilnya..........

Nah ramalanku benar belaka! berat suami naik 6kg!!! wakakakaka

So apa makna tu? Yaaa tu tandanya aku pandai bela suami kehkehkeh.

Suka sungguh aku gelakkan suami sbb dh boroi, padahal aku nk timbang berat sendiri pon x berani! Kahkahkah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, July 18, 2012

UNPLANNED REUNION

ASSALAMUALAIKUM...


minggu lepas hari2 balik sp/merbok. minggu ni hampir hari2. semalam bajet xmau blk. sbb terasa penat je. tp tiba2 kemarin kak not bg cendawan fresh. terus teringatkn suami~ sbb suami suka cendawan goreng tepung yg aku buat. so bincang2 dgn suami.suami ckp ok, tp blk merbok. aku ikut je.


elok aku sampai singkir suami call soh bawak slow2 then ambek dia kt surau sbb lps tu nak pi kedai terus utk  beli barang2 nk buat cendawan spt yg aku nak. masa kat kedai suami bagitau,


"sayang...kita merancang kan? tp kan perancangan ALLAH tu lebih baik"


aku terkejut beruk la kan. apa hal plk ni tetiba je kan ckp mcm tu. suami ckp xpela blk umah nti aku tau la~


sesampainya aku kt umah, x payah tunggu masuk dlm. tgk halaman rumah tu pon aku dah tau. semua kereta ada! means semua siblings suami blk smalam (except for kak ana yg ada di kajang)
yg bestnya, kami semua blk tanpa dirancang! best sgt bila sampai tu kakcik sambut kami. tgk kakcik pon happy & eksaited sambut kami. 


aku sampai2 terus solat maghrib. lps solat terus bersilat kat dapour bt nasi goreng. berderet tunggu kat dapur, tunggu nak makan nasi goreng =p
lps tu terus mandi dan solat isyak plk. lps solat terus bersilat lg buat cendawan goreng tepung plk. kelakar la suami aku ni... beriya nak tlg aku masak. semua benda dia sibuk nak tolong. masa aku turun lps solat maghrib tu tgk2 suami dh sediakn semua bahan2 nk buat nasi goreng =)
aku tau dia mmg betul2 nk tlg sbb xnak aku rasa terbeban kena masak byk. tp bila dia sebuk nk buat itu ini aku plk rasa terganggu. kelakar betoi! dia bt itu aku ckp salah buat  ini salah =p
at last aku bg dia tlg celupkan cendawan dlm telur dan tepung while aku gorengkan. comel je rasa =p


best sgt dpt mkn ramai2 semalam. paling best aku dpt masak utk semua family suami tanpa disengajakan. wlaupon agak penat tp aku rasa sgt berbaloi!


mana gambaq cendawan goreng? i told u mmg osem oke cendawan tu! sumpah x tipu! tp aku x ambek gambaq sbb kan kt umah metua. x ke heran metua & ipaq2 aku nanti kalau bila depa nak mkn tetiba aku


" eh jap jgn makan lg, nak ambek gambaq cendawan sat"


so aku korbankan cendawan aku yg mabeles tu utk diabadikan dalam perut sahaja. oh ya, resipi semalam aku namakan "JUICY'S CRISPY CRUNCHY MUNSHROOM"


okebai~

WORDLESS WEDNESDAY - HAHAHAHA!

ASSALAMUALAIKUM...


saja...pagi td in9 kejap, terbaca post2 pelik kat fb. heran sungguh aku dgn org2 yg rajin sgt dok edit2 gambaq merapu ni. bkn aku x suka yer..cuma kagum sbb depa ada masa utk merapu mcm tu~huhuhu




Sunday, July 15, 2012

BINI KAYA

ASSALAMUALAIKUM...


kejadian pagi tadi ketika bersiap sedia hendak ke opis dr umah mak aku kat taman sri wang. suami cuti hr ni so dia kena tinggal la~wakakaka
suami hantaq aku kt keta dan tlg angkat barang2 masuk bonet. sambil suami susun2 beg dlm bonet (mcm byk ja kan)


her : abg, dh 8 lebih, syg pi keja ikut highway je la ek?


him : kaya bini aku <---------- sambil kemas2 beg lagi tanpa menoleh kat wifenya~ 


tergelak aku kat situ. bkn apa, slamber ja dia ckp mcm dok beletiaq sorang2 pon ada =p


her : eh, bkn bini kaya sbb laki dia kaya ka??? =D




***yaayyyy sat gi blk merbok pulak! =))


p/s : saja guna kata ganti nama  "abg-syg" utk efek lebih dramatik

HIKMAH PESANAN SUAMI

ASSALAMUALAIKUM...


pagi tadi aku drive dr sp ke tempat keja (loqstaq). bertolak dalam 8.15am, so kena la nek higway sbb dh lewat. sebelum ni mmg suami dan byk kali pesan. apa pesanannya? nti aku hapdet. apa yg pasti, tadi aku menyedari mengapa suami sungguh2 berpesan dan mengingatkan aku.


alkisahnya, kalau tidak waktu skrg mungkin aku tak mampu hapdet entry ni sbb tgh terlantar kat sepital, atau mungkin juga aku tidak berada di muka bumi ini lg....subhanallah~


pagi tadi ketika melalui heway, aku yakin yg aku drive x laju mana, sbb aku berada di lorong kiri. entah di mana silapnya, mungkin aku berkhayal, mungkin aku mengantuk,atau apa2 mungkin aku tak tahu. tiba2 aku hampir2 merempuh kelisa di hadapan. aku brek mengejut tp malangnya brek tak berapa nak makan. suami penah ajar teknik brek kalo dlm keadaan mcm tu tp tym cemas mcm tu mana la aku nk ingat! bila dh yakin yg aku x sempat brek, aku cuba ke kanan utk memintas kelisa tu tp ada pulak berpusu2 keta dr blakang. mmg xdka chance utk aku masuk. tp aku gagah jgk, dh putus asa nk kawal stereng lalu aku pejam mata dan pusing stereng ke kanan. mujoq keta blakang x rempuh aku. 


semua pemandu tak perasan kejadian tu sbb aku rasa mcm aku sorang2 ja dok getir kt dlm keta tu. sbbnya aku x laju cuma brek aku x mkn. kalo depa perasan pon, depa cuma ingat aku ni memandu secara merbahaya/samseng/rushing/apa2 jela~


sedangkn hakikatnya, aku mmg gelabah sgt dlm keta td. nafas aku bagai tersekat. bila keadaan dh reda berulang kali aku beristighfar. masa kjadian tu dlm kepala cuma terbayang wajah suami dan mak abah. sungguh aku takut!
apa pon aku bersyukur. mungkin ini warning dari DIA~


syukur

Thursday, July 12, 2012

INAI DI JARI~

ASSALAMUALAIKUM...


bercakap pasal inai, aku sebenarnya bukanlah jns yg kesah sgt psl inai. tp yg bestnya, pemakaian inai ni memberi impak yg sgt best kat aku.


masa 2-3hari lps kawen, aku beli ayaq kt kedai bawah, cashier tu tgk jari aku terus dia tanya "eh, baru kawen ka?". dia tanya besa2 ja, agak2 ja konon. tp bila aku jawab "a'ah baru nikah kemarin dulu" terus dia terlopong mulut-ternganga-tunggu-lalat.


dan kejadian itu berulang kpd insan2 lain jgk yg terserempak dgn aku lps nikah, ketika inai masih merah di jari~ ohhh puitis nyaaa.....


dan yg plg best masa cuti2 cinta baru ni. mesti org usha kan bila gadis bertudung mcm aku ni berjalan kemain pegang tangan dgn laki. tp bila aku 'tayang2' tangan sket mesti semua mcm 'ooo'~ masa beli souvenier pon sama. tgh syok2 dok pilih brg, tokey kedai mai tegoq, "berapa lama dah kawen? bulan or minggu?" 


~ mak metua kata jari saya comel =_= ~
masa singgah RnR tapah, saja la sembang2 dgn suami


"tau x apa yg paling best masa cuti2 ni?"


"xtau"


"best sgt bila org pandang serong kat kita bila kita jln mesra2, tp lps tu depa senyum bila tgk jari i"


"kenapa pulak?"


"adoiiiii...ni ha depa tgk inai ni depa tau la baru kawen. grrr"


"ohhhhh.... patut la takdak pompuan ngorat i. heran jgk 5 hari bercuti serata negeri tp sorang pompuan pon x sangkut" <----sambil tepok2 dahi


wakakakaka! nampak x apa impak pemakaian inai ni? pi mana2 pon org tegur/usha. nak check in hotel pon diorang x jadi nk mintak surat nikah =p

Wednesday, July 11, 2012

BERUBAH

ASSALAMUALAIKUM...


tadi terbaca entry kak kira...eh malas pulak nak backlink. carik sendirik lah yer~
pasal kekurangan diri, pasal berubah...eh org yg nak kawen ni mmg mcm ni ek? wakakaka bingo kak kira! trust me, kami la yg plg memahami ampa saat ni sbb semua yg jd kt ampa tu kami dah lalui~ wakakakaka (mampuih la dok meroyan sensorang pulak dah)
ya... benar aku pernah melalui. pernah merasa diri x sempurna. pernah merasa aku x layak utk siapa2. pernah merasa aku bukanlah pilihan terbaik. pernah merasa nak larikan diri jauh2~
masa bercinta dulu suami mengaku yg dia selalu tgk wanita bertudung labuh yg jalan sopan2 tunduk2. tgk sekadar suka tgk, bkn jatuh hati. ya aku faham. namun jauh di sudut hati mana mungkin aku x cemburu. rasa mcm "kalaulah aku wanita itu....."
tapi dlm masa yg sama hati aku jgk terdetik, mana mungkin akulah wanita itu....

tapi bila nak kawen tu, percayalah automatik dlm jiwa kita akan disuntik satu semangat. entry ini aku tulis ketika mula2 suami suarakn hasrat hati nak merisik aku. masa tu pon dlm diri otomatik terasa nk berubah. ya, berubah bkn krn suami, bkn krn nak kawen. tp rasa itu terbit sendiri dr dlm jiwa. dan lebih otomatik, setelah SAH bergelar isteri, bkn saja terbit naluri INGIN berubah, tp PERUBAHAN itu terjadi dgn sendirinya! aku sendiri kurang percaya dgn perubahan dlm diri aku skrg, tp itulah hakikatnya. perubahan itu terjadi sendiri lahir dr rasa tanggungjawab sbg seorang muslim. mungkin zahirnya ada yg akan ckp aku masih senget mcm dulu, stil x berubah even dh kawen, aku x kesah. itu pandangan manusia. tp hakikatnya, hanya aku yg tahu apa yg sedang aku lalui. mungkin ada ketikanya aku jgk terlalai, ada ketika aku jgk alpa. ada ketika x sedar yg aku sdg melakukan perkara yg x sepatutnya, yg blh mengundang fitnah manusia, yg blh menjemput umpat keji manusia. tp aku hanya manusia biasa yg sdg berusaha menjadi insan yg sebenar2 insan. semoga kekhilafan menjadi pengajaran buat aku~


semoga aku terus ISTIQAMAH, semoga ALLAH terus membantu kami dalam melayari bahtera sebagai sebuah keluarga ISLAM SEBENAR.

JANGAN PISAHKAN

ASSALAMUALAIKUM...

jangan pisahkan aku dan dia
tuhan tolonglah ku cinta dia
biarkan kami tetap bersama 
di dalam suka dan duka



kadang2 duduk saja2 xdak keja, mesti emo sendiri. mula pikir bukan2. bila bersama suami aku suka perhatikan dia. tym makan, memandu, tido, berjalan, bersembang, apa saja yg suami buat, mesti aku akan perhatikan. bila dok perhati suami sendiri tu mula la pikir mcm2...

selalu terdetik kat hati ni, 
"subhanallah....untungnya aku dpt suami mcm dia..." 
lps tu mula la,
"ya allah...mcm mana kalau ditakdirkan aku kehilangan dia...."
"mcmana kalau dia tinggalkn aku..."
"apa akan jd kat aku kalau dia xdak..."



etc - dll - blablabla

kasih isteri...
semoga ALLAH kekalkan kecintaan dlm hati kami~

MERINDU PADA YANG HALAL

ASSALAMUALAIKUM...


rindu...
ya, merindu pada yg halal. bkn rindu sbb hari ni kami dah mula berpisah. tapi hari2 mmg rindukan suami. suami ada depan mata pon, masih rindu. kadang2 tgh makan sama2, aku perhatikan suami, dan hati aku jd sebak. rasa rindu sgt kat suami (padahal suami depan mata) sendiri. rasa mcm .... entahlah...itulah hebatnya kuasa kasih sayang antara suami-isteri


"elehhhh mula2 kawen lagu tu laaaa. tunggu lama2 nanti, tgk bahagia ka dak"


kalau ada yg beranggapan mcm ni, aku doakan semoga ALLAH membuka pintu hati kamu. 


kuasa jodoh di tangan ALLAH. doa kami, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya. semoga rindu ini akan sentiasa mekar. semoga kasih sayang ini sentiasa mengiringi kami~


Monday, July 9, 2012

CHERATING~

ASSALAMUALAIKUM...

we are currently at cherating. Rasa mcm x percaya!!! x sangka weolls blh sampai sini,berdua. Dan x sangka aku kembali memijak bumi kuantan.

damn miss this place!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 3, 2012

LEMBEK

ASSALAMUALAIKUM...


smalam blk kja awal sbb p sp dgn kaknot. Dlm keta aku tidoq ja sampai sp. Mcm besa kalo blk awl msti rasa mcm x best je nk blk umh sewa. Msti rasa nk drive pusing2 cari ketenangan (konon). atau satu lg terapi terbaik,shopping.

Mintak izin suami nk p pekan, suami trs ckp "oh nk bli brg ek?p la..."

see suami tau dh alasan aku kalau nk kuar. Kekekeke

Kemarin tringin nk p zon ria aloq staq yg nmpk megah tu. Puiiii cari pintu masuk pn ssh!

aku beli treksut,baju tidoq dan kemeja utk suami.seprais la konon :p

lps tu pusing blk jln pegawai sbb nk beli koteow tomyam kt cawan cafe.

Smlm dh sdh mandi solat isyak tgk criminals minds. Sket lg je nk tangkap penjahat tu aku pn terlelap.grrrrrr!!! Sedaq2 dh pkl 6.15 pg...tido dgn lampu & tv x tutup...terus la solat subuh...

Haish xtaula sampai bila nk berletih mcm ni.......

=(


Published with Blogger-droid v2.0.4

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...