Showing posts with label SSM. Show all posts
Showing posts with label SSM. Show all posts

Friday, August 14, 2015

bila saya sibuk....


 bila keadaan meja kerja mcm ni, mmg berserabut betul. 
dok laa pikir bila nak berenti kerja.
kalau cuti pun teringat2 kerja yg tak siap dan tertangguh...
 berenti??? belum lagi bersedia untuk masa terdekat ni...




Friday, January 2, 2015

Pasca Banjir: bersama skuad SSM

Entry pertama 2015.

tak terluah dengan kata2 bila melihat keadaan sebenar perkampungan di beberapa kampung di Kelantan selepas banjir. wpun bukan keluarga aku atau sedara mara aku, tak tergambar mcmana kehidupan mereka lepas ni bila hilang tempat berteduh dan bergantung. dengan anak2 kecik, orang2 tua... 

lagi bertambah hiba bila ada yang terpaksa tidur di atas jalan raya. di R&R. berilah mereka kekuatan dan ketabahan Ya Allah... aku belum sekuat mereka untuk di uji sedemikian rupa....

semenjak kejadian banjir hati aku seperti tisu...murahnya air mata ini Ya Allah..
aku melalui kampung2 ini setiap kali pulang ke Kota Bharu...

Terima kasih kepada sukarelawan SSM yang turut serta bersinsing lengan membantu mereka semampu mungkin... pakaian, makanan dan keperluan lain.

sungguh, hati aku tak bak tisu lagi bila mengenangkan mereka terpaksa berlapar berhari2 TANPA makanan langusng bila terputus hubungan dengan jalan darat, udara dan air...
sedangkan kita makan enak di meja makan bersendawa berulang kali....

koranggg... hulurkan derma semampu mungkin untuk mereka membina semula kehidupan yang sama sekali lenyap sekelip mata. rumah, kereta dan sekelumit harta yang harta, tanaman dan haiwan ternakan...
ini bukan di negara lain korang TAPI dalam negara kita Malaysia.

bayangkan yg hilang tu rumah ibubapa kita.... saudara mara kita... yg uzur itu ibu kita terpaksa diusung untuk diselamatkan... tak terasa sesuatukah di hati korangg...





credit to opismate aku Abg Anuar, atas gambar2 melalui wassap group..

Thursday, October 16, 2014

Kursus BTN, Kuala Lipis Pahang

sebelum aku hilang ingatan baik aku cepat2 buat entry pasal kursus BTN aku ritu..
 ni pun dah ingat2 lupa. ada gambar skit2 boleh laaa nak mengarang.

kursus ni minggu akhir sebelum cuti raya haji ari tu. 4 hari 3 malam. tak keruan gak aku nak tinggalkan 2 beradik tu . mcm2 pikir, boleh ke cik asben handle diorang. pagi2 cemana, ptg lak cemana.. dengan diorang yg melasak, aktif, bergaduh je kejenya.
naik je bas dah rindu kat budak2 tu.

kusus ni kat Kuala Lipis Pahang, nak dekat 3 jam gak perjalanan dari KL.
sape yg pernah attend kursus ni mesti tau cemana kan. aktiviti2, bersenam, berkawad, solat jemaah , masuk hutan. bila dah lama tak beraktiviti lasak cam ni mmg sakit badan ooii..... mcm nak tanggal lutut aku nih.nak pulak dewan kuliah tu atas bukit, surau tepi bukit, dorm bawah bukit. mmg mendaki je laaa..
tapi aku suka aktiviti mcm ni sebab masa skolah dulu mmg aktif outdoor2 ni.

menggamit kenangan jugak laa sebab tidor kat dorm yg katil panjang mcm kat hostel dulu. mandi pulak ada kolah. tp tak laa kitorang mandi kat kolah sbb group pompuan 9 orang je masa batch aku gi tu. so cukup laa bilik shower yg ada, tak perlu berebut2. makan lak dalam tray.

aktiviti paling best aku rasa ialah Masterchef yg mcm dalam tv tu. berebut2 amik barang, masa ada 30 min je. dengan nak idupkan api lg, pastu lak tak boleh bercakap dgn ahli kumpulan. pandai2 la nak communicate... kumpulan aku masak sup ayam (halia xde, bunjut xde,garam & bawang je korang agak rasa apa, sambal telur, ikan masin, kacang panjang goreng+telur)

lepas je abis kusus rasa mcm nak tertanggal semua sendi badan....
lagi satu kann nak jadi citer tapak kasut sport aku tertanggal tapak. maklum laaa sejak ada anak mmg tak penah pakai. jadi tukun dalam almari kasut, lama2 gam kasut tu pun dah lekang. cuak jugak sbb esoknya aktiviti masuk hutan. nasib baik ada kawan yg bawa kasut extra. ketat pun ketat laa. takkan aku nak berselipar masuk hutan. 

eehh ada lagi nak citer. kebetulan hari terakhir tu birthday aku (25/9/2014) mlm tu hangus telinga kena lecture ooii.. siap kena panggil kt depan kena denda bagai, rupanya diorang surprise bday aku. siap ada kek Secret Recipe nyanyi lagi happy birthday....sobss...sobs... lps abis aktiviti tu asben lak call wish birthday yaya siap nyanyi kat fon. huhuhu...terharu sgt2.
peserta  wanita. sume 9 orang je. best sebab tak berebut toilet.

surprise birthday aku. sempoi. kek atas kosi jek.

aktiviti aku paling suka wpun sblm tu rasa nak terkencing, nak terberak. gayat ooii... lps turun rasa nak buat skali lg.. ngade kann

masterchep. ni group aku.


*gambar dari ihsan kawan2 kursus.






#notakaki
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa. cuma aku dah tak up kat FB, tak larat nak reply pm.

kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Thursday, June 20, 2013

Kursus team building- The Regency Port Dickson

assalamualaikum...
tak sangka ada gak yang bertanya mana aku pegi bila tak update blog hampir seminggu. tima kasih jugak pada yang sudi kuar masuk blog ni walaupun tak berupdate. hihihi....
Intro: sebenornya aku gi kursus team building di the regency, Port Dickson. wehh dah berkurun tak gi kursus yang kena bermalam nie sejak beranak pinak. sblm ni ada gak nama naik kena gi kursus tp sebab aku masih lagi breast feed so aku tolak. kali ni tak leh nak tolak lagi lah. tinggallah anak2 dan suami selama 3 hari 2 malam....

bekerja keras jugak la aku weekend lepas menyiapkan kerja2 rumah, iron baju suami siap2, basuh baju, kemas rumah dan tempahan macaroni cheese, pie dan lasagna. kena pantas dan laju buat keje.
risau gak la nak gi kursus ni memandangkan yaya tak berapa sihat. ahad sblm aku gi kursus tu gi klinik untuk buat neb yaya....




Tuesday, January 22, 2013

SSM Annual Dinner

assalamualaikum uolss...
Entry ni pn pasal minggu lepas jugak. Opis ada buat Annual dinner kat Majestic Hotel, KL. semua yg gi dinner melaram abis. aku??? biasa2 je lagi pn mcm takde mood je mlm tu. takdenya nak posing sana sini bergambar. duduk melekat kat kosi tu je. mula2 aku plan nak bawa cik somi skali tp tak tercapai sbb acik pengasuh rayyan nak masak utk birthday dia  malam tu. jadi keseorangan la aku mlm tu. tp sib baek gak aku tak bawa somi sbb kalu bawa kena bayar RM100 tp makanan tak sedap huhuhu. Chinese kos.... balik umah rasa lapar wehhh.. haisshhh aku ni perot mcm dinosaur.

MC mlm tu ialah Sharifah Shahira. gamat satu dewan dengan celotehnya.  artis jemputan plak Ramli Sarip, Aliyah, Dafi.



 punggung aku melekat je kat meja. malas betul nak bergambar2. ni pun amik dgn kak aina sbb dia dok sblh aku. kikiki

 hmm ada la sekeping gambar aku. Yaa Allah muka aku, lebar gile. nampak sgt dah gemoks skrg.

 ni la menu chinese kos.

yang aku sempat amik gambar dia punya starter. eerrghh.. ada sutun kereta, fishball, kat chopstick tu ntah apa benda lembik2 je. aku takde la mkn sfgn chopstick tu, mintak sudu garpu dgn waiter laaa.

Thursday, November 29, 2012

Pengumuman...

assalamualaikum uols...
aku just nak war-warkan kat sini sesapa yang nak berniaga , yang dah berniaga tp belum buat lesen SSM, nak renew lesen perniagaan sila cepat-cepat ke opis SSM yang berdekatan sbb SSM skrg ada promotion, bayar hanya RM50 untuk 5 tahun. so korang kena grab cepat2 peluang ni sbb promotion ni smpai 31/12/2012 je. jgn lambat2 nak buat last minit takot nnt korang kena Q berpuluh nombor untuk sampai turn korang. dah seharian pulak nnt korang kerkampung di SSM mcm kitorang yang keje sini plak.

Kenapa kena daftar SSM plak? ok, sebabnya bila korang daftar dengan SSM ini menunjukkan korang mmg serius berniaga dan takde la org atau kastemer cikai2kan produk yg korang jual walaupun korang hanya jual tudung, kap kek, goreng pisang, jamu, atau pun servis yg korang bagi mcm mekap ke, fotografer ke... atau apa2 jelah perniagaan yang mendatangkan untung. kastemer pun mesti lg konfident kalu korang ada lesen dan diorg akan repeat order brg korang semua.

lagi satu ini menunjukkan perniagaan korang sah di sisi undang2. dan lagi memudahkan korang kalu nak apply loan dengan bank ke, TEKUN ke atau apa2lah. iyer laa diorang mesti nk tgk lesen meniaga korang kan baru bleh approve loan tu.


Untuk maklumat lanjut korang bole klik logo kat atas tu. Jom ramai2 daftar perniagaan....



Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015