Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, November 13, 2017

kisah throwback hari jadi Puan blogger

kisah throwback hari jadi tuan blogger. 
sebenarnya balik dari Perth hari tu macam-macam peristiwa yang berlaku.
saya sekeluarga nak pergi Perth pun hati berbelah bagi 
sebab parents belum lagi sampai ke tanah air dari 
menunaikan haji memandangkan kesihatan abah yang tidak mengizinkan...

kita hanya merancang tapi Allah menentukan. 
sepatutnya abah & ma sepatutnya sampai ke tanahaiair 10 hari 
sebelum saya bertolak ke Perth alhamdulillah.. 
ma merestui saya dan keluarga ke Perth. 
ma & abah selamat sampai ke Kota Bharu 3 hari ketika saya di Perth

balik dari Perth asben pula terus ada appointment dengan doktor 
di Coumbia Hospital Setapak untuk operation 
membuang sebiji lagi batu karang di bahagian buah pinggang. 
touchdown pukul 1 pagi, pukul 7 pagi terus ke hospital, 
dengan masih lagi jetlag. huhuhu...

saya sempat berkemas skit2 sambil melayan anak2...
 hati gundah gulana sebab masih lagi berjumpa dengan 
ma & abah sekembalinya saya dari Perth. 
bertambah kuat hati nak balik ke Kota Bharu bila ma call bagitau abah masih lagi tak sihat dan sakit perut. suami di hospital, abah pula tak sihat....

selepas zohor saya ke hospital selepas suami selesai operation 
sambil membawa beberapa keperluan dia, beberapa helai baju, kain dan sebagainya.
sempat juga meluahkan kegusaran hati saya, dan suami membenarkan saya balik ke KB.
dan kitorang decide untuk tinggal rayyan & yaya semalam di rumah pengasuh. sobsss...
saya tak sampai hati nak bawa diorang balik kb sebab baru jer pulang dari Perth, masih lagi penat atas flight pun belum hilang.
lagi pun saya hanya naik bas sebab dah kesuntukan masa untuk ambil flight.
saya hanya amik flight dari KB-KL. 

dari KL amik bas di TBS kul 10, sampai di KB kul 6 pagi, 
pukul 5 petang balik semula ke KL.
denggg... giler penat aku rasa. pffftttt....

nasib baik suami dah boleh discharge, so maghrib tu suami &
 anak2 amik saya kat airport Subang.

dalam kepala pikir sampai umah terus nak mandi, 
mkn skit(sbb suami kata ada oder pizza),pastu terus nak tido jer...

skali ada surprise utk ummi rupanya... TQ suami & anak2...
mmg tak sangka, sbb bday kan 25/9 aritu, 
lagi pun dah ada makan2 masa kat Perth LINK aritu
kita abadikan untuk kenangan dalam blog kesayangan ni...



kek special untuk umi

big box pizza hut, kek & apple strudle dari Perth

alahai... terlio pulak tgk apple strudle ni. mmg terbaik. nasib baik tapau aritu

happy faces







Tuesday, April 25, 2017

Fateen Azzahra 5 tahun

13/4/2017 genap 5 tahun Fateen Azzahra. 
Ya Allah cepat nya masa berlalu. Dah 5 tahun pun usianya. 
Suka berceloteh, suka menyakat, suka bergurau, 
bukan jenis yg cepat moody dan yaya seorang yg sangat ceria. 
Pernah suami tergelak masa solat gara2 celotehnya..

Seperti biasa hanya sambutan ringkas family kecik kami. 
Oleh sbb birthday dia jatuh hari kerja, maka pizza je laa jadi menu.
 Dengan kek sebijik pun dah hepi dia bila dapat nyanyi sama2. Dan potong kek.

Semoga yaya menjadi anak yang soleh, sentiasa dengar cakap umi & ayah, belajar bersungguh2 dan tak nak gaduh2 dengan abang selalu. Umi ,ayah & abang saying yaya.
Weekend berikutnya saya ada buat kenduri kesyukuran ulangtahun rayyan & yaya.

 Nnt saya update kemudian. Kenduri kecil2an hanya dihadiri , jiran, keluarga terdekat, kawan setaman dan Jemaah masjid sahaja..

kek bitrhday beli di kedai Pistachio cake. buat syarat je.. 
mana makan sgt pun RM26.

 semoga jadi anak yg solehah

 menu ringkas dari dominos pizza. tunggu azan baru boleh makan sbb suami puasa..


 semoga rapat mcm ni selalu

hepinya


Tuesday, January 24, 2017

Faqeef Arrayyan 6th Birthday

14 Januari lalu genap rayyan 6 tahun.
sekejap jer masa berlalu. sekarang dah besar rasa dia. 
masih ter bau lagi bau dia masa baby dulu...
huaaa... touching plak rasa bila ingat balik perjalanan dia membesar sampai skrg. 
Rayyan mmg sangat manja dengan saya, ceria suka bercerita cerewet, 
cengeng juga sifatnya.  4 tahun jugak kami menunggu untuk mendapatkannya dengan pelbagai usaha & ikhtiar sebelum kehadirannya. 

DOktor pernah jugak suspek dia autisme sebab lambat bercakap
 & suka bermain dengan mainan kegemanrannya jer.
sehingga 4 tahn dia mmg melekat dengan kain napkin & puting je. 
xboleh dipisahkan langsung. gi mana-mana mmg bawa sentiasa.

alhamdulillah rayyan membesar normal dan sihat seperti budak-budak lain sebayanya. cuma dia mmg jenis mudah demam. sehingga 5 tahun boleh dikatakan setiap bulan demam. paling lama gap pun 4 bulan mcm tu.

semoga rayyan menjadi anak yg soleh, dengar nasihat umi & ayah, belajar rajin2 dan jaga adik selalu.

bila tengok balik gambar birthday dia yg lalu, mmg setiap tahun kitorang order pizza hut. mmg kegemaran dia makan pizza, spaggeti, mushroom soup & garlic bread.

oleh kerana tahun ni birthday dia jatuh pada hari sabtu, kitorang celebrate di pizza hut Aeon Mall di Setiawangsa. 
hanya bawa kek kecik dan order makanan situ je.
 tak sangka team pizza hut sangat sporting, 
bila tahu je besday rayyan diorang buat surprise untuk rayyan. 
kek diorang bawa ke kitchen. selepas makan, lampu dipadamkan dan berkumandang lagu HAPPY BIRTHDAY dari speaker & team diorang bawa keluar kek dan nyanyi bersama2.
 giler surprise sampai saya pun rasa teruja. 
tq sangat2 team party crew Pizza Hut Aeon Setiawangsa.

alahai tak reti pulak nak download video tu kat sini. tp saya ada post di fb.
nanti saya upload bila ada masa.

Kek tiramisu..

sronok bila belikan dia party kit.

us

their favourite. spageti bolognise, pizza & mushroom soup.



hepi boy

layan laa main go cart kat area Aeon setiawangsa.


semoga abang jadi anak yg soleh dan menjaga adik selalu.

TQ team party Pizza Hut Aeon setiawangsa..

Thursday, October 20, 2016

besday suami isteri peram berbulan...

Sebelum abis tahun, baik saya cepat2 update entry basi ni. 
kang terdelete gambar dalam hp terus takde kenangan...

ni pasal besday tuan tanah bulan september aritu..
besday yg ke 39 ko.. tahun dapan mokcik dah 40..
tak tahu nak rasa apa.. 
cuma syukur yg teramat sebab Allah masih lg bg pinjam nyawa
 dan bernafas hingga ke hari ni. 
syukur lagi dikurniakan suami yg sangat memahami saya, 
buruk baik saya, dan melayan saya sebaiknya...

siyes bila dah masuk fasa ni rasa mcm hmmm... 
fasa yg orang kata kehidupan baru bermula. kononnya...
sebenarnya masa ni masa yg tak boleh tunggu2 lagi untuk kita menambah ibadah kita sebanyak2nya
topup kekurangan ibadat zaman dolu2 muda remaja. 

tiada apa lg yg saya inginkan selain melalui hidup bersama suami
 & anak2 dan dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus beribadah,
 bekerja dan membesarkan anak2 saya.
menambah anak?? rasanya cukuplah sepasang tu harta saya...
 akan saya jaga amanah Allah itu sebaik mungkin.
dah masuk fasa 40 (tahun depan) macam malas dah nak bangun malam tukar pempes, bangun buat susu, dan berjaga malam utk baby.

jangan nak compare dengan che ta pulak korang... dia lain wehh.. che ta jaga diri dia je, yg lain semua bibik uruskan. hihihihi...

 lagi pun semua barang2 anak2 saya saya dah jual preloved (kebanyakkannya) mcm baby gate, pam susu bath tub baby dll...
tinggal stroller jer lagi sbb sayang nak jual. 
biar ianya jadi kenangan utk anak2 nanti...

pada Jun yg lalu pula kitorang sambut besday suami. sambutan simple bersama anak2 di rumah je.. janji ada kek dan anak2 nyanyi lagu besday sama2. sronok. budak2 tu pun sronok tiap kali sambut besday.


hadiah besday dari suami, set perfume.
 last saya dapat set mcm ni masa hantaran kawin dulu..

kek besday yg comel


ok.. jom nyanyi sama2..


masa besday suami hari tu saya sempat sediakan mee bandung dan puding triffle. hehehe



 
tengok betapa excitednya rayyan bila ada sambutan besday


Tuesday, April 26, 2016

Happy 4th Birthday Fateen Azzahra

dah seminggu lebih baru ada kelapangan nak update cerita bithday yaya yg ke4. 
ohmaigad... cepatnya masa. 
masih teringat2 lagi detik nak melahirkan dia, tetiba dah 4 tahun. sobs
tak puas timang2 sekarang dah jadi anak dara,
 pandai melaram, dah boleh buat kawan sembang dalam apa2 je, 
sangat suka makan.

birthday yaya ialah pada 13/4/2016 yang lalu. 
hari bekerja mmg sambutan kecil2 kami 4 beranak. 
asal dia hepi. bangun pagi2 dah bgtau hari ni bday yaya... 
nanti umi beli kek untuk yaya yer... so sweet sgt.

mcm biasa ptg tu saya dan suami beli big box pizza hut sbb diorang mmg suka sgt.
 dlm big box ni pulak ada mcm2... pastu beli kek sebijik. 
dh cukup sambutan bday yaya.
dia pun hepi sangat mlm tu.. semua org dia bgtau hari tu bday dia...

semoga yaya jadi anak yg solehah, dan dengar nasihat ayah & ummi...



4 ever & ever bongsu... jgn tanya bila yaya nak dapat adik.kikiki...

 kek upin ipin jer... janji ada kek. rm35.

 order big box pizza hut. macam2 adaaaa...

 suka sangat bila pasang lilin atas kek nyanyi2 lagu hepi besday. yg abang pun excited sama

tambah kek coklat comel2 ni

sayang abang sangat2...

Thursday, January 28, 2016

Faqeef Arrayyan dah 5 tahun

mcmana laa boleh lupa nak blog kan birthday rayyan ari tu.
nasib baik masih lagi dalam bulan Januari, bulan birthday...
kejam sungguh rasanya. huhuhu

sebenarnya birthday dia jatuh pada 14/1/2016 ari tu.
memandangkan jatuh pada hari bekerja, so sambutan kecil2an kami 4 beranak je.
dia dah paham apa tu birthday.

semua orang dia bgtau hari tu birthday dia. dah pandai request kek bagai..
terharu jugak hati saya. balik keje petang tu saya dan suami sepakat
 beli kek dan oder je pizza hut untuk birthday dia. suka kemain dah tu,
 dapat tiup lilin, 
nyanyi lagu hepi besday ramai2...
tetiba rasa sebak bila ingat balik hari besday dia ari tu..

saya plan nak bawa jugak makanan kat kelas dia pada minggu berikutnya.
sempat laa buat macaroni cheese dan muffin untuk kawan2 dia.
InsyaAllah kalau ada masa yg sesuai nnt nak jugak
 buat majlis kecil2an sempena birthday dia nanti...

semoga Rayyan menjadi anak yg soleh, anak yg taat perintah Allah, ibubapa & guru.



 
dah 5 tahun pun budak ni, lahir bulan Januari mmg cepat laa naik umur

sekarang dah tak anti kamera... asal bergambar mesti peace...

 sebijik kek dan pizza untuk besday dia. hepi dah dapat tiup lilin besday...

throwback besday dia yg pertama dulu.. masa ni tgh sarat pregnenkan yaya 7 bulan...

LINK BAWAH:

http://amerislovely.blogspot.my/2012/02/majlis-harijadi-faqeef-arrayyan.html
http://amerislovely.blogspot.my/2012/01/disebalik-tabir-rayyans-birthday.html
 



Wednesday, October 21, 2015

Hadiah Hari Lahir yang tertangguh... tq suami

sebenarnya hari lahir saya jatuh pada hari raya ke2
 raya korban bulan september ari tu (25/9/2015)
kat blog pun tak buat entry hari lahir tuan blog. 
rasanya bulan sepetember ritu cepat sgt berlalu tambah
 pulak saya sibuk dgn order lasagna, sibuk dgn keje opis, sibuk dengan beraya.
tambah pulak rayyan demam masa raya ritu sebab cuaca yg terlampau panas kat KB masa raya pertama. 
bergelas2 minum air sejuk smpai batuk dan demam.

sampai tak sempat nak wish untuk diri sendiri.. huhuh. 
takpe lah wpun dah bertangguh hampir sebulan. 
nak jugak buat entry dapat hadiah besday dari encik asben.
suprise sgt tau sbb dah lama giler besday.
celebrate makan2 pun tak sempat lagi. 
tp dah request nak makan ikan bakar di bagan lalang. ngeeee

sebenarnya minggu lepas encik asben balik kb sebab MIL saya tidak sihat. 
disebabkan kami dah plan nak balik bulan Nov depan dan dh siap beli tiket flight 4 beranak. 
 makanya tidak laa semua balik kali ni, hanya asben saja balik jengok mak dia..

masa dia kat kg dok sibuk laa tanya saiz jari saya, 
masa tu mmg tak terlintas pon dia nak beli cincin.
 ingatkan cincin kawin aku dah jumpa (sobs cincin kawin saya hilang masa dalam pantang rayyan..kebetulan FIL meninggal,
orang ramai melawat FIL skali dgn melawat baby rayyan, saya x penah citer dlm blog)
tetiba dapat cincin ni masa dia balik KL ari tu. terkedu saya.

sebenarnya dah umur mcm ni saya tak dambakan hadiah tp kalu tu bagi alhamdulillah...
semoga tahun ke-38 ini saya  menjadi isteri yg solehah untuk suami dan banyak bersabar untuk anak2.
Allah pinjamkan umur sampai ke saat ni pun bersyukur sangat2.
 betapa hidup kita lebih dekat dengan kematian sebenarnya... astagfirullah.
 takutnya saya andai terleka dengan dunia. 
sedangkan hidup ini untuk mencari redha Allah...





abaikan tangan mokcik yg gebus.. kedut seiring dengan pertambahan usia..
cincin bunga tanjung yg sangat sweet. TQ suami..

Thursday, June 25, 2015

Surprise Birthday suami yg ke 37

semalam 24/6/2015 adalah hari lahir suami saya yg ke37.
sebenarnya saya pun buntu memandangkan birthday dia jatuh pada bulan puasa.
 nak makan2 kat luar sure dh tak boleh kan... 
nak bukan puasa berbuffet bagai kat luar pun mmg tak laaa...
terkejar2 nak solat, nak terawih...

tetiba idea datang. saya amik half day, balik umah masak, 
pastu gi amik dia kat opis ptg tu dengan bawa skali rayyan & yaya... 

siap kawtim dgn BS, siapkan budak2 tu kul 4 sbb saya nak amik awal.
tapi kena gak bgtau dia amik half day sbb nak amik keta dgn dia kan.

balik tghari tu berkejar aku ke nsk beli lauk.
 plan nak masak nasi minyak, daging masak hitam dan pajeri nenas. 
balik je umah ntah mcmana daging aku leh tertinggal kat konter NSK.
 bila cek dalam bil takde plak byr, nasib baik gak kalu dok rugiiiii...

mujur gak aku ada beli ikan siakap.
jadi aku masak ikan siakap dgn sos oriental, sotong sweetsour, pajeri nenas.
 ayam percik tu yg saya buat sabtu lps yg di frozenkan..

laju2 masak sambil dok jeling jam. 
sbb 3.30 dah kena kuar amik budak2 tu kt BS.
sambil tu singgah gak 3 stesen minyak cari belon yg ada tulis hepi besday tu tp xde..
time xnak berlambak je aku tengok.. haishhhh

sampai kat opis asben lebih kurang kul 4.50 gitu. 
masa kt tangga asben call cakap nnt amik dia kat stesen lrt terminal gombak. 
hahaha... dia tak tau saya dah smpai opis dia.
smpai atas dia  gi smbhyg asar. rayyan & yaya dah melompat2 kat sofa tetamu.
segan giler sbb time tu staff dah ramai kuar balik.
bila dia masuk opis tergezut monkey tgk saya & anak2 ada sambil bawa hadiah..

sebenarnya buntu dah xtau nak beli hadiah apa,
 last skali aku beli henfon je sbb fon dia yg lama asyik cepat abis bateri,
 yg tu pun saya beli jugak 3 tahun lepas x silap.
suami saya bukan jenis melekat dgn henfon, 
kena up-to-date dgn gajet so beli je yg mampu milik.
ehh mampu milik pun RM840 jugak...

saya tak beli kek sbb suami kurang gemar kek.
takpe lps raya nnt kita celebrate lagi yer...

semoga dia menjadi suami saya hingga ke jannah,
dipanjangkan umurnya, dimurahkan rezeki,
 sentiasa diberi kesihatan untuk dia demi kami sekeluarga...
kalau takde dia, mmg patah kaki saya...
dia kekuatan saya, pemberi semangat saya, imam saya 
sayang suami ketat2...



 


 ni je yg sempat masak. last minit tukar menu gara2 tertinggal daging kt NSK. sobsss

 ikan siakap dengan sos oriental


hadiah besday henfon, samsung Galaxy Grand Gold

heppy besday yg ke 37 suami...

Monday, April 13, 2015

yaya 3rd birthday...


cepatnya masa berlalu... 3 tahun rasa mcm 3 bulan je.. seolah2 mcm baru sgt2 bersalinkan yaya ni... masih terasa ngilu2 operate( mmg skrg masih rasa).

Dah 3 tahun, dh besar pun, dh petah berkata2, dah pandai merajuk, dah ada taste sendiri apa yg nak pakai...

Yaya lahir secara c-zer kerana komplikasi air ketuban lebih... terlebih air ketuban bahaya jugak tau, jgn ingt x bahaya sbb ia boleh menyebabkan baby mengalami sindrom seperti sindrom down dan yg sewaktu dgn nya..

 saya masih ingat saat buat detail scan dgn doktor baskaran. Hampir sejam setgh terbaring masa doktor buat scan.semua anggota badan, saiz tulang, & organ badan doktor kira dan ukur dgn sangat detail.

Dgn baby yg sangat aktif berpusing2 bergolek dlm perut masa tu.. really miss that moment..

Alhamdulillah yaya dilahirkan sihat tanpa ada kesan2 lain wpun air ketuban lebih..

Yang paling saya ingat rasa sakit tu masa lps solat subuh tgh bersiap nak gi ofis.. mula2 saya ignore sbb ingat sakit biasa tp sakit menjadi2 setiap 10 minit.

Selepas hantar rayyan umah bs terus berdesup ke Putra Medical Centre Sg Buloh.. ohh rindu lg saat tersebut....

Semoga yaya menjadi anak yg solehah, tajam akal, tinggi peribadi, kuat iman, kuat nalurinya, petah berkata2 dan taat perintah Allah dan ibubapanya.

Tiada sambutan besar2an mcm tahun2 sblmnya... Insyaallah kami sekeluarga akan bercuti pd penghujung bln nnt utk meraikan birthday yaya...

Jamuan kecil2an akan menyusul jugak hanya utk ahli keluarga dan jiran InsyaAllah...

HAPPY BIRTHDAY FATEEN AZZAHRAA
13/4/2012- 13/4/2015....

Monday, March 2, 2015

Surprise Birthday utk ma yang ke 61.

ni citer masa balik kampung masa cuti CNY ari tu, 
kebetulan birthday ma pada 23 Februari. tapi masa tu masing2 dah balik KL. 
selepas ding dong ding dong dgn adik aku, 
so kirotang decide nak buat pada hari Sabtu malam tu.. 
Esok pagi nya adik aku dah gerak balik KL. 

so kitorang plan baekk punya..senyap2 malam tu.
tetiba ma pulak selsema gara2 kenduri banyak tempat semalamnya, 
jadinya malam tu nak taknak gi masjid.
dah planning baikk dengan abah. so abah ajak jugak ma gi masjid sesama.

masa ma gi masjid tu laa kitorang projek.
 adik aku gi amik kek yg dh order di Secret Recipe. 
memula adik aku nak wat kek, aku kata takyah beli jek. 
malam tu amik kek, beli pizza 3 bijik. pizza adik aku talha yg sponser. 
aku lak dari umah MIL beli satay. sampai umah aku sorok satay dalam bilik. 

sblm gi masjid tu ma dah pesan kat aku suh makan nasi kat umah sblm balik umah MIL.
 aku ok kan je.
aku kemas2 dapo, kuarkan pinggan, atur semua.atas meja.

masa ma dah dah balik dari masjid adik aku lak tak balik lg dari amik kek.
hadoiii.... memula ma mmg terkejut tgk makanan byk atas meja. 
tapi tak tau tu utk birthday
masa kat bilik tu abah aku suh ma pakai proper skit. tak nak baju kelawar..

siap berlipstik ma aku malam tu.
abah iring ma kuar dari bilik. macam pengantin. hahahaha... 
klakar sangat
pastu kitorang semua dok amik gambar...
siap tutup lampu, kek siap lilin bagai.

pastu ramai2 nyanyi HAPPY BIRTHDAY kat ma..
aku nampak mata ma mcm bergenang.
tak sangka langsung sambutan birthday dari anak2.
aku pun happy. pastu makan ramai2...

menu: kek carrot, domino pizza, sate, macaroni cheese, air teh o.

doa aku semoga ma panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat sejahtera diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya... amin...



 rayyan & yaya bersama sepupu haziq dah ready tunggu tokma nak tiup lilin skali...

 banyak jugak laa makanan pada hari tu. kek siap hantar ke rumah jiran.

 kek birthday ma. kek carrot dari secret recipe.

ma menahan sebak. terselit gambar aku kat situ.

Wednesday, January 28, 2015

rayyan's 4th birthday...

sebelum abis bulan januari kena cepat2 update
 ttg birthday anak bujang cengeng ni sorang.
seorang yg anti camera. bajet retis gitew. 
marah wooo kalu aku nak snap pic dia.
tahap marah tu sampai leh berebut2 la 
henpon ke camera godang aku tuh. ppfffttt...

ok.. birday rayyan jatuh pada 14/1 ritu. 
masa tu mmg aku tengah bercuti buat operasi mengecat,
 mendeco, pasang wall paper kat umah. 
next entry nnt aku citer ttg projek deco aku tu.

tp anak tetap antar BS.  tak jalan keje aku kalu budak2 tu ada. 
lepas abis mengecat kul 8. kemas2, mandi solat.
 pastu terus gi jusco cari kek. 
beli pizza yg tgh promo skrg kat pizza hut rm5 satu tu.beli spageti, mushroom soup.
 semua tu faveret dia.

kek boboi boy saiz comel buat syarat dengan lilin 4 batang.
pastu baru amik diorg kt BS celebrate kecil2 kat sana.
tak tau apa dia pikir tp marah2 bila snap2 gambar dia.


Insyaallah ada rezeki nnt kita sambut birthday abang yer...
biasanya kitorang buat birthday yg betul2 bulan 4 skali dengan yaya. 
setakat ni tak miss lagi celebrate birthday budak2 tu.
link SINI , SINI ,SINI, SINI

semoga rayyan menjadi anak yang soleh, homat orang tua, rajin berdikari.
 tak nak manja2 cengeng..




# maap laa mmg xde gambar yang betul2 ready depan kek amik gambar dah kata bajet retis kan, mana leh amik gambar
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015