Showing posts with label rakan blog. Show all posts
Showing posts with label rakan blog. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

Aidilfitri: kawan2 datang beraya (Bukan Open House)

masih lagi syawal... jadi moh laa kita update cerita raya..raya.. dan raya.. 
minggu lepas saya buat makan2 skit sebab ada kengkawan nak datang beraya.
bukan open house ye.. 
kot kata open house ada lak yg sentap sbb tak dijemput. 


dah kata raya maka haruslah ada menu raya...
mula2, 3 family je nak confirm nak datang.
jadi, saya masak bihun sebungkus, macaroni sepeket, 
rendang ayam hijau sekor setengah, bubur jagung 3 tin, 
muffinm nasi impit dan serunding.

tetiba yang 3 family boleh jadi 10 family yang datang..
sebab ada yang walk in datang. 
saya lg seronok sebab kawan yg datang tu mmg dah lama tak jumpa.
tetamu datang kita welcome, tetamu datang kan bawa rezeki...
seronok ramai2

tetiba saya jadi cuak sbb takut makanan tak cukup.
ohmai.. kejap2 tgk makanan atas meja...
sebab mmg xde simpan dah. yg ada atas meja tu je laa yg ada...

tapi sampai laa tetamu yg terakhir semua makanan CUKUP!!!
hepi sangat rasa, berkat  orang kata.
jadi tak payah simpan2 makanan dalam peti ais. 
malam tu licin semua pinggan mangkuk saya cuci... Alhamdulillah

yang datang pada hari tersebut haruslah blogger cikna, khairul dan Myzatul.
yus, adik saya dankawan opis yg tinggal dekat dengan rumah saya,
 dan kawan skolah rendah yg dah lama tak jumpa Mas Aldela.

nasib baik saya ada pembantu yg tolong saya masak pagi tu.
 tq adik bride to be, Ijah. 
saya hanya menyediakan menu simple dan ringkas utk jamuan tersebut.
sebagai menu raya ada laa rendang dan nasi impit.
yg lain biasa2 je...  

puas ati bila tetamu makan bertambah dan puji masakan saya, ehem2..
wpun tu kali pertama saya masak bihun tomyam dan rendang ayam hijau.



 ni yg sempat saya sediakan... semua dari air tangan sendiri

 hihihi.. lampu dining yg baru... baru terang skit area tu.



 muffin. resepi kt SINI
 bubur jagung kaler cenggitu sebab sagu kaler hijau.

 fes time buat rendang ayam hijau

 fes time jugak buat bihun goreng tomyam


 family cikna

 kawan skolah rendah yg hampir 30 tahun tak jumpa..

 dah macam majlis besday pulak sebab ada belon2.. seronok budak2 tu bermain...

 dah kata blogger mmg wajib laa bergambar

 yus. kawan masa kt itm. pun blogger jugak

kredit to khairul utk pic ni. semoga persahabatan diorang sampai besar lah anak2...






Tuesday, June 30, 2015

Iftar bersama rakan blogger ~ 10 Ramadhan

maap laa semenjak puasa ni entry asyik pasal makanan jer... hikhikhik..
ni pulak kisah pada 10 Ramadhan yang lalu. hari sabtu.
besarnya hati bila ada rakan blogger CIKNA dan KYRUL sudi berbuka puasa di rumah saya..

walaupun 2 famlily jer tp rasa meriah sangat. diorang sampai dalam kul 7 gitu..
rayyan yg tengah mandi sambil nangis boleh lak ketawa  besar bila dengar  suara Haikal anak kyrul.
cepat2 nak kuar bilik air. anak cikna pun boleh tahan gak, main dengan abang2 kemain lagi..

kul 3.30 aku masuk dapor menyediakan apa yg aku dah plan. sebenarnya mula2 ramai nak datang, so konsepnya adalah potluck, saya hanya menyediakan main dish, nasi, sup tulang dan air bandung je.
 tp last minit hanya 2 family je yg dapat datang so saya sediakan semua. menu pun bertukar ke nasi ala arab, daging masak hitam, ayam goreng rempah, pajeri nenas dan sambal tomato. desert saya buat puding roti marble.

tapi cikna dan kyrul tetap jugak bawa makanan ayam masak merah, bubur kacang dan peratha telur..
sebab tu nampak makanan banyak...

gamble je masak tanpa test rasa. risau gak kang terlebih masin ke hape... tp alhamdulilah semua secukup rasa... kurang skit2 tu boleh dimaafkan laaa...takde laa terlampau masin atau tawar...

lepas je berbuka, apak2 solat berjemaah kt hall rumah. mak2 pulak solat kt bilik rayyan...

anak2 lak sambung main sampai tak nak balik, siap tengok movie upin ipin kt bilik rayyan. sian afiq tak sempat abiskan movie tu dah mama nak balik cepat.

sebelum balik diorang sempat tapau nasi dan lauk untuk sahur nanti. mmg saya sengaja masak lebih utk diorang bawa balik. alhamdulillah licin...

semoga bersahabatan kami berkekalan selamanya..

Insya Allah lepas raya nnt gathering lagi open house raya lak..




 
tengok gambar ni sambil menaip boleh pulak terliur

 
 puding roti marble

 dah 2 family jer semua boleh duduk kat meja, selesa lah skit...
 yg kosong tu kosi saya snap gambar dulu


 semoga persahabatan kami berkekalan... sayang diorang

 oleh kerana ramai lelaki, rania pun main otomen gak.. apadehal... janji bahagia

aduh makanan lagi....

kredit pic utk cikna & kyrul...
mak tak sempat pegang henpon amik gambar 


Tuesday, June 16, 2015

Family Day Gojes Blogger Supermom & baby



assalamualaikum... baru terhegeh2 nak update, event dah sebulan berlalu.
 huhuhu...
maap semuaaa...
sebenarnya event gbsb ni pada 16/5/2015 yang lalu. 
tak payah car saya dalam gambar2 sersebut sebab non hado..
 kalu ada pun mungkin sekeping dua je. 
mak jiwa kacau masa tu mood mmg ke lautan hindi

idea nak buat family day ni tercetus lepas gathering entry SINI.

so feed back ramai sgt yang nak join... 
maka bertungkus lumus Puan Admin cikna menjayakan family day gojes ni yang julung-julung kali diadakan..
bukan sedikit dugaan dan cabaran yg dihadapi okeh, 
tp cika gigih sangat, sampai saya respek giler kat dia.
saya sendri pun tak mampu rasanya nak deal dgn karenah Singgah Santai Resort tersebut, karenah ahli yg macam2... maap ye cikna...

2 hari satu malam mcm tak cukup untuk kami menjemah, bergosip ttg anak2, bertukar2 tips, cerita supermom kami semua..

saya yang berkonvoi bersama cikna tghari tu folo je keta cikna. 
 takut tersesat tah mana2 kang. masing2 bawa makanan potluck utk petang tersebut.

aktiviti petang tu mandi2 manda family sambil mak2 jemah kat pondok potluck. 
makanan lak giler banyak ko... mcm2 ada sampai ada yg saya tak sempat rasa..
tapi makanan saya paling cepat habis ko...
cepat je licin, suka...suka...

malamnya pula acara bbq, majlis sambutan hari jadi anak2 gojes dan bertukar2 hadiah.
yg mi pun best tp anak saya pulak buat perangai, maklumlaa dah penat berendam dalam kolam siang tadi. malam nya merengek, nangis yg tah hape2...

saya tak dapat stay lama masa ni sbb budak2 tu dah tak terkawal. lps makan saya terus bawa anak2  masuk bilik. saya wakilkan adik saya utk acara tukar2 hadiah tu.
nasib baik gak bawa dia..

hari terakhir kami pada hari ahad, adalah untuk acara sukaneka. yg ni aku sampai ketawa pecah perot. hadoiii kelakar. semua mak bapak sporting main game.. mmg gojes  betul diorang tau..

lepas tu masing2 buka barangan dagangan niaga. ada jual pin, ada jual bantal, plushie, sambal hitam, bawang goreng, pekasam daging... pendek kata semua barang ada laaa.
dannnn semua sedapppp sebb aku penah cuba dahh.

lepas lunch tengahari tu masing2 salam2 pelok2 sebelum bertolak balik. siyes rindu moment kat SS. tak tau laa lps ni boleh geder mcm ni lagi ke takk..
g pasti kena buat tabungan awal2 untuk next event GBSB....

terima kasih tak terhingga kepada para sponser hadiah,
yg mengerah tenaga menjayakan sukaneka keluarga yg sangat happening...
happy tak terkata. balik tu masing2 ber watsapp lagi kisah2 sampai laa ke citer hantu kahkahkah...

saya jugak menyediakan 3 hadiah untuk hadiah family paling sporting,
 family paling gojes dan family paling favourite.
 ni pun sekadar suka2 hanya untuk berkongsi rezeki atas
 bisnes lasagna saya tak seberapa. tanpa diorang takde yang 
tahu kot lasagna saya. terima kasih banyak2 gojes sekalian...

family paling sporting dimenangi oleh keluarga Anez. 
beliau paling jauh datang Ipoh nun semata2 untuk family day ni.
 tahniah Anez. 

family favourite dimenangi oleh keluarga kayrul.. 
haikal semedang tanya rayyan, rayyan lak kalu takde
 haikal mcm takde kawan lain nak main... bff sungguh diorng ni.

family paling gojes jatuh pada keluarga ciknad. tak tau nape
 tapi suka tengok ciknad dan falimy. tak sabar nak tunggu anak2 
besar nak jadi mcm fmly ciknad...

pemilihan saya telus ye takde pilih2 bulu...

InsyaAllah acara ni akan menjadi acara tahunan untuk Group Gojes.






majlis potluck, makan2 mandi2... mak2 menjemah je koje dia...

ni lak pic masa last day... cantik kan baju kami. kain lembut dan selesa sangat...

makanan potluck... byk yg ak sempat rasa. sbbmy bz monitor anak2 mandi2

tengokk habis licin macaroni cheese saya...

banner rasmi GBSB

haikal dan rayyan tak leh berenggang. sbb tu faveret family dapat kt kyrul...

hahhh tengok tu gaya cameraman. ohoiii siap ada offial photographer okeh event kami nih...

suasana malam birthday. meriah giler...

tengok laa bdk2 ni yg dah tak keruan... makanya lepas adegan tu selamat masuk bilik

berebut2 nak tiup lilin bday

muka2 mak gojes yg ceria hepi...

ciknad dapat pan. 

anez zamri dapat caserol dari langkawi

kyrul dapat tipuware ikea.

kemain bapak2 gojes yg sporting... biru jer semua.

acara sukaneka yg happening dan meriah giler... sporting semua.

anak-anak dara gojes... semoga bersahabat sampai ke besar okeh... 
pastu jd blogger macam mak2 korang

 ni hadiah yg aku sediakan. dalam paperbag tu hadiah utk birthday anak2 gojes, yg bereben tu hadia family gojes, family favourite, family sporting. pek2 kecik tu tu 10 peserta terawal mendaftar, dapat laa coklat dari langkawi, minyak gamat dan keychain dari langkawi...

korang boleh terjah blog diorang untuk baca event family dan perpart part...

GBSB Family Day 2015
☻Allene
☻Asleenda
☻Umi Pingu
☻Anez
☻Safura
☻Myzatul
☻DYatie
☻Ciknaa
☻Aznor
☻Hafizah
☻Eira Zainal
☻Kayrul 
☻Syamimi
☻Achiek Anis

☻Nadt
http://sayepunyebelog.blogspot.com/2015/05/family-day-gbsb.html


*kredit untuk semua gambar dari group whatsapp  GBSB

Thursday, September 4, 2014

citer raya yang tak abis2...geng gojes

raya tahun ni aku mmg takde buat official open house pun. eehh tahun lepas pun sama gak. mana ada wat open house. tp alhamdulillah tetamu datang beraya sentiasa ada. dan tahun ni jugak aku mmg takde gi open house rumah sesapa pun. sebab anak aku kurang sihat. malas nak usung dia ke hulu ke hilir gi open house. tau je lahh kat KL ni kalu syawal tu tak abis setiap minggu ada je open house rumah kengkawan. dengan nak mengadap jem lagi nak gi open house tu. appffrtttt..

idok laa mokcik sanggup. so setiap minggu bertapa je kat umah tunggu tetamu datang. sambil masak2 menu raya. miahahaha....

tetamu pertama datang umah aku jiran se gombak meranggap admin group gojes Cikna . cikna sefamily datang malam lepas maghrib sekali dengan opismate aku Kak ana. tapi kannn sobs...sobs... masa diorang datang tu aku mmg tak sempat nak prepare makanan menu raya. sebab siang tu aku keje weiii....
mmg bersalah sangat. aku hanya sempat goreng bihun putih dgn sosej je untuk budak2. sedey tau...

minggu berikutnya pulak geng gojes jugak datang beraya  Khairul sefamily dan Mimah jugak dengan family. kali ni aku sempat buat rendang ayam+nasi impit, macaroni cheese, puding koktel berkuah... dah kata raya kan, so menu raya mesti ada...

tq korang semua sebab sedui menjengah datang beraya walau hidangan tak segah mana...

 bila jadi blogger bergambar tu wajib. cikna, kak ana & family...

 khairul & mimah. baby mimah sedap pegang weii...

 ni yang sempat aku buat masa kayrul & mimah datang. macaroni cheese masih dalam oven.


rayyan mmg dapat geng laa masa khairul datang. abis kuarkan semua atomen dia...

Saturday, November 2, 2013

Geng gojes menjemah lagi...

pagi sabtu lepas yang tersangat la ohsem... geng gojes menjemah lagi uols... kali ni berpiknik tepi padang ala2 kat negara omputih gitew..kalu taksilap aku ni kali ke2 ke ke3 kot aku join gathering geng gojes. apa yang glamer sangat geng gojes ni wehh

tak sia2 aku join geng mommies gojes ni, sangat2 sayang dengan uols. semoga ikatan ukhwah berpanjngan. tq to http://nurmimy.blogspot.com/  sbb invite aku join. sgt ngn kamu jugak wahai MIMY. geng gojes wujud bila berkongsi cerita, tentang anak, tentang apa2 sahaja aktiviti, masalah tentang anak. yang paling aku suka geng gojes ni tak kedekut langsung dalam berkongsi ilmu. pastu yang lagi terharu kalu ada ahli yang ditimpa bencana, cepat2 buat kutipan derma kilat. mmg sangat rapat ukhwah yang terjalin. sobs...sobss.... hingus leleh...

ok. lokasi kali ni adalah di Taman Metropolitan, Kepong. ada gak yg panggil taman layang2. apa2 je yang penting seramai 12 mommies gojes berkumpul di sini dan bikin jeles kat semua yang tekleh datang ritu. hahaha.... rasanya aku yg paling tua di kalangan uols... segan tau...

gathering start kul 10pagi. kul 5.30 pagi aku dah bersilat gayung siapkan macaroni cheese. buat air sirap, prepare sume brg2 nak berpiknik tikar, pinggan cawan polistrin. sedang2 elok anak2 bangun terus mandikan dan ready to go. mmg tak breakfast sbb nk mkn dgn diorg kat sana.

part yang paling best ialah tengok gelagat anak2 semua....  gelak sorang2 bila uols upload gmbar kat FB masing2. ehh korang aku cilok gak gambar kt FB korang buh dalam blog amerislovely ni... minta izin yer...


klakat pic ni, umi Qi bz tol dok ngejor Qi yang takde break...

 masing2 bz menjemah...makan...menjemah...makan.... first time jumpa cik naa. baby dia behave sgt tau...

aku bz nau dgn 2 beradik ni yg masing2 blm mkn pape lagi. kehulu ke hilir rayyan bawa mangkuk polistrin tu. tak tau nak mkn apa kot sbb bnyk sgt mknan...

 apsal aku intim nau dgn baby cik naa tu?? hapekahhh??? no...no...no...

si rayyan  ni suka sgt ngendeng menan org tau...

 statement khairul yg buat aku gelak guling2 siap copy paste kt hubby lagi....

korang ni kan blm tgk lagi aku jd naga dgn anak2 benornya...

betapa banyaknya makanan weh... ni blm lagi masuk tikar lagi satu.... haa ko..

aku heran dgn pic ni apsal papa gojes dok bz dgn hp memasing?? update FB ke?

tikar ke2... pon macam2 ada... syamimi & ciknaa, eehh hannah anak anez yg comel gitew...
yaya melalak nak patung omputih hannah...

kali ni keta kontrol anak ain lak si rayyan rembat. sian kat raees...

sebelum balik, sesi menapau makanan. laaiii....laii..... 2 singgit...2singgit....

gambar jemah gojes wajib ada sebelum masing2 balik... love uols so much.... 
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015