Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts
Wednesday, December 9, 2015
Wednesday, February 25, 2015
orang Kelantan: Mentaliti tentang kebersihan....
dah lama nak tulis pasal ni tp takde gambar,
sebetulnya tak sempat aku nak snap2 gambar.
nak citer tentang sikap, tentang habit,
tentang...tentang... perangai manusia nie..
aku kan tiap kali balik kg di Kota Bharu mesti sentap skit pasal ni.
asal singgah surau/masjid je mesti pempes bersepah sana sini..
Sepanjang jalan menuju ke Kota Bharu mmg kami akan singgah
di surau/masjid di tepi2 jalan.
KL-KB takde highway okeh..
jadi tempat2 tu adalah port kami yg ada anak2 kecik untuk
berhenti tukar pempes, buat susu, dan bersolat.
tapi malangnya... keadaan kebersihan surau/masjid sangat2 memalukan.
tak tahu lah orang jenis camni kat rumah diorang buang pempes mcm jugak ke ehh...
aku confirm diorang tak buat mcm ni kat rumah.
kalu tak mmg dah kena sound tepat dengan suami kot..
dan aku pasti sangat ni keje mak2 orang.
abis takkan suami pulak yg tukarkan pempes kat toilet pempuan kan..
sangat memalukan sikap mcm ni. dah laa kat rumah Allah, nampak sangat laa tak menghormati apatah lagi nak menjaga tempat ibadah dah rumah Allah.
cer pikir guna otak skit, takkan laa korang harapkan
AJK surau/masjid tu nak kutip pempes anak korang.
ke ingat mcm RNR yang ada cleaner tolong cuci dan bersihkan tempat tu.
dah laa main tinggal mcm tu, pastu ada yg ternganga siap bertaik.
adoiii... jenis manusia apa ni wehh..
wahai suami tolong laa ingatkan para isteri korang boleh tak..
aku kalu travel siap bawa plastik utk isi pempes anak2 aku yg kotor,
sbb tak tergamak nak buang bodo2 dalam tong sampah camtu je.
kalu takde tong sampah kitorang bawa plastik pempes tu sampai ke hentian seterusnya...
aku paham korang ada anak anak kecik, nak mandikan nak tukar pempes,
tapi takkan sampai lepas tangan camtu...
pastu kalu hulur dalam tabung masjid tu ok lah jugak,
boleh laa masjid tu upah cleaner nak cuci bahan tinggalan ko tuh.
ni harammm xde.dah laa abis family dok mandi manda kat masjid,
siap makan berkelah kat situ. pastu tinggak bekas polistrin gitu jer...
mcm ni perangai apa ehh... ???
patutnya AJK surau/masjid kutip je RM10 untuk sebijik keta yg masuk dalam masjid tu.
boleh gak buat kebajikan, upah cleaner nak bersihkan masjid.
ni pakai kemain cantik, lawa.. tp bila bab kebersihan 0 bebb..
boleh dikatakan semua masjid/surau mcm tu.
mentaliti manusia tahap ape ni ooii...
aku syak kebanyakan orang kelantan mcm ni laa kot.
tp bukan aku okeh..
sebab sepanjang perjalanan tu kebanyakannya orang kelantan je yang singgah..
sesungguhnya aku sebagai orang Kelantan teramat malu dengan keadaan ini..
ni masjid yg aku singgah masa otw balik KB-KL ari tu... dalam kawasan masjid tu ada tabika, dewan orang ramai. tak malu ke diorang ni ehh...??
sentap jiwa aku tengok keadaan cam ni okeh...
main letak jer mana2 ko suka pempes anak ko.
padahal tong sampah belakang dinding sinki tu jer... berat sangat ke ehh??
hahh ni siap berkelah bagai. aku harap dia boleh kemaskan balik tempat makan tuh...
#maaf kalu ada orang kelantan yg sentap dengan entry ni.
#rakyat negeri lain pun sama jugak kalu mentaliti pengotor macam ni.
#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding
roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.
Friday, August 22, 2014
HariBerkabungNegara#MH17
salam takziah untuk semua penumpang dan keluarga MH17. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. walaupun tiada keluarga dan sedara mara yang terlibat, tetap terasa kesayuan dihati dengan tragedi yang menimpa. AL-FATIHAH
Thursday, September 5, 2013
Wujudkan roh Islam dalam rumahtangga
ok, semalam aku ada beli majalah Nur ni sbb tunggu cik somi lambat sgt. ada satu artikel dalam majalah tersebut yang sangat menarik bagi aku. aku rasa semua orang nak yang terbaik untuk anak2 dan keluarga. bila aku baca artikel ni kita boleh muhasabah dan ukur balik level kita.
dalam membina rumahtangga yang ada cita2 Islam, pasangan suami isteri memberi perhatian berat kepada:
1. bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan di dalam diri mahupun kuarga.
2. bagaimana hendak mendidik anak2 secara Islam dgn lebih berkesan lg.
3. melatih anak2 agar pandai mengurus rumahtangga baik lelaki dan perempuan
4. menghiburkan anak2 dan seisi keluarga secara halal agar mereka tidak tension.
5. bagaimana mereka mentaati Allah, Rasul dan ibubapa.....
Suami isteri yg tiada cita2 Islam pula akan hanya tertumpu pada duniawi sahaja, makan minum keperluan rumah, melancong, perabot dan duit semata2.
mereka dari golongan ini juga hanya menceritakan hal ehwal jiran, keluarga, masa depan, masa pencen, cerita mengenai pejabat, mengumpat mengata org2 tertentu yg mereka benci/iri hati.
atau juga sering bertegang urat suami isteri dengan masalah cemburu,bersikap kasar dgn anak2, suka berleter,
cerita tentang Islam, ibadah, akhlak,akhirat, pahala, solatatau cerita bagaimana nak mendidik anak2 secara Islam langsung tiada.
akhirnya tujuan asal berumah tangga dah tiada.kasih sayang dah nipis, anak2 tidak hormat ibubapa, maka hubungan antara ahli kearga jadi renggang..
kesimpulannya sesebuah rumahtangga tidak lebih dari satu cara untuk mendekatkan diri dengan tuhan. melalui suami & isteri, ia menjadi satu cara untuk membesarkan Allah. jom muhasabah diri kita di golongan mana..
dalam membina rumahtangga yang ada cita2 Islam, pasangan suami isteri memberi perhatian berat kepada:
1. bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan di dalam diri mahupun kuarga.
2. bagaimana hendak mendidik anak2 secara Islam dgn lebih berkesan lg.
3. melatih anak2 agar pandai mengurus rumahtangga baik lelaki dan perempuan
4. menghiburkan anak2 dan seisi keluarga secara halal agar mereka tidak tension.
5. bagaimana mereka mentaati Allah, Rasul dan ibubapa.....
Suami isteri yg tiada cita2 Islam pula akan hanya tertumpu pada duniawi sahaja, makan minum keperluan rumah, melancong, perabot dan duit semata2.
mereka dari golongan ini juga hanya menceritakan hal ehwal jiran, keluarga, masa depan, masa pencen, cerita mengenai pejabat, mengumpat mengata org2 tertentu yg mereka benci/iri hati.
atau juga sering bertegang urat suami isteri dengan masalah cemburu,bersikap kasar dgn anak2, suka berleter,
cerita tentang Islam, ibadah, akhlak,akhirat, pahala, solatatau cerita bagaimana nak mendidik anak2 secara Islam langsung tiada.
akhirnya tujuan asal berumah tangga dah tiada.kasih sayang dah nipis, anak2 tidak hormat ibubapa, maka hubungan antara ahli kearga jadi renggang..
kesimpulannya sesebuah rumahtangga tidak lebih dari satu cara untuk mendekatkan diri dengan tuhan. melalui suami & isteri, ia menjadi satu cara untuk membesarkan Allah. jom muhasabah diri kita di golongan mana..
dan lain2 lagi. korang boleh beli majalah NUR ni yg September
Wednesday, May 15, 2013
Heyyy... kenapa dengki sangat ni??
assalamualaikum uols... reader & silence reader. aku betul2 tak paham bila ada orang yang tak berapa gemar dengan kita tapi still nak amik tahu pasal kita. eehh.. apa baju kita pakai ari ni? ooo... minggu lepas dia gi Mid Valley rupanya... laaa berbisnes pulak minah ni skrg... HELLO, blog ni hanyalah blog tentang perjalanan kami suami isteri membesarkan anak2 dan kisah keluarga aku.secalit pun takde umpat mengumpat, bergossip, maki hamun atau yang seumpama dengannya. kalu kau tak suka tak payahla buka blog aku. tak payah nak berjeles2 dgn aku pun. sikap kau tu buat hati kau jadi makin hitam dan hitam setiap hari bila dok dengki je kat orang. segala resepi(yang tak banyak mana pon) yang aku letak dalam blog ni untuk sama2 berkongsi ilmu. bisnes ciput aku pun guna resepi yang sama yang ada dalam blog. tapi kalu dah menyalahgunakan pikir2 lah sendiri. eehhhh... kau kan tak suka aku tp kenapa hari2 kau buka blog aku?? bukan ke pelik tu??
Ubah la sikap dengki kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga. tapi kalau kau tu manjang je dengki, orang boleh nampak sikap sebenar kau tu. sangat2 busuk hati.
SEKIAN...
Ubah la sikap dengki kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga. tapi kalau kau tu manjang je dengki, orang boleh nampak sikap sebenar kau tu. sangat2 busuk hati.
kalu kau rasa nak berblogging jugak sila...sila...takde sapa pun nak marah. tapi hormat la gambar2 dalam blog orang lain. jangan main CnP je pastu dok canang tu kau punya gambar, padahal seantero dah tahu kau cilok orang punya. atleast bagi la kredit kat tuan punya.
Cubalah atasi masalah perangai2 buruk ini dengan membaca doa dari surah
(AL Hijr : 47).
Dan kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad
dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih
mesra), serta mereka duduk berhadapan2 di atas pelamin masing2.. SEKIAN...
Thursday, March 21, 2013
Bahaya rotavirus
asslamuaikum uols, fakta kat bawah ni aku google je. lepas apa yang menimpa suami & anak2 aku ari tu, mmg aku google abis la ttg RotaVirus ni. untuk rujukan semua yang ada anak patut tahu ttg virus ni....
korang semua, kalu ada ciri2 muntah, demam dan cirit birit cepat2 ke hospital. tak semestinya kanak2, suami aku pun kena jugak tau.jangan amik ringan sbb ada kes sampai meninggal. ngerinyaaa... cepat2 istighfar.. oohh.. lagi satu kalu anak korang tetiba cirit, muntah tak semestinya rotavirus. mungkin jugak keracunan makanan. kena buat lab test najis untuk confirm rotavirus.
bukti ketiga-tiga insan kesayangan aku positif rotavirus.
bukti ketiga-tiga insan kesayangan aku positif rotavirus.
rayyan
suami
yaya
Rotavirus,
sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di
kalangan kanak-kanak.
Ia bukan
sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah
lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.
Profesor
Paediatrik Fakulti Perubatan dan Perunding Kanan Gastroenterologist dan
Hepatologist Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Lee Way
Seah berkata, rotavirus adalah penyebab utama gastroenteritis teruk di
kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.
"Di
negara membangun, rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian
kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di
kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.
"Rotavirus
menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan
gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di
kalangan bayi dan kanak-kanak," katanya.
Tambahnya
lagi, rotavirus tidak memilih mangsa dan tempat untuk dijangkiti walaupun
berada di tempat dengan air bersih dan sanitasi yang baik.
"Hampir
semua kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus menjelang usia lima tahun.
"Kajian
terkini menunjukkan bahawa 86.1 peratus daripada kes gastroenteritis rotavirus
berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan 35
bulan," kata Dr. Lee.
Ujarnya
lagi, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi
untuk mencegah jangkitan rotavirus.
"Namun
demikian, vaksin rotavirus telah didapati paling berkesan dan selamat dalam
pencegahan jangkitan rotavirus di kalangan kanak-kanak.
"Kami
menyeru semua ibubapa di Malaysia membuat pertimbangan untuk memvaksinkan bayi
mereka terutama bayi yang berumur kurang dari enam bulan dengan vaksin
rotavirus untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan," katanya.
Ujarnya
lagi, adalah sukar untuk membezakan cirit-birit yang disebabkan oleh rotavirus
dengan yang disebabkan oleh jangkitan lain.
"
Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana simptomnya mungkin sama. Walau
bagaimanapun, simptom jangkitan rotavirus selalunya lebih serius daripada
cirit-birit akibat jangkitan lain.
"Antara
simptom jangkitan yang boleh dikenalpasti adalah muntah yang berlanjutan
sehingga lapan hari, cirit-birit yang teruk melebihi sepuluh hari, sakit pada
bahagian abdomen dan demam yang berlarutan," kata Dr. Lee.
Menurut
beliau, cirit-birit yang berlanjutan sehingga tiga minggu dan muntah secara
kerap boleh menyebabkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair dalam badan.
"Jika
keadaan ini tidak dirawat, dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan
organ, kejutan malah kematian di kalangan kanak-kanak," ujarnya lagi.
Dr. Lee
berkata, kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sebelum dan selepas mereka jatuh
sakit. Demikian pencegahan dan perlindungan dari ibu bapa dapat mengelak virus
ini menjangkiti mereka.
"Pembasmian
kuman pada alat permainan dengan kerap dan mengamalkan amalan kebersihan diri
yang baik iaitu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas
menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
"Selain
itu mereka juga dinasihatkan mengambil pelalian rotavirus kerana kanak-kanak
yang dijangkiti rotavirus mengumuh 100 billion partikel virus setiap gram najis
dan hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku
jangkitan," kata Dr. Lee.
Menurut
beliau, walaupun amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah pencegahan
yang lazim, kesannya adalah terhad untuk mencegah penyebaran rotavirus.
Friday, November 23, 2012
Wednesday, October 10, 2012
‘Bicara Ustazah Pilihan’ dengan tajuk ‘Antara Keluarga dan Kerjaya’
sempat bergambar dengan Ustazah Pilihan Akidah. Baru 11 ari menjadi isteri masa ni.
Isnin 8/10/12 kelab kt opis aku ada menganjurkan forum ‘Bicara Ustazah Pilihan’ dengan tajuk ‘Antara Keluarga dan Kerjaya". Program yang cukup terkesan dihati yang paling dalam bagi aku. Betul kata INAACHIK, bila kita sentiasa hadir di majlis ilmu, hati kita mcm di caj semula "iman itu ibarat pokok. tak disiram layu... jadi harus terus disiram agar
terus segar."
dua-dua mestilah seiring. tak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai ibubapa, isteri dan keluarga. sebab yang kekal kita kejar ialah syurga nun di sana. alangkah bahagia jika satu keluarga dapat bersama di sana kelak. yang sempat aku share kt sini:
Dr Rubiah mmg cool sgt2. kaya dengan lawak jenaka dalam penyampaian. kdg2 yg sinis kena tepat kt kita.
2. kat opis kemain lg senyum meleret, bibir merah menyala, tp bila dengan suami kat umah muncung sedepa. oohh.. tersangat la tak berkat sbb yang bagi keizinan kerja ialah suami.
3. biar ada sistem kat rumah,time makan, belajar, solat, mengaji. seminggu sekali spend masa bersama anak baca hadis bersama, cerita tentang sejarah nabi, jgn dok cite ttg fairy tales je.
sangat kusyuk mendengar Dr rubiah berceramah..smpai xsedar masa.dengan lawak jenaka dia yg selamba...