Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Tuesday, August 15, 2017

DIET: kembali ke pangkal jalan

2 minggu lepas saya dah start diet. kali ni betul2 nak diet dah..
tak nak lagi acah2 konon. update fb nak diet pastu kelautan hindi..
target nak capai 50kg sebelum balik raya nanti.
 harapnya berjaya lah. paling tak pun sebelum saya bercuti bulan depan.
 saya ni jenis susah nak berpeluh.
 jogging 1 pusingan tasik titiwangsa pun peluh malu2 jer nak keluar.
 kalu suami mmg lenjun laa baju. 
tu salah satu sebab jugak saya susah nak turun berat badan.
 metabolisma rendah... huhuhuhu...

mcm bulan puasa aritu. berat statik jer tak naik tak turun, 
suami pulak yg turun sampai 4kg!!! jeles ..
geram tau... nasib baik masa raya tu berat pun statik jugak.
 mmg saya beringat abis bab makan, sebab takut lg naik.

kali ni saya buat diet atkins versi derhaka.
badan saya mmg kurang gula, mmg tak boleh kalu tak amik gula langsung.
tapi saya tukarkan pengambilan gula tu kepada buah.
so pagi amik buah sebiji epal/kurma dan telo dadar/rebus/scramble.
petang kalau lapar sgt2 amik biskut sekeping je. 
malam menu atkins mcm gambar di bawah.

disebabkan saya cheat buah dan biskut maka saya panjangkan diet ni kepada 3-4 minggu.
so dalam masa sebulan makan tu je laaa...
tak rasa pening menggigil ke??
mula2 dulu mmg saya rasa pening dan menggigil, 
tp sebab kita dah biasa mkn mcmni lama2 akan ok  laaa... 

sbb tu saya kena jugak amik yg manis(buah) 
tp air manis mmg tak ambik langsung. 
kalu malas nak masak saya mkn jer kfc tanpa kulit.
saya pun takde laa 100% folo atkins. dalam telo tu saya bubuh jugak kicap.
ayam pun cicah sos cili. sikit2 laa bg rasa kan.

sebaik2nya sebelum diet tu pegi klinik dan buat blood test dulu.
kadang2 kita tak tahu apa yg lebih dan apa yg kurang dalam badan kita. 
dan dapatkan nasihat doktor tentang pemakanan kita untuk diet...
doakan saya istiqamah dan berjaya kurus ye kawan2...



menu diet atkins yg saya folo. tp derhaka amik buah & mkn biskut sekeping.


tengok badan mcm takde laa beso mana, 
tp bila timbang berat tu nak cecah 60kg lg skit jer..

 menu semalam capati dengan kari ayam. 
mkn 1/2 keping capati cicah ujung2 jer bagi rasa...

 menu lunch kat opis.

breakfast. sendu plak tengok salad tu.  dah telo tu panas2 letak salad terus tutup bekas. rupa itu laa jadinya...




Wednesday, July 1, 2015

TEKAD: Berat badan harus dikurangkan semasa puasa.... berjayakah AKU?


puasa tahun ni saya tekad nak kurangkan berat badan.
 nampak tak berat badan terkini 53kg. ni ketika baru lepas berbuka puasa. 
sebenarnya tu pun dah kurang sekilo lebih kot berbanding sebelum puasa ritu.. alhamdulillah... tapi yg risaunya naik tu mendadak lak bila dah lepas raya nnt. 
sure open house pun merata2 setiap minggu. 

harapnya lepas berpuasa nnt berat saya boleh berkurang paling kurang pun 50kg.
sebenarnya saya nak kurangkan berat badan bukan semata2 utk cantik
 tp untuk kesihatan jugak. dengan ketinggian 153cm tak boleh 
nak bayang kalu berat saya dah jadi 60++kg hadoi dah mcm ayam katik gayanya...
 
lagi satu saya takut bila terlebih berat akan menyebabkan 
penyakit lain pulak datang mcm darah tinggi, jantung dan sebagainya... 
skrg pun saya dah mula rasa cepat penat dan sakit tumit bila berdiri lama. 
mungkin jugak faktor umur kot bila dah menghampiri 40an.. sedar diri
 
yg paling saya risau lagi bila berat badan terlebih akan 
menyebabkan kesukaran untuk solat.. ohh yg ni palinggggg takut.
buka puasa pun makan sekadarnya.. 
sbb tak nak rasa padat perut masa solat maghrib dan terawih...
so cepat2 sedar diri dan muhasabah diri. kurangkan berat badan bukan utk cantik semata. tp itu satu bonus jugak bila dah kurus otomatik akan nampak cantik laa kannn... takde laa pakai baju pun benjol sana sini.. berlipat2 spare tyre tu.. sobssss
 




Thursday, April 10, 2014

day 4 ber DIET ATKINS

uols.... hari ni hari ke 4 aku berDiet Atkins(DA). pada yg tak tau, DA ni tak amik karbohidrat langsung. maksud aku no nasi, me, pasta,roti, meehun dan yang sewaktu dengannya. Hanya makan lauk sahaja. pengambilan karbohidrat tak boleh lebih 20g sehari.

sepatutmya dah hari ke5 tp smlm aku tipu sbb mkn laksa masa jamuan kat opis. skit je pon dlm 3 sudu gitu, tp tak boleh jugak. so hari ni kira hari ke4 balik.

bsetakat ni rasa ringan je badan. perut aku pun rasa dh susut skit. aku belom lagi timbang berat aku yg terkini. sblm diet berat aku 54kg...

hari ke2 gigil mcm nak pitam jugak weyyy... maklum laa perut melayu, pagi mkn nasi lemak + kuih lagi, tghari nasi campur, malam makan heavy lagi... maunya tak gigil bila 2 hari tak makan heavy..

harap semangat aku kuat untuk terus berdiet. dapat berat 50kg pun dah ok sangat....

eehh kalu ada geng diet best gak ni... sapa yg tgh diet jommm 



ni cadangan menu untuk Diet Atkins aku seminggu...

#LEPAS REFER KAT PAKAR BFAST KAT ATAS TU TAK LEPAS RUPANYA, KICAP & MAKANAN PROSES(SOSEJ) TAK DIGALAKKAN RUPANYAA....TAKPE ESOK MASIH ADA...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015