Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

Macam-macam cerita...

wahh.. lamanya "bercuti" berblog. tiap2 hari buka tapi... ntah. mood ke lautan hindi sungguh. mcm byk benda nak citer.
byk sgt kisah yg berlaku sepanjang lps besday rayyan bulan lps. sbb





 saya dah pandai buat kuih lapis. yeayy... nnt saya share resepinya. puas hati buat sendiri.***tetiba kuar kuih lapis plak..


tak nak terlepas moment besday anak tu saya delay masuk wad. hahaha... pilih hari nk warded sbb tak nak bg kena masa hari skolah. nak dekat raya cina tu 25/1 saya diwardedkan. sakit apa??? batuk je pun... tapiiii dah 2 bulan weiii. sampai sakit kat dada dok meneran batuk siang malam. tahap rasa mcm nak terkeluar biji mata, anak tekak lah dia punya sakit tu.

nasib baik tak proceed beli tiket gi krabi sbb kenkonon sblm tu nak gi krabi masa cuti raya cine. cuti kan panjang bersambung2..


tuan tanah di department baru...

masa kat hospital, dapat tahu pulak bertukar ke department lain.... syukurrr sgt. dah lama saya nak tukar. penat dah mengadap ragam customer.

lps 3 hari pindah dept baru rayyan pulak tak sihat. balik sekolah nafas dia bunyi lain macam. terus bawa ke klinik abik neb. dia mmg ada history skit. smpai tgh malam 3.30 pagi saya gi klinik bawa dia ambil neb. cutikan dia 2 hari sblm Thaipusam ari tu. sbb repeat ambil neb 5 jalm skali. yaya je ke sekolah. bila ambil dia tghari tu hepi sungguh. kawan2 rayyan beramai2 datang tanya khabar bersalam. alahai sweet sungguh rasa..
berebut2 nak besalam...comel je semua.


berserabai abis yaya bila tghari amik dia kat school..
 hepi bila tgk saya yg dtg bukan naik van skolah 

azam saya untuk berbekal masih lagi kuat. setakat ni setiap hari bawa bekal. kalu sempat ambil laa gambar buh kt fb bg inspirasi kat mama yg bekerja. kita mampu sediakan bekal untuk anak2 wpun bekerja. yezzz...

sepanjamg sebulan ni byk juga buat perubahan kecil2an pada ruang2 di rumah.ntah bila nak share.
ruang dapo yg bocor ritu dah pun siap. tp tak share2 jugak. sabar laa korang ehh..

kebun saya yg sekangkang lipas tu pun dah berubah jugak.. 
semua dah bawa ke belakang rumah. kenkonon edible garden laa..sekarang dlm proses mencantikkan skit area blkg tu. guna bahan terbuang je pun.  nnt2 saya share yer...

Tuesday, December 6, 2016

hello Disember

sekejapnya masa berlalu... dah masuk Disember pun. tak sampai lg sebulan dah masuk 2017. xoxoxo...
rasa macam baru jer tulis azam dan wishlist 2016 kat blog ni.. 

tup..tup.. dah nak masuk 2017.  banyaknya perkara suka duka sepanjang 2016 ni.
kehilangan mak mertua pada Mac, 
skali lg kehilangan sahabat alam maya kak intan Kamariah pada May.

berjaya turun berat badan ke 50kg.. 
dan yg agak penting jugak tahun ni tahun akhir saya 30an.. 
tahun depan dah masuk 4 series tau... ahaksss... 
harap maintain vogue dan iman pun makin bertambah seriring usia. 

ohh... tahun depan 2-2 anak dah bersekolah. walaupun tadika tapi rasa omg... 
dah besar rayyan & yaya. harap 2-2 membesar menjadi anak yg soleh & solehah...

harap tahun 2017 nanti saya makin gigih berbento utk anak2, suami dan saya sendiri.

ada wishlist 2017 nnt saya update lagi. ngeeee...
 





Wednesday, July 27, 2016

MEMBEBEL: di kala umur meningkat.


Tahun ni adalah tahun akhir saya menyambut hari lahir 3 series.
 Actually lagi 2 bulan pun besday tu. Masuk 2017 aku dah 4 series uolss…
Mmg terasa sangat meningkatan umur tu. Sobs..
 bukanlah bersedih Cuma mcm banyaknya nikmatNya saya telah rasai sehingga kadang2 leka dengan dunia. Jika ditanya apa yang saya inginkan,
 saya hanya ingin lebih banyak masa diluang bersama anak & suami.
 Bukan lah selama ini saya tiada masa langsung tetapi kekangan kerja membuatkan masa begitu suntuk. Setiap pagi keluar rumah seawal kul 7, ada kwn2 lain keluar rumah pukul 6 lagi!!! Oohh ini saya tak sanggup. Bertemu dengan rumah semula kul 7.30- 8 malam.

Balik kje berkejar pulak dengan solat mandi, sediakan mkn malam, kemaskan dapo.
 Lepas tu series mmg penat giler rasa. 
Masa lagi ada sejam jer bersama anak sebelum tido. 
Ikut hati mmg nak landing je depan tv dengan suami layan drama2 sambil santai hirup kopi.[BERANGAN] Tapi gagahkan jugak laa ajar anak selai dua muka surat membaca, bermain, belek buku sama2 dengan diorang.

Esoknya ulang lagi rutin yang sama. Sighhh!!! 
Dan saya yakin ada mak2 yang lebih sibuk dari saya.
 Seharian x sempat tengok pun anak sbb kul 9 anak dah tido, mak pulak kul 10 baru dapat jejak rumah… bukanlah merungut, tp inilah reality hidup di ibukota Kuala Lumpur.

Ada jugak kata “apsal tak masak?? Kan senang beli jer….”
Yer mmg senang beli bungkus je.
 Tapi saya lebih suka masak sbb bukannya saya masak sedap,
 tp soal kebersihan dan air tangan. 
Walaupun saya hanya masak nasi & ikan goreng kicap.
 Saya lebih puas bila masak untuk keluarga sendri, wpun sedikit penat disitu. 
Bila saya bgtau mcm ni bukan lah bermakna saya langsung tak pernah makan di luar,
 jangan pula silap faham. 

Bila anak2 dah semakin membesar,
 mmg saya nak spent masa bersuami [jika di panjangkan umur, InsyaAllah]. 
Buat aktiviti bersama. Berkebun, berjalan2 ke negara orang, pergi masjid bersama.
 Pergi bersenam ke taman bersama.. oohh ohsem sangat rasa.

Saya mmg tidak setuju bila akak2 yang dah nk pencen kat opis saya berkata “mati kutu laa akak bulan depan, tak tau nak buat apa bila pencen nanti.
 Dok umah pandang siling je laa nanti…” 
ohmai… tak tau apa di minda diorang ni, buat keje ni bila gi opis je ke??
 Sedangkan banyakkkkkk nya benda yang boleh di buat di rumah.

Anak2 tak selamanya bersama kita. 
Bila meningkat remaja diorang dah tak nak ikut ibubapa diorang dah. 
Lebih suka isi masa dengan aktiviti masa diorang sendiri,
 dengan kawan2 dan akitivi sekolah.
 Ni pun berdasarkan pengalaman saya sendri.
 Di sini pun perlunya ibubapa memantau jugak apa jua aktiviti anak2.
 Zaman teknologi serba canggih ni semua dihujung jari mmg perlu pengawasan ibubapa.

Begitu juga seterusnya roda kehidupan bila mereka berkahwin dan berkeluarga
, mereka akan bersama keluarga mereka,
 dan kita[isteri] akan tetap bersama pasangan kita[suami].

Bila ada yg mengusik bergurau [mungkin dalam serius] saya 
anak2 dah besar, tak nak beranak lagi ke??” saya hanya gelak.. 
langsung tak kecik hati pun.
 Rezeki anak pun Allah yg bagi, amanah & tanggungjawab yang paling berat untuk kita.
 Kalu setakat beranak ramai, tp semuanya huru hara.
 Hmmm… lagi pun bila doctor kata ada kompilasi jika saya mengandung lagi selepas bersalinkan yaya dulu, saya tak nak amik risiko tu. 

so untuk masa sekarang biarlah saya membesarkan diorang dengan penuh kasih sayang, dan mencukupkan keperluan diorang, rohani dan jasmani. 
InsyaAllah... doakan saya diberikan kesihatan yg sebaiknya....

Friday, July 22, 2016

Ceritera sebelum raya...

baru ada masa lapang skit nak update blog.
 mak mmg bz skit dan malas nak update blog. tak tau apa sindrom yg menyerang dah sekarang. ngeh..ngeh..

sehari sblm raya saya keje lagi. 
sadis tul tau bila tgk timeline FB semua dah pakat update dah bakar lemang, 
dah buat ketupat & rendang kat kampung. 
sedangkan saya dan beberapa orang rakan masih lagi di opis.
huwaaa... terasa lambat betul jarum jam bergerak tau.

nasib baik SSM yang baik hati melepaskan kitorang balik kul 3 hari tu. 
hepi sangat rasa. 
kul 3 je terus shoot masuk hiway.
 benti jap di McD beli bekal untuk berbuka.
saited sgt rasa masa tu.

oohh... anak2 saya dah siap2 suh adik antar ke opis kul 1 tghari tu.
nasib baik customer tak ramai. berlari2 diorang kat opis,
 kebetulan ada gak anak2 staff lain. mmg ada geng laa.

bila baca org lain update balik kg, saya pun saited jugak laa weiii... terus wefie dlm keta dengan caption #doakan kami selamat pulang ke kg. yeeehaaa....
 
 

 nampak tak masing2 teruja tak sabar2 nak balik kg tu... tq uols..

wefie jugak dalam keta otw balik kg... alhamdulillah diorang dh makin besar dah behave

Friday, May 13, 2016

bebelan hati..

hampir ke pertengahan tahun 2016 dah kita. sekejap je kan... 
rasa mcm baru saja masuk tahun 2016..ehh 
dan tak lama lagi kita akan menyambut puasa. InsyaAllah...

lepas tu ada lagi 6 bulan utk tahun 2016.

 Rasa tahun ni banyak benda yang buat saya lebih positive
 & lebih kuat berbanding sebelum ni. 
Permulaan tahun tak berapa baik... tapi ada hikmah disebaliknya.
Ada beberapa ujian dan dugaan yang berlaku dalam 3 bulan pertama tahun ni.
hasrat nak carry forward cuti 12 hari tak kesampaian bila Mak mertua saya operate kaki sebab kencing manis pada penghujung Disember tahun lepas, 
kemudian disusuli dengan dugaan kedua2 anak sakit  sampai warded hospital, 
dugaan lagi bila mak mertua saya meninggal dunia pada Mac,
April saya pulak sakit mata sampai MC seminggu.

 Saya belajar untuk lebih bertenang, 
berfikir sedalamnya dalam buat keputusan & lebih bersabar.
 Belajar untuk lebih rasional dalam mengawal emosi terutama dengan anak-anak.

Alhamdulillah…sangat bahagia bersama family kecil  saya. 
Semoga Allah terus panjangkan tempoh pinjaman insan2 kesayangan ni di sekeliling saya ni. Tak ada perkara yang lebih indah & mahal dalam hidup ni melainkan kebahagian bersama keluarga tersayang.
 
KELUARGA
Masih tetap berempat  =). Jangan tanya bila saya nak mengandung lagi..hehee

Alhamdulillah….saya bahagia dengan keluarga kecil kami ni.
 Bahagia dikurniakan suami & anak yang baik yang menjadi pendamping 
& pelengkap hidup.  

Doa saya setiap hari semoga Allah terus bagi kesempatan untuk saya terus merasai kebahagian bersama suami & anak.
 Diberi kesempatan untuk mendidik & melihat anak membesar dengan baik.
 sangat2 bersyukur punya suami yg sangat memahami dan sentiasa support saya.

KERJAYA

Masih bekerja di tempat yang sama.  
Alhamdulillah….genap 10 tahun  saya kerja di sini tahun ni. 
Banyak yang saya belajar & timba pengalaman dekat sini. 
Majikan yang baik &  Dikelilingi officemate yang baik2.
 
 Cuma cabaran kerja tu normal la. Saya anggap semua tu pengalaman berharga untuk saya.  InsyaAllah akan try improve diri lagi lepas ni.
 Banyak lagi benda saya kena tahu dan belajar.
 Belum ada sebab saya nak keluar dari sini sebab semuanya masih ok. 
Baik dari gaji, environment dan lain2. Dah cukup untuk saya. 
 Tak semua tempat kerja tu  perfect kan?mesti ada jugak kekurangannya .
 
BUSINESS

business lasagna saya masuk tahun ke 4. Masih lagi beroperasi sampai sekarang. . Alhamdulillah…sambutan pun sangat baik. 
Sebab ni bisnes kecil-kecilan & part time,  saya buat setakat yang termampu. 
 dah tahun ni saya mula expand cuba buat frozen food. alhamdulillah sangat2 menggalakkan. dari buat utk makan-makan sendiri dan ada permintaan utk jual.
rasanya business masak-masak dan makanan je yang sesuai dengan saya kot. 
benda-benda lain tak reti sangat. 
 
Semoga Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik dan boleh manage time dengan baik. Sama rata untuk kerja dan family. Untuk fizikal & rohani. 
Bab ni saya berterima kasih sangat dekat husband sebab banyak bagi support & tolong jual skali kat kawan2 dia. Selagi ada keupayaan, masa dan rezeki InsyaAllah akan terus berbisnes. Minat kot...
 

Sunday, March 27, 2016

saya membebel..

dah agak lama saya tak membebel kat blog ni kan...
rasa mcm skrg semakin sibuk, masa tu cepat jer berlalu, 
tup2 tgk anak dah besar.
tahun depan 2-2 anak dah skolah.

2 hari cuti weekend mcm tak cukup je..
 kalu lah menteri wanita ni leh tambah sehari lagi cuti untuk ibu2,
 alahai heaven nya rasa, pastu masa kerja dipendekkan, boleh balik kul 3. 
macam kat sesetengah negara cthnya di jerman kalu tak silap saya. 
mmg masa bekerja utk ibu dipendekkan sebab nak bagi quality time bersama family.

bayangkan sekarang cuti hari minggu 2 hari. 
masa tu laa nak kemas umah, masak, melawat org tu sakit,
 sedara ni meninggal, 
masa yg betul2 boleh rehat bersama keluarga mmg terhad. 
bila dah buat semua keje rumah badan pun dah penat.
 dapat baca buku dgn anak2 pun sekejap je tu pun kalu sempat...

pastu sambung lagi gosok baju utk kerja minggu depan dan lipat baju yg dah basuh siang tadi, lipat baju ni paling penting sebab sekali ko termiss lipat,
 sebakul boleh jadi sebukit segunung. 
mujur lah suami saya rajin jugak melipat bila tgk kain tu dah setinggi gunung.

kalu laa boleh balik seawal kul 3 dapat laa amik anak, masak, 
spend masa dgn diorang.
sekarang ni sampai umah pun dah nak pukul 8.
laju2 mandi solat, masak, prepare for dinner, kemas lagi kat dapo,
 kalu ada oder lasagna buat jugak. skrg ni mmg tak amik oder banyak. 
paling banyak 2 je.
bila siap urusan semua tu badan pun dah penat, nak layan anak pun dah tak larat. 
saya rasa rata2 mak2 bekerja mengalami apa yg saya alami.

bukanlah bersungut apa yg kita buat. saya sekadar meluahkan scenario dan tuntutan kehidupan hari ni yg semakin mencabar. sekarang wanita perlu multitasking dan bekerja dengan laju dan pantas.


Wednesday, March 2, 2016

luang masa tghari Jumaat di MPH NU Sentral

setiap hari Jumaat kalu tidak bertugas waktu tengahari saya suka lepak di MPH NU sentral. 
dulu sebelum ada NU sentral ni giler kutk kt kl sentral takde tempat shopping/lepak.
bila dah siap NU Sentral ni syoknya alahai...
[selain menghabiskan masa di Jalan TAR]
dulu laaa... sekarang dah malas ...[yer ke]
iyer laa kalu takde plan nak beli/cari apa2 mmg saya lebih selesa di sini.
boleh rasa ketenagan bila berada di kedai buku. ]
kedai buku kan orang tak ramai mcm SOGO... ehh tetiba kuar sogo kannn...

setiap bulan saya mmg spend RM50 kat sini cari buku2 untuk anak atau untuk saya sendri.
kadang tu saya cari idea untuk buat aktiviti dengan anak2 bila weekend. 
kebanyakan buku2 dari luar negara banyak buku2 aktiviti mcm ni.
 iyer laa nak beli mahal kan.. so kita cedok laa idea kat situ. hihihihi...

Jumaat lepas saya berhabis rm65. dapat voucher rm5. yeayyy... 
sronok dah rasa wpun rm5 je.
valid dalam 2 minggu je. kali ni lebih pada buku2 untuk saya...






buku2 yang saya rembat dan dapat voucher rm5. 

 mph NU Sentral.

Wednesday, January 20, 2016

2016 MUSLIMAH PLANNER BY SHAKINA FARHAN

dah nak abis januari baru terhegeh2 nak citer planner yg ohsem ni..
actually saya beli Planner ni dari Kina pada penghujung Disember yang lalu.
konon gigih tahun ni nak ber planner bagai. 
padahal sebelum ni main catit segala mak nenek dalam buku nota kecik je..
 nak lebih organised katanya.. 
hidup mesti ada perancangan supaya segala2nya lebih teratur. 
wpun Perancang No. 1 adalah ALLAH SWT.

kita hanya merancang, Allah yg menentukannya... wahh gitew...
apa yg best tentang planner ni ialah ruangan DAILY IBADAH,CLEANING CHECKLIST,
FITNESS CHECKLIST selain menu planning, saving challange, dan Ramadhan menu planner...

tahun 2016 yg serba mencabar dari segenap segi ekonomi,
 jom lah kita merancang segala perbelanjaan kita, pendapatan kita,
 dan jangan lupa untuk menabung skali.

yang paling saya suka ialah part weekly saving challenges.
tapi saya ada mengubahnya sikit. 
saya buat saving RM30 seminggu jadi jika saya menabung selama 52 minggu,
 tabungan saya akan menjadi RM1560!!!
 kenapa RM30? kerana saya rasa 30 tu takde lah membebankan dan mudah untuk istiqamah, alaaa skali isi minyak keta je kan... 
bagi yg pakai keta comel mcm saya laaa...
sebulan baru RM120. tapi jika disimpan RM30 tak laa rasa banyak sangat.

apa yang menarik lagi, saya usulkan pada suami tentang challenge saving ni dan dia pun bersetuju untuk join sama.
 maknanya jika 52 minggu tabungan kami akan berjumlah RM3120. 
pada penghujung tahun mcm konon2 ada bonus laaa gitew. 
so boleh laa guna untuk perbelanjaan sekolah anak2 dan percutian  dekat2...  
doakan saya istiqamah yer dlm weekly challenge ni.

tapi saving lain pun perlu ada jugak tau, 
jangan laa harapkan kan saving ni jer okeh..
semoga kita menjadi perancang ekonomi rumahtangga yg berjaya untuk keluarga. yeahh!!







Wednesday, December 16, 2015

Perkara yg bermain di kepala...

Ada banyak perkara yang berkumpul dalam kepala otak saya. Dan saya just nak cerita pendek-pendek je kat sini.

  •  Rasa dah mcm tak nak lagi hantar rayyan dan Yaya ke rumah BS... tp bila fikir balik mana saya nak letak anak saya, maka saya bertahan dulu. mana nak cari bs yg boleh saya tinggalkan anak2 dari kul 7.00 pagi- 7.30mlm... sobs saya sedih pasal ni. sbb anak2 mesti marah kalu saya kdg2 terambil lambat diorang kat rumah bs.
  •  dengan lifestyle KL sekarang saya rasa quality time bersama family dah kurang sangat.  bila sampai umah dah kul 7.30.[kdg2 sampai kul 8.00] masa tu mmg dah penat sgt2. terkejar2 masa utk mandi, solat maghrib, prepare utk dinner, masak oder, homeschooling anak2.. setiap mlm letak je kepala kt bantal saya terus zzzzz.... kesian kt suami.. sbb kadang2 dia bercakap sorang2, saya dah pun tido. maafkan saya suami..
  •  mood bekerja pun kadang2 ada up & down. saya rasa orang lain pun pernah merasai mcm ni... ehhh ke saya je rasa. hmmm.. rasa yg sangat down bila kita tidak dihargai, adanya golongan kipas mengipas, mengadu domba...
  • saya jarang bercakap soal politik Malaysia. Bukan sebab saya ignorant, tapi sebab tak nak blog saya ni berbaur politik yg bagi saya sangat kotor permainannya. dan saya tak nak kekotoran itu terpalit di blog saya. Tapi dalam keadaan pucuk kepimpinan negara yang macam haram jadah, buat rakyat cenderung untuk saling mencengkam sesama sendiri. rakyat terdesak untuk melakukan ketidakjujuran dalam hidup, meningkatnya kadar jenayah, makin ramai yg sakit mental akibat keadaan ekonomi yg mendesak. 
  • Kalau dikumpul-kumpul bil membeli belah, ternyata GST memang memberi impak dalam belanjawan serumah. agak terasa jugak dengan segala kenaikan barang, tol, minyak, dan tambang pengangkutan awam. sebelum ni kami suami isteri menggunakan hiway DUKE RM2 tol, sekarang dah naik 50 sen menjadi RM2.50. tu baru sehari kalu sebulan.. setahun.... hmmm malas nak cerita.belum lagi barang keperluan lain. kalu saya ni yg sama2 bekerja suami isteri terasa dengan kenaikan apa lagi rakyat lain yg lebih susah.
  • wujudnya golongan G52 yg menuntut mcm2 yg tak masuk akal. yg ni paling saya gerun bila mengenangkan nasib anak2 saya masa depan dengan keadaan jenayah sosial yg semakin parah. nauzubillah... sedangkan Malaysia ialah sebuah negara Islam. Islam ni satu aturan, setiap aturan ada sempadannya. jika nak Islam benar-benar perjuang  privasi mengapa Rokib & Atib ikut ke mana-mana kita pergi?? kata nak privasi kan..
Itu je laa bebelan saya. semoga hidup kita lebih dipermudahkanNya dan negara kita aman makmur...



Tuesday, December 15, 2015

mak2 bekerja: Waktu tengahari Jumaat korang buat apa?

kalu tengahari jumaat kan waktu rehatnya 
agak panjang dari kul 12.15 hingga pukul 2.45 petang.
time saya tak duty waktu tu saya selalu lepak di MPH di NU Sentral.
NU Sentral shopping kompleks baru di KL Sentral.
 menapak je kalu dari opis saya nak ke sana.

dulu sblm xde NU Sentral ni melopong jugak laa.. 
kalu rajin ada jugak laa saya menerjah sogo. kalu tak tido je. 
tapi sejak anak2 memasuki fasa kanak2 ni saya memang suka lepak di MPH.

 kadang2 tu  takde beli apa pun, 
saya cuma mencari idea untuk homeschooling anak2 je.
dari pemerhatian saya, 
buku2 import berbahasa Inggeris lebih banyak pilihan
 berbanding buku bahasa melayu untuk kanak2 preschool ni.
 dan sudah tentu laa harga pun agak mahal, import kan...

yg buat saya tertarik buku2 dia byk pilihan dan sangat kreatif cara persembahannya.
bila melekat kat MPH ni mmg tak sedar waktu berlalu.
tup2 tengok jam dah pukul 2.20... 
terus berlalu keluar sbb nak masuk opis dan solat pun belum.

sekarang ni pun byk bahan boleh dapat melalui google je, saya selalu jugak cari games activity yg printable kt internet. dan saya rasa cara tu paling jimat... heheheehe

tak salah mempelbagaikan aktiviti untuk anak.

kadang2 time saya malas 2-3 hari saya tak ajar dia membaca.
semalam terkejut jugak bila dia  sound "umi, dah lama abang tak baca buku.."
 




ni buku bacaan rayyan setiap malam...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015