Pages

Showing posts with label Makan Pagi/Petang. Show all posts
Showing posts with label Makan Pagi/Petang. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Roti Jala

Salam...
     Marcapada, roti jala sudah mengalami perubahan apabila kemenjadiannya tidak lagi berupa jala tetapi seakan-akan jaring pukat mahupun jaring tingkap. Selain itu, warnanya juga turut mengalami transformasi iaitu dulunya berwarna kuning sahaja tetapi kini, ia mempunyai pelbagai warna dan turut digabungkan beberapa warna untuk kelihatan lebih fotogenik. Sebagai contoh, acuan roti jala yang berbentuk botol dan bermuncung tiga telah menghasilkan roti jala berbentuk jaring pukat dan ini bertepatan dengan ungkapan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh roti jala versi baru ini perlu dicuba walaupun resepinya tetap sama macam yang lama.
Hehe...tingin nak buat karangan cam zaman sekolah dolu-dolu :) Ampun cikgu BM ye!!!
Jom layan roti jala alaf baru...

















Roti Jala
Sumber : Lynn myresipi ( t/kasih Lynn )

450 g tepung gandum
1 st garam
1/2 st serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur - dipukul sedikit
450 ml air ( boleh tambah sedikit air kiranya bancuhan adunan pekat )
2 sb mentega cair
Minyak untuk melenser
Acuan roti jala

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit dlm mangkuk
2. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan susu, telur, separuh kuantiti air dan separuh drpd mentega cair ke dlmnya
3. Gunakan ballon whisk utk membancuh, masukkan baki air dan baki mentega cair dan pukul hingga adunan tidak bergentel .
4. Untuk lebih mudah boleh blenderkan semua bhn agar lebih halus
5. Tapiskan adunan menggunakan penapis yg mempunyai jaringan yg halus
6. Biarkan / perap adunan selama 20-30 minit
7. Panaskan kuali leper atas api sederhana, kemudian lenserkan dgn sedikit minyak.
8. Kacau adunan dan masukkan dlm acuan roti jala, dan bolehlah 'menjala' dengan jayanya
9. Bila permukaan adunan nampak kering, bolehlah diangkat lalu dilipat seperti bentuk baji atau gulungkan
10. Hidangkan bersama-sama kuah kari atau pun kuah kuzi...sangat bestest
***Untuk roti jala spt di atas kita bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan adunan dgn warna kuning dan hijau. Masukkan dlm acuan botol bermuncung tiga, pipekan adunan kuning secara zig zag, kemudian pipekan pula adunan hijau cara yang sama secara bersilang di atas jaluran kuning***



Friday, 24 May 2013

Apam Mekar

Salam...
Sekian lama menutup pintu 'umah' ni...rasa rindu memang membuak2 utk mengupdate tetapi keterbatasan waktu tidak dapat melaksanakan hasrat...masa ni pun ketas peksa masih tidak habis ditanda tetapi cuba mencuri sedikit masa untuk membuka semula pintu 'umah' yang telah lama tidak dijengah...hmmm
Kali ni kita nak berkongsi resepi Apam Mekar yang kita ambil resepinya daripada buku Kuih Klasik Malaysia oleh Puan Hasmah Basir. T/kasih kpd Puan Hasmah Basir kerana berkongsi pelbagai jenis apam di dalam buku ini selain resepi kuih lapis dan kuih seri muka. Bagi kita kuih apam ni sedang elok manisnya dan sedap dimakan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun minum petang. Apam Mekar ni ada tiga kaedah penyediaan resepinya dan yang kita cuba ini menggunakan kaedah resepi yang ketiga :)
Bagi peminat kuih tradisional terutama apam, jommm cuba resepi ni!


















Apam Mekar
Sumber : Pn. Hasmah Basir

Bahan A (gaul sebati)
500 g tepung beras
4 sudu makan tapai nasi ***
300 ml air
1 sudu teh yis segera

Bahan B (masak hingga gula larut & tapis)
300 g gula pasir
300 ml air
2 helai daun pandan

Bahan C
1 sudu teh paras garam buah-buahan (kita guna ENO bungkusan berwarna biru)
1/2 sudu teh serbuk penaik (baking soda)
Beberapa titis pewarna kegemaran

1. Sediakan acuan apam dan kukusan
2. Satukan Bahan A dengan Bahan B di dalam jug pengisar dan kisar halus. Masukkan ke dlm jug penyukat. Adunan sepatutnya pada aras 1000 ml. Perap selama satu jam.
3. Apabila adunan naik pada aras 1400 ml, masukkan garam buah-buahan dan serbuk penaik.
4. Asingkan 1 cawan adunan dan letakkan pewarna yang disukai.
5. Tuangkan adunan tidak bewarna ( kalau suka boleh juga diletakkan pewarna ) 3/4 penuh ke dlm acuan. Bubuh 1 sudu adunan berwarna di atasnya.
6. Kukus selama 15 - 20 minit di atas api besar.

Tip mengukus apam :
1. Penutup pengukus perlulah dibalut dgn kain supaya air wap kukusan tidak menitik di atas apam.
2. Susun acuan dalam jarak yg lega, jika terlalu rapat apam tidak akan mengembang mekar sebab ruang utk wap menerobos tidak mencukupi.

***Tapai Nasi
Sumber : Pn. Hasmah Basir

150 g nasi - anginkan supaya sejuk dan kering
2 sudu teh ragi - hancurkan ,ayak
1 sudu teh gula halus

1. Masukkan nasi di dalam mangkuk
2. Taburkan ragi, gaul rata
3. Tabur pula gula, gaul sebati
4. Masukkan ke dalam bekas bertutup
5. Balutkan dengan kain, perap satu malam

Jom makan apam !











Friday, 11 January 2013

Pizza

Salam...
Baru berkesempatan mengupdate blog pada tahun 2013...aduhai cepatnya masa berlalu, tahun demi tahun...hari demi hari...usia juga semakin meningkat...anak5 semakin membesar...dan suatu hari yg pasti datang, blog ni pasti akan jadi satu kenangan buat anak5ku juga rakan taulan serta 'tetamu rumah ini' yg mungkin tak ku kenali...dan moga blog ni ada ilmu yg bermanfaat utk semua yg membacanya :)
Hari ni kita nak berkongsi resepi Pizza yg bagi kita tersangatlah sedapnya di tekak kita maupun family yg merasa...Resepi, spt biasa bukanlah resepi kita sendiri tetapi kita ambil daripada dapur DayangJack yg sangat glamer dgn kek2 lapis sarawaknya. Memang siapa2 yg masih mencari resepi Pizza yg best, carilah di dapur aka blog Dayang ye...T/kasih buat DayangJack yang berkongsi resepi Pizza ni
Jom tengok hasil Pizza di dapur kita pulak yg kita olah sedikit mengikut selera keluarga kita :)


















Pizza
Sumber : DayangJack
Olahan : Hajar

Doh Pizza

2 cawan tepung gandum
2 sk yis segera Mauripan
2 sb susu tepung
160 ml air suam
1 sb gula halus
1/2 sk garam
1/2 sb breadsoftner (pelembut doh)
1 s/b minyak zaitun - takde boleh gantikan dgn mentega cair ye

1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit (yis yang elok, akan keluar buih2)
2. Dalam mangkuk berasingan, campurkan semua bhn yg selebihnya dan gaul/ramas menggunakan hujung jari
3. Buatkan lubang di tengah2nya dan tuangkan campuran yis tadi perlahan2. Uli jadi doh yg elastik
4. Simpan doh dlm bekas yg agak besar, tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh 40 - 50 minit
5. Panaskan oven 180 C. Lenserkan dulang pizza dgn sedikit minyak zaitun.
6. Selepas 40 - 50 minit, tumbuk2kan doh, kemudian letakkan doh atas dulang pizza dgn menekan2 dgn tapak tangan menjadi bentuk pizza yg bulat leper. Rehatkan lagi 10 minit.
7. Bakar doh 7 - 10 minit. Keluarkan dari oven
8. Ratakan campuran sos spaghetti prego asli dan mayonis di atas pizza...letakkan bahan2 utk topping**.
9. Tuangkan sos keju*** dan taburkan parutan keju mozarella dan keju parmesan
10. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan
11. Hidangkan panas2...sedapnya tahap kayangan :)

**Topping Pizza ( buat semasa tunggu doh rehat )
 A
400 gm daging cincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu
1 tin sos spaghetti prego asli
sedikit lada hitam
sedikt garam dan gula
3 sb mentega

 B
Sos spaghetti prego asli secukupnya
Mayonis secukupnya
Sedikit oregano kering
Cendawan butang dlm tin dihiris nipis
Kiub nenas dlm tin
Hirisan capsicum
Hirisan sosej

C (Bahan Taburan)
Parutan keju mozarella
Keju Parmesan

1. Panaskan mentega dlm kuali. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu/perang.
2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan airnya kering sedikit.
3. Masukkan bhn2 selebihnya, kacau hingga agak pekat/kering

***Sos Keju

1 1/2 cawan susu segar
1 sb mentega
1 sb tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
100 gm cream cheese
Sedikit lada sulah
sedikit garam dan gula

1. Cairkan mentega di dlm periuk. Masukkan susu segar dan cream cheese
2. Kacau hingga cream cheese larut / sebati dgn susu
3. Masukkan bancuhan tepung dan bahan2 selebihnya. Kacau lagi hingga sos agak pekat (guna api kecil)

Sebelum masuk oven...


Hmmmmm...yummmy...






Sunday, 23 December 2012

Donat

Salam...
Atas permintaan anak5 yg dah lama tak makan donat...maka kita pun merajinkan diri utk 'mendonat' ( ada ke istilah ni ? )
Hairan juga kita, kalau beli atau org lain buat donat bersalut gula, anak5 kita makan je...tapi kalau kita yg buat donat mesti depa minta donat yang bersalut dgn coklat... yg bergula takmo layan...huhuhu
Haissssh, camna le kita nak diet cenggini...sebabnya kita pun 2 x 5 suka gak donat yg bersalut coklat kemudian ditaburi almond flakes...anak5 pula donatnya ditaburi dgn sprinkles berwarna-warni... bila makan tu terasa ada rama-rama yang gembira berterbangan dlm perut... ahakkkss
Oklah... kali ni kita menggunakan resepi donat oleh allie-sunny... bila kita adun adunan donat ni macam kurang tepung je, so kita tambah sedikit tepung supaya doh tidak terlalu lembik.
Termasuk yang ni sudah kali kedua kita membuat donat menggunakan tepung roti atau tepung berprotein tinggi... dan kita dapati adunan doh agak sedikit melekat2 di jari mahupun pada mangkuk adunan apabila diuli tetapi kemenjadian donat elok gebu dan lembut... atau mungkin sebab ada sedikit kederhakaan kita pada resepi... hehe
Kita berikan di sini resepi asal allie-sunny, kederhakaan kita tu pula akan kita taipkan dgn warna merah ye...T/kasih buat allie-sunny kerana sudi berkongsi resepi :)
Jommm, makan donat !!!



Donat
Sumber : ellie-sunny

500 gm tepung berprotein tinggi / tepung roti - ada tambahan tepung kerana doh kita agak lembik
50 gm susu tepung
100 gm gula castor
75 gm butter - 4 sb minyak jagung
3 biji kuning telur - 2 biji telur
1 tsp yeast segera - 11 gm yeast segera
225 ml air
Gula halus secukupnya untuk salutan - coklat masakan secukupnya, dicairkan

1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk adunan mixer - uli hingga lembut. Kalau secara manual, masukkan air sikit2 sambil diuli semua bhn menjadi doh yang lembut
2. Tutup adunan dan biarkan ia naik sekali ganda
3. Tumbuk2kan adunan dan canai setebal +- 1 cm dan terapkan bentuk donat sehingga habis
4. Goreng dlm minyak yang banyak menggunakan api yang sederhana
5. Salutkan donat dgn gula. Kita pula salutkan donat dgn coklat dan dihiasi dgn taburan sprinkles dan almond flakes...

Nganga...aaaaa...kita suapkan...

Hmmmmm...







Thursday, 22 November 2012

Crepe Pandan Durian

Salam...
Bila tiba musim durian ( deghoyan, kata org perak ) tingat masa mengutip durian di dusun bersama-sama adik beradik, best betul bila dengar je bunyi durian luruh, berlari-lari mencari arah datangnya bunyi durian luruh tu...makan fresh2 atas dangau...yg menjadi rebutan ulas durian 'kucing tidur' (dalam pangsa tu ada isi seulas je)...sedap tahap kayangan makan durian taim tu..
Sekarang ni musim durian di perak datang lagi...syok juga kalau layan lagu Os...'bila musim deghoyan...oghang beghani nampor...ape deme nak heghan...saman boleh bayor...'..hehe
Tapi kini selain durian dimakan fresh, dibuat bubur, cucur mahupun lempuk...durian telah di'barat'kan menjadi Durian Crepe...sangat glamer DC sekarang ni...resepi pun pelbagai...ada guna 2 jenis tepung, 4 jenis tepung , 5 jenis tepung juga 7 jenis tepung...fuhhh...rasanya tidak kira berapa jenis tepung yang digunakan, yang pasti durian adalah HEROnya...gunalah patbelas jenis tepung sekalipun, kalau takde durian, taklah dipanggil DC kan ?
Haisshhh, banyak citer lak...hari ni kita telah cuba buat DC Pandan menggunakan 7 jenis tepung yg resepinya telah dikongsi oleh pemilik blog spices journey. T/kasih spicesjourney kerana berkongsi satu lagi resepi DC yg sangat sedap ditekak kita ni.
Mohhh le kome kite nengok resepinye...pastu gi le beli deghoyan D24, D26, musang king, balik pulau, doyan kampung (doyan belanda belum boleh masuk list...ahaks) ...murah-murah coz doyan tengah gegak luruhnye :)



CREPE PANDAN DURIAN
Sumber : Blog Spices Journey 

2 sb tepung Hong Kong / tepung pau
2 sb tepung ubi kayu
2 sb tepung kastard
2 sb tepung jagung
2 sb tepung ubi kentang
2 sb tepung superfine
4 sb tepung naik sendiri
2 sb gula icing
2 biji telur - buang tali pusat (bhgn putih yg bertali kenyal)
1/2 tin susu cair - kita sukat 200 gm
1 sk garam halus
2 cawan air
3 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau ***
3 sb mentega dicairkan - kita guna minyak jagung je ***

1. Blend kasar daun pandan dgn sedikit air, tapiskan ambil airnya
2. Campurkan air daun pandan dan semua bahan2 kecuali bahan bertanda ***
3. Kacau sebati, tapiskan dan simpan dlm peti sejuk +- satu jam
4. Keluarkan dan masukkan mentega cair dan pewarna, kacau rata
5. Panaskan kuali non-stick dgn api kecil, bila kuali panas...tuangkan sedikit adunan, gelek 'inul' kan adunan dlm kuali utk menghasilkan lempeng yg nipis
6. Bila nampak bhgn atas adunan kering ( +- 10 - 12 saat )...angkat, letak atas pinggan, buat proses 5 hingga habis

Filling Crepe


200 gm fresh milk
B
2 biji kuning telur
25 gm tepung jagung
20 gm fresh milk
20 gm gula halus
1 st esen vanila
C
300 gm non dairy whipping cream
D
Isi durian secukupnya ( buang biji kecuali kalau nak ada biji , buh le ye hehe )

1. Panaskan A secara double boil
2. Campurkan semua bahan B, kacau sebati
3. Apabila A berbuih kecil, masukkan bahan B, kacau hingga masak pekat
4. Angkat, tutupkan dgn clingfilm...sejukkan, kemudian masukkan ke dlm peti ais lebih kurang 3 jam
5. Pukul C hingga kental dan masukkan  ( A + B )...pukul mesrakan

Kemenjadian Crepe

1. Ambil sekeping kulit crepe...letakkan filling cream, letakkan isi durian atas cream dan lipat kemas crepe
2. Sejukkan dlm peti ais sebelum dinikmati, barulah terasa crepe ni menari-menari di dalam mulut serta meluncur laju ke dlm tekak ( tu sebab kena buang dulu biji durian tu...kalau tidak, tercekik...terpaksa masuk ujian penyingkiran...huhu )

Keratan rentas crepe...hehe, masuk geografi sikit...






Haah...nak tak tips cara nak dapat kulit crepe yang nipis lagi seksi cam kat atas tu ? ...nampak kan bayang gambar kat belakang kulit crepe tu ?
Tipsnya mudah je...kita guna kuali non stick yg kecik khas utk goreng telur tu...kita tuang adunan hampir penuh dlm kuali tu, kemudian kita curah semula baki adunan dlm mangkuk adunan...mudahkan, hasilnya memang kulit crepe nipis, tak payah nak gelek-gelek 'inul' dah...

Thursday, 31 May 2012

Popia Basah

Salam...
Juadah minum petang, Popia Basah...salah satu kuih kegemaran kita...pernah satu ketika dulu, buat popia basah ni menggunakan kulit popia ready made, kemudian kita celurkan dlm air suam lalu diletakkan intinya...satu hari kawan kita tolong jual utk satu program student Malaysia kat universiti, dan dilaporkan student2 cina sangat sukakannya...kembang kempis hidung taim tu
Inti popia basah yang Kak Ida Isk kongsikan resepinya ni sangat sedap dan memenuhi selera kita. W/p kita tlh edit sikit cara inti tu dimasak tapi tidak menjejaskan keaslian resepi Kak Ida...:)
Dengan penuh semangat juang, kita telah rembat sebijik kuali leper yang memang sesuai utk buat kulit popia...so sebelum kuali tu antik tak pasal2, kali ni kita buat kulit popia sendiri...alhamdulillah jadi kulitnya w/p ada yg nipis ada yang tebal...biasalah baru tahap permulaan, kalau selalu buat, insyaAllah elok jadinya...rajin ke nak buat selalu?
Resepi kulit popia ni kita ambil drpd  House of Annie tapi kita taklah buat sampai satu kilo tepung...kang tak pasal-pasal 7 hari 7 malam mkn popia basah, sambil tido pun makan...ekekeh. Yang dlm kurungan adalah sukatan yang kita buat. Dalam web Annie ada ditunjukkan video cara nak uli mahupun memasak kulit popia, so tolong tengok videonya, best dan sangat berguna.
Oklah, jom kita tengok resepi kulit serta inti popia basah. T/kasih buat Annie dan Kak Ida Isk yang berkongsi resepi.



Popia Basah

Kulit Popia
1 kg tepung gandum ( 3 cawan ..1 cawan = 250 ml )
2 sudu besar tepung ubi ( 1 sudu teh)
4 1/2 cawan air ( 1 1/2 cawan )
1 sudu teh garam ( secubit garam )

1. Campurkan semua bahan menjadi 'lumpy batter'
2. Uli dgn cara 'angkat dan hempas' (rujuk video HOA ye) hingga batter kelihatan sebati dan bertali (tak putus) bila diangkat
3. Simpan semalaman dlm peti ais (kita simpan dlm 3 jam gitu)
4. Panaskan kuali dan bolehlah buat kulit popia (rujuk video HOA)

Inti (agak2 lah kuantitinya ye)
Taugeh
Timun - buang biji, sagat halus
Karet - sagat halus
Sengkuang - sagat halus (kita tak letakpun)
Udang kering
Bawang putih - tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Sos ikan (kita tambah)

1. Tumis sayur dgn bwg putih + udang kering , sekejap je...agak2 sayur layu
2. Perasakan garam, gula dan sos ikan secukupnya...angkat

Bahan sampingan inti
Telur rebus dihancurkan
Kacang tanah goreng dan ditumbuk kasar
Bawang goreng

Sambal / Sos Hitam
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk perasa (kita ganti ngan sos ikan)
Gula putih
Gula merah
Petis / otak udang
Sedikit minyak
Sedikit air

1. Blend cili kering + bawang merah + bawang putih
2. Panaskan minyak, tumis bhn blend...masukkan gula merah, gula putih, petis udang dan sedikit air
3. Kacau hingga sambal agak likat...angkat dan sejukkan

Kemenjadian Popia
1. Ambil sekeping kulit popia...sapukan sos hitam atasnya
2. Letakkan inti sayur, telur rebus, kacang tanah goreng dan bawang goreng
3. Gulung dan kemaskan gulungan kulit popia
4. Sapukan sos hitam di atasnya dan taburkan kacang tanah goreng...siap





Tuesday, 29 May 2012

Apam Ala Aiskrim Mini Cornetto

Salam...
Entri kali ini dimulakan dgn teka-teki...Aiskrim apa yang tak cair bila dimasak???
***siapa tahu jawapan angkat keyboard***
Taim cuti-cuti sekolah ni kalau tak ke mana-mana, duk di rumah memang perut selalu rasa lapar...anak5 kita, sat-sat tanya nak makan apa, perut lapar...huhu.
Hari ni kita cuba buat apam aiskrim ( jawapan teka-teki )...sebenarnya resepi awal apam ni dikongsi oleh MamaFami... seterusnya apam ni tlh byk mengalami transformasi dr segi resepi mahupun rupa bentuknya... ini betul2 bertepatan dgn frasa inovasi melonjakkan transformasi...
Begitu jugalah halnya dgn apam aiskrim yg kita buat ni...ia bukan dr versi asal resepi apam aiskrim tetapi berdasarkan resepi apam warna warni...kita suka menggunakan resepi ni, tak kiralah nak lapiskan ke, nak dot-dotkan ke..memang inilah resepi yg selalu kita gunakan kerana rasanya dah bertahta dlm hati kami7...
Idea utk meletakkan coklat di atasnya pula kita gunakan teknik yg Kak Ita Masam Manis kongsikan. T/kasih kepada MamaFami, Kak Ita dan sesiapa juga yang berkongsi idea utk membentuk apam menjadi seperti bentuk aiskrim cornetto. Mungkin lepas ni akan terbentuk pelbagai lagi bentuk apam...Yang dah muncul : apam bunga, apam indon, apam lapis, apam mekar, apam dot-dot, apam ladybird, apam angrybird, apam aiskrim, apam balik...oppss! tersalah kategori apam daaa..heheh
Oklah jom kita layan Apam Ala Aiskrim Mini Cornetto...Kita buat kon utk apam ini menggunakan kertas pembungkus burger (kertas pembungkus nasi lemak pun ok gak), dibahagikan kpd 8 bahagian sama besar dan dibuat bentuk kon dan kemaskan dgn selotape / stapler. Daripada 1 kertas pembungkus tu, dapatlah 8 bentuk kon yang comey2 :)



Apam Ala Aiskrim Mini Cornetto

2 biji telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri / tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
1 cawan santan
2 atau 3 pewarna yang disukai  (kita guna warna hijau + pes pandan dan warna merah + pes strawberry)
kon kertas secukupnya
Coklat masakan-dicairkan secara double-boiler
Kekacang yg disukai / sprinkles utk hiasan

1. Panaskan periuk kukusan
2. Pukul telur + gula + ovalette + esen vanilla hingga gebu dan ringan
3. Masukkan tepung berselang seli dgn santan dan pukul sebati
4. Bahagikan adunan kepada 2/3 warna yg disukai dan setiap satu bhgn warna dimasukkan dlm piping bag
5. Susunkan kon dlm cawan plastik (+-4 kon dlm 1 cawan)
6. Paipkan satu warna adunan ke dlm kon, diikuti pula dgn warna yang lain
7. Kukuskan apam (bersama cawan plastik) selama 10 minit dgn api sederhana
8. Angkat, biarkan apam sejuk seketika (apam masih di dlm kon)
9. Cairkan coklat, tuangkan di atas apam dan taburkan kekacang/sprinkles di atasnya.
10. Biarkan coklat mengeras, barulah bukakan konnya dan nikmatilah ia. ( Kita ikut cara kak Ita, iaitu masukkan apam dlm peti sejuk utk keraskan coklatnya...kejap je)

Saturday, 31 March 2012

Hidup Penuh Warna Warni

Salam...
Hidup penuh warna warni...adakala dipenuhi warna ceria, adakala diwarnai duka. Itulah pentas dunia...tanpa warna warni tentu tidak lengkap putaran hidup kerana sekiranya warna yang sama dan sentiasa sekata tentu kehidupan tidak bermakna.
Woha!...berfalsampah le pulak...hehe, jadi utk mewarnai lagi kehidupan, jom kita tengok juadah yang berwarna warni yg pasti mengujakan utk dicuba dan dirasa...Kita baru nak cuba merasai kuih Serimuka Pelangi yang kita nampak dlm blog Dayang Jack...teruja utk membuatnya kerana selama hari ni duk makan yang berwarna hijau atau pun yg berwarna coklat je...Kuih ni asal resepinya drpd Chef Hanieliza yg memang sifu masak memasak n fofular...Rasanya ramai blogger masakan dah mencubanya dan hari ni kita pula nak menikmatinya. Terima kasih utk Chef Hanieliza dan juga Dayang Jack :)



SERIMUKA PELANGI
Sumber : Chef Hanieliza dan Dayang Jack


Lapisan Bawah
2 cawan pulut - rendam 3 jam
2 cawan santan cair
1 sudu kecil garam


Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula - kita buat 3/4 cawan gula 
1/2 cawan tepung kastad 
1/2 cawan tepung gandum 
sedikit garam pewarna yg disukai - kita buat warna koko, hijau, kuning dan merah

1. Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan hingga masak 

2. Angkat dan tekankan pulut dlm loyang supaya mampat
3. Bancuh semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan 

4. Bahagikan adunan lapisan pelangi ke dlm 4 mangkuk 
5. Masukkan setiap adunan dlm mangkuk dgn satu warna 
6. Kukus semula pulut yg tlh dimampatkan tadi 
7. Lapiskan dgn warna (ikut pilihan sendiri warna apa nak letak dulu) dan kukus selama 10 minit dgn api perlahan
8. Buat lapisan seterusnya sehingga habis (setiap lapisan kukus 10 minit) 
9. Bila telah masak semuanya, angkat dan sejukkan betul2 (+- 4 jam) sebelum dipotong
**seeloknya menggunakan pisau plastik utk memotong kuih ini**




Teringat pula Buah Melaka Warna Warni yg pernah kita buat suatu ketika dulu...


Buah Melaka Warna Warni

Monday, 6 February 2012

Apam Warna Warni

Salam...
Hari ni menggodek apam utk buat sarapan pagi...Apam warna warni ni sedang elok manisnya... kalau sesiapa yg suka manis boleh tambah kuantiti gulanya menjadi satu setengah cawan ataupun letak filling yg disukai seperti yang kawan kita buat iaitu Yah (dulu fotopagesnya Masriyah)...Hmmm teringat bawa apam ni masa berkelah kat Horton Park dgn Yah dan Kak Haiza pada tahun 2007 :)
Kalau dulu kita kukus dlm loyang...kali ni kita buat dlm cup kertas yg kecil2...Anis tolong buat corak2 atasnya...ada dot-dot, bunga, huruf dan corak abstrak (ikut suka dier je sebenornya)
Ok...jom layan resepi Apam Warna Warni lak...


Apam Warna Warni 
( Resepi utk sukatan separuh adunan )

2 biji telur
1 cawan gula (kita guna cawan 250 ml)
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri (if guna tpg gandum campurkan dgn 2 sudu teh baking powder -ayak)
1 cawan santan / susu segar (if sukatan utk satu adunan 400ml santan kotak + 60 ml air)
Pewarna yg disukai

1. Pukul telur, gula, ovalette dan esen vanila hingga adunan gebu dan putih
2. Masukkan tepung dan susu selang seli dan gaul adunan hingga rata
3. Bahagikan adunan kepada warna yg disukai
4. Masukkan adunan dlm cup kertas yg kecil (letakkan cup kertas dlm acuan lompang) dan corakkan mengikut kreativiti masing2..kukus dgn api sederhana selama 10 minit

Nota kaki makan: Kalau buat adunan dlm loyang, kukus 30 min - 40 minit. Balut tudung pengukus dgn kain supaya wap air tidak menitik atas apam.

Kenangan 2007 berkelah di Horton Park

Apam warna warni...masa ni kita kukus dlm loyang

Monday, 12 December 2011

Macaron...Huhuhu

Salam...
Pertama kali menggunakan resepi macaron ni tak menjadi sebab tak ayak gula icing dan serbuk almonds pd masa tu (agaknya lah)...ingat kali ni nak menggunakan resepi yang lain tetapi serbuk almonds ada 100 g je, so terpaksa gak guna resepi yg sama yg menggunakan tak sampai 100 g serbuk almonds...malang sekali lagi, bancuhan jadi agak cair / tak likat, nak piping pun laju je turunnya...macaron berkaki tetapi tak berapa nak boroi @ naik badannya...huhuhu
So, tengok je lah gambarnya,.. utk berkongsi resepinya tak koser le teman...sbb tak menjadi sgt, maybe resepi ni tak sesuai dgn tangan kita utk mengadunnya...Nanti nak try resepi yg lain, insyaAllah berjaya bolehlah kita sharekan resepinya...
Macaron ni kita taruk inti coklat ganache , kali pertama dulu kita taruk coklat nutella, ok gak rasanya,.. dr segi rasa dah ok coz anak5 kata sedap,.. cuma tu lah, bentuk badannya tak berapa nak boroi!..:(
Jom tengok gambor je...oh macaWRONG ku!

Berkaki, tapi tak boroi@naik kan?

Tinggal satu je...habuan terakhir utk tuan yg membuatnya!

Saturday, 24 September 2011

Jom Buat Kek Kuali

Salam...
Hehe...Kek Kuali? Jangan terkujat ye, sebenarnya pancake ler tu...Pancake ni menjadi kegemaran anak no. 2 kita Afiqah...suka benor dier...kalau masa kita bebudak dulu...kita panggil lempeng dan paling glamer lagi namanya tepek tepung (agaknya tepung tu ditepek2 dlm kuali)...tak tau pun perkataan pancake nih...mak kita suka buat lempeng pisang...huhuh, rindu betul lempeng pisang mak :(
Jom hari ni kita buat Pancake sama2...kita pernah buat resepi ni semasa kita gila-gila berfotopages dolu-dolu...masa tu pancake kita bentuknya tak brp cantik...hari ni ada le nampak comey sikit berbanding dlm fotopages...hehehe, perasan...pancake ni sedap makan ngan sirap maple, sos coklat, madu, krim putar hatta jem buah-buahan ataupun mkn gitu saja pun ok...ikut kesukaan masing2, takde saper pun kisah kan...





Pancake

3 sudu besar butter-dicairkan (kalau malas nak cairkan butter, guna minyak masak pun ok)
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe, selalunya kita omitt
secubit garam

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

**kalau tak sabar...terus le tuang dlm kuali, takyah tunggu 10 minit

Sunday, 19 April 2009

Ubi Kayu

Terkenang semasa dulu...
Jepun memerintah tanah melayu...
Hari-hari makan ubi kayu....
Sampai kaki naik kematu...

Hihihi...jom layan resepi berasaskan ubi kayu pulak...mula2 kita buat Bingka Ubi Kayu...ini kes teruja tgk kat MyResipi dan di umah ZaiY Dubai ler nih, so rasa tingin nak mkn lak sebab sejak dtg sini ada 2 atau 3 kali je mkn bingka nih...tapi bab nak parut ubi tu yg lemah semangat, sib baik suami nak tolong parutkan...so dapat ler makan bingka ubi kayu, kalau idak...rebus je ler jawabnya...ekekekeh



Bingka Ubi Kayu
Sumber kakfiza@MyResipi

2 kilo ubi kayu kuning @ putih
2 1/2 cawan gula pasir - kita guna gula putih + gula merah
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Sagu dari ubi kayu

1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
2. Sagat ubi dgn sagat kelapa.
3. Setelah habis sagat, perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
4. Air dari perahan tadi jangan terus dibuang...biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
5. Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
6. Kemudian campur ubi kayu, sagu, gula, garam dan santan...gaul hingga sebati.
7. Tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
8. Bakar dlm oven 180 C selama 11/2 jam @ sehingga masak.

Disebabkan ada seketui lagi ubi kayu...beberapa hari selepas buat bingka ni, kita buat Penjan Ubi Kayu...kat kpg kita nun di Perak panggil penjan, kat kpg org lain...negeri org lain, idak ler teman tau namenye...tapi sukatan utk resepi ni takde sebab mudah je nak buatnya, main campak2 jer...hihihi



Penjan Ubi Kayu

Ubi kayu - dikupas kulit, bersihkan dan direbus empuk
Gula
Air secukupnya

1. Masukkan gula dlm periuk dan cairkan spt nak buat karamel
2. Bila gula dah keperangan, masukkan air...kacau dan tambah lagi gula
3. Biarkan air gula agak likat, masukkan ubi kayu rebus, gaul mesrakan...angkat
4. Makan taim dah suam2...kalau taim panas2 kot lebor lidah...hikhikhik

Dan yg terakhirnya, tiada kaitan dgn ubi kayu tapi ada kaitan ngan Jepun pulak...iaitu award bunga Sakura yg diberikan oleh Aishah yg berada di Jepun...t/kasih Aishah...tiba2 kita tingat satu tajuk lagu 'Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara' nyanyian Kumpulan Mega...