Pages

Wednesday, 26 October 2011

Jeli Oren

Salam...Jeli Oren ni kita buat utk potluck bertemakan sarapan pagi...hehe, cam tak kena je ngan mkn pagikan...kawan kita Kak Jam siap kata''awat la makan oren pagi-pagi"...sekali dia tengok Jeli Oren rupa2nya...sempat dia merasa jeli yg tggl satu je (kes kalau tinggal satu mesti sumer malu2 dugong nak habiskannya) sebab mendapat sambutan yg tak diduga...(sila muntah hijau ye kalau meluat...) :)
Suatu ketika dulu kita dah pernah buat Jeli Oren ni berdasarkan resepi drpd Yani MyResipi...tapi kali ni kita buat ikut apa yg kita rasa senang nak buat...Ok, kita terus kepada resepinya ye...



Jeli Oren

6-7 biji buah oren
1 paket (10 gm) serbuk agar2 perisa oren
100 ml jus drpd perahan buah oren
900 ml air
1/2 cawan gula - boleh tambah ikut manis yg disukai & bergantung kepada kemanisan/kemasaman perahan jus oren tadi
sedikit pewarna kuning (boleh omit)

1. Cuci bersih buah oren dan belah kpd dua
2. Keluarkan isi oren daripada kulitnya (hati2 supaya kulit oren tidak terpecah)...ketepikan kulit oren tersebut
3. Ambil jus drpd isi oren yg dikeluarkan tadi dan ditapis, jadikan sebanyak 100 ml
4. Didihkan agar2 bersama-sama air hingga agar2 larut
5. Masukkan perahan jus oren dan juga gula, kacau sebati
6. Masukkan sedikit pewarna kuning, rasa kemanisan yang dikehendaki, if ok...angkat
7. Letakkan kulit oren dlm ramekin kecil/cawan/acuan lompang etc. agar kedudukannya stabil
8. Tuangkan agar2 tadi ke dlm kulit oren, sejukkan dlm peti ais dan potong sebelum dinikmati...
SELAMAT MENCUBA...

Monday, 24 October 2011

Bunga-bungaan di Laman Rumah

Salam...ari ni jom tengok bunga2 di laman rumah kita lak...baru berjinak-jinak nak bercucuk tanam setelah balik dr rantauan...dulu kita kurang minat nak menanam pokok2 bunga, tetapi zam-zam ala kazam, boleh jatuh hati nak menanam pokok bunga di laman rumah w/p diri tak serajin mana membelainya, cewahhh...rupanya ciptaan Allah ni betul2 leh hilangkan stress bila memandangnya...moga bunga2an ini terus hidup subur di lamanku...
Jom zoom! (ada bunga yg kita tahu namanya, ada yg tidak...sabor je lah!)




Helikonia atau Sepit Ketam yang masih menguncup...


Helikonia setelah berkembang...








Kudup bunga yang belum mekar...pokok Song of India


Ini dia...bunga pokok Song of India


Bunga jejarum


Bunga jejarum spesis lain, berbunga kecil dan padat


Pokok lidah buaya, ditanam di dlm teko yg dah pecah penutupnya...


Mawar kuning...i like :)

Mawar pink...


















Bunga lavender











Bunga kemboja merah jambu...














Bunga raya spesis tak kembang mekar...

















Bunga sate/bunga dongak langit...cam bunga lavender sikit rupanya













Yang di bawah ni pula pokok bunga jiran yg dah terlepas sempadan masuk ke laman rumah kita...oklah tu., leh tambah serikan lagi laman kita...:)


Bunga kertas putih...





Bunga kertas 'pink'


Bunga tahi ayam kot...:)

Friday, 7 October 2011

Marble Cheese Brownies

Salam...resepi kali ni kita ambil drpd dapur Jasmeen yg biz kencang dlm bidang kek-mengkek (ada ke istilah nih?)..MCB ni memang sedap dan memang dah glamer sejak Meen poskan resepi dlm fotopagesnya...huhu, tingat zaman aktif berfp dolu-dolu., Meen antara yg rajin buat kelakar dlm dialek perak...dan tingat juga pada si kucing oren gemuk (leelin)...dll member yg rajin tinggal komen dlm fp, moga semuanya sihat dan bahagia menjalani rutin seharian...
Sesiapa yg masih belum mencuba resepi ni, tak nyesal kalau mencubanya, insyaAllah menjadi dan rasanya pun sedap...moh, tgk resepinya! Terima kasih Meen, muahhh :)



Marble Cheese Brownies
Sumber : Jasmeen Fp

Bahan Brownies

250 g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur (gred B)
1 1/2 cawan gula caster
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonate* - * ayak
1 tsp esen vanilla

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata
2. Handwhisk gula dan telur, masukkan dlm 1, kacau sebati
3. Masukkan susu cair, kacau lagi
4. Masukkan tepung yg tlh diayak * sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati
5. Masukkan esen vanila, sebatikan
6. Masukkan dlm loyang yg tlh dialas (lebihkan sedikit kertas alas drpd loyang) dan tinggalkan sedikit adunan brownies utk membuat lorekan marble nanti
7. Bakar 20 minit dlm preheated oven 175 C (kita guna suhu 180 C)
***Sementara tunggu brownies masak bolehlah sediakan lapisan cheese

Bahan Lapisan Cheese

250 g cream cheese
1 cawan gula caster ( kita guna 3/4 cawan gula icing)
1 biji telur (gred B)

1. Pukul cream cheese hingga gebu
2. Masukkan gula, pukul sebati
3. Masukkan telur, pukul lagi hingga sebati
4. Apabila brownies dah masak, keluarkan dr oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan
5. Buatkan garisan-garisan di atas lapisan cheese menggunakan lebihan adunan brownies tadi (gunakan piping bag) dan lorekkan menggunakan bilah tajam (lidi sate/koktail stick)
6. Masukkan semula dlm oven dan bakar 15 minit atau hingga cheese masak
7. Sejukkan dahulu barulah dipotong

Saturday, 1 October 2011

Cream Puff

Salam...Hari ni pagi2 dah buat Cream Puff ditemani hujan pagi di luar...hehe, piring jiran sebelah duk lama bertapa kat umah, malu lak kat jiran duk peram lama2 piring dier...Cream Puff (CP)ni kita dapat resepinya drpd seorang rakan siber yg baik hati dan tak kedekut ilmu berkongsi resepinya yang mabelesss...tapi dier takmo namanya diberitahu, biarlah rahsia!...
Resepi ni mmg sedap fillingnya berbanding filling yg pernah kita buat seblm nih, kawan2 kita siap order kat kita CP ni w/p kita sebenarnya tak minat pun nak ambik2 order...setakat buat utk famili n bg kwn2 rasa, boleh lah...jiwa belum ke arah nak berbiz2 lagi :) akan datang tak tau ler pulak...itu kehendak-Nya...
Berbalik pd CP ni kita dah minta izin kawan kita utk kongsi resepinya dlm blog kita ni, (dan kita dah ubah sedikit kuantiti bahan utk membuat pastrinya ) alhamdulillah dier izinkan dan moga Allah membalas kebaikannya dgn syurga Firdaus...amin.
Jom kita cuba buat CP ni...seeloknya kita buat fillingnya dulu sebab filling ni perlu disejukkan dahulu :)



Cream Puff

Sumber: Kawan siber yang baik hati
Diedit: Hajar

Bahan A
280 g air
2 g gula
100 g butter
2 g garam

Bahan B
150 g tepung gandum
4 - 5 biji telur (dipukul sedikit)

1. Air, gula, garam & butter dimasak hingga betul2 mendidih.
2. Perlahankan api, masukkan tepung, kacau ( dgn senduk kayu ) hingga tepung tdk melekat di periuk ( 2 - 3 minit ) & tepung masak.
3. Tutup api & pindahkan adunan ke dlm mixer. Biarkan sebentar hingga adunan agak2 suam.
4. Masukkan telur sedkt demi sedkt sambil memutar adunan.
***Cara test adunan OK atau tak... guna jari, buat garisan memanjang membelah adunan, sekiranya belahan bercantum secara perlahan2 bermakna adunan OK***
5. Masukkan dlm piping bag & paipkan CP atas dulang pembakar ( berdasarkan pengalaman ciput kita, elok gris dulang pembakar dgn butter atau lapik dgn silpad, insyaAllah CP mudah lekang dan tak terkoyak dasarnya )...basahkan hujung jari dan tekan bhgn atas CP yg runcing, dan percik2kan sedikit air ke atas CP
6. Bakar dlm preheated oven suhu 200 C selama 25 minit ( kita bakar 20 minit ) - JANGAN sesekali buka oven semasa proses pembakaran. Masak, angkat & pindahkan dr dulang pembakar

Custard Filling

Bahan A
400 g fresh milk
100 g whipping cream

Bahan B
50 g custard powder
90 g gula castor
4 biji kuning telur ( kita letak 2 biji ) - gaulkan ketiga2 bhn ni bersama-sama

Bahan C
200 g whipping cream

1. Double boilkan A sampai mendidih sebentar.
2. Masukkan campuran B. Kacau sehingga adunan pekat menggunakan api perlahan.
***Boleh guna teknik double boil jika takut kastad hangus...kalau nak cepat... masak atas api terus (api perlahan) dlm periuk nonstick***
3. Angkat, taburkan sedikit gula di atasnya, tutup dgn clingfilm bg kena filling. Dah sejuk masukkan dlm peti ais.
4. Bila nak pipekan ke dlm pastri puff, mixer bahan C sampai kental, campurkan dgn cream custard, mixerkan sebati dan pipe ke dlm pastri puff

Penyediaan Cream Puff
1. Pastri puff dilubangkan (kita guna chopstick) atau dibelah dua tetapi tidak putus.
2. Masukkan filling dlm piping bag, pastu pipekan dlm lubang atau belahan yg tlh dibuat.
3. Nak nampak menarik taburkan snow powder/sugar di atas CP dan bolehlah dinikmati.