Salam...
Hari ni jom kita layanzzz
Black Beauty Choc Cake (BBCC) resepi Maklang Azie...Kek ni memang best, lembut, moist dan sedap kerana kek ini tidak terlalu manis...ngap-ngap-ngap 6 beranak (hehehe, cik abe g Vietnam...) habis sebijik kek... Mohhh, kita tengok resepinya :) Terima kasih Maklang Azie kerana berkongsi resepi yg superb nih...muahhh 30x
Tengok teksturnya dan warnanya yg hitam tu...memang ngancam kalbu!Black Beauty Choc CakeBahan A2 cwn tepung gandum/superfine*
3/4 cwn serbuk koko*
2 sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu kecil baking powder* *Ayakkan
Bahan B2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak @ butter dicairkan
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur
1. Setelah ayak bhn A, ketepikan
2. Campur semua bhn B dan kacau sebati...guna whisker je
3. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit ke dalam bhn B sambil diaduk/gaul rata
4. Masukkan dlm loyang dan bakar dlm preheated oven 150 C 50 min - 1 jam (api atas bawah)
Topping mudah tetapi sedap (sesuai ketika stok cooking choc. takde)
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air
1/2 cwn tepung jagung
2 sudu besar butter/majerin
1. Masukkan semua bhn dan masakkan menggunakan api kecil
2. Sentiasa dikacau sehingga pekat
3. Siap, bolehlah dituang dan diratakan ke atas kek serta dihias mengikut kreativiti masing2.