Kami sekeluarga akan berangkat pulang ke Malaysia pada 10.5.09 (Ahad)...so blog ni akan sunyi seketika sehinggalah boleh diupdate sekiranya ruang dan waktu mengizinkan...doakan perjalanan pulang kami dipermudahkan dan selamat hendak-Nya...
Buat kawan2 di Bradford terimakasih atas persahabatan ini...segala sokongan, pertolongan, bantuan serta cenderahati buat kami moga Allah membalasnya dgn syurga buat kalian...kerana diri ini hanya mampu mengucapkan terima kasih dan budi kalian akan dikenang dan dibawa sehingga mati...dan yang berjuang dgn ilmu, moga berjaya dalam perjuangan...tidak lupa kpd yg memberikan dorongan dan sokongan, moga tidak berputus asa sehingga perjuangan mereka selesai...
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...
Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di tanjung jati
Dalam hati tidak ku lupa
Umpama rambut bersimpul mati...
Akhirnya, selamat tinggal bumi UK dan moga kehidupan di Malaysia akan dikecapi dgn indah...
Snow dan lorong ini pasti akan dirindui...