Pages

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Sunday, 4 August 2013

Biskut Raya

Salam...
Mood buat kuih raya, yang simple-simple je...
Hanya dua biskut ni sahaja yang kita buat utk lebaran kali ini...yang beli a.k.a tunjuk pun ada juga, hehehe
Pertamanya, Biskut Cornflakes Mudah dan keduanya, Biskut Golden Florentino.
Biskut yg kedua ni memang puas hati buat sendiri drpd kita beli kerana harga jualannya agak mahal. Buat sendiri puas hati dan dapat menikmatinya sepuas hati.
Jommm, sambil layan biskut raya jangan lupa nikmat menjalani ibadah puasa...mungkinkah nanti ada lagi Ramadan buat kita?






















Biskut Cornflakes Mudah

~Kuantiti bahan agak-agak je~
Coklat masakan putih - dicairkan secara double boiler
Cornflakes
Coklat urai - hiasan
Gula manik - hiasan
Mangkuk kertas secukupnya

1. Setelah coklat cair, masukkan cornflakes...kacau rata sehingga cornflakes disaluti coklat
2. Masukkan dlm mangkuk kertas, taburkan coklat urai dan gula manik sebagai hiasan
3. Biarkan coklat mengeras (boleh masukkan sekejap dlm peti ais) dan simpan dlm bekas kedap udara
***Boleh juga adunan ditambah hirisan badam, kita tidak letak kerana anak bongsu alah kepada kekacang
***Boleh juga hias biskut ini dengan drizzlekan coklat masakan gelap cair di atasnya, suka-suka hatilah...masak dari hati, masak with iman :) bak kata Chef Amir dlm Radio IKIM






















@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

















Biskut Golden Florentino

500 gm tepung florenta
500 gm kekacang eg. almond flakes, biji kuaci etc - panggang sebentar kekacang
50 gm bijan hitam

1. Gaulmesrakan semua bahan
2. Alas dulang pembakar dgn baking paper, letakkan adunan di atasnya...ratakan sederhana nipis
3. Bakar dlm preheated oven 200 C, 7 - 8 minit / hingga masak
4. Bila keluarkan dari oven, bolehlah dipotong kpd kepingan-kepingan kecil
5. Setelah sejuk, simpan di dlm bekas kedap udara
***Pastikan menggunakan baking paper utk alas dulang pembakar, jika tidak apabila masak nanti adunan akan melekat

















***Biskut ini perlu dipotong semasa ia masih panas, jika sejuk sukar utk mendapatkan bentuk potongan yang sekata
***Kekacang boleh juga dlm kuantiti melebihi 500 gm...suka-suka hatilah :)



Sunday, 18 November 2012

Coklat Oreo

Salam...
Asyik asyik coklat !...biasalah, kegemaran anak-anak...bila cuti sekolah, leh lah buat projek masak2 yg anak5 suka nak makan...kalau depa tak makan tentu tak seronok kan...
Hari ni kita cuba buat Coklat Oreo pulak setelah berkali-kali oreo yang dibeli asyik lesap dlm sekelip mata...huhu...inipun sebab oreo telah disorok awal-awal maka projek pun menjadi.
T/kasih kpd kak Azlita Masam Manis yang berkongsi resepi ni...cuma kita berpendapat elok guna coklat gelap compound berbanding coklat susu compound kerana gabungan oreo dah cukup manis, apa-apapun terpulang pada selera masing-masing ye...
Jom kita tengok resepi yg simple ni tetapi rasa dia walla...siapa nak buat berniaga pun boleh..anak kita kata kawan dia jual Coklat Oreo kat sekolah RM2 satu...nak buat door gift pun sesuai, utk besday party anak-anak lagi ok dan untuk apa-apa lah yg sewaktu dengannya...ikutlah idea memasing...



Coklat Oreo
Sumber : Blog Masam Manis

300 g coklat gelap compound - resepi asal guna coklat susu compound (dipotong kecil2)
1 bungkus biskut oreo
Edible image secukupnya - opt ...if gantikan dgn taburan sprinkle pun ok gak, tapi tabur sebelum coklat disejukkan
Acuan coklat

1. Cairkan coklat secara double boil
2. Masukkan coklat dlm piping bag, pipekan dlm acuan coklat 1/3 penuh (gunakan sudupun boleh)
3. Hentak2kan acuan supaya tiada gelembung udara...letakkan biskut oreo...tekankan sedikit
4. Pipekan coklat menutupi biskut oreo, hentak2kan lagi acuan supaya coklat sekata memenuhi acuan
5. Keraskan dalam peti sejuk
6. Setelah keras, keluarkan coklat drpd acuan dan rapikan bentuk coklat dgn pisau yg runcing dan tajam hujungnya
7. Sapukan sedikit coklat dibelakang edible image dan lekatkan atas permukaan coklat
8. Siap dan bolehlah dinikmati
***Coklat Oreo ini boleh juga dibuat dlm acuan coklat lolipop dan untuk lebih jelas step by step membuatnya sila layari blog Masam Manis, k...


Bekas gigitan gigi siapalah tu...ekekeh

Tuesday, 13 November 2012

Biskut Badam Cornflakes

Salam...
Aduhai...terlalu pantas masa berlalu dan tak terkejar2 utk melakukan pelbagai perkara...blog ni pun dah lama tak berupdate...Masa update ni kita sedang bercuti di Kuala Lumpur...biasalah bila taim cuti sekolah, anak5 suka dibawa berjalan-jalan membuka minda...
Oklah...masa yang ada ni jom kita layan resepi Biskut Badam Cornflakes...biskut ni nama asalnya Almond Rocher oleh Chef Amir dan resepinya kita ambil drpd Kak Azlita Masam Manis...T/kasih kepada kedua2 chef selebriti ni :)...tetapi kita dah olah sedikit resepi ni mengikut citarasa sendiri, so sesiapa yg ingin resepi asal bolehlah ke blog Kak Azlita  ye...



Biskut Badam Cornflakes
Olahan : Hajar

100 g cornflakes
200 g badam hiris (dipanggang selama 160 C 15-20 min)
50 g pes kacang hazel
50 g lemak koko
200 g coklat masakan gelap
200 g coklat susu
50 g coklat putih (dicairkan secara double boil) -sbg hiasan
Gula hiasan secukupnya - opt
Cawan kertas secukupnya

1. Dalam satu bekas satukan cornflakes dan badam hiris
2. Cairkan coklat gelap dan coklat susu secara double boil, masukkan lemak koko..sebatikan. Tutup api.
3. Masukkan pula pes kacang hazel dan gaulmesrakan lagi.
4. Tuangkan adunan coklat ke dalam bekas cornflakes dan badam hiris tadi,  gaul rata-rata supaya cornflakes dan badam hiris benar2 bersalut dgn coklat
5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan simpan sebentar (anggaran 10 -15 min) dalam peti ais
6. Keluarkan dr peti ais dan drizzlekan dgn coklat masakan putih serta hiaskan dgn gula hiasan jika suka
7. Biarkan hiasan coklat putih mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara mahupun simpan dalam perut...ahaks



Sunday, 12 August 2012

Biskut Almond Strip Crunch

Salam...
Memenuhi mood hari raya...jom layan biskut raya lak...Biskut yang sangat mudah, tak perlu bakar2...dan juga mudah dikunyah dan dihabiskan..hehe


















Biskut Almond Strip Crunch

400 gm dark cooking chocolate
300 gm almond strip - dipanggang 180 C 15-17 minit
1 cawan cornflakes - boleh lebihkan 1/2 cawan jika suka
White cooking chocolate secukupnya - hiasan
Sprinkles - hiasan
Paper cup kecil secukupnya

1. Cairkan coklat masakan secara double boil
2. Biarkan coklat agak suam, masukkan almond strip, gaul sebati
3. Masukkan pula cornflakes, gaul sebati
4. Letakkan adunan ke dalam paper cup, cairkan white cooking chocolate dan drizzlekan atas biskut dan taburkan sprinkles
5. Sejukkan sebentar dlm peti sejuk, keluarkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Untuk makluman...biskut ni telah habisss kami makan anak beranak7, tak sempat raya :P