Pages

Sunday, 4 August 2013

Biskut Raya

Salam...
Mood buat kuih raya, yang simple-simple je...
Hanya dua biskut ni sahaja yang kita buat utk lebaran kali ini...yang beli a.k.a tunjuk pun ada juga, hehehe
Pertamanya, Biskut Cornflakes Mudah dan keduanya, Biskut Golden Florentino.
Biskut yg kedua ni memang puas hati buat sendiri drpd kita beli kerana harga jualannya agak mahal. Buat sendiri puas hati dan dapat menikmatinya sepuas hati.
Jommm, sambil layan biskut raya jangan lupa nikmat menjalani ibadah puasa...mungkinkah nanti ada lagi Ramadan buat kita?






















Biskut Cornflakes Mudah

~Kuantiti bahan agak-agak je~
Coklat masakan putih - dicairkan secara double boiler
Cornflakes
Coklat urai - hiasan
Gula manik - hiasan
Mangkuk kertas secukupnya

1. Setelah coklat cair, masukkan cornflakes...kacau rata sehingga cornflakes disaluti coklat
2. Masukkan dlm mangkuk kertas, taburkan coklat urai dan gula manik sebagai hiasan
3. Biarkan coklat mengeras (boleh masukkan sekejap dlm peti ais) dan simpan dlm bekas kedap udara
***Boleh juga adunan ditambah hirisan badam, kita tidak letak kerana anak bongsu alah kepada kekacang
***Boleh juga hias biskut ini dengan drizzlekan coklat masakan gelap cair di atasnya, suka-suka hatilah...masak dari hati, masak with iman :) bak kata Chef Amir dlm Radio IKIM






















@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

















Biskut Golden Florentino

500 gm tepung florenta
500 gm kekacang eg. almond flakes, biji kuaci etc - panggang sebentar kekacang
50 gm bijan hitam

1. Gaulmesrakan semua bahan
2. Alas dulang pembakar dgn baking paper, letakkan adunan di atasnya...ratakan sederhana nipis
3. Bakar dlm preheated oven 200 C, 7 - 8 minit / hingga masak
4. Bila keluarkan dari oven, bolehlah dipotong kpd kepingan-kepingan kecil
5. Setelah sejuk, simpan di dlm bekas kedap udara
***Pastikan menggunakan baking paper utk alas dulang pembakar, jika tidak apabila masak nanti adunan akan melekat

















***Biskut ini perlu dipotong semasa ia masih panas, jika sejuk sukar utk mendapatkan bentuk potongan yang sekata
***Kekacang boleh juga dlm kuantiti melebihi 500 gm...suka-suka hatilah :)



2 comments:

Unknown said...

Kudapan brkhasiat, nanti blh belajar dgn hajar ye

cun09 said...

salam sahabat

esok adalah harapan, sekarang adalah kenyataan, kemarin adalah kenangan,yang tak luput dari khilaf dan kesalahan ...ketika tangan tak mampu berjabat,kaki tak dapat melangkah, hanya hati yang mampu berbisik...Taqobbal allahu minna wa minkum...salam aidilfitri ^_^

**moge sihat**