Assalamualaikum...
Lamanya tak bersiaran di sini...ada rindu tetapi dipendam dahulu kerana urusan dunia yg entah bila kan berakhir?
Mungkin kita dah terlambat dgn resepi kali ni tetapi rasanya kek ni tak jauh beza dgn resepi Snowy Cheesecake yag terdahulu cuma toppingnya yg agak cair ini menyebabkan ia dipanggil Cheesecake Meleleh...slurrrpppp, sambil menjilat air liur yang menjejeh-jejeh.
Rasa kek ni memang best giler...giler pun tak best camni, hehe.
Jom-jom kita buat Cheesecake Meleleh ni...utk jadi kek besday boleh, utk isi bekas jiran boleh, utk makan petang boleh...apa-apa pun boleh janji kek ni kemenjadiannya gebus gebas dgn topping yang meleleh-leleh...kalau tgk kek ni air mata yang meleleh, hmmm redho je lah bagi kat Mr. Bin sambil toleh kiri kanan kot orang keleh.
Kerana malas nak menaip resepi, kita bagi resepi dalam bentuk foto yang kita rajin pulak snap drpd status FB kawan kita tapi foto kek kita yang punyer ye...alhamdulillah, terima kasih kepada pemilik resepi ini.
Friday, 20 December 2013
Sunday, 24 November 2013
Kenangan 1434 Hijrah
Assalamualaikum...
Sekadar ingatan juga kenangan buat kami suami isteri dalam tahun 1434 Hijrah ( 7 Okt - 31 Okt 2013 )
Moga berkesempatan dengan izin-Nya untuk kami datang menjadi tetamu-Nya lagi... Rindu!!!

Labels:
Kenangan
Sunday, 4 August 2013
Biskut Raya
Salam...
Mood buat kuih raya, yang simple-simple je...
Hanya dua biskut ni sahaja yang kita buat utk lebaran kali ini...yang beli a.k.a tunjuk pun ada juga, hehehe
Pertamanya, Biskut Cornflakes Mudah dan keduanya, Biskut Golden Florentino.
Biskut yg kedua ni memang puas hati buat sendiri drpd kita beli kerana harga jualannya agak mahal. Buat sendiri puas hati dan dapat menikmatinya sepuas hati.
Jommm, sambil layan biskut raya jangan lupa nikmat menjalani ibadah puasa...mungkinkah nanti ada lagi Ramadan buat kita?

Biskut Cornflakes Mudah
~Kuantiti bahan agak-agak je~
Coklat masakan putih - dicairkan secara double boiler
Cornflakes
Coklat urai - hiasan
Gula manik - hiasan
Mangkuk kertas secukupnya
1. Setelah coklat cair, masukkan cornflakes...kacau rata sehingga cornflakes disaluti coklat
2. Masukkan dlm mangkuk kertas, taburkan coklat urai dan gula manik sebagai hiasan
3. Biarkan coklat mengeras (boleh masukkan sekejap dlm peti ais) dan simpan dlm bekas kedap udara
***Boleh juga adunan ditambah hirisan badam, kita tidak letak kerana anak bongsu alah kepada kekacang
***Boleh juga hias biskut ini dengan drizzlekan coklat masakan gelap cair di atasnya, suka-suka hatilah...masak dari hati, masak with iman :) bak kata Chef Amir dlm Radio IKIM

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Biskut Golden Florentino
500 gm tepung florenta
500 gm kekacang eg. almond flakes, biji kuaci etc - panggang sebentar kekacang
50 gm bijan hitam
1. Gaulmesrakan semua bahan
2. Alas dulang pembakar dgn baking paper, letakkan adunan di atasnya...ratakan sederhana nipis
3. Bakar dlm preheated oven 200 C, 7 - 8 minit / hingga masak
4. Bila keluarkan dari oven, bolehlah dipotong kpd kepingan-kepingan kecil
5. Setelah sejuk, simpan di dlm bekas kedap udara
***Pastikan menggunakan baking paper utk alas dulang pembakar, jika tidak apabila masak nanti adunan akan melekat

***Biskut ini perlu dipotong semasa ia masih panas, jika sejuk sukar utk mendapatkan bentuk potongan yang sekata
***Kekacang boleh juga dlm kuantiti melebihi 500 gm...suka-suka hatilah :)

Biskut
Friday, 19 July 2013
Roti Jala
Salam...
Marcapada, roti jala sudah mengalami perubahan apabila kemenjadiannya tidak lagi berupa jala tetapi seakan-akan jaring pukat mahupun jaring tingkap. Selain itu, warnanya juga turut mengalami transformasi iaitu dulunya berwarna kuning sahaja tetapi kini, ia mempunyai pelbagai warna dan turut digabungkan beberapa warna untuk kelihatan lebih fotogenik. Sebagai contoh, acuan roti jala yang berbentuk botol dan bermuncung tiga telah menghasilkan roti jala berbentuk jaring pukat dan ini bertepatan dengan ungkapan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh roti jala versi baru ini perlu dicuba walaupun resepinya tetap sama macam yang lama.
Hehe...tingin nak buat karangan cam zaman sekolah dolu-dolu :) Ampun cikgu BM ye!!!
Jom layan roti jala alaf baru...

Roti Jala
Sumber : Lynn myresipi ( t/kasih Lynn )
450 g tepung gandum
1 st garam
1/2 st serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur - dipukul sedikit
450 ml air ( boleh tambah sedikit air kiranya bancuhan adunan pekat )
2 sb mentega cair
Minyak untuk melenser
Acuan roti jala
1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit dlm mangkuk
2. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan susu, telur, separuh kuantiti air dan separuh drpd mentega cair ke dlmnya
3. Gunakan ballon whisk utk membancuh, masukkan baki air dan baki mentega cair dan pukul hingga adunan tidak bergentel .
4. Untuk lebih mudah boleh blenderkan semua bhn agar lebih halus
5. Tapiskan adunan menggunakan penapis yg mempunyai jaringan yg halus
6. Biarkan / perap adunan selama 20-30 minit
7. Panaskan kuali leper atas api sederhana, kemudian lenserkan dgn sedikit minyak.
8. Kacau adunan dan masukkan dlm acuan roti jala, dan bolehlah 'menjala' dengan jayanya
9. Bila permukaan adunan nampak kering, bolehlah diangkat lalu dilipat seperti bentuk baji atau gulungkan
10. Hidangkan bersama-sama kuah kari atau pun kuah kuzi...sangat bestest
***Untuk roti jala spt di atas kita bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan adunan dgn warna kuning dan hijau. Masukkan dlm acuan botol bermuncung tiga, pipekan adunan kuning secara zig zag, kemudian pipekan pula adunan hijau cara yang sama secara bersilang di atas jaluran kuning***

Makan Pagi/Petang
Subscribe to:
Comments (Atom)