Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Update Terakhir Makan Free


Ini lunch saya tadi. Menu:

  1. Nasi Putih
  2. Kari Kambing
  3. Ayam masak rendang pedas
  4. Sayur Kobis.
  5. Jelatah (dah abih td)

Burrpp...Alhamdulillah..

Kenduri Doa Selamat



Hari ini di kilang saya ada kenduri doa selamat. Seekor kambing telah disembelih pagi tadi. Masa melangkah masuk ke kilang ikut pagar kecik tu ternampak seekor kambing putih. Terus ambil Hp snap gambar dia. Pandai pula kambing tu tgk camera ye. Tak sangka nak disembeli di kilang. Ingatkan buat di luar saje.

Sepanjang 4 tahun bekerja, ini adalah pertama kali buat doa selamat. Bacaan yassin ke apa semua tak pernah buat. Ntah le..maybe sebab 2 boss kat sini org bukan Islam. So, bab2 mcm tu tak berat nak buat la.

Actually, kenapa tiba2 boleh ada doa selamat..jeng..jeng..jeng...Dulu mengikut cerita org lama mmg dorang pernah buat. Tapi dah lama sangat tak buat. Sampai le insiden baru2 ini. Yang telah menggemparkan satu kilang. Malah menyeramkan.

Ada yg boleh teka insiden ape???

Cerita nye gini, pada suatu petang, panas rembang..beberapa pekerja sedang bergurau senda sambil merakam photo rakan2 nya. Bila mereka melihat kembali gambar2 tersebut, terselit satu lembaga putih berambut panjang. Aauuwwww..scary uollss...

Siang hari pon dah mula menunjukkan diri. Saya ni dah le penakut. Adoiyaaii...Mmg ada dengar cerita bila ada loading barang malam2 ada juga orang nampak. Kalau tak nampak terbau wangi je tetiba kan. Itu malam so saya buat tak kisah sebab paling lewat b4 pukul 7pm saya cabut balik dah. Tapi bila siang hari pon mula menunjukkan diri, ni yg buat berat kaki teman nk gi buat inspection sorang2. huhuhu..

Nak tgk gambar??? to be honest tak berani nak publish to public la.. Satu hal itu gambar orang. So takde minta permission nak sebarkan. Then takut sebar kan, "dihantui" pula. Ni kes byk tgk cerita hantu le ni...terpengaruh.

Kalau nak tgk, dtg jumpe saya...huhuhu..

Friday, December 23, 2011

Hangin sebab Selipar

Selipar merah ku tersadai di atas tanah.

Quote dari Status FB saya Isnin lepas:
"Dah le pg ni masuk ofis lewat. Punch card merah. Then masa jalan menuju ke ofis tgk anak2 anjing yg berkeliaran kt dpn ofis tgh syok main2 dgn selipar yg aku pakai dlm ofis. Arrghh ni yg buat aku marah ni. Malaun mana yg reti pinjam selipar orang tapi tinggal kat luar. Tak reti2 nak simpan dalam ofis balik ke? Mmg le bape le sgt rege selipar tu tapi yg buat aku marah SEKARANG ni aku nak pakai apa?? Kerja dapat gaji selipar bape hinggit tu pon tak bleh nak beli sendiri?? 4thn aku kerja kt sini dah 3x aku beli selipar baru sume sebab anjing gigit. Kalau putus ke ape takpe la..Ni elok lagi."

Semalam baru berkesempatan beli selipar baru. Haaa..hambik kau pink karer tu. Oppss size 40 almaklum le species kaki besar kan. huhuhu..Yup hanya RM2.90 cheapskate..kalau kena gigit anjing lagi takde le terkilan sangat kan.

Ada kawan sekerja notice yg selipar saya telah digigit anjing dan dia kata boleh dia ambilkan. Saya kata tak payah. Bagi je anjing tu gigit sampai hancur pon takpe. Tak kuasa nak samak2. Kalau dah samak pon semak mata tgk kesan gigitan kat selipar tu.

Thursday, November 24, 2011

Tuan Tanah Sibuk

Salah satu job scope : Equipment Calibration.


Hari ini dan esok ada SIRIM Audit. Audit untuk Product Certification. Audit ISO dah lepas. Tunggu tahun depan pula. Bila QA/QC audit konpem le saya busy.


Tapi setiap kali nak audit mesti ada dugaan nya. Anak2 demam la...tak pon tuan punya badan demam. Tahun ni le tahun saya paling tak sehat. Kerap sangat selsema nya.

OKle tak bleh membebel lama2 banyak mende nak setelkan. Daaa~


Dah calibrated konpem kena manage/update list/filing certificate.

Monday, October 31, 2011

Busy Mode


Ntah bile dapat berfoya2 update blog betul2..
Til then~

Friday, October 21, 2011

Kisah semalam...


Alhamdulillah Visit ke Lafarge cement plant & Aggregate Quarry berjalan dengan lancar. Dan YANG PALING PENTING dapat pump susu dengan jayanya. huhuhu..

Normally kat ofis saya pump 2x je. Around 10am & before balik. Disebabkan semalam tak pasti samada saya akan dpt pump pada waktu biasa saya pump awal2 sebelum pergi. Dalam kol 8am dah pump.

After lunch around 1pm++ saya cepat2 tanya mana surau. Luckily surau tak jauh dan ada power point. Boleh le guna S3 pump saya macam biasa. Syukur alhamdulillah. Setel around 1.30 pm tgk orang lain semua dah pakat naik kereta utk pergi ke Quarry pula. Tak pasal2 saya dah terlepas photo session. hahahaha...nak wat camne kan. Pump susu lagi penting.



Overall the visit is not bad at all. Gained some new knowledges, great lunch with kurma kambing (I loikee) and also a souvenir dari Lafarge Cement Kanthan Plant. Cadang nak snap photo food on my plate tetiba their CEO duduk sebelah saya. Terus segan nak curi2 snap photo. hahaha


Dapat face towel & botol air.


Dan satu lagi...saya juga DIPELAWA untuk apply kerja ngan Lafarge Aggregates...hahahaha...There is one Regional Manager spoke to me that their current QA/QC Exec akan move to department lain dan they're looking for replacement. Dia tanya saya ada kawan yg berminat atau saya sendiri yg berminat. Siap bagi business card untuk saya contact dia.

Sebelum balik time greet and say thanks to everybody, The Regional Manager last word to me "Jangan lupe contact saya"...macam beria2 suruh saya apply je keje tu. hahahaha...

Ok..ok..stop update blog pergi update resume pula...

Wednesday, October 19, 2011

Busy+site visit+risau

Semalam 1 entry pon takde. Hari ni pula just a quick update. Busy gile la. Tak dapat curi masa buat entry panjang2.

Esok saya akan pergi plant visit atas invitation Lafarge. The full program pon saya tak pasti. Cuma tau akan visit Lafarge Aggregate Quarry di Simpang Pulai dan Kilang cement dorang di Khantan. Full day visit katanya. Pihak Lafarge akan pickup kitaorg di kilang kami jam 8am.

Kami tu adalah saya dan 2org boss saya (chinese man). Org yg dtg pickup kami pon chinese man. hhmmm..mintak2 ada representative dari tempat lain yg pompuan. Ada le geng kan.

Selama 7bulan usia Hannah, ni first time saya kena keluar dari ofis. Mulalah risau camne le nak pump susu ni. Dikala ni kan best kalau saya ada Medela FS. huhuhu..Mintak2 ada tempat yg sesuai utk saya pump susu dan lebih baik ada power point so boleh le cucuk plug spectra3 saya tu. Kalau tak terpaksa guna pureen battery operated pump saya tu. Dah lama gile tak guna. Dan saya akan kelam kabut konpem. Sebab kena pump sebelah dulu. Of course sebelah lagi akan menitik2. Tak reti nak handle camne. Dari awal dh biasa double pumping. huhuhuhu

Minta2 le dipermudahkan segala urusan nak mengepam esok. Amin....

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #1

Yeah...got my PC back!!

ok..sambung wat kerja dulu

Thursday, May 12, 2011

Punch Card Merah


Hari ni 1st time punch card saya merah. huhuhuhu...terlambat 2minit. Gara2 kereta saya tak boleh start. Uikkss..semalam drive macam takde prob pon. Nasib baik pagi ni En.hubby nak try start engine dulu before dia pergi kerje. Kalau dia pergi dulu tadi lagi le saya tak tau nak buat ape. huhuhu..

Try tukar bateri dengan SIL pon enjin kereta kejap2 mati. Suami SIL kata maybe alternator. Ntah le saya tak tau sangat pasal enjin kereta ni. So pergi kerja tadi en.hubby yg tolong hantarkan. Tapi tu le dah terlewat skit sebab kesahkan kereta saya dulu tadi. Petang karang kot en.hubby bawakan kereta saya ke workshop.

Satu hal lagi mata amat le mengantuk. Hannah semalam susah nk tidur. Padahal Mama dia dari kol 10pm dah mengantuk gile. Rupe2nye dia kembung tu sebab tak nak tidur. So, Opah siap tuam perut & sapu minyak. Before that Pak Long dah urut2 skit. Dekat kol 12am baru dia terlena. Kami pon masuk tidur. lepas dalam sejam dia tidur terus terjaga kalau letak dia nangis2.

Last2 buka lampu bilik, Papa layan sembang kejap ngn Hannah. Minah ni mmg kaki sembang. huhuhu..Jadinya sampai ke subuh tadi lampu tak tutup2. Dalam kol 5am tu baru le dia tidur nyenyak.

Takpe..Mama tak kisah pon. Sebab bukan selalu Hannah macam tu. Most of the time Hannah tidur je. Kalau Hannah tak tidur pon, Hannah tak melalak tengah2 malam cam Qaseh dulu. So, takde le tension kan.

Selalunya time kami siap2 nk gi kerja sure Hannah tak tidur. Tapi pagi ni sebabkan baru lena jam 5pg tadi, Mama siap2 gi kerja dia still tidur lagi. huhuhu..

Tuesday, May 10, 2011

Baru keje semalam hari ni cuti plak...



Konpem boss haku bengang!! Lantak le..

Tak sampai hati tengok my lil princess kena tinggal time2 demam ni. Standard le kan pas jab 2months tu sure demam. Dulu time Qaseh demam Mama cuti. Takkan Hannah demam mama gi keje plak. Lgpon bagus kalau dapat direct BF kan time cenggini.


Tapi Hannah yg mmg baby yg baik even demam tak banyak ragam. Takdela Mama berjaga malam tadi. Cuma terjaga kejap2 check condition dia and bila nak nenen or tepuk2. Then dia pon tidur balik. Dalam baik2 Hannah pon time makan ubat dia boleh ludah sume ubat balik. Anak oii..camne nk cepat baik demamnya. Tapi cam biasa tetap silent mode..takde le nk melalak.

Cuma waktu siang2 ni dia takde le tidur cam selalu..tidur kejap2 je. Yela badan tak sedap kan. Cuaca plak sememangnya panas gile.. rasa cam nk on aircond 24hours je. Kang pengsan plak tengok bil elektrik..huhuu

Monday, May 9, 2011

Kembali bekerja..



Arrrghhh!!!! Malasnya nak kerja. Ikutkan hati mau resign jadi sahm je. huhuhu..tapi apakan daya kan.

Most of moms mesti dok terfikir anak kat umah babysitter / nursery. Saya plak teringat juga tapi baby hannah mesti ok aje. Sebab dia baby yg baik dan tak banyak karenah. Cuma risau camne le MIL nk handle Qaseh & Hannah. Yang problemnye si Qaseh tu. Banyak betul karenah dia. Mengalahkan si adik. Perangai dia semakin menjadi2. MIL sure penat melayan si Qaseh berbanding si Hannah. Ish..ish..



Hari ni juga bawa Hannah gi check up utk 2bulan. Kena cucuk minta2 tak le demam teruk. Lagi bagus tak demam langsung. Berapa agaknya berat si Hannah ni eh.

Monday, February 28, 2011

Rezeki Anak



Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas rezeki ini. Tanpa disangka Mama dapat BONUS plus INCREMENT lagi!! Yeahh!!

Itu le namanya rezeki anak. Dulu time dalam pantang Qaseh ada adjustment gaji. Naik RM200. Alhamdulillah sangat2.

Untuk baby no.2 ni lagi le. Murah rezeki kamu wahai anak. Masa bulan Jul 2010 aritu dah sekali dapat bonus & increment tapi xde le banyak mana kan. Janji ada dah alhamdulillah. Tapi kali ni macam banyak skit. Almaklum lah pay slip belum dapat. Cuma just tgk amount RM dalam account je. So buat masa skang ni main congak2 je la lu. Nampak gaya increment pon lebih. Alhamdulillah syukur sangat2.

Ini bukan entry nak menunjuk ye. Jangan salah paham. Ini entry kesyukuran tau. Untuk berkongsi dengan sumer yang Allah dah tetapkan rezeki setiap anak. Even kadang2 ada yang terlintas terfikir mcm mana dengan perbelanjaan jika bertambah anak lagi.

Macam saya mula2 conceived aritu terfikir juga. Tapi takde le sampai merasakan ia suatu beban. Cuma plan pandai2 berjimat le kan dan percaya ada rezeki dari Allah.

Dalam kes saya ni mmg saya agak terkejut bulan ni ada bonus + increment. Selalunya berminggu2 dengar rumors dulu baru ada. Ni saya dengar hari Khamis lepas then Sabtu terus masuk account. Hahaha..lawak pon ada. Or maybe saya ni tak berapa nk bergossip dgn org lain jadinya saya dapat berita lewat dari orang lain. huhuhu

Anyway thanks to MTD group sebab sudi bagi kami bonus + increment tepat pada masanya. Tak pasal2 terus cukup Tabung Bersalin di Ar-Ridzuan saya. Tak payah pening2 lagi. Sungguh murah rezeki baby no.2 ni. InsyaAllah merasa mama bersalinkan kamu di Ar-Ridzuan. Dapat keselesaan dan aurat terpelihara. Yang penting Mama & anak Mama selamat dan sehat2 belaka. Dan Mama doakan moga2 Allah memurahkan lagi rezeki kita sekeluarga. Amin...


Tak sabar rasanya Mama nak jumpe kamu. Nak peluk cium kamu. Moga2 anak Mama sehat2 saje di rahim Mama sekarang ni.


Ada yg pelik ke selalu sangat saya dapat bonus ni. Aritu Jul 2010 skang baru Feb 2011. No No No jangan salah paham plak ye. MTD group tidak le sampai tahap pemurah macam tu sekali bagi bonus. huhuhu..

Actually bonus yg dapat bulan Jul 2010 adalah utk tahun kewangan 2009 (Apr08 - Mac09) dan bonus yg dpt bulan ni adalah untuk tahun kewangan 2010 (Apr09 - Mac10). Kirenya kami dapat lambat la. Bukan mcm company lain hujung tahun je dapat kan.

Tak kisah le lambat pon janji company nak bagi kan. Walaupon hanya sebulan bonus. Alhamdulillah sangat2. Dari takde langsung. Bayangkan lah sebelum2 ni langsung xde bonus. Saya start kerja Aug 2007 dan hanya pada Jul 2010 baru merasa BONUS youu...3thn bekerja baru merasa. Kalau tak dapat juga sah2 moral down. Bila dapat bonus rasa kita ni dihargai le juga kan. Penat lelah kerja tu membuahkan hasil.

So mari kita ambik ikhtibar (cewahhh) setiap orang ada rezeki masing2 dari Allah. Janji kita berusaha dan berdoa.

Tuesday, February 22, 2011

Bila perut ku akan dibelah?? Jeng..jeng..

Nearly 1 week tak update blog. Tapi BW masih active ye kawan2. Cuma tak meninggalkan jejak jer.

Mood nk blogging dah ke laut. Gara2 super busy dengan kerja di ofis. Kalau kerja cam biasa ok le juga. Ni kerja sume ada prob nk kena settle. Then nak kena menjawab kenapa dan kenapa. Apa action plan?? Corrective action & preventive action??? Arrghhh sakit otak!!

Kepala dah set by 2nd week March @ 38weeks dah bleh start maternity leaves. So just kena bertahan for couples of week je lagi. Tapi tadi lepas appointment dgn Dr. Raoofah di Ar-Ridzuan dia kata better wait until 39weeks dalam 17/3. Arrghh!! terus bertambah tension. Bertambah lagi seminggu kena kerja!!

Bukan dah tak larat dalam kes pregnancy. Maksudnya masih mampu untuk terus bawak perut ni. Cuma cam dah tak mampu time2 sarat pregnant kena face tekanan kerja di ofis. Lagipon dah set pale otak by 2nd week bleh start rest from this 'misery'!! So bila kena tunggu lagi macam tak bleh nk terima. huhuhu

Tapi ada reason kenapa Dr. Raoofah suruh tunggu by 39weeks. Nanti2 saya citer ye. Esok ada appointment dgn GH plak utk tetapkan date ceaser gak. Tgk apa kata doc pakar GH. Sama or lain tak dari Dr. Raoofah. Then saya citer sekali gus.

Dapatkan 2nd opinion lagi bagus kan. Yang penting baby & mama sehat2 belaka. Amin....

Wednesday, February 9, 2011

Sakit Perut..



Semalam MC. Sakit perut dan sakit pinggang di sebelah pagi. Bila menganjak ke tengahari sakit pon kurang. Sempat gi tengok newborn baby Qayyum di Ar-Ridzuan. Anak buah SIL. Dapat sekali usya keadaan single room di sana.



Pagi ni masuk kerja mcm biasa. Sedang enak bersarapan nasi goreng..Sakit perut le plak. Seperti angin...pergi ke toilet muntah segala isi perut...dan sekarang perut masih sakit. Tapi sempat update blog. =P

Berkira2 untuk terus bekerja or pergi ke klinik...hhmmm....kerja berlambak ni..

Friday, January 28, 2011

Super Busy

Super Busy di ofis this few days. Ada Audit dan product complaint to attend. Can't wait abih kerja kol 5 nanti. Malam kang akan gerak ke KL. Tinggal sekejap urusan kerja..nak relax minda plak...

So see you guys on Monday!!

Insyaallah...

P/s: Saya akan berada di Taman Medan PJ. Ada blogger yg berhampiran???

Sunday, January 23, 2011

Keje Hari Ahad

Sungguh tak best kena datang kilang on sunday. Sepatutnya tgh bermalas-malasan, rehat2 spend time ngn Qaseh. Tapi dah terpaksa. Kalau tak..tak hingin pon datang kilang hari ni.

Kerana kerja juga tak dapat joint family lain gi bfast sama2. Terlepas quality time di situ. Ciss..

Apa perasaan orang lain yang selalu gi kerja hari ahad tu ye. Mungkin sebab tujuan untuk buat OT x pon cari duit lebih mungkin lain perasaannya. Dari saya yang datang kerja untuk menyiapkan kerja tapi gaji hujung bulan tetap sama. Sebab tu kot saya tak ske kena datang keje time cuti ni.

ok2..nak sambung kerja balik. Nak siapkan cepat so bleh balik rumah cepat..

Adios..Happy Sunday uoollss...

Wednesday, January 5, 2011

Bad Mood


I'm really in a BAD MOOD!!

Malam tadi dah mmg mood tak baik..masuk ofis boss buat bikin aku hangin!!!

"You never plan ahead your work!!"

Ko tak buat kerja aku mana ko nak tau semua report and documentation is a time consuming..Kerja sedia ada dah banyak, bila orang resign ko hempap je sume kerja kat aku. Then expect siap on time macam previous nye orang buat. Abih tu kerja yang sedia ada ni sape nak buat?? ko nak tolong buatkan ker??? Semua orang kerja 8-5pm juga tau.

Ko expect aku stay ofis sampai kol 8malam ke hari2?? Kirim salam....kalau ada elaun ke OT ke berbaloi le juga. Ada manager pon hampeh...


eeee...geram. Dan2 rasa nak carik kerja baru...

Thursday, December 30, 2010

Blog tutup sampai Isnin


Yes..officially dapat juga email dari HR(HQ) yang esok "Closing Down Office"..

So tidak akan update sampai Ahad. Isnin tgk pada keadaan kalau ade idea and free time akan update cam biasa. Cet..bgtau ni ade orang kesah ke??? Takpe la kalau takde pon..huhuhuhu..


En.hubby plak baru call tadi inform kilang dia supposedly CUTI gak tapi dorang bawa cuti tu ke Chinese New Year nanti. Mentang2 le management Kilang ramai kaum Cina. huhuhu..xpe laa...janji cuti. Esok cuti pon bukan kami ada plan nak ke mana pon kan. Cukup le sabtu ahad cuti sama2..

Pada yang akan ke mana2 weekend ni hati2 di jalan raya yer. Highway cam jammed je nanti. Itu yg lagi membantutkan keinginan utk cuti2 m'sia. hehehe

TAHNIAH HARIMAU MALAYA


Rata-rata orang akan bercerita tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam dalam Piala Suzuki AFF. Sebagai rakyat Malaysia mesti lah bangga atas kejayaan tu kan. Syabas pasukan Malaysia.

Malam tadi kami tengok match tu kat rumah Along. Sambil celebrate birthday my mum (belated). Saya actually xde le minat bola pon. Tapi dah tv terpasang so tertengok2 le juga. Nasib baik Qaseh well behaved bagi semua orang tgk bola dengan aman nya.

Bila dah menang malam tadi mula lah orang tertanya-tanya esok (hari ini) cuti ke???

Pagi ni dengar berita PM isytihar esok CUTI UMUM....saya tak bleh nak "YAHUUU!!" lagi. Biasa le company swasta ni ikut dia je nak cuti ke idak. So sekarang masih menunggu jawapan dari HQ..

So, sbb esok cuti umum sah2 le klinik desa Bemban tu tutup..sure postponed minum air gula tu....

Anyway, Happy Holidays everybody..Selamat Tahun Baru 2011. Tengok bunga api kat mana?? Kami mungkin tgk kat TV je..hahahaha

Saturday, December 4, 2010

Anjing..oh..anjing..

Satu isu yang membuat saya susah hati. Aiyoooo....

Kisahnya begini...

Kilang saya boleh dikatakan penuh juga dgn anjing. Kemungkinan lebih dari 10 ekor. Beranak pinak..Hidup dan mati di kilang ini dari dulu lagi. Tidak tahu sudah berapa generasi. Suatu masa ketika ramai pekerja asing dari Vietnam yang bekerja di sini isu anjing ini agak berkurangan kerana warga Vietnam memang diketahui suka dengan anjing ni.

Tapi itu kisah semasa saya belum berkerja di kilang ini. Selama 3 tahun lebih saya bekerja di sini dan terus dilantik menjadi Secretary Safety Committee, isu anjing ini tidak pernah selesai. Sudah banyak kali pekerja Islam membuat aduan tentang masalah anjing yang berak di kawasan tempat mereka kerja. Apabila saya menyuarakan aduan kepada management Kilang tiada respon yang baik untuk menangani isu ini. Patut lah isu ini tidak pernah selesai dari sebelum saya bekerja di sini lagi. Dua orang Manager di Kilang saya ini bukan beragama Islam.

Sehinggalah baru2 ini berlaku rombakan dalam Management Kilang di mana terdapat seorang lagi Manager yang lagi tinggi pangkatnya yang beragama Islam telah memberi arahan untuk menghapuskan anjing2 tersebut. Saya paham dengan pandangan Manager tersebut bagaimana anjing2 ini merosakkan imej Kilang. Sebab anjing2 ini dengan selamber nya melepak2 betul2 depan foyer pintu masuk ofis. Bukan seekor tapi kadang2 sampai 2-3 ekor sekali. Bukan takut dengan orang dia boleh buat 'dek' je.

Manager baru tersebut menekan isu itu kepada saya dan pastikan selesai sebelum Board of director datang untuk visit & audit. Saya sebagai secretary merujuk kepada Chairman tetapi sekali lagi dia teragak2 untuk membuat keputusan. Risau tentang bayaran yang akan dikenakan dan bimbang jika Majlis Daerah menemui sesuatu di Kilang yang melanggari peraturan lalu akan disaman.

Tidak tahan kerana asyik ditanya bagaimana status isu anjing saya terus membuat surat permohonan kepada Majlis Daerah untuk datang ke kilang kami dan menangkap anjing tersebut setelah memastikan tiada bayaran yang akan dikenakan dan cukai taksiran kami tiada masalah. Saya kemukakan surat permohonan rabu lepas. Dan hari ini (sabtu) penguatkuasa majlis daerah datang terus menembak anjing.

Suasana agak kecoh kerana kami agak terkejut kerana tidak dimaklumkan lebih awal dengan kedatangan mereka. Selain itu kami ingat mereka akan tangkap saja anjing dan bukan TEMBAK. Lagipon mereka menggunakan senapang dan peluru untuk menembak anjing. Dari segi keselamatan ia agak membimbangkan kerana pekerja kilang sedang bekerja di sekitar kilang dan kami tidak berpeluang untuk memaklumkan kepada mereka.

Selain itu, terbit rasa kasihan melihat anjing2 tersebut ditembak. Terasa kejamlah pula. Sebagai orang yang menghantar surat permohonan tersebut saya rasa bertanggungjawab. Pihak majlis daerah menerangkan policy mereka hanya menembak bukan menangkap anjing. Di situ kita boleh tahu berlaku communication breakdown antara saya dan pihak majlis. Kerasna sangkaan kami anjing2 tersebut akan ditangkap bukan ditembak.

Selepas berbincang dengan manager kilang untuk mendapatkan pandangan dia samada mahu meneruskan kebenaran menembak atau batalkan saya pula yang dimarah. Kerana saya tidak check betul2 tentang method yang mereka akan gunakan. Mungkin salah saya di situ. Tapi bagi saya pihak majlis sepatutnya memberitahu yang mereka akan menembak bukan menangkap. Perkara dah terjadi nak buat camne lagi kan.

Terus saya membuat keputusan sendiri berlandaskan isu keselamatan dan memohon maaf kepada pihak majlis daerah di atas kekeliruan yang berlaku. Saya juga tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku aduan berlaku kejam terhadap anjing2 tersebut. Betul2 rasa bersalah. Bagi saya jika saya mendapat sokongan dari pihak management bagi menyelesaikan isu anjing ini dan terdapat method lain yang boleh digunakan selain menembak anjing2 ini, mungkin saya lebih 'firm' dengan keputusan menghapuskan anjing di kilang ini.

Akhirnya hanya 2 ekor anjing dewasa & 1 anak anjing telah ditembak sebelum sempat saya meminta diberhentikan. Sekarang terdengar salakan anjing yang terselamat mungkin menangisi 'pemergian' kawan atau ahli keluarganya.

Bagaimanapon, isu anjing ini masih tidak selesai. Seperti putus asa dan malas mahu masuk campur. Pihak atasan masih mahukan "action plan" dilaksanakan sebelum Board of directors datang. Kalau ikutkan hati demi menyelesaikan masalah, saya keringkan hati bagi tembak saje. Tapi perasaan belas kasihan masih wujud kerana ia berlaku di depan mata. Kalau berlaku tanpa pengetahuan saya mungkin tidak terasa sangat.

Aiyooo...apalah nasib. Dari dulu aku tak nak jadi Secretary ko paksa juga. Nak resign jadi secretary pon ko tak terima. Benti keje jela senang citer. Keje tempat lain. Abih cerita.

Lain majlis daerah lain method yang digunakan. Majlis perbandaran Seremban akan menangkap anjing dahulu sebelum dihapuskan. Local authorities kat tempat korang camne plak ye?? Ape method yang dorang guna???

Beberapa link yang saya jumpa mengenai isu tangkap anjing ini.

1. Cara baru untuk tangkap anjing
http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa-2008/32127-cara-baru-tangkap-anjing-liar.html

2. Majlis Perbandaran Selayang tawar RM15 setiap ekor yang ditangkap hidup2.
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Ogos03%201d.htm


3. Pandangan mazidul tentang isu anjing liar
http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/03/di-antara-hak-anjing-dan-keselamatan.html?