Showing posts with label Baby Hannah. Show all posts
Showing posts with label Baby Hannah. Show all posts

Friday, March 9, 2012

1 year oledi


Esok Hannah genap setahun. HAPPY 1ST BIRTHDAY HANNAH. Nanti dah besar2 jangan tanya naper Mama tak buat birthday party untuk Hannah. Mama jadikan tradisi 1st birthday anak2 Mama kita akan gi Bithday Holiday. Sebabnya kalau buat party pon Hannah kecik lagi. Tak paham erti birthday party lagi. huhuhu..

Kalau dulu mama kakak Piyah kami gi Genting je. Padahal plan asal nk ke PD. Tapi tak jadi. Kali ni kita jalan jauh skit. Kita akan ke Melaka esok. Semoga selamat perjalanan kita pergi dan pulang. InsyaAllah kali ni lagi meriah sebab semua ahli keluarga dapat join.

Bersyukur atas rezeki biz kek Mama, dapat Mama arrange birthday trip kali ni. Alhamdulillah.. lagipon dah lama sgt pon tak gi holiday kan. Kire sekali harung la.

Tahun ni Mama sambut sekali birthday kakak Piyah sekali dgn birthday Hannah. Jimat duit mama. huhuhu..Jangan risau, insyaAllah next year kalau ada rezeki Mama arrange birthday party untuk anak2 Mama.



Setahun yg lalu

Saturday, March 3, 2012

Viral Infection



Khamis petang yg lepas kami bawa Hannah ke Ar-Ridzuan. Setelah risau seminggu demam tak kebah2 lagi.

Hannah yg jenis mmg tak mahu kat orang sangat, belum ape2 dah start melalak. Doktor baru nak check dada dia dah menangis macam kena cucuk. Belum cucuk lagi tu. Masa tengah amik darah usah cakap le betapa kuatnya dia melalak. Meronta2 nak lepaskan diri.



Bila doktor explain bila demam mcm ni ada 2 possibilities. Samada viral infection tak pon denggi. So dia bg option kat saya samada nak test darah or just makan antibiotik dulu. Kalau tak baik juga btg balik utk test darah. Tapi dah alang2 sampai situ better test terus. Biar tahu dari awal senang nak rawat.

Test result alhamdulillah bukan denggi. Tapi sel darah putih tinggi dari paras normal dan sel darah merah rendah dari paras normal. Menunjukkan mmg viral infection. So kena habiskan antibiotik dalam 5 hari. Kalau tak kebah juga demam konpem kena warded untuk monitor sakit lain pula.

Ya, Allah minta2 le kebah demam si Hannah ni. Tak sanggup tgk dia sakit kena pasang IV. Kesian. Mama yg dah tua ni pon bila buat IV rasa sakit ya amat. Lagi le baby cam Hannah. T___T

Cepat sehat ye sayang. Makan le ubat elok2. Tak mau sembur2 keluar. Camner nak sehat kalau gitu...

Kenapa kami ke Ar-Ridzuan??

Sebab Hannah lahir di sana, record dia ada di sana. Senang. Paed pon OK. Servis yg kami dpt pon OK. Tak tau le pengalaman orang lain kan. Yg penting fees dia tak mahal sgt compare tu private hospital yg lain. Yela kami ni bukan ada panel. Semua keluar dr poket sendiri lu. Then baru leh claim. Kalau pergi ISH/Pantai tanpa referral letter dr panel clinic, sampai mati le tak dpt claim balik. Nasib baik Ar-Ridzuan punyer resit takde mention "PAKAR" so senang2 boleh claim. Alhamdulillah...

Thursday, March 1, 2012

Seminggu demam lagi



Masuk hari ni Hannah dah seminggu demam. Tak reda2 lagi panas nya. Lepas makan ubat suhu turun. Tak lama pastu panas balik. Tapi Hannah still active. Takde le melepet mcm org demam kan.

Bila dah seminggu demam tak kebah2, ptg ni Mama nak bawa Hannah gi Ar-Ridzuan. Jumpe Doctor Pakar Kanak-kanak. Dulu masa demam bulan Sep11 tu pon bawak ke Ar-Ridzuan dengan izin Allah alhamdulillah baik demamnya.

Kali ni Papa tak leh temankan. So Mama ajak Opah teman je. Jadi tukang pegang Hannah dalam kereta. Hannah bukan mahu duduk dalam carseat lama2.

Berharap sangat pas ni Hannah sehat balik. Next week nak gi jalan2 ke Melaka. Tak best le demam2 gi holiday kan.


Saturday, February 25, 2012

Demam juga akhirnya


Setelah 5bulan sehat-sehat saje,
akhirnya dua beradik ni demam juga.
Last dorang demam bulan september tahun lepas.

Start demam si kakak.
Pas demam kakak kebah turn adik demam pula.
Kakak senang makan ubat, maybe pasal tu demam kejap je.
Si adik, punye le susah nak makan ubat.
Dah masuk hari ke-3 adik demam.
Tak kebah juga ke klinik le kita.
Skang ni makan ubat demam yg baru dpt
lepas cucuk pneumococcal haritu.

Demam sebab dah dapat kaki ada juga kot.
Semalam mentang2 dh bleh jalan,
dia bawak remote astro dari depan ke dapur.
Jenuh opah mencari remote.
Alih sofa semua tak jumpe2.
Rupe2nye ada kat dapur.
Patut le takde kat ruang tamu.

Mama doakan Hannah cepat baik ye sayang. Amin...

Saturday, February 4, 2012

Blog Terabai

Kesian blog ni..terabai sudah. Bukan sengaja tetapi kekangan masa tak membenarkan saya merepek dalam blog ini. Bukan merungut sebab tiada masa cuma nak pembaca blog ni tahu. Siang kerja macam biasa. Waktu free byk digunakan menjawab pertanyaan customer/potential customer di samping buat promosi/iklan kat FB/blog (Apash Sweet Treats).

Busy maknanya ada bisnes. Alhamdulillah syukur...

Kesian Hannah Mama kurang update kisah dia dalam blog ni. Nanti ada masa mama update ye. Mama tgh berusaha untuk mencari rezeki lebih untuk kita sekeluarga. Dan juga demi mengejar impian Mama.

Just a quick note: Last Tuesday (31/01/12) Hannah dah amik 1st jab Pneumococcal. Alhamdulillah takde demam ke apa. Syukur Hannah seorang baby yg kuat & sehat. Jarang sakit demam sepanjang nak masuk 11bulan umur dia. Semoga Hannah dikurniakan dengan kesihatan yg baik. Begitu juga utk kakak Qaseh.

Till then~

Tuesday, January 17, 2012

Kakak tiru adik




Location: Rumah Pah Nah.
Photographer : Papa


Situasi sebenar bukan adik ikut apa kakak buat tapi sebaliknya. Si kakak yg mengada2 meniru aksi macam adik.

Hannah ni diam2 ubi berisi. Dia tidak seperti kakak yg kuat melalak tak tentu pasal. Mengamuk tak tentu pasal. Hannah menangis tahap biasa2 saje. Tapi..adoiyaii...buas dalam diam tu. Pantang leka, pasti nak masuk bilik mandi. Pantang lepa, abih dipunggah baju2.

Moga notti anak2 mama ni masa kecik2 je la. Nanti jadi anak yg solehah ye.
Gadis ayu gitu...
^___^

Tuesday, January 10, 2012

10months young Hannah



Happy10months young Hannah.

Lagi 2bulan dah nak setahun. Sekejap je dah nak jadi toddler. Tak kisah ler, Hannah will be Mama's baby forever.


Development Hannah setakat ni:

  1. Gigi dah 4 btg. 2 bawah 2 atas. Tapi gigi atas macam jarang skit. huhuhu..maybe tak abih tumbuh lagi kot.
  2. Suka memanjat. Masa di rumah Pah Nah dengan 1st attempt dia berjaya naik tangga. Tapi dgn pengawasan le ye. Pastu kerjanya nak naik tangga je. Nak kena beli safety gate le nampak gayanya.
  3. Boleh berdiri dengan stabil tanpa sokongan.
  4. Sekarang dah taknak duduk dalam walker. Dia rasa tak bebas kot. Tapi suka jalan tolak walker. Kekadang bagi dia tolak FP walker/wagon tu bagi praktis kuatkan kaki. Laju je dia jalan tolak mende alah tu. huhuhu..
  5. Rambut??? Dok macam tu je. Hahaha..lambat benor nak panjang/lebat rambut je. Menurun mama kot..rambut sikit/nipis je.
  6. Alhamdulillah masih menyusu badan. 2 bulan lagi utk jejak record Mama BF kan kakak Qaseh. So, harap boleh lebih dari setahun le.
  7. Next week insyaAllah nak amik Pneumococcal. Agak lewat juga baru nak amik. Takpe la janji amik dari tak amik.
  8. Beberapa hari lepas MIL baru sedarkan saya yg Hannah belum sunat. MasyaAllah boleh terlupe plak. So, weekend ni kami akan bawak Hannah gi sunat. huhuhu..


"Kerut Kening" Trademark Mama tu. huhuhu


Orang kata Hannah ikut muka Papa eh?


Friday, December 23, 2011

Anak Saya dengan Gown Kembang

My girls


Sebelum ni saya pernah mengomel pasal gown kembang dalam entry 1990. Alhamdulillah dapat juga tgk my girls pakai gown kembang masa wedding Pak Su last weekend. Selalunya baju mcm tu utk flower girl kan. Tapi hentam saje le. Actually tema baju utk malam tu was grey + Black. Tapi nak jumpe color grey gown susah skit ye. So option ke putih saje.


Percubaan membuli adik.


Dalam entry 1990 tu juga ada mention Qaseh buat perangai tak nak cuba gown tu. Sampai tahap melalak berguling2 ye. Katanya sakit tang ketiak. Nasib baik on the day dia nak pakai. So, takde le Mama bertukar menjadi monster ye puan2. Tapi untuk dia elak complaint sakit tang ketiak, kami bagi dia pakai t-shirt putih kat dalam...Lagipon dia tengok semua orang berbaju cantik je haritu so dia pon ok je.





Disebabkan wedding buat malam dan dalam tempat aircond that's why saya pilih gown yang ada tutup bahu gitu. Banyak gown skang yang sleeveless. Then bagi dorang pakai pantyhose. So, takde le dorang sejuk sangatkan. Tapi pencarian kasut putih baru adalah gagal. So pakai kasut lama je. Mama berkenan dgn kasut Trudy&Teddy tu tapi RM139. Sungguh tak mampu. huhuhuhu..

Cucu2 Pah Nah kecuali Esyan. Esyan kecik lagi tak bleh duduk tgkap gambar sama.


Sepanjang malam Qaseh behaved sangat2. Such a good girl. Cuma kejap2 tanya Pak Su mana?? Yela kata pergi Pak Su Kahwin tapi Pak Su nye duduk jauh dari dia. Meja kami jauh di belakang. Sebabnya saje nak tempat yg agak tersorok skit senang nak bf si Hannah then Along pon nak bf si Esyan. So, si Qaseh tengok Pak Su kat screen besar je la. Nasib baik ada screen kalau tak lagi le penat Mama nak menjawab mana Pak Su.


Percubaan E'an utk kiss Hannah.


Ape ler Qaseh ni, orang suruh senyum dia buat muka camtu. Cer tgk si E'an comey je senyum.

Saturday, December 10, 2011

Hari ini Hannah dah 9bulan.


Happy 9months Hannah!!
Mama & Papa love you so much


Hannah ni boleh dikategorikan small size baby. Tapi tidak le kecik sangat. Maybe sebab kakak dia dulu debab tangan berulas-ulas. So, nampak sangat Hannah ni kecik. Dari ketinggian pon cam lagi kemetot je banding kakaknya. Sebab tu mama kategorikan Hannah as a small size. hehehe..Pandai2 je mama ni kan.



Hari tu dah share cerita pasal Hannah dah mula merangkak. Being Hannah yang memang dari dulu cam malas je, mmg dia tak nak merangkak. Kejenye menyulur then memanjat sofa. Tak pon panjat badan sesiapa yg berdekatan dengan dia.

Another improvement dia dah start cruising along the 3 seated sofa. Tapi with supervision le. Takut jatuh benjol pula dahi.


Hannah ni nampak cam manja je. Tapi kalau dia dalam walker, dia boleh rampas toys/books dari tangan kakak dia then dia bawak 'lari' benda tu dengan laju dan jauh2. Misalannya dia rampas dari kakak dia kat ruang tamu. Dia bawak lari pergi dapur. Notti gile tengok gelagat dia. Yang si kakak pon kedekut bukan nak share dengan adik.

Hannah ni boleh duduk sendiri dah without support as long as permukaan pon stabil la. Dia boleh duduk dulu baru start merangkak. Si Qaseh dulu merangkak dulu then baru pandai duduk.



Sleeping hours Hannah berbeza dari Qaseh dulu. Maybe sebab Hannah susah dapat tidur siang yg cukup. Dia very light sleeper macam Mama & Qaseh. Cuma dulu Qaseh takde sape nak kaco. Ada Opah je kat rumah. Hannah ni kalau start kakak dia main bising or melalak. Konpem terjaga. So malam most of the nights Hannah tidur awal. Dan akan bangun awal pas Subuh. Tak macam kakaknya standard bangun kol 9 - 10am.

Progress berat Hannah tak tau lagi. Kena tunggu sampai check up dia next Monday.

That's all for now. Nanti2 update

Thursday, December 8, 2011

Practice kuatkan Kaki

Saya ibu yang jenis bagi anak2 guna walker. Ada certain ibu2 yang tak setuju dengan penggunaan walker ni. Antara sebabnya safety issu le kan. Tapi masa dgn Qaseh saya hanya bagi dia pakai walker lepas pandai merangkak dalam umur dia 6 bulan.

Tapi si Hannah ni sebab tunggu2 tak merangkak juga. So bagi je pakai walker dalam umur dia 7 bulan. Tapi lately ni kerja nak berdiri saje. Panjat sofa, panjat badan orang untuk dia berdiri. Dia dah tunjuk sign to start cruising along the sofa.



So, kami start bagi dia practice kuatkan kaki guna FP Walker/Wagon yg Qaseh punye dulu. Dulu Qaseh dapat hadiah tu dari Pah Nah & Cik Along. Time tu dia dah bleh jalan dah.

Bukan main seronok si Hannah tolak mende tu. Tapi kita kena jaga2 le. Sebab dia bukan stabil sangat. Comel je tgk dia tolak mende alah tu...Kemetot je anak Mama ni. huhuhu

Bila si adik mula nak belaja berjalan Si Kakak buat ape???

Ni le kerja si Qaseh. Datang angin nak duduk dalam walker pula. Ranap le walker tu anak oii..Dari boleh simpan untuk future adik2 awak guna kang tak pasal2 Mama & Papa kena beli baru. ish...ish...


Kakak perasan kecik kah??

Wednesday, December 7, 2011

Akhirnya Merangkak juga si Hannah ni

Sikit punya le lama tunggu saat dan ketika bila le si Hannah ni nak start merangkak. Menyulur je keje nye. Dalam bulan ni dah pandai duduk sendiri. Dan dah pandai memanjat dan berdiri sendiri. Merangkak nye tak jugak.

Sampai le malam tadi lepas Mama berbuka puasa. Opah yg awalnya pegang Hannah. Then letak dia di bawah. Tetiba terus je Hannah atur langkah crawling ke arah Mama. Mama apa lagi excited gile. Sebab dapat tgk her 1st crawl. Hannah tunggu Mama ye. huhuhu.. Masa ngn si kakak Opah yg witness dulu. Sbb time tu Mama kerja.



Abaikan suara2 sumbang si kakak yg busy body Mama nak rakam adik crawling. Dia yg sibuk2 nak pegang HP tu. Bila tak bagi lagi le bising.



Share 2 video yg termampu rakam buat kenangan di kemudian hari.
^___^

Wednesday, November 30, 2011

Baju turun menurun

Si kakak dalam 7bulan @ 2009


Si adik 8bulan @ 2011


Salah satu kebaikan mempunyai anak2 sama jantina ni. Baju boleh pass kat adik. Ade certain baju tu sampai terlupa nak bagi adik pakai. Tengok2 laaa dah kecik tak muat nak pakai dah. huhuhu...

Selit cerita pasal Hannah skit. Actually kesian kat Hannah tau. Kadang2 orang ingat dia BOY. Lagi2 bila pakai seluar. Maybe muka dia banyak macam Papa. Then ramai yg kata dia BOY. Lagi2 le rambut tu lambat benor nak panjang. Nak bagi pakai headband pon bukannya dia mau.

Thursday, November 17, 2011

Ngences...







Hannah menuruti jejak kakaknya.
Kakaknya menuruti jejak...TEEETTTTTT...(tp bukan Mama)

Semua pakat2 ngences (men taram je ejaan nya) bila tidur.

Gambar ditangkap petang semalam dalam kereta.
Hannah tidur dalam carseat dia.
Bila sampai depan rumah mama nampak
terus snap dg henpon cokia ni. hehehe..

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #5


Susu Mama The Best!!


Ok..men jauh2 jangan kacau orang nak tidur.

Monday, November 14, 2011

Tabiat Baru Hannah



Hannah dah dapat tabiat baru main sembur2 air liur. Adoiyaiii... Bila dilarang or Mama marah bukannya paham. Sengih2 then sambung balik. Mommies yg saya jumpa di gathering semalam bagi tips untuk tap jari kat mulut Hannah. As an indication jangan buat. Semalam try juga buat tapi belum berjaya.


Bukti betapa banyaknya air liur yang disembur oleh Hannah. Tak pasal2 Mama nak kena tukar cadar selalu. huhuhuhu



Korang ada tips lain ke??? Jom le share

Thursday, November 10, 2011

Happy 8months Young Hannah

Masam nye muka anak Mama.
Protes tak mahu duduk dalam carseat ker??




Cepat je masa berlalu kan. Hannah pon dah masuk 8bulan hari ini. Semoga Hannah membesar dengan sehat & kuat. huhuhu...Mama & Papa love you so much.

Perkembangan setiap anak2 tu berbeza. Yes I know that. Tapi dah masuk 8bulan Hannah still tak merangkak lagi. Mungkin si Qaseh tu perkembangan nya semua cepat so nampak cam adik ni ketinggalan banyak. Tapi nampak juga le progress tu ada. Before ni asyik 'gostan' je. Tapi skang dah pandai menyulur ke depan dah.

Tapi maybe Hannah just want skip crawling stage and terus start berjalan. Ada juga setengah babies yg macam tu kan. Even tak merangkak. Tapi kalau dalam walker laju ya amat. Kalau si kakak duduk bertenggek tepi walker tu pon Hannah still boleh bergerak dengan membawa beban si kakak tu. It shows how strong kaki si Hannah kan.

Hannah juga kalau letak dalam keadaan duduk kire dh stabil juga. Kalau dia dok diam je lama le dia dalam position tu. Unless she try to reach something baru dia mula nak senget/jatuh.



Satu perkembangan yg dia mendahului si Qaseh. Hannah dah ada 2 gigi bawah before masuk 8bulan. Si kakak dah 8bulan++ baru nampak bayang gigi. Biasa le bila dah ada gigi ni. Mula le Mama nak terjerit2 time BF. Bila dah gigit pandai pula buat muka tak bersalah. Tersengih cam kerang busuk.



Satu lagi since 7bulan haritu Hannah dah pandai pegang botol susu sendiri. Senang Mama bila tgh driving. Bila letak je dalam car seat mula le menggeliat then nak melalak. Siap je pakai seatbelt terus Mama sumbat susu. Baru dia tak melalak.

For EBM consumption pula. Since dok ulang alik ke rumah Pah Nah ni, Hannah normally akan minum 6botol x 3oz. 1botol perjalanan pergi, 1 botol perjalanan pulang. Lagi 4 botol dari 8pg - 5ptg time office hour le kan. Kalau dulu duduk kat rumah dgn OPAH nak abih 5botol pon kdg2 je. So itu memaksa Mama untuk lebih rajin mengepam. huhuhuhu...

On solid food pula. Hannah pada awal 6bulan tu refused to eat. Ade 2 sudu pastu dia akan ketap mulut dia. Kalau time bila dia nganga mulut cepat2 kita suap terus dia sembur2 food tu. Adoiyaii...

Tapi Alhamdulillah lately dia dah mula accept food. Even tak banyak at least dia makan juga. Dia paling ske whipped potato KFC. Haritu dia tgk si Kakak makan. Dia pon usya semacam macam nak je. Try suap skit. Since that pantang nampak. Mesti nak. Lambat suap je mula le bising. Mama try buat sendiri. Rebus potato sendiri then lecek. Haram dia nak. Maybe KFC punye dah cukup seasoning tu. Tapi bg yg potato je la. Gravy tu tak bagi sebab ada lada hitam kan. Takut Hannah tak tahan. Dia juga suka nasi & sup. Nasi tu tak blend tau. Just bagi kembang dalam sup. Then lenyek2 dengan sudu je.

Hannah belum lagi amik Pneumococcal lagi. Nak amik kat panel clinic sebab tak payah bayar sendiri. Kan mahal jab tu. Tapi clinic tu tak nak rugi sebab 1 botol dia purchase tu boleh 2x jab. So kena amik dengan anak officemate sorang ni. Nak dijadikan cerita ofismate tu dah abih limit. Kena tunggu next year. Hhmm susah tol le macam ni.

Itu je la kot kisah Hannah utk 8 bulan ni. Nanti ada progress baru Mama update ye.

Friday, November 4, 2011

Pagi tanpa celoteh Qaseh


Pagi ni Mama hantar Hannah sorang je gi rumah Pah Nah. Sebab malam tadi Mak Long & Pak Long dah awal2 bgtau tak payah hantar Qaseh pagi ni. Sebab Pak Long cuti boleh jaga Qaseh. Then petang2 nanti dorang nak gi jalan.

So pagi tadi siap2 kan barang2 Hannah sorang je. Mandikan Hannah then cium2 Qaseh yg tengah sedap tidur baru le gerak dari rumah. So sepanjang dalam kereta sunyi le plak. Tengok Hannah yang kejap2 sengih tengok Mama.

Kalau tak selagi ada lagu yg dia tau kt radio selagi tu dia ikut nyanyi. Kalau tak dia nyanyi lagu ABC. Kalau Mama tak pasang radio tu..dia siap berzikir lagi tau. "Astaghfirullah..rabbal baroya...."/.Sekali dengar tak bape cam..2x dengar konpem. Qaseh ni kan pelat. Kalau mama pula start selawat, selawat syifa' sebab nak bagi Hannah tak melalak..dia lagi kuat selawat.

Tadi call Pak Long tanya camne Qaseh ok ke tak. Ok saje...siap dah pergi jalan2 ngan Pak Long lagi. Pergi pekan le..ish..ish..Patut Mama call rumah tadi takde sape jawab.



Rindu plak kat anak2 Mama ni..

Tuesday, November 1, 2011

Hannah & Constipation



Si kakak yg snap photo si adik memunggah buku2 kakak. Dia guna HP Cokia Mama



Pada umur belum mencecah 8bulan Hannah dah merasai constipation dia yg pertama. huhuhu..
Saya mmg selalu ambil tahu kisah anak2 saya dah membuang ke belum. Saya akan tanya MIL and now saya akan tanya my mum hari2. Supaya saya tahu dan bleh monitor.

Sebabnya Qaseh selalu susah nak membuang. Kadang2 2-3 hari baru membuang. That's why saya mesti ambil tahu. So same goes to Hannah. Qaseh ada 2-3 kali pergi klinik sebab hal ini. NI kisah Qaseh dulu.

Hannah boleh dapat constipation maybe sebab dia baru start on solid since 6months old dulu. Tapi Hannah ni tak berapa nak makan. 1-2 sudu pastu dia mula menyembur food tu. Ok tu kisah lain le kan.

Last Hannah poo poo was last Friday. So dari Sabtu sampai Isnin dah 3 hari. Mmg perut kembung dan dia cam kuat meragam skit. Dah sapu minyak kt perut & gently massage pon tak jalan.

Pagi tadi belum azan subuh dia dah bangun. Itupon sebab Mama dah bangun dulu. Bila dia jaga then tak dapat nenen mula lah tak nak tidur balik. So Mama ambil Hannah dan bagi meniarap kat carpet sambil Mama lipat baju.


Hannah tengah sedap tidur atas perut muncit Papa



Masa tu le dia rasa nak meneran. Tapi dia merengek2 juga. Saikit gamaknya. Poo poo dah keras skit. Tapi alhamdulillah berjaya juga. Mesti LEGA rasanye perut kan. Mama baru bercadang nak bawak ke klinik hari ni. huhuhuhu..

Thursday, October 27, 2011

Pah Nah ke Ar-Ridzuan


Semalam belum lagi kol 12tgh Mak called
Tanya free tak nak minta tolong bawa mak ke Ar-Ridzuan
Mak kata kaki sakit sangat.
Then Mak tanya mahal tak kalau pergi Ar-Ridzuan

Dah mak sakit mestilah boleh bawakan..
Tak free pon boleh usaha juga kan..
Then mahal ke tak rasanya masih mampu le kan.
Lepas setel masak & makan
baru gerak gi ambil Mak
Around 3ptg juga le.
Dengan 2org anak kecik ni tak pernahnya dapat siap cepat2..



Sampai2 takde orang langsung
Lagi2 le Public Holiday kan.
Sampai2 terus boleh masuk.
Sementara tunggu mak, kami cam whoring kejap..
Gambar anak2 je la..
Maknya camera shy skit..hahaha



Setel sume mak ada mention kena injection
Ubat tahan sakit rasanya
Then dapat juga ubat tablet.
Saya pon pergi kaunter untuk jelaskan bil
Total bil RM23.90 jer..
Dalam hati aish..murah pula.



Bila bgtau en.hubby & mak
Dua2 tak percaya
En.hubby siap suruh pergi kaunter check balik
kot2 dorang silap
Pergi check balik kaunter tu cakap mmg betul
Tanya juga kot2 ada rate special utk warga emas ke
katanya takde. Rate biasa je.



Mak cakap kalau pergi klinik biasa
Kalau cucuk saje dalam RM45
Ubat + cucuk mahu dalam RM70
Saya pon masa nak bayar dah stanby RM100
Ingat total bil around tu juga kan.



Tapi kan apa le sangat duit dan masa kan
Yang penting bagi mak kurang sakit.
Sebab nak kata hilang sakit tu..susah skit la
Mak dari dulu mmg sakit je kaki tu
Antara sakit cam biasa or sakit sampai nk jalan pon susah

Actually mak sakit tu antara sebabnya terlebih bergerak & active
sebab jaga Qaseh & Hannah for the past 2 weeks
Mmg dari awal risau juga larat ke mak jaga
Tapi mak kata dah cucu sendiri..kena kuat laa
Then mak tak harap nak bagi orang bela
Yela Qaseh & Hannah dah biasa dijaga oleh Opah je.
Ahli keluarga sendiri je kan.

Ada lagi sebulan baru Opah balik dari Mekah.
Doakan mak saya sehat macam selalu.
Susah hati mak sakit2..
Susah hati juga anak2 sape nak jaga.
Kadang2 terfikir juga option lain untuk jaga anak2.
hhhmmm...

Friday, October 14, 2011

Seminggu Bersama Pah Nah




Hari ni masuk hari ke-5 Qaseh & Hannah, Pah Nah yg tolong jaga. Kalau org keje gomen esok cuti..tapi Mama korang still keje. So, kena la korang duduk dgn Pah Nah lagi esok.

Hannah yg selalunye good girl cuma buat perangai skit masa 1st day tu. Bila nak tidur dia cam ngamuk2 skit. Lenguh tangan Pah Nah dok tepuk2. Tapi 2nd day onwards ok je. Senang tidur tapi senang jaga sebab kakak ske kacau.



Si kakak pula 3 hari ok je. Masuk hari ke-4 dah mula buat perangai. NAK ITUT MAMA. Masuk rumah Pah Nah pon tak mahu. Alahai anak oii...tak pasal2 kena bawak gi kedai beli MILO baru ok. Pagi ni pon macam tu. Nak ikut juga. Nasib baik dalam peti sejuk Pah Nah ada choki choki. Rasuah dgn tu baru dia ok. Teruk le hari2 nak kena 'rasuah' gitu.