Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Bila tak boleh tidur

Roti Jala Puan Apash.



Kari Telur


Dalam entry sebelum ni dah ada mentioned saya bangun 2.30pg. Then tak boleh tidur balik. Bila siap bake cupcakes tu. Terus rasa nak buat roti jala le untuk breakfast. Makan dengan kari telur je la. Jadi le kan.

Semenjak dah try buat roti jala haritu dan buatnya senang, rasa bila2 nak pon boleh buat. Bahan pon senang dapat kan. Dan selalunya mmg dah ada kat rumah.

Teringat Abah saya yg suka juga Roti Jala ni. Tengok le nanti2 bila senang buat banyak skit then gi hantar pada Abah. Bagi merasa anak dia yg masak. hahaha..Buatnya tak susah, nak gi hantar tu kena tgk time dan abah ada kat rumah tak .

Monday, December 5, 2011

Roti Jala


Lately ni Puan Apash dok cerita pasal makanan je kan. Nasib le korang. Mood rajin memasak dan masakan menjadi. Kalau rajin masak tapi hasilnya ke tong sampah cane nak share kat blog kan. Korang layan kan je la. Kalau buat sesiapa teringin hamba minta maaf le ya.

Roti jala ni dibuat Khamis lepas. Sebab balik lunch hour tgk MIL buat kuah durian. Asyik makan dgn roti gardenia je. Terus dapat idea nak buat roti jala sebab nak 'gu' kan dengan kuah durian tu.

Lepas kerja balik rumah terus mula operasi. Buat satu adunan je pon. Dapatnya tak banyak. Then Papa minta buat lagi untuk jamu kawan2. Last2 dari 1 adunan jadi 3 adunan totalnya. Bukan tu je..siap Mama masak Gulai Telur lagi. Sebab family Papa tak biasa makan roti jala dgn kuah durian, dorang suka makan dengan Gulai. Macam biasa Papa tak makan ayam/daging so option ke telur je la.

Seronok sebab dah ada kuali non-stick. Senang je buat takde nak melekat. Tak perlu guna minyak ke sebab takut melekat. So, sehat di situ. Tapi saya guna old school nye acuan (ye ke) buat roti jala tu. MIL punye. Sekarang trend guna botol 3 muncung tu kan. Hamba takde. So guna jela apa yg ada.





Saya guna resepi standard. Mana2 tgk lebih kurang saje resepinya. Tapi saya kena tambah skit air bagi cair. Kalau tak susah nak keluar guna acuan old school tu. Kalau yg botol tu senang skit kot sebab kita bleh picit. So hasil kemas skit guna botol tu. Guna acuan ni hasil nya comot je la. Lagi2 saya ni 1st time buat. huhuhuhu


Roti Jala & kuah durian.
Gambar dengan Gulai telur tak sempat snap sebab setel je masak, Hannah dah ngamuk2 nak tidur.


Roti Jala

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning.

Cara-cara:
  1. Campur semua bahan dan whisk sehingga sebati. Pastikan tiada ketulan.
  2. Jika terlalu pekat tambah sedikit air.
  3. Sedia untuk 'dikirai' atas kuali leper.

Thursday, December 1, 2011

Resepi Char Kuetiaw Simple & Sempoi

Semalam saya telah melakarkan sejarah baru. Cewwahhh....1st time berjaya masak Char Kuetiaw. Untuk makluman semua saya tak pernah masak mee goreng, bihun goreng mahupon kuetiaw goreng. Selama ni makan je tau..hahaha...SIL yg selalu masak.

Ceritanya semalam SIL masak char kuetiaw. Sume pakat makan. En.hubby pula dapat rasa skit je sebab dia nak pergi potong rambut. SIL pula nak balik rumah MIL. Konpem en.hubby nak makan lagi bila balik dari potong rambut. Sape pula nak masak???

So, SIL crash course resepi buat char keutiaw tu. Dan alhamdulillah menjadi. Tetiba2 pula rasa 'kacang' je...hahaha berlagak...tak baik tau.

^__^

Meh tengok resepi sempoi ni..Rasa pon sedap not bad.



CHAR KUETIAW SIMPLE & SEMPOI
Resepi : Puan Azmawaty
Tukang Masak : Puan Apash

Bahan-bahan:

4 ekor udang dibersihkan
1 sudu besar bawang merah + bawang putih yg di blend
1 sudu besar cili kering yg dikisar
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu besar Kicap Mee
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
Segenggam besar kuetiaw (kuetiaw kecik)
Segenggam taugeh + kucai
1 cawan air

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih + bawang merah sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili kering + air. Masak sebentar.
3. Masukkan kicap mee, garam dan udang. Kacau.
4. Masukkan kuetiaw, taugeh & kucai.
5. Tambahkan kicap pekat manis. Rasa.
6. Bila cukup rasa, pecahkan telur dan kacau. Sedia untuk dihidangkan.

Peringatan:
  1. Selepas pecahkan telur dan kacau, cepat2 angkat. Jangan sampai telur terlalu masak dan jadi berketul2.
  2. Makan pon cepat2..sebab char ketiaw cepat kembang.

Selamat mencuba!!

Tuesday, November 22, 2011

Resepi Mee Kari Mak Saya

Alhamdulillah weekend lepas berkesempatan belajar buat Mee Kari dari Mak saya. Buat pengetahuan semua ni first time saya masak Mee Kari. Makan Mee kari mmg selalu. Sebab SIL rajin buat Mee Kari. Tapi tu le..makan saje buatnya tak pernah. Huhuhuhu...

Dalam2 sakit kepala tu, bersemangat juga nak buat Mee Kari pagi Ahad tu. Pagi tu lepas siap mandikan2 anak2 semua, kami pergi Pasar Tani. Cari Nasi Lemak untuk breakfast dengan bahan2 buat mee kari.

Actually besan Mak nak datang (mak mertua Angah) tu pasal boleh rajin nak masak Mee Kari. Nak bagi Mak masak kesian pula Mak. So, Mak duduk je kat kerusi sambil bagi arahan saje. Tolong potong sawi sekali. hahaha...Then jadi tukang rasa. Alhamdulillah Kuah Mee Kari QC Passed. huhuhuhu..

So jom kita tengok resepinya. Warning: Sukatan nya tidak mengikut sistem Metric. Sukatan ikut suka tuan punye resepi. hahahaha...

MEE KARI MAK SAYA
Resepi: Puan Norsinah Ramli
Tukang Masak: Puan ApasH


Bahan-bahan:

1kg Udang sederhana
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai
1 peket udang kering
1 genggam cili kering (tak nak pedas sila kurangkan)
1 senduk asam jawa
2 sudu besar (membumbung) serbuk kari ikan
1/2 peket besar serbuk kari daging
3 peket santan RM1.
1 sudu besar (rata) gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara-Cara:
  1. Kisar(blend) bawang besar, bawang putih, halia & cili kering. Ketepikan**
  2. Kisar Udang kering. Ketepikan.**
  3. Udang dibuang kepala & kulit. Cuci dan ketepikan. Bilas kulit & kepala udang kemudian rebus sehingga mendidih. Toskan dan simpan air rebusan.
  4. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yg dikisar** tadi. Tumis sekali bersama serai yang telah dititik.
  5. Naik bau masukkan serbuk kari daging + ikan. Tambah air sedikit. Kemudian masukkan air asam jawa separuh.
  6. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan air rebusan tadi. Bila sudah mendidih masukkan udang dan santan.
  8. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Jangan banyak sangat nanti terlalu cair pula.
  9. Masukkan gula dan garam. Rasa kuah jika kurang asam tambah baki air asam tadi.
  10. Bila kuah sudah mendidih rasa semua sudah seimbang. Siap!!

Gambar mungkin tidak menarik. Sebab cedok2 je terus snap photo. Takde nak style2 dulu. Tapi dijamin sedap. huhuhuhu..

Cadangan hidangan macam biasa mesti ada TAUGEH, SAWI, TAUHU, FISH BALL, FISH CAKE DLL. Ikut suka kita le ye. huhuhuhu

Resepi tu nak guna Ayam pon boleh. Tapi untuk saya yg mempunyai suami tak makan Ayam so stick dengan seafood je la kan.

Cara Mak saya memasak adalah "Kena pandai Agak" dan "kena pandai rasa" Tu yg susah nak bagi sukatan yg betul2. So, kena one to one coaching baru boleh pandai dengan resepi Mak saya ni. Hahaha...

Mak selalu pesan "Mak ni bukan menongkat langit, untuk masak untuk kome je". Maksud tersirat Mak takkan hidup selamanya, so kalau nak terus makan macam selalu belajar2 le masak. So, kalau mak dah takde nanti boleh lah masak sendiri.

Bagi saya yg minat juga bab2 masak ni mengambil peluang yg ada untuk belajar. Banyak lagi yg tak belajar ni.

Wednesday, November 16, 2011

Spaghetti Fav

Malam tadi masak spaghetti. Sebab ada sekali tu En.Hubby ada inform lama dah tak makan spaghetti. So, Isnin lepas bawak anak2 ke Tesco tanpa tujuan. Terus grab barang2 nak buat spaghetti. Saya buat spaghetti senang je. Beli sos readymade. Tambah apa yang patut je. Malas nak buat from scratch.



My all time favorite is Leggo's Alfredo. Tambah cili api bagi pedas skit. Baru terangkat skit bila makan. Tapi Leggo's Alfredo ni susah nak dapat la. Bila kita tak rasa nak beli ada je kat rak tu. Bila time nak beli je mula ler takde. Sabo je la.



Bila dah takde saya beralih ke Preggo Carbonara. Not bad le rasanya. Sebab pernah rasa Along masak dulu. That's why berani beli yg ni. Tapi saya prefer Leggo's Alfredo lagi. Dah 3-4 kali masak guna Carbonara ni.


Tapi baru2 ni masa beli barang2 nk buat spaghetti terpandang Prego Alfredo Mushroom. Tin yg color coklat tu. Dengan harapan rasanya lebih kurang Leggo's la. Bila nak masak bukak tin, tgk color dah lain. Color sos Prego ni keruh skit. Tak seputih Leggo's. Bau pon kuat bau shitake mushroom yg saya tak gemor sangat.

Tapi dah beli masak je la kan. Macam biasa tambah cili api. Masak dgn air dulu supaya takde nak tercirit2 pas makan. Habis satu rumah bersin termasuk si Hannah. Tapi nape tukang masak tak bersin langsung eh. hhmmm..

Sebagai tambahan tambah bawang merah skit, cendawan butang dan udang. Kalau dulu suka tambah chicken ham tu. Tapi dah en.hubby tak makan ayam. So stick dgn udang je la.

En.hubby walau tgh selsema dan deria rasa yg kureng skit still makan 2 pinggan. Memang lapar tak pon demi menjaga hati isteri. huhuhuhu...

Jemput Makan



Note: Prego & Leggo's photo google saje.

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Kuah Kacang Emak Saya


Resepi Kuah Kacang mak saya, Puan Norsinah Ramli. Diingatkan sukatan dalam resepi ni tak ikut sistem metric or what so ever. Ni sukatan nk senang namanya...huhuhu. Untuk panduan saya di masa hadapan.

Bahan-bahan:

1/2 kg kacang tanah
10btg (besar) serai dikisar
2 senduk bawang merah yg dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
1 senduk halia yg dikisar
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 peket udang kering dikisar
1 senduk cili kering yg dikisar
2 sudu besar serbuk kari daging
3 senduk minyak masak
Air asam Jawa secukupnya (2-3 sudu besar bergantung)
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Goreng kacang dengan minyak. Berhati-hati jangan sampai kacang hangit. Nanti kuah kacang pon rasa hangit. Angkat dan toskan minyak. Kemudian tumbuk kacang. Ketepikan.
  2. Tuang minyak dan bila minyak panas tumis bawang, bawang putih, halia, kulit kayu manis & bunga lawang sampai wangi.
  3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan serbuk kari daging dan udang kering tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau terlalu kering, campur sedikit air. Kacau.
  6. Masukkan air asam dan masak sekejap.
  7. Kemudian masukkan kacang dan tambah air dalam 1/2 jag. Kacau.
  8. Api sederhana dan kacau selalu untuk elak kacang hangus.
  9. Bila air/kuah semakin kering separuh tambahkan gula dan air sedikit. Masak lagi.
  10. Api kecil dan tambah garam secukupnya.
  11. Bila kuah dan pekat rasa manis, masin & masam nya seimbang. Siap.

Thursday, October 27, 2011

Kegemaran En.Hubby

Curry Prawn Apash's Style

wah..wah..nama pon dah kasi up skit.
Berjangkit dgn Masterchef Malaysia kah??

Hahahaha..sangat le tidak layak

Tu kari tanpa santan ye puan2.
Kalau nak letak santan pon boleh tapi skit saje tau.

Kalau ada capsicum lagi terangkat.
Saya belajar masak tu dari my mom le sape lagi kan.

Tapi start masak pon masa tengah duduk bujang di Kuantan dulu.
Tapi dulu kalau saya masak saya panggil tumis rempah kari je.
hahaha..
sebab saya buat kering skit.
Tapi en.hubby pula request nak kuah banyak
Baru kaw makan ngan nasi katanya.
So dari tumis rempah jadi masak kari ye puan2.

Oh lupe nak bgtau itu lauk masak semalam.
Tu je masak. Sangat sempoi.
Bila nak makan masak telur dadar kasi tambah lauk.
Tak lupe juga ada papadom.
Sayur??
Takde stok sayur dalam peti sejuk.
so takde le masak.


Ok sekian cerita masak2 hari minggu.

Monday, October 17, 2011

Jawapan Teka Teki





Ade le beberapa kerat yg teka teka teki hari Jumaat lepas. Maybe clue yg saya bagi tu senang sangat kot. Actually takde sape teka kuali cuma teka periuk ada lah. Kira seangkatannya le kan. huhuhu

Kuali pon beli online?? Kelasss ko Apash...hahaha...takde lah beli on9. Cuma redeemed point dari Citibank je. Nak terminate card tu. So, better redeemed point sebelum terminate. Tak le rugi kan. Kuali tu brand Supor. Ok ke brand tu saya tak pasti. Tapi saya ada jumpe campaign ads dia.




Made in China rasanya. Ads tu cam kreatif gak. Guna rollerbladers dressed like shrimp, fish and eggs.


Bagi merasmikan kuali tu, petang semalam saya just preheat roti telur yg dibeli masa breakfast pagi tu. Tanpa perlu sapu minyak or butter. Kata non-stick kan. huhuhu..

Kuali tu agak lebar. So bercadang nak buat roti jala le nanti. Kan sekarang trend orang buat roti jala macam2 color tu. Nak juga try...huhuhu...

Wednesday, June 22, 2011

ChocoPots by Nigella Lawson


Malam tadi saya try buat ChocoPots resepi dari Nigella Lawson. Dapat resepi tu dari youtube. Lama dah jumpa resepi tu tapi semalam berkesempatan nak buat. Sebab baru2 ni saya ada beli remekin. My first 4 remekins. huhuhu

Saya buat 1/2 adunan dari resepi asal. Sebab remekin saya lebih kecil dari remekin yg Nigella guna.

ChocoPots
Source: Nigella Lawson

Bahan-bahan:

3/4 cup dark chocolate
100g butter
3 tbsp tepung gandum
3/4 cup gula
2biji telur

Cara-cara:

  1. Cairkan dark choc & butter secara double boil. Ketepikan untuk disejukkan.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung kacau sebati.
  4. Masukkan choc cair ke dalam adunan. Kacau rata.
  5. Tuangkan ke dalam remekin dan bakar selama 20min. Suhu berbeza ikut oven masing2.
  6. Sedap makan masa sedang suam2.


Letak dalam loyang semasa membakar. Senang nak keluarkan dari oven.



Kalau ikutkan Tips dari Nigella, permukaannya akan merekah tanda dah masak. Tapi yg saya buat tu ada yg merekah ada yg tak. Lepas tu dia 'sink'...


My version of ChocoPots yg tak berapa menjadi. huhuhu


Bagi saya resepi Nigella ni agak manis. Geli geleman makan. Next time buat kena kurangkan gula. Lagi satu kalau nak lagi sedap sila guna dark choc yg high quality. Yg saya guna ni ntah brand ape beli kat Wah Seng. So-so je la.





Malam tadi juga ingat nak buat Creamy Cheesy Potatoes. Tengok2 cheddar and parmesan cheese saya sudah expired. Terus Cancel. Padahal kentang dah potong dan gaul dgn garam + lada hitam. Last2 goreng saje. Jadinya kita makan egg & chips macam my mum selalu buat utk kami breakfast dulu2. Saya up skit buat roti bakar. huhuhu..


Wednesday, June 15, 2011

Qaseh Demam Selsema


Petang semalam balik dari kerja MIL bgtau Qaseh badan panas dan selsema. Hingus meleleh je. Pastu meragam je kerja nye. Nasib baik Mak Long ada. Time saya balik Qaseh dok sedap tidur dgn Mak Long.

Malam tu mcm biasa konpem le Qaseh susah nak tidur sebab hidung sumbat kan. Dan badan rasa tak sedap le tgh demam. Sebelum tidur MIL tolong bagi makan ubat demam Hannah je pon. Tapi badan still panas. Sepanjang malam tidur dia tak lena. Secara langsung Mama pon tak dapat tidur lena.



Tapi skang dah pandai bila dia rasa panas (demam) dia pegang2 dahi dia. Suruh Mama letak tuala basah kat dahi dia. huhuhu..Pastu kalau nampak Mama pegang vicks (utk kanak2 tu) siap2 dia angkat baju dia. Setel sapu tang dada..cepat2 dia meniarap untuk sapu kt belakang plak. huhuhu..

Sebabkan dah tak dpt tidur. Kepala Mama dah 'weng' pagi tadi. So, decide amik EL 1/2day je. Boleh bawa Qaseh gi clinic lu. Hajat hati nak le tidur bgn lewat skit. Tapi tinggal angan2 je. Pukul 8 lebih dia dah bangun. Buntang je mata dia.

Alang2 dah bangun awal terus mandi dan siap2 ke klinik. Sampai rumah dekat kol 10pagi. Terus decide nak masak Nasi Tomato. Sebab ada 2 ekor ikan bawal yg saiz sedang2 tu. Masak sweet sour je la. Lagipon kesian kt MIL nanti nak susah masak sambil kena jaga Hannah & Qaseh. Alang2 saya ada kan. Setel masak sume 11.30am. Siap2 kol 12pm terus gerak gi Office.

Sempat call en.hubby inform nak pergi kerja dan sy masak nasi tomato. Dan2 dia cakap "Bie nak amik 1/2 day (cuti) le. Nak balik makan. Tunggu petang lambat sangat"...

Amboi Bie...macam tu sekali. Tak lari nasi tu..hahahaha..

Tuesday, May 17, 2011

Nasi Tomato jadi Nasi Minyak


Sabtu malam yg lepas kami ke Tesco dengan hajat nk beli pampers, susu Qaseh dan barang2 nak masak Nasi Tomato esoknya. Tapi apakan daya Tomato soup Heinz yg selalu saya guna tu takde stok. Call my mum tanya kot2 bleh guna brand lain. Mak kata takkan sesedap guna Heinz. Sebabkan ikut resepi Mak baik jangan derhaka. Hahahaha..


Rasa tak best le sebab en.hubby yang request nak makan Nasi Tomato. Last2 call Mak balik tanya camne masak Nasi Minyak. So, Ahad tu, instead Nasi Tomato saya masak le Nasi Minyak utk pertama kali nya. Alhamdulillah menjadi dan sedap. huhuhu.. Meh kasi tayang skit menu Lunch kami Ahad lepas.




Lauk pauk utk mengiringi Nasi Minyak tu adalah, Kari Udang, Bawal Sweet Sour, Ayam masak Merah dan tersesat Terubuk Bakar & Air Asam. Lain sume saya masak kecuali Terubuk Bakar. En.hubby yg bakarkan. Air Asam MIL yg buatkan. Sayur??? Makan Salad & Timun kat keliling Ikan Bawal tu je..huhuhu



Masak Nasi Tomato & Nasi Minyak dah passed. Pasni nk try masak ape plak eh. hhmmm...Mak!!! Sila beri tunjuk ajar. huhuhuhu

Thursday, May 12, 2011

Hadiah untuk Hari Ibu



Hadiah ini adalah untuk SAYA dari SAYA. hahahaha

Sempena kali ke-3 menyambut Hari Ibu ni saya decide nak reward myself. Sekali sekala apa salah nya kan. Belum lagi pernah bagi hadiah untuk diri sendiri ni. Bila lagi kan?? Hadiah nya amat lah saya suka. Sebab berkait rapat dengan hobi saya nan satu itu.



1) http://fatihahcakehouse.wordpress.com/2011/05/05/nak-belajar-kek-lapis-17-mei2011-selasa-cuti-umum/

Ye..saya nak gi menuntut ilmu. huhuhu..Nak gi belajar buat kek. Dah lama teringin nak gi class yg macam ni. Cuma tak berkesempatan je. Selasa cuti umum. So amik kesempatan nak gi belajar. Dah minta MIL untuk jagakan anak2 kejap. Kelas tu start kol 2.30 pm. Bayaran RM80. Kelas dia camne saya tak tau lagi. 1st time nak join. Nanti lepas class insyaallah saya citer kat blog.

2) Kelas Macaron

Ni lagi excited nak pergi. Untuk menimba ilmu teknik2 yg betul dan mendapatkan tips2 sebelum saya cuba buat sendiri. Huhuhu...Hajat di hati mmg lama dah nak try buat. Tapi sebabkan macaron ni agak cerewet dan kadang2 tak jadi, terbantut le nak try buat sendiri.

Actually rasa pon belum tau. hahaha..hanya dok imagine je rasanye camne. Macaron ni bukan murah ok. Takpe la kalau ada rezeki rasa masa join kelas nanti. Sure dapat bawak balik sample kan.

Saya bercadang join kelas di zaisweetcake. Tapi date belum konpem lagi. Then satu lagi kelas itu pon masih belum konpem date. Tengok le nanti mana yg dapat join. Kalau ada rezeki kita join dua2. huhuhu.

Hajat di hati setiap bulan nak join kelas mcm ni. Kelas decorating cake pon nak join gak. Yang jadi limitation adalah masa, $$$ & anak2 kena minta org jagakan. Kalau boleh every weekend saya nak gi join kelas. Huhuhu..Kalau ikut hati nk join kelas Wilton Decorating Basic Course tu. Tapi fees dia RM500 dan kalau ada budget pon tak leh nk join sebab Sabtu saya kerja.

Takpe lah pelan-pelan kayuh. InsyaAllah tercapai juga hajat tu nanti.

Wednesday, May 11, 2011

Brownies Ulangan...



Again..Orange Mocha Brownies..and of course with Choc Ganache sebagai topping. Ini adalah sesi buat kek balas dendam sebab masa buat kek utk majlis Hannah & Qaseh haritu tak sempat pon nk rasa. Licin...

So sebab bahan2 ada lagi..so better buat untuk makan sendiri.

Actually bahan2 buat cake ni bukan murah tau. Bagi yang biasa buat tau le. Contohnya modal hanya untuk bahan2 Choc Ganache tu dalam RM15 tau. Belum cake lagi. Cooking chocolate yg saya selalu guna adalah VanHounten. Tak murah dan tak mahal. Yang penting saya ske rasanya. Kalau kat Wah Seng dapat le RM7 satu.

Rasanya ada lagi coklat yang sedap dan berkualiti. Cuma buat masa ni mampu guna VanHouten je la. huhuhuhu..

Thursday, May 5, 2011

My Simple Dessert Table


Wahh..sudah lama tak berblogging ni. Gara2 busy dengan preparation utk Majlis Akikah Hannah & Birthday Qaseh. Lepas masjlis penat dan sibuk mengemas plak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...

Hari ni baru berkesempatan nk update blog.

Dulu dalam pantang sebulan lebih le tak bleh nak laksanakan hobi saya nan satu tu. BAKING....Untuk Majlis Akikah & birthday tu saya balas dendam utk baking uolls..Baking sampai flat..Penat gile..tidur tak cukup..hahaha..

My Simple Dessert Table


Red Velvet Cupcake


Purple Velvet Cupcake


Orange Mocha Chocolate Brownies



Blueberry Cheese Tart



Actually ada satu lagi kek atas dessert table tu. Condensed Milk Pound Cake fav my mom. Simple cake but sgt sedap. Tapi masa en.hubby tgkap gambar tu saya tgh potong kek tu utk letak dalam plate. I baked 2 biji kek tu tapi served sebiji je. Sebiji bagi my mom bawak balik. Kek simple gitu xde icing or coklat topping orang kurang interested nk makan. Huhuhu..

Selain untuk dessert table saya baked 100++ biji Super Moist EGGLESS Choc cupcakes untuk isi dalam goodies bag. Gambar??? Lupe lak nak snap. Hahahaha..

Sume saya buat sendiri. Orang lain tolong jaga Hannah je. huhuhu..Nway thanks MIL, SIL, & en.hubby sebab tolong tgkkan Hannah.

Thursday, April 21, 2011

Kek untuk orang dalam pantang



Tangan ni dok gatal nak bake something. Maklumlah kan dah sebulan lebih tak bake anything sebab dalam pantang. Lepas jumpe resepi Super Moist EGGLESS Chocolate Cake, terus hatiku teruja beb. Tak guna telur, boleh le orang dalam pantang makan. Hahaha..



Cara buat pon senang je..kejap je dah setel. Cuppies sejuk je terus bleh ngap...Mmg moist tak tipu. Tapi kalau ada choc ganache for topping lagi marvelous. Tapi takde bahan le plak nk buat. Maklum lah dalam pantang mana pula nk keluar gi beli barang2 kek kan.

Pas pantang ni boleh kaw2 baking punye. Sebab ingat nk buat cuppies utk goodies bag Majlis Doa Selamat & Akikah Hannah. Then cadang nk buat ala2 dessert table utk Qaseh's birthday celebration. Plan baik punye..tapi tak tau le cukup masa ke idak nak buat semua. huhuhu..

Monday, March 7, 2011

Masak2 b4 Bersalin

Lunch hari Ahad kami


Rasanya weekend lepas adalah last weekend b4 kena operate. Unless doktor tak bg lg bersalin kan. So sempena tu saya pon offer kat En.hubby utk masak Nasi Tomato favorite dia (sejak bile jadi fav Bie ni?). Offer jgn ditolak kan. Tapi dah inform awal2 masak tu no hal tapi nanti kaki saya ni lenguh jgn malu2 nak tolong urut. hahahaha..

Kebetulan MIL ada kursus haji Ahad tu. So mmg biarlah menantu masak plak. Mak Long plak cuti masak weekend. Tolong jaga Qaseh je. Senang skit takde le kejap2 si Qaseh dtg kt dapur minta dukung. Dia bukan bleh tgk orang busy nak buat kerja. Ade je pe'el dia.

Menu cam biasa. Ayam/Daging tak bleh makan so stick dgn Ikan Bawal Sweet Sour, Udang Rempah dgn jelatah. Jelatah je MIL tolong buatkan. Lain sume saya masak.


Gambar close up skit tang Ikan Bawal tu. Huhuhu


Kebetulan siap je masak tak lama tu En.hubby balik dari kerja bleh terus makan. Berselera En.hubby makan. Penat masak rasa nak tercabut kaki pon berbaloi. Bukan selalu makan air tangan bini. Selalu balik kerja sume dah siap MIL masak kan.

Sabtu tu sempat juga bake Condensed Milk Pound Cake. Saje buatutk makan2. Teringin nak makan kan. Lagi pon senang buat kek tu. Takde le sampai kaki lenguh2. huhuhu...

Ok Bie, lepas abih pantang plak baru bleh masak nasi tomato tau. hehehe...

Wednesday, February 16, 2011

Temptation Oreo (Cheese Cake) - My Version


Semalam cuti so amik kesempatan bake cheese cake. Dah lama en.hubby request nk cheese cake. Cuma tak berapa yakin nak buat. Takut tak jadi..huhuhu. Resepi asal dari Alex Goh. Tapi saya dapat dari FB sorang akak ni. Thanks kak Nur Halizan.

Cheese cake ni jenis yang bakar. Ada version Oreo Cheese Cake yg tak perlu bakar mcm Mama Tisya punya resepi. Belum cuba lagi. Mungkin akan dicuba nanti.

Banyak step rupanye buat Temptation Oreo ni. Buat pagi last2 bleh makannya malam. huhuhuhu..
Kire orait le. By the time en.hubby balik kerja, makan malam terus bleh makan dessert.

Untuk percubaan pertama buat cheese cake ni..byk sgt kekurangannya. =P Tapi dari segi rasa sedap laa..Jom tengok hasil yg tak berapa cantik tu.



Sebelum dibakar. Punya le berdoa mintak2 menjadi le kek ni.



Sepotong Temptation Oreo utk suami tersayang.



Kekurangan yang harus dipertingkatkan:

1. Base nye langsung tak menjadi. Melekat kat loyang. Tu yg nampak base dia nipis jer. Next time kena guna kertas minyak le lapik kat bawah. Nak kata tak grease dah sapu dah mentega. Over tekan kot sampai padat sangat. hahaha..

2. Baking time & suhu stated dalam resepi 160 C @ 50minit. Saya buat 140 C @ 40minit. Itupon atas kek dah mula gelap. Takut terhangit plak nanti. Even lepas simpan dalam peti sejuk 7jam bahagian tengah kek mcm lembek skit. Tapi takde le sampai tahap tak masak kan. Macam makan ice cream pon ade. =P So next time kena juga kot bake utk 50minit. Oven kita varies tu yg payah tu.

3. Choc ganache tu skit sgt la. Next time buat lebih skit la. Kata peminat choc kan.

Tapi macam biasa cheese cake agak muak le untuk makan banyak. Tapi sekarang tengah terbayang cake dalam peti sejuk tu. Tak sabar balik kerja kang nk makan lagi. huhuhuhu..

Monday, February 14, 2011

To do List - No.1

Next week appoinment utk dapatkan date cesarean:

1. Ar-Ridzuan - 22/02/11
2. Hosp. Besar Ipoh - 23/02/11

Probably 2nd week of March. Ade dalam 3x weekend je before delivery. Kat dalam peti sejuk ada 5 ketul cream cheese belum terusik. Wajib dihabiskan before delivery. Sebab dalam pantang sah2 le tidak akan bake anything.

Plan sentiasa ada..tapi mesti tak jadi sebab dah macam tak larat je. Masa bday en.hubby last saturday pon tak bake ape2 pon.

So, esok cuti ingat nak buat cheese cake. Belum pernah 'berjaya' bake cheese cake. Bakal menggunakan 3ketul cream cheese utk resepi tersebut. Minta2 jadi so xde le membazir bahan2 yg mahal2 tu.

Saturday, February 5, 2011

CNY: Family Gathering


Time2 cuti le baru dapat peluang nak berkumpul adik beradik sume. Sempena semua dah ada kami decide nk bakar ikan untuk makan lunch that day. Pagi tu baru gi pasar carik ikan. Tapi dah CNY kan ramai yang tak berniaga. Dari pasar Gunung Rapat kami terjah pula Pasar Besar Ipoh pon situasi yang sama.


Acara menghidupkan api utk sessi bakar2. Yang cekak pinggang tu adalah mandor. Sebab failed hidupkan api. hahahaha

Angan2 nk makan ikan terubuk bakar tinggal angan2 je la. Saya tak kisah janji ikan keli ada. Malas nk makan ikan terubuk. Last2 pergi TESCO my bro beli sekor ikan siakap. Jadi lah kan. Dari takde langsung.


Oh suamiku yang amat tekun sekali membakar ikan. Tak cukup asap bakar ikan tetap mesti top up ngan asap rokok..ish..ish..ish..


Tugas membakar diserahkan bulat2 pada kaum lelaki. Yang pomp2 ni kerja nya cuci2 ikan, masak pajeri, masak nasi dengan buat air asam je. Pajeri tu atas permintaan saya. Saya tak pandang pon air asam untuk makan ngn ikan. Cukup dengan pajeri. Marvelous...



Ikan keli yang siap dibakar oleh en. hubby..I like!!


Tapi sebabkan start buat api pon lambat. End up makan kol 3pm. Lapor gile!!!Lapor gile pon bukan bleh makan bertambah perut cepat sengkak beb. Rugi!!


Menu lunch kami. Ikan bakar: Ikan siakap, keli & kembung. Udang bakar, chicken wing bakar, sosej, air asam, pajeri dan petai. Tapi pilihan saya hanyalah pajeri & ikan keli saje. Lain saya tak usik. huhuhuhu


Tapi yang paling best sebab dapat berkumpul ramai2..priceless...

Muka budak comot yang baru bangun tidur. Nasib baik tidur dapat mama masak. Kalau tak jangan harap le.


P/s: Gambar sume dari FB Along. TQ

Tuesday, January 25, 2011

Buku Resepi

*credit to google*


Semenjak suka buat cake dan mencuba resepi2 baru ni saya mula terfikir nak buat "Buku Resepi". Even orang dah semakin canggih dengan ada blog and google. Segala resepi boleh jumpe kan. Tujuan nak buat buku resepi ni untuk abadikan resepi2 yang saya try dan berjaya. Berjaya dalam erti kata lain sedap dan menepati citarasa.

Kalau ikutkan banyak resepi yg dh try..maybe 70% je menjadi. 30% telah dicampak ke tong sampah. huhuhu..

Lgpon tgk Buku resepi MIL cam best plak kalau saya ada buku resepi sendiri then bila dah tua2..anak2 saya plak mewarisi buku resepi tu kan. Eceh..dah siap berangan.

Tapi hasrat di hati nak buat cam buku scrap pon ada. Lagi menarikkan..tapi tu hajat le..tak tau le rajin ke idak. Jangan rajin half way je sudah le kan.

Teringat zaman2 ada diary dulu. Mmg cukup rajin la buat bagi cantik2..Cantik2 bila hati sedang berbunga2 le kan. Kalau masa hati kecewa mesti suram je page tu..tak pon basah kerana air mata. Waahh..sungguh jiwang waktu tu.

Tapi bila dah bertemu cinta hati..'kerajinan" utk tulis dalam diary terus hilang. Kenapa eh..confius kejap..

Ok..ok..azam tahun 2011 nak merealisasikan project "Buku Resepi"...Moga2 dengan kehadiran baby no.2 ni tak menghalang mama utk terus rajin buat kek. huhuhuu