Showing posts with label hubby story. Show all posts
Showing posts with label hubby story. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Belated Birthday Cake untuk Suami Tercinta


Actually Ahad lepas birthday en.hubby. Tapi si isteri kan busy dengan kelas kek + order kek. So, dari awal dah bgtau en.hubby SORRY tak dpt buatkan cake. En.hubby mcm selalu kata it's ok. Tak perlu pon. Dalam tak perlu tu bila saya tanya " Red Velvet Cake ok tak?" En.hubby jawab "Tak nak. Nak cheese cake"

Dalam kata tak perlu, bleh demand cheese cake plak. huhuhu...



So, akhirnya terhasil juga le cheese cake itu sebagai belated birthday cake. Actually en.hubby nak Oreo Cheese Cake tp takde stock Oreo plak. So, ganti je la dgn chocolate.

Nasib baik en.hubby sporting pose dengan cake puposely supaya si wifey bleh update blog. hahahaha...Thanks Bie sebab sudi melayan karenah Yang.

Wednesday, November 23, 2011

Saya Jeles..Korang Jeles tak kalau.....

Ini entry berbaur jeles & dengki.
Tapi tak sampai tahap PHD le ye kawan2.

Saya jeles dekat suami saya.
Eh..bukan..bukan...
Xde kena mengena dgn orang ke-3 ke-4 dll.
Minta dijauhkan..amin...

Saya jeles sebab...
Dia cuti dari 25 Dec sampai 2 Jan.
Dari Christmas sampai New Year.
Macam dia pula yg sambut...

Cuti sebab kilang tutup operasi.
Sebab kilang kat negara lain semuanya cuti sambut Christmas.
So, untuk jimat kos dorang pon cuti.
Untung badan kan...

Untung juga kerja dengan company base Europe ni kan..
Cuti free tau..takde potong2 gaji tak tentu pasal.
Macam kilang lama dia dulu. Ciss..(kisah lama)
Alhamdulillah....

Ok..cuti tu cuti juga...
Tolong jaga anak2 le ye..
Mama kerja..huhuhuhu..

Thursday, November 17, 2011

Gangguan Seksual di Tempat Kerja


Kisah ini bukan terjadi pada saya tapi en.hubby. Harap Maklum

Dah dekat 4 bulan en.hubby bekerja di kilang baru ini. So far kerjanya ok. Gaji & benefit ok sangat berbanding tempat lama. Itu membuatkan sedikit sebanyak en.hubby gembira dan tidak stress ditempat kerja. Dan Alhamdulillah dengan hanya 2 bulan lebih bekerja, dah confirm. Ok le kan. Bila confirm gaji naik dan entitle allowance. Syukur alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.

Bila semua tu ok takde masalah. Ada pula masalah lain. Maybe itu dugaan dari Allah kan. Kisahnya gini.

Di tempat kerja tu ada 2 orang pekerja wanita tu. Seorang tu agak berumur. Kalau tak silap sudah 51tahun. Dan sorang lagi dekat2 40's kot. Sorang dah boleh jadi pangkat mak sorang lagi pangkat kakak.

Awal2 masuk kerja ramai juga dah warning dgn en.hubby jaga2 dengan 2org kakaks tu. Dorang pantang ada budak baru masuk kerja. Mula lah nak baik2 minta no phone, siap nak buat adik/anak angkat. Bila dah dapat no. phone mula ler nak sms then calling2. Kalau pasal kerja no hal le kan. Ni sms/call saje2 nak hilang boring. Macam dah rapat bebenor. Ada kes bila dah tau FB siap download gambar then simpan dalam HP.

Bila dah bgtau mcm tu, en.hubby pon berhati2 le. Nak tolak mentah2 kang kata menyombong dan kurang hajar pula kan. Lagi le baru start kerja. Bila minta no phone en.hubby dengan berat hatibagi no phone 012. Baru2 ni 012 dah tak aktif.

Semalam en.hubby kata kakak2 tu approached dia.
"No yang kamu bagi tu akak call tak dapat pon"
"Kamu bagi no hp tipu ye"
Lagak kakak2 tu cakap saya tak tahu le macam mana kan. Tapi en.hubby dah tahap menyampah nak layan.

Kadang2 en.hubby nak berjalan dalam kilang pon tak senang. Kalau dari jauh dah nampak kakak2 tu terus en.hubby buat lencongan, jalan ikut lain.

Kakak2 tu pon selalu main2 kirim salam kat en.hubby. Geli geleman en.hubby bila dengar. Nak kata member2 dia saje nak kenakan dia. En.hubby pernah dengar sendiri kakak2 tu suruh kirim salam kat dia.

Kakak2 tu siap mengekor en.hubby desak suruh bagi no HP. Lama2 En.hubby dah lemas agaknya..darah pon dah naik...."Kakak nak buat apa dgn no phone saya????" Then terus je blah.

Yela kesabaran orang ada had nye. Tapi member2 en.hubby kata jaga2 jangan marah2 sangat. Takut kang hal lain pula jadi.

En.hubby dari awal mmg dah cerita kat saya. Supaya saya tak salah paham kalau tetiba kakak2 tu sms/call en.hubby. Dia tak nak orang macam tu buat masalah dalam hubungan kami suami isteri.

Sampaikan tahap en.hubby dah tak mau layan FB. Siap suruh saya delete account FB dia. Punye le trauma. Yela dia yg hari2 kena ngadap kakak2 tu kan..bukan saya.

Kes macam tu dikira Gangguan Seksual tak???

Thursday, November 10, 2011

Papa, My Mr. Mama

Selasa haritu Mama EL sebab pagi2 time siap2 nak gi hantar anak2 ke rumah Pah Nah, terima sms dari Pah Nah kata tak dapat nak jaga dorang sebab badan tak sehat. Semalam Papa pula cuti jaga anak2. So dapat Pah Nah rehat 2hari before jaga Hannah & Qaseh balik.

Lately since Opah gi Haji ni..selalu ler Papa jadi Mr. Mama kan. Semalam betul2 jadi Mr. Mama. Papa siap sidai baju, angkat baju then siap lipat baju tu. Bukan skit tau. 3x kali punya baju. Sebab lately asyik hujan je. Baju tak kering2. Then cuti raya haji tu mmg baju tak berbasuh sebab takde kat rumah kan. Caya lah Papa.

SIL balik tengok baju bajan sume dah setel. Siap kata kat Papa "Bagus le Adeq. Kau cuti le selalu" hahahaha...selalunya SIL yang incharge bab2 baju ni.

Lunch semalam juga Mama balik rumah masak untuk en.hubby. Kesian takde mende nak makan pula nanti. Lagipon SIL dah sms kata tak dapat balik masak. Setel masak balik ofis balik. Then mula sakit kepala sangat2. Siap muntah2. Niat hati nak balik lewat sebab nak siapkan kerja. Tapi sharp kol 5pm je terus balik. Drive pon main hentam je. Dok menahan sakit kepala. Dalam hati dok berdoa dapat bertahan sampai rumah. Sampai je rumah terus muntah lagi.

Malam tu tidur awal. Mama tidurkan Hannah sekali. Papa yg jagakan Qaseh. Tolong basuh botol2 susu yg berlambak tu. Cuma Mama terjaga time Qaseh naik katil susu pok-pok dia nak tidur. Tepuk2 le sampai dia lena. Then Mama sambung tidur juga.

Thanks a lot Papa. I love you so much....mmmuuaahhh....


Gambar Dolu2 masa baru2 kawin tgh preggy Qaseh.

Thursday, October 27, 2011

Kegemaran En.Hubby

Curry Prawn Apash's Style

wah..wah..nama pon dah kasi up skit.
Berjangkit dgn Masterchef Malaysia kah??

Hahahaha..sangat le tidak layak

Tu kari tanpa santan ye puan2.
Kalau nak letak santan pon boleh tapi skit saje tau.

Kalau ada capsicum lagi terangkat.
Saya belajar masak tu dari my mom le sape lagi kan.

Tapi start masak pon masa tengah duduk bujang di Kuantan dulu.
Tapi dulu kalau saya masak saya panggil tumis rempah kari je.
hahaha..
sebab saya buat kering skit.
Tapi en.hubby pula request nak kuah banyak
Baru kaw makan ngan nasi katanya.
So dari tumis rempah jadi masak kari ye puan2.

Oh lupe nak bgtau itu lauk masak semalam.
Tu je masak. Sangat sempoi.
Bila nak makan masak telur dadar kasi tambah lauk.
Tak lupe juga ada papadom.
Sayur??
Takde stok sayur dalam peti sejuk.
so takde le masak.


Ok sekian cerita masak2 hari minggu.

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #4


"ANAK PAPA"
Majoriti orang kata Hannah sejibik muka Papa

Tuesday, September 27, 2011

Family Day Company En. Hubby


Selepas pandaftaran, melepak bawah khemah untuk breakfast. Sebabkan ada brekfast so kat rumah tadi tak masak ape2 pon. huhuhu..

Si Hannah on d way dia mmg dah tidur. Letak dalam stroller dia sambung tidur. Senang kami breakfast tanpa gangguan.


Papa and her daughters.

Sebabkan Papa baru je join company ni tak sampai 2bulan. So ramai yg dia tak kenal dan orang pon tak kenal dia. Kalau kenal pon tak berapa tau kisah peribadi. Semua terkejut tgk en.hubby datang bawak 2 orang anak. Ada yg ingat dia dok bujang trang tang tang lagi...

Setel breakfast, Hannah bangun. Tu pasal boleh cam whoring ngan Hannah sekali.


Setel breakfast bari start activity. Ada telematch utk kanak2. Tapi Qaseh kecik lagi nak bagi join. So, Papa je la yg join pertandingan Archery. Tapi tak menang pon. Group dia dpt no.3 je. Tapi hubby dpt score 8 out of 27 total score utk group dia. Kire ok pe..

Model cilik Papa. Penuh dengan gambar dia je. Papa bawak Qaseh jalan2 sambil photoshoot. Mama jaga Hannah yg tidur bawah khemah.

Antara gambar Mama yg ada bape keping tu je.


Hannah yg sangat behaved langsung tak meragam. Dan most of the time no hal duduk dalam stroller. Good gurl!!

Suruh Papa tangkap gambar foods dia tak nak. Segan le tu. Tau sangat. Tapi foods kire ok le. Cuma Mama on diet la..Mana boleh nk hentam sume. huhuhu..Papa pula yg tak makan ayam konpem le limited choice. Papa just makan nasi putih ikan goreng then kuah mee curry. Boleh?? Yela yg ada kari ayam..bukan bleh makan. Menu lain nasi ayam, roti canai, Nasi Kandar, ais kacang, rojak buah.

Menu kanak2 pula ada french fries, nugget & burger. Qaseh makan french fries je la. Then 2-3 sudu nasi ayam yg Mama makan.

Setel penyampaian hadiah kami pon balik...


P/s: Gambar lain ada share dalam FB.

Saturday, September 24, 2011

Thanks to my Mr. Mama


Sabtu datang lagi. Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 en.hubby bercuti. Manakala, sang isteri bekerja seperti biasa. Sgt hampeh tau.

Kebetulan MIL ada Kursus Perdana Haji di KL. SIL & suami tolong hantar MIL ke sana. Tinggal ler kami berempat. Bila saya kerja en.hubby lah yg jaga si kenit berdua tu.

Kalau dulu saya pernah story pasal Mr. Mama kan. Tapi masa tu ada SIL tolong jaga juga. Kali ni mmg betul2 Papa je yg jaga Hannah & Qaseh. Risau juga. Sabar ke, en.hubby melayan karenah dorang. Especially karenah si kakak yg kadang2 buat mama hilang sabar. Tapi tadi sms sume still ok. huhuhu..

Tapi kali ni saya ada urusan lain lepas balik kerja. Selalu Sabtu boleh balik kol 12pm. Tapi saya ada appointment. Dah le last week cancel appointment sebab pergi berurut. Nak cancel lg minggu ni cam tak best pula kan. So, en.hubby kata takpe pergi je. Dia boleh jaga anak. huhuhu..
Tunggu ye, Mama balik dalam kol 4-5pm nanti.


Esok ada Family Day company en.hubby di Clearwater Santuary Golf Resort Batu Gajah. Dekat je la ngan kami kan. Tapi tgk program dia cam tak baper best. Takde le menarik. Tapi sebabkan en.hubby baru gak join company tu so better pergi. Kang kata tak support plak. En.hubby kata pergi kita makan je la. Kalau tak best balik la. hahaha..



Tapi saya bagi idea ngan en.hubby better buat photoshoot kan. Bagi asah skit skill en.hubby yg dok berkarat tu. Ada je DSLR tapi tak fully utilized. Tempat dah cantik dah..Hijau dengan tasek2 lagi. So nape nak lepaskan peluang kan. Tapi itu idea je la. Jadi ke tak..kita lihat nanti.

Anyway, Happy Weekend semua. Last weekend nak attend Open house!!

Monday, September 12, 2011

140 km/h




Semalam kami dari Selayang pulang ke Batu Gajah melalui lebuhraya. Bergerak dalam jam 9.45pm sampai depan gate rumah 11.45pm. En.hubby bantai bawak 140km/h. Kalau tiba2 sampai surat saman silalah bayar. huhuhuh..


Speed Trap kat Highway...


Tu semua gara2 sebab mengantuk. Katanya kalau bawak slow lagi mengantuk. Tapi drive dalam keadaan mengantuk mmg sah2 dah bahaya. Sebelum gerak balik MIL dah pesan kat saya jangan tidur. Teman En.hubby drive elakkan dia ngantuk.

Saya actually penat melayan 2 budak kenit tu. Especially Hannah yang tak reti nak duduk diam. Lenguh tau tangan dok pegang dia. Actually tu 1st time dia travel jauh dalam kereta. Maybe dia tak biasa dan bosan. Nak golek2 cam biasa tak dapat. Jenuh bagi nenen bukan nak tidur.

Yg si kakak pon, elok2 ada car seat kt depan sebelah Papa nak juga menyempit kat Mama. Pastu nak tidur dekat Mama juga. Mama ni ada 2 tangan je tau. Last2 baringkan Hannah dgn Mama2 sekali baring kt seat belakang. Bagi ngempeng baru le Hannah tidur. Nasib baik le Mama ni pendek and belum gemuk sgt. Muat lagi nak baring kejap kat situ. Setel Hannah tidur..tidurkan kakak pula. Dah besar panjang nak juga tidur atas riba. Dah tak muat dah kakak sayang ooii..last2 tidur duduk kepala lentok kat Mama. Ish..ish..

Mama pon yg mmg mata mengantuk tahan le juga sebab teman kan Papa. Rasa cam laju sangat..mula le Mama kasik warning kt Papa. "Laju sangat..cer slow skit"..Kalau rasa cam kereta ke kiri jap2 ke kanan..warning lagi Papa. Susah tau sebab Mama duduk belakang. Busy dgn anak2 tak nampak Papa camne.

Dalam hati dok berdoa moga2 selamat lah kami sekeluarga. Keluar je tol Gopeng, Mama terlelap juga akhirnya, sedar2 dah kat Pekan Batu Gajah. Time tu terkejut tgk kereta kami dah rapat benor dengan kereta depan. Bahaya betul le Papa drive semalam.

Alhamdulillah kami selamat tiba...tapi...ish..ish...Tobat le jangan bagi Papa drive time mengantuk. Kes mengantuk sebab malam before tu tidur dalam sejam dua je. Siang plak langsung tak tidur. Itu le akibatnya. Dah agak2 nak drive jauh bawak2 le tidur utk rest yang cukup.

Saturday, September 3, 2011

Mr. Mama


Hari ni saya dah start kerja. Kerja 1/2 day je rugi rasanya kalau ambil cuti. En.hubby pula mmg kilang dia tutup seminggu, so nak tak nak kena cuti le juga.

Biasanya musim raya ni adalah time off MIL. Cuti tahunan untuk MIL. MIL akan stay kat kampung sepanjang kami bercuti raya. Bila MIL takde, saya pula kerja of course le en.hubby menjadi Mr. Mama jaga Qaseh & Hannah.

Tapi turut dibantu oleh SIL & her hubby. They came to the rescue!! hehehe...Thanks ye Kak Wati & Abg Li. Actually en.hubby tak tau pon dorang akan balik pagi ni. En.hubby ingat mmg dia sorang le kena jaga anak2. hahaha..

Itu arahan MIL mintak SIL balik tengok2 kan anak2 saya. Mak tak harapkan anak sendiri (en.hubby) jagakan cucu2 dia. BOLEH??? Tak cuba tak tau kan..Mmg jarang en.hubby yang jagakan anak2 bila saya or MIL takde. Selalunya SIL yg tolong jagakan kejap.

Itu pon sebab kami mmg duduk sekali dgn MIL. Lebih kurang macam tak berapa nak independent. Cer kami duduk sendiri jauh dari family. Confirm en.hubby dah expert handle anak2 tanpa was-was. huhuhuhu...

Takpe Bie...Yang keje 4jam je. Tambah masa pergi & balik kerja dalam 5jam Yang away. Before kol 1pm kang insyaAllah Yang dah ada kat rumah...

Tuesday, August 9, 2011

Hari Pertama untuk En.hubby

Hari ini en.hubby mula bekerja di tempat baru. Nun jauh di Tasek. Jauh le juga dari Batu Gajah. Sebelum jam 7pg en.hubby dah keluar rumah gerak ke Tasek. Tak mahu terlewat pada hari pertama melaporkan diri. Lagipon tak boleh agak traffic macam mana ke sana. Nasib baik gerak awal kata en.hubby jalan jem. Di mana yang jem kurang pasti. huhuhuhu..

Actually terpancar wajah gembira + excited + cuak pada en.hubby. Cuak katanya sebab tak tahu lagi keadaan di sana macam mana. Cuak nak kena buat kawan baru. Tapi dalam hati dia saya tahu dia gembira dapat kerja baru ini. Itu kerana sudah bertahun dia tidak suka dengan kerja lama tu. Tidak suka pada bahagian management. Tak boleh ulas banyak..kang jadi isu races pula. Kita kan kena semangat 1 Malaysia. ;-)

Apepon kami bersyukur kerana dengan kerja baru, en.hubby pon dapat gaji baru. Lebih la dari di tempat lama. Tapi kalau ditimbang tolak dengan kos minyak untuk berulang alik Batu Gajah- Tasek lebih kurang juga dihujung bulan. Tapi kata en.hubby banyak le sikit potongan EPF tu banding dengan tempat lama. Betul juga kan. Simpanan hari tua tu.

Lagi satu rezeki dari Allah, en.hubby sempat terima duit bonus di tempat kerja lama before berhenti. Lepas le nak baiki kereta pusaka arwah FIL yang digunakan untuk ulang alik kerja. Dan untuk beli baju raya anak2. Alhamdulillah..Biar mak pak takde baju raya tapi untuk anak2 MESTI diusahakan. Duit dah ada kat tangan Mama ni, hhmm tapi bila nak gi belinya. huhuhu..





Wednesday, October 6, 2010

Feedback saya bila Dia inform harga rokok naik



Dia : Sayang, rokok naik harga lagi. Sempoerna dari RM7.80 naik RM8.50. Dunhill lagi la RM10 Saya : Yeke, lambat plak Yang tau.
Dia : Tule..gile mahal.

Saya : Dah tau mahal buat ape merokok lagi. Kalau dah sampai membebankan baik x payah.
Takkan nak merokok pon nk mintak duit kt orang plak.


Dia terus diam seribu bahasa sambil tersenyum
.

Kadang2 bab merokok ni kalau dibincang sedalam2nya bleh buat kita tarik muka masam. Dah bermacam2 kempen awareness kerajaan buat..sampai ade keluar fatwa pasal merokok. Bini dok bebel pon macam x jalan gak. Nak buat camne kan...


Dulu masa menetapkan ciri2 lelaki idaman tak mau lelaki merokok. Bila pergi buat internship kat Carigali byk bekerja dgn lelaki..jadi dah lali dgn asap rokok. Bila sambung balik final year di UTP berkenalan dgn Dia yg mmg seorang perokok. Tapi dah tolerate terima je la. Tup2..dia kata nk stop smoking sbb buah hati x berapa suka asap rokok..terus hati berbunga2..bagus le camtu kan. Tanpa disuruhdan dipaksa...dgn rela hati sendiri.


Bila berkahwin kembali menjadi seorang perokok..Ape kes??? Malas nk cerita pjg2..kang diri sendiri juga yg sentap.


So, bila dh ape2 pon buat x menjadi..kita tetapkan few rules..


  1. Jgn sesekali berangan nk smoking dalam kereta saya. Nak guna kereta saya bawak kawan2 NO PROB. Tapi jgn gatal smoking dalam kereta. Pernah sekali tu Dia pinjam kereta saya pergi lepak ngn kawan2..esok pagi saya pergi keje..terus pening2 sbb kuat gila bau rokok. 2-3 hari baru ilang bau dia. Sentap le si bini ni. Lepas kejadian tu..kalau agak2 Dia nk melepak dgn kawan2 dia bawak kereta dia sendiri.
  2. Kalau agak2 baju/badan bau rokok jgn le nk dekat2 selagi x gi tukar baju or mandi or gosok gigi dan sewaktunya.
  3. Nasib baik stay umah MIL..kalau dah ada umah sendiri nanti..minta maaf le ye...NO SMOKING in the house mahupon dalam JAMBAN. Sesak nafas org nk masuk jamban lepas tu.


Sekian sudah sessi luahan hati pasal ROKOK dibawa khas oleh Pn. ApasH.

Monday, June 21, 2010

Cupcakes special for Papa


Sempena father's day tahun ni..saya baked cupcakes untuk en.hubby. Cupcakes special sebab I baked with love..hehehe...Birthday en.hubby bulan 2 aritu order cupcakes utk en.hubby. kali ni buat sendiri..best woo rasa. Puas sgt sbb dapat buat sendiri utk en.hubby.

Yg paling best en.hubby puji sedap. Mmg berbaloi le buat. Even tidur kol 2pg utk siapkan cupcakes tu..hehehehe..

Tuesday, June 8, 2010

Malam Tadi



Lepas Maghrib smlm Papa gi Ipoh tolong bayarkan kad kredit HSBC saya. Sampai umah dalam kol 10mlm. Baru kejap main2 ngn Qaseh..Qaseh dh ngantuk nk tidur. So, sbbkan Papa x puas main ngn Qaseh lagi, Papa pon teman Mama utk tidurkan Qaseh.

Selalunye, saya kalau tidurkan Qaseh, dengan saya sekali mesti tidur..hahahaha...nk wat cane kan. Bukan senang or cepat tidurkan Qaseh ni. Sampaikan saya sendiri naik ngantuk tunggu dia lena.
Papa plak selalu tidur lewat. Semenjak2 ada dslr ni..dia byk study and browse internet.

So before saya tertidur, ada pesan kat Papa mintak tolong transfer gambar dr dslr tu sbb saya nk update blog. Dia pon kata OK.




Bangun subuh tadi, tgk laptop x terusik langsung. Confirm Papa pon sekali tertidur dengan saya & Qaseh.
So, x dapat le nak update blog kisah weekend lepas. Postponed lagik...

Wednesday, June 2, 2010

Anak Papa


Papa seorang lelaki yang gemar memakai t-shirt berwarna gelap. Terutama black and brown. Setiap kali nk beli t-shirt mesti 2 warna itu yg menjadi pilihan. T-shirt tersebut mesti le berkolar bau nampak smart. Kalau t-shirt tidak berkolar sesuai utk pakai di rumah sahaja.


Tak cukup dengan favorite dia pakai t-shirt hitam, PAPA telah request untuk MAMA belikan t-shirt berkolar untuk Qaseh. Maklum le..MAMA yang selalu kuar shopping kan..

Masa wesak day haritu kuar gi JUSCO ngn Along. Takde le plan nk beli baju Qaseh. Tapi bila dh ternampak t-shirt hitam berkolar saiz budak..terus amik. Brand Tenderly kalo x silap. Itupon dh RM27++. Ade le diskaun 10%. Terus amik..


Balik umah, tunjuk kat PAPA. Bukan main happy PAPA bila tgk anak dara sorang tu dressing cam PAPA. Siap suruh terus pakai pergi celebrate birthday Opah. Jarang bagi Qaseh pakai baju baru beli tanpa basuh. hehehehe..


Anak PAPA sorang..for the time being ler.


Mana boleh jadi dorang 2 beranak sedondon, Mama pon nk sedondon gak..ngeee


Note: Gambar diambil guna HP camera PAPA...

Friday, April 16, 2010

Seorang Papa di Umur 24thn

Asyik2 cerita mama x pon cerita Qaseh je kan. Sekali sekala kita citer pasal PAPA plak eh. Actually papa ni bukan le pembaca setia blog mama. Sbb Papa jarang on9..kekadang je. Kalo on9 pon ngadap FB je..kalo dia teringat baru dia jenguk blog mama.

Back to the topic..buat yg belum tahu..tahun ni papa dh 25thn. Berkahwin semasa berumur 23thn dan menjadi seorang papa semasa 24thn. Pada yg baru baca blog Pn. ApasH ni sure terfikir bape le umur Pn. ApasH ni kan..muda belia lagi ke?? teettttt...Pn. ApasH semakin menghampiri 3series okey..2 more years then byebye to 2 series...Ye saya mempunyai seorang suami yg muda dari saya!!..muda 3 thn lagi youuuu..=p


Actually utk seorang lelaki menjadi ayah pada umur 24thn..agak muda le jugak kan..itule reaksi kawan2 lama en.hubby di FB. Biasale kan..FB ni menemukan kita dengan kawan2 lama time sekolah. Kawan tadika pon bleh jumpe tau..Kebanyakan kawan2 en.hubby mesti memberi comment seperti " Dah jadi bapa rupenye ko"..x pon.."laa dh anak rupenyer"..sebab kebanyakan kawan2 dia masih belum berkahwin..x pon baru je berkahwin..


Kadang2 en.hubby sendiri seperti tidak percaya sudah mempunyai zuriat sendiri..lagi2 masa Qaseh baru2 lahir dulu..hehehe..Aii yg dh 27thn time tu mcm x percaya..lagi le dia kan..ahakss..


Kalo bukan kerana Qaseh lahir ikut tingkap & rahim mama x terkoyak..sure skang ni kami tgh berusaha utk bagi Qaseh adik..hahaha..silap2 en.hubby jadi "Papa kpd 2 org anak di Umur 25thn"..Tapi kami tak pulak merancang..terserah kepada Allah jika mmg rezeki kami..kami tetap terima & bersyukur.

Thursday, February 18, 2010

Cupcakes for Papa

Entry agak basi ni.

Last week masa birthday papa xde plan anything utk celebrate. Sbb hubby SIL birthday 17hb..so mmg plan nk gi makan2 sama le nanti. So, the day b4 terasa nk order cupcakes for hubby. Terus calling2 Kak Dib d'muffins..nasib baik dia nk amik order saya.

Ptg tu balik keje, inform en.hubby yg petang esoknya (Bday hubby) saya nk jumpe kawan blogger sbb nk amik barang. Then dia kata okler tunggu dia balik keje pergi sama. Alahai..ingat nk wat surprise..gasak le kan.

The next morning dia call..tanya " Yang nk gi jumpe kawan blogger ptg karang tu nk amik cake yer?"..aiseh sudah kantoi.. So I accused him baca sms HP saya. En.hubby kata sumpah dia x baca. Cuma instinct dia rasa cam nk gi amik cake sbb b4 this dah 2x saya gi sana sendiri. So dia bleh agak.

Berakhir sudah surprise saya untuk en.hubby..

So, layan je la gambar...


Request special skit for the ribbon


Qaseh pon tumpang nyibuk ngn cupcakes papa

Tuesday, October 27, 2009

Adeh~Laki aku....

Smlm balik keje lewat skit..terus2 mamam sbb perut dh berkeroncong. Setel makan..mandikan Qaseh plak..Std le kan lepas mandi sure Qaseh ni nk nenen sgt2 x sempat nk pakai baju pon. Bila kita pakaikan baju mula le nk melalak..siap pakai baju sume terus bg nenen..

Tgk jam dh kol 7pm lbh..alahai..EBM x simpan dlm peti sejuk lagi..terus minta tolong en.hubby utk simpankan dlm peti sejuk..nasib baik ingat..kalo lupe terus..kan naya..

Dlm kol 9pm camtu, lepas tidurkan Qaseh..ckp ngn hubby yg saya nk pump susu lu..sbb susu x cukup utk esok. Sbb baru dlm 2 botol je..then en.hubby reply " Ade 3 botol la"..Mana dtg 1 botol lagi.. Dia jawab "kan kt dlm freezer ade 1 botol lg..Bie letak td nampak. So ade 3 botol la"...terus saya tepuk dahi.."Nape bie letak kt freezer susu tadi?? kan x pasal2 esok Qaseh x dpt susu fresh"..then he replied "Mana bie tau"..

Adeh~..sabo je la..dh 6 bulan yg bini dia dok wat keje ni (EBM)..dia bleh x amik pot..lgpon b4 that saya just ckp letak dlm peti sejuk je..bukan freezer..adoiyyaaiii laki aku..

Then, cepat2 bwk turun EBM tu kt bhgn bawah..mmg dh totally beku..ish..ish..xde rezeki Qaseh merasa fresh EBM. dapat 1 botol je yg fresh sbb pump kol 4pg td..

Hikmah disebaliknya..baru le tau yg en.hubby x tau sgt hal2 ni. bukan x pernah share..tapi maybe dia x amik pot sgt..hhmmmm....So, lepas ni dh tau kan Bie..jgn wat silap lagi eh..huhuhu

Monday, August 10, 2009

Do you love your job?

Do you love your job??

This is absolutely not my dream job..
I'm doing this job because this is the only job offer that I got with OK salary..
I say OK because in other location with my degree and work experience I can get more..

If I stayed in previous company, my salary will categorized as GOOD..
tapi rezeki sy bukan di sana lagik..
Past is past..
I've made decision..sometimes money can't guarantee the happiness..

Same goes with my hubby..he absolutely HATEs his job..
the job scopes he fine with it..
only he HATEs the management..
sume sbb dasar tgk kulit..
Management dia cha ya nun alif..
sbb kita melayu..basic bg ciput..
tapi sume keje kena buat..
when org dia baru masuk keje tapi basic salary is much higher than him..
tapi most keje x reti buat..
HANGIN laa my hubby..



mmg nk2 sgt tukar kerja..tapi susah nk dpt keje around IPOH or BATU GAJAH ni..
so ape bleh buat..bykkan bersabar je la..

Even saturday pon dorg bg cuti tp potong gaji la..alasan sbb ekonomi gawat..
so if ade part time job..en.hubby akan follow his BIL..at least ade le dpt skit..
dr dok umah jer kan..

Now, en.hubby and his BIL are planning to open a company..start as a part time job first..
kalo rezeki bertambah baru bleh wat full time kan..
So, berharap sgt and berdoa semoga semuanye berjalan dgn lancar dan berjaya..amin.

Nanti kalo company tu dh berjalan..bleh le sy hebahkan di blog..
salah satu cara mempromosikan services/barangan tersebut kan..
kawan2..doakan sama2 ia akan berjaya eh..

Friday, July 31, 2009

Papa Wearing Qaseh...

Kan sebelum ni ade n3 pasal beli mende alah ni
last monday baru secara rasminye digunakan..
di luar umah..
kat umah sblm ni pernah le try pakai..



Ni pic b4 weolls nk gi TESCO last monday..
test run dulu...
tapi pic kt TESCO terlupe nk snap..



Spjg kt TESCO..I'm the one who did the shopping..
Papa membontot mama je la..
Alih2 usya belakang..
tgk Qaseh dh sedap lena..hehehe..

Dh setel bayar sume baru dia bangun..

Qaseh pe'el dia ni..just nk duduk dlm stroller kejap je..
then mula le nk dukung jer..
badan dh le semangat..lenguh dukung je..
So for short period nye shopping..better pakai carrier jer..
itupon kalo ade papa le..
kalo kuar w/o papa..guna le stroller..
idak le mama nk pakai carrier tu..
kt umah xpe..hehehe..