Showing posts with label DBP. Show all posts
Showing posts with label DBP. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

Pertemuan Penyair Nusantara




Malam semalam merupakan salah satu acara yang membuatkan kami tergopoh-gapah untuk sampai ke DBP. Maklum sajalah, hari Jumaat, kereta menderu di atas jalan raya, membuatkan saya mengambil keputusan untuk naik LRT sahaja dari stesen Cheras. Dua minggu sebelum majlis abang SM Zakir sudah menghubungi saya untuk mengesahkan kehadiran kami untuk bergendang. SAya kata insya-Allah boleh. Dan malam tadi KGGK diminta menghiburkan para tetamu yang hadir sewaktu makan malam.

Dari jauh saya sudah melihat beberapa kelibat sasterawan dan penyair yang biasa terpampang di dada akhbar dan majalah. Pyanhabib, Pak Malim Ghozali PK, beberapa SN dan lain-lain. Namun apa yang menyeronokan kami adalah, adanya permainan muzik tradisional Gamelan yang sudah menghiburkan para tetamu sebelum kehadiran kami.

Sebelum persembahan itu, saya sudah memaklumkan kepada Cikgu Ramli, "Cikgu, malam ni kita tiup lagu-lagu Melayu je. Lain-lain tak boleh."

Shahrul - "Apasal tak boleh?"
Khairul - "Sebab malam ni ramai tetamu dari luar negara. Nusantara, kan? Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand. Jadi penganjur minta kita main lagu-lagu tempatan."

Semasa di pejabat, siang-siang lagi saya sudah siapkan catatan sedikit; tajuk lagu. Takut juga, kalau majlis rasmi sebegini, kita terlupa. Sudahlah begitu, kami diletakkan di pentas utama untuk bermain, bukan di tepi atau di bawah. Betul-betul di hadapan VVIP yang hadir. Namun alhamdulillah, kami bersyukur kerana permainan lancar pada malam semalam. Makanan pun sedap beb ... hehehe. Kami 'belasah' makan cukup-cukup!


Read more...

Wednesday, June 18, 2008

Laporan 7/6/08 - Dewan Bahasa & Pustaka

Pada 7/6 yang lepas, kami dijemput mengiringi majlis pelancaran 14 buah novel Kepezi di DBP. Majlis yang berjalan tersebut telah dirasmikan oleh SN Dato' A Samad Said. Sebagai kumpulan yang mengiringi majlis ini, hanya sesekali sahaja kami menngiring dan menyulam suasana. Selebihnya duduk tercongok di atas pentas menunggu giliran kami utk bergendang. Bagaimanapun itulah suasana ketika bermain di dalam majlis yang formal dan melibatkan VIP. Apa-apa hal pun, terima kasih kepada pihak DBP yang sudi menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Gambar tak banyak yang diambil.

Dari blog Sisipan Ilham
Ibnu Ahmad Al-Kurauwi

Read more...

Friday, August 3, 2007

HesCom 2006

Dari laman fotopages : JICA
Gambar ini diambil oleh salah seorang peserta di Majlis Hescom yang diadakan akhir tahun lepas 2006. Majlis ini adalah anjuran Kelab E-Sastera yang mengadakan anugerahnya pada setiap akhir tahun. Kebetulan saya menjadi ahli E-Sastera, maka saya dijemput oleh salah seorang jawatankuasanya untuk mempersembahkan permainan gendang silat.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP