Showing posts with label Tok Guru. Show all posts
Showing posts with label Tok Guru. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Imam Hj Mansur

Beliau adalah salah seorang wira tidak didendang yang sempat saya bertemu pada tahun-tahun penghujung sebelum beliau 'pergi', seingat saya di penghujung tahun 90'an. Ketika itu, kami (saya, Cikgu Ramli, Abang Jo, Abang Din, Azam) mahu membeli peralatan gendang silat. Ketika itu, beliau masih sihat dan boleh bercerita panjang. Selain itu, beliau juga merupakan guru yang mengajar Allahyarham Pak Teh Cha untuk bergendang dan membuat gendang.Tempatnya juga di Batu Kurau, Perak.

Allahyarham Imam Haji Mansur (lebih dikenali sebagai Pak Ngah Mansur)
Kredit gambar dri FB Guru Alzahari

Ketika itu saya masih baru belajar dan hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Tapi sempat juga melihat beliau bergendang dan berceloteh tentang orang bermain gendang ketika itu. Selain dari merupakan guru gendang, pembuat gendang, beliau juga merupakan salah seorang Guru Gayung Fatani yang dikenali ramai hinggalah kini, namanya disebut-sebut (al-fatehah). 

Kenangan Pak Ngah (bergendang) ketika majlis bersilat di UM, awal tahun 1990. 
Bersama Allahyarham Guru Utama PSGFM, 
Tuan Haji Anuar Wahab (serunai) (al-fatehah).

 Selain dari itu, tidak banyak yang saya ketahui tentang beliau, hanya tahu beliau guru bermain gendang disamping seorang guru silat, serta juga imam. Sekiranya ada sesiapa yang mengenali beliau semasa hayatnya (dari konteks bergendang, sudi-sudilah berkongsi di sini). Mudah-mudahan akan ada pengganti beliau nanti, pandai bertukang gendang, bergendang dan bersilat.

* Sempena entri di bawah "Kisah Malang Insan Seni," KGGK mahu mengabadikan mana-mana guru gendang silat yang sudah pergi sebagai rekod dan rujukan pada sesiapa pada masa akan datang. Selain itu, supaya jasa mereka tidak dilupa dan dikenang sampai bila-bila. Kalau ada sesiapa berhajat untuk berkongsi, sila emel gambar, nama, tempat dan ceritakan sedikit maklumat tentang guru gendang atau serunai atau pembuat peralatan gendang silat tersebut, sila emel kepada gemalakasturi@yahoo.com. Jangan lupa beri nama anda yang mengirim emel tersebut.

Terima kasih.

Read more...

Thursday, December 22, 2011

Sepanjang Perjalanan : 20-21 Dis 2012

Baru kembali dari Kedah, menziarahi Pak Teh Mat Khir bersama rakan, Abu Huzaifah (Kumpulan Gendang Arya Putra, Melaka). Al-kisahnya, saya menemankan Sdr Huzaifah untuk mengambil lima set gendang silat yang ditempah sejak awalnya. Asalnya ditempah oleh PESAKA Melaka yang berhasrat untuk melestarikan permainan gendang silat aliran utara ini di sini. Jadi, ia diuruskan oleh Sdr Huzaifah, saya cuma membantu sahaja.

Sdr Huzaifah, bersama Pakcik Zainal

Namun, dalam perjalanan ke sana, sempat juga menyinggah ke rumah Guru Zainal (atau lebih mesra dengan panggilan Pakcik Zainal) dari Penang Silat Tua Organization (PSTO). Jadi, dapatlah juga berkenalan dengan beliau yang sempoi. Banyak perkara yang diperbualkan, saya seronok sekali dapat mendengar pengalaman dan perkembangan silat di Pulau Mutiara tersebut. Namun, perjalanan diteruskan, kerana mahu ke rumah Pak Teh Mat.

Tapi kami tidak lama, selesai urusan dan berbual-bual dengan Pak Teh, keesokan harinya, kami terus bertolak balik kerana sdr Huzaifah perlu kembali ke Melaka kerana ada urusan dan untuk menghantar set gendang kepada PESAKA Melaka.

Kami, KGGK mendoakan moga-moga irama ini akan berkembang di Melaka. Tidak kiralah, walaupun ia aliran gendang silat dari utara, namun tetaplah ia benar-benar milik orang Melayu, tak kira siapa dan di mana. Yang penting, mereka berminat.

Read more...

Friday, May 27, 2011

Kenangan Di Felda Bukit Mendi

sdr Ijan - baju belang paling kiri, pakcik - tiup serunai

Dua foto di atas ini membuatkan teringat ketika pertemuan pertama dengan allahyarham Pakcik Din Guai. Sekitar tahun 2000, di Felda Bukit Mendi, Pahang. Itulah kali pertama saya bersua wajah dengan beliau. Terima kasih kepada sdr Ijan Pahang yang mencetuskan ilham untuk ke sana. Bagai orang mengantuk disorong bantal, ketika itu, saya, cikgu ramli, abg jo dan azam satu kereta, bersama dengan rakan-rakan di Batu 7, Gombak. Kami ke sana atas satu hajat - mahu belajar lagi ilmu gendang.

Kenangan itu masih subur di benak. Melihat pakcik meniup serunai ketika itu membuatkan kami terpegun. Asyik dan mendayu tiupan beliau. Kami di sana dua hari 1 malam. Bergendang, bergendang dan terus bergendang. Teringat kata-kata pakcik,"Yang dah ada tu takpalah, tambah pulak yang baru. Jadi koi banyak cara main." Wajah-wajah abg Juli, abg bad (kini salah seorang ahli kump gendang 5 sahabat) dan abg2 senior dalam bergendang. Saya jadi memar, teringin benar mahu meniup seperti beliau.

Semua itu sudah tinggal kenangan, hampir 11 tahun berlalu, namun ingatan tak pernah terpadam terhadap kenangan di sana. Al-fatehah buat beliau yang banyak menumpahkan kasih, asuh dan asah buat KGGK selain guru yang ada. Akan abadi dan terpahat dalam ingatan sampai bila-bila.

Read more...

Saturday, August 7, 2010

Terkenang Pak Teh Cha : 1998 - 2009 (Ketika mula mengenali hingga saat pemergiannya)

Pak Teh Cha

Al-Fatihah


Hampir setahun berlalu, hati saya tiba-tiba terkenang kepada salah seorang guru serunai dan gendang kami di Batu Kurau, Perak. Tambahan pula, bulan ramadhan menjelang tiba. Kenangan-kenangan lalu menusuk dan bermain di layar benak. Namanya panggilannya Pak Teh Cha. Namun Allah lebih menyayanginya, pemergiannya amat memilukan saya.

Bermain di Taiping dengan kump Pak Teh Cha

Mulanya saya mendapat berita yang pakteh tidak berapa sihat. Lalu saya menelefon bertanyakan khabar beliau. Lama saya berbual dengannya di telefon. Keadaan ekonomi dan masa ketika itu tidak mengizinkan saya untuk menziarahi beliau sewaktu itu. Jadi, telefonlah sebagai penghubung bertanyakan khabar berita pakteh di sana. Sedari itu, saya dan Bulat merancang untuk melawat pakteh pada hari raya, namun sms yang diterima daripada Cikgu Deen (salah seorang murid pakteh), membuatkan saya kemamar sebentar. Hari raya hampir menjelang 2, 3 hari lagi. Hati saya menangis hiba, tertunduk pilu dalam keadaan yang terdiam. Diam, sediam-diamnya. Apa pun saya redha dan menerima berita itu sebagai satu ketentuan yang sudah tertulis.

Saya bermain (tiup serunai) ketika kenduri kahwin di rumah Pak Teh Cha

Saya mula mengenali pakteh pada tahun 1998, iaitu ketika saya terlibat dalam dunia pergendangan Melayu ini. Mengikuti Cikgu Ramli yang ketika itu sering bertandang ke rumahnya untuk menziarahi dan membeli gendang buatan beliau. Ketika itu jugalah saya mengenali rakan sekumpulan beliau, Awang Peteh, Pak Su, Din Setera dan ramai lagi.

Kalau kami tiba di sana, selalu sahaja pakteh akan menelefon terlebih dahulu rakan-rakannya untuk bergendang bersama. Sayang, ketika itu saya tidak punya kamera dan tidak pernah terfikir untuk merakamkannya dalam bentuk visual; hanya dalam kotak memori sahaja. Bukan setakat itu, malah pakteh membawa kami untuk bergendang di sekitar kampung di Batu Kurau atau Taiping sekiranya beliau mendapat jemputan dan kami berada di sana sewaktu itu.


Dengan beliau jugalah, pertama kali saya mendengar perkataan Bismillah serunai (salah satu istilah dalam permainan serunai untuk merujuk kepada siapa kita berguru). Namun saya tidak bersembang panjang lebar dengan pakteh kerana tak tahu apa yang diperbualkan. Saya hanya menjadi pendengar setia apabila Cikgu Ramli berbual-bual dengannya serta rakan-rakan pakteh yang lain. Seingat saya, hanya apabila KGGK tertubuh dan pergi ke sana sendiri, barulah saya pandai sikit berbual dengan pakteh dan faham sedikit tentang perbualan berkenaan dunia bergendang serba sedikit.

Dari situ saya mula menaruh azam untuk mempelajari pengetahuan yang dan bunyi yang diajar oleh pakteh. Pada pendengaran saya (orang lain saya tak tahu), Bismillah dan lagu silat yang ditiup semacam 'pedih' tapi 'aman' di telinga. Saya kira Cikgu Deen dan rakan-rakan KGGK faham apa yang saya maksudkan. Begitu juga dalam perihal pergendangan, tidak sedikit usaha dan jasa yang dicurahkan kepada kami. Baik dari segi ilmu bergendang mahupun bimbingan dalam dunia pergendangan. Semuanya masih tersemat kukuh dalam ingatan. Itu tidak dikira pula, entah berapa banyak gendang yang kami borong daripadanya.

Pak Teh Cha - dalam kenangan KGGK ...

Entri Lepas KGGK bergendang di Baru Kurau bersama Pak Teh Cha.
Entri Cikgu Deen - salah seorang murid Pak Teh Cha

Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Pak Lang Mail

Sumber : di sini

Pertama kali saya berjumpa allahyarham ketika saya baru belajar main serunai dengan Cikgu Ramli. Baru sangat-sangat belajarnya dan dibawa bermain untuk kejohanan sempena hari merdeka (dalam tahun 1998 - 2000, saya sudah lupa tarikh yang tepat).

Apabila melihat sahaja kelibat orang-orang lama bergendang, lutut saya jadi ketar. Hati jadi tak tentu arah. Tambahan pula, melihat allahyarham ada dengan pasukan gendang dan meniup serunai. Lagi bertambah-tambah ketarnya. Sehinggakan untuk memasang nali, saya terpaksa meminta bantuan Wan Adnan (saya panggil 'Dene', PSGFM Cawangan Kelantan) untuk memasangkannya. Tersengih Dene dengan serunai Kelantannya yang panjang, ketika itu.

Dalam hati saya, "Ramainya otai gendang!"

Seterusnya berjumpa di Melaka pula. Tapi disebabkan saya masih baru, tak berani nak berbual dengan allahyarham. Tambahan pula, mengetahui allahyarham seorang guru silat yang mahsyur di Pulau Pinang, lagi tak bercakaplah dengan beliau ketika itu. Tapi kini, semuanya sudah tinggal kenang-kenangan. Sengaja saya abadikan di sini kerana kebolehan beliau meniup serunai. Sayang, saya tidak merakamkan gambar-gambar beliau.

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Singgah Sebentar di Jitra

Bersama Pak Teh Mat Khir (baju biru)

Minggu lepas, balik dari UUM, Sintok menghantar adik ipar mendaftar, sempat juga saya menyinggah di rumah tok guru gendang kami di Jitra, Kedah. Memang kebetulan melalui saya mahu singgah minum kerana belum lagi mengisi perut di UUM sebelumnya. Alhamdulillah dapatlah juga berjumpa setelah agak lama saya tidak ke sana dek hambatan masa dan kerja.

Antara gambar yang sempat saya tangkap untuk kenang-kenangan. Habis segala barang antik, gendang dan gong menjadi mangsa terjahan kamera yang dipinjam dari rakan sekerja. Hehehe ...


Read more...

Monday, June 15, 2009

Aksi Tomoi!


Inilah kali pertama saya bermain serunai untuk kejohanan Tomoi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada hari sabtu malam yang lepas. Seawalnya Un mengatakan bahawa guru kami, Pakcik Din Guai akan turun dari Pahang. Jadi, mula-mula saya hanya ingin berjumpa dengan beliau, tapi serunai saya standby juga. Manalah tahu pakcik menyuruh saya meniup. Kebetulan sdr Azhar Tekpi agak lapang pada malam itu. Petang itu saya menghantar sms bertanyakan samada dia ada kelapangan atau tidak. Terima kasih saya kepada sdr Azhar yang bersusah payah mengambil saya kerana kereta sudah tamat road tax nya.


Alhamdulillah, malam itu sdr Azhar tiba dalam jam 9.30, lebih kurang. Saya menyangkakan bahawa sudah terlambat. Dengan keadaan kesesakan luar biasa di kawasan tasik titiwangsa, saya malas nak fikir samada sudah lewat atau tidak, yang penting dapat berjumpa dengan pakcik Din. Setibanya di stadium, saya tidak terdengar apa-apa kecuali kebisingan lagu-lagu yang mengiringi peserta Tomoi yang masuk ke gelanggang. Tidak bertangguh, saya membeli tiket dan menuju ke tempat gendang.


Wah! Memang bingit sekali dengan suara penyokong-penyokong yang hadir. Sorak-sorai memenuhi suasana. Saya duduk di sebelah pakcik yang berehat sebentar. Tak lama kemudian saya teringat sdr Azhar yang terpaksa memarkir kereta agak jauh. Sms diterima, saya bergegas mencari sdr Azhar, rupa-rupanya dia sudah masuk menggunakan tiket gendang, chis, percuma!


Ketika itu perlawanan ketiga. Saya hanya duduk dan bersembang dengan pakcik apabila perlawanan dihentikan untuk seketika. Dada saya mula berdebar dan badan naik seram sejuk. Dalam hati teringin sekali bermain serunai mengiringi aksi petinju Tomoi pada malam itu. Tapi perasaan gemuruh menguasai memandangkan suasana yang bergegar, juga kerana permainan gendang Tomoi pada malam itu adalah dari aliran gendang Kelantan. Sudahnya saya diam, tapi perlahan-lahan saya membasahkan lidah serunai. Pakcik Din yang faham debaran hati saya, cepat-cepat menggesa saya untuk menggantikan tempatnya dengan alasan beliau ingin ke tandas.


Dada saya duk, dak, duk, dak… Tapi saya bertawakal, alang-alang serunai sudah menghala ke mikrofon, saya tiup sahaja apabila pengaracara mengumumkan ‘langkah sembah’ oleh petinju Tomoi – perlawanan keempat. Jari-jari saya menari di atas batang serunai, melayangkan lagu Tomoi aliran Kedah, meskipun saya menyedari bahawa lagu gendang Tomoi itu adalah dari aliran Tomoi Kelantan. Saya berserah.


Masuk pusingan kedua dan ketiga, hati saya sudah tenang dan mula memahami rentak dan corak permainan gendang Tomoi Kelantan, telinga saya mencari bunyi gong untuk menyelaraskan dan menyesuaikan serunai Tomoi Kedah dan gendang Tomoi Kelantan. Makin lama, makin laju rentak gendang. Tidak sempat saya mengalunkan bunga lagu Tomoi, hanya ambil yang asas dan sesekali sahaja saya sulamkan bunga lagu Tomoi Kedah. Masuk pusingan kelima dan keenam, gendang semakin rancak, sejajar dengan aksi dan langkah peninju yang semakin agresif.


Apabila perlawanan tamat, dapatlah saya berehat seketika. Pusingan keenam alunan serunai berpindah semula kepada pakcik Din. Saya hanya memerhati dan menikmati perlawanan Tomoi. Sesekali lagak gadis yang naik ke pentas sambil memegang kadbod yang bersaiz sederhana mencuri perhatian penonton. Saya senyum sahaja. Semasa berakhirnya perlawanan ketiga, hadiah dan cenderamata diberikan kepada para peserta sebelum perlawanan seterusnya.


Semasa memerhatikan peninju Tomoi menarikan langkah sembah yang menarik, saya terkenang sambil berfikir kenapakah perlawanan silat olahraga tiada mempamerkan seni yang sebegini sedangkan kita mempunyai pelbagai aliran dan tentunya tari silat yang bermacam ragam dan bentuk itu menarik hati. Di Kelantan, pertandingan Silat Jatuh sudah mempamerkan mutu dan persembahan yang jauh lebih menarik dari silat olahraga yang cuma memaparkan aksi silat yang sudah tidak mencerminkan ketinggian mutu dan nilai seni dan estetika persilatan yang cantik dan murni.


Jam sudah menunjukkan angka 12, tapi perlawanan masih diteruskan. Dalam pemerhatian saya, perlawanan kedua terakhir adalah yang paling menarik kerana aksi dan agresif dipamerkan. Tumbukan dan sepakan saling bertukar dan menyulam pula dengan buah-buah Tomoi yang selalu saya perhatikan dalam filem-filem aksi dan purba Thailand. Selain dari itu, aksi berhati-hati banyak dipaparkan, menyebabkan saya kehilangan tumpuan untuk seketika. Meskipun gendang sudah rancak bertabuh tapi peninju sangat berhati-hati dalam melangkah dan menyerang. Mata dicari, kemenangan dinanti, hinggalah jam 1 lebih, barulah perlawanan tamat dan sesi bergambar diadakan.

Read more...

Saturday, September 27, 2008

Romancing The Gendang, Hamid's Way Of Keeping Traditions Alive

"I feel something is amiss if I go through the day without once playing the gendang (drum) - just like a forlorn person pining for his missing loved one," quipped a cheerful-looking Hamid Abdullah, to the rapturous guffaws from all those within earshot.

The affable 48-year-old Hamid, whom residents of Kampung Kuala Lanjut affectionately call Pak Tih Mid, was all smiles as he related his experience at playing the gendang silat (traditional Melayu drum which usually accompany a silat demonstration) to journalists, at his home here.

Grabbing the 53.3 cm-long drum that hung on the wall of his house, Hamid placed the musical instrument on his lap, his fingers caressing the skin as he strike forcefully onto the drum face, letting out a staccato of thumping beat.

Occasionally adjusting his headgear, Hamid related his gendang-playing legacy.

Among the 15 siblings, Hamid is the fifth and only child who took up the cudgel from his father and is carrying on with the musical tradition, which has been in the family's patriarchal lineage for the past three generations.

"I started playing the drum at the age of 14 and have never stopped to this day," claimed Hamid, who still keeps the first drum that he made some 30 years ago. He also keeps the drum his father made some 70 years ago.

Earning a living playing the gendang
Hamid, who formed his own musical ensemble called Gendang Budaya Warisan Pak Tih (Hamid's Cultural Drum Heritage) 20 years ago, said playing the gendang silat has enabled him to support his family.

Besides playing at silat demonstrations, he also gets invited to perform at wedding receptions as well being a regular act at government functions like the Merdeka celebrations and VIP receptions.

Hamid charges from RM600 to RM2,000 depending on the location, time, the nature of the function and whether other traditional instruments would be required.

Hamid demonstrated his musical prowess by playing five drums simultaneously.

"The thinner the leather used, the better and sharper would the sound of the beat be," said Hamid.

He said the quality of the beats produced by a drum depends on the tautness of the leather used for the drums surfaces.

Usually, cowhide leather is used to form the bam or inferior surface of the gendang that emits low-pitch beats while sheepskin leather is used for the superior surface or cang that emits high-pitch beats.

"Rattan is used to reinforce the tautness of the bam," said Hamid who keeps 10 pairs of various Melayu drums used for silat and joget routines.

For Hamid, even though the task to create a gendang is really meticulous, the interest in keeping his father's legacy alive keeps him going on.

"A good gendang is that made from either the jackfruit, coconut or cempedak wood. I would usually seek out the wood from the jungle", said Hamid who also teaches the art of self defence, Silat Gayung Melayu.

He said the ideal length of a gendang is around 55cm as it would not strain the arms and can be comfortably held.

Such gendang may cost up to RM800 and making one, takes about one month, he said.

Assistance from Kraftangan
Hamid felt as if he was over the moon when the Kedah-branch of Kraftangan Malaysia offered him RM5,000 assistance.

Hence, from the money, Hamid built a workshop next to his home in an effort to conserve the Melayu drums heritage.

Apart from the gendang-making work, the workshop also doubles up as a kind of a showroom for those who wish to view the finished products.

Kraftangan Malaysia also channeled RM20,000 worth of cowhide leather and machine for Hamid's gendang-making effort.

Fifth generation
Now Hamid is a relieved man as three of his children have shown that they are keen to follow his interest.

Hamid's sons Mohd Sabri, 25, Mohd Shabi, 17 and Mohd Faizal, 16, frequently follow their father and his Gendang Warisan Pusaka troupe to their performances.

According to Mohd Sabri, ever since he first started to hear the performance of the gendang when he was a child, his interest in the tradition has built up.

"I started to play the gendang when I was in standard three, and now I work fulltime to make them. If not my brothers and I, who else would continue this legacy, furthermore performing with the gendang is able to give us a good income.

"Sometimes, we have our hands full in meeting the invitations to perform", he said.

Mohd Sabri is also learning how to perform with the serunai like his father who is adept at performing the traditional tunes like Mak Inang Lama, Layang Mas and Didikku.

This was proven when Hamid charmed the journalists when he performed the Ayam Didik tune with the serunai.

Written by Nurul Halawati Azhari
Sourced from http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_features.php?id=361283

Read more...

Thursday, September 4, 2008

Ke TUDM

Dua hari lepas, sdr Shahrul menghubungi saya berkenaan kedatangan Pak Teh Mat Khir, guru kami (PTeh) ke sini. Tanpa bertangguh saya menghubungi PTeh Mat untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian tentang kedatangan PTeh, rupa-rupanya PTeh mengiringi beberapa anak muda yang bergendang di sana untuk menjalani audisyen di Pusat Muzik, TUDM KL. Kemudian pagi semalam jam 5pg, PTeh sampai di Hentian Pudu. Sdr Shahrul sudah sampai dahulu dan menghubungi saya melalui SMS, saya katakan bahawa saya dalam perjalanan. Jam 4.45pg saya keluar dari rumah dan tiba di hentian pudu pada jam 5.10pg.

Kami minum sebentar di kedai mamak yang berhampiran. Selepas imsak, 5.41pg, kami bergerak ke rumah saya. Jangkakan rakan mereka akan datang mengambil mereka, tapi akhirnya mereka menetapkan waktu audisyen adalah 12 tgh. Maka, berlabuhlah dulu mereka di rumah saya. Ingatkan mereka ingin tidur, rupaya, masing-masing bagaikan tidak mengantuk. Agaknya sebab sudah penat tidur di dalam bas. Saya dan Shahrul sudah tidak tahan, selepas solat suboh kami masih berbual lagi. Masuk jam 8.30pg, mata kami sudah tidak tertahan lagi. Terpaksa tidur sebentar. Kurang lebih jam 10pg, saya terdengar suara mereka kecoh bersiap-siap untuk bergerak. Selesai mandi semua, kami bergerak. TUDM dari rumah saya tidaklah jauh sangat apabila melalui jalan pintas terus ke hiway PLUS. Di sana, rakan salah seorang ahli telah menanti. Peraturan untuk masuk ke dalam kem agak ketat, namun kami akur.

Setelah selesai urusan, audisyen dijalankan. Kami terpaksa duduk di luar, sayup-sayup dari luar kami terdengar lagu Layang Mas dimainkan beberapa kali. Tidak lama kemudian, kami dibenarkan untuk duduk semula di dalam pusat muzik mereka. Saya dan Shahrul berbual dengan PTeh semasa di luar. Pelbagai isu yang disentuh, termasuklah perihal pergendangan, perkembangan semasa dsb. Jam 1.30 kami beransur, Shahrul membawa PTeh ke Puduraya untuk membeli tiket kerana mereka akan balik pada malam itu juga. Sementara saya terpaksa beransur ke rumah kerana ada hal keluarga. Malam itu, PTeh ke rumah Hizal untuk berbuka puasa. Terkilan juga tidak dapat menyertai majlis berbuka puasa di rumahnya.

Pak Teh Mat Khir

Read more...

Wednesday, March 26, 2008

Pak Teh Mid (Pendang, Kedah)

Sedang asyik membuat kerja, bunyi SMS dari Azam (teman bergendang) menikam gegendang. Cepat2 saya buka dan membaca pesanan yang dihantar. Katanya ada cerita gendang disiarkan d akhbar Utusan M'sia (bahagian sisipan - Mega). Cepat2 saya beli saya segera tersenyum apabila wajah Pak Teh Mid menghiasi muka depa sisipa Mega. Satu per satu kisah dirinya saya baca. Seperti biasa, semangat dan kesungguhan yang selalu diperkatakan tertera baris demi baris.

Moga semangat juang beliau yang gigih dan tak pernah kenal erti penat dalam memperjuangkan seni bangsa itu mendapat keberkatan dan menjadi inspirasi kepada golongan muda-mudi. Kata beliau yang selalu diucapkan, "Seni itu adalah untuk menjaga perhubungan sesama kita."

Terima kasih kepada Molly (Sykt Pekan Ilmu) kerana scan gambar.

Read more...

Thursday, August 2, 2007

Pakcik Din Guai

Sumber dari laman web : Suefami's foto

Kebetulan semasa melayari internet terpandang gambar salah seorang guru kami, Pakcik Din Guai yang tinggal di Jengka 6, Pahang. Senyum saya mengenang kembali pertemuan pertama dengan beliau di Felda Bukit Mendi, Pahang. Ketika lebih kurang dalam tahun 1999, saya Cikgu Ramli, abang Johan dan Azam ke sana setelah disarankan oleh Ijan yang memang tinggal di sana. Seorang yang tenang, pandai bercerita dan menarik hati. Terakhir saya ke sana dalam bulan April baru-baru setelah selesai kursus Jurulatih Seni Budaya Negara di Kuantan, Pahang.



Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP