Pokok tai
Memang sudah lama saya teringin untuk mengambil gambar pokok ini. Tapi kali ini saya berjaya kerana sudah ada kamera... hehehe. Seingat-ingat saya hampir 2- 4 tahun pokok ini ditanam oleh guru saya, Pakcik Din Guai, tapi baru kali inilah saya dapat melihat dengan lebih dekat kerana ia masih rendah. Biasanya yang terjumpa oleh saya, hampir semuanya tinggi melangit dan memang tiada harapan untuk mengambil pucuknya untuk dibuat pelidah/pipit/lidah serunai.
Buah pokok tar/tai
Daun tai yang kering (sengaja saya ambil gambarnya) untuk membezakan yang muda dan kering. Tapi daun ni kering sendiri di pokok. DBP menggunakan pokok ini sebagai lambangnya. Dikatakan lidinya boleh digunakan untuk membuat pena sewaktu dahulu untuk menulis.
Daun tai yang sudah siap untuk disimpan, akan dipotong sedikit untuk membuat pipit kelak bila diperlukan.
Daun tai yang sedia untuk dipotong - buat pipitpangkal pelepah daun tai
Dalam permainan serunai, pipit (saya lebih suka menyebutnya pipit), adalah suatu yang mandatori. Tanpanya, serunai tidak akan berbunyi. Sekiranya tidak berbunyi, kumpulan gendang silat akan capik dan tidak sempurna. Oleh itu, pemilihan daun yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan ia berbunyi apabila diperlukan.
Sebutan :
NamaBotani : Lodoicea Maldivica
Rasmi : Lontar
Orang Utara :
TaiPantai Timur : Tar
Kadang-kadang orang menyebutnya sebagai kelapa laut. Buahnya berwarna kehitam-hitaman, sedikit kecil itu lazat rasanya.
Gambar dan rujukan dari blog :
FazlisyamUntuk kawan-kawan di Singapura - sudah jumpa pokok ni? Jangan korang tebang pula pokok orang tu!
Read more...