Showing posts with label KL. Show all posts
Showing posts with label KL. Show all posts

Monday, December 22, 2008

Laporan Bergendang di PULAPOL - 21/12/08

Bersama rakan pesilat (baju biru)

Suasana di majlis tersebut

Malam, sehari sebelum persembahan, saya menerima panggilan dari salah seorang ahli kumpulan, Un mengatakan bahawa SM (Sarjan Mejar) Kamal, salah seorang bos beliau ingin menjemput untuk persembahan mengiringi Ketua Polis Negara (KPN) dan juga mengiring orang bersilat. Alhamdulillah, memang kebetulan hari Ahad itu saya tidak ke mana dan juga raka-rakan lain dapat menghadirkan diri untuk majlis tersebut.

Ahli KGGK

Majlis bermula lebih kurang jam 10 pagi. Tapi pagi-pagi lagi saya sudah tercokoh di hadapan PULAPOL. Sehinggalah kedatangan Un dan rakan-rakan, kami masuk ke dalam tanpa banyak periksa dan bicara, kerana Un juga menrupakan seorang anggota di PULAPOL. Majlis kali ini tidaklah begitu berat dalam erti kata, hanya 3 lagu sahaja yang kami mainkan. Untuk acara mengiring KPN, perasmian dan bersilat. Seronok juga dapat merasa bermain di PULAPOL. Kalau hanya suka-suka, memang tidak lepas masuk ke dalam.

Disamping itu, KGGK mengucapkan juga terima kasih kepada SM Kamal kerana sudi menjemput kami lagi untuk turut memeriahkan majlis tersebut. Majlis Merakyatkan Seni itu juga merupakan kerjasama dengan Jabatan Kesenian KL. Tarian Melayu juga turut dihidangkan sebagai persembahan selingan.

Bersama SM Kamal (baju putih)

Read more...

Sunday, November 16, 2008

Laporan 15/11/08 - Di Balai Seni Lukis Negara

Salam hormat dari kami. Pertamanya kami ingin mengucapkan terima kasih kepada BSLN kerana menjemput kami untuk mempersembahkan irama muzik gendang silat sebagai salah satu acara di dalam majlis yang diadakan di Laman Santai, Istana Budaya. Terima kasih kepada Datin Sharifah Raihan Mahdali yang menjemput kami. Seawalnya kami telah berkumpul di rumah Cikgu Ramli memandangkan cuaca hujan lebat sejak tengahari. Jam 4 baru kami bergerak ke Taman Tasik Titiwangsa untuk berlatih sesama kami. Tujuannya adalah untuk berlatih beberapa lagu yang menjadi hidangan pada malam (sudah lama tak berlaith lagu2 tersebut). Terutama lagu 'Cinta Sayang' yang terpaksa dilatih beberapa kali. Hehehe ...

Aksi 3 serangkai ...

Tepat jam 5 kami sudah berada di Laman Santai tersebut untuk sound check tapi sudahnya kami hanya berehat kerana pihak sound sistem baru sampai sedang sibuk memasang wayar dan gajet mereka di sana-sini. Jam 6 lebih kurang barulah sound check dapat diadakan. Tapi kami berterima kasih sangat pada pihak mereka kerana mikrofon yang dibekalkan pada kumpulan amat memuaskan hati.

Atur letak mikrofon yang menarik

Tidak sempat saya bertanya dari mana mereka itu. Sesudah magrib, kami pub bertukar pakaian, ibarat kepompong yang bertukar menjadi rama-rama yang cantik ... chewahhh ....

Dalam balai seni lukis ...

Persembahan pada malam tersebut dikendalikan oleh pelawak dan penghibur tanah air yang tidak asing lagi, Imuda. Pada asalnya Sharifah Shahira yang akan menjadi MC tapi entahlah, Imuda akhirnya yang berceloteh dari mula sampai akhir. Persembahan pertama adalah kumpulan kami. Selesai lagu 'Cinta Sayang' hati saya lega tak terkira. Kemudian diselang-seli dengan persembahan karaoke, Pak Pandir, kumpulan menari dan beberapa persembahan lain yang tidak kurang menariknya.

Namun sayang, jadual yang diubah pada minit terakhir menyebabkan kami terkesima kerana menyangkakan bahawa ia pasti jadual terakhir, namun perubahan berlaku lagi tanpa kami dimaklumkan terlebih dahulu. Program untuk joget lambak dengan diiringi oleh irama gendang silat juga telah diubah. Akhirnya saya merasakan bahawa persembahan kami pada malam itu agak monotonus kerana menyangkakan bahawa senarai lagu-lagu joget dan rancak kami akan mengiringi persembahan joget lambak. Kalau tidak, tentu pelbagai irama yang dapat kami mainkan pada malam tersebut. Begitulah perngalaman yang dilalui dalam majlis yang penuh dengan protokol (bagi saya - lebih suka bermain di rumah kenduri biasa). Lagu-lagu yang kami mainkan hanyalah kosong tanpa sebarang tarian.

Kesal juga kami dengan perubahan2 terakhir yang sebegitu rupa, namun pengalaman yang diperolehi amatlah mahal sekali. Andainya dimaklumkan lebih awal, tentu kami akan bermain pelbagai lagi irama sekalin dari joget. Tapi macam saya katakan tadi, malam ini sebenarnya adalah pengalaman kami yang sangat mahal.

Terima kasih juga saya kepada rakan2 dari Kapasitor dan rakan2 ahli gendang yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis tersebut. Saya fikir ini juga adalah satu semangat buat kami yang bermian terutama apabila menghadapi audiens yang kurang memberikan respons. Apabila ditanyakan kepada pihak penganjur - jawapannya : persembahan sebelum ini hanya melibatkan artis-artis ternama, jadi mereka hanya duduk tanpa sebarang penyertaaan. Tapi kali ini, BSLN menampilkan sesuatu yang berlainan. Waullahua'lam.

p/s : Terima kasih pada abg Zizi, Alang, Alif dan Amin yang turut hadir.
Juga kepada Geng Kapasitor! - Jangan serik datang majlis yang kami sertai ...
- Dapat berkenalan dengan grup magician Hasanul dan Megat de Abonation

Bersama Pak Pandir

Read more...

Friday, November 14, 2008

Bergendang di BSLN - 15/11/08

Sila klik gambar untuk lihat saiz besar.

Jemput sesiapa yang lapang untuk hadir ke Balai Seni Lukis Negara, tiada bayaran - percuma sahaja.

Read more...

Friday, November 7, 2008

Bergendang Di Bukit Bintang

Agak lama juga gambar ini tersimpan, baru sahaja selesai scan gambar2 lama (jam tu takdak kamera digital lagi - baru nak ada di pasaran). Majlis ini seingat saya sempena dengan aktiviti Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan (dulu KeKKWa). Bersempena dengan majlis Citrawarna kalau tidak silap saya. Dalam tahun 2003/4.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP