Monday, August 30, 2010

30 august 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Baru pulang dari terawih di Pelham Musolla.
Malam ini malam ke-20 di Melbourne... aih..tinggal 10 hari shj Ramadhan bakal meninggalkanku.. Quran baru Juz xyz ni...adoii..dush!
Banyak perkara berlaku..tak sempat nak tulis.
Ramadhan...kalau tak banyak program..rugi.
Dulu, ku ingat masa aku 1st year.. Intensif Tarbiyyah..
sahur + solat subuh jemaah + pengisian tiap2 hari, rotate2 unit kat CS tu..
payah mmg...mujahadah dgn perasaan sendiri yg agaklah memberontak, macam dipaksa tp macam kurang sopan kalau menolak jemputan...hehe apa-apa pun..alhamdulillah..ku bersyukur dgn teman2 yg banyak menyokong, yg membina biah solehah, agar diriku yg degil ini lembut dgn keadaan, lantas menyebabkan aku berubah sedikit2..
'akak dulu mesti skolah agama kan?' tanya adik...
laa..... mrsm je yang.. dulu akak pakai tudung selempang jg..takdelah sejak azali pakai tudung cam sekarang ni...

Ni parcel abah pos masa 2nd year.
Banyak betul kuih raya yg diberi.

Ni parcel yg baru amik aritu.. :)
abah lupa nk minta org kat pejabat pos tu letak sticker Fragile..
habis hancur kuih tat ku..uhu.. takde rupa bunga pun... :(
takpelah.
Alhamdulillah....


Jumaat 27 Ogos
Disebabkan tiba-tiba hari ini tiada mendapat jemputan dr mana2 rumah, dan rumah kami pun tidak menjemput orang..so i cadang..ok, kite buka luar..yeay!~ antara Blok M atau Madam Kay (untuk pengetahuan Anoi, 2-2 kedai ni kedai makan yg baru dibuka di Melben tahun ini). Majoriti opt for Blok M...Okey dokey...mari ke Blok M.
menu sy, fadh dan atiqah : lele balado. ekceli ni nasi putih + salad + ikan keli goreng sambal je. Fadh ngan Tiqah beriya promote kat i, adik2 Townsville pun aritu beriya promote ke i mende ni..makan lah... Ok jelah.. Mun-mun order Nasi goreng kambing. 1st time mkn kedai ni..

Kemudian, terawih di rumah, gilir2 imam terawih.
Kemudian, sy ngantuk, sy tertidur....sy nak tunggu Kinah amik Mun hantar ke epot..tp sy tertido...sori mun-mun...tak sempat salam u mlm tu...uhu

Inilah dia lele balado...lele ni bahasa Indonesia maksudnya ikan keli.
It costs me $9.
Oklah.... prefer Minang lagi..hehe tak abis2. :)


Sabtu, 28 Ogos.
Daurah di rumah kakak bermula 8pg-iftar.
Siddiq + Insyirah + Perpindahan Kiblat + Akhlak rasulullah + B.Arab
Tadarus dan tasmik hafazan...aiyakk..lama tak test hafaz surah ni..kena cek pula dgn kakak..huhu takpelah..bagus juga..kalau takde test, kite pun takde nak study sangat, kan?

Siddiq: Kepentingan kebenaran dan cara menjadi org yg benar-benar membenarkan dan jujur.
Ada 6 tingkatan yg perlu diatasi: Jujur dalam perkataan, jujur dalam niat, jujur dalam hasrat, jujur dalam melaksanakan hasrat, jujur dalam perbuatan, jujur dalam setiap amal agama.
ayats of the day for me: 33: 70-71
O you who believe! Keep your duty to Allah and fear Him, and speak always the truth. and He will direct you to do righteous deeds and will forgive you your sins. Whosoever obeys Allah, he has indeed achieved a great achievement....
So..cakaplah yg benar, walau kebenaran itu pahit.
kerana dgn bercakap benar, Allah akan bantu kita membaiki amal2 kita.

Tafsir Insyirah: ayat famous penenang hati manusia yg dalam kesusahan ialah ayat 5 dan 6. Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan. Kakak terangkan kesusahan dalam ayat ini maksudnya 1 je..sbb ada huruf alif lam (al' usri) kat depan perkataan yg maksudnya 'the'-single. tp kalau kesenangan, bhs arab (yusra) dlm ayat tu maknanya jamak-plural.
So, ayat tu nak kata, bersama 1 kesusahan, ada banyaakkk kesenangan..
and take note juga..Bersama tau..bukan selepas kesusahan ada kesenangan.. dan mendalam lagi kakak itu kupas.. ayat demi ayat.

Tafsir perpindahan Kiblat: 2:142-150. Qiblat pertama kita Aqsa, kemudian ditukar 180 degree pd tahun ke-2 Hijarah ke Kaabah. Mendalam kakak terang. Mula-mula kena lukis peta tanah Arab, mark kat mana lokasi mekah, madinah dan aqsa. kakak tanya lagi, bila solat disyariatkan kpd umat Islam? zaman mekah ke madinah? ha..jawapannya zaman Mekah, sms Isra' Mikraj.
Keadaan orang Yahudi yg mengata. dan sebagainya.
Pengajaran pertukaran Kiblat: untuk menapis/menguji umat Islam. dan Tajarud.
Banyak lagi ayat-ayat quran dan peristiwa2 yg tidak aku ketahui..
alhamdulillah..bila dgr pengisian..baru belajar dgn lebih mendalam apa yg Allah nak sampaikan dalam Quran...kalautak..kite ni dah hidup lebih 20 tahun, baca quran je tanpa faham kisah2 di sebalik bacaan2. khatam quran yg Arabnya, tp tak khatam sangat maksud2 ayat..
Maka, sy menyeru diri sy sendiri utk tetap dalam mencari ilmu..utk tetap meneruskan usrah, dan sy menyeru kawan2 yg tak ada usrah lagi..cepat2 lah cari 1... rugi tangguh2 nii... diri sendiri lah rugi... Yelah..mugkin ada yg berkata, macam tak bleh cari sendiri ilmu tu kan..ceramah youtube banyak...blog2 ustaz pun banyak..baca je lah..
aihh... tak sama u.....

Mlm tu iftar Famsy di Brooklyn Hall Centre.

Tentatif program. alamak..terbalik pula..

Tazkirah sebentar.

Menu Iftar.oh, ada baclava(manisan Lebanon) skali.

muslimat yg hadir..

Ahad 29 Ogos.
Seharusnya hari ini, sy ke Phillip Island lagi membawa tetamu dr NewZealand...namun, aih..sudah berkali2 aku ke island itu, ku dgn tegasnya memberitahu akak, ku tak mahu pergi..
so, adik NZ dan adik Jepun, bersama 3 org Melbourne ke Phillip Island.
Ku dan kak niza, prepare masak utk Iftar bersama malam itu di Baitul Izzah.
1st time jumpa adik2 itu...hee...lawak pula..
1st time call dia, rasa macam dingin shj..rasa macam susahnya nak masuk geng dgn mereka ni..tp malam tu..alhamdulillah..senang je..
td pagi, adik itu sms..akak kami nak boarding ni, terima kasih banyak2 atas layanan mesra..kim slm kakak2 lain.
Petang ini pun, ku ada usrah dgn Bushra..

Dapat bunga~ Adik bushra bg.. :D
Time kasih...ada atas meja akak ni..hee.. ^^
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah!~ Aminn...


Isnin 30 Ogos..
hari ni..
habis kelas td kul 3pm..duk library jap..then berjalan pulang..sampai rumah, solat Asar dan mula memasak..
Lauk hari ini: udang masak kunyit, kentang kicap, tomyam sayur dan brownies..

ok..Jumaat ini ada test.
minggu depan ada submission satu.
asignment Management tak mula-mula lagi..
argh..Tak sukenye Management..tolong2..

Jam feveret...i akan pastikan i beli satu untuk dibawa balik..
suke. sbb suke..ehe..aaapelahh..
dah berangan nak hias, nak letak kat umah sendiri..heh


Last, but not least.....


Salam Aidilfitri diucapkan kpd keluarga yg berada di Batu Pahat Johor. Tidak lupa juga kpd org tersayang yg berada di....XYZ (haha isi sendirilah sape2 yg perasan tu..) ;p
Semoga Ramadhan yg telah berlalu berjaya melatih kita menjadi insan yg lebih baik..yg lebih bijak mengurus diri..
Doakan angah berjaya dunia akhirat!! Amin. :)
Ikhlas dari: Angah, pelajar bidang Farmasi di Monash Uni..


hee~ ofkos, baca dgn bayangan Ramadhan sudah berlalu.
sementara Ramadhan masih ada..mari berusaha baiki diri.mantapkan rohani.
:)






ok..perlu stay up utk study Drug Development!











Monday, August 23, 2010

23 august 2010 - 12 ramadhan 1430

12 ramadhan 1430H...
wow..dah satu ribu empat ratus tiga puluh tahun selepas Hijrah...
umm..tahu tak bila puasa difardhukan kpd umat Islam?
2 Hijrah..
maksudnya...dah 1428 tahun umat islam seluruh dunia berpuasa sejak zaman rasulullah dan sahabat-sahabat....
amazing kan?
menarik kan?
satu perintah yg WAJIB dituruti sampai ke akhir zaman.
kerana Islam itu maksudnya full submission. berserah diri. U are a muslim? then u have to obey..
tp sedih bila muslim tak kenal erti muslim.
tak faham knp kena berpuasa..
memberontak bila berpuasa...
Puasa itu..adalah ujian bg kita semua..untuk meninggalkan segala perbuatan tak baik yg kita selalu buat/ yg kita suka buat/ yg best2 utk dibuat...tinggalkan semata2 kita berpuasa kerana Allah suruh.
sbb pahala puasa itu..di tangan Allah.


Ok..nak update apa yg berlaku 2-3 hari yg lalu.. tak mahu segala kenangan ini hilang. perlu dijdkan bahan bukti masa akan datang. :)

19/8/10, Khamis
Pd hari ini, Diey tiba di Melbourne bersama mak dan maklongnya. Stay di Malaysia Hall.
Hari ini juga Mun-mun ajak adik2 CBD dan Mcarthur buka puasa. Menu: Opening: kurma + bubur pulut hitam. Main: Nasi putih + ayam percik + salad. Dessert: Trifle~

Trifle mun-mun buat..yummy~ :)
Basically, lapisan bawah kek , then custard, then jeli..muna nak letak cream..
i said..tayahlah..dah menggemukkan dah sume2 ni...hehe


Tp masa iftar ni, i takde..i pergi berbuka puasa dgn adik2 Bushra di Flemington Community Centre..
Kat sini ada community dr Ethiopia jemput iftar...ada sorang student Monash tu tampal poster, then Aisyah ajak..cam best je..ok jom jom..tanya mun-mun bleh tak i nk g iftar kat situ..muna kata Ok..hehe.
Best~! Masa duduk 1 meja tu, ada sorang student ni nama dia Sufia, dia kacukan Africa + Istanbul kut, ntah lupa. Dia bercerita dekat Nashreen dan Athirah ttg bagaimana Islam tersebar ke Ethiopia.. hurm..tahu? cerita famous tu? cerita yg Jaafar Abi Talib berdebat dgn Raja Najashi ttg Islam? Masa ni Amr al Ash (ketika dia belum Islam lg), jd batu api hasut Raja Najashi suruh pulangkan org2 Islam ni kpd mereka utk diseksa. Nashreen macam blur2 ckit..then sy pun ckplah Ethiopia ni dulu namanya Habshah (Abyssinia)..ingat tak rasulullah suruh sahabat2 berhijrah ke sana utk mencari perlindungan dr seorang raja yg adil, iaitu Raja Najashi kerana raja ini mengikut ajaran Nabi Isa as.
Ni part Jaafar berdebat tu... salah satu feveret muvie i.... :) rugii sangat sapa2 tak tgk lagi citer ni...aihh... come onlah, muvie lain bersiri boleh tgk..kan? spend some time tgk cite ni. tak rugi..percayalah. :)



Masa iftar ni, atas tiap meja ada lilin..then tetiba ada satu ketika lampu dimatikan..suasana sangatlah.... hurmm tak tahu nak kata apa.... cantik...sweet... :)
anyway..Menu: Opening: kurma + bubur nasi (ala2 bubur lambuk rasanya) + samosa + kuih apa ntah macam jemput2 manis. Main: Nasi briyani + lamb + salad (oh Nadd takleh makan lamb, dia rasa lain lepas makan..uhu).takde dessert.


Poster yg ditampal di Monash.

:)

20/8/2010, Jumaat.
Masa ni, iftar di rumah Pelham lagi..tetamu jemputan, D, mak dan maklongnya, adik2 Errol dan kawan Malaysia Hall (alynn dan zan).
Menu: opening: kurma + donut + bubur pulut hitam.. Main: pulut kuning / nasi + kari ayam + sayur kubis. Dessert. takde.
Anoi..masa ni, i dapat ilmu baru tau noi.. maklong D ni dia ada kedai roti, berniaga kecil2an..dia tanya i camana buat donut tu..i pun ceritalah macam yg u ajar tu..then maklong tu ckp, cuba try tayah letak telur, nt dia cantik je donut tu... hehe..k noi, try eh pasnih! :)
aih...susah masak tuk org berpengalaman ni...haha terfikir nt kalau masakkan tuk mak mertua canelah agaknya.. minta-minta tak garang..ameennn~ :)

Then, lepas semua tetamu dah balik, i n mun bergegas ke rumah Kak wani sbb ada program sister kat situ.
Pengisian malam tu... uhu...
" what does Quran teaches u?"
jawab lah dgn jujur pd diri sendiri..
ke jawapannya : err....tak tahuuuuu....uhu
Apa beza orang kafir dgn orang muslim? simple..jawapan mudahnya, orang kafir masuk neraka, orang islam masuk syurga.
ok..tapi..syurga itu..kan sangat sangat indah...sangat sangat tak terbayang dek akal bagaimana agaknya...kira macam kalau masuk satu taman bunga pun hati dah riang ria..kalau duk hotel 5 star pun dah rasa best..kalau dapat melancong sana sini pun rasa best...pergi NZ pemandangan subhanallah sangat amat cantik....tapi semua tu tak terlawan keindahan syurga ituu...
maka..apa..apa sebenarnya yg betul2 bezakan org muslim dan kafir??
takkan sbb awak muslim, awak senang2 dapat masuk syurga..dia kafir tak masuk syurga...
akak tu suruh fikir apa dia satu benda yg muslim buat yg melayakkan dia dapat syurga.
Akhirnya kembali kpd makna Muslim itu sendiri..makna syahadah kita.. Mengakui tiada tuhan selain Allah, tiada ilah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Full Submission to God. Rela atau terpaksa. wutever He orders you..you do it.
dan panjang lagi penerangan kakak.

Majlis kemudian diakhiri dgn teka-teki dari Dijah...adoiii lama tak main teka-teki..jawapan entah pape je kuar..tp alhamdulillah mlm itu...
semuanya terkesan di hati..
Nak menyelam ke dasar hati dan membuang kotoran itu....sangat payah.


ok next.

21/8/2010, Sabtu
Pagi ni, Diey grad. pergi ke vic mArket utk beli bunga...well mun-mun kata tayah beli bunga, nt Diey takleh bawa balik mesia pun..hurmmm yelahh tapii... nak bg bunga juga..kalau takde org bg D bunga? cian dia.. Basic rule: majoriti perempuan suka bunga. kitorang beli bunga Ros utk D.


Maklong, D, mun, mak D.

Banyak pula bunga2.. :)

Housemates~ :)


Habis bergambar, balik umah kemas pe2 patut, jap lagi akan ke Geelong, Tas dan Kak Maf jemput buka puasa kat sana..
Plus, kak niza nak buat usrah sekali kat sana..
i pun ambil kesempatan ini untuk ikut skali dan ajak adik2 bushra ikut..
satu kereta je pergi... kita mabit skali di rumah sorang kawan baru, nama dia Wani.
budak architecture ni....haih..tak betol ckit.
bual2, dorang biasa dah kalau tak tidur satu malam tu, stay up sampai subuh..siang baru tidur.
macam2lah i discover ttg architect ni mlm tu...ttg asignment nye ckit2. kebetulan adik2 bushra tu buat Quantity surveyor..dorang pun citerlah dorang kena buat cost analysis bla3. ape tah.

buka puasa kat geelong? mak aii...heaven dgn makanan2..macam2 ada.. dr kuih koci, ondeh2, epok2, kek macam2 kek ada, donut, nasi ayam, mihun grg, kue tiaw grg...dll tak tertulis sbb tak terjamah semuanya...oh mi kari sangat sedap!~ :)
haiya..kekok nak mingle around.. tapi itulah cabarannya..
ha, masa ni 1st time sepanjang sy ber Ramadhan 4 tahun di Melben, terawikh yg macam kat Malaysia..yg ada selawat tu setiap abis 2 rakaat. kalau kat sini kan, terawikh nye takde selawat.. straight je. 2-2, then stop tazkirah jap, then 2-2, then witir 2-1.

esoknya, sebelum pulang ke Melbourne, kami pergi ke Sunday Market..takde pe nk beli..tgk2 je.
kira kat sini dorang jual barang2 terpakai yg dah tak diguna lagi.kira cam bundle lar juga..
tp bukan setakat baju baju je..segala pinggan mangkuk, buku2 etc.
i belilah satu beg harga $2..kononnya kenangan dr Geelong..hee...

kami

22/8/2010, ahad

malam ni pula, ada iftar kat umah adik2 CBD. then bergegas ada usrah. kemudian mun-mun antar Diey ke epot..tak dpt ikut.

23/8/2010, Isnin.

harini...kelas seperti biasa.then iftar di rumah adik Bushra td.. menu: nasi tomato + donut + dadih mango . :)solat terawih di ICV td, sbb mun-mun nk g situ... ICV, imam baca sangat panjang..tp best sangattt!!! :) macam langit dan bumi lah kalau nak compare ngan Pelham..tapi..mana leh camtu.. sbbnya, kita solat kan krn Allah, untuk Allah..bukan sbb imam tu ke pe..

Di ICV td..Sembahyang Jumaat dibuat 2 kali..

dah.habis cerita.
panjang.
tinggal 18 hari je lagi ramadhan ni..
uhu..
again, reminding myself In In..

" Celakalah org yg keluar dari Ramadhan tanpa mendapat pengampuan dari Allah"

... huuu....

USAHA!
oh ye.
esok ada sisters dr Jepun dtg melancong..stay Pelham for several days..
tetamu ni..peluang Allah nk bg pahala. :)
Ahlan wasahlan~



Wednesday, August 18, 2010

18 august 2010 - 7 ramadhan 1430

anoi n mun mun...
exrumet dan bakal exrumet..

n_n
miss u lahh...
hehe..
tahun depan jupe eh! insyaAllah~
:)
turunlah JB..kita serang umah mun mun.... ;p

Jalan sepanjang Princess Park, otw pulang ke rumah dr Monash..
harini sejuukk sangatt...
T_T

kaktusku yg sudah beranak pinak.. :)
kena cakap2 ngan dorang before g skolah nii..haha

oh..sudah 3 hari tidak ku kerja di sini lagi...
bagaimanakah keadaanya? bz kah? ok kut kan..


alamak..tiap2 ari update ni..hisy..marah kawanku itu nt..takpe eh.. pasni off jap.

umm...baru kol mak td...bual2 apa2 yg berlaku di batu pahat...itu ini...kaklah dah poskan kueh tat..yeay..tat nenas bunga dan tat blueberry...dan buah rotan.
baju raya tudung raya takde..tayah tayah...pandai2lah angah nt.. :)

kol noi...cakap cakap cakap..hehe..skarang munah ngah cakap ngan dia..hik...
apa-apa jelah anoi ni... ketenangan hati itu..sedang ku usahakan...setakat ni..mmg tak dilupakanlah dalam doa..hehe...
hadis ckp doa masa nk buka tu antara masa yg dimakbulkan..so jangan lupa berdoa masa tu..anoii free free doakanlah i k.. :)
n kuat kuat..jgn lemah lembik masa kerja..penat tu ye mmg penat..tp ingat, Allah tak akan bebankan seseorang melainkan dgn kesanggupannya... dan ingat juga dulu Hajar berjalan kat padang pasir cari air utk nabi Ismail ulang-alik Safwa Marwah lagi penat agaknya...
ingat juga pengorbanan sahabat2 berjihad di perang2 yg banyak berlaku masa RAmadhan..so anoi dear...i know u can! u are a strong girl..kan? :)
anoii...nak baju raya? hikhik... klah tudung2...haha demand plakkk...yelahh orang dah de gajii kann...
=p =p =p
gurau je...
sori tak dapat gayut lama2...dah exceed dah cik adik maniss..kena tukar simkad baru leh call balik..tp u pun nak terawih kan tu... :) next time k insyaAllah..
if i dah ada perkembangan baru nt, i tell u..dun worry.. ;)
moga Allah berikan petunjuk...doa doa doaaa je banyak banyak!!


td pagi teringin nak makan mihun goreng.
'faddd...nak mihun goreng fadd..'
fadh balas, 'kak intan cakap je nak makan apa, nt fadh masakkan..'
waa....'akak nak mihun goreng je..tayah masak nasi pun takpe..'
tapi...td rupa2nya ada jemputan iftar di rumah senior..so takdapatlah makan mihun goreng..
tp dpt makan nasi ayam... alhamdulillah~ =)
ni esok ni..mun mun pening nk masak pe..esok jemput adik dan kakak cbd and macarthur.
jumaat, sy jemput mak dan aunty D, D dan adik kakak Malaysia Hall iftar rumah.
Sabtu ni nk g graduasi D..


hurm..ok..
sekian shj..
nt2 lah k...perlu had kan masa.
borang mutabaah amal kena hantar tiap minggu ke akak..so...disiplinkan diri okey in?
k..jg diri..

salam ramadhan yg ke - 8 esok utk Melbournian... dan yg ke-9 utk singaporean dan malaysian.
oh noi...ada program Badar 28 29 ni tuk singaporean (program ni humairah ajak), sakinah jd fasi...i tak jd kut..sbb kena deal ngan dak2 kecik..hee alergik ckit.. hehe
plus Mun mun balik malaysia 28 ni...
aih...jeles cek..
takpa takpa..

k noi..tc ye.. :)


Tuesday, August 17, 2010

17 ogos 2010 - 6 ramadhan 1430

bahagia~
:)

alhamdulillah..
ku temui cintaku...
damai tenang dalam hati...

sampaikan aku lagi ke sana oh Tuhan..
jemputku. amin.


p/s: td buka nasi + sotong sambal + kobis masak lemak...
sampingan: cheesy baked potato + garlic bread.. ;)
tetamu jemputan: Bushra + Bersatu.

Monday, August 16, 2010

16 august 2010 - 5 ramadhan 1430

Alhamdulillah..5 Ramadhan sudah di Melbourne.. kali ke-4 aku berpuasa di perantauan..
Puasa dgn suasana yg lain dr yg lain..alhamdulillah terpilih merasai puasa di tanah selain Tanah Melayu.
anoi? cane puasa kat singapura? kalau penat..gtawlah boss, u puasa tayah g site sangat..hehe
mar? hehe..masak apa tiap ari tu?hihi.. kat sini, as usual..meriahlah tiap minggu ada jemputan iftar..
D sabtu ni dtg balik melben tuk grad.... :)

sudah hari ke-5.. permulaan Ramadhan adalah rahmat, 10 hari pertengahan pengampunan, dan 10 hari terakhir pembebasan dr neraka...
tak nak ke?


tazkirah semalam...
akak tu kata...bila tiba shj ramadhan, automatik lampu keimanan setiap insan akan ON...tapi bila ramadhan habis, lampu tu pun automatiknya off..kalau tak automatik off..kelak lama2 ia malap..
usahlah kita begitu.....
ramadhan ni..boleh dikatakan sbg Rehab centre..pusat pemulihan.
pusat pemulihan diri..untuk kita baiki akhlak kita...mantapkan akidah kita... memupuk daya mengawal nafsu kita sendiri dan sebagainya..supaya, bila tamatnya Ramadhan..kita bersedia untuk menghadapi musuh kita yg sedang diikat sekarang ni.


akak tu tanya.... dah 4 hari kita berpuasa...siapa yakin dan konfidennya boleh kata dirinya tak pernah...tak pernah walau satu pun buat dosa? yelah..kan syaitan dah diikat? kalau betul kita jaga diri kita betul2...kita takkan buat dosa...kan? tp siapa yakin dia tak pernah buat dosa walau pun 1 sejak hari pertama berpuasa? *jawab sendiri* muhasabah diri sendiri..

knp ye..walau syaitan dah diikat?

cuba fikir..kalau harimau tidak diikat dan kita bersama-sama dgnnya dalam satu kawasan... mudahlah harimau tu makan kita atau kejar kita..
tapi kalau harimau itu diikat pd pokok dan kita bersamanya dalam satu kawasan..kita akan selamat, selagimana kita menjauhkan diri kita dengan harimau itu pada jarak yg tertentu..
kalau kita berada dekat dgn harimau yg diikat, barangkali kita dicakar harimau...
begitulah juga kita di ramadhan ini..
walau musuh kita telah diikat..berusahalah diri utk menjauhkan diri dr perbuatan2 yg boleh membuatkan kita melakukan dosa.. Jarakkan diri!


Lagi? cuba fikir..kalau orang yg biasa dah amik dadah...once dia amik, dia akan ketagih kalau tak dapat amik lagi...
kalaulah pihak polis dpt tangkap drug dealer tu dan penjarakan atau even mandatorikan dia...si penagih td tu akan berusaha mencari2 drug dealer yg lain... in wutever means... dia akan pastikan dia dapat juga bekalan tu...
samalh macam manusia.. walaupun syaitan tu dah dirantai,dipenjara..
tapi kalau dirinya dah dibiasakan dgn perbuatan2 dosa-dosa sepanjang kehidupannya..dia akan melakukannya/cuba melakukannya/ susah utk tinggalkannya.. sbb dah sebati dgn kehidupannya..
contoh mudah...menipu. Maka, sama-samalah kita berusaha meleraikan habit2 yg entahapahapa ramadhan ini.. pupuk habit yg baik2 je..bermula sekarang!


Ramadhan itu adalah bulan Bersabar..dan sabar itu balasannya syurga.
Sabarlah dalam menahan amarah..
Sabarlah dalam menunaikan ketaatan kpd Allah.
Sabarlah dalam menahan diri melakukan perkara2 yg diharamkan.

huhu..sedihnya baca Berita Harian Online td..kisah seorang bapa yg menyiram asid pada isteri dan anak-anaknya..sebab marah yg amat pd mereka2 ni..huhuhu..... susahkan bila marah dah meguasai diri... rasulullah kata "La Taghdob"..Jangan marah..
ni bulan puasa ni..takde pula syaitan api-apikan amarah tu..dah simbah asid..tatawlah kalau ada syaitan, jadi apa agaknya...gugu..



fasabrun jameel...jom bersabar dgn sabar yg cantik..
susah..yes... tp tak mustahil...



...beberapa tips praktikal yg ingin dikongsikan.
1. sebelum menunaikan solat...ambil wudu' dgn sempurna..semasa berdiri ingin memulakan solat...niatk dan berdoalah dalam hati, "Ya Allah, aku kini dihapanMu..bantulah aku meninggalkan dunia di belakangku..dan bantulah aku untuk khusyuk bertemu dan berkata2 dgnMu." Ihsan itu adalah meyakini bahawa kita di hadapan Allah, namun andai tidak boleh, bayangkanlah Allah seang memerhatikan kita.

2. dalam tiap sujud, tiap alfatihah, tiap surah yg dibaca..sentiasalah berdoa dalam hati..moga diberikan syurga dan dijauhkan neraka...diampuni dosa2 yg lalu...mulakanlah kata2 dgn pengakuan diri yg kerdil, hina lemah tidak berdaya.

betullah..spt kata makcik itu..Talk to ur God, sincere from ur heart... bercakap2lah dgn Allah..mengadu kepadanya..ya..betull...Dia tahu semua perkara yg berlaku, Dia tahu apa yg kita buat nyata atau sembunyi..Dia tahu apa dalam hati kita...tp bercakaplah dgn Allah..selaluu...
:)


Saidina Ali b Abi Talib pernah bertanya pd rasulullah pd satu hari, "Ya Rasulullah, amalan apakah yg paling utama di bulan ini?" Jawab Rasulullah: "Ya Abal Hasan, amal yg paling utama di bulan ini ialah menjaga diri dari apa yg diharamkan Allah."
huhu...
sy nak capai puasa khusus - al khusus, iaitu puasa yg mengawal pemikiran dan lintasan hati sehingga semuanya mengingati Allah...

haritu call kakLah..buka puasa camana?
kakLah kata, semua berkumpul kat umah nyayi ni..
nyayi masak pecel (dapnyerr) kak lin masak ayam masak merah, mak masak apa ntah aritu..hehe
pastu kaklah cakap, papaw tanya kakjah tak balik kampung skali ke? ngaa..ne nye kakjah nk balik dik uiii..jauhh niii.... bila suh ckp kat talipon, tamaw ckp pulak..adeh malu-malu.. rindunya kampung..takpee jap je lg hbs uni ni... :)

ok..itu dahulu...
later, i story-mory lagi k.




"Barang siapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."(Hadith Muttafaaqun 'Alaih)






Tuesday, August 10, 2010

10 ogos 2010

canberra puasa esok..malam ini terawikh..baru sebentar sahabat canberra menelefon. ;)
adelaide?
dgr khabar..baru nk tgk bulan mlm ni.
melbourne?
komfem puasa mula khamis..
singapura? anoi ckp puasa sok...sorii call u time keje...nt mlm i kol u lg k... nk ngadu..huu...


iA..
selamat menyambut Ramadhan..
semoga ramadhan kali ini bermakna pd diri..
semoga lebih baik dr yg sebelumnya...
semoga ku terima jawapannya..
doa banyak banyak banyak...dan banyak banyakkkk!



oh yes.
blog ini...
akan dibiarkan sepi.
sampai bila..taktahu lagi.


so long~


Monday, August 9, 2010

9 ogos 2010

It's complicated....
It is.
tak semua yg terbuku dlm hati dapat diluahkan..
tidak semudah abc untukku meruntuhkan dinding di sekeliling sanubari utk bercerita sedalamnya dgn sesiapa...
kecuali dgn Allah..
sudah tentu..
dia Tuhanku..
dia yg menciptakan aku.
pasti Dia tahu segala tersembunyi dan nyata.

Tahu kisah Saidina Hamzah masuk islam?
bukan kisah dia memukul abu jahal dgn busur panah kerana menghina rasulullah..
tapi kisah setelah itu..
setelah dia terlepas kata 'Berani kau menghina anak saudaraku sedangkan aku mengikuti agamanya?'
setelah dia mengalami restless days and sleepless nights akibat keterlajakan kata-katanya itu.
kisah dia berdoa kpd tuhannya..agar menunjukkannya ke jalan yg benar.

ni i quote kata-kata tulisan dr buku Men and Women around The Messenger.

'At the Kaabah, he prayed and supplicated to heaven, seeking help from every light that existed in the universe to be guided to the right path. Let us hear him narrated his own story. I regretted having departed from my father and kin, and I was in a terrible state of uncertainty and could not sleep. I came to the Kaabah and supplicated tBoldo Allah to open my heart to what was right and to eliminate all doubts from it.'

Cubalah tgk rak2 buku kita..penuh dgn buku2 apakah? penuh dengan komik2 dan novel2kah?
yep..itu dahulu..
penuh komik tak miss beli tiap bulan..kalau miss,sanggup order pos..
dan macam2 komik lg...rahsia peribadi..
dah berjaya hantar ke pusat recycle dah komik2 tu..sayonara jahiliyah....susah sungguh detik membulatkan keputusan itu..
semangat kobar2 menghilangkan jahiliyah yg ada dalam rumah...dgn Komik2 abang aku buang..haha..puas ati ketika itu.. cis.benda2 inilah yg meracun pemikiran remaja2 muslim melayu di bumi Allah ini.
lupa ke kata2 Raja Perancis tawanan mujahidin Islam suatu ketika dahulu?
ni hayati semula lirik lagu ni..

After failing on the battlefield
the kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough
the Muslim Ummah
began to sink


picisan!
in-in dear...hampir 4 tahun kau membesar di bumi melben ini.
dalam 4 tahun itu juga kau memberi peluang pd diri, buang yg keruh ambil yg jernih.
jgn disebabkan hal yg satu ini....kau jatuh kembali.
picisan lah...come on..be strong..firm!
let go.......
jgn dilayankan...
jgn putus asa....
strive hard!! coz those who strive hard to Our cause, We will surely guide them to Our path.
dun give up...please?pliss..... T_T


have deep conversation wt akak td...
tapi tak lama..
sori kak..
kalau lagi lama..
mahu hujan weather forecast dek kerana awan tidak mampu menampung takungan air..huu..

aihh..it's complicated...May Allah guide me...

4 hari lagi tinggal untukku habiskan placement ni..yesss...selepas itu bermula sesi universitiku semula..oh yeah..
tapiii ada presentation...ah ini yg kurang kugemari.

azam Ramadhanku:
shh...takleh tulis..nt tak jd..hehe
biarlah aku tulis dlm diari peribadiku..
diari yg hanya aku dan Allah je yg tahu..
=)
Habis placement...
takde dah jumpa Mrs Pope lagi..
dah tak jumpa dah Rosemary makcik Spain..
dah takde dah jumpa Adrian...
dah takde dah cakap2 ttg christian vs Islam.

'Oh, she cant do that..she is not allowed to touch man..' kata Rose kpd Adrian pg tadi apabila Adrian menyuruhku mengambil bacaan darah tinggi seorang pakcik ni...


jeng...cuba teka apakah ini?
dalam kotak ini??
jom buka.....


eh....keychain...ada gambar masjidlah...


pastu..keychain tu boleh dibuka lagi..
dalam tu ada buku kecil..
dalam buku kecil tu, ada ayat2 pilihan..
ayat awal2 dalam matsurat tu..
al-baqarah..ayat kursi, dll..

ini adalah hadiah...
istimewanya hadiah ini....
diberikan oleh makcik Pope yg selalu datang ambil ubat dan selalu bercerita ttg kehidupannya.
'Talk to your God...sincere from your heart, luv.'


=)
sejujurnya..
bukan aku tak reti berkongsi..tulis..tulis ajelah..masalah pe nye..
aku cuma tak Mahu berbuat demikian..
membaca email2 curhat2 laporan dnt sana sini... ye..setakat baca..
untuk aku yg menjadi penyumbang email2 itu.....?
kirim salam sajalah..
salam sayang...oklah..


ok..
ahh asignment....

selamat menyambut ramadhan.....jdkan sebulan ramadhan ini...tempoh perbaiki diri..
agar keluarnya dr ramadhan...meninggalkan kesan kpd diri dan amal setelahnya..
hadis rasulullah ada mengatakan: Celakalah mereka yg keluar dr Ramadhan tanpa mendapat pengampunan Allah...uhu
ingat...pintu-pintu syurga terbuka luas utk umat Muhammad...dan pintu-pintu neraka tertutup rapat..

jom..shopping Mega sAle~~~!! ruginyee kalau tak pegii.... =)








Friday, August 6, 2010

7 ogos 2010

ada org tulis bertapis.
ada org tulis nak jd anonymous.
yelah.

sukati lah.


puasa khamis minggu hadapan.
ICV announce dah kata adik.

hari ini.
sy nak makan.
esok sy makan juga.
semalam pun.
ramadhan pun nt sy mkn juga.
bila buka puasa.
bila ruh sudah berpisah dgn badan...baru manusia itu tidak makan.

tp arini sy nak bg ruh sy makan.
semalam pun bg juga.
esok pun bg juga..
ye..
arini sy nak bg ruh sy makan istimewa sikit.
badan pun nk makan istimewa jugaa...


to daerah X dalam masa 1 jam.
selamat tinggal.





Wednesday, August 4, 2010

5 august 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

semalam birthday adik ku, dilah...
semoga usia berkat, semoga Allah jaga dia dan keluargaku dan aku juga.

dulu aku ada diari..aku akan tulis dalam tu apabila aku geram, marah, sedih, gembira, bahagia..
yelah..dr cerita kat org..baik aku tulis dalam diari tu..konon2nya aku cerita kat diari yg hanya aku dan Allah je yg tahu..

pagi ni..tetiba rasa bengang..cuba diam..
tp ada masa2 yg kalau org tanya suruh jawab, bila kita jawab tu, sikit2 ada bias-bias marah td.

Sy dibesarkan oleh keluarga sy...mak suri rumah..abah keje kat New Straits Times. disebabkan mak suri rumah, so tak perlulah org gaji. tidak seperti beberapa keluarga yg ada orang gaji...lepas makan tinggal je pinggan mangkuk tu kat sink..takpe nt makcik org gaji tu basuh...hamboii~
satu mende yg pastilah kan..
kalau kite dah terbiasa buat mende gitu..dia akan jd habit dan akan berterusan susah tuk dibuang atau dikikis tabiat tu..

berdasarkan pengalamanku berkenalan dgn beberapa org yg di rumahnya ada org gaji..mmg gitulah perangai nya...tak ubah..atau mungkinlah ubah sikit i tataw..
'weh..bleh tak bertanggungjawab ckit lepas makan tu basuh sendiri?'
ni dulu selalulah keluar ayat ni dalam hati bila kes2 macam ni berlaku..tak kisahlah sejak zaman taylors atau melben ni...
knp jd gitu?
sbb mungkin habit aku yg lepas makan basuh terus..dah dididik dr kecik..
masa kecik dulu selalu tak puas hati ngan abah..kenapa abah makan tak basuh sendiri pinggan? mak yg kena basuhkan pula..mak kata abah exception..ish bias..tak adil..dan macam2..
la ni...
bak kata sorang akak dulu2..
kena cepat2 lakukan kebaikan..fastabiqul khayrat..
kalau ada nampak pinggan2 kotor berlambak tu..terus basuh tayah kena arah...
akak tu kata, tu peluang Allah nk bg pahala..
kena tanamkan dlm hati dan fikiran ganjaran yg Allah bg nt besarrr..
ikhlaskan diri masa buat tu...
tayah nak tunggu kena suruh baru buat!
mcm tau2 je akak tu masa dia bg contoh tu..
terus zup dm ati..

lg? bangun tidur terus kemas katil..ok?
angkat baju, terus duduk lipat jgn longgok2 je,bleh?
dah2...bz sangat lah tak sempat...ye.paham.

ah tapi bukanlah sbb basuh pinggan tu yg buat aku bengang pg ni..
pls read between the lines..kalau dapat tangkap..dapatlah..


treat the others the way u want to be treated..
respect...ok?

Sunday, August 1, 2010

1 ogos 2010

mabit-katibah-daurah.
banyak nk tulis. tp takde mood.


oh. sy cemburu.
mudah.

takpe.takpe.takpe.
takdepapepun......!
perlu?

.....