Sunday, February 20, 2011

utk anoi dear...

utk anoi dear..nk tgk gambar tunang kan...




alamak noi..gambar senget..ehe

tapelah..

=)

Tuesday, February 15, 2011

kekuatan itu dr dalaman...didiklah tarbiyyah dzatiyah kamu in in!!!!!!

Salam,
mutaakhir ini, terlalu banyak berita gembira dari kepulauan British ini..
adik2 yang sudah bergelar Dr, mahupun yang akan mendirikan rumah tangga, alhamdulillah.
tempat saya bekerja
sungguh bahtera menuju fasa seterusnya menjanjikan perjalanan yang bukan mudah.
Hidup ini amat perlu diteruskan walau pahit macam manapun rasanya.
Saya kerja night shift sekarang ini. Iman turun dan naik. Badan letih semacam. Biasanya night shift ini akan drag kami bekerja 7 malam berterusan selama 12 jam.
Not bad berbanding dengan kerja di Malaysia yang oncall 72 jam everyother day.
‘ Saya tak sempat jumpa anak saya pun hari-hari. Balik rumah dia dah tidur, pergi kerja dia belum bangun. ntah-ntah dia tak kenal pun mak dia
Itulah kata-kata rakan saya yang bekerja di Malaysia. Komitmen pada dakwah dan tarbiyah pun makin kurng akibat pekerjaan yang menggila di sana.

Namun kita tak pernah senyap dan sunyi dengan kisah-kisah yang tentu memukul jiwa kita di saat kita malas.
Kita kenal seorang ukhti kita yang bekerja sebagai seorang doktor di sebuah negeri jauh 2 jam dari Kuala Lumpur. Malam selasa dia ada usrah di KL. balik dari hospital terus ke KL utk bertemu anak usrah dia. Berqadhaya sehinggalah pukul 2 pagi. Pukul 4 pagi dia sudah bertolak ke hospital untuk bekerja hari seterusnya.
Begitu juga suami dia turut berada di KL.
Dia balik hujung minggu untuk bertemu buah hatinya.
Namun hari Jumaat itu dia tidak terus bertemu suaminya, tapi dia terus ke program daurah anak halaqahnya dan berjumpa suaminya pada hari selepas itu.
Macam mana dia boleh buat sedemikian?
‘ Bila perkahwinan dan cinta itu hanya untuk Allah, Allah taala akan memudahkan perjalanan kita’.
Kita tahu hubungan suami isteri, selalu rasa nak melekat saje, selalu nak berjumpa, tapi bagaimana si suami merelakan isterinya untuk dilepaskan kepada dakwah dan mad’unya? Dan bagaimana si isteri dapat menahan rindu dari bertemu suaminya setelah seminggu tidak bertemu?
‘ Kuncinya pada hubungannya dengan Allah’ kata ukhti itu.
Subhanaallah!
Walapun bergelar seorng doktor, walaupun mengandung hampir 8 bulan, dia tetap bersama-sama anak binaannya tidur di atas lantai yang sejuk, setelah berjam-jam bersembang dengan mereka.
Aku mungkin masih jauh sampai ke tahap itu.
Aku mengkagumi dirinya kerana aku tidak sangka sampai ke tahap itu dia boleh meningkatkan magnetik imannya itu.
Subhanallah.
Begitulah dakwah ini.
Kita jualkan semuanya untuk Allah.
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Anfal : 24
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
As-Saff: 9-11
Memang penat bila sudah bekerja.
memang dia akan consume semua tenaga kita.
‘ Akak, saya nak cepatkan walimah saya, sebab saya takut saya tak dapat nak survive bila dah jadi HO nanti. Saya berharap bila saya dah kahwin dia akan dapat kuatkan saya…’
astahgifurllah wa atubu ilahi.
Kasihanlah pada dakwah jika semua akhawat selalu berfikir dengan BMlah dia akan jadi lebih kuat.
Kasihanlah pada dakwah jika ikhwah merasakan dengan kahwinlah dia akan jadi daie yang lebih baik.
Dia bukan begitu sayangku,
1+0 akan jadi 1 atau kurang dari itu.
Tapi 1+1 akan jadi multiple dan lebih hebat.
Memang saya sedih bila ada akhawat merasai bahawa dengan BM dia akan menjadi lebih kuat.
Tidakkah mereka tahu ramainya yang berBM, berkahwin ikhwah dan akhawat, akhirnya futur di atas jalan ini?
‘Akak kenapa asyik takleh nak call akak je? kalau cakap pun sekejap-sekejap.’
Saya merasai kesedihan mendalam di saat saya merasai saya mula kehilangan ukhti saya di saat dia telah berkahwin.
‘ Suami akak tak berapa suka kalau ada dengan dia, akak tengah cakap dengan orang lain.’
suaminya adalah ikhwah dan saya adalah sahabat seusrah ukhti itu.
Banyak kali saya try call ukhti itu, namun begitu juga keadaannya.
Dan betapa ramai yang larut dalam percintaan lepas berBM kerana kurang jelas matlamat dari BM itu sendiri.
Kita sendiri mengenali seorang ustazah, yang melahirkan ramainya rijal untuk dakwah ini. AKhirnya dia bercerai kerana suaminya tidak bersama dengannya di atas jalan dakwah ini.
Suaminya seorang ikhwah.
Pokok pangkalnya, kita tak boleh bergantung pada orang lain untuk menguatkan kita.
NO!!!
Kitalah yang perlu kuat. Kita perlu bina kekuatan hubungan dengan Allah.
Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah Tayyibah adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat.
Ibrahim: 24
Kita perlu mantapkan iman dan penguasaan kita pada Islam.
Kita perlu pegang islam ini kuat-kuat. Dengan kejap sampai tak mahu terlepas.
Sampai bila-bila.
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, akan turunlah malaikat kepada mereka : Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Fussilat: 30
Oleh itu, apabila kita sudah mula bekerja, kita tetap menjadi daie, walaupun sesibuk mana pun pekerjaan kita. Walaupun sejahiliyah manapun tempat kita bekerja itu.
Kita tetap tamayuz ( berbeza) dengan jahiliyah. Kita masih lagi menjadi duat, yang menarik manusia mengenal diri mereka dan Pencipta mereka.
Oleh itu, apabila kita sudah berkahwin, walaupun kita berkahwin dengan bukan ikhwah pun, kita akan tetap kuat. kita akan tetap boleh saiko suami kita untuk sama-sama melonjakkan kalimah Allah.
kita akan bawak keluarga kita menuju Allah. mencapai redhaNya.
Kita kene nampak matlamat paling jauh itu, bertemu dengan Allah. kerana itu kita akan sentiasa menguatkan diri kita kepada Allah.
Salah sangat-sangat jika kita bergantung pada orang lain untuk menjadi kuat.
Tentu akhawat serumah amat membantu pembentukan peribadi kita. Tentu juga ukhuwah banyak mensupport emosi kita dan membantu kita dalam dakwah ini.
Tentu berkahwin dengan ikhwah akan melajukan dakwah dan memudahkan banyak agenda dakwah.
Namun apabila kita berharap orang lain membantu kita, menguatkan kita dan membantu kita..
Kita takkan dapat benda itu.
kita akan lemah, tersadung, dan akhirnya tersungkur.
Dunia pekerjaan tidak mudah, Banyak menghakis iman.
Banyak kali aku beristihghfar apabila berhadapan dengan lelaki yang tampan mahupun perempuan yang teramat cantik di tempat kerjaku.
Yalah, dah jadi seorang doktor. Kene periksa badan semuakan. Kita perlu buat semua itu sebab itu memang kerja kita.
( mat salleh kat sini boleh tahan juga muka dia..huhuh)
Kita ini manusia tentu ada perasaan, tapi imanlah yang memandu kita.
Menghijab diri kita dari keluar dari batasan antara islam dan jahiliyah.
Di tempat kerja kita mana ada ikhwah dan akhawat. Kita boleh buat apa kita suka.
Tapi kita ada Allahkan? Yang sentiasa melihat kita.
Sebab itu kene selalu kembali semula kepada ALlah.
Kenapa ye saya tulis benda ini?
Supaya kamu semua kuat!
Tak kisahlah di fasa mana kita berada, langkah kita ini perlu diteruskan.
sudah lama saya sendirian di atas jalan ini. Tidak pernah ada rakan sebaya dan rakan baik di sisi saya sepanjang masa. Rakan baik saya hanyalah melalui corong telefon, yang terupdate dengan suara saya sahaja.
Di sekeliling saya ramai mad’u yang terdiri dari adik saya dan mutarabbi yang dikasihi dan tentu kekuatanku perlu dialirkan buat mereka.
Lantas di mana kekuatan itu perlu aku dapatkan?
‘ Anti dah tak perlu sesiapa, anti ada Allah!’
Tergamam mulutku disaatku mengadu keadaan diriku yang keseorangan terpaksa buat banyak sangat benda di sini. Aku memang rasa takde support walaupun orang nampak aku banyak adik. Tapi rakan sebaya, semuanya sudah pulang ke malaysia mahupun teramat jauh dan sudahpun berkeluarga.
Betullah kata murabbiku itu, kita ada Allahkan?
‘ Ana nak kahwin sangat, dah tak tahan rasa lonely!’
Itulah pertanyaan naifku di saat aku masih awal 20an kepada murabbiku.
Aku tahu sahaja, bilangan ikhwh ketika itu 3 orang sahaja, dan akhawat dalam 15 orang. 2 dah berpunya, seorang lagi mahu habiskan study.
Semua wanita, tak kisah sisters atau tak, memang ada perasaan itu bila belum berkahwin dan berpunya lagi. Apatah lagi di saat rakan-rakan sebaya seorang demi seorang mengeluarkan kad perkahwinan.
Perasaan itu, kita je kot rasa, bercampur kegembiraan dan kerisauan.
‘ Ana ada calon untuk anti. Nak tahu siapa tak ?’
Siapa, siapa? hatiku di saat itu menguntum senyum.
Wah.. ada can ini!
‘Ana nak kahwinkan anti dengan dakwah…’
Tergamam lagi.
Dush.
Subhanaallah.
Dan demiNyalah seluruh jiwa ini diserahkan dan dipasrahkan.
‘ sekrang baru anti faham perasaan akhawat yang tak kahwin-kahwin lagi kan?’
Di umur ini, di mana-mana sahaja, pasti ada yang bertanya, namun aku pasrah, bersyukur dan redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan buat diriku.
Dan aku mula memahami.
Alhamdulillah.
Allah menakdirkan sesuatu itu, tepat pada masanya, paling sesuai pada ketikanya, di saat kita sudah bersedia.
Yakinlah dengan janji Allah itu.
Firman Allah:
Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.

kisah yg ku takuti berlaku....huhu

Bingkisan Buat Ikhwah dan Akhawat
Akhawat yang mulia, dibawah ini adalah suatu kisah benar atau luahan perasaan yang pernah dihantar oleh seorang akhawat .'

Allah telah menciptakan kamu dari diri yang satu ( ADAM) dan Allah menciptakan pasangannya ( HAWA) dari dirinya. Dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai..' ( AN-NISA : 1 )

Sunyi malam membuatkan hati Nitrah semakin gelisah. Dia termenung di jendela biliknya. Angin lembut yang masuk melalui jendela biliknya terasa dingin sekali. Sesekali Nitrah memeluk tubuhnya dengan kedua-dua belah tangannya. Walau Nitrah tahu cuaca malam ini sejuk, dia tetap tercegat di hadapan jendela biliknya. Menikmati malam yang penuh ketenangan.

Namun..hatinya teringat kembali peristiwa pagi semalam. 'Assalamualaikum..' Waalaikumusslam..boleh saya tahu siapa yang bercakap?Tanya Nitrah ingin tahu.' Saya Marwan. Saudara Mak Cik Salmah'. Beritahu lelaki itu. Nitrah terkejut. Marwan, lelaki yang telah diperkenalkan oleh Mak cik Salmah kepadaku dua bulan yang lalu. Menurut ibu, Marwan ingin memperisterikan aku. Itulah hasratnya yang telah dia khabarkan kepada Mak Cik Salmah. Aku tidak menyangka jemputan Mak Cik Salmah ke rumahnya dua bulan yang lalu bertujuan untuk memperkenalkan aku dengan Marwan. Lidahku kelu dengan tiba-tiba. Hari ini Marwan sudah berani menelefonku. 'Nitrah..maafkan saya kalau saya mengganggu awak. Saya rasa awak sudah tahu apa tujuan saya menelefon awak ni. Saya inginkan kepastian daripada awak sendiri.'luah Marwan.Nitrah mula mengatur ayat untuk bercakap dengan Marwan. 'Saya tidak boleh buat keputusan sekarang. Saya bukan macam perempuan lain. Itu awak kena faham'. Balas Nitrah dengan nada suara yang agak tersekat.'Maksud awak, keputusan awak nak kahwin ni kena tanya murabbi awak dulu. Saya faham. Kakak angkat awak telah menjelaskan kepada saya. Saya rasa itu tidak menjadi masalah. Saya ikhlas nak memperisterikan awak. Semua yang berlaku dalam diri awak saya mampu untuk menerimanya'. Jelas Marwan dengan penuh harapan. Nitrah tergamam seketika.

Hatinya tiba-tiba berdebar-debar.' Saya harap awak beri masa kepada saya. Saya tidak boleh buat keputusan. Saya buntu sekarang'.'Baiklah. Namun, saya mengharapkan suatu yang terbaik daripada awak. Assalamualaikum.. ' Waalaikumussalam..', balasku lemah.Perasaan Nitrah semakin tidak tentu arah. Dia teringat kata-kata Marwan. Hatinya tiba-tiba terdetik dan merasakan suatu perasaan yang luar biasa. Adakah aku??? Ya Allah..betulkah keputusan yang akan aku buat ini. Aku terus mencapai telefon bimbitku yang kuletakkan di atas meja. 'Kak Azilah, ada hal mustahak saya nak bincang. Boleh kita jumpa', mesej yang telah kuhantar kepada Kak Azilah terus dibalasnya.'Insya Allah, malam ni akak free. Datanglah rumah akak', Hatiku semakin berdebar ketika bertemu dengan Kak Azilah. Kak Azilah sekadar tersenyum melihat gelagatku. Dia memandang wajahku penuh bermakna. Wajahnya tidak putus-putus tersenyum Adakah dia sudah tahu segalanya? Hatiku tertanya-tanya. Kak Azilah duduk di sebelahku. Dia memegang tanganku lembut. 'Ada apa yang nak bincang dengan akak?' tanya Kak Azilah sambil menggenggam erat tanganku.Lidahku tiba-tiba kelu. Aku tertunduk. Aku cuba bina kekuatan.'Akak, bolehkah kalau kita kahwin dengan lelaki yang bukan satu fikrah dengan kita, tapi dia faham apa yang kita buat selama ini', tanya Nitrah dengan nada yang bersahaja. 'Boleh tu boleh. Tapi sebaiknya jika kita nak memilih pasangan, kita perlu pilih yang satu fikrah dengan kita. Sebab apa? Sebab dia lebih memahami diri kita. Dia lebih tahu matlamat hidup kita. Kalau dia bukan sefikrah dengan kita, sejauh mana dia mampu menerima keadaan diri kita, Kerja-kerja yang kita lakukan selama ini. Cakap memang senang Nitrah. Dia boleh cakap dia mampu menerima keadaan Nitrah, tapi sejauh mana? Aku diam seketika dengan jawapan Kak Azilah. Namun hatiku kini semakin berat untuk menerima Marwan. Aku pasti jika itu yang Allah berikan kepadaku, itulah lelaki yang terbaik untuk aku. 'Tapi, saya yakin akak dengan jawapan dia, dengan kesungguhan dia. Dia benar-benar ikhlas mahu menerima saya dan juga penerusan tarbiyah saya. Dia juga mengharapkan ada orang yang dapat mentarbiyah dia. Kalau saya tak kahwin sekarang bila lagi akak?' jawabku penuh yakin.Kak Azilah memandang aku dengan satu pandangan yang begitu tajam. Aku tidak pasti apakah yang ada di kotak fikiran kak Azilah.

Adakah jawapan aku itu telah mengecewakan dia? Aku diam dan tunduk ke lantai.'Nitrah, akak nak tanya seikhlas mungkin dari dalam hati Nitrah sendiri. Nitrah dah bersedia nak mendirikan rumahtangga, Nitrah bersedia nak menerima lelaki tu dalam hidup Nitrah walaupun bukan satu fikrah dengan kita', tanya Kak Azilah sambil memegang bahuku. Aku mengangguk tanda setuju. Kak Azilah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia juga mengangguk. Tapi jelas di wajahnya ada raut kekecewaan dengan keputusan yang kubuat. Tapi inilah keyakinanku dengan keputusan yang telah kubuat. Perjalanan majlis pertunanganku dengan Marwan berjalan lancar. Seminggu lagi majlis perkahwinan kami akan dilangsungkan. Hanya seminggu kami bertunang. Marwan tidak mahu kami bertunang terlalu lama. Baginya, kalau boleh majlis perkahwinan kami cepat-cepat dilangsungkan. 'Akak datang ye majlis perkahwinan saya nanti', jemput Nitrah dengan penuh kegembiraan.'Insya Allah. Jika tidak ada apa-apa kami semua akan datang. Semoga semuanya selamat ye', balas Kak Azilah.

Majlis perkahwinanku sungguh meriah. Ramai sahabat-sahabatku yang datang. Ini sudah cukup membuatkan aku rasa restu mereka dengan perkahwinanku. Aku tidak dapat menahan sebak apabila melihat Kak Azilah. Dia menghampiriku dan memelukku. ' Nitrah, tahniah. Ingat ye. Nitrah sekarang sudah menjadi isteri orang. Banyak-banyak berdoa moga Allah permudahkan perjalanan tarbiyah Nitrah seterusnya. Jangan menangis. Tak elok menangis di hari yang baik ni', nasihat Kak Azilah membuatkan aku terus menangis. Dia mengelap air mataku dan terus berlalu pergi.

Kini sudah hampir dua bulan perkahwinanku dengan Marwan. Dalam tempoh itu juga aku tidak bertemu dengan Kak Azilah dan sahabat-sahabatku. Rinduku pada mereka terlalu mendalam. Malam itu, aku seperti mahu menangis mendengar kata-kata Marwan. 'Tak payahlah pergi program tu. Duduk je berehat kat rumah. Awak tu bukan sihat sangat. Kalau awak nak, abang boleh belikan buku-buku agama untuk awak baca. Sama juga kalau tak pergi programpun. Dapat juga ilmu dengan baca buku tu?, kata Marwan lalu mencapai kunci keretanya. Tinggallah aku keseorangan di rumah. Tiba-tiba wajah-wajah sahabat-sahabatku terbayang di pandangan mata. Kak Idah, Nusaibah, Alia, Mala, Ju dan Ziha yang banyak membantu aku. Hubungan ukhuwwah yang dulu kini aku rasakan terlalu jauh.Malam itu Kak Azilah telefon. 'Assalamualaikum..Apa khabar?'Waalaikumussalam..Sihat. Akak sihat? Rindunya saya pada akak dan sahabat-sahabat yang lain'. Balasku.'Ye ke rindu. Lama tak dengar cerita. Ingatkan dah lupa pada kami. Program kitapun dah lama tak datang', kata-kata Kak Azilah membuatkan aku terasa. Terasa seolah-olah aku tidak sensitif dengan apa yang berlaku pada aku sekarang.

Pentarbiyahan aku selama ini terhenti begitu sahaja. Dek kerana sebuah perkahwinan. Adakah perkahwinan aku ini penyebab penghalang untuk aku meneruskan tarbiyah? Ya Allah, silap akukah ya Allah. 'Rindu dan kasih saya tak pernah hilang pada akak dan sahabat-sahabat. Macam mana saya nak cakap dengan akak ye. Saya malu dengan akak dan diri saya sendiri', jawabku dalam tangisan.'Nitrah, sabar. Cuba Nitrah ceritakan pada akak. Apa yang membuatkan Nitrah rasa malu pada akak dan diri Nitrah sendiri'. Pujuk Kak Azilah. 'Betul cakap akak dulu. Kita kena pilih lelaki yang sama fikrah dengan kita. Sekarang baru saya sedar. Saya silap membuat keputusan menyebabkan tarbiyah saya terbantut dan terhalang. Saya rasa kosong sekarang akak. Saya tak kuat akak. Saya lebih banyak mengalah dengan Marwan,'beritahuku dan terus menangis. 'Nitrah, Jangan salahkan sesuatu yang telah berlaku. Ini dah jodoh awak. Tapi, dalam hal tarbiyah ni awak kena bijak. Nitrah perlu banyak berbincang dengan suami. Banyakkan doa kepada Allah moga Allah tunjukkan jalan. Berikan keyakinan kepada Marwan bahawa tarbiyah ini perlu diteruskan. Akak doakan moga Allah mudahkan Nitrah', pesan kak Azilah membuatkan hatiku bertambah hiba.Aku termenung di meja makan. Air sejuk yang kutuangkan ke dalam gelas tidak mampu aku minum. Aku teringat sahabat-sahabatku dan Kak Azilah. Hari ini mereka dan sahabat-sahabatku yang lain berrehlah di Taman Tasik Permaisuri. Aku minta keizinan dari Marwan untuk menyertai mereka. Namun, Marwan tetap tidak benarkan aku pergi. Katanya, ibu dan bapa mertuaku akan datang dari kampung. Aku menangis lagi. Menangis dengan keadaan yang berlaku kepada diriku. Aku rindu gelak tawa dan tangisan sahabat-sahabatku. Aku rindu semua itu. Aku juga tahu,sudah pasti mereka juga merindui aku. Namun, aku sedikitpun tidak menyangka keadaan ini akan berlaku dalam hidupku dari awal perkahwinan sehinggalah aku kini mengandung tiga bulan.

'Abang, esok saya ada program kat rumah Kak Azilah. Saya nak minta izin abang untuk pergi ke sana?' kataku dengan suara yang lembut sekali. Marwan memandang aku dengan pandangan yang cukup tajam.' Tak payahlah. Awak tu kan mengandung. Tak kan mengandung pun nak pergi juga. Apa-apa yang berlaku nanti abang juga yang susah. Dahlah awak tu alah teruk. Berehat je lah kat rumahâ?, balas Marwan. Aku terus menangis. Esakku kali ini lebih kuat. Aku sedih dengan jawapan Marwan. Ternyata sehingga sekarang dia masih tidak mampu memahami keadaan diriku. Matlamat hidupku. Marwan menjadi serba salah apabila melihat aku terus menangis. Dia memeluk bahuku. Aku menepis dan berlalu pergi. Marwan mengekoriku dari belakang. 'Kenapa ni? Menangis macam tu sekali. Tak baik orang mengandung ni banyak menangis. Nanti anak tu pun menangis macam ibu dia juga. Siapa yang susah, abang juga yang susahâ?, kata Marwan kononnya mahu membuat lawak denganku.

Namun tangisanku tak mampu aku hentikan. Dia mula gelabah dan cuba memelukku. Kali ini lebih kuat dan lebih erat. Aku tidak mampu melepaskannya. 'Jangan buat macam ni?' pujuk Marwan.'Abang, tolonglah faham keadaan diri Nitrah ni. Mana janji abang dulu. Abang!Nitrah ada sahabat-sahabat yang Nitrah rindui. Nitrah rindu program-program seperti Nitrah ikuti dulu sebelum berkahwin dengan abang. Tapi abang tidak pernah memberi peluang untuk Nitrah bersama-sama dengan mereka. Nitrah sedih. Nitrah kecewa dengan abang', luah Nitrah sambil memandang wajah Marwan. Marwan tidak mampu berkata apa-apa. Pelukannya dilepaskan. 'Buku saja tidak mampu mengisi kekosongan hati Nitrah ni. Nitrah tahu Nitrah isteri abang sekarang. Nitrah perlu taat kepada abang. Tapi, abang juga sebagai suami perlu memahami hati dan perasaan Nitrah. Dulu sudah Nitrah katakan pada abang, Nitrah bukan macam perempuan lain. Nitrah ada tanggungjawab lain selain tanggungjawab Nitrah pada abang. Mengandung bukan penghalang untuk Nitrah tidak melakukan kerja-kerja seperti dulu. Nitrah harap abang faham keadaan Nitrah !

Kata Nitrah untuk cuba memahamkan hati dan diri Marwan.Marwan menghampiri Nitrah. Dia menggenggam tangan Nitrah erat.' Baiklah, kalau itu yang Nitrah mahu. Terserahlah. Abang izinkan Nitrah pergi esok', hanya itu kata-kata Marwan dan dia melepaskan genggaman tangannya dan berlalu pergi. Nitrah menarik nafas panjang. Rasa kepuasan ada dalam hatinya walaupun dia merasakan jawapan Marwan tadi dalam nada kekecewaan. Kini, Nitrah hanya mampu berdoa agar permulaan yang sedikit ini akan memberikan satu kesedaran kepada Marwan untuk memahami keadaan dan matlamat hidupnya. Hidup dan matinya untuk Islam

Monday, January 10, 2011

10 january 2011

alhamdulillah..selesai buang sampah2 yg banyakkkkk sgt!
hu....tiap tahun pun camni..aiyak...tiap kali ada org bfg dan tak sempat setelkan hal2 tertentu..terpaksalah yg tinggal menyetelkannya...yes...takde sape suka nak susahkan org kan...takpe2..kadang dah tak sempat..nak wut cane ye...takpe2...marilah tanamkan dlm diri sifat bersegera..tidak bertangguh...bukankah pepatah mengatakan, Bertangguh itu pencuri masa....huiiisy....mahalnye barang yg dicuri..mmg sesuai lah hukumannya penyesalan. well, itu kalau pencuri rasa menyesal...kan? hurm.... ye..sila renung diri sendiri...usah tgk2 org lain..kan nt ada pepatah lagi, nyamuk diseberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.. mana2 yg tak baik..tepi tepi tepi..shuh. usaha buangkn. pupuk dlm diri akhlak baik. rasulullah qudwah hasanah. :)




sama2 ngan fadh td..buang sampah..buang buang..buang sume2 yg rasa menyemak kat umah ni. mana2 yg cam baik dan cantik dan best..ok amik je sape2 berkenan. esok nk g Savers pula menghantar baju2 dan peralatan2 dan apa2 yg boleh diberikan. 




esok fadh balik Malaysia... huhu..maka tinggallah daku sorang2 di rumah..sob sob... :( 
sakinah pula bercuti ke Tazy...huhu takpelah.
g geelong tidur umah kak maf lah...nt nt..insyaAllah.


masih dlm proses mengemas rumah...
pack barang2 dlm beg. 
huu banyaknye brg2 daku. 


td setelkan penukaran nama bil2 air elektrik dan telefon juga. mujur fadh masih ada di melbourne...sbb org tu nak bercakap dgn org yg ditukarkan nama..dah jadi sume bil bawah nama fadh pula. takpelah ye fadh... 


takut nt, bila dah balik Malaysia, ada lagi yg tak setel kat sini ni..
oh..terlintas..takutnya kalau kita tinggalkan dunia dgn perkara2 tak setel kan....aaaaaaaa....
contoh..hutang ada lagi. hutang duit hutang puasa hutang belanja org..ops.
ok ok esok g cari hadiah ye cik in! 
puasa...rajin2kan diri ganti puasa..huu kat Mesia eh..kat sini kalau nak puasaaa....err subuh 4 pagi, magrib 8.45mlm...cane? tak larat cek.
peringatan utk diri in..sila setelkan urusan dunia..sebelum dirimu dipanggil pulang..
insyaAllah...ya Allah tolong daku..sesungguhnya tiada daya kekuatan selain dariMu...Amin.




 Graduasi. Monash Clayton. 14 dec 2010.

 suke gambar ini. 

edit.








hurm...sy serius ye encik. i know u read this. susah ye utk tidak menaip di ruangan 'post a comment' tu..aih..

Sunday, January 9, 2011

sy tak approve sesetengah komen..dan tak published komen2...maksudnya..sy tak suke org itu komen. maaf ye. tolonglah komen lagi.


i know u can read this. thanks.

9 january 2011

Astagfirullah al azim..


aih..duduk di persekitaran yg tidak membantu imanku...
akan jadi.................... argh! T_T ;'(


tidak spt di tempat itu....kita baca matsurat tiap pagi dan petang.
malam bergilir tazkirah.
siang bergilir hadis2.
masa....terasa tiap saat amat bererti.




oh apakah yg kau buat hari ini in?
andai esok tiada lagi..apakah kau akan tinggalkan dunia sebegini.......?




umur pun dah meningkat. 
tahun baru silih berganti.
bila orang kata..atau orang sibuk2 tanya..apa azam baru...semoga mencapai apa yg diazamkan. sebenarnya, ada je org yg tahun baru tiba, tp takde azam apa2 pun. loser! yes. apa...awak nak stay the same all the time ke.....




ubahlah diri tu...
dah tua pun..
buang yg keruh..ambil yg jernih..
kikis2 habit yg ntahpape ye..
jauhkan akhlak buruk...mari amalkan akhlak mahmudah.
cantikkan sabar....istiqamahkan amalan selalu..
target kena ada..




huaaaaaa...sy buat banyak perkara yg salah hariniiiiiii!
tau tak masa kat ladang...
ada satu hari...mulut dan hati tu sgt2 berjaga agar tidak mengumpat org..tidak bercerita ttg pekerja itu pekerja ini....sampai soalan2 'eh, ni ngumpat ke?' selalu keluar....muhasabah sesama rakan..sbb tanak masuk neraka hutamah...tahukah kamu apakah neraka hutamah itu? neraka yg membakar ahlinya sampai ke hati..huhu dari tafsir surah al-humazah. sila baca quran ye...lamanya tak revise hafazan awak ui..awak ni....cane nak bina keluarga niii......!!  ;'( nangis lagi. nangis tak mengubah apa2 awak..sila sedar! jgn lembik2!!! 




kena kuat!
masih ada nafas utk berubah!
be part of the solution...
the only constant in life is CHANGE!
be the change u wanna see in life...


haip!!!


ya Allah, jgn marah sy...




*baki 5 hari di Melbourne*
=(
=)
T_T expressionless..



 Pemandangan sepanjang jalan menuju Lake Mountain.
31.12.2010
Subhanallahh..


:) sy suka ros.
terima kasih ye.
lain kali nak lagi.
:)