Thursday, December 20, 2012

21 dec 2012

Harini hari jumaat..aku off sehari..
Hampir setiap jumaat aku off..sebab mama ada ada kelas agama, so takde org jaga baby..awal2 sebelum pn ida buat jadual kerja, aku minta off siap2 hari jumaat...tp tak semua off..ada yang jumaat kerja malam, so siang tu boleh jaga umar..atau kadang aku kerja Sabtu, so jumaat tu auto-off..hurm..

jumaat depan, aku kerja malam..sabtu pun kerja malam juga..
tapi sabtu tu ada weding syuk,..housmet b..b ofkoslah kena pegi..tp..aku nak pegi ke tak ek..malam tu kena keje malam..adeih..tayah pegi lah..b konvoi ngan member jelah ye..bek ak tido...haha

takde apa pun nak tulis..
saja2 nak menaip..
haritu ada kes di hospital baby umur 5bulan meninggal sebab demam...
katanya baby demam selepas kena cucuk..
lepas cucuk imunisasi tu,sesetengah baby memang react dgn demam..tp tak semua..alhamdulillah umar tak demam..sebab tu parents kena stand-by panadol syrup kat rumah..plus kalau nak beli yg cool fever tu pon bleh..stand by je..in case kecemasan...budak kecik kalau temperature tinggi..bahaya! boleh sawan lah itulah inilah..n kalau dah reach sawan tu..kadang irreversible tau..sampai besar lah begitu..ujian..

nak bg dos panadol syrup tu senang je..berat anak x 15mg, kemudian darab silang dgn kekuatan syrup panadol tu untuk dpt tahu berapa mL anak perlu minum..

harini nak masak ikan kerisi cekur..lama tak makan..
sidai kain sudah siap..harap cuaca panas..nt angkat lipat je..
sakinah n kak maf da program harini..soorii tak dpt join..ingat mama tak jd g kelas, blehlah join program harini..uhu
harap kinah dapat msg dtglah ijok..ehe tapi smalam dia kata line tempat program tu problem..takde sgt..ok..
esok kinah g pD plak umah mertua ngan KA lah kan.
sok abg ckp nak bawa g shopping..HAHA iyooolahh...we'll see tomorow..

dahlah..nak gugle2..
bye,





Monday, December 10, 2012

10 dec 2012

Jiwa saya sangat kacau lately...
sy cuba mencari ketenangan dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah..
tapi kadang termakan hasutan2 dan buatkan hati memberontak geram tensen..TERTIPU aaaargh!...

sy sedar..
itu sejarah..
tapi dari sejarahlah kita belajar macam2..
huhu..

apa2 pun.
nak post artikel ni di blog ini.

kisah seorang gadis yg pernah terlanjur.
mengingatkanku kisah seorang gadis di zaman rasulullah yg bertaubat dari keterlanjurannya... taubat si wanita ini,andaikata dikumpulkan taubat2 semua penduduk mekah madinah, tidak setanding dgn taubatnya.. ya Allah!



Assalamu’alaikum Bro,
Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membina myJodoh. Saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang baik dan akan berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya adalah beliau tidak banyak mengetahui tentang kisah silam saya. Saya telah melakukan kesilapan dan saya amat menyesali perbuatan itu. Saya telah kehilangan sesuatu yang berharga, sesuatu yang hanya patut diberikan kepada seorang suami yang sah. Saya merasa kesal kerana merahsiakan hal ini daripada beliau. Namun, saya khuatir tidak akan menjumpai lagi lelaki sebaik beliau. Please advice.
(Artikel yang amat fakir ini bukan khusus untuk menjawab soalan di atas. Namun, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari jawapan. Mudah-mudahan para pembaca dapat memberi pandangan, terima kasih.)

icon_menyesal.jpgIni adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith.

Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan mencuri. Islam telah menganjurkan agar seseorang yang telah melakukan kesalahan tersebut menyimpan rahsia dan bertaubat nasuha. [1]

Di dalam sebuah riwayat yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain.
Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya.
Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda, “Adakah kamu gila?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak.”
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Apakah kamu sudah berkahwin atau berumah-tangga?”
Lelaki itu menjawab, “Ya”.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya, “Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya.”[2]

Berdasarkan tingkah laku Rasulullah s.a.w. inilah, para ulama berpendapat bahawa dianjurkan untuk tidak mengaku berzina di hadapan seorang hakim. Lalu mengapa pula perkara itu perlu disebut di hadapan orang lain?

Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, “Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.”[3]

Di dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Prof Dr. Hamka, diceritakan pada zaman permerintahan Umar Al-Khattab r.a. terdapat seorang wanita yang telah berzina dan telah mencemarkan nama baik diri sendiri dan abangnya. Beliau merasa kecewa dengan kehidupan dan bertekad untuk melakukan dosa yang lebih besar lagi, iaitu membunuh diri.
Wanita tersebut cuba memotong urat lehernya dengan sebilah pisau. Namun beliau sempat diselamatkan oleh abangnya, lalu dirawati. Setelah sembuh, beliau dipindahkan ke rumah bapa saudara mereka di Madinah. Di sanalah beliau mula memperbaiki kehidupannya dengan bertaubat dan taat beribadat sehingga menjadi seorang wanita yang warak.
Tidak lama kemudian, beliau telah dipinang. Bapa saudaranya berasa gelisah lalu berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. untuk mengadu. Mana mungkin seorang wanita yang pernah terlanjur berkahwin sedangkan perkara itu telah dinyatakan dengan terang dalam surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”
Bapa saudara wanita itu juga menyatakan kepada Umar tiada sesiapa yang mengetahui hal ini, hanya kepada Umar sahaja perkara ini dirujuk.
Lalu berkata Umar r.a., “Jangan engkau sekali-kali membuka rahsia ini kepada orang lain. Tutup mulutmu rapat-rapat. Sekiranya engkau berani menceritakan, nescaya hukuman ke atasmu amat berat. Sekarang, anak saudaramu itu wajib dikahwinkan secara layaknya perkahwinan orang-orang terhormat.”
Penasihat Umar ketika itu, Ubay Bin Ka’ab r.a. juga berada di sisi dan mengetahui hal berkenaan. Ubay r.a. juga telah dipesan supaya merahsiakan hal berkenaan. Lalu berkata Ubay r.a., “Keputusanmu amat tepat wahai Amiril Mukminin, sedangkan orang yang musyrik lagi diterima taubatnya …”[4]


Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal ayat 29, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”


Di dalam surah As-Syura ayat 25 Allah telah berfirman, “Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”


Pada surah An-Nisa ayat 10 pula, berfirman Allah lagi, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang menunjukkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ini adalah kerana, menurut sebuah riwayat daripada Rasulullah s.a.w., “Sekiranya kamu semua tidak ada yang melakukan dosa, nescaya Allah akan menciptakan suatu makluk yang baru, yang melakukan dosa, lalu mereka memohon keampunan daripadaNya, kemudian Allah mengampuni mereka.” [5]

Kita harus bersyukur kerana masih lagi beragama Islam dan mengaku Allah itu satu serta nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedangkan di luar sana ramai yang telah jauh terpesong, ramai yang tergolong dari kalangan anti-hadith atau anti-sunnah, ramai terjebak dengan ajaran sesat dan yang paling buruk ialah murtad.
Sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat, sudah tentu Allah bersedia memberi keampunan dan limpah kurniaNya. Keampunan Allah dan rahmatNya akan memberi kesan bagaimana manusia sekeliling melayani dan menerima dirinya.



** this is just a random post.
tadi ke hospital pantai bangsar melawat kakak ipar yg sudah pun melahirkan anak perempuan ke-3..alhamdulillah,

semoga Allah mengampuni aku, kau dan dia2..uhu



Tuesday, December 4, 2012

3 december 2012

Ayat 26 dalam surah An-Nur..

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Ayat ni..akan diguna pakai sehingga akhir zaman..
bukan  maksudnya selepas dah kahwin, ayat ni tak berfungsi lagi kan..biasanya org guna ayat ni bila nak cari pasangan hidup.

Umar sedang tidur..sementara tunggu ayahnya balik kerja.
aku kerja shift malam. start 9mlm sampai esok 8pagi. 7.30mlm ni dah kena gerak.nt sampai hospital smayang isya' lu then mulalah bekerja. malam ni kerja ngan prp..malam 2 org je..hopefully tak ramai patient n tak banyak kes wad..huhu

Kadang pernah tak terfikir..kenapa aku disini..bagaimana aku disini..
haritu kerja malam dgn sorang akak ni..borak2 panjang..eh tak sangka kan kak, sy dah kawin, dah ada anak..umur baru 25 kot. ada je yg single mingle enjoy2 melancong sana sini dulu..
Akak tu reply balik..alhamdulillah,kan dah rezeki intan..

Tiap apa yg berlaku dalam hidup kita, sudah ditentukan kan..ofkoslah perlu berusaha sahaja..bukan wait n see rezeki dtg dr langit ke. Apa yg telah berlaku, PASTI ada hikmahnya..perkara2 silam yg mungkin pahit, manis masam sume tu..semuanya berlaku PASTI ada sebabnya.

Kadang bila terrtahu sesuatu perkara yg telah laamaa berlaku..hati rasa tak sedap. tapi fikir rasional..so what? so, apa impaknya untuk kehidupan sekarang dan akan datang? ada kebaikan kah atau sebaliknya?

Always ask 'so what?'--pesan speaker kursus Research Highlight harittu.

so what yg maksudnya, ok..so lepas ni apa? apa yg perlu dilakukan?
bukannya so what yg macam poyo sombong tu..hurmm..

Sekarang duduk serumah dengan mak mertua dan ayah mertua...mungkin hati macam tak merelakan kan.tp planning Allah tu pasti ada sebabnya..alhamdulillah urusan semua dimudahkan..jaga umar ke..masak ke.. tapii yelah..mesti nak hidup famili sendiri juga kan..
insyaAllah kalau diizinkan suatu hari nanti.

Kita akan berkahwin dengan orang yg melengkapkan kita kan. aku teringat satu pepatah arab, dia kata isteri ibarat tangan kiri, suami tangan kanan, bila dicantumkan,dapat membuat genggaman.
bila  kata lengkap, mesti banyak sifat yg opposite. kalau dia api, sy air..kalau dia bunga, saya daun..macam tulah..
in terms of family..my family and his family mmg berbeza...
susah nak masuk...yelah,kita dah membesar 24 tahun dengan keluarga kan..
sendiri kena pandai2 adjust in kan dlm family nya..doa banyak2..doa rabithah hati moga ditautkan hati.. doa moga diberi kesabaran yg cantik.


apa-apa pun..

tiada kebetulan dalam kehidupan...




Sunday, November 4, 2012


Dosa ibu bapa mengatasi dosa anak..

Terkesima sekejap..sayunya membaca apa yang ditulis oleh  ustaz ni.

....petikan dari  http://saifulislam.com


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu
daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala.
Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya.
Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan
apa yang diperintahkan"
[al-Tahrim 66 : 6]

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai.
Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa
kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri
dan anak-anak.

"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah
tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat
pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba
salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap
penting?
Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan
dan perhatiannya kepada anak- anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di
sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat
kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak
pun anak polis!

Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh
beranggapan sedemikian rupa.
Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan
oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya
menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti
dialog di atas.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip
artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya.
Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.

"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian", saya sukar
menahan hati dari bersedih.

Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan
membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari
memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus.
Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak
sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya
berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.

Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya
amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam
sudah menghamburkan air mata takutkan `kemarahan' saya.

Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang
tidak susah menjaganya.
Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak
bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah
yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan
mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi
usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan.

Saya tidak menyesal menjadi `suri rumah' selama beberapa tahun. Saya
bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master
secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya
menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar
di depan mata.

Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian
semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan.
Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah
mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya
sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam.
Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak,
menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya
bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah
hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik
ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca
baik.

Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful
Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang
bersama sambil menghirup udara petang yang segar.

Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama
roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik,
makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan
Umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk,
khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah.
Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan
kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam
untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di
South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami
sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya.
Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih
menghiris rasa.

Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak- anak
semakin meruncing.

Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung
daun-daun perang gugur di petang musim luruh.

"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita
mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke
Malaysia", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.

Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu
sahaja saya patut risau.
Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya
ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan
cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada
suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak
muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis "OMER".
Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia.

Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika
dan berkata, "my father is a Moslem!"

Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak
dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.

Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali.
Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami,
"apakah selamat anakku membesar di Malaysia?"

Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas
Iman dan Kufur kepada anak-anak.

"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!", saya boleh
menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.

Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa
yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam
yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya
lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area
melebar luas.
Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan
agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini
kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-
anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal
makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam
suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas.

Mampukah saya begitu? Entahlah...

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland.
Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk
darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua
jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan
belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis
setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah
berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey.
Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan
training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia
tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting
berkaitan dengan anak-anaknya.

Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang
dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan
leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya
tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur
kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang
usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi
pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti.
Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak
akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa.

Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak- anak 
adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka. 

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya
lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa
satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya
akan tangkap dia dan mandikan agar `sejuk', kemudian saya ke bawanya ke
bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang,
saya sentiasa setia melayan.
Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya
diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh
Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer
dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada
anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak
saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah
kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil aligh ini kepada
saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap
mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian
cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak
suatu hari ini.
Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama.
Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak?
Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana
orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika
atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu
orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang
berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau
Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang
seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika
saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan
akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru
nursery, dan entah siapa lagi.
Ibu dan ayah di mana?

Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana 
makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan 
anak-anaknya. 
Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, 
minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, 
semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang 
paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. 
Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan 
mereka? 

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain.
Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin
semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak,
lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.
Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih
diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret
saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada
anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u pertama
saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah
untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi
selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita
tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak
henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada
mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk
berpatah balik menyelamatkan keadaan.
Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan
kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan
pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya
kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan
didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan
di belakang, apakah ada jalan pulang?
Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa
kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah
pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula
dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Maafkan Abi dan Ummi!

http://saifulislam.com

" Ya Allah,Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Aku bermohon dengan kemurahan rahmat dan kasih sayangMu, Bukakanlah untuk ku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, " Amin

Wednesday, October 31, 2012

31 oktober 2012

Umar dah nak masuk 4 bulan..heee..
sekarang dia dah pandai meniarap..tapi tak betul2 sangat..dia takleh kuarkan tangan dia yg terhimpit tu..
masih lagi hisap jari..b belikan puting aritu..n disebabkan mama jaga, mama try bg pacifier tu..dia dah pandai dah hisap2 pacifier..hurm..mmglah kalau bleh tanak anak pakai puting...tp takpe..ok je kut.

umar kalau nak meniarap tu, bunyi bising tul..bising macam hiyaarkkhhh..'nak pusing nak pusing'...once dpt pusing..ok dah..yeay! berjaya.. =)

Sekarang kerja ada 3 shifts.
8pg-5ptg
8pg-9mlm
9mlm-8pg..

baru je habis shift malam yang masuk kul 9 mlm, balik 8 pagi...alhamdulillah..b kata umar ok je..
umar malam2 dia bangun nak susu je..dan biasanya waktu dia bangun mmg sama je..kalau lari pun sikit la..kul 12tgh malam, kul 2pagi, 4pagi. biasa yg kul 4 pagi tu,lepas susu dia tidur balik n kul 5-5.30pg dia bangun lagi..kejutkan ummi dia ni agaknya..umi bangunn solat subuhh..hehe
berat badan..hurmmm...naik 3kg dari berat asal..ofkos nak sampai balik berat asal tu bolehh..sendiri mau inisiatiflah kan..sy ada gugle2 exercise tuk ibu lepas bersalin..kena kuatkan otot bahagian rahim tu..ada yg kata sit up belum lagi..sbb otot masih lemah..tp skarang dah boleh kut ek..
lepas bersalin haritu disarankan cepat2 buat kegel exercise..tujuannya nak bg darah clear n at the same time kuatkan otot rahim..
apapun..kalau tak bekerja..mmglah macam asyik nak makannn je..kalau kerja bleh je tak lunch tengahari tu..


Ni gambar umar cukur rambut...sepatutnya kalau ikut sunah cukur masa umur dia 7hari + beri nama sekali..ha dapat pahala sunat..tp haritu bg nama je masa umur 7 hari..tak cukur..sbb tak berani cukur agaknya..kepala baby kan lembut..huhu
then masa raya balik bP sembang2 ngan azeela n fareha, dorang cukur baby umur 7hari..tanya camna buat bla3..hermy n imran kata guna pisau cukur n baby oil..cukur pelan2..
balik rumah terus terasa nak cukur jugalah...jom~
mula2 potong dulu rambut umar..rambut dia lebat..bila dah nipis tu baru guna pisau cukur..tapi cam tak berjaya..dah try banyak kali..plus ada kerisauan juga takut tercukur kulit kepala..aiya..pg kedai lah..kak linda dulu cukur atiya pun kat kedai..
kat kedai, pakcik tu cukur guna mesin rambut..hehe diamm je..best kut..hihi

bagus tau cukur awal2 ni...nt baby takde cradle cap..org tua2 ckp sawan kepala..dia cam ada kelemumur kat kulit kepala, bila kita sikat2 cam nak kikis tu, nt dia dtg lagi..
umar ada ckit aritu, nesib baik tak severe..lepas cukur, ok dah..dah takde dah..alhamdulilah..

hee kakak atiya cayang umar..atiya ni anak abang..
hurm...family planning..
dulu ada terfikir nak anak rapat2..tak beza tahun sangat, macam aku n kaklah..bea setahun je..
tpi bila dah baca itu baca ini..dinasihatkan jarakkan umur 2 tahun anak..
kena ada target kan..
contoh by 30 dah ada 3..hoho
sekarang 25, kedua 27,ketiga 29...hehe

dah dululah..
nak masak apa ye petang ni..aihh...


Saturday, October 6, 2012

6 october part 2

harini sangat stress!
post pun sgt macam nak meluahkan perasaan..
geram ada..tp end up nangis..
rasa mcm nak larikan diri skejap..dulu masa di Melbourne selalu je kalau rasa stress pergi Brighton beach sorang2..tgk sunset..pergi jalan2 city along Swanston st ke Bourke st ke, tak pun Vic Market..jalaann je sorang2..konon nak tenangkan hati..tahu masalah tu takkan selesai dgn jalan2..tp at least reda ckit beban dlm hati ni..
perempuan kut..entah..kadang nangis habis2an nangis..tp bukan dapat pe pun nangis tu..
sekarang nii..
rasa macam nak pergi jalan2 sorang2..tak kesahlahh..pergi cameron ke..pergi melaka ke..janji pergi sorang2..taapii mana bleh dah nak buat cani..ada hubby ada uma lg..gugu..

dah lama dah menyimpan idea untuk menghantar permohonan bekerja di Sabah..pg kota kinabalu..jauh ckit..
dan idea ni selalu sgt dtg waktu2 stress mcm ni..nak g jauh2..naseb lah..bawa uma skali..hubby sure tak ikutlah kan, dia ada kerjaya sendiri..tp takpe..pjj.

penyusuan ibu...
Allah tu Maha Mengetahui kan...
dia tahu ibu2 zaman 2012 ni ramai yg bekerja..ramai yg tinggalkan anak dgn pengasuh..maka nak menysukan bayi sepenuh masa agak susah..dan pilihan yg ada adalah dgn memberi susu formula/susu tin..
mungkin sebab itu ayat Al-Baqarah 233 mengatakan..

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233).

..selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yg ingin menyempurnakan penyusuan..

aku nak cuba beri susu ibu selama yg boleh..sasaranku, at least sampai umar 6 bulan..lepas 6 bulan dah boleh ajar solid food kan..sbb usus bayi dah ok..
taapii..
susah betul nak dapat sokongan org terdekat..
lagi disuruh beri susu tin pd uma ada lah..

stress!

tapi..iya..aku belum kerja lagi ni..
tak tahu lagi macam mana situasinya..
larat ke nak pam, nak disiplinkan diri..
nanti kalau stok ebm habis..kena topup susu tin juga kan..
tapii kawanku boleh..aku pun mesti boleh..
ramai je ibu2 bekerjaya yg boleh susukan bayi..uhu.
takpe..ambil je..dengar je..td en hubby pun dah beli susu tin..backup katanya..tapi akan disorok..selagi tak terdesak nak guna..jangan guna..

yg buat ku sangat2 stress ialah bila org terdekat macam tak sokong je nak bg uma susu ibu...

tensen!

Friday, October 5, 2012

6 oct 2012


dulu sebelum kahwin, sy pernah berkata..sy tanak duduk rumah mertua lepas kawin..kite dah keje, ada duit, kite mampu, kite sewa rumah!
end-up bincang2 punya bincang..last2 duduk rumah mertua juga..rumah mertua di kampung..tappii tak duduk dengan mertua..ha ok..relieve...
rupanya hujan tak sampai ke petang..
baru sebulan...mertua nak duduk kampung dah..
alaaa.................................................................... T_T

Semasa kerja di Hospital Selayang dulu..
ramaaiii sgt kawan2 yg tanya, 'Ok ke duduk sama2 mertua?'
jawapannyaa....'ha, kena try duduklah baru tau..'

ni dah ada anak..
mak mertua nak jaga anak pula..
ha cane? ekau nak bg ke tak?

tanak bg...
stress!
aku nak bg pengasuh jaga je ..tiap bulan bayar..nak arah suruh ini itu pun takdelah rasa pe sgt..
 ni kalau mak mertua jaga..nak suh itu ini cam takbest kan..

isu i nak bg susu ibu kat anak..i pam n store dlm fridge.nt  nak guna panaskan kat warmer..i dah beli dah warmer tau...tp td bila dia kata susah2 dia panaskan dlm air panas je..rasa tensen plak..i baca, takleh direct panaskan dlm air panas, air suam takpe..sbb nnt nutrien susu tu musnah..
kang nt kalu susah2 sgt,dia bagi susu tepung plak..dulu 1st day baby lahir dia yg suh nurse bg susu formula kat baby..
argh stress!

Wednesday, September 19, 2012

18 september 2012

19 september..
birthday mak..dah call td ucapkan happy birthday mak... :)

harini umar dah 2 bulan lebih...kejap je kan..
dulu kecikk je.. bila menyusu tu kena sentiasa jaga hidung dia.kadang tersembam takleh nafas..
cian baby kan..lahir2 dia masih tidak boleh kawal diri sendiri..perlukan belas ihsan mak ayah..kalau anak kucing kan lahir2 terus boleh jalan2..
aih..tergamaknye mereka yg buang bayi..huhu yg flushkan bayi dlm tandas..
astagfirullah..zaman dah kembali spt zaman jahiliyyah dulu, malah lebih teruk! org arab dulu bunuh anak perempuan je..tp org sekarang tak kira pun.. :'(

   Anak2 Chesty..Cloudy and apa ek lagi satu tu..lupa nama..kucing di Melbourne dulu..

genap umar sebulan, umar kuat berpeluh..ingatkn masa kat bp tu je..sbb kt kedai kt bp tu mmg panas..tp bila blk ijok, sama juga..kuat berpeluh..
Ayah dan umar, sedang tunggu giliran untuk Hepatitis B 2nd shot..gugu (Umar usia 1 bulan)

sekarang dah 2 bulan, umar dh pandai hisap jari!
kalau lambat respons kat dia bila dia nk menyusu..mulalah tangan dia naik mulut...aii bijak2..

sekarang ni aku asyik nak maakaann je..ntah. nak minum milo ais yg pekat...yg sedap cam kat kedai tu..nak makan dadih..nak puding caramel...nak cream puff custard..etc etc...
rumah ni takde oven..kadang2 ada keinginan nak bake tu terus mati sbb takde oven..
kerajinan memasak dan mencuba resipi2 untuk bake ni dah tak seperti di Melbourne dulu..
reasonnya..oven takde..kedai jauh..nak g susah..takkan nak drive sorang umar letak tepi..tunggulah umar besar sikit ke..dah pandai duk carseat ke...uhu
tapi masa umar belum ada pun dah takde mood dah..nak masak lasagna pun malas..beli jelah..tp bila beli tak sedap sangat ponnn...gugu
nak oven! nak oven besarr..tamoh oven kecik2 tu..
takpelah..sabarr.. tunggu rumah baru siap k...aii lamanya lagi..
Nak dapur cam dapur Wardina ni bleh? Boleehhh..standbylah 20k..

sy rindu nak usrah..huuhu
selepas kahwin dan selepas duk ijok ni..sikit je usrah..memula usrah kat Unisel sbb dekat ckit ngan rumah kat Ijok ni..taapii...tak lama pun..yg usrah kat unisel tu dalam sorang dua je..huhu balik pula dah tengah malam sampai di rumah..duduk dengan family mertua...duduk rumah kampung lagi..jalan gelap takde lampu..dgn dah ada kes2 pecah rumah berlaku..balik rumah lambat tu macam susah ckit lah..huhu
so akhirnya berakhirllah usrahku..

then kerja di hospital selayang..oh ramainya akhawat..adik2 student medic yg attach pun ada..jumpa kak D, specialist kat medical ward..selalu ward round ngan dia tanya2 ada usrah tak..dapat no contact sorang sis ni, dia ajak join usrah adik medic final year..sebelah hospital selayang je fakulti perubatan uitm..taapii again..masalah balik rumah lewat malam.dahlah selayang-ijok ni jauh ckit..nak pulak lalu highway LATAR yg sunyi sepi tu..huuu ada terfikir nak tumpang tidur rumah adik2 tu...tapi org luar dilarang tidur dalam asrama...okay takpe.
againnn..tak dapat nak usrah ngan student medic..

last2 alhamdulillah..kenal sorang sis, prp pharmacist juga..baru je masuk dari hosp sabak bernam..dia ajak join usrah dia..dengan kak aisyah muharikah..alhamdulillah..ahli2 usrah semua Uk-grad..aku sorang je dari oz..apa2 pun..sangat seronok..bila usrah je, minta kebenaran suami nak tidur rumah member..
balik rumah esok harinya..alhamdulillah..walaupun sekejap je..sempat 5 sesi je gitu..

dan sekarang....
rindu usrah tibe2...
takkan sama kan usrah mula2 kat melbourne tu dgn sekarang..uhu
tadi mama baru blk kelas agama share ilmu ttg surah al-araf..
mama tanya tahu tak a'raf tu maksudnya apa...
tau...maksudnya tengah2...dinding antara syurga dan neraka..
ok, then mama pun ceritalah..org yg duk tengah2 tu bila amalan baik dan buruknya seimbang..tapi last2, Allah akan masukkan juga ke dalam syurga org2 tu..etcetc..

apa2 pun..
rindu Melbourne..!
AIrasia sale ni..free seats.. from rm245 kL-Melb..jom b jom..uhuhu..

Insyirah.. 3 orang still single lagi..hee..

tu dulu..




Tuesday, July 31, 2012

Alhamdulillah..Umar dah masuk 19 hari harini (31 july 2012).
Td nurse dtg rumah untuk postnatal check, check berat umar, wow dah 3.9kg..dari 3.09kg awal2 lahir haritu..hihi gumukz minum susu ibu je ye...hee..
Lately ni..sy cepat betul lapar...gugu sekejap je dah lapar..pastu nak makan macam2 plak tu...mentang2 luka bawah dah kering..tp tak jamin baik penuh lagi..janji dah kering, mak kata semua mende bleh makan, except telur n seafood..jaga2..nt gatal katanya..baik mak.

10 july 2012..
jam 3pagi..tetiba rasa lain macam..terjaga dari tidur, ke toilet dan dapati ada darah! sedikit je..tak banyak..alamak..nak bersalin dah ke..tp takde rasa sakit2 contraction yg kejap ada kejap takde tu...so relaxlah..
ada 3 tanda dah nak bersalin, keluar darah, keluar air ketuban dan sakit contraction sekejap2.
esok paginya, subuh, bgtaw en hubby..en hubby terus kata, jom pegi DEMC..huhu perlu ke pg..sbb tak sakit pun, tayah pegilah..
tp en hubby insist, dia kata ingat tak masa mummy gugur dulu..kan ingat darah tu bese2 je..rupa2nya tanda nak gugur..ha ni jgn ambil ringan pula..
oklah..moh le kite ke DEMC.
sampai sana, nurse wut CTG, nak cek fetal heart rate and monitor contraction...takde pe pun lepas 30 minit..nurse  kata ada sekali je contraction yg agak kuat..tp aku tak rasa sgt pun..
Dr Jumeah dtg nak cek bawah, dia ceklah, dan katanya jalan belum buka lagi..
so boleh balik..

11 july 2012..
aku pergi kerja seperti biasa...org hospital sume tergezut..eh, tak bersalin lagi ke? hoho sume org tanya camtu..ingat dah kena masuk wad dah smalam sbb dah kuar darah tu..
belum lagi da..
kawan2 dah bising suh cuti..esok  dah due date dah..
due date je..tak semestinya..aku malas nak cuti free2 je..duk umah bukan buat apa..baik keje ni..

malamnya, mak call..suh cari tebu hitam..kalau tak pun tebu hijau pun boleh, mak suh makan dulu..ini petua katanya..kakjah ni kembar darah ni..nt nak bersalin tu sakit...maksud kembar darah tu, darah keluar dulu baru air ketuban..kalau air ketuban yg keluar dulu, kembar air..dikatakan tak berapa sakit..entahlah.
ni orang2 tua kata..
ok2, esok pakcu carikan tebu...

12 july 2012
pukul 3 pagi..aku sakit pinggang, sakit perut..sakit cam senggugut..mula2 rasa biasa je..
tapi bila dah makin kerap..tiap kalai sakit, terjaga..pastu baru je nak tidur balik, rasa sakit datang lagi..huhu oh terus terfikir, inikah yg dikatakan cntraction kejap2 tu...terus amik hp, tgk jam..jot down kat sticky note.
boleh dikatakan, setiap 30 minit, setiap 20 minit..tak tentu..ada rasa sakit tu.
sok paginya..aku yg ajak hubby g DEMC jom..nak check sbb sakit2..
masa ni kul 7pagi..masih ada sakit kejap2 tu..macam biskut..jap ada jap takde..
dah sampai shah alam depan NSTP tu..eh, takde sakit dah....dah hilang terus..adoi...takut false alarm je ni...takpelah..dah alang2 kat shah alam dah..cek jelah doktor ya..

masuk DEMC, dlayan kakak nurse yang baik, akak tu cek..oh dah buka 3cm ye..so kenalah stay wad..
waaaa...excited~! hihi..

akak nurse kata, kul 1 dr jumeah nak pecahkan air ketuban...ok..
dari pukul 8pagi sampai kul 12 tghari, akak tu cek skali lagi..masih 3 cm..huu parah ni..lambat2..tori yag belajar, setiap 1 jam akan buka 1 cm..ni dah  beberapa jam tak buka2 lagi ni...
pukul 1pm, dr tak jadi pecahkan ketuban, masukkan iv drip hartmann plus 10cc pitocin..run 6mL/hour..
hurm..sikitnye run,6mL je..(dalam hati)..
tp masyaAllah, efek ubat tu..terus rasa contraction...dr tadi relax je tak sakit terus rasa sakit jap sakit takde..
then akak nurse increase mL, 12mL/hr, then 24mL/hr..huh huh..lagi kerap dan lagi kuat sakitnya..sampai satu tahap tu, aku yg cakap ngan akak, kak turunkan rate jap kak..bg sy rest jap..penat den tahan2 sakit ni..

dah petang cam pas asar camtu..dah bukaan makn besar..memang sakit..memang akan ada satu tahap yg rasa nak meneran tu ada, tp akak nurse kata jgn teran..tahan..nak tahan tu yg..ohh macamana nak tahan nii....tahan jelah..tapi ada moment yg memang takleh tahan..teran jelah juga...satu lagi akak nurse kata..teran sikit2 je intan kalau takleh tahan..ok kak..
ada satu moment juga kalau sakit tu..mmg dah tak rasa dah sakit..lantaklah nak buat apa.
kakak nurse cek lagi bukaan dan bantu membesarkan dan mencepatkan bukaan supaya 10cm..
tapi bila cntraction tak ada, relax je..macam tak sakit apa..
sakitnya tu kejap ada, kejap takde...bila contraction dtg, CTG yg monitor contraction level tu akan increase..bila nombor tu increase, orang sekeliling tahulah aku ni tgh sakit..
ubat penahan sakit yg dibeikan  ialah gas Entonox..tiap kali contraction je sedut..nak lalokkan diri..tapi sakit jugaa.... ubat tahan sakit ni, dia nak konfiuskan kite je..bukannnya blok signal impulse sakit tu..kalau betul2 nak blok, kena amik epidural.
tgh2 sakit tu, mmg aku menyibukkan diri bercaaakapp aja...tujuannya semata2 nak distract otak dari terlalu fokus 'sakit' tu...nak bag diri tenang juga..
come on in..mende ni natural..semua perempuan boleh  buat..Allah bagi kekuatan pada tiap wanita..pasti boleh punya! pasti boleh normal delivery..

doktor cakap aritu, tulang punggung aku kecil, dan ada satu tulang belah kiri ni yang prominent..laluan baby tu agak selekoh..so dia suggest c-zer..tapi aku tanak..insist nak normal juga..dun wory doctor, my baby pandai belok2 kat corner ni...

bila dah buka 10cm tu..
semua nurse keliling aku..ada 3 nurse, 1 doktor pakar.
nurse2 ni sume bagi sokongan dan galakan..
'ha ok intan, td kata nak meneran..pasni kalau sakit teran sepenuh hati..teran kat bawah ye intan, jgn teran kat muka..'
'ok intan, ni tgh contraction ni kan, one two..goooo!!!' dgn smangatnya akak nurse ni gtaw.aku yg tgh sakit2 ni pun huh terus rasa bersemangat..
'ok intan, pandai2 curi nafas, teran lagi ye..'
oh part ni paling susah..nak curi nafas cemana..semputt takdo nafas dah..teran sehabisssnya..sempat sedut sekali je macam nak tarik nafas tu,teran lagi....

dan bila part kepala baby dah masuk bawah..bulk..mmg rasa berat kat bawah..oh baby kena keluar..ok intan kuatkan smangat..kena cuba betul2 ni kalau tak nanti baby lemas...fuh tp mmg penatlahh...cepatlah baby keluar...ya Allah mudahkan ya Allah..doa mmg tak putus2 time ni..en hubby kat sebelah tolong urutkan pinggangg yg sakit amat.

last2, dok gunting bahagian bawah..namanya episiotomi..mmg tak rasa doc gunting..tak berjaya juga keluar,doc bantu dgn vacuum sedikit..
huhu nasib baiklah kepala anakku tidak lonjong..
vacuum sikit je, dan aku teran..pup baby pun keluar..
berlumuran darah baby..terus diberikan padaku..subhanallah...alhamdulillahh....oh anak mummy...

nurse kemudiannya sedut2 darah2 atau cecair yg ada sekitar mulut hidung baby...baby tak nangis kuat uwekk uwekk tu..dia cuma cakap 'ek ek ek..' hehe kalakar pula..
nurse amik, bersihkan die...beri pada abang untuk diazankan.. oleh kerana jam dinding betul2 depanku, lagi 5 minit nak kul 7ptg..tp bila tgk rekd yg dok tulis, kul 6.47pm..

selepas baby keluar, berlakulah proses menjahit....disebabkan kulitku kulit taufufa katanya..doc kata sy jahit keluar darah lagi..jahit lagi, keluar darah lagi..huuu....proses menjahit yg sepatutnya berlaku 30minit (normal) dah jadi 1 jam. doc suh aku stay ward satu hari, nak monitor sbb darah aku tak henti2 keluar..ni bukan darah nifas tau..darah nifas tu kalau tak keluar yg merisaukan...ni darah tempat jahit tu...tak berhenti..asyik keluar je..tiap 2 jam, tekanan darahku diperiksa dan berapa pad yg digunakan disemak. tekanan darahku rendah..ada beberapa kali mesin ukur blood pressure tu soundkan alarm tekanan darah tak cantik..yelahh penat tak ilang lagi..

lebih kurang pukul 10malam..baru aku keluar dari labour room dan dihantar ke bilik wad. aku request kat nurse nak baby..baby masa ni kat nursery..cian die...huhu
lepas je nurse hantar baby, familyku dari johor pun tiba..dorang sesat sikit..pusing2 shah alam ni cari DEMC..bilik aku ni sorang satu bilik, so mak abah hubby tidor skali..family member yg lain, pandai2lah cari tempat tidur..ehe

itulah die..
esoknye..hari kedua...sakit  badan mula terasa..betis ni cam takleh gerak..badan2 sume sengal yg gerak sikit rasa kebas..nasib baik mak ada,,mak urut sikit2..alhamdulillah..

apa2 pun...alhamdulillah ya Allah..
terima kasih atas anugerahmu ini...insyaAllah aku kan cuba sedaya mungkin untuk membesarkannya...supaya menjadi hambaMu yg soleh..
berilah aku dan suamiku kekuatan ya Allah.
tentukan yg terbaik untuk agama kami..sesungguhnya Kau Maha Mengetahui...
ameenn..




Tuesday, July 24, 2012

Dear anoi...
sori lambat update gambar baby..
penat..
he he..

pantang 44 hari ye?
hurm..sekarang pantang di rumah mak mertua...mak mertuaku ini orang melayu melaka..macam tak banyak pantang..nak makan apa pun makanlah..makan ayam, daging..makan jeler...tapi kalau rasa gatal2, berhenti makan. macam tulah konsep mak mertuaku...bengkung2 pun takde...pakai korset ja...

kalau ibuku..ibuku org jawa..macam2 pantang..milo tak boleh dulu, gula putih tak boleh dulu..bengkung, param pilis..aritu macam tergerak nak beli pilis..tp fikir2,malaslah nak pakai...dah bersalin..mak dtg ijok..mak tanya pilis mana, param mana..aduiyai..esoknye terus beli.

mak kata, kalau baby dah tanggal pusat..kena tidur tegak...90 degree..kaki lunjur..huhu susahnye nak tidur cani...bila tanya kenapa..mak kata takut darah putih naik atas..nt meroyan..hurm..entahlh..tak paham. dalam konsep medic ada ke ek..macam takde je..takpelah..org tua2 kata..dengar dulu..ambil mana yg terdaya..

nama baby, Umar B Norman Naim...ehe pendek je kan..nak namakan Umar Firash..tp bila tanya muna, muna tanyakan adik dia, Firash tu maksudnya 'tilam'. aik..dalam buku nama2 tu maksudnya celik akal..sudah..tak jdlah letak Firash...jd  Umar je..

=)

                                                     Umar tgk acik noi...ehe

                                                          Day 1 of life di DEMC Shah Alam

                                            Ni baby muna noi..gegurl...nama tataw..1st ramadhan...

                                                               muna n family... =)

ok itu dahulu..doakan kami ye cik noi..

Wednesday, May 9, 2012

9 may 2012

isnin lalu..appointment baby di KK..tiba2 ada masalah...aku ke hospital sungai buloh untuk mendapatkan rawatan pakar... setelah diperiksa, HO beritahu, ada darah di pangkal rahim..which is abnormal... kalau darah masa sembelit tu..normal juga untuk ibu mengandung..tp darah tu dekat tempat lain..bukan di pangkal rahim..
Amniotic Fluid Index: 14..masih dalam range normal..so tak perlu risau sangat. doktor KK nak rule out PPROM-premature preterm rupture of membrane...huu

nurse kata, kalau baby keluar semasa umur lebih 28minggu dikira bayi tak cukup bulan sekiranya hidup, sekiranya tidak..dikira meninggal dunia.
kalau kurang 28minggu, dikira keguguran
kalau lebih 36 minggu, dikira cukup bulan.

T_T

anyway..mood harini sgtlah swing tiba2..tiba2 rasa nak nangis..tetiba rasa diri ni lemah..
kan whatever happens, it happens for reasons in? guu..

rasa nak bercakap, nak share dgn seseorang everything...tp macam takleh share ngan cik hubby..entah...rasa nak share dgn seseorang...huhhuhu..

mood tak betul.
argh!

Wednesday, April 25, 2012

25 april 2012

uhu boringnyeee....
harini off shift lagi..
esok shift pagi..tapi sbb aku ada kursus di HTAR, 8-5lah esok.
kena dtg hospital kul 6.30pagi sbb kenderaan hospital gerak 6.30pagi..gugu maknanya kena kuar umah paling lambat 5.30pg...hoho kenapalah rumahku jauh dengan hospital...kalau dekat kan best... =(

td plan nak pegi butik mumdreams kat shah aam + nak lunch sama ngan hubby dearie...tgh siap2 comey2 cantik2 tuuu hubby sms pulak kena g meeting kat kL...ah frust. terus takda mood..malas ah nak kuar..huhuuu...lain kali jelah..sob sob.

smalam mama utarakan isu nak bersalin mana..
aku cakap lah bersalin kat hospital sg buloh je kut..
eeeiiii....jgnlah bersalin hospital gomen (government)...staff nurse rude, servis poor..bla3..
hurm...
bersalin private mahallah maa...(dalam ati je)..
2-3k tuk normal delivery...
kalau ada complication, bleh up to 5-8k lerr...
bek duit tu ak bagi mak abah..
uhu..

apa2 pun..thanks mama..i know u want the best for me...tapii hospital gomen pun ok je...staff nurse rude tu mmg ada je..ikut orang kan..

nak masak apa ye ptg ni...
slalu taktaw nak masak apa..
n malas juga actually nak masak...hehe

tu jelah..
hurm...



Tuesday, April 24, 2012

24 april 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini sy off shift..sbb semalam dah keje shift malam 9mlm-7pagi...huuu ngaaanntokk sangat....pukul 9 malam tu ada sampel darah TDM..machine pula buat hal..sampel darah ni dah datang petang lagi..sepatutnya org yg keje petang tu lah yg buat..tp disebabkan dia tak tahu buat..sbb dia baru pindah masuk dr Hospital Kota Bharu, dia pass over lah pada orang next shift..rasa cam tak patut pun ye juga..bukannya baru sebulan dua pindah masuk...
Hari esoknya, sy telah mencadangkan kpd seorang teman supaya pegawai tersebut melakukan atachment di TDM..kalau dia kerja malam dan tiba2 ada kes poisoning kan dah susah kalau 'tak tahu' buat?
'tak tahu' bukan alasan yg bagus untuk tidak melakukan sesuatu kerja kan? boleh belajar..

Mesin buat hal pula..ada 2 ubat, phenytoin and valproic acid..sampel darah satu tiub je..run control dulu, bila value dah masuk range, baru ambil sampel plasma darah..tiba2 mesin buat hal pula..reagent valproic acid tak cukup..patutlah asyik bunyi je memanjang..tukar reagent, sampel darah pula ada blood clot. kena asingkan, centrifuge dan ambil plasma..plasma dah mix dengan blood...result mesti tak accurate lah ni..gugu...

end up smalam..lebih kurang kul 4 pagi jugalah baru nak siap..mata mmg ngantuuukkk bebenar..sbb nak tunggu mesin tu stand by tiap kali run control,bla3 ambil masa. terpaksa minum kopi untuk stay awake..walaupun minum kopi tak elok untuk perempuan mengandung..uhu

Then prp yg kerja sama tanya soalan bonus..'kak intan tak nak tidur kejap ke?mata dah merah..' hoho mmg peluang...'ok akak tidur jap eh..apa2 hal kes penting, kejut.'

Kes penting merujuk kpd kes2 kemasukan pesakit ke dalam wad yg memerlukan ubat2 high alert, seperti fondaparinox, clexane etc..
kes yg kurang penting adalah kes2 separti demam, sakit perut, accident jatuh motor bla3..yg perlukan ubat panadol, ubat selsema, batuk, tahan sakit..camtulah. yang ni, sy yakin prp tu boleh buat dengan jayanya.

dan kebanyakan kes yg ada waktu pagi2 ni, antara 12tgh malam-7pg ialah:
-kes baby demam.
- accident yg tak serius sgt..kes langgar lari..mangsa semestinya kebanyakannya penunggang motor.
-sakit perut, gastrik angin.
-demam batuk selsema.

ha..itulah..dan start kul 3pagi-7 pagi tu..mmg boleh dikira berapa kerat je yang dtg ambil ubat..dalam 5 orang gitu je..uhu. penant nak berjaga malam...huhuhu itulah cabarannya..tp niiat kerja kena sentiasa betulkan kan..insyaAllah kalau diniatkan kerja ini suatu ibadah, dapatlah kita pahalanya insyaAllah..

kesiannya baby nt mummy kena kerja malam...=( baby tidur ngan ayah eh...


Thursday, April 12, 2012

12 april 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

hurm..sekarang 10.49mlm...hari Khamis.
di ruang tamu bersama hubby dearie n mama..oh yes, sy serumah dgn ibu dan ayah mertuaku..ehe
teingat dulu 11 april 2011, hari pertama bekerja di Hospital Tanjong Karang..duduk di asrama jururawat..hurm..mmg masa tu plan nak duduk dalam hospital je..sebab nak duduk sebulan je..11 may nak ambil cuti..14  may nak kawin..after kawin, ofkos duk ngan suamilah kan..plan siap dah masa tu..

tup2..dah setahun dah ni...
dah pergi pun bahagian perkhidmatan farmasi di MBSA shah alam..interview jap..sembang itu ini..ada homework kena buat..then tunggulah surat kena posting mana..hurm..kalau boleh minta stay hospital ni...senang ckit..tayahlah nak fikir rumah baru nak cari ke bla3..

lagipun..dah suukee environment kerja di sini..maksud sy dr segi teman2 kerja..well, tempat kerja ni kalau u stress je slalu tak syok lah kan..
macam kerja kat hospital selayang aritu..huhuhu stress manjang...suasana muhibbah tu cam kureng cket lah..dah tu prp sendiri tiap2 ari ada je kisah tak puas ati ngan preceptor ni preceptor tu...stress ngan orang ni org tu..tak best lah kan....kita nak environment yg sihat, nyaman...dah kalau dalam hati tak sepoi2 bahasa je..hurm...nak keje pun tak sronok..nak minta cuti punyelah susahhh...tiap public holiday nama asyik naik..gugugugu

takpelah..sy lebih suke hospital kampung ni..
berbakti kpd masayarakat yg meemrlukan...patient pun tak kerek. doktor pun baik2..
pendek citer...perbezaan yg amat nyata dan jelas suasana kampung dan bandar..
cite macam sumenye baik jee..takkanlah takde cacat cela..iye ofkos ada..tak sume rambut hitam kan..mesti ada kelabu ke putih ke.. tapi..banyak yg hitam kan..so..knp nak besar2kan yg kelabu dan putih..

=)

apa2 pun..sy suke hospital sy..sy harap sy masih ditempatkan di hospital ini...namun sekiranya ditempatkan di hospital lain..Allah lebih mengetahui..



He gives us what we need..not what we want..kan? =)

Alhamdulillah..

Tuesday, March 27, 2012

26 march 2012

Dear bloggie...
harini sy kerja shift, masuk 7pg keluar 2ptg. then straight ke klinik kesihatan, ada appointment cek baby..lama juga tunggu (hurm...itulah klinik kerajaan.nak cepat g private lah kan?)..habis cek, mama suh g workshop cek kete..ok boss~
penat!~ mungkin sbb dlm kepala td dah set nak balik umah tido jap..uhu...
esok, start shift petang pulak..masuk 2ptg, balik 9mlm...
dan satu lagi shift masuk 9mlm, keluar 7pagi..hoho shift ni yg paling malaasss skali..penat mata nak stay up..

hurm..nak taip panjang2..tp lum ada mood pulak..
later lah.

noi! remember ciklah? yg stay umah kite kat melben then kite bawa jalan2? dia kim slm...semalam jupe kat wedding ... soalan yg dr dulu dia slalu tanya: 'Bila nak dtg Kemaman?' ha, bila noi? sy jawab..'tunggu ciklah kawin..hehe..'

Monday, March 12, 2012

12 march 2012

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Al-Hajj : 5)




Bila baca Al-Quran ayat ni td, baby mummy tumbuk perut...aiyak...iye iye..baby dengar kan? =)


hurm..skarang bila2 free, baca blog2 ibu2 yg dah bersalin, kelengkapan baby..bla3..aritu berbual  dgn fareha barang2 apa nak dibeli..salah satu yg dibualkan ttg pampers..eha kata awal2 baby tu, banyak buang air n poo ckit2..so kalu nak gune pampers pakai buang, mmg laratt ler nak kuar duit tu..so dia cadangkan cloth diaper..mmg 1 tu mahal cket, tp leh basuh semula..plus baby leh pakai nappy liner awal2..so takdelah kotor sgt...bila google isu cloth diaper ni..baaaanyakknyee info....huhu


pape pun..baby mummy da makin besar..alhamdulilah...doa doa doa!! banyak2...minta doa sahabat2 juga ye...
=)

Friday, February 24, 2012

hurm..

harini 24 feb 2012..
tadi aku menziarahi Puan Ida di Sekinchan...tgk baby yg baru 4 hari lahir..rasa sangat suci, murni tulus ikhlas..uhu baby kan..masih kecil tak berdosa lagi...parents lah yg mencorakkannya..
teringat Noi, baby dah cane? kata nak bg tgk gambar????? aiyak!
teringat Mar, muaz dah besor...
Fareha juga..tak sempat lagi nak balik johor ni..bzzzbzbzbzbzbzbzb  dah start keje shift, dengan staff yg kurang, ha cepatlah turnover giliran tu...takpelah.

me n mun..insyaAllah bersalin dekat2...
kite berdua ni banyak melalui fasa2 kehidupan yg sama kan mun...
kahwin selang seminggu..
haritu gugur pun rasanya selang seminggu..
tahu mengandung balik selang 2 minggu...
hurm....sy percaya tiada kebetulan dalam kehidupan..
setiap yg berlaku ada hikmahnya..untuk kita fikirkan apakah ia disebaliknya..
berdoalah..mohon diberi petunjuk atas segala yg berlaku..

ttg isteri..
sebelum kahwin, mungkin ada pernah mendengar org berkata, 'lepas kahwin dah tak seindah zaman sebelum kahwin'...hurm..
haritu masa pergi Program Baitul Muslim kat Bangi...penceramah tu kata..semasa sebelum kahwin..si S telah pun meletakkan pelbagai aksesori2 pada pasangan yg menyebabkan kita rasa oh dialah satu2nya..dialah yg kita sayangi cintai bla3....tapi sejurus selepas nikah je, semua aksesori tu ditanggallkan...kerana si S tu tanak dah pasangan yg dulunya sibuk dia nak satukan, kini bersatu di bawah kasih sayang Allah.
so..bewarelah...ambil ini sbg peringatan utk segala yg berlaku...

cepat2 aku akan mengingati kisah sahabat yg dijanjikan syurga, hanya kerana dia memaafkan semua orang, dan tiada sekelumit rasa benci/tak puas hati dlm hatinya setiap hari....indeed a good reminder for me.

orait...takmahu celoteh panjang..cukup dulu

i miss melbourne...i nak makan biskut coles yg ada lapisan cokelat tu..i nak makan chips chilli sambil wut esaimen..i nak roti coles yg lembut..i nak arrowroot cecah teh O..hoho i nak cab inarii!!!!!

bye.

Thursday, January 5, 2012

5 januari 2012

happy birthday to me...
may me become new me..
come on me...improvise~~!!!

tahun ni....
birthday yang............................................


hu hu hu...





menyedihkan sikit...

i expect sumting extraordinary....hurm..tulah expect the unexpected kan...
kecewanya sanubari.

anway..everything happen for reasons...
to teach u not to cry too much.

selamat tinggal 5 jan. oh yg pertama...uhu