Saturday, November 27, 2010

Perlu berdisiplin! HARUS!


mak abah yana di MAHA 2010 UPM Serdang.
26 November 2010 - 5 december 2010
am proud of u!~ :)

Thursday, November 25, 2010

25 November 2010

 Selamat datang ke Australia...
Di Australia, kami ada Kangaroo dan Koala..

Kami juga ada Penguin...
mini penguin...saiz: 13cm
kecil kan?
:)

 1915 penguin mlm itu?
kali ke-3 ku ke Penguin Parade..
ini yg terrbanyak!~
:)

rasa ingin baring di atas hamparan rumput2 itu...
di The Nobbies..
subhanallah...canntekkk sangat!

The Nobbies with aunty Fari (founder of little khaliph kindergarten) and tas.

 Semalam, adik2 housemate Pelham beri kami hamper BFG..
macama2 lah korang ni.
harini mrk mahu masak sumting special.. 
:)

 Apa dlm hamper?
choclates!!~
T_T
bessstttt taaapiii.....
u ruin my diet lah adiks!!
*dietlah sgt~ 

jalan2 ngan fairuz beli cermin mata itam..
hehe..

takde mende nak update sgt.
ke ladng postpone sabtu ini. mungkin.
tertakluk pada perubahan.
jgn lupa baca Quran tiap hari!
BACA ni cik nurul!!! :p
baca Quran tu tiap arii...
:)

Sunday, November 21, 2010

21 november 2010

Italian food? yummy~ 
anyway..haritu kami ada Pelham Day Out...
kami decide utk makan luar di satu restoran Italy ala-ala Alamaro kat Brunswick tu..oh harga pun ala Alamaro gitu..tapii lagi berrbaloi!~ banyaak plak tu... alhamdulillah.. ^^

 Terletak di Camberwell..about 20 minutes drive.

 3 main course + 1 chips.
messy ckit...mmg camtu..

 Pepper Steak

 Fritto Misto..
sangatt banyak..kitorang tak habis..left over bawa balik.

 Taglietelle Sofia
pasta ni..i yg order..sbb i tak suke pasta yg tomato sauce based.
pun tak habis juga..share 5 org..
delicious!~

Kami berlima~
Housemates 2010.
^__^
sayang semua.

otw balik rumah..seseorang buat announcement dlm kereta...
ehem...the dinner is on me... waaa...
tenkiu u~ alhamdulillah... =)
blehlah pergi lagi skali kan...

Tadi, sy dan Athirah ke Camberwell Sunday  Market...saje jalan2 tgk2 kalau ada benda best baru beli..
dapat jam tangan~ Athirah hadiahkan. yeay!~ =) 
Disebabkan Sofia Restaurant around the corner je..jom g mkn 1 restoran best ni nak?

 Kami mkn Tortellini pollo Funghi..
share 2 org pun tak habis..banyakk sangat..
plus pasta kan muak kalau mkn banyak2..

 buku athirah beli..

buku athirah beli juga..

secara keseluruhannya..
alhamdulillah..
esok nak pack brg ckit..then keluar ada janji ngan org..
selasa janji ngan adik nk g Phillip island (oh againnn???) kali berapa? dunno.the last one maybe...insyaAllah..
rabu..janji ngan sorang adik g werribee pula
khamis..off to ladang~
jumaat..start kerja kalau takde apa2 hal.
kenapa u nak kerja tahun ni?
i have my own reasons k~

stay calm~
:)
jaga niat..
beringat sentiasa..
jgn sombong!
kalau Allah nak tunjukkan sesuatu..time tu juga Dia boleh bg k!
so, beware.
sy tulis utk diri sy sendiri.

tc.

Friday, November 19, 2010

19 november 2010 - 1

Alhamdulillah.
segala puji bg Allah.
Astagfirullah.
Ampunkan aku wahai Allah..Maha Penyayang, Maha Mengasihi..


jom cerita ttg Victoria market. :)


KETAM!




Sgt suke jam2 ni!~ harus dapatkan 1!~ 




 Jalan2 Victoria Market, aim nak beli Nougat utk Hanani..
hurm...itulah..abah pun suka nougat ni, tiap kali balik Malaysia mesti beli 1 paket tuk dia..
dia je yg suke..org lain so-so je.. 
k..matlamat tercapai. dah beli.


Kedua..nak beli KETAM!
oh yes...
janji sudah lama ku tangguh..aip tapi tidak sekali ku mungkiri....
ku tidak ingin menjadi munafik! apabila ia berjanji, ia mungkiri..
ha... so td dah beli ketam..kali ke-2 sepanjang 4 tahun di sini.hihi.. 
1st time beli..tahun lepas..beli je..sbb Mar volunteer nak masak..hehe.
kali ni, i beli..i kena masak..sbb dah JANJI.


fikir2 juga lah..camana nak 'siang' ketam ni..
tahun lepas, Mar yg buat. tak tahu menahu pula.
so..daku pun melakukan research di internet sebelum beli ketam itu...haha youtube siap.
google...how to clean crab..banyak video keluar..


td masa nak beli tu, ada makcik pakcik Italy ni beli ketam..beli 2 je..sbb 2 org je kan..
pastu teramah mesra lah tanya dia..how do u clean the crab..how to remove the shell..bla3... makcik tu pun layan je..pakcik pula join in conversation..siap bg resepi ketam steam dgn lemon and onion.. hee... comeL~ :)
kemudian..penjual tu pula sampuk...i can clean them for u.. oh, that's good.. hehe sebab tak busy kut masa ni..jadinya, dia lah yg bersihkan semua..siap ajar lagi caranya...laaa taklah susah sangat...buang cengkerang tu je... ok..pasni dah leh wut dah.. =)


nak tahu ke cane nak bersihkan ketam ni?
tgk kat video ni --> klik.
tadi masak ketam lemak cili je... as requested by housemates... 
amik resepi dr --> sini 


ok.
sy ada seminggu lagi nak kemas2..buat apa2 yg patut.
dah close account tuk 2 bank.
nak guna apa tuk shipping ni....masih mencari2 yg OK dan reasonable.
housemate pengganti perlukan seorang lagi..tak mengapa..ini bisa diatur..iA ada junior baru leh isi.


aduhai..
banyaknya nikmat Allah bagi ni...
pasti akan ditanya semua ini di akhirat nt. 
terima kasih Allah.
kalau org lain..saudara di Palestin, di Afghanistan, Indonesia, hatta Malaysia sendiri pun..ada yg tak dpt makan dgn baik.
ini...?
oh..pasti akan ditanya...


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


semoga kita sama2 beringat...dari mana dan ke mana harta itu akan dibelanjakan.
berbelanjalah utk saham akhirat.
pastikan ada bahagian infaq/zakat/derma dlm jumlah harta yg diperoleh itu.
semua yg kita dapt ini..tak lain hanyalah ujian dr Allah..
utk menguji...
sejauh mana kita mengingatiNya.


k, itu dahulu.
=D


Monday, November 15, 2010

16 november 2010

Selamat hari raya aidil adha!!!~~
oh malaysia raya esok rupenye.
brisbane pun.
melbourne dan sydney raya harini.


khutbah pagi tadi.
every deed is accountable..
make sacrifice to your God..to your Rabbul alamin..the Most Merciful..the Most Gracious...


sy nak tulis panjang ttg raya.
tp sy pening sgt sekarang.
sy dah telan panadol.
sy nak baring.


kronik.


aduhai...
sakit~ =( 

Sunday, November 14, 2010

15 november 2010



Alhamdulillah dah habis exam.
pernah tak rasa selepas exam tu..
aaaa...riiissaaauu sangat...risau tak pass..risau tak dapat result best..risau tak dapat HD....
risauu fail...pastu doa memang tak henti2 minta keputusan yg baik..kemudian kerisauan itu berkurang...
dan kemudian akan dtg rasa..
takpe..semua keputusan yg awak dapat nt, 
itu adalah keputusan yg terbaik..Allah knows..

lambat kemanisan tawakal tu nak hadir.
huu...

haritu calculation...sy sangat2 risau sy tak pass dan akan perlu repeat calculation..
last2..alhamdulillah bila keputusan keluar... hurm..sy tak perlu repeat.
sekarang pun..risau lah kalau tak pass utk exam terakhir setelah 4 tahun.
taknaklah kan tiba2 kena stay lagi setahun...huuu haru je..

takpe. doa je sekarang ni.
keputusan tu dah ada dah..
semoga Allah terima usaha..dan semoga ku redha dgn keputusan yg bakal tiba bulan 12 ini nt.
amin.

lately ni..
badan sangatlah rasa tak betul.
pening2 selalu dtg..jarang i pening2 ni.
nak kata stress sangat exam ni..tak juga..relax je.

sakinah kata mungkin sbb saya tukar rutin harian sy.
hurm..tulah mungkin disebabkan itu juga..
takpe..kite tgk seminggu 2 ni camana...kalau symptom2 ni tak hilang lagi..
buatlah apa-apa yg patut ye..

insyaAllah akan ke ladang 25 ni..
tahun ni urusan kerja sangat dimudahkan.
mohon senang.
rumah senang.
kereta senang.
alhamdulillah...
sungguh, Allah melapangkan rezeki  bg siapa yg Dia kehendaki..

tiket JPA tak dapat lagi ni..
harap2 dia belikan jumaat malam..so that leh sampai kL siang.
tak suke kalau sampai kL malam..
sebab..nt kesian abah nak drive balik bP malam2..
jpa ni tak reply pula email sy ye encik..takpe2.

pinggan corelle? 
pertama kali dgr nama pinggan tu kat oversea ni..
sbb ramai kawan2 duk sibuk nak beli pingan ni sbb mak mereka pesan belikan.
hurm..patutler..kat ostrolia ni murah harganya dibandingkan dgn malaysia.
kalau tak sale, 1 set pinggan yg 18 harga dlm $70 = Rm 210 (kalau rate $1=Rm3)
kalau kat Malaysia, ceh cam rajin google satu laman web corelle kat langkawi ni.. 
satu set yg ada 16 harga Rm420 (2 kali ganda harga beli kat oz ni)..
ni harga tak sale..kalau sale, satu set leh dpt lam $40-$50. kalau jual balik kat mesia, pulangan 100%.
dah..nasib baik mak i tak minat pinggan corelle ni..siap bawa mak g dfo suh tgk pinggan ni..
hee..tp last2..aritu call mak, mak kata belilah  1-2 set..

k cukup dulu.
kepala sy pening. nk baring.

Graduation tedy bear utk kak in..
:)

 oh sy dah grad!!!!!
insyaAllah...
ameen..








ah.
hati kecil
dan kecil hati.
---

Saturday, November 13, 2010

i should punish myself! 

mati itu pasti.


Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.
Malangnya, kemudian kita terleka kembali dengan dunia.

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
  1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
  1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.
  1. hartanya untuk warisnya.
  2. nyawanya untuk Malaikal Maut.
  3. dagingnya untuk ulat-ulat.
  4. tulangnya untuk tanah.
  5. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  2. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  3. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  3. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  2. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  3. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  1. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  2. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  3. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Wallahualam…”sesungguhnya mati itu pasti”




sy salin dan tampal.
moga jd peringatan utk diri ini.

Thursday, November 11, 2010

org stress mkn banyak....
betullah tu.
sy baru mkn fish finger ngan hashbrown. 
tibe rasa nk mkn eskem.
tahu tak pagi td dah mkn eskem 1 dah.


loya.
pening.
taleh mkn nasi sgt, rs nk muntah.
bau mende2 goreng rs pening.
muna suh mkn epal..
bgus jg sbb epal hijau ni masam.
tibe2 nk makan mangga plak. sedapnyer.


mcm2 lah u ni.
amik panadol.telan sebiji.
tak setel jg tido je.
huu.. T_T


sori byk tulis arini.

Wednesday, November 10, 2010

suka suki.

saya....tak suke nangis.
akan cuba control secontrol2nya. 
nangis maksudnya lemah! 
tembok2 pagar2 kubu2 dibina sangkanya kuat. tp lemah juga.
ah hati perempuan...
tapi.... bila sy nangis...it really sumting.  


saya..tak suke ketidakbolehnya melakukan sesuatu.
nothing is impossible.. if i say i can do it...i can~!
so..jgn ngade2..buat sendiri.usaha sendiri dulu.
determine! 


usrah muharikah hampir ke penghujung. 
sayu.
ah..itu kan kehidupan.. perpisahan itu..lumrah.
nak tak nak..mmg akan dihadapi.


usrah bushro..hampir penghujung juga.
aseef..sungguh banyak perkara yg tidak kulakukan dgn sempurna.
adik2ku...
semoga kita menjadi seperti Mus'ab Umayr.
pulang ke Malaysia..
usah jd spt garam yg larut dlm air.
jadilah seperti ikan di laut masin..


fikir kembali...
kita ada perkara besar lagi yg perlu kita fikir in..
mende kecil2..jgn dibiarkan memerangkap diri.
bebaskan dirimu..
merdekakan jiwamu.


walk the talk in.
lupa ke Allah kata...:
limataqulu mala taf'alun?