Showing posts with label Gojes Mommies. Show all posts
Showing posts with label Gojes Mommies. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Birthday Party Ayish, anak Nana

Salam dan hai.

Tetiba kaku, sebab dah lama tak menulis kat blog sendiri. miahahaha. Sabtu weekend aritu tak kemana, petang hanya ke birthday party Ayish kat Kemaman. Berjaya jugak heret laki ku ke sana. 1st time bawak dia ke rumah kawan-kawan blogger. 

Pagi sabtu laki ku kerja so awal-awal dia dah cakap tak sure boleh pergi ke tak. Pagi tu dia dah wassup, tak payah pergi laa. Aku dah pasrah. So get ready plan lain iaitu tanya Hana dia pergi tak. Plan asal nak tumpang Hana je, then time balik laki ku datang jemput kat rumah Nana. Tup..tup Hana tak jadi pergi, ada kenduri katanya takut tak sempat. Sebabnya majlis Ayish sebelah petang jam 4pm-6pm. 

Ok takde rezeki nak pergi la kot. Takpe sebenarnya tak kisah pun.hehe

Tetiba petang dekat pukul 4 suami call. Dia tanya duk buat apa? Aku cakapla baru sudah goreng lempeng. laporr! haha. Tak masak sebab barang mentah dah habis. Tetiba lagi suami cakap, cepat la siap, kata nak pergi. Arghhh rasa nak ketuk kepala dia, (ok, tak baik dosa besar!) sokmo cakap last minit gitu. Aku dengan gelojoh lempeng dalam mulut ambil towel dalam bilik then g sejukkan badan. (mandi kali ke2). Nasib baik Zara tak meragam time tu. Laki aku tak suka bila dia sampai rumah tengok aku belum siap. So gelabah la aku. Huahua. Zara belum siap time tu, tunggu abahnya balik siapkan dia, buat lagi kat aku camtu. haha. 

Dah alang-alang nak dekat waktu asar, kami terus tunggu asar. Lepas solat Asar gerak g rumah Nana. Sampai sana pukul 5.30pm gitu. Tak susah pun nak cari rumah Nana. Time sampai tu hujan renyai2 je. Nampak padilah, terus tegur then laga pipi, tehee. Padilah datang dengan suaminya, maka ada geng la laki aku nak teman borak. Kemudian g cari Nana yang time tu duk kalut dengan Ayish. Kesian tuan rumah sibuk kemain, hehe.

Kebetulan masa sampai, Ayish baru nak motong kek. So dapat la merasa kek red velvet yang sedapp sangatt tu. Thanks Nana!

Kesian mama ayish, mengah2 potong kek, hehe

Padilah, Nana, Aku

Happy Besday Ayish. Moga menjadi anak soleh ye!! To Nana, mekasih lagi kerana invite kami. Next time nak gojes sana lagi. Rumah Nana serius lawa!! Kan padilah??

Melepak sana sampai 6.30pm juga. Laki aku dan padilah dah panas bontot ajak balik, haha. Aku tak terus balik Kuantan tapi g rumah pakcik suami pula juga kat kemaman. Solat Maghrib sana then malam baru gerak balik Kontan. Ala Kuantan - Kemaman 1/2 jam je pun. Suami aku kalau pecut 15-20min je. Haishh

Ok, tata!




Thursday, August 15, 2013

Raya 2013


Selamat Hari Raya!
Raya kan sebulan, maka sebulan la kita wish raya, tak giteww?
Raya kali ni meletopss sangat.
Sebab first time beraya dengan sikecil dan 2nd time beraya dengan suami.
Dah ada anak, kami feeling excited sangat nak beraya.
Semua benda, sikecil yang akan diberi keutamaan. Walaupun excited tapi tetap bersederhana.

Turn raya kali ni kat rumah parents aku.
Petang raya kedua dah berdesup balik Paka, rumah mertua.
Memang rushing, tak puas rasa beraya kat kampung sendiri, semua nak cepat.
Rumah pakcik, makcik aku wajib pergi kalau time raya. Itu sempat la pergi tapi rumah kawan-kawan sekolah langsung tak menyempat. Kesiann aku.

Gambar family potrait sebelah aku langsung takda. Alkisahnya anak abang aku terdelete semua gambar 1st day raya kat dalam kamera abang aku. Takda backup. Memang sedihh, takda moment 1st day raya 2013.
Nak buat camne kan? Tak kan nak marah anak kecil tu. ishh

Raya ke-3 kat rumah mertua aku. Buat makan-makan sikit. Ada bbq ayam dan kambing, steamboat, mee goreng, lontong, spageti. Buat kecil-kecil je, bukan open house pun just panggil saudara terdekat je.
Tugas aku hari tu dukung zara je, hehe
Raya ke-4, ikut mak mertua pergi kenduri kahwin dan beraya rumah atok saudara.
Raya ke-5 beraya ke rumah kawan-kawan suami dan malam tu gerak balik Kuantan.

Walaupun tahun ni beraya dengan sikecil, tapi raya tahun 2013 paling kurang bergambar. Taktau kenapa.
Gambar kami bertiga kalau tak silap 2keping je. Sedihkan?? Itupun gambar 1st raya dan 3rd raya. Yang lain haremmm.
 
1 Syawal



2 Syawal

Ini je gambar family yang ada. Yang lain dah terdelete. sobs~


Baru sampai rumah mertua


Beraya rumah makcik suami

3 Syawal







 
 
 
 
4 Syawal

 
 
5 Syawal 

Nan hado gambar

 
6 Syawal

Aku dan beberapa geng mommy gojes ke rumah terbuka Kina. Kami berpakat jumpa kat rumah Kina je. 
Aku tumpang Hana sebab laki den kerja. Kesian Hana penat2 dari Kelantan-KT then terpaksa pulak pusing2 kat Indera Mahkota cari rumah aku. Ampunn Hana.
Gambar kami..
 

L-R :
Hana, Nana, Kina, Mine, Nadia, Intan
Gojes mommies pantai timur :)

Ok, so far sampai raya ke-6 je aku beraya sebab suami pun dah start kerja. Congok la aku dan Zara kat rumah. Esok parents aku datang Kuantan, yeahh!!. Weekend ni jalan-jalan raya lagi.

Ok bye!

Thursday, July 4, 2013

Zara bertemu Shahadah Chinta


Minggu lepas Kina datang rumah aku. Kina datang sebab nak ambil bedak tanaka.
Kalau tak kerana bedak tanaka tu, mungkin takda jodohla untuk kami berjumpa.
First time jumpa Kina dan first time bertemu blogger. (Eh tipu! sebelum ni dah pernah jumpa blogger Hana di Giant Kuantan, tapi tak pula buat entri tu, bahaha) Pertama kali nak jumpa gugup juga aku, tapi buat-buat kental je, kahkah, apakah??

Kina orangnya ayu giteww. Bercakap pun lemah lembut dan sopan santun je.
Tak macam aku. 
Suara serak-serak basah cam Ella. Kadang-kadang garau pun ada. Kawan-kawan dan cikgu kat sekolah dulu gelar aku camtu. Sebab tu aku fail nak conduct kawad kaki sebab suara tak besar, kahkah
Tak tahu la kot korang yang baru dengar suara aku cakap cam Ramli Sarip. Itu melampau laa, bahahaha

Geram aku nengok Shahadah Chinta anak Kina. Masuk je rumah aku dah buat muka senyum-senyum sengih-sengih. Kalau budak lain ada je yang melalak kalau tak kenal orang.
Shahadah masuk terus tunjuk minat nak main playgym Zara, aku biarkan je.
Lepas tu nak terkam Zara, geram gamaknya. Nak berkasih sayang, di cuit-cuit nak pegang Zara.
Shahadah gaya dah boleh jadi kak long, mama Kina cepat-cepat la proses adik bagi kat Shahadah. kahkah
Eh auntie geram kat kamu Shahadah Chinta! Raya nanti jemput lagi datang rumah auntie ye.

Gambar aku dan Kina takda. Shy-shy kucing gituu kekdahnya.
Kina je yang duk snap gambar Shahadah dan aku yang duk ribakan Zara.
Zara tak berbaju, baru bangun tidur time ni. Muka pun moody je, terkejut tengok tetamu baru gamaknya.






Next time kita jumpa lagi k!
Yokk mommies Kuantan kita bergathering.

Monday, June 17, 2013

Hobi baru



Eh hai..kejap-kejap je dapat bersiaran. Zara dah pandai meragam sekarang, nak berkepit je dengan ibunya. Ampunn.
Bercerita pasal hobi baru aku. Sejak duduk menyewa sendiri dan memiliki freeze sendiri maka fridge magnet dah menjadi koleksi aku. Tengah mengumpul dan mengumpul sebabnya koleksi yang ada separuh pintu freeze pun tak cecah.
Mana-mana kawan atau rakan blogger yang nak pergi travel obersea zass aku kirim, hehe
Nak harapkan sendiri travel obersea entah bila, travel dalam Malaysia pun kekadang je.
Dan kalau ada giveaway fm pun aku join. Pernah la juga lucky dapat fm.
Kalau ada contest/giveaway fm jangan lupa invite aku, hehe
Dah gian mengumpul ni. Sekarang kat mana-mana ada jual fm aku akan beli.



Haa ni la antara koleksi aku. Tak meriah kan?
Kalau ada yang bermurah hati nak kasi fm pun voleyy,hehe

------------------------------------------------------------------

Oh ye, dah berzaman dapat fm ni tapi hari ini baru nak kecoh.


Gojes tak fm ni?? Super gojes kan.
Ok, terima kasih untuk group Gojes mommies kerana berjaya merealisasikan fridge magnet & car sticker untuk kami-kami yang join group itu.
Untuk designer Nadia kot dan postgirl, Leeenda yang bersusah payah mengepost untuk kami.
Thanks gojes mommies!!

 Lepas ni bikin T-shirt ye!! Gempak giteww.


p/s : Nana, fm dari Korea u simpan lagi x?? Pleasee reserved untuk i ye. One day i akan ambil juga. M2U i problem, xdapat nak transfer duit postage, tsk..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers