Showing posts with label Resepsi. Show all posts
Showing posts with label Resepsi. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Review Wedd : Hantaran (15 berbalas 15)




Hai cantik dan kacak!

Muak dengan wedd review? haha..layan je laa.
Hantaran mila 15 berbalas 15.
Banyak kan?
Memang banyak bagi mila, tapi mila penuhi permintaan mak mertua.

Nak cari barang  1 hal pening, tapi bila kumpul2 seronok pulak tengok dapat banyak barang.hehe.
Alhamdulillah mujur mak mertua sanggup tolong gubah kan so mila xyah pening2 pikir kan.
Mila cuma pikir cari dan beli jek.

Okeh, review picas hantaran.
Gambar hantaran tak semua complete sebab ada yang lupa snap.


Dari saya untuk asben (tema pink+purple)

List tiada dalam picas ialah Baju Kemeja, Tuala, Buku, Bunga Telur


Dari asben untuk saya (tema gold) 


List tiada dalam picas iaitu handbag




*Maaf kualiti gambar tidak memuaskan.







Review Wedd : Kek Hantaran (Rainbow Cake)




Salam dearest!

Schedule post yang berbaki ^_^
Nak view some picas about fondant cake.Nyum2~


Dari saya untuk pihak asben (tema pink+purple)

Rainbow fondant cake

Moist Choc Cupcake



Dari asben untuk pihak saya (tema gold)

Rainbow fondant cake

Moist Choc Cupcake


Nampak sedap?? Nyum2 memang delicious!..
Rasa kek ni semua sama sebab pembuat nya adik ipar sendiri.hehe
Adek ipar juga menerima tempahan jika ada kelapangan atau cuti semester. Hanya part time katanya.

*psst..kakak ipar nya sangat malas nak bancuh kek, okeis.hehe

chow!



Thursday, March 15, 2012

Review Wedd : Flower Girl for Reception




Hai cantik dan kacak!

Lagi story about wedding. Nak abis kan cepat2. Saya sendiri dah muak!

Fungsi flower girls untuk mengiringi the bride and groom, holding a basket full of petals, sitting at the corner of the dais, giving a gift untuk yang merenjis and etc..

Tapi gadis bunga saya hanya berfungsi untuk mengiringi saya dan suami ketika rombongan lelaki sampai.
Saat-saat akhir ketika majlis saya mencari seorang flower girl. Memamg kerja last minit. haha
Itupun anak saudara sendiri.


see! melilau je jalan.susah nak dikawal..haha

muka pengantin mesti mau ada ^_^

after dimekap..comel x? macam makcik dia kan ,hehe *perasan

Bunga tangan flower girl menggunakan bunga tangan ketika majlis nikah. Jimat!..hehe



Ok,papai!

Wednesday, March 14, 2012

Review Wedd : Tudung Nikah & Sanding




Hai cantik dan kacak!

Berkisar tudung nikah dan sanding yang murah!
Bugget cenonet so persiapan kahwin serba serbi murah.

Tudung nikah dan sanding saya hanya serendah RM12 dan RM17.
 Beberapa orang B2B bertanya pasal tudung nikah saya.

Untuk tudung nikah saya just beli,

Shawl Jojet Plain warna baby blue berharga RM6

inner awning baby blue harga RM4

scarf renda juga baby blue harga RM2 sori pic xrotate

Kemudian, scarf renda saya tetas dibahagian belakangnya dan jahit di atas inner awning.
Siap! dan pakai mengikut citarasa masing2.
Hasilnya..

Murah dan Simple!

Untuk tudung sanding, saya menggunakan cara yang sama.
scarf renda berwarna soft purple saya potong mengikut ukuran awning tudung dan jahitkan.
Simple!

kalau uolls perasan scarf renda sedikit cela sebab tak dipotong dgn betul.hehe


Hope dapat jadikan inspirasi untuk B2B semua.

Ok, papai!

Thursday, March 8, 2012

Review Wedd : Hantaran (Apple Chocolate)




Hai cantik dan kacak!

Lagi wedding review. Sila muntah! haha

Layan picas..



Apple Chocolate.
nice tak?

Idea dari adik ipar sendiri. Dia juga yang tolong buatkan dan saya hanya bayar costnya. 
Alhamdulillah mudah kerja saya. Hehe

9 biji epal kesemuanya, muat-muat dulang hantaran.
Saya pun tak berkesempatan nak tanya camna dibuat nya sebab lupa. Alasan semata-mata. Haha

Segala kek dan cupcake hantaran, kek kahwin ketika bertandang semua dibuat oleh adik ipar sendiri.
Dia la juga OP untuk keseluruhan majlis saya dan suami, serta jurumekap saya ketika majlis bertandang.
Hebat tak?


Meh view dia sini!


Next review tunggu~
Ok,papai!

Review Wedd : Kek Kahwin




Hai cantik dan kacak!

Mood malas menguasai. Update entri kencang2.
Perihal kek kahwin saya.

2kg moist choc cake + 20pcs moist choc cupcake.
RM120.
Mahal atau murah?


Bagi saya sangat berpatutan.
Bukan kek fondant,hanya kek buttercream sebabnya bagi saya fondant kek hanya cantik dimata dan tidak enak dimakan. Jadi saya tidak mahu pembaziran, yang penting bersederhana.

Saya tempah dari seorang akak ini juga merangkap kawan saya.
Terima kasih kak wani moist choc cake yang sedap!

Rindu nya saat nikah dan sanding.
Abg,jom sanding lagi!
Gediks! haha


Ok, pai!~





Wednesday, February 29, 2012

Review Wedd : Pakej Kahwin affordable 1.5k




Assalamualaikum.

Continue pada wedding review. Sila jangan muak ye.
Bercerita tentang pakej kahwin yang bagi saya sungguh affordable. Hanya 1.5k.
Sebabnya, saya hanya hire pelamin rumah yang simple lagi sweet pada mata saya, tak de pelamin besar2 sebab luas rumah sangat terhad.

Pakej lengkap merangkumi :

1) Pelamin (1 panel)
2) Baju Sanding L+P (dengan aksesori lengkap)
3) Baju Persalinan L+P ((dengan aksesori lengkap)
4) 1x Mekap 
5) Hiasan Bilik Tidur
6) Hiasan Meja makan beradap (saya tolak dan tukarkan dengan mekap untuk nikah) 
7) 2 Bunga Tangan (Pink & Purple)
8) 2 pasang kasut (perempuan sahaja)
9) Bekas bunga pahar
10) Pintu gerbang/arc

Berbaloi tak? Bagi saya cukup berbaloi dan saya berpuas hati dengan vendor tersebut. sebabnya baju yang dibekalkan cantik dan sesuai dengan taste saya. 

Baju Sanding

Ok tak? ni ketika seisi outdoor selepas majlis.
vendor cakap ni warna purple manggis. saya bantai je janji mengikut tema dan cantik pada saya.

Close up sedikit gambar pelamin. Maaf takda gambar full pelamin. Saya lupa dan photographer pun lupa.



Satu persalinan lagi saya pakai ketika majlis bertandang.
warna grey. dress ala2 jubah style. kawan saya cakap nampak unik ^-^
  
Baju bertandang

ketika seisi outdoor dirumah MIL 

Vendor pakej di atas dari Fizanis Bridal. B2B Terengganu yang berminat nak dapatkan khidmat beliau boleh   ke fb Fizanis Bridal. ^__^



Monday, February 27, 2012

Review Wedd : Hand Bouqet




Salam pembuka bicara.

Jumaat lepas last update entri. Hari ini berpeluang lagi. Lately tak dapat nak selalu online kerana banyak tanggungjawab. Balik umah mertua, layan makan, minum, pakai suami dll. Seronok sangat so online diketepikan..hehe..

Now, baru siap masak, tunggu asben balik kerja baru makan sama2. Nak makan sorang2 tak berselera ^__^

Melalut pulak.
Okeh, bercerita pasal HB atau Bunga Tangan.
Saya ada 4 bunga tangan sepanjang kesemua majlis berlansung dari majlis nikah, resepsi dan bertandang.
Dan hanya 3 yang digunakan. 
Tamak tak? haha

Majlis nikah, saya menggunkan bunga tangan seperti pica dibawah.



Tak besar dan kecil. Saiz medium. 
HB ni saya order dari seorang kawan B2B iaitu Nia Ain
If nak tahu detail harga sila minta quotation dari beliau ^-^

Majlis Resepsi pula, saya menggunakan HB yang dibekalkan oleh vendor pelamin.
Pada awalnya takmau guna tapi bila pikir balik rasa rugi sebab vendor kasi free sewa untuk HB. Rezeki dapat free sewa dua HB, tapi saya guna hanya salah satu iaitu warna pink seperti pica bawah.
Maaf takde pic close up untuk HB.


Majlis bertandang, saya menggunakan HB yang diperbuat dari kain felt.
Tak beli dan tak sewa tapi dapat free. hehe
Rezeki dapat felt HB sebagai hadiah kawen.
Kawan B2B yang kasi iaitu Eimy.
Terharu sebab beliau datang dari Penang, jauh tu dan kasi HB ni by hand.
Thanks eimy!

close up HB beliau.

kidnap pic dari blog beliau. sori eimy!

majlis bertandang ^-^










Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers