Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

Spontan Saturday's




Salam readers.
 
 
"Mother's Love"




Thursday, November 29, 2012

Rupanya seronok jadi blogger...




Salam readers.

Sepatotnya last week aku dah publish entri ni tapi asyik tertangguh je dengan kerja-kerja lain.
Seronok rupanya jadi seorang blogger. Walaupun xhot dan femes tapi realitinya memang best.
Sebab ramai yang sudi membaca entri kita dan ada yang dalam diam jadi stalker.
Eh ada ke?
 
Aku nak cerita pasal fridge magnet yang aku dapat dari seorang blogger ni.
Aku appreciate sangat2 sebab tak sangka pun akan dapat.
Tuah aku untuk dapat fm tu setelah menjadi follower dia yang ke 200
Tut-tut dia email camni,
 

"Assalamualaikum,
sila emailkan nama penuh dan alamat rumah kamu..
kamu follower ke 200 blog saya..tahniah! "


ada yang pernah bertuah cam aku tak?
ke aku yang over? hahah..ada aku kesah!



ni haa FM yang aku dapat, dari Bangkok giteww.
Thanks Awin
Awin ni b2b, bakal jadik ex-b2b jugak.
Terjah la blog dia, kot-kot korang bertuah cam aku jugak, hehe 


Sebenarnya banyak entri tertangguh yang aku nak post, mostly pasal pregnancy laa.
Tapi bila dah perut makin membesar ni, nak setting perut duk diam-diam bukan senang.
Mana nak cari kedudukan yang selesa, nak cari port best dll.
Lagi-lagi my baby yang makin aktif..alahaii..
eh itupun nak amek hal ke?? hahah

Nak amek feeling wat entri bukan senang wehh..
Kadang malas pun ada, betol tak??


_stay tuned_





Wednesday, October 31, 2012

WW : Isteri & Suami




Salam readers.




p/s : UAI bakal masuk tv dalam astro Oasis. Sebelum ni tak pernah kan?

Sunday, October 14, 2012

1st time join Blin.gd




Salam readers.

Korang pernah dengar blin.gd? Aku 1st time join. Syok jugak. Tak tahu pergi SINI
Ala macam Says jugak.
Setiap kali uolls daftar akan dapat reward tertentu.
Free je siapa tak mau kan.
Bukan kita yang keluar duit tapi dorang pulak yang bagi kat kita.

Nak daftar atau join Blin.gd, klik INI
Nak daftar Says, klik INI



p/s : weekend pun lepak kat rumah..alaa bosan..sobs!

Wednesday, October 10, 2012

Bisa sungguh kata-kata UAI..




Salam readers.




Nak gelak pun ada..
Tapi kata-kata UAI sungguh mendalam.
Setuju??
.
.
.
.
.
.
Yess!!

Saturday, September 22, 2012

Hepi Sabtu!




Salam readers.
 
Happy Saturday. Selamat bercuti!
Ada yang kerja ke? Kesian.

Kalau wifey yang PJJ ngan asben nya mesti duk tunggu hari Sabtu dan Ahad kan.
Ye faham-faham sangat. enjoy it!

Mila sekarang kat kampung,  rumah parents.
Entri pun auto post. Saje nak kasi blog berupdate. hiks!
So arini dan esok xdala ye entri mengarut, merapu dari mila.
Korang mesti rindukan? eh..eh..perasan baget ada yang rindu.



Ok, tata!


Thursday, September 20, 2012

Perempuan bila dah kahwin...




Salam readers.



Setuju sangat!!

Seriusly, mila sebelum kahwin sangat-sangat-sangat tak pandai nak masak. Sebab malas pun ada.
Kalau masuk dapur je mula gelabah tak tahu nak buat apa.
Sampaikan mak cakap, camne la nak kasi suami makan kalau malas dan tak tahu masak camni..sobs
Tiap kali mak cakap gitu, mila menjawab, alaa dah kahwin nanti tahu la.

Alhamdulillah, berkat kata-kata mulut sendiri memang selepas kahwin automatik tahu dan rajin masak.
Malas tolak tepi sebab suami punya pasal.hehe
Dari tak tahu, mila belajar slow-slow.
Awal-awal kahwin ritu (macam dah lama kahwinkan) nak resepi call mak, ataupun google
Godek-godek, masak-masak Alhamdulillah menjadi.
Suami memang susah nak puji sedap, tapi kalau tengok nasi bertambah maknanya sedap la tu.hiks~
Sekarang kalau masak, campak-campak je ikut suka. Kalau  rasa ok maka sedap la untuk suami, hehe

Yang penting kita perempuan kena makesure dapur kat rumah selalu berasap mean rajin masak.
ye dak??

Ok wifey-wifey, no more malas-malas ye! ^-^

Friday, September 14, 2012

Dinner...Maggie Ketam!




Salam readers.

Semalam punya cerita. 
Semalam mila tak masak, bukan malas tapi lauk-lauk mentah dah habis. Alasankan.
Kebetulan pulak, makcik hubby ajak makan kat luar dengan geng2 office dia. Hubby macam nak tak nak tapi mila ajak jugak alasan sebab tak masak. Hubby pasrah.

Lepas solat maghrib, berdesut keluar sebab nak singgah Tunas Manja beli barang dapur sikit.
Settle beli barang so gerak la ke lokasi tempat makan.
Lokasi kami Tanjung Lumpur, Kuantan.
Ingatkan beberapa kerat je kawan makcik rupanya hambek mau dekat 10 kereta.
Masuk kedai makan, camtum-camtum meja gedabak jadi panjang giler.

Time tu dah hampir pukul 9pm.
Kalau ramai ni nampaknya pukul 10pm belum tentu leh dapat makan. Bisik aku kat makcik.
Tunggu punya tunggu eh 15minit dah siap.
Sikit2 diorang mai antar makanan yang dipesan.
Yang jadi cepatnya sebab kami semua order ni je....


Maggi Ketam

Kalau order lain-lain makanan confirm 15-20minit xsiap lagi. Paling kurang 1jam. ye dak?
Rasa maggi ni, not bad laa..
sebab ingredients dia tak rasa asli macam maggi kari yang kita duk buat.
Kuah nya pekat-pekat masam gitu. Suami mila xgemar, katanya bukan taste dia.
Lain orang, lain tekaknya..

Mila suka magginya tapi kureng ketamnya. Sebab, ketam tu dia masak asing-asing ngan kuah maggie so xrasa la manis isinya. Rasa ketam yang direbus kosong gitu je..sadiss..
Bayar mahal u..15hengget satu kepala + air.
Kira lumsun terus kalau ada lebih or kurang.

Eh, mengandung elok maman maggie x? hehe ^_^

Thursday, July 26, 2012

Zalora..baru nak jenguk!




Salam dearest.

Korang pernah dengar Zalora..Fashion Latest Destination.
Mila first time dengar dan jenguk web tu. jakun kan? haha
Jenguk web tu pun lepas tengok iklan kat tv.

Koleksi nya boleh tahan. Harga ada yang mampu milik dan yang mahal bagi mila. huhu
Koleksi untuk raya pun banyak.
Lelaki, perempuan dan untuk kanak-kanak pun ada. 






Ni antara koleksi-koleksi nya. Ni antara yang mila berkenan la tapi  tak mampu milik pun.
Harga semua 300++ above. huhu
Tapi banyak lagi koleksi yang berpatutan harganya.
Korang jenguk sendiri la. SINI

Daripada beli baju yang mahal2 better simpan tuk baby nanti. ye dak?? hehe

Saturday, April 21, 2012

Interview..




Salam readers.
Happy Saturday!

Today, saya tak happy sangat. Lagi cuak ada.
Sebabnya nak attend interview.

Walaupun sekadar walk in interview tapi memberi makna dan peluang bagi penganggur hebat cam saya.
Harap melekat dan ada rezeki kat sini.
Syarikat minyak dan gas (oil & gases), memang kena dengan bidang saya, iaitu engineering.





Tak mahu bual panjang.
Dengan lafaz Bismillah....



Dearest, doakan yang terbaik untuk mila ye. Amin..

*Ini adalah schedule post..

Thursday, April 19, 2012

Tinggalkan suami..




Salam pembaca.

Heh, berpisah dengan suami for few days pun nak kecoh. 
Orang lain berminggu-minggu, berbulan-bulan? ada kesah?
Sangat memahami isteri yang berpisah (sementera) dengan suaminya dalam tempoh yang lama, kebiasaan sebab urusan kerja. Tabik spring kat dorang sebab tabah hadapinya!
Boleh bayangkan perasaan diorang.

Saya bersyukur sebab takde jadi camtu.
Selepas kahwin, terus tinggal bersama sebumbung, sebilik dan sebantal lagi. hehe
Alhamdulillah syukur.

Tapi mulai hari ni kena tinggalkan hubby untuk 4 hari.
4 hari pun nak kecohkan? haha
Mesti la, tak pernah berpisah dengan hubby camni la lagaknya.
Arini balik rumah mak kat Kuala Terengganu. Bas 1.30pm, 3jam dari sekarang.
Hubby tak dapat balik sama sebab kerja..sobs..sobs..
Balik KT untuk 'walk-in interview' Sabtu ni. cuba nasib kot2 murah rezeki dapat kerja..amin

Ahad kita jumpa ye abang!
Tak dapat nak 'berbakti' untuk hubby for 4 days..sobs..sobs..*statement gedik


tata..doakan mila selamat sampai KT!

Saturday, April 14, 2012

Misi mencari kerja..




Salam dearest.

Happy Saturday!
Week day korang buat apa je?
Mila stay kat rumah je, hubby kerja. sobs..sobs.
Mujur la ada lappy ni sebagai peneman. Kalau tak memang bosan tahap cipan la..

Tiap-tiap hari mila online, sebab mencari kerja.
Fb dan blog sampingan je. yeke sampingan? betol, jangan percaya!
mila kena teruskan misi mencari kerja.
seriusly..bosan sangat duk kat rumah.
kerja rumah dah habis buat so dah tak tahu nak buat apa.
nak menjahit, jari jemari tak berseni..aduyai..
ada cadangan lain? hehu..

hari-hari duk skodeng jobstreet, mudah.com, monster, job malaysia..bla..bla..
masih tak de yang melekat.
rezeki belum menyebelahi.
sabar ye Puan Mila.
itu je yang mila tahu..

Usaha, Doa, Tawakal dan Sabar..

InsyaAllah Tuhan bersama umat-umatNya yang sabar.
Doakan mila cepat-cepat dapat kerja!
Mudah-mudahan..amin..


Thursday, April 12, 2012

Buat isteri dan bakal isteri..




Salam readers

Perkongsian bersama dan sekadar peringatan :)


"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaatati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang ia suka."
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)



Suami, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) masuk syurga.
Tersangat besar lah nikmat menjadi seorang isteri dan ibu.

Selamat beramal untuk suami, wahai para isteri  ^_^




Tuesday, April 10, 2012

Puasa..




Salam readers.

Lagi tiga bulan nak tibanya Ramadhan. Korang dah habis puasa ganti? 
Mila mesti la belom. enam hari belom diganti, tiga hari sudah jadi jumlah nya sembilan. banyak bukan?
Terlebih subur kot. hehe

Duk berkira-kira bila nak sambung puasa ganti.
 Last ganti puasa tiga bulan lepas saat masih bujang.
Lepas kahwin belum start ganti lagi.

Rancang nak ganti awal, kot-kot la pregnant nanti, takut tak larat.
Mudahan-mudahan..amin.

Nak puasa sunat atau ganti kena minta izin dan beritahu suami.
Kalau suami tak izin tak boleh puasa. itu yang mila tahu la.
Kalau salah tolong perbetulkan ye ^-^

Semalam dah beritahu suami nak start puasa ganti.
Alhamdulillah suami izinkan.
Mustahil la kalau suami tak izin kan. Ada ke camtu?
InsyaAllah dalam minggu ni juga nak mula.




Korang dah habis ganti??
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers