Friday, November 13, 2015

Assalamualaikum

Selamat berhari jumaat. Hari ini rajin sikit nak tulis cerita pasal Kraftangan yg di buat untuk Taska Ecah.
Isnin baru ini cikgu minta semua waris buat 2 kraftangan.. satu tabung dan satu lagi apa2 saja untuk diletakkan di kelas.

Aku pun fikirlah apa yg nak buat. Tabung mcm mana nak dibuat.. hmmm.. ada juga godek2 dgn en google.. tapi nampak semuanya hampir sama ja tabung2 yg ada kat internet. Hmm rasanya ramai waris lain pun akan cari kat internet. Aku cedok2 sikit idea tapi aku reka sendiri tabung aku hahah....

ni gambar step by step buat tabung ecah ni..

Mula2 potong keliling botol minyak masak yg telah dicuci dan dikerat 3/4. Buang belah atas.

 potong keliling dan lipat kedalam satu persatu

 belah bawah ditebuk lubang untuk masukkan syiling

 potong kotak untuk dijadikan tapak tabung.

 gamkan dengan gam kuat kelilingnya

 ambik kertas warna hijau

 Potong bentuk rumput
 letakkan gam sekeliling kertas warna tersebut
 gam pada botol minyak

 potong kertas warna koko utk dijadikan batang bunga

 dan letak celah2 pokok rumput. letak gam sedikit
 gunting bentuk bunga pulak

 lekat mcm ni...

kemudian aku gantung gambar ecah supaya dia kenal tabungnya...
ha.. tak cantik pun tapi ok la
siap sudah tabung yg cikgu suruh buat..

ini ulat... buat sekor hihi
yg tak bestnya lepas antar awal, keesokannya ada pulak waris yg tiru ulat mcm ni sebijik.. emmm
tak ada idea lain dah ka... huhu

ni nak buat rabbit tapi tak jadi.... entah apa2 haha...

Sekian buat kali ini...jumpa lagi