Monday, February 28, 2011

hantu kak limah: lagu-lagu dalam filem

Truely awesome! "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang TERBAEK!! (standing ovation: tabik sppprrriinggg to all crews; pelakon + pengarah + dll).

gua dah tengok banyak kali. keep repeating. tengok. tengok. gelak. gelak. and some dialog or scripts in the film menjadi quote popular. kehkeh. gua pon tak ketinggalan meniru gaya macam-macam dalam filem nih. awie, johan raja lawak, man kadir (pak jabir), shy8 (usop), pak uda (pak abu) dan semua pelakon memang terbaek. Mamat Khalid memang terkenal dengan gaya dan idea arahan yang sungguh kelakar. lawak komik! kihkih.

good job, mr Mamat Khalid (brother to Datuk Lat). heh.

meh layan antara lagu-lagu menarik dalam filem nih. 


psstt: terliur jugak gua tengok penyanyi soley soley nun... dah tua gamaknye. ke dah mati ek? kehkeh. tahun 70-an punya lagu.. terbaek!


Middle of Road - Soley Soley



Alleycats - Berjuta Batu




Awie - Cinta Kristal (Original Singer: Rahim Maarof)




Iwan - Cinta Sabun Mandi

Sunday, February 27, 2011

sori to kak limah

oh. tetiba dapat komen daripada kak limah. keng.keng.keng.

kantol pulak.

huh.

sori kak limah. 'ter'-bagitau blog kak limah. kihkih. untuk menebus salah gua, gua akan belanja kueh karipap sebanyak tiga bijik yang bersamaan dengan RM1 di anjung pada esok pagi (atau bila-bila pagi yang kak limah free).. kihkih.

lagipulak, senior gua bukan baca blog kak limah selalu pon. he is not the 'blog-reader' type la. he was read it once. i guess. kihkih. and once, he did read mine. kihkih.

okeh kak limah. kalau kak limah berasa kecik hati, i am so sorry. nothing i can do to re-do the past.

haih. a lot of thing you did la hafiz. one by one problem you brought to your life. haih. from work, sudanese, blog. a lot of thing. demmit! now go and have some pray. pray to Allah so He can forgive all of your sins. go. go. go.

selamat waktu maghrib all!

gua vs sudanese

semalam gua kerja. yep. kerja. 

kerja apa? buat cable-check kat kolej. with whom? dengan tiga pegawai. fuh. pegawai weh. pegawai buat kerja lebih masa. fuh. kat site pulak tuh.

okeh.

semalam gua dah buat hal. haih. lu nih tak habes-habes buat hal la hafiz. cari gaduh je. control you anger. kan bos lu dah pesan. okeh. gua sengaja lupa. 

semalam memang ber-asap gua. cilakak! menyirap gua semalam. macam nak gaduh je rasa. 

alkisah. semalam, first room to be checked. nak check cable je pon. no matter la cable lu okeh or not, gua datang nak double-confirm. gua masuk bilik pertama. bukan gua sendirian, tapi berteman-kan staf kolej. penghuninya seorang foreigner dari sudan. tengah tido. tapi pintu tak rapat.

then, si staf kolej ketuk pintu dan bukak (sebab tak rapat). he was sleeping. gua masuk dan perkenalkan diri serta tujuan gua. 

"my internet is okeh" - he said. then, gua celah. gua nak check jugak. 
"i just got back from program. why don't you tell that you're coming?" gua membisu. terus buat kerja.

atas masalah teknikal, gua keluar sekejap dan pergi ke bilik switches untuk jumpa bos gua. then, gua patah balek nak masuk ke bilik tersebut. 

pintu BERKUNCI! dem! tadi tak kunci. gua ketuk. dia bukak. muka macam tak puas hati. gua pon sound, "i would like to check your cable connection. either you like it or not, i have to check it" .. tiba-tiba, DAAANNNGGG!! dia tutup pintu dan kunci. gua yang ada depan pintu terkejut sambil mencarut, "SHITTT!" ..

gua mengadu kat bos gua. dia tak bekerjasama. takpa, jangan harap gua nak repair port lu kalau rosak. gua bebel sendiri. depan pintu bilik. demmit! bos gua pon dengar. takpa, gua pegi ke bilik lain untuk sambung kerja gua.

mungkin rasa tak puas hati dengan carutan gua, si sudan keluar sambil bawak kamera dan amik gambar gua dan bos gua. amik gambar kenderaan universiti. bos gua siap posing dan senyum lagi. haha. kemak punye sudan. lepas tuh dia bising kata gua kacau privasi dia. cilakak! 

kalau lu bagi gua kerjasama siket, tak sampai 5 minit pon gua buat kerja. 

gua dendam dengan that sudanese. konpem gua dendam. gua akan hingat muka dia, gua akan hingat bilik dia. kalau ada any report in his room, gua takkan buat servis. percayalah!

atas inisiatifnya mengambil gambar gua dan bos gua, gua tak menolak kemungkinan si sudanese tersebut akan buat laporan kepada pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, Timbalan Naib Canselor (HEMA) dan mungkin jugak kepada Dato' NC. gua prepared dan bersedia untuk membela diri sekiranya dipanggil. cilakak punya sudanese!

gua pon tak terpikir nak amek gambar dia semalam. time dia amek gambar gua, patutnya gua amek gambar dia. hah. baru dia tau!!


betol-betol gua bengang. dia tak pikir ke? gua datang bekerja hujung minggu semata nak tolong bagi servis terbaik berkaitan internet connection. tak menghargai betol. fuh. kalau nak ikut jahat gua semalam, mau gua down-kan je bilik dia. biar dia lost connection. bilik dia je. baru dia rasa. tapi, gua tak sampai hati. tapi, mungkin some day gua akan buat. hahahaha.

itu antara cabaran dalam kerja gua. berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang perasan diri dah bagus. especially these foreigner. diorang rasa diorang ada imuniti dan tak buleh diganggu gugat dalam kampus. to me, so sorry! gua takkan bagi lu that specialty. takda keistimewaan pada lu. gua akan layan sape yang berakhlak. yang jahanam, gua tempelak je. 

kerana these kind of foreigners la yang menyebabkan banyak tekanan dalam kerja gua. nak dimarah, nak dimaki, nanti diorang bawak ke pihak atasan. tak dimaki, tak dimarah, menjadi-jadi pulak dia. tak faham kerja orang. nak orang faham situasi dia je. dah le buat negara Malaysia nih macam negara padang pasir dia. bawak kereta macam bawak unta. sesuka hati je. ingat padang pasir ke? takda undang-undang jalanraya. ini malaysia la weh!! memang menyampah gua. demmit! gua rasa nak pukol je mamat tuu.. celaka!!

kalau ikutkan, gua nih menghormati orang yang pandai hormat orang. kalau keluar servis ke tempat diorang, senior gua selalu garang dengan diorang. gua je berlembut. cakap elok-elok.

sekarang, gua dah paham kenapa senior gua selalu garang dengan diorang dan tak bagi muka. ini kot antara sebabnya. so, sekarang gua akan buat macam senior gua. no mercy! huh!


esok. atau lusa. get ready to be charged by management. gua tak kesah. gua ready for defend myself, my action. i know i right. i know what i'm doing that time. to you mr sudanese. tiada maaf bagimu. jangan ingat lu ada imuniti kebal sangat dalam kampus.! huh!


Friday, February 25, 2011

sangka baek ?

petang tadi gua dapat call. call yang jarang gua dapat. kehkeh. pasal gua selalu je ngelak daripada menjawab.

memandangkan perangai gua nih yang agak suka ambil enteng, maka gua tak save the number. so, petang tadi, nombor tuh call gua. ciss. jadi, bila tak save the number, gua tak tau la sape pemanggilnye. then, gua answered the call.

rupanya, member gua. kihkih. lama tak dengar khabar beliao. beliao adalah rakan sekerja gua semasa gua bekerja lepas SPM dulu. ada kisah tentang beliao nih. nih yang nak story nih. gua macam pernah up kesah beliao kat sini. macam je la.

arakian. member gua nih pernah bertunang. dan tunangnya tuh pon member gua jugak. sama-sama kerja dulu. tapi, jodoh mereka tak panjang. bertunang setahun lebih je. sedih wooo. bercinta bagai nak rak. lima tahun kalau tak silap gua. then, one day gua dengar citer mereka dah putus. sedih. pasal gua pon datang time diorang tunang. sedih. sedih. sedih.

mereka putus tunang tak lama. tak silap gua dalam sebulan dua. lepas tuh, gua dengar citer plak si pompuan tuh (tunang beliao), dah kawen. peerggh. baru je putus tunang, tup-tup dah kawen. dasat!

apa yang gua dengar, ada kesah tak baek di sebaliknya. tapi, gua tetap bersangka baek. sehingga-lah hari nih. lepas gua dapat call daripada member gua, tetiba gua teringat kesah si tunang (pompuan) dengan lakinya. gua usha pesbuk laki beliao (pasal gua pernah skodeng akaun beliao). peerrgghh. dah dapat anak!

the best part was, usia anaknya. hah. nak belajar matematik? kawen bulan enam last year, bulan satu tahun nih dah dapat anak. okeh. kira sendiri.

gua cuba nak bersangka baek. tapi, bila gua tengok kiraan matematik tuh, gua macam nak sangka burok. macam betol je apa yang member gua tuh cakap. dulu gua macam taknak percaya. cuba bersangka baek. tapi, hari nih dah buat gua nak bersangka burok je. haih la.

susah nak cakap. gua bengang jugak dengan si pompuan tuh. buat-kan member gua macam tuh. paling best, gua rasa mak si pompuan tuh yang play the big role in their relationship. konpem! gua rasa mak si pompuan yang putuskan pertunangan diorang. sedih wooo dengar kesah member gua.

lepas si pompuan kawen, gua dapat gak usha akaun pesbuk beliao pasal masa dia kawen, member gua jadi photographer for their event. so, gua dapat-lah skodeng akaun pesbuk si laki bini tuh. peerrgghhh. macam nak muntah gua baca status diorang laki bini. gua rasa bukan gua je, rata-rata orang kalau baca status diorang laki bini konpem menyirap je. menyampah sioottt.! macam bawak keluar cerita dalam kelambu je rasa. huh!

kalau betol lah apa yang member gua cakap-kan tuh, punca diorang kawen, maka itu urusan antara mereka dengan tuhan. tapi, kalau tak betul, maka berdosa besar-lah kami. apakan daya, congakan matematik tuh macam meng-ia-kan apa yang disangka-kan. tak begitu?

kalau betol, maka kesian si anak kecil. dah la pompuan. nak kawen sok nak berwali. kesian tuuu.

nauzubillah! semoga kita semua selamat dan jauh dari bisikan syaitan. semoga jugak arah hidup kita ke arah yang diredhai-Nya. amin.

Thursday, February 24, 2011

tak sempat

haha. gua menyepi. yeayy. steady.

nih kira tak berapa menyepi gak nih. kalau betul sepi, mau sebulan gua tak meng-hupdate blog sebagaimana tuduhan cik julia jukogyu .. "pemalas" .. kehkeh. ko la yang malas makcik. gua rajin lah jugak. rajin stalking. muahahahaha..


okeh. nak story sket. sket je. pasal nih pon dah dekat 8.30 pm. nak tunggu isyak, pastu mau ca-alif-but pegi mem-futsal-kan diri. fiuh..

bizi la. banyak sesangat keje. nak kena setel macam-macam. terkejar-kejar dibuatnya. minggu nih je, tak termasuk hari nih, gua balek konpem after 9 pm. fuh. masyuk gak nih. kehkeh.

dalam kerja gua nih, terkadang gua nih jadi macam pegawai penyiasat. ala-ala Horatio Caine dengan Mac Taylor dalam CSI:Miami dgn CSI:NY. fuh. steady kan. menyiasat 'sumbang mahram' dalam network. fuh. maksud gua, penyalahgunaan rangkaian yang menyebabkan macam-macam gangguan. bukan satu kolej je, semua 13 kolej terjejas. hah. tak ke haru.

selain nak setel semua tuh, terkejar-kejar jugak nak join meeting itu-ini. huh~ letih dibuatnya. memang membosankan kalau kena masuk meeting. lebih-lebih lagi meeting teknikal. kalau setakat join perbincangan, okeh lagi. yang tak berapa nak best, join perbincangan merangkap pencatat minit. kira setiausaha mesyuarat gua nih. maklum-lah, 'penjawat' paling kecik dalam meeting. orang lain semua pegawai-pegawai belaka.

huh.

cukup tak hupdate gua nih? kepada yang merindui gua, baca dulu-lah expression of anger gua nih. ada banyak lagi yang gua tak puas hati. cuma belum ada masa je nak hupdate. errr. ada ke yang rindu? cuma dua-tiga orang je kot yang selalu jengah blog gua nih. hahahaha. paling gua malu kalau senior gua masuk baca blog gua. huh! kantoi!! makcik limah lah nih letak link gua kat blog beliao. kan dah senior gua tau blog gua. haih...

naseb baek takda kutuk kutuk senior gua. semua yang baik-baik belaka. kehkeh. kasi 'up' sket. muahahaha.

okeh all. gua nak pegi memecahkan lemak. daaaa...~

Tuesday, February 22, 2011

sibuk menyibuk

lately. since last week. fuh. tak hingat gua punya bizi. dari pagi membawak ke malam. kerja. kerja. kerja.

tapi, dalam kerja tuh, mengular pon ada. kihkih.

sibuk weh. terkejar-kejar gua dengan projek. hiuh. nak kejar projek. nak kejar servis. nak kejar itu. nak kejar ini. report pon bertimbun. tak terusik. alhamdulillah. ada siket lega jugak since new staff join the team. pon ada jugak yang tak kena. nak kena training lagi. tak terkejar betol.

dari pagi kerja. tapi, ada break jugak. heh. robot pon pandai rosak, inikan pulak manusia kalau bekerja je. lepas minum pagi, membawak ke petang. tengahari pon tak break. break masuk opis je. bila dah masuk opis, buat kerja part lain pulak. habes lunch hour, sambung lagi kerja kat site. fuh.

sambung lagi malam. buat configuration pulak. setel config, nak buat documentation pulak. hoh. 

semuanya nak cepat. tapi tak pikir positif-negatif gua terkejar nak setel semua tuh. hehe. tapi, dalam buat semua tuh, masyuk la jugak. kehkeh.

satu hal yang gua tak puashati. gaji gua tak naik lagi. huh!! kata kenaikan bulan dua. nih gua tengok payslip, takda pon. marah nih. marah nih. gggrrrr...!

signature

...Dalam Takbir ku niatkan hajat
Dalam Rukuk ku mohonkan pertolongan
Dalam Sujud ku pintakan perkenan
Dalam Doa ku harap dikabulkan...

tuh dia. antara ayat yang gua susun dan seragamkan dalam 'signature' emel rasmi gua. kehkeh. gua pon taktau apa motif gua buat ayat tuh. tapi, bila gua dah susun, gua dah atur, bunyiknya macam menarik je. bergurindam. mendalam maksudnya. serius! ini adalah hakcipta gua. gua tak cilok kat mana-mana. kihkih.

dah dua tahun lebih gua gunapakai ayat tersebut dalam signature gua. then, tetiba gua rasa macam tak releven. macam tak official pulak bila ada semua tuh tatkala gua hantar email rasmi kepada segala macam 'prof', pengarah dan macam-macam pangkat tinggi. kihkih.

now, gua dah remove. gua buat official punye signature. dah takda ayat-ayat macam tuh. kena matang sket. dan kena pro. ngehngehngeh.




psssttt: sebenarnya, gurindam tuh adalah apa yang gua rasa. gua berdoa, memohon dan meminta supaya diperkenan segala hajat oleh Dia. lagi dua tahun, gua nak kawen. yeayyy! - ingat satu perkara: ikhlas itu ibarat mencari semut hitam di atas batu hitam di malam yang hitam dan kelam.. so, apa maksud ikhlas sebenarnya?

Wednesday, February 16, 2011

back to gym

back to gym.

yeah. dah sekian lama tinggalkan gym. finally, i'm back! just like Dwayne 'The Rock' Johnson back to Monday Night Raw. wahahaha. dem! fanatik gila gua dengan wrestling. haha.

ok. 

the reason why must go back to gym:

first! - of course because of my weight. demmit. bertambah-tambah berat gua. and to seek for my long lost stamina. dan jugak sebab darah naik mendadak last week. wahaha. 

second! - sukan interdepartments are around the corner. sebagai seorang atlet yang tak pro yang mewakili jabatan dalam acara tarik tali, gua kena cari balik stamina kekuatan lengan dan kaki. fuh. teringat tahun lepas. gua berjaya bawak pasukan sampai ke suku akhir. malangnya, kantol kat suku akhir. dan time tuh gua tak main sebab badan gua dah rabak gila. sakit segala macam sendi. fuh.

third! - i'm looking for my shape of body. fuh. seluar semua tak berapa nak muat lagi nih. kontrol. kontrol. haha.

fourth! - takda. no reason. hahaha.

last pegi gym was last year. sebelum bulan puasa. kononnya, nak cuti sempena puasa. tapi, lepas raya terus stop. kehkeh. then, tahun nih kena back to gym. kena cari balek shape of my body. penting tuh. nak kena tanam saham. walaupun gua dengar citer, awek-awek kat malaysia nih tak berapa suka jantan badan berketak-ketak. haihh.. tak rock betol! 

harap-harap gua akan teruskan aktiviti bersenam nih. dalam hotak dah pikir nak beli basikal pulak. weekend buleh jugak mengayuh keluarkan peluh (padahal hari hari berpeluh).. wakakaka.

tahun nih nak masuk acara banyak sket. last year gua cuma main tarik tali. this year, gua nak cuba masuk kesebelasan utama pasukan bola sepak. futsal? gua hingat gua nak kekalkan posisi penolong pengurus sama macam tahun lepas. amacam? dan jugak gua nak cuba main lawn ball atau petanque. mana satu lebih best? dua dua macam best. fuh. semua gua nak sebat. and one more. gua nak join gak bola tampar. yep. last year macam nak join, tapi takda masa nak turun training. kerja. kerja. kerja.

gambar tahun 2009. wahahaha. tahun nih? perut yang ke depan. jangan maraaaa... hakhak

garang siak

gua ada satu tabiat. tabiat baran tak memasal. emo tak tentu arah. hoh.

kebiasaannya, gua paling pantang kalau ada orang parking kereta dengan tak betul. kotak parking dah tersedia, tapi parking keluar daripada kotak parking. fuh. memang pantang gua tuh.

so, memandangkan gua nih selalu lah pergi servis. pergi servis selalunya dengan kenderaan jabatan aka kenderaan universiti. arakian, kenderaan nih dulu-nya ada parking sendiri. sebenarnya, sampai sekarang pon ada parking sendiri, cuma privasi parking tuh dah tak dihormati. kenderaan awam selamba badak je parking kat reserved parking tuh. huh! memang menyirap gua.

nak short story, petang tadi gua balek servis. nak parking kat tempat biasa. ada satu kosong. nampaknya, masih ada nurani makhluk kat universiti nih tak parking kat reserved parking tuh. so, nak masuk parking (bukan gua bawak van, gua dera staf baru.. suruh beliao bawak.. kehkeh), agak sempit pasal kereta kat sebelah parking keluar daripada kotak parking. 

apa lagi. gua pon berangin la. berasap telinga. nak kena ajar sket si drebar tuh. and normally, kami memang akan mengajar rude driver yang parking sesuka hati laki tiri mak angkat jiran sebelah rumah presiden uganda.

so, hukuman paling common yang kitorang buat adalah, kitorang akan himpit kenderaan universiti dengan kenderaan yang 'biadab' tuh. kitorang akan himpit pintu driver supaya si driver susah nak masuk kereta. peerrgghh. devil la siak! hahaha. nak kena ajar tuh.

so, gua dah ajar staf baru. gua cakap, "kasi rapat.." sebelum gua arahkan, gua check dulu samada tuh kereta staf ke bukan. then, gua tengok takda sticker staf or student. kalao kereta student, lagi suka gua dengki. nih gua tengok keta tuh clean. takda sticker. lantas gua suruh je staf baru tuh himpit. sebelum tuh, gua suruh bebudak praktikal yang ada sama untuk turun dulu sebab takut nanti tak boleh keluar plak bila dah himpit. wakakaka.

the best part dalam prank gua nih, tetiba gua terperasan minah praktikal yang ikot gua tuh muka beliao dah lain macam je. kehkeh. and suddenly jugak gua terperasan. ada sticker UiTM kat kereta dan tetiba jugak gua teringat student praktikal tuh adalah student UiTM. haha.

kesimpulannya, gua sebenarnya nak prank orang sendiri. wakaka. malu pon ada jugak. haha. baran tak bertempat.

gua apa lagi, sound la si minah tuh suruh beliao parking kereta beliao elok-elok mengikut lunas undang-undang yang dituntut. jangan susahkan orang lain. hiuh.

muka kelat-kelat je minah tuh nak tengok muka gua. haha.

Tuesday, February 15, 2011

pujuk

kalau orang merajuk, ubatnya adalah 'pujuk'. bukan takat merajuk, orang nak bunuh diri pon nak kena 'pujuk'. orang menculik ke. 'pujuk' antara kaedah terawal dalam menyelesaikan konflik.

ohho! gua bukan seorang kaki pujuk yang baik. gua tak berapa pandai dalam hal ehwal memujuk. seringkali menemui kegagalan atau jalan buntu dalam usaha memujuk. haha. i'm not good in that. haha again.

kalau diikutkan, gua malas kot nak cerita perihal memujuk nih kat sini. tapi, dalam usaha nak menjernihkan keadaan, gua tulis jugak kat sini.

bukan ayat memujuk ye. terpulang nak memaafkan atau tidak. hopefully, maafkanlah.


Muhammad bin Abdullah SAW

salam to all.

dah lama gamaknya gua tinggalkan 'salam to all' dalam pembuka penulisan gua. ketahui-lah, sesungguhnya gua sentiasa berdoa untuk kesejahteraan semua (salam).

hari ini 15 Februari 2011. kalendar masihi.

12 RabiulAwal 1432H. kalendar hijrah.

lebih 1432 tahun yang lalu, pada tarikh keramat ini, telah lahir seorang insan di kalangan manusia seperti kita yang dikasihi oleh Maha Pencipta. Baginda yang dimaksudkan adalah nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman. kekasih Ilahi.

saban tahun, pada tarikh 12 RabiulAwal, umat Islam di Malaysia akan menyambut besar-besaran tarikh ini bagi memperingati perjuangan dan kasih sayang nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama syariat daripada Allah SWT.

pada hari ini, kita adalah umat akhir zaman. umat yang ditinggalkan oleh baginda SAW sehingga akhirat kelak. tiada lagi nabi atau rasul selepas baginda. kita adalah umat baginda. kasih sayang baginda ke atas umatnya tiada tolok bandingnya. baginda adalah kekasih Allah SWT dan kekasih kita juga. 

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atas nabi dan ucapkan-lah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik-baiknya"
(surah al-Ahzab: 56)


sebanyak mana kita telah berselawat ke atas baginda SAW? sedangkan di dalam alQuran, Allah SWT berfirman, sesungguhnya Dia dan para malaikat berselawat ke atas nabi. dan kita disuruh untuk berselawat dan memberi salam penghormatan sebaik-baiknya ke atas baginda SAW.

dalam sehari, sekurang-kurangnya 10 kali kita WAJIB berselawat ke atas baginda. dua kali dalam setiap waktu solat. tahiyyat awal dan akhir. tapi, sehingga hari ini, adakah cukup sekurang-kurangnya 10 kali selawat kita kepada baginda?

bersempena ulangtahun kelahiran baginda pada hari ini, mari-lah bersama memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW. semoga di akhirat kelak, kita mendapat syafaat daripada baginda. sesungguhnya, baginda adalah nabi yang dapat memberi syafaat kepada umat baginda dan umat baginda adalah umat yang pertama dihitung segala amalan dan untuk mendapatkan syafaat baginda pada hari pembalasan kelak.

"Allahumma solli 'ala Muhammad. wa 'ala ali Muhammad" - Ya Allah, selawat dan salam ke atas Muhammad. dan ke atas keluarga Muhammad.

wallahualam.

Saturday, February 12, 2011

tak sehat


hai all. tak berapa nak ada mood. mood nak marah je nih.

badan tak berapa sehat.

alhamdulillah, hari nih majlis adik gua selamat dan lancar dalam keadaan penuh sederhana. tak perlu nak grand dengan bukak khemah bagai. insyaallah, kalau takda aral melintang, setahun dua nih berlangsung-lah.

and macam biasa, 'komitmen perhubungan' gua diper-soal-kan. 

oh, makcik-makcik jangan risau. kalau sampai seru gua, nanti gua jemput-lah makan nasi minyak. ke dah tak sabar? sekarang jugak gua boleh belikan nasi minyak. takda hal. nasi beriani gam pun boleh.

dari malam tadi dah mula rasa semacam. naseb baek hari nih dapat off-day. kalau ikut-kan, unit gua ada operasi besar-besaran nih kat kolej. setiap sabtu-ahad sehingga end of this month. memandangkan gua dah maklum gua ada majlis kat rumah, gua dapat pelepasan. naseb baek. lagipulak, tetiba badan rasa dedar je.

Friday, February 11, 2011

apa cer..? dunia oh dunia

"Wanita yg pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara & punggungnya ( krn baju sempit) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan di khalayak dengan kemaluannya sedang 'keras' terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu? namun tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu hakikat sedang berkata kepada yg melihat, "cantik & besar tak payu daraku, punggungnku?" di khalayak awam."


gua kopi-pes dari fan page ustaz Zaharuddin. one of my favorite ustaz. his thoughts, his knowledge, his kindness, macam-macam his lagi la yang buat gua kagum dengan beliao. and not only him, ada jugak ustaz-ustaz lain. but, antara mereka adalah ustaz zaharuddin.

best-kan 'sindiran' ustaz. fuh. harap-harap ramai yang terasa di luar sana. and gua memang berharap lu orang terasa dan sendiri rasa la. malas nak taip pepanjang.

betol kan? umpama nak 'menayang'-kan. (bukan umpama, tapi memang!)

gua LIKE his statement. kalao buleh, gua nak LIKE infinity!

dan di sini gua nak buat confession. harap, semua jangan anggap/pandang serong pada gua. plissss!!! (sambil buat teknik mata shinchan)

dalam pada gua suka statement ustaz, gua jugak sebenarnya tak lari untuk suka tengok para wanita berpakaian begitu. kalau tak pakai tuh, ok la. that's good. keep it! tapi, kalao dah pakai macam tuh, gua suka je la nak tengok. tengok je la. orang dah bagi tengok-kan.? tak betol?

for sure, berdosa-lah kan? bukan yang buat je berdosa, yang tengok pon sama. duakalilima.

yang pelik tuh, kalao dah dressed like that, especially to those yang suka pakai 'tight-skin' punye seluar. and especially, jeans. belom gua nak sentuh yang jenis 'getah' tuh lagi. kalau yang ber-jeans, dia punye ketat, nauzubillah. takpayah bogel, gua dah tau bentuk macamana. sampai tuh pulak, pada yang tak sedar diri macam gua nih, dah le 'lemak berlebihan', pakai plak tighten macam tuh, terbonjol keluar lah kaklong. tak molek benor. mau muntah belilah gua dibuatnye.

tak sodar diri!

bila orang panggil GOMOK, marah pulak. tapi, lu tak sedar diri, tak sedar ruang. makin tunjukkan kelemahan. haih!

yang gua nak isu-kan kat sini, pada yang kurus, cantik body, shape, fit, yang pakai seluar memang ketat gile. gua selalu tertanya, (bukan pompuan je yang pakai macam tuh, jantan pon sama!), macam mana ek diorang sarung seluar tuuu...? tak susah ke? and, kalao dah sarung, musti ada bukak/tanggalkan kan..? tak susah ke? and, one thing always bothering my mind, kalao nak TERBERAK. let say kena diarrhea, tak ke kelam kabut nak bukak kat jamban. kena pulak jamban cangkung.. peeerrrgghhh. time tuh, si najis dah 'hujung-hujung sem' je. mau terkincit dalam seluar. kan. kan.? tak paham gua. ke, memang senang je nak sarung atau tanggal?

pelik. pelik. mungkin gua pelik pasal gua 'tak mampu' nak pakai seluar macam tuh. haha. takda maknanya! ye la, gua ngaku, gua memang tak muat nak sarung seluar macam tu. tapi, buleh fikir kot. awak tuh pompuan, banyak part kat body tu nak kena jaga. kalao dah dressing macam tuh, toksah pakai baju pon takpa. pasal, kalao dah pakai tight gile *khinzir*, baik seluar, baik baju, sama je. dah buleh jalan-jalan pegi kelas ke, jejalan ke dengan berbogel je. kan. kan. hah. laser tak i??? haha. sori. gua memang laser! no hard feeling, okeh!

banyak perkara nak bebel nih. pasal pergaulan laki pompuan. touching sana sini. kulit dengan kulit. bulu dengan bulu. oooopppss! jeng.jeng.jeng.

nanti-lah. satu masa nanti gua petik topik nih. gua kembali menjadi 'ustaz hafiz.Taichou' yang dibenci ramai. biasa-lah, kebenaran tuh umpama peria. gua cuba untuk kembali bertazkirah semula. dalam pada mengekspresikan kemarahan, ekspresi tentang kerohanian ni pon buleh. tak begitu? dan gua qualified (academics) untuk berceramah sedemikian. but, secara tauliah-nya, gua tak layak. errkk.. qualified dengan tauliah tak sama ke? sijil tinggi darjah khas sekolah agama johor tuh kira 'qualified' kan..? and, sijil pengiktirafan daripada jabatan agama islam negeri johor tuh dikira 'tauliah'. betol tak? kalao tak betol pon, ada gua kesah.? huh!

huh. dah buleh tolong kira 'saiz' jamban akak. toksah bugel, tengok je dah tau. lalalala~ SHIT!

nih terbaek nih. gua suspek nih indon je yang gamak buat macam nih. fuh!

erkk.. errkk.. dia bertudung pasal rambut gugur kot. dah botak. kalao tak, musti lagi rock!

 wah. wah. wah. agak-agak kaklong oit! jangan kata saiz, siap kaler pon buleh tolong pilih-kan. huH! kenyang pakcik-pakcik kat situ gamaknyeee.... dem!


dah kawen. dah ada anak. ada laki pon duaxlima jugak. bodo! bawak-bawak le tobat. yang laki pon sama. kesian betol!! takda hotak agaknyeeee...?

TOLONG! kalau tak tunjuk, gua tak tengok. tapi, kalao dah tayang, gua tengok jeee... lalalalalaa~ demmiT!

ok. jom pakat ramai-ramai untuk anti-maksiat. mari ramai-ramai buat pahala. "anda buat, anda dapat" - ustazah bahiyah.


credit all pictures: gua cilok daripada fan page facebook OH! MEDIA NETWORK. jangan marah.

psssttt: harap jangan ada yang marah. jangan sampai nak sue gua pulak. lalalalala~ hambek kau sebijik!

gua dari petang

dah jelak je kan kome sume membaca luahan rasa gua nih. baik kesah cinta, marah, tak puas hati. macam-macam. dah header pon "expression of ANGER". nak buat apa lagi. nak baca? sila-lah. taknak baca? buleh blah. lalalala~

ok.

hari nih keluar dua jam. (dua jam??? gua keluar pukol 4 petang. masih kira dua jam ke??)

gua keluar untuk temankan mak gua pergi melawat makcik gua a.k.a kakak kepada mak gua yang sedang dirawat di HSI (dua tiga menjak nih, famili gua dilanda ujian. ada je yang terlantar di hospital. dugaan dan ujian).

macam biasa-lah mak gua. buleh kata Neng Yatimah versi famili gua. masuk je bilik rawatan makcik gua, dah mengalir dah air mata dia. sebak kot tengok keadaan akak dia. (gua pon bukan boleh tengok mak gua nanges. rasa nak join sekali. tapi gua maintain rock kot. jiwa kental weh!)

borak-borak. bertanya khabar.

sampai satu tahap ayat makcik gua hampir buat gua nak mengalir air mata. macam dah nak bergenang. (tapi masih kontrol. macho kot!)

"Fiz bawak mak ye? jaga mak ye. jaga mak elok-elok.." - dan ada lagi ayat-ayat beliao. pergghh. tersentap lah siot. sedih je ayat makcik gua tuh. yep! gua akan tetap jaga mak gua. selagi hayat dikandung badan. selagi roh masih bersemadi dengan jasad. gua cuba yang terbaek. mak uda jangan risau.

dalam sejam jugak melawat makcik gua. since famili gua nih terhampir sekali dengan hospital, gua kena-lah jenguk. walau sibuk macamanapun, gua cuba curi sedikit masa. alhamdulillah. pegawai-pegawai gua semua memahami situasi gua nih.

then, sempat jugak jenguk sorang lagi saudara. pakcik gua yang patang tulang belakang tuari. alhamdulillah. dah buleh bercakap. cuma, effect pembedahan belum nampak lagi. result-nya belom betol-betol clear. hopefully, he will be back soon (as a happier uncle).

dalam setengah jam. kaki gua pon dah sakit pasal berdiri je. dengan dress office plak tuh. jadi, gerak je la. lagipun gua dah jengah jugak dua-tiga kali sebelum nih.

on the way balek, follow highway pasir gudang. and as gua dah agak, jammed! konpem. ditambah pulak cuaca hujan. huh. letih kaki gua. kejap minyak. kejap clutch. kejap tukar gear. haih. (nak beli kereta auto la. "Yang! nanti kita kawen you pakai baby-white I tau! I nak pakai HONDA Stream yang baruuuu.. AUTO! - heheheeee)

ok. that's it. nih gua hupdate dan bercerita nih pon pasal gua tengah bosan. nak borak-borak dengan kengkawan, semua tengah bizi kot. madah available time keje je. time memalam macam nih, semua dok buat urusan sendiri. gua jugak yang terkuntang kanting (kalau time keje, ada je yang nak berborak dengan gua kat chatting. gua bizi kot nak melayan selalu. huh! bila malam macam nih, takda sorang pon)

sempat jugak teman-kan mr.shinden pegi cari aksesori kamera beliao. baru beli speedlite tuuu. original NIKON. SB-700. fuh! tak tergamak gua nak pinjam. mahal dan terlalu advance. gua hanya-lah seekor rookie jeee. and, sempat jugak pergi usha harga battery grip. peerrgghh. siap ada kedai nak chong tuuu. letak harga macam harga BABI sekilo kot. padahal, website NIKON kata harga lagi rendah daripada tu. memang nak sembelih leher BABI nampaknya. hallo tokeh. kedai kat atas tuh lagi murah siottt. lu apesal letak harga tak masuk akal? lu bodoh ke, kitorang yang pandai?? kemak betol. hingat kitorang BABI ke lu mau sembelih. silap besar la. haha. after this, memang tak ke kedai lu lah untuk cari barang. soriiii..! mahal nak MAMPUH!

say good nite all~

Thursday, February 10, 2011

pahala 'niat'

niat tuh dah ada. cuma tak sampai je lagi dengan amalannya.

nak dijadikan story, pagi nih gua join senior and my boss to do some deeds. blood donation.

seriously, gua tak pernah pegi derma darah. and, gua pon tak pernah tau what type my blood is. oke. since tak pernah derma darah, tetiba hari nih pintu hati terbuka untuk menderma.

selama nih bukan sebab gua cuak ke apa pasal nak menderma darah. FIRST! sebab kalau dah tempat tuh crowded, gua tak berapa gemar. gua nih kan pemalu. so, untuk berhadapan dengan people yang terlalu ramai, membuatkan gua malas nak amek port. but, today was different. gua cuba jugak lah. buang siket bab malu tu.

gua pon beratur untuk register. yep. ramai orang.

and antara sebab utama gua nak sangat menderma adalah kerana gua nak tau jenis darah gua. gua tak pernah tau jenis darah gua. bila orang tanya, jadi malu plak pasal darah sendiri pon taktau.

now. gua dah tau darah gua.

but. ada tapi tu. bila sampai turn gua, membuak jugak semangat nak menderma nih. bila fikir-fikir balek, dapat menyelamatkan nyawa orang kalao diorang memerlukan darah. and, my turn was came up.

something bother me. bila sampai part timbang, peeerrrrggghhhh!!! berat tak hingat la siot!! gile berat gua. cikai betol! gua saspek timbang tuh dah rosak kot. huH! kemak.

then, sampai plak turn nak pam darah. yes. i knew it already. my blood will goes up so high. but, i never expected that my blood pressure will go that high. peerrrgghhh! EMPAT KALI. diulang. EMPAT KALI doktor tuh buat blood pressure test kat gua. gua pon dah malu. orang lain dah beratur menunggu kat belakang. haih!

and, finally, doktor tak buleh buat apa cuma boleh 'check' kat box: unfit to donate blood

cesss...!!

"blood pressure awak tinggi. heart bit pon tinggi.." - takpa-lah. gua pasrah je. niat dah ada nak menderma. tapi, mungkin tuhan belum izinkan lagi. takpa. next time gua cuba lagi.

and, gua dah nekad nih. next week.

BACK to GYM! yep. kena kembali bersenam. huh! lama siak tak pegi gym. and next week, kena buat balek rutin ke gym. gym. gym. i need to fit my stamina. i need to get my health level back!

cayyokk.! cayyokk..! cayyokkk...!!

jadi?

ego. gua dah ketepikan in this case. atas nasehat kengkawan.

gua gerak dulu. nak tunggu dear? lambat. or, mungkin takkan. or, whatever.

since i was the one who started the 'jejak kasih', with an SMS (unfortunately; no reply).

then, the next day; i came up with another SMS (yeaayy.. there was a reply). after the SMS (which no reply at all), tried to give her a call (and keep unfortunately; no answers!).

then, after some while, an SMS beep! she's on work. she says. then, two or three messages was replied. then. SILENCE!

the next day. big move i made. without any SMS (sent or received), i give her a call. and, as usual, UNFORTUNATELY, no answer at ALL! and.....

NO CALL BACK from her. okeh!

what in mind if this situations happened to you guys? what the things could bother you a LOT?

lalalala. no credit? noooooppppeeee! (but it could be).

lost the phone?? noooopppppeeee!! ( i don't think so!)

lost my number??? noooppppeeee!! (takkan setiap kali gua call nama gua tak appear. or, may be it's true that she was not save my number... oooohhhh.. DOWN kejap!!)

tengah keje time tuh. and FORGOT to call back! (mungkin!) - tapi more to IMPOSSIBLE!!

for this moment, i can't accept any reasons. not a good or bad reasons. dem!!

am i 'miss' her? ermmmm.. NOOOPPPPEEEE!! seriously, deep in my heart, i don't feel any 'miss' to her. ciss! lu memang dah takda dalam hati gua la kot..

ok. i did as my 'geng nakal' suggested to me. i did SMS and 'tried' to call her. but. she didn't do the same as i did. so, i think. i could come up with one decision.

BREAK-OFF!!

but, i planned to meet her this May. erk. maybe. lalala.~

am i so mean to BREAK OFF without meet her or listen to her 'reasons' for all the thing that she had done to me? (i mean the SMS and CALL thing. not the 'play three wood'. instead, it's look like i did the 'play'. haha.)

ok la.

thanks guys for all the 'nasehat' you gave to me. you all always support me. i appreciate that.

and, sorry for not able to give all of you 'kakak ipar' since i don't think i could gerak dulu sebelum you guys. but, i am so much happy if any of you gerak dulu. gua buleh jadi penanggah ke, pengapit ke. takda hal. lu kasi gua 'adik ipar' dulu.

to her:
dear. i can't think any reason why. and i don't want to hear any reasons from you. dah cukup-lah.
you cantik. you cute. and i geram nak cubit your pipi. but, cantik pada you adalah not matching at all to be with me. i'm not a good partner to stand beside you. it could be ' BEAUTY and the BEAST' if we do. haha. nanti you malu pulak.

ok. i dah taknak SMS or CALL you lagi. (or may be i akan buat this short term untuk clear our relationship).

ok. hafiz.Taichou! keep move on. you have dream to chase to.. lalalala ♫

wallahualam.


psssttt: bersemangat lepas tengok anwarhadi . dem! haha.

Wednesday, February 9, 2011

terasa

tetiba terasa diri gua hensem. mata gua garang! fuh. memang steady. tengs to mr. shinden for the great momento.. lalalala~

komen plisss..

dimalukan

alkisah. alkisah tersebut-lah kisah. sang kancil datang beramai-ramai menghadap ke bawah duli yang maha mulia sultan firauuuunnnn. 


mana firaun pakai sultan..


entahhhh.....


ye. alkisah. gua telah dimalukan!~
gua telah dimalukan oleh diri sendiri!! apacer?

alkisah. pagi tadi senior gua ajak breakfast kat luar. open table katanyee. fuh. apa lagi. steady je gua. lalala~ 
maka tiba-lah ke destinasi makan. fuh. belum saspens lagi tuh. arakian, gua pon meng-order nasi lemak telur (padahal dah niat puasa nasik tuuuu.. ciss!) beserta milo ais. fuh! tak saspens lagi. tungguuu.

macam biasa jugak, walau tengah makan, hal kerja HARUS dibincangkan kerana kami komited dengan kerja kami. cewah!

bila dah pung-pang-pung-pang borak, maka dah bayar segala macam bil yang patut, dan kami semua pon bergerak-lah nak balek opis.

hah, dah nak masuk bab saspens.

gua pon apa lagi. menuju ke kereta dengan lagak macho-nya sebab bawak dua orang awek prektikel. lalala~ gua pon tekan alarm. macam biasa, bunyi siren yang keluar. fuh. dah konpiden tuh. bila dah sampai kereta, gua try bukak.

aik? apesal tak buleh bukak? gua tekan alarm lagi. dua-tiga kali. pon tak buleh bukak. gua try bukak pintu belakang pasal gua hingatkan pintu gua sangkot ke apa ke kan.. tetiba, ada suara sound gua:

"woi! nih-lah kereta kau!!" - ciss!! malu besar gua dibuatnyeeee!! rupa-rupanya yang gua cuba bukak tuh bukan kereta gua! cisss!!! kemak betol. macamana buleh tak perasan pulak.. cikai betol. tak memasal kena gelak. huh!

kesimpulannya, ada dua kereta myvi kaler putih sedang parking bersebelahan yang menyebabkan gua memalukan diri gua sendiri dengan cuba membukak kereta orang lain. musti tuan punye kereta menyirap tak hingat. hahaha.

sekian untuk cerita sedih gua. sebenarnya, kesian. terimas.

si tudung hijau

malam nih meronda dengan mr. shinden ke angsana. teman-kan beliao pusing-pusing tengok speedlite. gila kaya mamat tuh. banyak betol duit beliao. ada je nak dibeli yang mahal-mahal. huh! kawan tabik spring kat awak la pokcik!

bila dah ronda-ronda, tetiba beliao teringat besday his wife is coming around. and sebagai seorang suami yang panas baran tapi prihatin (kehkeh.. jangan marah tuan!), beliao tetiba je merancang nak pegi beli hadiah. since, we were in shopping complex, he decide to buy what are womens most wanted. heh. that is emas la. 

fuh. memang cash terus dibayar beliao. gila la tuan. lu memang banyak duit tau!

pusing-pusing tengok kat dua je kedai emas kat angsana nun. tengok kat Wah Chan. wah! 

gua sebagai seorang accompanier terpaksa la layan-kan mr. shinden disamping mencuba memberi idea kepada beliao. yes. beliao terus beli subang emas untuk isteri beliao dan jugak anak manis kesayangan beliao yang cumel tuu.

kat Wah Chan (wah!!) nih, ada la dua tiga orang staf. actually lebih than three. haha.one of them, seorang awek bertudung hijau. 

mula-mula gua kasi tak perasan je la. buat bodo sudah. takda nya gua nak usha-usha. gile ke apa? gua pemalu kot kat pompuan. time mr. shinden tengah belek-belek nak pilih subang, tetiba gua terperasan cik tudung hijau tuh berborak dengan kengkawan beliao sambil ada-lah ketawa-ketawa kecik. mak aih!!!

i fall in you la babe. why?? because she had what i dream! wallaweeeyyy.. 

first. she wore a hijab. tudung la tu. of course la since tajuk posting nih pon pasal si tudung and for sure kaler hijooo.
second. she also wore a glasses. dem!! addicted to women who are wore a glasses. memang kena la you pakai. since gua pon memang suka tengok awek berkaca mata. lalalala.
the third one. it was the point why am i so much fall in you la babe. you had a teeth like liana samsudin a.k.a wawa (in adnan sempit). aiseh. why? why?

and since gua nih memang pemalu yang amat, konpem la gua tak tekel awek tersebut. sebab, the first thing gua tengok kat pompuan sebelum gua nak tekel (walhal tak berani pon), gua akan perhati sekitar jari jemari. fuh. dah banyak cincin. nih dah kawen la nih. haih-lah. bertuah suami awak lah ye. kalau you belom kawen, i sudi rampas you untuk dijadikan pesona dalam hati i. lalalala.

si tudung hijau. malam nih you dah buat-kan i percaya, ciri-ciri yang gua nak tuh sebenarnya wujud. ada dan ada. dan ada lagi. insyaallah ada lagi di atas muka bumi nih. tapi, boleh ke gua dapat..?

haih tudung hijau. kenapa-lah gua tak tangkap gambar you padahal i gantung kamera kat bahu i. kenapa? kenapa? kenapa gua tak habiskan bateri kamera gua untuk snap gambar you. rugi. rugi.

takpa-la. you diciptakan untuk orang lain. not for me. tapi dapat tengok you adalah satu anugerah dan peluang daripada Dia. terima kasih tuhan. 

sekian.

Tuesday, February 8, 2011

sedang buang ego

malam tadi. tetiba terfikir. ok. "salam.." - SMS gua hantar.

oh, gua dah buang ego. 

tapi apakan daya. no reply. motif? gua tak pasti. dah tak guna nombor tuh kot. gua tak try miscall pon. so, gua taknak buat conclusion.

malam nih try lagi. if there is no response at ALL, then, gua rasa gua akan simpan balek ego gua. 

and for sure. we'll finish, my dear. thanks.

sekian dan kesian. with ♥: hafiz.Taichou to ct.Maliha

Monday, February 7, 2011

solat cara Rasulullah SAW

first of all, gua nak muktamad-kan di sini, gua bukan ustaz. gua bukan ahli dalam bab ibadah. tapi, gua mencari, gua belajar, gua kaji, gua selidik dan gua cuba amalkan. segalanya Allah Taala Maha Mengetahui. terima kasih.

oleh hafiz.Taichou

antara amalan terawal dihisab pada hari akhirat kelak adalah amalan ibadah solat. solat merupakan antara ibadah terpenting yang menuntut khalifah di atas muka bumi ini untuk dilaksanakan. dan sudah pastinya, khalifah yang mengaku dirinya Islam dan beriman dengan ajaran agama yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad SAW, maka ibadah solat wajib ditunaikan.

saya pernah mengeluarkan beberapa artikel di dalam blog yang saya kelolakan selama ini berkaitan kaedah atau cara solat nabi SAW. anda boleh rujuk artikel ini yang bertarikh 23 September 2007 dan 29 Oktober 2009.

walaubagaimanapun, artikerl berkenaan hanya-lah merujuk tuntutan ke atas perlakuan solat yang dilakukan oleh nabi SAW melalui riwayat hadis oleh para sahabat baginda SAW.

dalam melaksanakan ibadah solat, bukan-kah solat itu diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj untuk disampai dan diajarkan kepada umat baginda? ya. apakah perlakuan, perbuatan mahupun pertuturan kita dalam melaksanakan ibadah solat adalah sama sebagaimana yang diamal dan dilaksanakan oleh baginda SAW?

seharusnya, kita melaksanakan perlakuan dan pertuturan solat sebagaimana yang dilakukan oleh baginda SAW. tapi, sebagai umat akhir zaman, pastinya terdapat hujah yang timbul yang meragui cara sebenar solat yang dilakukan oleh nabi SAW. benar! kita umat akhir zaman. tapi ingat! baginda SAW pada khutbah terakhir sebelum kewafatan baginda, bersabda: "aku tinggalkan dua perkara kepada kamu. sekiranya kamu berpegang kepada keduanya, nescaya selamat-lah kamu. dan dua perkara tersebut adalah al-Quran dan sunnah-ku" (lebih kurang begitu maksudnya).

jadi, sebagai umat akhir zaman, panduan untuk kita yang ditinggalkan adalah al-Quran dan sunnah baginda SAW. dalam al-Quran memang tiada secara jelas cara melaksanakan ibadah solat. namun, tuntutan dalam mengerjakannya terdapat banyak di dalamnya. dan disebabkan itu, sunnah rasulullah SAW adalah antara medium cara untuk kita menunaikannya. solat siapakah yang paling sempurna? sesungguhnya nabi SAW adalah orang yang paling sempurna solatnya kerana baginda diajar oleh Jibril a.s semasa peristiwa Isra' dan Mikraj. jadi, atas justifikasi apa untuk kita sebagai umatnya mengendahkan cara sebenar solat?

solat yang sempurna adalah solat yang dilakukan oleh nabi SAW. baginda bersabda: "solat-lah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat". hadis sahih yang diriwayatkan oleh sahabat baginda SAW.

pada hari ini, banyak perbezaan antara perlakuan solat yang dilakukan oleh umat akhir zaman dengan cara solat rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh para sahabat baginda. contohnya, kedudukan tangan selepas takbir. pada zaman ini, ada yang berpendapat, kedudukan tangan adalah di atas perut. ada juga yang berpendapat kedudukan tangan di sebelah kiri di atas perut. namun, melalui hadis Wail bin Hujur r.a:
“Saya melakukan solat bersama Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam maka diletaknya tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada.”

namun begitu, sejauh mana kesahihan hadis ini dikaji oleh umat pada hari ini? kaedah cara solat pada hari ini lebih kepada ajaran yang diperturunkan dari mulut ke mulut sejak dari dulu. kurang kajian yang dilakukan oleh masyarakat pada hari ini berkaitan ilmu hadis. sesungguhnya, kita dituntut untuk menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat. 

untuk penerangan atau kajian lebih mendalam, anda boleh-lah merujuk kepada buku-buku tulisan para ulama yang terkenal seperti tulisan sahibussamahah ustaz zaharuddin abd. rahmansahibussamahah prof. madya dr. mohd asri zainal abidin. mereka antara ulama yang menjadi rujukan saya berkaitan pelbagai isu dan persoalan dalam agama islam. atau


anda juga boleh memuatturun e-book yang telah saya susun semula (bukan tujuan untuk dijual) yang ditemui dalam laman web. terdapat beberapa e-book berkaitan, tetapi untuk artikel ini, boleh-lah memuatturun fail berikut: beberapa persoalan solat

akhir kata, semoga amalan yang kita lakukan sempurna nak menurut landasan yang dituntut. dan semoga segala amal ibadah kita diterima-Nya dan sesungguhnya, hanya Dia Maha Mengetahui. wallahualam.


fuh. penat menaip nih. hehe. untuk makluman, kaedah sebagaimana yang ditunjukkan dalam e-book di atas telah gua praktikkan sekian lama. cuma ada beberapa perkara yang menjadi khilaf para ulama gua tak amalkan. gua mengikut kata naluri hati dan hujah ulama yang paling kuat. itu je. contohnya, menggerakkan jari semasa tahiyyat. dulu gua amalkan, tapi bila gua dah follow a few lead from beberapa ulama, gua dah tinggalkan kerana menurut mereka, hadis yang diriwayatkan adalah dhaif. wallahualam.

terima kasih kepada kak limah kerana bertanya di googleTalk. gua menjawab atau menolong sekadar yang gua mampu atau tahu. terpulang pada masing-masing untuk nilai serta amalkan. sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui sedangkan kita tidak. wallahualam. terima kasih kerana membaca. sekian.

bujang dengan keluarga

apa maksud tuh? bujang dengan keluarga? tak paham. dem! apa siak??

ok. since dah dekat nak pukol doblas, dan memandangkan gua nak ca-alif-but sekejap teman-kan member pegi servis keta (tunjuk jalan kat orang yg tak tau jalan), gua take some time untuk update la. and, since gua baru je lepas baca blog sorang makcik tuh.

ok. the topic is: hidup bujang dan tinggal bersama keluarga.

maaf. dato dr fadzillah kamsah dan jugak sahibussamahah ustaz zaharuddin tidak dapat bersama di sini pasal gua pon memang tak jemput mereka untuk berdiskusi dengan tajuk di atas. ok. stop!

bujang dan tinggal dengan keluarga. eh. itu macam mengata gua je. yep. gua bujang. masih duduk bawah ketiak mak gua. ah, sukahati gua la. mak gua kot. bukan mak orang lain. lalalala.

apesal gua tak duduk asing dengan family gua? alasan paling mudah; gua bekerja berhampiran dengan tempat tinggal gua. buleh terima? yep. kalao diberi permakahan dalam sistem SPM, gua yakin gua dapat A1. terima kaseh. mungkin takda orang mempertikaikan. atau mungkin jugak ada. "dah tua-tua bangka duduk dengan mak bapak lagi.." - haikk? mak ayah gua pon tak halau gua, nih pulak yang takda kena mengena dengan hubungan darah gua. ciss!

okeh. bukan gua tak reti berdikari. masa gua belajar dulu pon, gua tak duduk dengan family. sebab, gua belajar kat pasir gudang and the cost antara tampoi ke pasir gudang agak tinggi la. so, keputusannya, gua tinggal bersama kengkawan di pasir gudang. huh! tak cukup ke membuktikan gua nih boleh berdikari?

bukan apa. gua prefer to be close to my parents. almaklum-lah. mak ayah gua bukan muda pon. kalao diorang umor baru 35 tahun, gua takda hal. nih umor dah lebih setengah abad. if anything happen to them, sape susah? baru-baru nih, ayah gua saket. naseb baik gua ada kat rumah. kalao gua takda, sape nak uruskan perihal check-up kat spital? pergi berurut ke? hah? jejiran tetangga ke? kan bagus gua nih ada. bukan apa, kalao ayah gua nak pegi sesorang buat check-up kat spital tuh, boleh je. cuma entah apa doktor bagitau beliao perihal saket beliao, mungkin beliao tak paham. or, mungkin doktor maki hamun beliao? sape tau. so, since gua ada, gua boleh-lah nak maki doktor balek if diorang maki hamun ayah gua. bukan boleh percaya staf gomen nih! huh!

gua rasa, gua takda alasan sangat kot kenapa gua masih tinggal dengan parents gua. cuma itu je alasan gua. sebab gua bekerja berhampiran. 

pasal duit? oh, sori. gaji gua tiap-tiap bulan cukup-cukup makan. takda simpanan. jadi jangan harap sangat nak ajak gua kawen. no money, no kawen okeh. duit gaji gua, gua lebih suka habes kat makanan. gua lebih suka belanja family gua makan daripada gua buat beli yang bukan-bukan. tapi, kalao dah ada yang berkenan di hati nak dibeli, gua beli jugak. kihkih.

lagi. apa lagi cerita bujang dengan keluarga. makan minum? yep. of course la mak ayah gua tanggung. haha. pasal gaji ayah gua lagi mahal daripada gaji gua. haha. bil api-air? ayah gua jugak yang bayar. gua cuma bayar bil telefon dengan streamyx je. dua benda tuh je. yang lain, boss gua yang bayar. ok la tuh kan. fair what. 

okeh. makcik tuh dah call. nak away sat. bos! gua keluar kejap yee.. masuk lewat sket jeee.. tengs bos!

Saturday, February 5, 2011

IKUT KIRI kecuali memotong

harinih, hari gua banyak berhabis di luar rumah. atau lebih tepat lagi, dalam kereta. atau tepatnya lagi, atas jalanraya. atau setepatnya, atas lebuhraya. yang pasti, setengah hari!

hari nih ada jemputan kawen makcik gua a.k.a sepupu ayah gua. makcik gua baru nak kawen. gua kurang alert berapa umor beliao. tapi yang pasti, beliao agak tua daripada gua. konpem.

lokasi: padang lalang, kuala pilah. jauh? yep! sangat jauh. dan pastinya sangat penat. gua adalah seorang pemandunya. okeh, gua tipu. co-pilot bersama ayah gua.

perjalanan pergi, tak berapa masalah sangat. cuma, masalah yang mungkin adalah; mungkin akan datang dua-tiga helai surat saman. sebab, dari mula sampai penghujung, gua bantai lane kanan. speed minimum 120km/h. selebihnya, gua maintain 140km/h. dari skudai sampai simpang ampat, 1 jam 30 minit. yep. satu rekod baru!

perjalanan pergi, kira okeh lagi. walaupun masih ada si tolol yang beli kereta mahal tapi tak menggunakan sekali perkhidmatan signal yang turut dibayar sebagai pakej bersama harga sebuah kereta. bodo! sorry to say here, si bodoh itu ramainya si SINGAPOREAN. sorry to say again. gua anti-SINGAPOREAN driver! kalau gua nampak kereta bernombor pendaftaran singapore, gua tak lepaskan peluang menghanjing mereka. walaupun gua sedar, tahap kelajuan kereta mereka. namun begitu, almost all of them selalunya makan asap gua dulu sebelum dapat potong gua. hakhak. bila nak potong gua, gua selalu tak bagi chance. gua dah kat lane kanan, dia nak potong dari lane kiri. gua tak bagi chance. gua pecut. masuk balek dia belakang gua. hakhak. best tak asap baby white gua?

kena akui jugak. bukan singaporean driver je yang tak suka guna singal yang dibayar sekali dengan harga sebuah kereta. pemandu malaysia pon dua kali lima jugak. lebih-lebih lagi, si tolol yang bayar harga kereta yang mahal. contoh ketara; mercedes, honda, toyota dan lain-lain kereta mahal. pon begitu, ada jugak si tolol yang bayar harga kereta murah pon buat perkara yang sama. contoh; proton saga 1985, proton iswara, kancil lampu petak. rupa kereta yang dah tak rupa kereta. gua suspek mereka beli kereta tak termasuk pakej signal sekali.

dari simpang ampat nak ke padang lalang, jalan sangat steady. liku-liku. pening gua dibuatnya. jalan pon tak berapa okeh. lobang sana-sini. memandangkan ayah gua take over dari ayer keroh sampai ke padang lalang, gua take a nap kat belakang. memang mengantuk pon. malam tadi lepak sampai dekat pukol 1. fuh!

sampai padang lalang hampir tengahari. tak sempat nak dengar juara carta suria fm. dah sampai bila LO+HO umum juara carta. gua suspek ana rafali yang menang. lagu yang liriknya; pegang-pegang, pandang-pandang.

jumpa tuan rumah. salam-salam mana yang patut. kasi bedal makan. fuh! gua lapar. memang lapar! berhenti kat ayer keroh pon gua tak makan. memang sengaja kasi lapar. baru datang mood nak makan kenduri kawen. lepak dalam 1 jam. baru nak gerak balek, rombongan pengantin pon sampai. ayah gua pon tangguh sekejap nak gerak. nak tengok pengantin katanya. awal betol diorang bersanding. kalau kat johor, kat kad jemputan pukol 2 sanding. tapi percayalah, 2.30 petang adalah yang paling awal. tempat makcik gua tadi, 12 lebih dah bersanding. bagus! tak buat tetamu tertunggu-tunggu. mungkin pengantin lelaki tak sabar nak gosok kuali agaknya.hehe.

perjalanan balek. ayah gua ambil tempat sampai ke tol simpang ampat. dari situ gua pulak take over. pasal dah lena duduk berdengkur kat belakang.

fuh. ini yang tak tahan. jem pulak time balek. tak terpikir nak beli roti. banyak kenderaan pulak masuk highway. mungkin cuti dah nak abes agaknya. kengkonon taknak sesak hari esok, balek bandar hari nih. sekali, hari nih yang sesak.

atas highway gua tak boleh nak pecut. paling laju gua bawak 120km/h. dan paling bangsat, gua terpaksa drop gear sehingga gear 2. ciss! belum pernah umor kat atas highway gua drop gear sampai gear dua. penangan banyak kereta.

masalah masih sama. si tolol yang tak guna signal. yang paling tongong, ada si tolol yang bersiar-siar makan angin di lane kanan. fuh! memang baghal! lu dah tau lu tuh slow, lu ikot lane kiri boleh tak? nak makan angin ke, nak buang angin ke, sebelah kiri!

dan masalah SINGAPOREAN driver pon masih sama. cilakak! kereta semua mahal-mahal. tapi, signal terlupa nak beli sekali. huh! gua suka meng-hanjing si singaporean nih. sebab mereka biadab di atas jalan raya. diorang tak sedar ke diorang tak bayar cukai jalan kat malaysia? gua nih yang bayar setiap tahun pon bersopan santun di atas jalan raya. dah la tak bayar, lepas tuh bawak macam setan mabuk! huH!

memang banyak mobil singaporean hari nih. gua pon pelik. menyemak je kat malaysia.

akhirnya, gua sampai JB jam 4.30 petang. dua jam gua amek dari simpang ampat ke skudai. penangan banyak kenderaan. cilakak! patotnya gua buleh sampai jam 4.

penat? ye. memang penat. dan gua dah tidor tadi. sekarang sudah tulis blog. dan cuba nak merangkak ke dapur mencari makanan. gua sedang lapor. sekian.

banana fruits two times

skendel. dah jadi satu kebiasaan pulak pada hidup seorang gua yang pemalu nih. walaupun pemalu, skendel tetap ada. fuh!

ramai. memang ramai. skendel gua ada ramai. skendel macamana? skendel yang gitu-gitu. haha. gua je yang tau skendel macamana.

setakat skendel gua sehingga ke hari ini, gua kira-kira ada-lah dalam 5-6 orang. fuh! buleh tahan player gak gua nih. hakhak. macam-macam nama skendel gua nih. nama semuanya yang manis-manis. sama macam tuan punya diri.

tadi lepak bersama brader bob sambil berborak macam-macam hal disamping 'meluah perasaan' masing-masing, gua tetiba terpikir satu hal. gua terpikir skendel gua nih ada nama yang sama. bukan semua skendel gua nama yang sama, ada-lah dalam dua-tiga orang yang namanya sama. hakhak. gua memang berjodoh untuk skendel dengan orang yang bernama 'itu' kot.? hikhik.

dan kebiasaannya, penyudah antara gua dengan skendel gua yang namanya 'sama' itu akan berkesudahan yang tak berapa menggembirakan. not all fairy tale end with a happy ending. haha. dan kesah antara gua dan mereka bukan-lah fairy tale.

memandangkan nama sama, dan habits tuh pon hampir sama, gua tak menolak kemungkinan untuk berlaku perkara yang sama kepada gua. perkara yang berlaku adalah; away. hah. away without notice. so, gua takot untuk pisang berbuah dua kali. dan apakah ia akan berlaku? gua rasa mungkin. since everything seems very clear now. heh.

tapi, takpa-lah. dah pisang tuh nak berbuah dua kali. redha je la. 

gua kena cari jugak awek nih. tak buleh jadi. kalao buleh, takmo pisang berbuah banyak kali. bior-lah ia berbuah sebagaimana biasa. takmo jadi yang luar biasa. gua perlukan seorang awek. awek. awek. awek dan awak. sayang. you. baby-doll. manja. intan. payung. gua perlu-kan ituuuu..!

MAK! taknak menantu lagi keeee...?


psssttt: petang tadi pergi beraya rumah nenek angkat. wow! dapat angpow. dapat lebih daripada orang lain. hikhik. tengkiu atok! - sesi bercium pon masih adoooo. sayang betol beliao dengan gua. semoga atok masih bertahan untuk ahboy kawen nanti, ok. ahboy tengah usaha cari patto..

Thursday, February 3, 2011

gua dan sensitif

sempat outing petang tadi. dengan new partner. heh. best buddy gua dah terjebak. with a new gadget; sony alpha 380 (a380).

port tak berapa best. port yang gua dah biasa; istana besar. haih. tak berapa ada mood pasal port dah familiar sangat. tapi sebenarnya, ada niat lain. hakhak. mau tengok awek lorrr. cuci mata. and since hari nih adalah public holiday, maka para aweks datang bersama para balaks. huh! tak best!

cerita outing nanti gua up kat ceritamatalensa. 

sensitif. balek dari outing, gua ronda facebook. layan newsfeed since gua nih dah tak berapa bernafsu nak ber-facebook. huH! dah tak macam dulu. dah semakin matang agaknye. woot.woot.

antara newsfeed yang ada kat facebook, berita tentang krisis di mesir. gua taknak komen kat sini. kalau nak komen pon, gua akan private blog gua pasal sekarang nih tak berapa bebas nak komen. pantang tercuit siket, nanti mau kena dakwa kat mahkamah. so, better gua keep silence. 

gua agak mengambil berat tentang situasi di mesir. bukan apa, krisis semakin kronik. meruncing. and semua orang risau akan keselamatan rakyat malaysia yang tiada kena mengena dengan isu kebangkitan perusuh anti-kerajaan mubarak. so, ada blog bercerita pasal krisis di sana. either it's true or not, gua tak pasti. hanya mereka yang di sana je yang tahu what exactly happened there. jadi, bila gua dah baca blog-blog nih, bila gua rasa ia menarik, maka gua pon follow. untuk bahan bacaan pada masa depan. 

jadi, gua pon usha macam-macam blog. ada antaranya, awek kepada penjaga gol kebangsaan, si khairul fahmi. wah! awek beliao pon ber-blogging. jeng.jeng.jeng.

gua tak berapa berminat nak amek port sangat apa yang beliao carutkan dalam tuh. gua usha-usha past articles beliao, and antaranya ada cerita tentang 'macamana beliao berjumpa + ber-couple dengan fahmi'. fuh! err. dan gua tak baca habis pon. hakhak. tak berapa berminat nak amek port kesah cinta cintun orang nih. tak berapa menarik pon. tapi, gua tetap follow jugak; PRIVATE-ly. hakhak. mana buleh terang-terang. kantoi-lah nanti bahawasanya gua nih adalah stalker aweks cun. ngeheee..

then. ada antara blog yang memaparkan video 'chris medina - american idol'. gua tak pasti. gua pernah jugak ternampak kesah chris medina tuh kat facebook, tapi gua tak amek port. but, in this blog (not awek fahmi's blog), gua cuba nak amek port. gua cuba play the video. ohh..! blocked already. gua cari pulak kat youtube. yep. found it! gua layan sekejap. gua cuba cari 'kesah yang menyayat hati' oleh chris medina yang digembar gemburkan. oh. gua tak sentap. gua tak mengalir air mata sebagaimana yang diwar warkan. mungkin sebab gua bebal berbahasa inggeris. gua gagal menyelami cerita chris medina. cuma yang gua tau, tunang chris nih mengalami kemalangan dan menghidap penyakit 'brain damaged'. jadi, mungkin itu yang menyentap dan mengalirkan air mata kebanyakan orang yang menonton. tapi, gua tidak. dan gua tegaskan sekali lagi, mungkin kerana gua bebal dalam berbahasa inggeris. oh! dem!

kesimpulannya, adakah gua nih tak sensitif? gua tak sensitif dengan apa yang chris cuba sampaikan. tapi gua rasa gua sensitif bilamana gua follow blog si awek fahmi. hmm. sensitif kot. cuma tak beremosi. hakhak. kental seh gua nih. takkan nak mengalir air mata kot. lain lah kalao gua layan mohabbatein ke, kuch kuch hota hai ke, ataupun kabhie kushi kabhie gham. konpem gua sedih. sebak. ohh.. berperasaan rupanya gua nih. hakhak.

ok. penat menaip. mau edit gambar. kelmarin punye moment, malam tadi punye and for sure petang tadi punye. terkadang ada mood. terkadang takda. ikut mood lah!





pssttt: doa untuk pakcik gua yang sedang terlantar di hospital kerana terjatuh dari bumbung. patah dua tulang rusuk, tulang belakang menyepit saraf tunjang menyebabkan lumpuh separuh badan. akan menjalani pembedahan bila blood pressure beliao stabil. doa gua bersama beliao. semoga selamat semuanya dan kembali ceria seisi keluarga. amin.

Wednesday, February 2, 2011

kotak merah

hiuh. steady. tekak perit. hakhak.

malam nih layan karenah my best buddy with his beloved and his sister. layan. antara regular activity bila dah hanged-out bersama. memandangkan beliao jarang-jarang dapat balek ke jB, bila dah berjumpa of course buat aktiviti laghah nih.





karok kat redBox. fuh. siap layan buffet tuh. memandangkan perniagaan bangsa cina, and the chef is a chinese as well, maka gua tak usik makanan buffet. gua layan eskrim je tiga mangkok. fuh!

tiga jam punya maraton. konpem perit tekak gua.

antara sebab melayan event malam nih adalah kerana awek member gua akan bertukar kerja ke shah alam. so, lepas nih nak hanged-out bersama agak susah la. nak kena ke shah alam baru dapat lepak bersama. kira untuk meraikan majlis perpisahan lah nih konon-kononnya. hekhek. tapi takpa, as long beliao ber-couple dengan member gua, bila-bila pon boleh nak melepak. takda hal. kalao gua rajin, ada bajet lebih sket, boleh je nak melepak ke shah alam. takda hal. brader bob pon ada kat sana.

so, malam nih, cik anne belanja karok. fuh. entah berapa ratus beliao kena. kihkih. tapi berbaloi, pasal semua lagu yang gua nak, gua dah kasi bantai. rock and steady.


psstt: kena sound lagi. NO CAMERA, please! tapi, gua bawak jugak. hahaha.

Tuesday, February 1, 2011

Maher Zain - Insya Allah (Versi Melayu Alih Bahasa)

hari wilayah

1 februari. hari wilayah. kL, labuan cuti. wow! apesal gua kena kerja??

gua pon tinggal kat wilayah jugak. wilayah pembangunan iskandar.

wilayah jugak, bukan?