Wednesday, December 4, 2013

short update -- 4 Disember 2013

assalamualaikum!

hallo. hallo.

lama giler. giler lama. lama lama. gua belom giler. apa khabar semua? weeehuuu. tetiba je merasa nak menaip semula. dah lama dah rasa nak buat comeback. tapi, sentiasa tak berkesempatan. sibuk di rumah. sibuk di tempat kerja. sibuk di kelas jugak.

ok. ok. first thing to clear. jeng. jeng. jeng. i am married man! yoooo! kawen sudah. tercapai apa yang nak dicapai. Alhamdulillah. satu persatu dikurniakan Allah. atas segala yang gua minta. terima kasih Allah. never forget of Him.

ye. ye. kawen sudah. dengan sekali lafaz pada tiga bulan yang lalu. gua taknak bagi exact date. nanti lu orang buat seperais kat gua pulak wish wish anniversary gua. gua kaget dan malu nanti. ha.ha.
nanti gua ada masa, gua story siket macamana progress gua kenal isteri gua. macamana manusia paling pemalu macam gua ni boleh berjaya men-tekel seorang makwe untuk dijadikan isteri. ha.ha. musti ada yang rasa nak menuntut dengan gua nanti. let me make things clear. yuran menuntut dengan gua agak mahal. jadi, buang jauh-jauh niat tu. pegi menuntut dengan Dr. Azizan sana. ha.ha.

ikutkan hati, banyak yang gua nak menulis. lama dah nak buat comeback. this time, gua betol-betol nekad menulis lepas gua rasa ter-inspirasi oleh Encik Mimpi yang mana semalam gua google google nama beliao selepas dengar lagu beliao Rindukanlah yang jadi OST Playboy itu suami aku -- sori gua tak layan drama tu. serius sheet tahu! tapi, gua layan soundtrack dia. sangat best hokeh. jadi, bila dah google google tu, jumpa-lah blog dia. jumpa jugak fb fan page dia. hokeh hokeh. stalking stalking post lama. jumpa-lah chord lagu tu. wow. tengok je chord dia. mudah je. chord chord senang. jadi gua pon try jugak goreng goreng lagunya. stylo gak. ha.ha.

tetiba dapat idea nak record gua main gitar lagu ni. idea nak buat seperais kat wife gua. ha.ha. dah lama tak buat ni. pernah sekali dulu buat video main gitar masa tengah bercinta. hikhik. ni sekali lagi gua buat. kasi dia tacing. huhu. nanti gua upload video tu. tapi, tolong jangan mocking suara gua ye. secara kebetulan hujan turun semalam. ngam ngam time gua start nyanyi. ha.ha. musim tengkujuh beb.

gua tak pandai nyanyi. main gitar jauh sekali. kadang-kadang je ada bunyi. selalunya bunyi jugak. tapi bunyi cengkerik. hak.hak. suara gua sumbang. harap jangan gelak. kalau takut muntah, cepat-cepat stop play the video. hi.hi. gua taknak amek risiko dan bertanggungjawab. ok. ok. see u guys next time. gua kena pegi minom ni. senpai dah ajak minum. nanti gua story lagi. ni tengah semangat jugak ni buat comeback. posting kali ini mungkin bukan lagi tentang "cari jodoh". gua mungkin akan buat cerita tentang kehidupan. ya. kehidupan. see you guys! have a nice day~

=)

Rindukanlah -- SangKhalif cover

(G) benar benar sa(D) pada (Em)rimu oh kasihku(D)
Jangan(C) oh engkau ragu(G) pada di(C)ku(D)
Daku (G)kelana mencari(D) hara(Em) yang kita impi(D)
Dari terbit(C)nya sang surya(G) hingga tengge(C)lam (D)
Daku in(Em) cinta se(D)timu
Daku in(C) harapan (G)timu
Oh jangan(Em) engkau ber(D)dih
Oh ihklas ihk(C)kanlah(D) hati(Em)
(Em)ndu rindukan lah diri(D)
Se(Em)jang hari hari(D) sayang(C)
Ku a(D)lah milik(Em) Sayang(Em) ku
Ku a(D)lah milik(G) yang kau rin(Em)
(C)a doa(D) lah diri(G) di dalam hati(Em) di dalam nafas(C)
Se(D)jang hari hari mu(G)

Original Version by Encik Mimpi -- Rindukanlah

penulis.tidak.bernama

Friday, February 8, 2013

tunang: syiar vs adat

assalamualaikum.

salam Jumaat. salam saiyyidul ayyam.

abang terpanggil untuk berceloteh tentang beberapa perkara sebenarnya. tapi, abang celoteh mana yang sempat haje ye. maklum saja. abang nih sibuk. sibuk dengan kerja. sibuk dengan urusan mak ayah jugak. abang bukan mengeluh, cuma mintak difahamkan keadaan abang. jadi, abang pon tak punya banyak sangat masa nak berceloteh lama-lama. ini pon, abang mencuri masa. kihkih.

tahukah kamu? ya. abang pasti ada antara kamu yang belum tahu. mungkin jugak sudah tahu. atau baru sahaja tahu. tapi, abang pedulik hapa. abang nak bagitau jugak kepada yang belum tahu, dah tahu ataupun baru nak tahu.

di kalangan masyarakat kita, abang maksudkan dengan masyarakat Melayu secara khususnya, kurang faham sebenarnya dengan sesi pertunangan. ya! abang akui. kita sebagai orang Melayu sudah terlalu sebati untuk menurut segala adat yang telah diwujudkan sejak zaman berzaman sampaikan kita lupa tentang SYARIAT ISLAM itu sendiri. ehem! abang dah nak mula bertazkirah.

pernah banyak kali jugak abang berbicara soal ini. kalau tidak di sini, mungkin di blog abang yang lain. abang jugak berbicara dengan teman-teman tentang pendirian abang ini. cuma, bila dah terkena batang hidung sendiri, agak berdarah jugak lah. kahkahkah. oke. itu abang taknak sentuh. abang nak sentuh untuk tatapan umum.

bertunang. pertunangan. 

dalam Islam, ada syariah-nya. dalam adat Melayu, ada resminya. jadi, jika kamu diberi pilihan, yang mana kamu nak ikut? secara Islam, atau secara adatnya? ya. kalau bagi abang, abang memilih untuk mengikut keduanya cuma abang taknak lebihkan Melayu sampai abang lupakan Syariat.

Dalam sesi pertunangan, ramai di antara kita orang Melayu sangat FOBIA atau TRAUMA bila ikatan pertunangan itu putus! ya. putus tunang! tapi, tahukah kamu sebenarnya, tiada sebarang hisab dosa-pahala andai kamu putus tunang. apa itu tunang? kamu tahu? 

abang tanya lagi sekali. apa itu bertunang? 'mengikat' pasangan masing-masing sebelum menikah? 'kenal-kenal' dulu sebelum nikah?

ya. dua jawapan abang itu adalah yang sebenarnya. dari segi istilah dan bahasa, pertunangan itu boleh abang ringkaskan sebagai; sesi berkenalan di antara pasangan dan keluarga sebelum membuat keputusan untuk meneruskan fasa seterusnya -- nikah. ya. itu-lah definisi ringkas tentang pertunangan.

cumanya, bagi masyarakat Melayu, apabila sudah bertunang, adalah WAJIB untuk mendirikan rumahtangga! tetapi, dari segi syariatnya pulak, apabila sudah bertunang, dan berasakan kurang sesuai di antara pasangan, tidak salah untuk memutuskannya. mana lebih bagus? terus hidup menderita sebagai suami isteri kelak, atau berbahagia dengan keputusan memutuskan pertunangan dan hidup dengan pasangan yang lain? mana yang kamu nak?

abang berpegang kepada syariat yang dianjurkan Islam, tidak salah langsung jika putus tunang jika mendapati tidak dapat serasi dengan pasangan dan keluarga yang boleh mendatangkan masalah kelak apabila berumahtangga. abang berpegang kuat dengan prinsip tersebut. dengan prinsip abang ini-lah, kadang-kadang abang dilihat sebagai 'unreasonable'. HAHA. abang pedulik hapa!

tetapi, walaupun abang berpegang kepada prinsip syariat Islam, abang juga masih mempertimbangkan adat melayu dalam sesi pertunangan. contohnya, abang tak mahu menconteng arang di muka keluarga abang, ataupun keluarga pasangan abang. jadi, abang mungkin boleh cuba mencari keserasian di antara abang, pasangan abang dan keluarga masing-masing. bukan semudah ABC, 123 untuk putus tunang. itu bukan perkara main-main.

oleh sebab itu, abang tidak menggalakkan kamu kamu di luar sana untuk mengadakan majlis besar-besaran untuk sesi pertunangan. implikasinya agak besar. sebagai contoh; putus tunang. itu yang paling utama.

satu lagi, bila dah bertunang, jangan-lah ikat lama-lama. makin lama ditangguh, makin macam-macam perkara boleh terjadi. sesi perkenalan di antara kamu dan pasangan, hendaklah dalam keadaan harmoni. jika kamu rasakan tidak serasi, kembalikan ikatan 'single' itu dengan baik. belajarlah menerima diri sendiri dan pasangan masing-masing serta keluarga untuk hidup bersama. berserah diri kepada Allah jika keputusan telah dibuat. berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah dalam melayari sisa-sisa hidup atas muka bumi ini samada sendirian atau berpasangan/keluarga.

segala celoteh abang, hanyalah contoh dan pendapat peribadi abang semata. abang tak tujukan kepada orang lain. ia sekadar pendapat peribadi abang. jangan pulak ada pihak yang sentap membacanya. abang hanya cuba nak mencerahkan apa yang gelap.

kesimpulannya, putus tunang bukan suatu dosa. tetapi, jika menjadi 'penyebab' (orang ketiga) dalam sesi pertunangan orang lain sehingga terputus ikatan itu, pendapat ulama' mengatakan adalah berdosa. jadi, sama-sama kita jaga. kalau dah tau orang itu dah bertunang, elak-elakkan. berkawan-lah seperti biasa. buang perasaan suka itu jauh-jauh. tapi, kalau dah betul suka, berdoa-lah kepada Allah. jika dia jodoh yang Allah tetapkan, takkan ke mana. percayalah. beriman-lah.

kepada yang ragu-ragu dan kurang mengerti, boleh-lah berbalas-balas email dengan abang, atau chat dengan abang untuk abang terangkan lebih lanjut tentang perkara ini. abang dah de-aktif twitter abang atas alasan, abang bengang tahap cipan. HAHAHA. kalau abang dah reda nanti, abang aktifkan balik. tengok-lah macamana. HAHA.

ok. semoga ada jugak iktibar daripada tazkirah abang yang tak seberapa nih. jumpa lagi. Assalamualaikum!

Thursday, February 7, 2013

tazkirah dan tahniah

assalamualaikum.

apa habaq? abang baik-baik saja. gembira-gembira saja. sedih-sedih saja. rindu-rindu saja. abang seperti selalunya saja.

Alhamdulillah. mari kita panjatkan kesyukuran yang amat kepada Allah SWT. atas apa jua nikmat yang kita kecapi. bersyukur jugak atas dugaan yang diberi.

dan sentiasalah bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan yang mendatangkan dosa samada kecil ataupun besar. saban hari, kita sebagai manusia biasa tak pernah lekang daripada melakukan dosa-dosa baik kecil mahupun besar. berazam-lah untuk menjadi yang terbaik setiap kali. andai telah melakukan dosa, jangan pernah takut untuk bertaubat. Allah itu sesungguhnya Maha Penerima Taubat. Allahu Akbar!

manusia ini tidak pernah lekang oleh dugaan dan jugak godaan. samada godaan persekitaran sekeliling mahupun godaan syaitan dan nafsu sendiri. itu semua suatu ujian ke atas diri kita untuk kita kawal bagi mengelakkan diri kita daripada terjebak dengan dosa-dosa dan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Allahu akbar!

abang pon tak lari daripada melakukan dosa. saban hari abang pohonkan keampunan daripada Allah SWT dan lindungan-Nya terhadap bisikan syaitan dan godaan nafsu abang. cuma, kadang-kadang abang memang kalah. kalah dengan dugaan ini. ada sahaja keluhan. abang kalah. Allah menguji abang. dan sesungguhnya, abang kalah dengan ujian Allah. tetapi, abang pohonkan kepada Allah untuk berikan abang peluang dan semangat untuk menempuh dan menepisnya dengan pertolongan-Nya semata. Allahu akbar!

Alhamdulillah. abang telah selamat bertukar status. tak perlulah abang nak bagitau status apa. baik berpacaran ke, berkasih ke, bertunang ke, berkahwin ke, mahupun bercerai. yang penting abang dah tukar status abang. status yang dah lama abang tunggu sejak abang di usia 25 tahun. Alhamdulillah. Allah makbulkan. terima kasih Allah.

taktau nak digambarkan sebagaimana perasaan abang ketika ini. abang gembira? abang suka? abang takut? entah. macam-macam ada sebenarnya. tak berperasaan pon ada. entah. apa taktau apa yang abang rasa. cumanya, abang rasa bersyukur. Alhamdulillah. selebihnya, apa jua yang menanti di hadapan, abang cuba untuk tempuh dengan rasa penuh kesyukuran. tak kisah apa jua yang berlaku. semoga abang diberikan kekuatan terbaik untuk menempuhnya dalam redha Dia.

cukup dulu. abang update serba sedikit tentang abang kebelakangan ini beserta tazkirah. abang nak semua-semua yang membaca ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah dengan izin-Nya. jadilah insan dan hamba Allah yang beriman, teguh mempercayainya, dan takut kepada azab-Nya. sentiasa berzikir dan istighfar untuk apa jua kondisi. semoga perjalanan hidup kita ini diberkati oleh-Nya. Allahu'alam. InsyaAllah.


assalamualaikum.!

Friday, January 25, 2013

hai.. hai..

assalamualaikum.

kabare semua. waras? abang kok enggak berapa waras. ke-selesema-an. sejak dari kemarin. waduh! harusnya hidung ini ber-air saja!

tapi enggak apa-apa. abang lagi capek-an. beberapa minggu ini. abang tau sih, abang udah janji mau hupdate banyak-banyak. tapi, abang kesuntukan masa. macam-macam abang harus dulu-an. nanti, sudah selesey semuanya, harus abang kembali aktif menulis di sini ya. abang kangen banget mau nulisin seperti dulu.

waduh! ngapain abang guna bahasa indo segala? udah kehabisan bahasa melayu kali ya? kahkahkah.

abang pamet dulu ya. harus bikin kerja. itu kepala kerja mau jalan-jalan kantor abang. abang harus pura-pura bekerja lah ya. pintu harus dikunci. lampu harus dimati. supaya enggak diperiksa sama bapak kepala majikan. kehkehkeh.

daaa dulu ya. assalamualaikum!

Tuesday, January 8, 2013

rindu fotografi

assalamualaikum.

lama rasanya abang tak menghupdate blog foto abang. rindu rasanya dengan kamera abang. rindu nak berkreativiti semula. rindu sangat.

Monday, January 7, 2013

27 November 2010




hikhik. dalam banyak perkara, gua suka nak menang. bukan gua je, sesapa pon nak menang. a glory. menang yang gua maksudkan bukan-lah menang terhadap mana-mana pertandingan. 'menang bila bercakap'.

ramai orang disekeliling gua yang sebal dengan perangai gua tuh. bila bercakap asyik nak menang je. nak betol dalam semua hal. tapi tahu-kah lu orang yang gua memang betul di ketika itu..?

contohnya dalam satu situasi di antara gua dan pegawai gua:dalam satu kes bila we were trying to solve a network problems, sometimes we were not in the same boat. terkadang gua punya idea atau lontaran cadangan yang berbeza. tapi, biasanya gua pendam kan je. takkan nak melawan pegawai yang memang dah lama dalam bidang nih. gua pon baru je setahun jagong and i'm not mastered the skills yet.

contoh lagi, dalam satu hal bila mana pegawai gua suruh gua buat itu ini dan perkara itu gua dah pernah aplikasi serta gua dah tahu what its outcomes, then di situ gua cuba nak menang. kenapa? sebab gua dah tahu what the results are! and he keeps asked me to try and error sedangkan the outcome gua dah tahu. bila gua cuba nak menang, di situ sedikit 'emo panas baran' gua terbit. dan gua lihat perkara yang sama pada pegawai gua bilamana mata beliao memainkan peranan dalam mengekspresi-kan perasaan beliao itu. jadi, untuk mengekalkan persefahaman antara gua dan beliao, dan jugak menjaga silaturrahim di antara seorang anak buah dengan seorang pegawai, gua longlai. gua turutkan jugak. walaupun the outcome tetap remain the same result as gua tried before. untuk memuaskan hati, gua buat jugak. sedangkan, kalau beliao cuba menerima penjelasan gua, gua tak perlu buat kerja dua kali! (atau mungkin lebih).

antara situasi di atas menyebabkan gua selalu nak menang. sebab gua dah tau what the outcome!

sama jugak dalam satu situasi:bila gua suka 'berlagak skema' dalam penggunaan ayat gua. terkadang kita sebagai manusia memang tak lari daripada mistakes. jadi, bila berlaku sedikit kesilapan, gua cuba nak betulkan instead gua terkadang pon tak betul. memang betul, asalkan kita faham apa yang cuba disampaikan seseorang walaupun penggunaan ayat tak berapa betul. tapi terkadang bila kita dah agak 'biasa' dengan penggunaan ayat yang tak betul, ia boleh membawak kepada kesilapan bilamana 'penggunaan ayat yang tak betul' itu sebenarnya adalah sepertimana ayat itu sebenarnya. tak paham? gua pon dah tak berapa paham apa yang gua taip. hakhak.

gua cuba nak bagi contoh tentang situasi di atas, tapi gua dah lost. tak ingat dah apa yang gua nak contohkan nak bagi lu orang paham. takpa, nnt gua dah ingat, gua kasi update.

kesimpulannya, gua memang nak menang dan pihak yang macam nak bertelagah dengan gua pon nak menang jugak. tapi gua tak paham, kenapa mesti bila gua nak menang, dan pihak satu lagi tuh pon nak menang, gua jugak yang selalu dilabel SELALU NAK MENANG. padahal sama-sama nak menang. takpa-lah, semuanya nampak silap gua di mata mereka. gua je yang salah. (sama jugak halnya dengan gua. gua pon nampak salah orang je. orang lain pon sama. nampak salah orang lain, tak nampak salah sendiri). kita sama. terpulanglah lu orang nak judge gua macamana. gua tetap nak menang. dan gua tahu, lu orang pon sama cuma tak suka nak panjang-panjangkan cerita. berbeza dengan gua. mungkin itu sebabnya lu orang suka kategori-kan gua sebagai nak MENANG je selalu. dalam kata lain, GUA JE YANG NAK BETUL!

terpulang-lah. gua salah. lu orang tak salah. sekian.

28 November 2010




hiuh!lama gile gua tak spend masa tengok movie melayu. and tonight, I did it. fiuh. gua terlayan pulak telemovie pencalonan anugerah skrin tv3, Dalil Cinta. lakonan Fahrin Ahmad, Sharifah Amani dan ramai lagi. hakhak. steady jugak citer nih. first time gua tengok kat iklan, gua ingat nih citer sedih. tapi citer kelakar but the director still mixed it with some 'heart-feeling'. steady! 

gua nih mudah fall dengan jalan citer yang 'cinta-cinta' nih. pergghh. and something i like about this telemovie is, some of the plot macam gua dah biasa lalui. contohnya, bebelan mak si Nisa tu. tak banyak lari daripada bebelan mak gua.. hehee..sama jugak bebelan mak mertua dia. a lot of the dialogues of those two actress very similar to my mom's dialogue. hakhak.

when this telemovie reach the end, gua tetiba terfikir, gua nih suka jalan cerita sebegini (siapa berkesempatan tengok telemovie nih, diorang tau la jalan citer dia. who don't, then i won't tell you the plots). about LOVE. about patience. hikhik. 

orang keliling who don't know me deeper, yang tengok muka gua nih layaknya duduk semeja dengan kumpulan-kumpulan rock macam Wings, Search. layak berkawan dengan samseng. sebab diorang kata muka gua very fierce. and so my attitude. tapi, inside of me, walaupun gua nih panas baran, garang tak bertempat, moody, emo, gua tetap ada 'feel of love'. cuma tak ter-ekspresi jek. sebabnya takda orang/tempat to express that feels. hakhak. and sometimes, I don't really know, who am I? what am I? what feel that I felt inside me? kadang rasa menjiwang, kadang rasa menge-rock. entah le. and sometimes I feel like to be imam.. fuh. true! it's so much true. hakhak. 

tapi betol-lah. gua nih atas pagar. tak tetap! kadang rock, kadang jiwang. bila tiba ketika nak berjiwang tuh, mula la. mencari sumber jiwang (tapi takda pon, jiwang sendiri jee.).. bila sampai ketika nak mengganas, mula-lah rock. tak melayan gua cintan cintan nih. 

but, something about me you should know is, I don't like feel cinta lebih lebih. ayat-ayat mat bunga yang poyo gile. perrrgghhh. pantang gua tu! and for you people out there, please watch Dalil Cinta and follow the plots. it's not the same as other cinta cinta movie such as (dem! i don't remember any title of telemovie to provoke) ..hakhak. fikir-lah sendiri! buat perbandingan dengan jalan cerita Dalil Cinta with other movie/telemovie. pada gua, gua suka-kan this telemovie's plots besides the actor/actress. 

okeh. I think, I've been bukak pekung gua lebih nih. malu gak nih citer kat sini. sebab ramai orang beranggapan gua nih terlampau 'garang', emo, and for sure ego! but, deep inside me, I am a normal human being with a lot of love to give to .. to person deserve it. and I hope, there is someone!

21 Disember 2010

assalamualaikum.

tetiba abang rasa abang nak mengulang kembali segala macam post abang yang dulu-dulu. kehkehkeh. tetiba rasa macam nak back to the future. maklum saja. takda modal nak menghupdate, jadi abang 'ulang tayang' je la post abang yang dulu yang abang rasa the way how I felt years back then.

so, enjoy this first post (not first actually since it was published years ago. ha-ha-ha)


ba'di. gua tak pasti samada betul atau tak penggunaan perkataan arab tuh dalam tajuk gua nih. cumanya, gua agak pasti ba'di tuh ertinya selepas. pasal, kalau nak solat rawwatib selepas solat fardhu, perkataan itu yang kita gunakan dalam niat (betul-kan gua kalau gua salah).

dalam induksi yang berlangsung sekarang nih, ada satu slot muhasabah diri. slot yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM, Sahibussamahah Dr. Ismail Mustari.
antara intipati yang menarik perhatian gua dalam slot ceramah tersebut adalah, Dr. Ismail berkongsi kisah rumahtangga dan cinta antara beliau dengan isterinya. menurut beliau, mereka bercinta selepas bernikah. dan, Dr. Ismail mendirikan rumahtangga semasa masih menuntut di tanah arab (kalau tak silap.. dah lupa lokasi sebenar).

sejak dari zaman poli dulu, gua dah dihidangkan dengan tips berkenaan oleh ustaz gua. and, percaya atau tidak, gua masih berpegang kepada tips berkenaan sehingga ke hari ini. tapi, apakah mungkin pada zaman sekarang nih bercinta selepas nikah masih praktik? entah la. tapi, pada gua tak mustahil untuk dipraktikkan. dan mungkin jugak lebih menjamin ke arah kebahagiaan yang diredhai.

kalau dilihat pulak dari sudut perkembangan dunia zaman moden nih, gua ada jugak terasa macam dah tak praktik untuk dilaksanakan. manakan tidak, zaman serba moden. lelaki dan wanita pon dah banyak berubah. evolusi dari pelbagai segi. evolusi hati dan perasaan. evolusi akhlak dan adab. evolusi yang terkadang tak bermanfaat dan menjerumus ke arah yang negatif. kalau dipraktikkan 'cinta selepas nikah' pada zaman moden ini, tak mustahil jugak boleh berlaku perceraian. ketidak bahagia an pasangan kerana mendakwa tidak mengenali hati budi pasangan sebelum bernikah.

tetapi, kalau dah berkenalan sebelum bernikah, apakah 'hati budi' yang dikenali tuh mampu diperteguhkan sehingga ke akhirnya? sebagai contoh, kita boleh tengok jugak kesah cinta artis pada hari ini. meletup kesah cinta bertahun. tapi, apabila sudah mendirikan rumahtangga, sekadar bertahan setahun dua. alasannya, sudah tiada persefahaman. yang peliknya, semasa bercinta ada pulak persefahaman. mungkin dah terlalu faham, maka perceraian adalah penyelesaian..?

gua mencari cinta hakiki (gua mencari ke?).. gua mencari jodoh daripada tuhan, bukan jodoh pilihan syaitan. kalao jodoh itu dari tuhan, insyaallah, redha Ilahi itu mengiring bahtera rumahtangga. tapi, kalau jodoh itu kita pilih bersandarkan nafsu semata dan hasutan syaitan, maka keruntuhan rumahtangga terkadang adalah jawapan 'kebahagiaan'.

kalau gua suarakan niat gua untuk 'cinta ba'di nikah', ada jugak yang memperlekehkan niat gua tuh. katanya, gua tak kenal hati budi pasangan dan macamana nak hidup bahagia? jawapannya, kebahagiaan daripada tuhan. kalau diperhati gaya hidup dan pengurusan keluarga Dr. Ismail, nampaknya bahagia dengan kurniaan cahaya mata 'baru' sepuluh; menurutnya. hah, tak ke bahagia tu.? Dr. Ismail pon bukan-lah calang calang orangnya, penuh ilmu di dada. jadi, tak salah kalao gua nak mencontohi beliau. cuma, ada ke wanita yang bernawaitu se-macam gua? perempuan zaman sekarang lebih kepada nak 'kenal hati budi' sebelum nikah supaya tak menyesal di kemudian hari.

tak salah. dan mungkin jugak betul. cuma, terkadang adab pergaulan dalam mengenal hati budi tuh yang salah. dalam dua orang bukan muhrim yang duduk berduaan akan ditemani oleh pihak ketiga, syaitan.

antara akal dan nafsu, diri kita jadi penentu.

Wednesday, January 2, 2013

tahun baru, perangai lama

assalamualaikum.

dah 2 Januari. sekejap je kan. abang tengah menghitung hari nih. dah macam nak beranak gamaknya. apa aje abang nak hitung? hah. hujung-hujung tahun + awal-awal tahun macam sekarang nih, abang sibuk dengan penilaian prestasi staf. hah. abang bukan bos besar. bos kecik je. tuh pon naseb sebab ada staf bawah. kalau abang masuk unit lain yang lebih compress dia punya unit, jawatan abang nih adalah yang terbawah sekali. jadi, abang bersyukur berada dalam unit abang sekarang nih. pasal abang boleh 'ajar' orang lain untuk lebih berdisiplin. *eh! abang berdisiplin ke?

abang tak sabar nak menilai. tak sabar nak sekolahkan staf abang sorang nih. dah tegur. dah tegur. dah tegur. tapi masih sama. tahun baru tapi kekdah perangai masih di takuk lama. sori kalau abang kata, abang boleh bagi dia markah 60% je. dan paling mendukacitakan, abang boleh jadi sekejam kejamnya. contohnya, abang takkan pass kan dia untuk sah jawatan. atau, abang jugak memungkinkan dia untuk tiada pergerakan gaji tahunan. dia lupa itu.

abang pon taknak-lah tutup periuk nasi orang. tapi, bila abang berdepan dengan orang yang tak reti nak bersyukur nih, abang rasa abang perlu buat sesuatu. abang perlu lakukan sesuatu. abang perlu ajar!

ya. tanpa pengajaran, kita kadang-kadang tak belajar apa-apa.

so, abang nekad untuk bagi markah cukup makan saja. dan abang nak tegur lagi walaupun abang tau, abang pon tak sempurna dan kadang-kadang 2x5 jugak macam dia. tapi abang dah merasa duduk bawah. abang punya attitude hormat pegawai atasan. tapi bagi dia, abang hanya-lah kawan dia. ya. kita kawan lepas office hour. during office hour, i am ur bos.

be nice to me. and I will do 10 time more.

Tuesday, January 1, 2013

abang mencoret 1 Januari 2013

assalamualaikum. selamat pagi.

abang rasa macam ketagih nih. ketagih nak menaip. hakhakhak. sepatutnya abang tengok report. tapi, abang tak jengah langsung. abang berhoyeh-hoyeh je nih sekitar tetingkap antara jaring (inter-net). kehkehkeh. kompleks bukan bahasa abang? ya. abang suka memutar belitkan pemikiran orang dengan nada-nada dan kata-kata sinis abang. oh yeh!

8.40 pagi. 1 Januari 2013. abang sendiri di dalam bilik pejabat abang nih. sepatutnya ada empat orang lain yang menemani abang. sorang cuti belajar sepenuh masa. sorang cuti semingu urusan anak sekolah. seorang entah ke mana. yang sorang lagi konpem-konpem masuk lambat. ye. abang tak sabar nak menilai SKT yang selalu masuk lambat itu. rasa lambat sekali nak menilai. kehkehkeh. tak sabar nak membasuh menggunakan klorox.

abang ronda-ronda blog tadi. lama gila kot abang tak ronda yang betul-betul ronda. banyak blog sebenarnya yang dah lama abang tinggalkan. so, abang pon jengah-lah. membaca pendapat, mentaliti, penulisan, idea orang-orang sekeliling. eh. 

ehem! abang nanti nak story la kat kamu semua macamana life abang sekarang nih. dah setahun lepas kan abang membisu kat sini. mesti ramai nak tahu. macamana relationship abang dengan cik jururawat KPJ Ipoh itu. yep. abang banyak state kat dalam twitter. jadi, kalau senang-senang, sila lah follow twitter abang. kalau dulu masa bujang single-mingle, abang suka je makwe-makwe cun follow abang kat twitter ke, add abang kat fesbuk ke. tapi, kena-lah dengan niat yang betul. iaitu untuk men-tekel hati abang. kehkehkeh. tapi, itu dulu. time abang single-mingle. abang harap ada yang sudi tukar status abang. dulu. bukan sekarang.

tahun 2013 nih tak banyak yang abang harapkan. yang utama, untuk dipermudahkan urusan hidup dan jugak dapat diampunkan segala dosa-dosa lampau. semoga abang menjadi lebih baik daripada dulu-dulu. hari ke hari, semoga abang menjadi lebih baik.

eh. rindu tak nak baca dakwah abang? kehkeh. nanti senang-senang abang berdakwah ye. abang pon tak cukup ilmu sebenarnya. iman senipis kulit bawang nih, sama je macam kamu kamu semua. kehkehkeh. apa yang abang boleh tegur, abang tegur-lah nanti. tapi, dikhuatiri apa yang abang tegur tuh, abang pon duaxlima jugak. huhu.

ok la. abang nak sambung kerja. semoga dipermudahkan urusan kita semua! assalamualaikum!

2013

Assalamualaikum.

Apa habaq semua? Abang harap semua sehat. Dah bertukar tahun. Tahun masihi je pon. Tahun hijrah sikit pon orang tak kesah kan?

Ok. Posting pertama abang tahun 2013. Abang akan aktifkan kembali blog abang nih. Dah tak tahan rasanya menahan rindu dendam dengan blog ini. Harap abang mendapat sokongan ramai dalam usaha untuk terus mencaci maki di dalam sini.

Salam tahun baru. Kamu nak berazam ke apa ke ada abang kisah? Abang cuma ada misi je. Ya. Misi yang dulu nampak mustahil tapi sekarang mungkin tidak lagi. Misi abang adalah nak menukar status. Ya. Abang gagal capai misi ini tahun 2012, namun insyaAllah atas daya dan usaha abang, abang akan tukar. Kaki abang dah selangkah. Tinggal nak tarik kaki lagi sebelah. Mudah mudahan diperkenankan Allah. Amin. Semoga juga misi abang untuk melakukan ibadah terbaik terlaksana. Apa jua dosa-dosa lampau masa silam dapat diampunkan dan dapat abang tebus dengan kebaikan yang diredhai. Amin.

Semoga ketemu lagi di posting akan datang. Ya kamu kamu semua. Abang sudah KEMBALI!! si penuli.tidak.bernama has come back! Rindu tak dengan abang? =P


*jiran abang tengah gila sambut tahun baru. Bukak disko agaknya. abang rasa macam nak call polis je. Deng! Bising betol.