Monday, February 22, 2016

m a a f

Bismillahirrahmanirrahim.

MAAF.

Empat huruf. Satu kata. Dalam bahasa Melayu. senang je kan nak sebut. eja apatah lagi.

tapi, melafazkan itu susah. secara peribadi, abang senang je nak mintak maaf. tak menjatuhkan langsung ego abang. itupon, kalau betol abang bersalah. kalau abang tak salah, abang jugak tak takot untuk ucap. sebab apa? sebab nak menjernihkan keadaan. tak perlu nak panjangkan cerita.

maaf ni susah bagi seseorang yang ego. oh ya! abang juga sangat ego. tak boleh handle punya ego. itu pendapat dari kaca mara orang. hakikatnya, abang pon taktau abang ni ego ke tak.

abang oke je nak mintak maaf. cuma, orang yang nak memaafkan tu oke ke tak? ha, itu sudah lain cerita. sembang kencang, pung-pang-pung-pang, tapi sendiri pon tak boleh buat.

Alhamdulillah. abang masih oke lagi untuk mintak maaf. dan abang juga pemurah dengan selalu memaafkan. walaupun sebenarnya abang susah nak melupakan. it may comes time to time. tapi, lama kelamaan abang akan jadi lupa. mudah-mudahan. cuma ia akan ambil masa. kadang kejap. kadang lama.

nabi pon selalu berpesan tentang memaafkan. dan nabi jugak sendiri pernah tunjukkan betapa nabi itu bersifat pemaaf. dalam perjuangan nabi, nabi ini orangnya sangat pemaaf. kata orang, sedangkan nabi ampunkan umat.

Allah SWT Maha Penerima Taubat. selagi belum tutup mata, maka bertaubatlah. Allah akan menerima taubat hamba-Nya yang betul-betul insaf dan bertaubat. akhirnya, dengan rahmat Allah, siapa tahu kita akan ke syurga. walau sebesar manapun dosa kita, Allah Maha Pengampun. Allah Maha Penyayang. jangan takut untuk sentiasa bertaubat. 

manusia itu tidak lari daripada sifat melakukan kesilapan. tapi, sentiasalah beristighfar memohon keampunan Allah. teringat kata-kata almarhum M. Rajoli. dia seorang yang warak yang abang nampak. tapi, dia masih berlakon dengan watak-watak yang memerlukan dia bersentuhan dengan bukan mahram. katanya, dia akan sentiasa meminta ampun kepada Allah atas apa yang dia dah buat. secara sedar atau tidak, dia akan sentiasa memohon keampunan Allah.

sebab itu, sejahat manapun kita, sentiasalah minta ampun dan bertaubat kepada Allah. dengan nekad untuk tidak mengulangi kesalahan dan dosa-dosa kita.

Allahu 'alam.

akhir kalam, abang nak nasehatkan. jangan takut nak mintak maaf. sebab tak luak pon. yang penting, ikhlas dan nekad untuk tak mengulangi kesalahan.

Allahul musta'an.

Thursday, February 18, 2016

jengah-jengah 2016

bismillahirrahmanirrahim.

lama dah aku tak jenguk sawang blog ni. labah-labah pon mungkin dah jadi mutan. "spider-man" mungkin.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. yang nyawaku berada dalam tangan-Nya. aku berserah diri atas segala apa yang aku cuba nukilkan. andai aku tersalah, aku mohon keampunan-Nya. dan aku mohon petunjuk untuk aku di atas jalan lurus yang Dia redhai.

aku ini jahil. nampak macam ada ilmu. tapi hakikat dan realitinya, aku masih jahil. sudah hampir tiga tahun, tapi aku masih sama. aku tak buat dan tak menjadi sepertimana aku pernah janjikan dulu. untuk sama-sama menyelongkar nikmat Tuhan sebelum dapat rahmat-Nya; syurga.

dulu aku nampak berilmu. tapi, itu hanyalah firasat orang. bagi diri aku, aku kenal aku macamana. berilmukah aku atau sebaliknya, hanya aku yang tahu. mak dan ayah aku sudah berlepas daripada menanggung dosa-dosa aku apabila aku sendiri sudah bisa faham yang mana baik dan buruk. mak dan ayah sudah berlepas diri daripada menanggung semua salah perilaku aku. cukup! aku sendiri yang harus menanggung semua perbuatan betul dan salah aku. di hadapan Tuhan, aku menanti resah nak dipertanggungjawabkan.

betapa aku ini bodoh. jahil. segala yang buruk itu aku rasakan terperuk di dalam diri aku ketika ini.

dalam hati aku, aku cuma cinta dan sayangkan seorang. selain mak dan ayah, cinta kepada Allah dan Rasul, seorang ini-lah yang aku sangat cintai. walaupun dulu aku pernah menyimpan hati kepada orang lain, yang akhirnya menjadi milik orang lain (padahal tak pernah sekali pon dia letakkan hatinya untuk aku -- baca: syok sendiri). yang seorang ini, yang kini aku sudah miliki, hatinya aku pernah tambat!

aku pernah berjaya meletakkan hati aku di dalam hatinya. dan hatinya masih kekal berada dalam hati aku. walau apa pun yang pernah terjadi, hatinya masih kekal satu di dalam hati.

aku ini jahil. sekali lagi aku tegaskan. tak pandai mengambil hati. tak pandai memujuk. jauh sekali dan menjadi romantik. namun, jauh di sudut hati, aku boleh katakan sayang aku ini jauh lebih hebat jika nak dibandingkan orang lain. mungkin. itu apa yang pernah aku rasa.

kini, aku rasa walau tebal mana sayang aku pada dia, Allah itu Maha Kuasa. dengan kuasa-Nya, dia boleh sahaja membolak balikkan hati manusia. aku ini siapa? hanya hamba-Nya yang kadang terlupa nak bersyukur atas nikmat yang pernah Dia berikan.


(nota: aku tak dapat sambung cerita. jantung aku kencang berdebar. mungkinkah ini petanda sakit jantung tak sudah? maklum saja, aku ini perokok tegar. lain kali aku kongsi lagi. aku banyak nasihat dan ingatan nak dibagi.)