bismillah.
2018. dua tahun selepas terakhir kali menulis di sini.
banyak benda dah berlaku since last time. macam-macam perkara dah terjadi. ada jugak yang masih sama macam dulu. tapi, kebanyakannya lebih kepada perubahan. perubahan yang baik? Allah Maha Tahu.
tiba-tiba hari ini macam terasa nak menulis semula. terinspirasi daripada watak Amri Rohaizad dalam Gadis Kosmo. macam nak jadi penulis kembali. dan teringat, betapa bersawangnya media ini ditinggalkan disebabkan kesuntukan masa harian. ditambah pulak dengan "writer blocked" (am I spelled it right?)
so, perlahan-lahan kembali menulis. berkongsi kisah di sebalik kehidupan beberapa tahun kebelakangan ini. berkongsi pengalaman pahit manis. untuk dikenang dan dijadikan pengajaran kepada semua.
macam-macam nak dicerita. moga-moga suatu hari nanti, bila kembali menatap segala tulisan dan cerita dalam ini, akan menjadikan diri ini semakin bersemangat menempuh hari-hari mendatang dengan mendapatkan ilham dan inspirasi serta pengajaran hidup.
ala-ala "kapsul masa" jugak ni.
perlahan. moga sampai. apa yang dihajat. teringin benar nak meluah rasa di sini kerana terkadang, dengan suara kita jadi sekat. tetapi, melalui tulisan, ia lancar meluah segala rasa.
moga bermanfaat nanti, insyaAllah.