Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Giveaway Contest by @littlebyrina - Barang bayi murah dan berkualiti


Jom la join! Ada 2 hadiah menanti pemenang. Visit IG @littlebyrina now!

Read more...

Monday, May 21, 2012

Pemenang cabutan bertuah

yang dianjurkan oleh rina sempena dengan entry Qarmasutra Wedding & Events di SINI
jatuh kepadaaaa



rina membuat undian menggunakan random.org
pemenang mendapat voucher Pedicure & Manicure secara percuma

Tahniah & Terima Kasih

Read more...

Saturday, May 19, 2012

Review & Contest : Qarmasutra Weddings & Events

*Sticky entry, please scroll down for new entry ^__^*

UPDATE:
FRIENDS, PLEASE LIKE QARMASUTRA'S STATUS HERE
AND LIKE THEIR PAGE TOO.
Thank you very much. Really appreciate it =)


Qarmasutra Wedding & Events ni merupakan Wedding Planner yang menjanjikan sesuatu luar biasa & terbaik mengikut bajet kita.
Sebelum rina cerita lebih lanjut, baik rina perkenalkan dulu 2 orang founder dari Qarmasutra.
Diorang ni jejaka yang masihh muda! Mungkin sebab tu, idea yang dilahirkan memang kreatif, unik dan fresh sekali!
Mereka berdua ialah Ben & Anuar




Kedua duanya ada Bach ( Hons ) Interior Architecture of School of Architecture , UiTM Shah Alam Malaysia. Lepas tu masing masing ada experience yang banyak dalam bidang decorator, designer dan seangkatan dengannya. Hebat tak hebat? 
Memang bukan calang calang orang yang decorate wedding uolss nanti okey! =P


Pelamin

Pelamin & deco dari Qarmasutra ni memang lain dari yang lain. Tak akan sama dengan vendor luar yang lain punya lah.
Sangat unik dan kreatif.
Rina pun masa first time tengok rasa macam woww! tak pernah terfikir untuk ada pelamin sebegini.
Mari kita lihat beberapa koleksi pelamin by Qarmasutra;


Amacam? rasa pelik tak pelamin pelamin dia??
kerusi kerusi yang digunakan berbeza dari pelamin biasa
deco simple sahaja tapi menarik, betol takk?
dan pelamin yang palinggggggg rina suka adalah ini
WAAA sukanyaa suka sangat sangat!
comel je kan kerusi lelaki, dengan kerusi perempuan hihi
macam dekat rumah jee
sure masuk gambar cunnnn
dan ini  pemandangan waktu malam

Lagiii cantik kan?
mesti tetamu yang datang tak henti henti cerita pasal pelamin ni
lepas tu sure ramai datang ambil gambar pengantin hee boleh feeling artis
itulah gunanya pelamin yang unik =P

Photobooth & Candy Buffet

Sebagai wedding planner, bukan pelamin je Qarmasutra buat tau,
photobooth, candy buffet, deco dewan, semua lah berkaitan wedding diorang yang buat

ini contoh photobooth yang awesome
 Ghost Chair! lawa kannn?? tepi tepi tu candy buffet!
semua props pun dia buatkan
 tak payah nak fikir banyak, nak DIY bagai, tak payah
ni satu lagi photobooth yang boleh buat pengantin budget seperti rina menangis =P


Hantaran

Macam rina cakap tadi, bukan pelamin je yang diorang buat.
as a wedding planner, hantaran pun termasuk dalam pakej diorang

hantaaran terbaikkk
crystal clear~
confirm barang tak akan dicuri sebab mesti ramai yang memerhati hantaran ni haha..
terlalu cantik!

Events

Selain wedding, Qarmasutra juga adalah event planner.
macam macam lah event yang pernah di deco oleh Qarmasutra

event pun comell
kalau nak buat majlis berendoi ke, birthday party ke, engagement of course, tak kisahlah any events
boleh je hire Qarmasutra ni

What I like the mosttt pasal Qarmasutra ni ialah mereka akan come out with proposals dulu
untuk customer boleh tengok dan menilai

kalau nak tukar tukar atau tak puas hati lagi, boleh lah ubah =)

Apa yang rina tunjuk di sini hanyalah sebahagian sahaja dari hasil kerja mereka
kalau uols nak tengok lagi (mesti kena tengok, since setiap hasil mereka lain lain!)
sila lah ke website mereka

WWW.QARMASUTRA.COM
(please follow them ^__^)

atau facebook mereka


QARMASUTRA WEDDINGS & EVENTS
(and Like them ^__^)
dan boleh contact mereka melalui facebook,
Email : qarmasutra@gmail.com
No phone : +60173056449/ +60127603812

jangan malu malu atau takut nak contact mereka
diorang ni TAK sombong pun atau memilih customer
rina yang nobody ni pun diorang layan mesra =)
jadi kalau uols artis ke, anak datuk ke, cucu datuk sekalipun
akan dilayan sama rata hehe
jadi jangan hesitate nak minta quotation dari mereka tau
propose budget sekali, mereka ni boleh dibawa berbincang =) 




kepada yang bukan bloggers, sila register di blogspot sekarang!!!

Kepada BLOGGERS yang bakal berkahwin pada JULY - DECEMBER
tahun ini!
ada berita baikkkkk buat semua!
Qarmasutra ada anjurkan contest untuk uols!
mudah je contest dia, tapi hadiah memang terbaik =)

Hello Darling ♥
To bride to be blogger . This is for you !

Qarmasutra appreciate your kind interest towards our work . Honestly , we have read all you review and we cant agreed more , you guys are the best ! 

So , this is the catch . 

1) Write an ENTRY about Qarmasutra Weddings & Events . 
2) Tell us your Favourite Dais from Qarmasutra previous works and why ?
3) Ask your friend to LIKE qarmasutra and to FOLLOW our blog
4) Publish your Entry in Facebook
5) And hey ! ask your bestie and friend to like the entry .It so easy darling ♥ 


And Qarmasutra will not let you down , so this is the return for your wonderful effort :

The Grand Price : A Mini Dais for your solemnization or engagement worth for RM 3000 . 

First runner up : A photobooth worth for RM1500

Second runner up : 5 dulang hantaran with fully decorate with fresh flowers . Each worth for RM200 per tray .

Consolation price : A Qarmasutra discount voucher worth for RM200 .


Rules and regulation

1. Dont forget to attach together QARMASUTRA BLOGGER PROJECT banner into your blog and make it as your header and cover for you Facebook profile . its Compulsory !

2.Once you have write your entry , let us know , kindly link it here and email us at qarmasutra@gmail.com . Then we will inform you the next stage .

3. This project is open for those who will get marry from JULY to DECEMBER 2012 . We are pack on june , sorry dear.

4. There will be a transportation and labour charge for the grand price and first runner up . For the second runner up , it is a self pick up from our place.

5. Tarikh tutup is on end of MAY 2012

Thats it ! Sounds good darling ? So start to write your entry and impress us with your words . Good Luck Sayang ! ♥

This QARMASUTRA BLOGGER PROJECT bride to be edition is another side project from Qarmasutra with ♥
best tak??
kenapa korang perlu join contest ini?
1) Sebab contest ini anjuran Qarmasutra itself, dari pengalaman rina, better join contest dari vendor itself dari join contest dengan mana mana platform pameran pengantin huhu, senang terus direct!
2) Hadiah memang grand habis, syarat pulak mudah jee
3) TAK BANYAK SAINGAN. yeah! berapa sangat lah Bloggers yang kahwin dari JULY-DEC?? jadi mereka yang bertuah tu, kenapa perlu lepaskan peluang ini?? aduss..kalau rina, tak pikir panjang dah..confirm join hee

Jadi apa perlu tunggu lagi kawan kawan?
Spread the news =)


P/s : Contest sudah ditutup, pemenangnya ialah Azreen. Tahniah!

Read more...

Friday, May 11, 2012

Contest for Bride to be only!

Assalammualaikum semua =)

ye rina busy tapi sempat je kan duk update blog hihi
sebenarnya blog ni bukan sekadar hobi, atau mengisi masa terluang yang sebenarnya takde pun huhu
blog ni adalah salah satu punca pendapatan rina dan juga melalui blog rina dapat macam macam sponsor for my wedding
Alhamdulillah =)

jadi walaupun bz, rina pasti akan cuba untuk update sekali sehari.
alaa berapa minit je pun tulis blog.
untuk entry ni, 5 minit dah siap
haha!

sebabnya rina tak perlu nak fikir apa rina nak tulis
semuanya keluar mencurah curah di ladang gandum =P

so back to the main point,
kepada Bride to be di luar sana!! 

kenapa tak join contest Qarmasutra ni?
hadiah best kottt
baik join sekarang!
so boleh kumpul like dari sekaranggg
peluang untuk menang akan lebih tinggi!


kalau nak join klik banner diatas tau!


Semoga Berjaya =)

Read more...

Thursday, May 03, 2012

Lucky Draw RM100!

klik SINI untuk join

Read more...

Thursday, April 12, 2012

Dapat 50 Corsages free dari Pop Alley!


Assalammualaikum semua =)

rina pernah cerita rina menang 50 corsages dari Pop Alley or owner Dyll =)

dah dapat dah hari ni!








comel tak?? hihi

macam mana abah dan pakcik pakcik rina nak pakai ni? ekeke =P
ke paksa je? hihi

nak letak duit bentuk kipas so orang faham lah kenapa tetiba ramai pakai pin comel ni =)

alhamdulillah,
terima kasih dyll!
semoga murah rezeki dyll sekeluarga..
amin

^___^

Read more...

Saturday, April 07, 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012

Maaf tetiba banyak plak giveaway best best rina terjumpa hihi

nak jam cantik ni tak?
Klik Sini

^__^


Read more...

Wednesday, April 04, 2012

Hana Zakaria Contest - Jom Like !

Assalammualaikum semua,

entry pendek je ni,
nak minta tolong semua like kan pic kawan saya, Gie ni supaya dia menang contest~


*Klik gambar untuk Like*


Terima kasih uols~


Read more...

Wednesday, March 21, 2012

Rezeki nak kahwin agaknya..boleh menang contest..syukur

Assalammualaikum semua,

terpanjang pulak tajuk hee
sebenarnya rina tengah malas nak update blog

tapi idea banyak cuma malas je
so ku gigihkan jua =P

nak cerita yang rina menang contest lagi..
alhamdulillah..

selama ni punya susah nak menang contest..tapi bila nak kahwin ni, banyak juga rina menang..
mungkin ini yang dikatakan rezeki nak kahwin =)

korang yang nak kahwin ni pun, rajin rajinla join contest, mana lah tahu ada rezeki kan? ^__^
yang penting usaha dan tawakal!

baru jap tadi rina dapat tahu rina menang contest by Pameran Pengantin Malaysia
rina buat entry Pengenalan, Penaja dan Penutup
akhirnya rina menang tempat ke -2 iaitu sewan baju Arma Abd Rahman Wedding Couture bernilai Rm5000

giler tak? tak kusangka dapat menyarungkan baju designer terkenal macam Arma??!
rasa nervous pulak..
sesuai ke baju Arma kat badan rina yang gemuk pendek ni?
sesuai ke nak pakai baju hebat di kenduri rina yang biasa biasa ni?
T__T

tapi en tunang cakap,
dah free ambik je, jangan banyak cakap..
hihi..

so kami terima dengan hati terbuka..
tak tahu nak buat baju ape..
maybe baju bertandang..
sebab bertandang buat di rumah pihak lelaki yang berada di Kelantan, jadi rina fikir nak ambil yang sopan dan simple jela =)

sebelum ni rina sewa dengan kak Fiza
maybe terpaksa cancel lah..
harap harap kak fiza faham..
rina rasa dia OK je, sebab dia memang SANGAT BAIK ye!
rina masih ambil pelamin dan make up dengan dia..
sape nak pakej murah tapi meletup, sila lah contact kak fiza ni. tau! =)

oh ye, rina nak senaraikan sikit ape contest (melibatkan wedding) yang rina telah menang

 Veil

Fresh Flower Handbouquet

Fresh Flower HandBouquet

Fresh Flower HandBouquet

Wedding Personalize Calendar

Doilies Brown Paper (50)

Fabric Corsages

Small Rice Cooker
by D'ara catering


 alhamdulillah..

walaupun maybe bagi sesetengah orang ini adalah benda remeh,kecik atau murah
tapi seriously for me it means a lot!
rina sangat bersyukur..

sangat berterima kasih kepada semua penaja penaja..
nanti after wedding for sure rina akan review satu satu =)

sebenarnya, ada lagi ramaiiiii Bride-to-be bloggers yang lebih besttt siap dapat tajaan dari pelbagai pihak!
dari diorang lah rina dapat semangattt untuk berblog kembali sambil menjana pendapatan dari Nuffnang 
dah cash out RM150 ++

tapi sekarang earning berhenti lak..kenapa ya Nuffnang?? =(

so next contest?
takde ke sapa sapa nak buat contest hadiahnya bunga telur? takpun honeymoon? takpun kek hantaran?
takpun photographer?
hihi..demand..

kepada bride-to-be yang sedang membaca, jangan lupa tau join contest banyak banyak..
mana tahu rezeki korang dapat menang 1 pun jadilah.. =)

terima kasih juga pada mereka yang memberi sokongan dan semangat pada rina (tibatiba)
okla, ayat dah tunggang langgang hehe..

wassalam..



Read more...

Thursday, March 01, 2012

URBAN VIBE ONLINE CONTEST – Cinta Seputih Salju (Review)

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah, sudah pun masuk ke tugasan ke-3 yang memerlukan Rina membuat entry tentang pengalaman rina ketika hadir ke Pameran Pengantin Malaysia tempoh hari, serta pendapat Rina berkaitan event tersebut dari segi dekorasi, aktiviti & lain-lain. Rina juga perlu nyatakan juga apa yang Rina ingin lihat di PPM pada masa akan datang dan mengapa rina patut memenangi hadiah hadiah bagi contest ini.
Last kali, Rina perlu tempekkan gambar Rina dan pasangan di photobooth PPM atau dimana2 lokasi yg mempunyai logo PPM atau Urban Vibe event sebagai bukti kehadiran Rina. ^__^

Oh, sesiapa yang ingin membaca entry untuk tugasan pertama (Cinta Seputih Salju - Preview) dan tugasan ke-2 (Cinta Seputih Salju - Tribute Penaja) boleh lah berbuat demikian sebelum membaca entry Rina untuk tugasan ke-3 ^__^


Pengalaman....

Sabtu yang lepas bersamaan 25 Februari, Rina dan En. Tunang berpeluang ke Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event yang diadakan di Shah Alam Convention Centre. Pada mulanya kami pergi hanya dengan niat untuk menyertai contest yang dijalankan. Task 3 iaitu task terakhir contest tersebut, memerlukan kami merasai sendiri kemeriahan Pameran Pengantin Malaysia pada kali ini.  Tapiii, bila sampai je sana terus lupa tentang contest. Bertukar niat sambil memasang angan angan nak pelamin itu, doorgift ini. Macam macam lah!



Memang tak rugi kami pergi, kemeriahan, kecantikan dan kehebatan penaja-penaja dan vendor-vendor yang terlibat dalam membuat dekorasi menjadikan dewan SACC,FUH! memang menakjubkan! Dekat pintu masuk je, sudah membuat kami terpegun. Nas Great Idea selaku penaja untuk deko ruang masuk dewan memang berjaya membuat Pameran Pengantin Malaysia kali ini lebih gah dari yang sebelumnya!




Yes! Rina pernah ke PPM pada tahun lalu. Pada masa itu, memang meriah. Tapi pada kali ini LEBIH meriah. Pada masa akan datang, pasti lebih dan lebih lagi. Itu lah janji PPM kepada bakal pengantin di Malaysia. Terima kasih PPM!

Kami kan, rasa sangat bertuah kerana ke PPM pada hari Sabtu, sebab pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut. Hari kemuncak lah katakan. Ada perarakan pengantin masuk!

Cantikkan pengantin berbaju putih??? Bertambah cantik bila pengantin duduk atas pelamin yang dihias indah oleh Ari Wedding Couture.



hihi..dekat tak berapa nak dekat sangatlahh, ramai pulak jurukamera huhu! Lepas tu kan ada tarian, permainan musik, fesyen show wedding dress dari designer terkenal seperti Arma dan Rins Suzana, persembahan dari artis artis seperti Bob AF, demo make up dari MUA yang hebat belaka.



BANYAKK lagi aktiviti yang menarik diadakan. Kalau rina nak cerita satu persatu, sampai 1 page blog takkan habis hehe. Itu lah korang, sape suruh tak pergi..next time ada lagi, sila luangkan masa pergi ok! memang best =)

Lepas tu kan, rina siap terserempak dengan B2B Farah Yasmin. Dia pun ada buat entry tentang Pameran Pengantin. kalau nak baca klik SINI ^__~


Rina nak cerita tentang vendor vendor yang terlibat pulak. Ini yang paling penting sebenarnya hehe! Ada senarai masa nak masuk tu. Panjang senarainya..korang zoom dan baca sendiri lah ye. tu pun kalau nampak hihi


Rasanya dah zoom pun tak nampak lagi ni haha!



Ramai sangat vendor vendor yang terlibat, ada yang sudah dikenali, ada yang masih baru, ada yang murah, ada yang mahal setanding dengan servis yang diberikan. Sangat banyak pilihan. Juga banyak promosi. Promosi yang korang tidak akan dapat di tempat lain melainkan hanya di PPM! Jadi, bagi rina, memborong sakan di PPM adalah satu tindakan yang bijak =)



Tak lupa juga penaja penaja Pameran Pengantin Malaysia kali ini juga menjadi sebahagian dari vendor yang memberi harga terbaik kepada bakal pengantin yang hadir.



Haha. Jangan marah, gurau gurau jek =)  Kalau nak kenal lebih dekat penaja penaja PPM kali ni, korang boleh baca di SINI. rina da cerita secara detaillll tentang mereka =)


Banyak kannn choice? sampai En Tunang sakit kepala pikir hihihi


kihkih.

camne pun, alhamdulillah kami enjoy sepanjang berada di sana. Memang meriah dan menyeronokkan. Rina dan En tunang juga sempat bergambar di booth yang disediakan. siap dapat gambar free tau! Print teruss


Dan ini gambar bukti kami di Pameran Pengantin Malaysia ^__^


tamak. masing masing nak pegang 2 haha!

Pendapat...

Bagi rina Pameran Pengantin Malaysia kali ini memang awesome berbanding dahulu. Sangat lah best. Cuma, untuk budget Bride-to-be macam rina, tak mampu nak beli pakej pakej yang ditawarkan. walaupun selepas harga promosi, tapi masih mahal. Jadi, rina harap Urban Vibe mungkin boleh mengadakan Pameran Pengantin Malaysia edisi Pengantin budget! hahah, mestiii ramai pergi =P Cari vendor vendor yang hanya menawarkan pakej sederhana dan murah sahaja tapi menarik. So tak perlu ada designer famous amous. Pelamin mewah mewah semua tak perlu. Hanya yang sederhana tapi sedap mata memandang sudah mencukupi.

Tak pun buat tema tradisional. Buat fashion show baju pengantin songket. mesti best!! Dan perkenalkan baju tradisi seperti jawa, banjau dan lain lain =)

Selain itu, rina rasa maybe, Pameran Pengantin Malaysia akan datang menyediakan atleast Paper Bag sebagai doorgift..boleh kami yang datang letak pamplet yang diberi dalam beg tersebut hihi

Mungkin, tak perlu ada persembahan nyanyian atau permainan musik yang terlalu bising. Hanya mainkan slow music..macam dalam SPA hee..tenang sikit nak berbincang ^__^

Dan akhir sekali..mungkin boleh mengadakan contest yang menawarkan hadiah Pakej dan tiket Honeymoon ke dalam atau luar negara. Rina rasa, lebih mendapat sambutan ramai hihi

Rina nak menang...

Rina rasa rina tak perlu lagi beritahu betapa besar keinginan rina nak menang..para juri boleh lihat sendiri kesungguhan yang rina tunjukkan dari entry dari Task 1, Task 2 dan seterusnya Task 3.

Rina dan En tunang baru sahaja habis belajar dan baru je start kerja. jadi wang simpanan kami takdelah banyak sangat. kami pun datang dari family yang sederhana. sebab tu lah, rina gelarkan kami pengantin budget hihi.

Walaupun rina ni pengantin budget tapiii rina teringin jugak nak merasa pelamin yang cantikk macam pelamin Ari Wedding Couture! Lepas tu hantaran deco yang lawaa. nak nak!
Even Ari Wedding hanya menawarkan hadiah pelamin rumah..dan rina pula akan mengadakan majlis di dewan..rina nak jugak..pelamin kecik pun takpe..janji cantik..nak ambil gambar pun, masuk kecik je hihi..
lagipun dewan rina kecik je..Pelamin yang rina booking sekarang pun tak sampai RM1k..ambil yang murah je..

Kalau tak dapat pelamin free..baju dan photographer free pun besttt..baju rina hanya ada 1 persalinan je..kalaulah dapat baju dari Arma Couture..mestiii best! Dapat merasa 2 persalinan =)
Photographer rina pun sorang je..hee..memang rina tak mampu nak hire ramai ramai..

Oleh sebab tu..rina harap sangat menang salah satu hadiah..Semoga, ada rezeki rina pada kali ini..Amin..

Sekian, Terima kasih!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top