Showing posts with label Playroom. Show all posts
Showing posts with label Playroom. Show all posts

Tuesday, August 14, 2018

Review : Indoor Playground The Kids di The School Jaya One sangat menarik!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Ini review tak berbayar ye. (macam ada orang nak bayar aku buat review kan! HAHA)

Rina memang rajin bawak bebudak ni pegi indoor playground sebab rasa lebih bersih dan selamat. So antara banyak-banyak indoor playground, rina palingg suka yang dekat The School Jaya One ni. baru je bukak sebenarnya.

Kenapa suka The Kids ni?

1. Lokasi di The School Jaya One, tak sesak, senang parking, ada parking khas untuk family, ladies.
2. Playground memang sangat besar. ada 5-6 ruang yang berbeza. memang luas tak crowded.
3. Ada free Massage chair untuk parents.
4. The school tak besar so tak perlu jalan jauh-jauh. surau dan toilet yang selesa.
5. kalau weekend selalunya ada banyak aktiviti untuk kids, macam free petting zoo, free pet exhibition. besttt

Cuma harga agak mahal la sikit. tapi berpatutan sebenarnya.



ok Jom layan gambar-gambar yang tak seberapa anak-anak rina ni
















free je tau massage chair ni
 


ni jenis kecik. banyak lah massage chair ni ada around 8 kot
 

segala game ni memang free je, tak payah coin
 





 FREE KORANG. MAINLAH BERAPA ROUND PUN









Read more...

Wednesday, October 23, 2013

Mencari idea untuk playroom Zuha Dareesa

Sekarang macam demam playroom dekat 1 group ni. Maybe sebab dalam group tu ramai babies dah lebih setahun & pandai main dah hihi..so masing masing sibuk menyediakan playroom or play corner untuk baby masing masing.


Rina pun jadi teringinnn walaupun dareesa belum pandai berjalan & dia lebih suka main remote control berbanding mainan dia yang lain huhu

Antara sebab rina nak playroom ialah ;

1) nak bagi dareesa maksimumkan kekreatifan dirinya dalam bilik tu..

Rina ingat lagi dulu pon rina ada playroom. Play corner pun ada. Biasala anak tunggal, 1 rumah saya yang punya..so memang rina sukala susun susun & hias ruangan rina tu walaupun lepas tu bersepah balik tapi macam best ada ruangan sendiri!

2) ruang rumah yang lain tak bersepah!

Ini paling penting. Bila dah ada playroom, tak boleh dah main di tempat lain kecuali dengan permission! So kalau nak bawak mainan keluar, perlu mintak permission ibu. Dan ibu akan bagi dengan syarat : bawak keluar 1 je dalam satu satu masa& simpan balik! 
Yay! Rumah tak sepah dah!

3) mengajar baby tentang tanggungjawab. 

Mungkin masih awal tapi hopefully lambat laun dapatlah dia rasa bilik dia, tanggungjawab dia..

4) berdikari!

Mungkin rina tetap tidur sebilik dengan anak anak tapi, ingat nak letak almari baju dorang di playroom. So lepas mandi sila bersiap sendiri hahah.. Kecuali kalau nak keluar jalan maybe ibu perlu guide takut dorang pakai baju tidur pulak huuhu

5) organizable

Kalau boleh rina nak buat label, tempat letak mainan yang tersusun. Contoh bola dalam bakul A...dolls dalam bakul B..so sila simpan ikut susunan balik.


So sekarang ni rina tengah sibuk mencari idea sambil koya koya hihi..sesiapa ada entry berkaitan pls share with me! Tq

 


Credit to instagram #playroom

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top