Showing posts with label Stories. Show all posts
Showing posts with label Stories. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

FOKUS

Alhamdulillah..
dah selesai pun final exam
phew~~
pengsan okeh..
ok, jangan tanya pasal paper tu camne ye =P

Apa apa pun, sekarang boleh fokus terhadap persiapan kahwin yay!!
lagi 10 hari insyaAllah..

perasaan sekarang,
SANGAT SANGAT RISAU!

risau kalau takde orang datang, kosong je dewan
risau kalau terlebih orang datang sampai tak cukup makanan
risau kalau ada yang sakit time tu
risau kalau ada vendor buat hal
risau kalau baju tak cantik
risau kalau sakit perut time bersanding
risau tetiba hujan lebat hari tu
risau tetiba tok kadi takde
risau dengan segala perkara perkara buruk..

nauzubillah minzalik..

ya Allah...lancarkan lah semuanya..

T___T

Read more...

Friday, May 11, 2012

Contest for Bride to be only!

Assalammualaikum semua =)

ye rina busy tapi sempat je kan duk update blog hihi
sebenarnya blog ni bukan sekadar hobi, atau mengisi masa terluang yang sebenarnya takde pun huhu
blog ni adalah salah satu punca pendapatan rina dan juga melalui blog rina dapat macam macam sponsor for my wedding
Alhamdulillah =)

jadi walaupun bz, rina pasti akan cuba untuk update sekali sehari.
alaa berapa minit je pun tulis blog.
untuk entry ni, 5 minit dah siap
haha!

sebabnya rina tak perlu nak fikir apa rina nak tulis
semuanya keluar mencurah curah di ladang gandum =P

so back to the main point,
kepada Bride to be di luar sana!! 

kenapa tak join contest Qarmasutra ni?
hadiah best kottt
baik join sekarang!
so boleh kumpul like dari sekaranggg
peluang untuk menang akan lebih tinggi!


kalau nak join klik banner diatas tau!


Semoga Berjaya =)

Read more...

Thursday, May 10, 2012

Every little things..

Assalammualaikum,

Hari ini, entry tanpa gambar lagi..rina nak update beberapa cerita dalam 1 entry =P

1) Alhamdulillah, dah selesai 1 exam paper semalam. memang banyak tak boleh buat as expected =( tapi harap sangat boleh B atleast..rabu hadapan ada 1 more paper, insyaAllah paper terakhir untuk Master rina. lepas tu buat research pulak. rasa macam semangat nak score for this final paper since carry mark teruk =( nak jadi lecturer maybe cgpa perlu tinggi juga..kot? nak buat PhD pon tengok cgpa kot..tak sure. tapi kan, rina tak sabar nak buat research. mesti best dapat stay up buat thesis dengan suami hehe...my fiancee pun ambil master sama sama dengan rina ni =)

2) Sekarang ni tengah kursus di ILSAS, Uniten. Kursus Advanced Power System Protection. Pehh memang advanced. tiba tiba rina kembali bersemangat nak meningkatkan keupayaan diri cewahhh. lepas kawin ni, nak fokus sangat sangat terhadap kerja. nak belajar secara teratur setiap skop dalam protection =P semangat takkk? hahah! 

3) Alhamdulillah rina dah jumpa projector. FREE pulak tu! yay! boleh tayangkan video masa kenduri nanti.video apa? sila datang dan tengok nanti ye! tinggal nak cari whitescreen. or maybe pancar kat dinding je hahah..

4) oh, rina tak buat lagi jemputan di blog. nanti rina buat ye =) actually ramai lagi tak dijemput. huhu. tak sempat =(

5) Kereta rina calar lagi waaa..terlanggar divider time keluar parking. aiyooo banyak careless =( rasa macam nak pakai kancil balik. kereta tu bagi en tunang pakai. tapi masalahnya opis dia susah parking. lagi bahaya..dia pun banyak naik motor je..(yang sebenarnya best bawak kereta baru hihi, sorry kancil, I miss you =P)

6) Alhamdulillah, kunci  rumah akan dapat Isnin ni. tapi air takde lagi. elektrik je dah ada. takpela, janji kunci dah dapat. boleh pindah pindah barang sikit. tapi grill tak pasang lagi T__T

7) Takut nak timbang berat badan. sebab tak diet dan tak eksesais pun hahaha. haritu fitting baju, lemak di perut menggelebeh nampak. sobsob...

8) Bisnes rina, bisnes jubah, barang bayi, ditutup buat sementara waktu. takut tak terlayan, nanti marah customer kannn

9) Wahhh tak lama lagi nak kahwin..biar betul..risau pulak..tapi at the same time tak sabar nak settlekan segalanya..letih jugak fikir hal hal berkaitan kahwin ni..

10) Duit mengalir bagaikan sungai...seriously..ya Allah, murahkan lah rezeki kami...permudahkan lah semuanya..aminn..

ok, tu je update yang ingat buat masa ni =)



Read more...

Tuesday, April 17, 2012

kepala serabut

Assalammualaikum..

assignment ada 4 yang tak siap lagi..
next week dah kena submit..

next month, 9 & 16 Mei dah final..

seminggu lepas last paper, kahwin, insyaAllah..
haha...
tension jap

harap semua berjalan lancar..
start esok dah tak boleh malas malas, 
perlu gunakan masa dengan sebaiknya..

oh, rina dah start buat event di facebook (sini)

nanti insyaAllah rina buat invitation rasmi di blog pula =)
tapi bukan malam ni sebab takde mood nak mengarang ayat hihi

emm ape lagi ye?

oh, program diet rina dah hancus..
berat naik balik (pernah turun ke?)
harap dengan kebizian ni dapat lah kurus haha harapan

lepas kahwin baru diet & exercise sama sama dengan husband ok tak?
cewahhh =P yeke exercise?? hihi

emm ape lagi ye?

persiapan kahwin ada yang dah siap tapi macam masih banyak belum selesai..
macam takde masa nak fikir =(

takpela..tawakal je..
janji selamat dinikahkan sudah mencukupi..

kepada rakan rakan yang membantu & bertanya dengan niat nak membantu..
rina sangat hargai =)

sangat rindu nak hang out dengan kawan kawan time study..
tapi masa tak mengizinkan...

ya Allah..permudahkan lah segalanya..
 


Read more...

Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti cuti Chinese New Year

Assalammualaikum~

sebenarnya, rina takde mood nak menulis panjang panjang
tapi masih nak catatkan apa yang berlaku supaya kenangan manis ini tak akan dilupakan =)

sabtu dan ahad (semalam) yang lepas ada 2 kenduri kahwin rina from MRSM Kuala Klawang
so, my friends dulu 1 sekolah datang dan berjumpa kembali

best sangat dapat jumpa dorang especially aini, muni, john, mayg
dayod tak dapat turun wuwu

nanti lah cerita pasal kenduri kawen,
sebab rina malas nak tulis kan
tapi macam dah terpanjang tulis cis
nampak sangat suka membebel kihkihkih

malam sabtu tu ktorang jenjalan dekat Mid Valley
makan makan Dominos
rina belanje hokey~
takpela, sekali sekala








amik meal for 4 tapi makannye 3 orang je
habis pulak tu!

nampak sangat masing masing kuat makan haha

aiseh..cerita pasal makan ni
rina betul betul nak diet
masa semakin suntuk..
I NEED TO DO SOMETHING FAST!

camni cerita nya,
semalam, rina jalan jalan shopping dengan Murni dekat Timesquare

pada mulanya planning nak beli charger Iphone
boleh pulak tertinggal di kenduri kawen sorang kawan ni huhu

then lepas tu cuci cuci mata je dekat Timesquare
ingatkan kedai tutup
rupanya bukakkk je

ade jugak cina tak beraya ye

so ape lagi, tetibe tershopping sakan pulak =P

yela..bukan senang nak ade geng yang sekepala, boleh gak rina shopping baju baju untuk kawen nanti
hehe
baju duduk rumah / tidor je pun
segan kot nak shopping dengan mak atau en tunang =P

so rina shopping dengan Murni ^__^
thanks Murni, nanti teman saya coping coping lagi ehhhh =P

hasilnya dah beli 10 helai baju
banyak kann? takpelah, pelaburan..
sekarang duk rumah pakai t-shirt free je
(tshirt sukan zaman sekolah, tshirt free komanwel, tshirt abah tak muat, tshirt mak tak muat)
tak ke sadis tu? hehe!

so kaitan cerita ni dengan pasal diet ialah
semua baju yang rina beli hanya cantik dipakai oleh patung dekat kedai je
bila rina pakai jadi buruk
sedih!

ok malas merepek panjang panjang
nanti IRA & IDA BACA BAGITAU UMI MALU KAK LIA LAHH
hahaha =P

kbai
salam~





Read more...

Wednesday, January 11, 2012

Saya after 10 years ?


Now . . . . . . . . . .







10 years later...................



Hihihi Menangis en tunang tengok :p

Note : using fatify application on iphone


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, December 23, 2011

Cuti 11 hari ~

Diisytiharkan, bermulalah cuti saya selama 11 hari!!!

yeyeyyee! hehe..

nak final exam master sebenarnya..
30/12 & 3 /1

lambat lagi...rehat rehat dulu~ lalala


Read more...

Tuesday, December 20, 2011

Review Azam Tahun 2011

Assalammualaikum semua ^_^

Tahun 2011 hampir nak berakhir kan?
sekejap je masa berlalu..
alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini..

adakah kita telah mempersia siakan peluang kita ini?
setahun Allah beri,
apa yang telah kita lakukan??

yakin kah kita masih ada setahun lagi untuk kita?

mari lah renungkan bersama..

semangat nak masuk tahun baru memang berkobar kobar..
tapi sebelum tu, rina nak review dulu azam rina pada tahun ini..
tahun 2011
yang telah rina catatkan di sini dan sini

ok, jom review~
(dakwat merah ialah review)



Kerja

Azam rina untuk mengikhlaskan hati melakukan kerja. Semoga setiap hari rina pergi keja, niat kerja untuk ibadah tak pernah rina lupa.
dan rina harap rina di confirm kan after setahun ni. tak nak extend..
Seriously, kadang kadang rasa malas betul nak bekerja hehe! so rina berazam tak nak dah malas malas.
wake up rina! wake up!!

Review : Alhamdulillah..rina dah pun di confirm kan after setahun bekerja..tak extend ^_^
dan rina rasa rina sudah pun dapat menyesuaikan diri dengan tempat rina bekerja.. tapi mungkin minat itu masih belum memuncak hehe..maybe perlu try tempat baru :p
tapi rina rasa, rina ikhlas juga lah dalam melakukan kerja..mungkin ada masa masa, niat berubah..
tapi so far, setiap kali rina pergi kerja, rina akan berniat kerja yang rina bakal lakukan, semuanya kerana Allah..
mungkin berakhir hari tersebut dengan niat yang berbeza tetapi sekurang kurangnya, niat yang pertama kerana Allah..
bab malas pulak, memang ada je..makin lama makin malas pulak..rasa macam study lagi best huhu!

Attitude

Macam biasa, setiap manusia mesti nak berubah menjadi lebih baik..
termasuk lah rina..

rina rasa nak tutup aurat dengan sempurna..
lepas tu, taknak mengumpat langsung..
solat dengan lebih kusyuk..
taknak ketawa kuat kuat

hehehe
ok. tu jelah dulu. nanti tak tercapai ;p
 
Review : rasa nak menangis baca azam ni..macam langsung tiada perubahan T__T padahal sikit je target..itu pun tak tercapai...
aurat masih tak sempurna..ya Allah..
rina cuba pakai stokin tangan dan stokin kaki..
alhamdulillah kekal..
cuma baju je..
rina dah asingkan dulu, baju ketat..
tapi last last rina selongkar balik dan pakai T___T
ok..teruk kan..
apa yang susah sangat pun tak tahu lahhh....ee..
bab mengumpat tu..still mengumpat..tapi rasanya bila kerja ni, kurang sikit kot..sebab rina rasa malas nak ambil tahu hal orang..tapi kalau orang dah cerita tepi telinga..tak dapat nak elak lah..
solat kusyuk pulak memang tak lah.. T__T
ketawa..aiyakkk makin banyak ketawa hihi..
haish..ok, slow kan volume lepas ni.. :P


Money

Fine. tahun lepas, satu pun azam yang berkaitan dengan duet tak tercapai T___T
so tahun ni, rina nak berazam sikit dulu dan logik untuk dicapai dalam masa setahun.

rina nak bawa family bercuti (dah book tiket pon)
nak beli iphone dan beg Carlo Rino hehehe. kira azam la ni :p
nak kumpul duit untuk abah pergi haji, atleast RM5000 untuk tahun ni
Hujung tahun nak jual Kancil dan tukar kereta baru..nak kereta auto yang jimat minyak :p
 
Review : 
Alhamdulillah, rina berjaya bawa family ke Bandung pada bulan April lepas ^__^
dapat beli Iphone hehe!
beg Carlo rino tak jadi sebab terminat beg Fossil hihi..untuk hantaran
Tak dapat kumpul duit unntuk abah sebab nak kawin hee..
insyaAllah tukar kereta tahun depan ~_^

Love

Macam biasa, rina berazam tak nak couple dah..
kalau sampai jodoh, kawin jer dan bercinta lepas kahwin..
rina taknak berazam untuk kahwin sebab macam pelik je hehehehehe
tapi cuba perbaiki diri supaya jodoh yang baik sampai.

Review :
InsyaAllah, jodoh yang baik tu dah dekat dah hihi...

Gemuk

Nak kurus nak kurus!
nak turun 5 kg atleast hihi

Review : tak turun langsung..cis

private kan blog?

Review : taknak :p

ok dah habisss review~

so macam 50 % kot tercapai hehehe...

oklaa tu~



Read more...

Saturday, December 17, 2011

Tak payah baca pun takpe

sebabnya rina just nak membebel sendiri..hehe!

nanti macam penat je korang buka blog ni pastu tengok tengok takde isi

lepas tu ayat berteraburr

:p

so, akhirnya, after 4 MALAM rina berjaga di substation,
fault investigation selesai juga..

after 1 year rina bekerja, saat ni lah paling mencabar bagi rina..
I will remember it for the rest of my life..

sebab pertama kali kan :)

walaupun mencabar, tapi seriously banyak belajar..
esok perlu buat report pulak huhu!

hari ni, memang pengsan.
balik rumah pukul 9 pagi

terusss mandi, makan, tampal koyok kat belakang banyak banyak
bagi berangin,
minum teh hijau sebab perut tak sedap.
then tidur sepanjang hari!

dari pukul 11 pagi macam tu hingga lahhh pukul 5.30 petang
haha..
giler..
nasib tak boleh solat :p

betul2 letih..
bangun bangun terus pergi toilet (tu pun nak cerita ke)
sebab minum teh hijau kan

then rasa sihat
tapi badan still lenguh lenguh

kalaulahh setiap minggu macam ni,
rasanya boleh kot turun berat badan =P

tak sangka, rina akan bekerja pekerjaan yang macam ni haha!
siapa siapa nak jadi Electrical Power engineer,
bersedia lahh untuk bekerja di tengah malam..
di area Bukit Bintang pulak tu..
dan dikelilingi lelaki..

pandai pandai lah korang jaga diri..
takpe..
korang bukan bersendirian..
ALLAH kan ada

minta perlindungan dariNYA dari niat buruk orang
insyaAllah tak perlu rasa takut

ok lahh, nak main facebook!
nak stalk facebook member dan Bride to Be yang lain!
miss u guys a lot!


Read more...

Friday, December 02, 2011

J card day di mid valley

Semalam dan hari ni ada J card day di Mid valley.
Rina siap mintak cuti sebab nak bershopping hehe!

sebab utama nak cari barang hantaran..walaupun lambat lagi, tapi takpelahh..
tengah murah & ada duit ni, baik beli awal awal..nanti dah bankrupt tak terbeli hehe

banyakk pilihan
dan diskaun 70% ke atas...yay~






Pergi dengan mak tersayang...kesian mak sampai lenguh lenguh kaki.
belanja mak Kenny Rogers




mak malu malu. comell..I LOVE YOU MAK!

so kesimpulannya, dah beli belt, wallet, pen, kemeja, untuk hantaran ^__^

esok plan nak jumpa anak sedara..rindu kat mereka..

Kakak, Aiesha & Afrina...Cik Lia rindu sangat..dah nak sebulan tak jumpa T__T
nape asik balik kampung ni?? sobsob..

Cik Lia dah belikan botol air baru untuk masuk sekolah nanti
Afrina punya minnie mouse, takde dalam gambar




haish..meroyan sebab rindu hehe..

sebelum tidor..rina nak minta bantuan kawan kawan semua untuk LIKE gambar rina di facebook ni..
klik SINI dan like je..sekejap je..tolong ek..
insyaAllah kalau kita tolong orang, nanti akan ada yang tolong kita pula..kan?  :)

thanks for your time!
^___^




Read more...

Thursday, November 17, 2011

Pictures from my Iphone


Pensil case baru saya dan si dia :p dia tiru saya.

Sekarang musim exam mid term. Semalam dah selesai 1. Sabtu ni paper ke 2. So agak busy..

Tadi pegi makan dekat area PJ

Nasi dengan ikan pari dengn telor rm6 je






Murah kan..

Jap nak godek gambar lagi






Air kedondong masamm giler tapi sedapp







Hadiah kawin untuk kawan saya yang nak kawin nanti. Eh kantoi! Haha..best pulak bende ni..

Nanti saya kawin, nak jugak ek!






En tunang belikan tudung bawal labuh untuk saya hehe!

Sesuai ke dak saya pakai gini :p






Aira, bakal cousin saya. Comel betoll..11 kg ok!

Dan last but not least






Anak sedara kesayangan saya..rindu dia..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, October 28, 2011

Port Dickson :)

Assalammualaikum..

hari ni saya nak bebel cam entry semalam gak
takde ape yang best, tapi still nak tulis :p

pagi tadi saya ada kursus di Port Dickson
ni first time saya pergi kursus yang jauh sorang sorang 
jauh ke?
hee..jauh lah bagi saya :p

saya selalu je pergi PD tapi saya tak pernah ambil port jalan nak ke sana.
so saya rasa takut nak pergi sendiri.
nasib baik pagi tadi, ofismate saya, Ain yang juga ada kursus di sana sudi konvoi dengan saya 

tapi Ain bawah macam F1 dah, kancil saya sampai semput semput nak kejar hehe!

ape ape pun, alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik.

balik tu, saya terus ke UNITEN since malam ni ada kelas.
dalam pukul 2 petang dah sampai, so saya pikir pikir nak lepak mana.

ingat nak buat assignment dengan one of my classmate, tapi dia keluar lak
lepas tu decide nak lepak library je then tetiba teringat my FSIL (Future Sister In Law :p) saya, Ida
terus call dia, dan lepak rumah dia di UNITEN.

best gak ada FSIL kat Uniten ni hehe!
lepas ni, siapla dia jadi mangsa untuk teman saya selalu hihi :p

kesimpulannya hari ni penatt tapi saya enjoy~

dan yang paling penting

ESOK CUTI
yay!



Read more...

Thursday, October 27, 2011

Wordy Thursday

Assalammualaikum..

pagi pagi saya dah ke TNB KL Timur di Ulu Kelang.
saya cuba ikut google map & Papago, tapi saya tetap sesat.
perjalanan yang mengambil masa 1 jam tu memang mengecewakan saya apabila mendapat tahu rupanya meeting start pukul 10.
cis. masih ada 1 jam lebih.

sekembalinya ke kereta, saya mendapati kereta saya dipenuhi dengan habuk yang sangat banyak..
saya tak tahu dari mana datangnya.mungkin lori.

jadi saya ambil keputusan untuk mencuci kereta.
alang alang kereta dicuci, saya minta tukang cuci vacuum sekali kereta saya, dengan dalam bonet sekali.
selamba je saya alih barang yang banyak GILER dalam bonet letak tepi jalan.
ye. saya nampak sangat berusaha.
bepeluh peluh saya. dah lah berbaju kurung

lepas tu, tepat pukul 10 saya kembali ke tempat meeting.
dalam meeting saya tak dapat nak fokus.
sebab otak saya sangat letih.
semalam saya tidur pukul 4 pagi.
susah sangat nak tido.
saya syak, kopi mocha (BOSS) yang saya minum pada pukul 9 malam.
berkesan betul.
cubaan untuk tidur terganggu apabila bunyi mercun yang macam bom menggegarkan cecuping telinga saya tepat jam 12.30 malam
bunyi tersebut berlarutan selama 1 jam, sampai kan saya google "aduan rakyat"
ingatkan nak call polis, tapi sure nak kena isi borang aduan bagai lepas tu.
malas saya.

kesimpulannya otak saya letih.
bertambah letih memikirkan assignment yang perlu dihantar esok tak siap siap.
boleh je nak buat semalam, tapi semalam takde mood, time meeting tadi baru mood datang :p

so dengan pantas saya buat keputusan cuti separuh hari.
dan sekarang saya berada di rumah.
ingat nak buat assignment.
tapi mood tu dah hilang.

takpela. tido dulu.
zzz



Read more...

Wednesday, September 21, 2011

Public again!

Assalammualaikum semua :)

Almost 4 months kot rina private kan blog ni
paling lama lahh dalam sejarah..

tapi rina still menulis
cuma tulis sikit sikit macam diary je

maaf lah rina private kan blog secara tiba tiba
ada sebab nya..

sekarang rina decide nak public kan balik
since I'm happier now :) dan rina mahu jana pendapatan dari blog
side income

macam dulu dulu :)
dapat RM500 sebelum kahwin ok lah kan?
boleh cover 2 dulang hantaran 
hihi

sebenarnya mood nak ber blog belum datang lagi
apetah lagi nak edit edit blog ni..
tapi rina ada banyakkkkk cerita nak share
seriously too many great things happen to me lately

ya Allah, alhamdulillah..
sangat besyukur dengan apa yang ada sekarang
it is enough for me :)


oklah nak tidur hee

selamat membaca kawan kawan..
berjumpa lagi!
I miss this blogging world so much!

hopefully boleh jadi blogger tegar semula
insyaAllah :)



Read more...

Saturday, April 23, 2011

Move On !

Rina rasa rina da fully move on !

sekian terima kasih
haha tu je ke??

taklahh
ada banyak cerita nak cecite cecite
2 bulan je pon private
tapi macam banyak giler missing..
rugi rugi..
kene tulis dalam blog ni!

Read more...

Sunday, February 13, 2011

Taman Tasik Shah Alam


Petang tadi pegi Shah Alam untuk bawak diorang ni ke Taman Tasik Shah Alam.
punyela semangat
sebab rina dah mati kutu duduk je kat rumah..
hihi

mak dah bebel suh kawin
dia cakap bila kawin sure dah tak bosan
tapi mak, nak kawin dengan sape

mak dah risau risau
mak cakap, mak harap sangat rina kawin awal
mak teringin dah nak cucu
yelah..
mak dah 60 lebih
seorang cucu pun takde

hm..
entahla
soal jodoh, susah nak cakap..

tapi rina yakin..
masanye akan tiba..
tapi rina harap sempat lah mak dan abah rina tengok anak dia yang sorang ni kawin dan dapat lah mereka merasa cucu sendiri..

semoga Allah perkenankan doa rina yang satu ini

aminnn


bestnye tulis tulis tapi tahu takde orang baca, rasa bebas siki...oh..ade sikit sikit orang baca...tapi yang sikit sikit tu, rina buat buat lupa la korang baca hihi..^_^

ok bai~~


Read more...

Sisha

Tadi masuk berita tentang sisha.
fakta : sisha 400 kali ganda lebih bahaya dari rokok!

tersedak rina
huhu

sebabb hari tu rina pergi try sisha
aiyakk
menyesall..

masa kursus last Wednesday, rina and geng PEP pegi la downtown kat cheras
pastu dorang ni isap sisha

rina yang memanggg lahh suke curious curious ni
tiba tiba rasa macam nak tryy
yelah
rokok tak boleh try
so sisha bolehla kott
sebab ingatkan takde ape ape

rina pun tryla sedut sekali
tu pun kawan kawan da larang
dorang kate rina terlalu suci kahkahkah
suci la sangat

tapi sebaik macam tak best pun
dan tak teringin dah pun

lepas ni taknak buat lagi hehe
tapi puas hati dapat try sekali

huu
bahaya betul perangai rina yang satu ni
adehla..



Read more...

Saturday, February 12, 2011

Private Blog

Yeah..
rina buat blog ni jadi private

tapi bukan selama lamanye lah..
sementara jee ;p

rasa mahukan privacy sekejap..

soo..
walaupun hanya rina yang baca, tapi penulisan rina masih seperti bercerita
sebab dah biasa
^o^

rina baru je habis kursus di Ilsas
bestt
takde rasa sunyi pun
hepi sokmo

tapi masa joging hari selasa tu, terserempak dengan my ex..
dia dalam kereta
tapi rina tak tengok pun dia
buat buat tak nampak je

adehla..
sampai bila rina nak macam ni
rina betul betul rasa letih..

bila la nak jumpe yang lain pulak
bila la nak rasa suka kat orang lain pulak

tension pulak dengan diri sendiri..

tapikan..
rina tak tahu kenapa..
makin rina mahukan dia jauh, makin dekat pulak dia hadir
literary la

malas nak cerita panjang
taknak penuhkan cerita cerita yang tak best dalam blog ni..
nak banyak cite best best je

baru lahh best bila baca balikkan?

oklah..sampai sini je..


Read more...

Sunday, February 06, 2011

sexy kan saye ?

saje nak bagitau
rina baru je tindik telinga
hehe..
tekejut tukang tindik, tengok orang tua pon nak tindik telinga.
cis.
da tua rupenye.
hihi

rina tindik sekali dengan anak sedara rina yang berumur 7 tahun
tapi dia lagi berani dari mak sedara dia
cis lagi ;p

ok tu je.
nothing special happen to me lately..
nothing to share..

but my adorable niece



"Sexy kan saye??"


Read more...

Sunday, January 30, 2011

Gemok gedempol

Waaa..
terasa gemuk la sejak akhir akhir ni
nak timbang pun takutt

hehe!
aiyakkk
kena diet + eksesais ni
sebelum lemak dagu kembali timbul

ok tu je nak citer hari ni
hihi

sebab taktau nak citer kat sape.
kalau citer kat orang, nanti orang cakap

"ye lahh tuu"
atau
"dah lapanpuloh kali aku dengar ayat tu"
atau
"mane gemukk, kuruss je aku tengok"
atau
"tak payah diet diet, besok sakit dah tak boleh makan"
atau
"aku baru nak belanja, tapi ko diet kann, so tak jadilahh"
atau
"lemak ko dah tepu, eksesais macam mana pun takkan tebakar"
atau
"gemuklahh cantik, kurus mana cantik dah"

dan macam macam lagi feedback yang melemahkan semangat ini ;p

so,
jangan sape sape bagi comment melemah kan semangat untuk entry ini.
OK?
PAHAM TAK?
haha!


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top