Showing posts with label Solemnization. Show all posts
Showing posts with label Solemnization. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Surau AlHijrah - Tempat Majlis Pernikahan saya nanti, InsyaAllah





InsyaAllah surau yang baru buat ini akan menjadi tempat saya dinikahkan nanti =)

for those yang tak tahu, rina tinggal di rumah flat, jadi ruang tu agak sempit lah kalau nak buat majlis di rumah.
tapi mak taknak buat di masjid since jauh dari rumah.
so mak pilih surau ni. surau ni betul betul sebelah blok rumah saya =)
baru je siap minggu lepas.
may I'll be the first yang bernikah di sini hehe

insyaAllah..
semoga dipermudahkan..
aminn

Read more...

Tuesday, April 24, 2012

Idea : Majlis Pernikahan paling cantik !

Assalammualaikum semua,

rina tak dapat menahan diri rina untuk berulang kali tengok pasangan pengantin ni..
dari malam tadi asyik nak tengok..

I love the details..
baju..warna baju..pelamin..
pemakaian tudung yang SANGAT cantik!
dan paling penting pasangan pengantin tu sendiri..

sama cantik, sama padan.
mudah mudahan mereka bahagia hingga syurga..
sorry ye pengantin kalau tak suka, tapi rina nak letak jugak dekat sini

mana tahu boleh jadi inspirasi orang lain..
rina dah terlambat..
kalau tak, pasti rina tiru hihihi =P

ok jom tengok!




Ya Allah...cantiknya wanita ni..cantik sangat sangat..subhanallah..
baju pun sangat cantik
dan paling rina suka penggayaan tudung dia.
simple, kemas, ekslusif!
 

maybe guna inner dan selendang asing
 

guna detailing manik manik kecik.
mesti susah nak buat..
 

suka inai dia, simple sahaja...kasut pun simple.
sukaaaa!

dan pelamin, sangat suite dengan pengantin...
 

overall 100 bintang rina bagi!
semua sempurna..suka sangattt!

dan paling penting, cameraman yang pandai menaikkan seri pengantin =)

Credit to G.I Photoshoot


Read more...

Monday, April 02, 2012

Baju Nikah dah siap !

Assalammualaikum semua =)

Haritu rina ada hantar baju nikah pada seorang tailor ni
dia ni memang sangatttt busy ok!
delay 1 bulan kot nak siapkan baju ni
stress!

tapi akhirnya, malam ni dia hantar baju tu
dan bila rina pakai
terusssssssssss jatuh cinta!
ya Alllahhh cantiknya baju ni! hihi

actually, typical baju nikah je tapi bila dapat kat diri sendiri rasa macam nak tidur pakai baju tu, boleh? =P

ni teaser baju tu =)



memang sengaja tak bagi clear =P

tapi kan.. too simple for me
rina tak suka simple sangat..rina suka sweeet cute macam tu, poyo
so rina akan tambah something kat baju ni *rahsia* =P

alhamdulillah sebab 1st fitting terus ok =)

jadi boleh proceed to the next step ^__^



Read more...

Sunday, January 29, 2012

Dah tempah Baju Nikah ~

Assalammualaikum semua ^__^

Rina baruu je tempah baju nikah ni.
tailor baru datang ambil ukuran
kain dah lama beli.

rina pernah cerita di sini
kain tu adalah hantaran masa bertunang dulu.


rina main beli je kain chiffon 4 meter.
tak terfikir nak design lain selain baju kurung moden biasa.
banyak jenis design yang rina pernah share tapi rina tak dapat buat sebab tak cukup kain

so, rina just buat baju kurung moden yang biasa


lebih kurang macam ni je la.

oh ye my tailor nama dia Fendi
dia anak kepada jiran yang baik dengan mak.
dulu dia tukang jahit biasa biasa je
tapi sekarang dah femes uolss (sambil angkat tangan seperti pondan)

dia lahh designer untuk Ana Dahlia isteri Chef Riz tu

 kelas kau jah~

boleh lah jenguk facebook & blog dia. Syara Kim. ada 2 designer katanye
dia offer nak buatkan baju sanding,
tapi rina dah pun tempah kan.
haish, kalau tak boleh feeling artis gitew~ (tak tahu nape tergedik dalam entry ni)

tapi dia ni macam busy giler je.
takut baju artis dia buat lawa, baju kita yang bodo bodo ni, dia buat cincai.
mana lah tahu kann
sebab tu dapat murah hihi

berbalik pada baju nikah rina,
untuk veil pulak rina dah pun tempah.

kalau ada yang pernah terbaca, rina menang contest Veil by Non-Cinderella Story
alhamdulillah
memang senang sangat berurusan dengan lija, the owner of Non-Cinderella Story

kitorang berurusan through SMS & email je hehe
entah macam  mana veil nanti kan


oklah tu je! 
semoga semuanya berjalan lancar.
Aminn


Read more...

Friday, September 30, 2011

Idea : Outfit untuk nikah (Part 2)

kali ni rina come across designer Rizalman pulak
dan macam biasa, rina hanya tunjuk yang mana rina rasa sesuai je untuk majlis nikah :p

memang jimat baju gini. tak payah dah korang fikir pasal tudung :p
style kan?
tak baper faham kenapa nak guna background putih. macam tak nampak dah baju tu? hee
biasa je kot bagi rina, sebab tak nampak =_=
sangatt simple! agak agak material ape ye baju ni?
takkan lycra zz

siapa mahukan kelainan, amat digalakkan pakai baju gini hahah!
untuk rina yang low profile (lah sangat!) memang tak lah nak pakai macam ni

INI RINA SANGAT SUKA! T__T sukanye..

dan yang terakhir. perghh..bunga teratai tu :p
sesuai kepada mereka yang nak akad nikah di masjid terapung :p
cantikkan?

tapi apekan daya...rina hanya mampu berangan.. :)





Read more...

Sunday, September 25, 2011

Idea : Outfit untuk nikah

 Assalammualaikum semua..

Hihi..
best pulak bila baca blog blog B2B (Brides to be)
boleh check dekat Blog list rina atas tu
baru sikit lah rina letak
ada beratus kot blogger yang nak kahwin tu

memang banyak memberi info
dan menyebabkan kita yang takde duit ni duk berangan macam macam
sobsob :(

takpelah..
berbelanja lah ikut kemampuan :)
mari lah berangan bersama sama rina~

Pertama sekali rina nak tunjuk design dari Arma Collection
tak semua..rina just pilih yang rina rasa sesuai untuk nikah, just my opinion je tau :)

 atas ni cantikkan? macam ala ala gaun. tapi macam tak sesuai untuk rina yang pendek gemuk zz

 yang ini palingg rina suka! sangatt sweet! tapi still rasanya rina akan nampak lebih pendek kot bila pakai baju ni =_=

 okeh. ini insyaAllah nampak tinggi hehe! tapi macam seksi sikit kot

 ha, ini pon boleh nampak tinggi tapi rina tak baper minat sebab nampak besar bahagian bawah haha
tapi sebenarnya cantik, kalau orang tu ada body yang cantik macam Irene pakai masa tunang hari tu

jeng jeng! ni paling rina suka!
rina suka suka suka suka!
T___T


tapi malangnye rina dah beli pon kain..
kalau nak design pelik pelik gini, patutnya jangan beli dulu..

nanti sambung lagi ye. baibai



Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top