Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Perasaan bila menjadi isteri

Assalamualaikum semua =)

Alhamdulillah, hari ini rina dapat lah ber blogging sikit.
En Suami dah tidur..letih sangat berkejar kesana sini agaknye hehe..

saje nak share perasaan rina bila sah menjadi seorang isteri

takyah bagitahu pun semua orang tahu..
mesti lah best =)

sentiasa ada teman..tak pernah rasa sunyi..
macam macam nak share
sampai tak nyempat nyempat nak cerita hee ini la jadinya kalau dua dua pun suka becerita =P
rasa selamat selalu..
rasa diri sendiri cuba berubah ke arah lebih baik..
setiap saat berazam nak menjadi isteri terbaik

alhamdulillah..
rina sangat bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan en Suami, Zulhilmi Ramli =)
the best man ever, atleast for me =)
sangat sangat caring..
pandai ambil hati..
sekepala, langsung tak bosan..
bersabar dan seorang pembimbing yang baik

buat en Suami...rina tak pernah luahkan betul betul pada umum..
oleh sebab dah sah..rina nak tulis dekat blog ni..
yang..
Lia...
sayangkan..
abang..


^__^

kepada mereka yang belum bergelar isteri, rina doakan semoga kalian dipertemukan jodoh yang terbaik buat kalian CEPAT CEPAT ok! hihi
 
AMIN

ok bye, nak packing untuk first honeymoon =P


Read more...

Sunday, May 20, 2012

Beli langsir di MK Curtain, Nilai

Assalammualaikum semua =)

Semalam dah beli langsir...tapi ada silap pulak..
sepatutnya 182 cm..ktorang pegi tulis 82 cm
boleh tak perasan pulak..
nasib baik tingkap blik utama je..tingkap lain & sliding door semua ok

Rina beli dekat MK Curtain di Nilai, terus tempah
Ambil kain semeter RM7.90
day curtain ambil yang semeter RM15
besi besi, cangkuk semua (since rumah baru) dalam RM200
upah jahit dengan renda renda sekali dalam RM250
total up hampir RM1000
pengsan 18 kali
+___+

curtain ambil masa dalam 4-5 jam gak la nak siap
maybe banyak kot..satu rumah..siap renda bagai
jahitan sangat kemas jadi puas hati =)

kesian En tunang tak dapat tengok pasukan favourite dia, Kelantan lawan Sime Darby
dapat tengok separuh akhir je..dia tengok sorang sorang dekat kedai makan area rumah rina..
nak teman, tapi tak manis pulak..
suruh tengok dekat rumah dia kata nanti susah pulak mak & rina nak mandi semua
jadi dia tengok sorang sorang je dekat kedai...

walaupun nampak perkara ni perkara kecil saja
tapi rina tetap terharu...
dia tahu priority dia..tahu tanggungjawab dia..
 
rina sangat berharap agar rina dapat menjadi isteri yang solehah buat en tunang..
 menjadi menantu yang baik buat abah & umi dia..
menjadi kakak2 yang baik buat adik adik kesayangan dia..
support dia selalu..menjadi pembantu terbaik buat dia..
menjadi ibu yang terbaik buat anak anak dia..
 
adui..
nak cerita pasal lain
tapi tiba tiba terluah pasal lain dekat sini hehehe
 
takpelah, dah panjang.
lepas ni nak pegi Mydin pulak..
banyak barang tak beli lagi..
 
ok bye


Read more...

Sunday, March 18, 2012

Gift for him







Hadiah untuk dia.
 Kek Pavlova beli ye..tak pandai nak buat..
memang taknak belajar buat..
sebab kalau pandai buat kek dah tentu rina akan buat dan makan sorang sorang sebiji tu. saya nafsu gajah k. Gajah pun makan tebu je hahah. 
Beg tu pulak rina bagi yang besar. 
Yang kecik dia punya yang lama.
 So nanti kalau pergi travel mana mana, rina akan bawa yang kecil, dia pula bawa yang besar
hehe sweet tak?
K nak tdo baii



Read more...

Happy Birthday to my heart, my fiancee, Zulhilmi Ramli




Istimewa buat En Tunang saya, Zulhilmi Ramli..

Alhamdulillah, dah 30 tahun
eh?
26 ke?
apsal macam 30???

hahaha!

ampunn =P
gurau je hihi..

Syukur pada Allah kerana mempertemukan awak dengan saya..
terima kasih buat umi yang melahirkan seorang lelaki yang sempurna di mata saya..
terima kasih abah kerana membesarkan awak jadi sebegini sihat hehe..
terima kasih adik beradik & family lain yang mengasihi awak tak berbelah bagi..

saya berdoa dan berharap agar saya dapat menjadi sebahagian dari mereka..
dapat menjaga awak, mengasihi awak dan mem'besar'kan awak  =P
menjadi isteri solehah yang menyenangkan hati awak..

semoga jodoh kita dipertemukan dan segala yang dirancang dipermudahkan..
juga, saya doakan awak dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki, dijauhkan musibbah,
sentiasa berada di dalam golongan orang yang beriman,
dan segala impian dan doa awak diperkenankan..

AMIN..



Read more...

Friday, March 16, 2012

Iphone Game : Draw Something

Yeah~ rina dah addicted to this game =)

simple tapi quite fun!
tegelak sorang sorang bila tengok orang lain lukis dan bila tengok orang teka lukisan kita haha!

en tunang pun main,

ni rina punya lukisan



dan ini lukisan en tunang




kalau korang hebat, sila lah teka! =P


Read more...

Wednesday, February 08, 2012

Rindu sangat sangat =(

baru lepas chatting

Milla Dk tu mak diorang

diorang tu my Triple A



Amirah, Aiesha, Afrina...
Cik liya rindu sangat sangat.. Sabtu ni jangan pergi mana mana ye..
nanti nak jumpa..


Read more...

Friday, February 03, 2012

Terukir di bintang ^__^

In love with this song =)
untuk pertama kali, I want to dedicate this song to my fiancee
=P
sorry tetiba jiwang, sekali je tak tipu =P


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Read more...

Friday, January 27, 2012

Gambar kami masa kecik kecik



Yang paling kecik tengah naik Beskal tu en tunang! 
Senang kot nak kenal. 
Tengok kepala je dah tahu kahkahkah! 

Kutuk tunang sendiri dalam blog =P

Jangan marah yeee en tunang kesayangan =P
Comey je sebenarnye tapi macam nakal sangat je. 
Takmolaaa ade anak nakal nakal, pengsan mama nak jaga nanti (berangan dah) 

Jadi cam mama je la masa kecik kecik 
innocent je (perasan dah)


hidung kembang itu trademark


^__^



Read more...

Friday, January 06, 2012

Senyum kembali selepas dinner bersama yang tersayang di Restoran Suasana

































Lokasi : Restoran Suasana, Kg Haji Abdullah Hukum
Peserta : My beloved family
Waktu : Baru tadi
Sponsor : My fiancee (tak pasal pasal haha..nanti saya belanja family awak pulak k. tapi family awak 12 orang termasuk adelia. pengsan lahh kuikui)
Review : Suasana memang best (sesuai dengan nama hehe.) macam lapang dan banyak seats. TV pulak besar dan banyakk. best kalau lepak tengok bola. tapi ada banyak agas agas haha..siap disediakan lagi alat pemukul agas agas =p Makanan pulak murah (murah jugak berbanding tempat lain). Rina amik set untuk 4 orang - RM99 memang kenyang tahap mengah tu hihi..air buah sedapp. ikan masak stim limau (boleh pilih masakan lain) sangat sedap..ikan fresh. Udang goreng tepung macam cekodok udang tapi sos sedap. ayam paprik sedap. tomyam pun sedap! kesimpulannya memang berbaloi lahh =)


Alhamdulillah kenyang ^___^




Read more...

Saturday, December 24, 2011

Wordless Saturday (yet meaningful)



Main Characters : Him & Si comel Adam Ukail



Read more...

Monday, November 07, 2011

I miss my friends.. (you know who you are)

zaman sekolah

saya rindu betul zaman ni..
tersangat rindu..
zaman saya mula belajar erti berdikari
belajar erti sahabat..
belajar erti kehidupan..

pagi pagi lagi dah terjerit ajak pergi breakfast
wajib ok hari hari tak pernahhh miss lah!

kalau nak pergi kelas, mesti kena cukup 1 geng
hoi berani tertinggal sorang, muncung sedepa lahh sorang tu
merajuk.

tapi rajuknya tak lama..
mana boleh merajuk lama lama dengan sahabat yang dah macam adik beradik sendiri

masa ni baru nak belajar erti cinta (cinta la sangat)
dari study group, tak sampai 2 minit bertukar jadi gossip group hihi

kalau sakit, mesti ada yang ambil berat =')
tolong iron kan baju, ambilkan makanan, lipat telekung pun ada.

pagi pagi ahad paling best
sama sama gotong royong
main dandan dandan rambut..
lepas tu study sama sama


zaman universiti

zaman saya mula belajar erti menjadi dewasa
semuanya perlu lakukan sendiri
tiada rules yang ketat.

baik atau jahat saya perlu decide sendiri
syukur ya Allah...
saya dipertemukan dengan kawan kawan yang baik baik semuanya

sama jugak macam zaman sekolah..
pergi kelas pun sama sama
tapi kalau kena tinggal takdelah merajuk
sebab kau dah tua, takde sape nak pujuk hihi :p

belajar pun sama sama.
tiru gilir gilir eh?

makan malam sama sama
best sangat..
bila duet tengah lebat tu, macam macam plan
nak pergi shopping lah, tengok wayang lah..
nak makan sana lah, sini lah

duet takde pun, kalau tetiba teringin sup tulang takpun cheese nan, pegi jugak makan 

ok, patut makin gemuk hahah

masa zaman ni, masuk banyak persatuan
semua pun dengan kawan kawan.
pergi jalan jalan ramai ramai

paling best, masa exam semua study last minute
dan masing masing sangat membantu..

...............


waa...saya rindu kamu semua
bila berjauhan dan jarang berjumpa..
baru saya tersedar..
yang saya ada ramaii kawan yang sangat baik..

baru saya terasa kehilangan..

saya tak akan dapat ulang dah kenangan itu..
tapi saya tak mahu persahabatan yang kita bina ni terputus begitu saje..

to all my friends..
I miss all of you very much..
really I do..

janganlah lupakan saya..
selalu lah contact saya..

if all of you need my help..please let me know..
janganlah terasa jauh dengan saya..
sebab saya selalu ingat kamu semua..

let me be one of your bestfriend forever..




Read more...

Saturday, October 22, 2011

Saturday is Study day


Rumah kami nanti insyaallah :)

Hari ni hari yang panjang. Pagi pagi lagi ada breakdown. Nasib baik dekat bangsar je.

Tapi rina dah plan nak stuy group dengan en tunang di uniten. Ktorang ada assignment yang perlu hantar nexweek. (ktorang sambung master part time sama sama)

So dalam pukul 11 lebih baru lahh rina gerak ke unitem. Sampai sana, pegi makan dulu.

Ajak adik en tunang, ida sekali. Ida study uniten jugak..tahun pertama dah :)

Lepas makan, rina ajak dia ke library sama, boleh dia tanya if ada yang tak faham hee bajet rina ingat lagi hoho

Then, after study en tunang ajak pegi tengok rumah kami yang under construction dengan ida sekali.

Lepas tu hantar rina ke rumah, sebelum tu pergi pasar malam.

Sekian

Hehe malas nak type. Nak pergi siap kan report tripping pulak..

Papepun.. Rasa hepi hari ni.. Harap ida suka la rina nak jadi kakak dia nanti, insyaallah..

Yay! Rina bakal ada 5 orang adik perempuan nanti!!! Thanks en tunang..sebab dia, rina dapat merasa ada family yang besar :D


- Posted using BlogPress from my iPhone

Be a part of Petronas Motorsports Carnival which is on in KLCC till this Sunday! And snap a pic of yourself with Lorenzo's #1 and Spies #11 bikes!

Read more...

Suprise for him

Saje saje nak buat suprise :)




Haha..cartoon tu macam sesuai untuk en tunang hahahah :p

Kami dua dua kereta kancil. Plan nak beli sebuah kereta besar sikit. Boleh bawak jalan jauh esp balik kampung dia di kelantan.

Tapi tak tahu la duit cukup ke tak..huhu..

InsyaAllah, berusaha dan berdoa semoga dimurahkan rezeki..aminn


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, September 03, 2011

Jodoh

Rina baru lepas baca kisah blogger Hana & Che Arm

oh..rindu mereka..dulu rina pernah tegur tegur jugak che arm..
tapi semenjak rina slow dari dunia blog, rina jadi tak kawan pulak dengan diorang..

tapi rina still baca blog korang..
hari hari buka Rina's bloglist
hari hari stalk korang ok..

takpela..
nanti tak lama lagi, rina akan aktif ber blog semula..
dan semoga sillaturrahim sesama kita terjalin semula..

err..
bukan nak cerita pasal ni sebenarnya..
nak cerita pasal kisah Hana & che Arm tuu

Hana ni kan, sebelum dengan Che Arm bercinta dengan orang lain selama 6 tahun!
tapi terputus di tengah jalan
dan dalam masa yang singkat, dia mengambil keputusan untuk bertunang dengan Che Arm

alhamdulillah..
dia mengambil keputusan yang terbaik bagi rina

dari dia terhegeh hegeh balik dengan yang lama, better mulakan hidup yang baru kan??

rina ada sorang lagi kawan jugak macam ni..
bercinta hampir 5 tahun,
tiba tiba tak lama lepas tu dapat undangan kawin dengan orang lain..

alhamdulillah, bahagia sampai sekarang :)

see..
ini dinamakan jodoh pertemuan di tangan Allah..

kita hanya mampu merancang, tapi hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita..

berdoalah selalu..
serahkan hidupmu padaNya..
insyaAllah kebahagiaan bakal menanti..

^__^

ok abes zzz


Read more...

Friday, August 26, 2011

From small things

Salam.

Rina duk leka baca blog Hana Fedora
kantoi tak pi terawikh. opss..


hari ni best.
boss rina bagi balik awal
"korang balikla awal..amik half day, tapi tak perlu masuk system"
kitorang pon ape lagi,
"Horeyyyy!" 
sayang bos saya :)
bukan senang nak dapat bos terbaik macam ni

aiseh..tak nak tukar department boleh?
nak stay sini sampai bila bila 
selagi bos yang sama :p

alhamdulillah, dapat lahh rehat lama sikit..
setelah berpenat lelah semalam jawab final exam EDT
fuhh
letih sangatt..

alhamdulillah dah habis 1 semester ambik master
hopefully tak de la repeat..

seriously memang tak mudah study sambil kerja..

tapi kalau semangat ada, kemahuan ada,
insyaAllah, Allah permudahkan :)

bila rina baca blog Hana Fedora, it's really inspiring me..
teruss berangan nak sambung study di oversea

either sambung PhD or amik master in other course pulak
but i think i want to continue PhD first

cerita cerita kat mak, mak cakap, pegilahh dengan suami nanti
Yay!
mak dah bagi green light :)

sebenarnya rina dan si dia pon selalu gak berangan untuk tinggal di oversea untuk timba pengalaman
seronok dapat pasangan yang mempunyai keinginan yang sama
boleh nanti buat apa saja sama sama kan? :)

tapi macam tak sanggup nak tinggal kan mak..
ingat nak pergi tempat yang ticket flight affordable so boleh balik selalu..

takpe, lambat lagi
tak nak berangan sangat nanti tak jadi hehe

ok, nak cerita pasal preparation untuk tunang pulak :p

hihi..terpaksa cerita dalam satu entry since nak update selalu takde masa..

sebab terrrrrrlalu busy dengan kerja dan exam, rina takde masa nak fikir pasal tunang..
rasa macam mimpi je
betul ke nak tunang ni?
nasib baik ada mak yang eksaited anak tunggal dia nak tunang
so just leave it to mom
thanks mak, sayang mak lebihh

let's do the checking!

  1. Baju - Mula mula nak pakai baju raya je..tapi macam buruk je..so tak tahu lagi
  2. Tudung - Sebab baju pun tak tahu nak pakai baju apa, tak dapat nak beli tudung lagi
  3. Aksesori - Tudung pon takde, nak beli aksesori ape nye haha
  4. Make Up - maybe guna khidmat jiran..RM140 tak silap..mahal giler..takut tepong gomak je nanti
  5. Kenduri - catering sedara handle so DONE!
  6. Pelamin - no pelamin..maybe taruk bantal je, bantal pinjam sedara punya, so DONE!
  7. Cincin - si dia nak beli kat kelate nanti
  8. Corset - baru je beli..tapi cam ketat lak kat perut takut susah nak tunduk salam haha, ape2 pon, DONE!
  9. Contact Lense - perlu keee haha..tapi dah terbeli contact lense color hitam bagi mata besar tuu..DONE!
  10. Stokin kaki baru - segan nak pakai yang lama, dah berbuluu sebab selalu basuh guna washing machine
  11. Stokin tangan baru - si dia suruh pakai time tunang nanti..lepas tau baju color ape, baru leh beli
  12. Vitamin kuku - ingat nak g manicure mana mana, tapi cam bazir, so asah sendiri, tapi vitamin tak beli lagi
  13. Facial treatment - da book seminggu before tunang, tapi tak nak picit jerawat takut merah merah nanti tak hilang
  14. kemas bilik - belumm lagi..ingat nak buang mana mana barang tak perlu, susah bilik kecik ni..:(
  15. photographer - guna khidmat bakal abang ipar :p tapi perlukan sorang lagi (pihak perempuan)..
  16. baju kemeja si dia - mestila belum lagi
  17. Hantaran - cousin yang akan buatkan :)
  • Dulang 1 : Sepersalinan baju nikah - DONE!
  • Dulang 2 : Sampin - DONE!
  • Dulang 3 : Manisan (Dipped Apple) - DONE!
  • Dulang 4 : Manisan (Cake) -serahkan pada mak
  • Dulang 5 : buku agama - DONE!
  • Dulang 6 : nak bagi apaaa??
  • Dulang 7 : huwaaa..
generally, persiapan hanya 30% je kot
tapi hanya tinggal lagi 20 hari saja lagi!!

nervous!

tu baru persiapan majlis
persiapan diri macam mana pulak?

kata nak perbaiki diri, 
tapi macam makin bertambah teruk je??
terawikh pun tak pergi :(

insaf..

banyak sangat perlu perbaiki sebelum berkahwin..
terutama pengetahuan agama dan belajar masak!
hee..

kahwin bila?
lambat lagi..
tapi masa ni berjalan dengan pantas sangat..
mesti sekelip mata je..tetibe esok nak kawin dah huhu

baik bersedia dari sekarang kan?

banyak pulak rina menaip hari ni..
tapi macam nak cerita lain pulak :p

selamba je lahhh hahaha

rina ingat nak public kan balik blog ni..
mungkin tahun depan..
nak public after kawin lambat sangat pulak

strategi rina (cewahhh) nak famouskan balik blog ni,
so nanti after kawin boleh buat bisness bersama si dia :)
bisnes online macam dulu rina pernah buat tuu

takdela famous, cuma atleast ada blog peribadi so nanti pembeli macam percaya pada kita :)

lepas tu kann..
rina macam privatekan wall facebook rina..
saje taknak ada orang kecoh pasal tunang..
lagipon dah bosan main facebook..

kalau kawan kawan nak contact just message me :)
sebab tu rina tak deactivate terus..sebab taknak kehilangan kawan kawan rina

hmm
ape lagi yee..

oh..
si dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dia..
iaitu di Kelantan..
semoga selamat segalanya..
lebih kurang 2 minggu kami tak akan berjumpa..
aiseh..rindu macam ni..

sebab selalu sangat jumpa since study sama sama..
dan dia pun selalu datang makan di rumah..

dia cakap nak kurang kan jumpa lepas tunang nanti..
tapi macam mana?
ambik master sama sama kan..

maybe boleh kurangkan keluar tanpa tujuan kot..
dan kurangkan perbincangan mengenai perasaan yang boleh menyebabkan lalai..
insyaAllah..

maybe kami bukanlah pasangan yang alim dan terlalu baik..
tapi insyaAllah kami mahu ke arah itu..
semoga Allah bantu..Allah permudahkan..

ok, dah habis hee
assalammualaikum





Read more...

Sunday, August 21, 2011

Buat bakal suami ku..

Aku Hanya Wanita Biasa
Tampak Sempurna Di Luarannya
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang 
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku
Dan Buat Adam Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak
Ketahuilah Bahawasanya
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia
Tua itu pasti menjangkau tiba

Buat dia bakal menjadi raja di hati
Aku Hanya Wanita Biasa
Kadangkala Ada Waktu
Saat kerja menghambat waktu
Aku mungkin terlalai seketika
Maafkanlah aku
Apabila aku alpa dengan duniawi
Maka tegur dan bimbinglah aku

Buat Dia Bakal Imamku
Aku Hanya Wanita Biasa
Aku Mohon Sokongan Dan Bimbingan
Aku Mohon Pemahaman Dan Pengertian
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku

Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa

Read more...

Saturday, July 23, 2011

Advance math

Rajinnya dia study



^_^


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, July 22, 2011

Accident !

Tiba tiba sidia call cakap dia eksiden dan tak dapat datang kelas.

Tekejut rina! Taktau nak respon ape terus tanya keadaan dia. Alhamdulillah takde ape ape.




Kereta agak teruk bagi eksiden yang biasa.

Tapi takpela..janji si dia ok. Kancil rosak boleh baiki. Kalau si dia yang cedera memang siap lahhh orang yang langgar tuu!

After kelas rina lawat dia. Suruh dia turun dari rumah kejap. Just to make sure he is ok. Yelah, kadang2 dia ni cakap je ok padahal tak ok. Hah takleh caya langsung :p

Alhamdulillah memang betul2 ok. Ya Allah, selamatkan lah mereka yang aku kasihi dari segala bencana. Lindungi lah mereka dari perkara yang buruk. Aminn ya Rabbal al amin.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, July 20, 2011

Sofea Hanna

Sambil sambil minum air lepas kelas EDT,



Kami berbincang tentang perancangan masa depan dan tetibe je keluar bab anak.

So nanti kalau anak first perempuan nak letak nama Sofea Hanna. Best tak? Best kannn! Cam nanti mesti dia lemah lembut macam ibu die awww~ *gedik*

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, July 11, 2011

Pertemuan pertama

Pada hari jumaat lepas iaitu 8 july 2011 akhirnya rina membenarkan si dia berjumpa dengan ibu bapa rina...




Hee. Hepi nampak?
Masa ni abah tak balik dari surau lagi. Dia sampai awal gak la. Tu pun lambat dari perancangan sebab jem akibat BERSIH plus susah btol nak pilih baju haha

Interview la katekan hihi



Takmo takmo cam bapak orang



Haa better hehehe

Actually, si dia pakai ape pon dah elok di mata saya

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top