Showing posts with label Catering. Show all posts
Showing posts with label Catering. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

D'Ara Catering Services (Booked!)

Salam semua :)

rina rasa nak share tentang vendor yang rina dah booked buat masa ni..
mana lah tahu ada yang dah booked jugak kann
takpun yang dah pernah try mereka, bolehlah bagi pendapat di sini :)

so, firstly tentang vendor untuk Catering
ciri ciri pemilihan adalah, harga rendah dan sangat berpatutan, makanan perlu sangat sedap.
PR perlu bagus. senang nak bincang
deco jatuh nombor 2

dan juaranya ialahhh D'Ara Catering Services.
*haha..over*
rina terjumpa masa Festival Pengantin di Jusco Setiawangsa weekend lepas

banyak sangat sangat catering kat situ
kebanyakannya PR memang best..
semua ada test food.
rina, mak dan En Tunang gigih la merasa semua makanan yang ada.

rina dan En Tunang rasa macam semua makanan sama dan sedap haha

tapi mak lain.
dia dapat rasa lahh tahap ke'masak'an nasi tersebut
kualiti rempah ratus yang digunakan :p
mak memang pakar makanan hihi

so time di D'Ara Catering ni, macam ramai makcik makcik yang jaga
ini memang taktik yang berkesan lah
kira boleh geng dengan mak :p

terutamanya mereka semua cakap loghat utara
so chemistry memang terbina antara mak dan mereka hahah
ok. merepek.

kesimpulannya, rasa makanan D'Ara Catering ni memang sedap lah
pedas pedas sikit
ada arca buah yang nyummy!

makanan tester ni memang dorang ambil sikit dari kenduri yang dorang buat pada hari tersebut.
kira takdelahh dia buat khas untuk tester kan

so bincang lah dengan owner dia iaitu kak zetty.

setelah berbincang sedikit..
kami diberi harga yang sangat berpatutan iaitu RM11 ++ per person bagi 1500 pax

(banyak tak 1500 pax?? entah lah..mak nak macam tu..rina ikot je..biar makanan terlebih dari tak cukup kan?)

pakej tu termasuk DJ dan PA system. 
hiasan bunga segar di meja pengantin.
meja, kerusi, sarung kerusi, deco, kek 3 tingkat, red carpet..
ape lagi ye..
minuman panas dan kuih muih juga..

alhamdulillah..memang berbaloi lah bagi rina..

tapi kami tak buat keputusan lagi..
malam tu balik rumah dulu..rina google google
tak jumpa la pulak any review from any bloggers tentang D'Ara Catering Services ni..


agak ragu ragu nak ambil
takut kot nak take risk..

tapi after berfikir..
dan kami pergi sekali lagi ke festival pengantin tu pada keesokan harinya..
kami rasa "why dont we give them a chance?"
rina rasa mereka boleh dipercayai..
dorang baru je dalam bidang ni sebenarnya
thats why belum famous lagi


so, after tambah sikit lagi hehe
nak minta kurang lagi tak dapat dah :p

kami pon bersetuju untuk booked!

setel :)

sekarang nak tunjuk serba sikit gambar gambar yang terdapat di facebook D'Ara Catering


cantik takk deco meja pengantin? cantikkan??
 kalau nak penuh bunga pun boleh..yang penting DUIT :p

nak buffet island secantiik ini tak??

pelayan beruniform yang ramai disediakan :D


hiasan dalam dewan.
nak lagi cantik pun boleh. DUIT jekk :p



 untunglahhh sape yang buat khemah..sangat cantik tau!!!


 kek 3 tingkat pun lawa! yang penting bukan dummy :p

dan bawah ni adalah contoh harga untuk dewan dan rumah



sangat berpatutan tau!
mesti boleh bincang lagi ni.
jangan lupa sebut nama rina (rina yang booked time festival tuu hee)

mana lahh tahu dapat murah lagi :)


kepada D'Ara I put fully trust on you! hihi..

anyway, D'Ara Catering ada buat cabutan bertuah dan rina menang rice cooker! alhamdulillah..rezeki :)



Read more...

Sunday, October 09, 2011

Catering, Dewan, Photography, Videography dan MUA

Alhamdulillah
banyak jugak setelnye dalam masa 1 minggu je survey
haha!

laju betull...

baru bulan 10..

tapi nak tak nak, terpaksa laa booking awal since Catering, Dewan, Photography, Videography dan MUA limited je untuk satu hari tu

if dah ada orang book dorang time tarikh rina kawin, habisla..

lagipun rina dapat ofer yang bagus la time pameran perkahwinan.
Semalam rina pergi (sini). hari ni rina pergi lagi
huhu..
penat penat..

tapi berbaloi baloi :D

nanti rina cerita satu persatu k..
sekarang just nak update checklist je (sini)

Legal Documents

  1. Kursus Kahwin               
  2. Borang kebenaran nikah              
  3. Test HIV
  4. Jurunikah

Important
  1. Cincin for me - Done!
  2. Cincin for him

Hantaran For Him (draft)
  1. Set baju kerja
  2. Jam Tangan
  3. Wallet & Belt
  4. Body Care
  5. ? (kiv)
  6. Sejadah & AlQuran
  7. Buah-buahan
  8. Sirih junjung 
  9. Cincin
Hantaran For Me
  1. Cincin + Mas kahwin
  2. Sirih junjung
  3. Body Care
  4. kain baju kurung
  5. Beg tangan
  6. Buah-buahan
  7. ? (kiv)

Hantaran Decoration
  1. Dulang
  2. Alas Dulang
  3. Bunga Dulang
  4. Bekas Hantaran

Outfit
  1. Baju Nikah - off white
  2. Tudung Nikah
  3. Veil Nikah
  4. Kasut Nikah
  5. Aksesori Nikah
  6. Baju Resepsi
  7. Tudung Resepsi
  8. Veil Resepsi
  9. Kasut Resepsi
  10. Aksesori Resepsi
  11. Baju Bertandang
  12. Tudung Bertandang
  13. Veil Bertandang
  14. Kasut Bertandang
  15. Aksesori Bertandang
  16. Post Wedding outfit (kiv)

Pelamin Pilihan
  1. Nikah (Bantal)
  2. Resepsi
  3. Bertandang
  4. Bunga Pahar Resepsi

Mekap Pilihan
  1. Nikah
  2. Post Wedding
  3. Resepsi - Done!
  4. Bertandang

Bilik Tidur
  1. Katil
  2. Dressing table
  3. Langsir
  4. Cadar
  5. Hiasan
  6. Lampu
  7. Kipas/aircond

Official Photographer

  1. Nikah - Done!
  2. Resepsi - Done!
  3. Post Wedding - Done!
  4. Bertandang - Done!
Official Videographer
  1. Nikah - Done!
  2. Resepsi - Done!
  3. Bertandang - Done!

Hand Bouquet
  1. Nikah
  2. Sanding
  3. Tandang
Venue
  1. Nikah 
  2. Sanding - Done!
  3. Tandang
Catering

  1. Nikah
  2. Resepsi - Done!
  3. Bertandang
Dewan Resepsi
  1. Deco Dewan : Arc, stand
  2. Meja Makan beradab - Done!
  3. Candy buffet (kiv)
  4. P.A System - Done!
  5. Red Carpet - Done!
  6. meja Guestbook 
Doorgift
  1. doorgift VIP
  2. doorgift guest
  3. doorgift kanak kanak
  4. bakul doorgift
  5. doorgift nikah
Pembantu tersayang hee
  1. Pengapit lelaki (bersanding)
  2. Pengapit perempuan (bersanding)
  3. Pengapit lelaki (bertandang)
  4. Pengapit perempuan (bertandang)
  5. pemberi doorgift
  6. Pengacara majlis - Done!
  7. Pembaca doa
  8. Jaga P.A system - Done!
  9. Runner makanan dan sebagainya
  10. Penggubah hantaran
  11. Handle doorgift
  12. Flower girls
  13. Pegang duit
  14. Jaga Barang Hantaran
Invitation Card
  1. Guest List
  2. Design
  3. Printing
  4. scan & letak di facebook/email
  5. Post
Honeymoon
  1. Tickets - Done!
  2. Date - Done!
  3. Accommodation
  4. Itinerary
  5. Transport
  6. Duit poket
Keperluan Lain
  1. Penunjuk Arah jalan
  2. Bunga Manggar
  3. Kompang
  4. Persembahan (kiv)
  5. CD selawat/ ayat alQuran
  6. Wedding Cake - Done!
  7. Inai
  8. Homestay
  9. Guestbook
  10. Guestbook corner (Bunting or frame)
  11. Tag Pembantu & Family
  12. Video Pengantin 
Home Appliance (Shortlisted)
  1. Set bilik tidur
  2. Set dapur - memasak
  3. gas
  4. Pinggang mangkuk periuk
  5. Peti Ais
  6. Alatan pencuci
  7. Kipas
  8. Lampu
  9. Cat
  10. Barangan bilik air
  11. Sofa
  12. TV
  13. Safety
  14. Langsir
  15. Telefon
  16. Wifi

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top